ALHUSSEYN |
- Najib semakin cemas dengan lambaian Altantuya
- Kapal selam Scorpene mendarat di KLIA!
- Masih adakah lagi sisa kredibiliti kerajaan?
Najib semakin cemas dengan lambaian Altantuya Posted: 22 Jul 2011 07:43 AM PDT Walaupun Najib baru sahaja memberi jaminan kepada rakan sejawatannya PM British, Cameron David, bahawa Malaysia mempunyai ruang untuk perbezaan pendapat, beberapa jam kemudian, di lapangan terbang yang sama, Bourdon ditahan dan akan dihantar pulang pada jam 11.30 malam ini. Najib telah memendekkan percutiannya dengan keluarganya dan dipercayai berbuat demikian untuk menghalang peguam Perancis, William Bourdon mendedahkan urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpenes dan pembunuhan Altantuya, di mana Najib telah dituduh terlibat. Tiada sebab-sebab yang telah diberikan oleh Jabatan Imigresen tetapi dipercayai kerana Bourdon telah mendedahkan butiran pada satu ceramah bahawa adanya VVIP yang terlibat dalam urus niaga Scorpenes, yang juga boleh mengaitkan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkaitan. Najib adalah menteri pertahanan ketika berlakunya urus niaga tersebut. Nampaknya, Najib semakin cemas dengan lambaian Altantuya... |
Kapal selam Scorpene mendarat di KLIA! Posted: 21 Jul 2011 09:57 PM PDT Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA. "Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut. Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya. Baca lagi di sini |
Masih adakah lagi sisa kredibiliti kerajaan? Posted: 21 Jul 2011 08:27 PM PDT Menteri yang pernah dihebohkan kerana kes membalun amah rumahnya sendiri berkata, pembangkang tahu jika mereka berjaya merosakkan kredibiliti polis, maka sekali gus kredibiliti kerajaan juga akan terjejas. "Malah mereka juga cuba merosakkan nama baik dan reputasi para pemimpin kerajaan melalui fitnah dan pendustaan serta lakonan dan politik jalanan yang semuanya tidak berjaya," katanya di sini Demi menjaga integriti dan kredibiliti Umno/BN supaya tidak terus merudum setaraf dengan anjing kurap jalanan, maka Ketua PDRM pun menyalak bahawa yang betul dan tulin hanyalah rakaman yang dikeluarkan oleh polis. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pun menjalankan penyiasatan terhadap kesahihan foto berkaitan perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lepas, yang disiarkan dalam portal berita The Malaysian Insider. Anda klik gambar atas untuk melihat lebih jelas wajahnya dan untuk melihat perilaku anjing ini sila lihat rakaman video :ini |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan