Rabu, 13 Julai 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Mampus Dah Umno Kali Ni! Doktor kecam polis tembak gas ke hospital

Posted: 13 Jul 2011 09:34 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Sekumpulan doktor terkenal hari ini mengeluarkan satu kenyataan mengutuk cara pihak berkuasa mengendalikan perhimpunan aman Bersih, terutamanya tindakan polis yang menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin di Jalan Pudu Sabtu lalu.

Menyatakan bahawa hospital sepatutnya menjadi 'santuari yang selamat untuk semua' dan 'tempat yang dikhaskan untuk perlindungan' bahkan semasa masa perang, sebelas doktor dan pakar bedah, ada yang di antaranya berkhidmat di hospital berkenaan telah mengutuk keras tindakan polis yang memasuki kawasan hospital untuk memburu para pendemo aman yang lari lintang-pukang akibat serangan polis.

"Apa yang lebih memeranjatkan dan disaksikan ramai ialah serangan tanpa provokasi dalam kawasan hospital dan penahanan beberapa peserta yang hanya masuk ke hospital untuk mengelak serangan pemedih mata dan air," kata mereka dalam satu kenyataan yang diemelkan ke Harakahdaily.

Kenyataan tersebut merupakan reaksi pertama daripada kumpulan doktor selepas polis menafikan bahawa anggota mereka ada menembak gas pemedih mata dalam kawasan hospital.

Ini diikuti dengan sidang akhbar Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai yang mendakwa bahawa polis sememangnya tidak menembak gas pemedih mata dan air asid ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan menyerang dakwaan para peserta Bersih 2.0 yang menyaksikan perkara tersebut dengan mata sendiri sebagai tidak benar.

Pelbagai bukti video walaubagaimanapun telah menolak penafian polis dan Liow dengan memaparkan dengan jelas bahawa gas pemedih mata sememangnyat telah ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin, ditambah dengan satu laporan Majlis Peguam Negara yang mencatitkan pengamatkannya pada perhimpunan aman Julai 9 yang mengesahkan bahawa insiden tersebut berlaku.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr. Farouk Musa, Dr. Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong turut mengecam pihak berkuasa yang tidak tahu malu dalam menafikan insiden tersebut dengan pelbagai bukti dan saksi yang jelas terpampang di depan mata.

"Ia adalah menjijikkan bahawa pihak berkuasa yang diamanahkan untuk mengurus negara dan melindungi yang lemah dan memerlukan, tanpa malu dinafikan secara umum, kejadian-kejadian walaupun tidak terkira banyaknya foto, video, dan pengakuan saksi mata tentang apa yang sudah jelas kepada semua pemerhati bebas," kata mereka.

Walaupun mereka menyatakan bahawa mereka tidak mahu menyertai polemik selepas perhimpunan aman besar-besaran yang dipanggil oleh kumpulan Bersih yang menuntut pembaharuan pilihan raya, para doktor tersebut di mana ada beberapa orang yang bertugas di hospital-hospital yang terlibat semasa kejadian itu, berkata mereka bersedia untuk menyediakan afidavit bersumpah "jika perlu, kepada kebenaran insiden".

Kenyataan itu juga mengingatkan para pemegang jawatan awam untuk menunaikan tugas mereka dengan "integriti moral, maruah, dan ketelusan".

"Kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kecekapan dan kredibiliti mereka dan juga merosakkan imej orang-orang di pejabat tinggi," tegas mereka.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Dr Asri: ‘Islam tak beri pemerintah lesen lakukan apa sahaja’

Posted: 13 Jul 2011 06:09 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 13 Julai – Dalam pandangan dilihat menyentuh kesan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Putrajaya telah mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah.

Bekas mufti Perlis berkata pemerintah di Timur Tengah yang sebahagian besarnya adalah "korupsi dan zalim" mempergunakan pemimpin agama untuk membela mereka.

"Mereka (pemimpin agama) memahami nas-nas al-Quran dan Hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siasah sama seperti ibadat khusus yang tidak boleh dilakukan pembaharuan dan tokok tambah," kata tokoh agama yang memperlihatkan pendirian progresif.

Tenaga akademik dari Universiti Sains Malaysia ini memberitahu, keadaan itu wujud apabila kelompok terbabit mentafsir hadis-hadis politik secara literal, yang seakan-akan Islam memberikan 'lesen' besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah.

"Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang 'kelihatan' propemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan," kata beliau.

Di Malaysia kata Asri, "kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat."

"Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Bersih 2.0 untuk menuntut transformasi pilihan raya yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan dan disokong Pakatan Rakyat mengemukakan lapan tuntutan yang perlu dilaksanakan iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat ditahan.

Jelas Asri, tindakan berbentuk keganasan tidak boleh dilakukan terhadap rakyat sekiranya tiada pententangan dilakukan termasuk perkara yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar.

"Hadis tentang taat dan patut sekali pun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka.

"Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah. Begitu juga di bawah rejim-rejim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya," katanya.

Jelas beliau, keadaan kini sudah berubah yang mana setiap negara terikat dengan peraturan antarabangsa terutamanya mengenai hak asasi manusia.

Namun, katanya, apabila dunia berubah negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat.

"Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa," katanya.

"Maka, konteks Hadis sudah berbeza," kata Asri sambil menambah, "Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri."

Oleh itu tegas beliau, jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah.

Dengan mengambil contoh daripada Hadis, Asri berkata "Rasulullah sendiri sebagai pemerintah membenarkan diri Baginda dibalas."

Tegas beliau, pemerintah tidak dibenarkan sama sekali untuk bertindak sewenang-wenangnya apatah bertindak ganas terhadap rakyat.

"Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu?

"Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu," katanya.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Laporan pro-BERSIH 2.0, akhbar Cina ditegur?

Posted: 13 Jul 2011 05:00 AM PDT

Editor kanan tiga akhbar Cina dipanggil ke Kementerian Dalam Negeri semalam, dipercayai berhubung liputan media yang didakwa memihak penganjur perhimpunan BERSIH 2.0.

Menurut sumber yang membuat dakwaan itu surat tunjuk sebab akan menyusul tidak lama lagi.

Berita mengenai mesyuarat itu tersebar apabila editor berkenaan pulang ke pejabat masing-masing dan mengadakan mesyuarat dalaman mereka.

Unit Kawalan Penerbitan dan Al-Quran mengesahkan mesyuarat memang berlangsung tetapi menganggapnya hanya sebagai 'mesyuarat biasa'.

Tiada amaran

"Kami memang bermesyuarat dengan (editor) akhbar Cina, Melayu dan Inggeris dari semasa ke semasa bagi membincangkan laporan yang kita tidak senang hati," kata ketua unit itu, Abd Aziz Md Nor ketika dihubungi hari ini.

chinese newspapers bersihBeliau pada mulanya menafikan mesyuarat seumpama itu berlangsung tetapi mengakuinya setelah disahkan oleh ketua setiausaha kementerian berkenaan Tan Sri Mahmood Adam.

Abdul Aziz juga enggan mendedahkan jika mesyuarat itu ada kaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu tetapi hanya berkata mereka membincangkan "pelbagai isu".

Menurut beliau tidak ada amaran lisan diberikan.

Apabila ditanya sama ada surat tunjuk sebab akan dikeluarkan, beliau berkata: "Saya dah beritahu, tiada amaran".

Beliau juga enggan mendedahkan akhbar Cina mana yang diminta menghantar perwakilan mereka ke mesyuarat berkenaan.

Adalah difahamkan akhbar berkenaan adalah Sin Chew, Nanyang Siang Pau dan China Press.

Ketiga-tiga akhbar dimiliki oleh jutawan media Tan Sri Tiong Hiew King melalui Media Chinese International Ltd.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Saham Jatuh Disebabkan BERSIH 2.0? Menteri Kepala Lutut

Posted: 13 Jul 2011 04:25 AM PDT

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi Rabu.

Julai 2011 menambah 11 mata kepada 1,584 dan Ogos 2011 menokok 12.5 mata kepada 1,584.5. September 2011 dan Disember 2011 naik 11.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,585 dan 1,583.5.

Jumlah dagangan turun kepada 5,503 lot daripada 9,649 lot Selasa manakala kepentingan terbuka susut kepada 25,692 kontrak daripada 25,433 kontrak.

Di pasaran tunai, FBM KLCI naik 2.57 mata atau 16.3 peratus kepada 1,580.67.

-- BERNAMA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Bersih 2.0: Umno, Utusan penderhaka sebenar, kata Kit Siang

Posted: 13 Jul 2011 04:09 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 13 Julai – Dengan tegas menyokong tuntutan Bersih 2.0, Lim Kit Siang hari ini menyifatkan Utusan Malaysia dan Umno adalah "penderhaka kepada Sultan" kerana cuba menghalang perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ke Istana Negara.

Penasihat DAP menegaskan tuduhan yang dilemparkan terhadap pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat bahawa tidak akur perintah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah tidak bertanggungjawab.

"Ia tuduhan yang tidak bertanggungjawab, tidak benar dan liar dilakukan Utusan Malaysia yang menuduh Pakatan Rakyat Selangor tidak mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor kerana bertindak meneruskan sokongan terhadap Himpunan Bersih 2.0.

"Utusan Malaysia adalah suara kepada pemimpin Umno. Adakah Utusan dan pemimpin Umno menganggap 50,000 rakyat Malaysia yang terpaksa berdepan dengan risiko ditangkap, dicederakan, ditembak dengan gas pemedih mata dan meriam air kerana menuntut pilihan raya bersih dan adil adalah tidak setia dan pengkhianat kepada Sultan dan negara," tegas Lim dalam satu kenyataan.

Sebaliknya tegas beliau, Utusan Malaysia dan pemimpin Umno yang "tidak setia dan pengkhianat kepada Sultan dan negara."

"Jika mereka amat tidak bertanggungjawab dan bertindak melulu kerana membuat tuduhan liar terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 sebagai tidak setia dan menderhaka kerana memberikan sokongan - mereka (Utusan Malaysia dan Umno) yang bertanggungjawab memutarbelitkan keadaan supaya rakyat menderhaka.

"Ini kerana Utusan Malaysia ketinggalan zaman, mereka tidak faham atau berasa empati terhadap insiden yang berlaku dalam perhimpunan itu," katanya.

Justeru tegas Lim, tuduhan yang dilemparkan Utusan Malaysia jelas membuktikan bahawa apa yang dikatakan profesor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin adalah benar.

Kelmarin Shamsul Amri berkata, pentadbiran Najib tidak lagi boleh menggunakan taktik era Perang Dingin dalam berhadapan dengan bangkangan dan menguruskan aspek sekuriti negara.

Ini kerana jelas beliau, musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat.

Oleh demikian Shamsul Amri mencadangkan agar Putrajaya perlu beralih daripada pendekatan tradisional kepada bukan traditional, yang menurutnya mempunyai lima komponen iaitu tenaga atau kuasa, air, makanan, kesihatan dn pendidikan.

"Shamsul Amri telah mengingatkan BN bahawa musuh mereka bukan lagi komunis yang berperang dalam hutan tetapi adalah pergerakan awam yang melibatkan politik kelas pertengahan yang membawa isu-isu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

"Selain itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata 'perang ugutan' yang dilakukan akan memberikan kesan kerana rakyat Malaysia sudah tidak takut kepada pasukan keselamatan," kata Lim.

Susulan Bersih pertama tahun 2007, perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara di sebalik tahap keselamatan ketat.

Penganjur Bersih 2.0 mendakwa telah dapat menghimpunkan 50,000 orang, tetapi angka ini dinafikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengatakan hanya sekitar 6,000.

Seminggu sebelum itu Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 yang dianggotai 62 pertubuhan bukan kerajaan sebagai satu badan haram manakala segala lambang dan barang terbitan membawa mesej Bersih 2.0 juga diumumkan sebagai haram.

Berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0, enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput ditahan di bawah Ordinan Darurat atas dakwaan cuba menghidupkan kembali fahaman komunis.

Dalam kenyataan itu, Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata beliau akan memakai pakaian berwarna kuning pada setiap Sabtu sebagai tanda sokongan terhadap lapan tuntutan Bersih 2.0.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

"Bermula dari minggu ini saya akan memakai pakaian kuning pada setiap hari Sabtu sehingga enam ahli PSM yang ditahan dibawah Ordinan Darurat dilepaskan, pengharaman Bersih ditarik balik dan lapan tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan," kata Lim.

Sabtu lalu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan ahli-ahli politik kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ditahan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Gambar BERSIH 2.0 Cool

Posted: 13 Jul 2011 02:45 AM PDT

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/269001_10150254305422482_563777481_7382692_8364240_n.jpg

cool beb! jangan takut sangat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Bersih dan Ambiga

Posted: 13 Jul 2011 12:31 AM PDT

Zulkifli Sulong

Anak saya salah seorang ahli jawatankuasa kecil penganjur Himpunan Sejuta Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kebetulan sahabat lama saya.

Namun, kerana arah tuju dan cara penganjuran perhimpunan itu, anak saya telah menarik diri dari jawatankuasa itu pada minggu kedua menjelang hari perhimpunan itu. "Mereka cuba tarik belia dengan hiburan, bukan dengan minda," katanya. Kerana penglibatannya dalam program itu, ramailah rakan-rakannya dari kalangan ini, penyokong agenda Umno.

Apabila datang isu Bersih 2.0, anak saya secara main-main dan bergurau meletakkan statusnya di facebook, dia akan menyertai semua program anjuran Bersih itu. Rupanya, ia telah memanggil rakan-rakannya dalam jawatankuasa 1 juta belia untuk membuat komen-komen menarik tentang isu Bersih.

(Perhimpunan 1 juta belia yang dihadiri tidak sampai 100,000 belia)

Antara komennya adalah "kenapa menyokong Bersih yang diketuai oleh Datuk S Ambiga itu." Lalu dikaitkanlah Ambiga adalah peguam Lina Joy dan penyokong IFC (Inter Faith Commision).

Sebenarnya inilah isu Bersih di kalangan Umno dan penyokong tegar mereka sebenarnya. Ia tidak ada bezanya dengan apa yang dibawa ke minda para anggota keselamatan yang bertugas di hari 9 Julai lalu. Ramai peserta Bersih yang ditangkap disumpah seranah oleh para rakan-rakan polis kononnya padan dengan muka kamu kerana mengikut telunjuk Ambiga yang Hindu itu dan cuba memurtadkan umat Islam itu.

Sekali pandang, kita yang berfikiran waras akan tergelak mendengar hujjah itu. Tetapi kerana kesian kepada mereka yang sudah terperangkap dengan indoktrinasi ini, kita perlu memahamkan mereka apakah sebenarnya yang berlaku dan pemikiran bagaimanakah yang benar.

Saya menerima email ini dari seorang pembaca Harakahdaily:

Assalamualaikum

Saya ada mendengar desas – desus , Pemimpin BERSIH 2.0 Datuk Ambiga merupakan peguam Lina Joy yang murtad. Dia juga antara individu yang menyokong IFC.

Jika benar , macam mana boleh PAS sokong dan mengangkatnya sebagai ketua BERSIH, walhal terang lagi nyata dia musuh ISLAM. Allah berfirman 14 kali dalam al-Quran jangan kita mengangkat kafir menjadi pemimpin kita.

Wallahualam.

Email ini ringkas sahaja tetapi inilah yang cuba dihantar ke dalam pemikiran masyarakat oleh Umno sekarang. Isu inilah dimainkan oleh rakan-rakan anak saya yang menyokong Himpunan 1 Juta Belia itu di wall facebooknya. Ia juga digunakan oleh polis yang menyergah para peserta perhimpunan Bersih 9 Julai dan juga blog-blog pro Umno.

Kepada penghantar email ini, saya telah menjawabnya secara ringkas sebagaimana berikut:

Tuan,

Saya tak tau dia peguam Lina Joy atau tidak tetapi yang pasti Ambiga juga peguam saya dan Datuk Husam Musa dalam kes lawan ECM Libra. Apakah dia penyokong negara Islam yang PAS bawa hanya kerana menjadi peguam kami. Sebenarnya tidak begitu, dia hanya seorang peguam bukan Islam beragama Hindu dan percaya kepada hak asasi manusia. Dia jadi pengerusi Bersih bukan di angkat PAS tetapi oleh 62 NGO untuk perjuang pilihanraya yang adil ada bersih (bebas) ... PAS hanya salah satu penyokong Bersih bukan (yang) lantik Ambiga.

ZS

Inilah yang sebenarnya. Inilah yang telah mengikat ratusan ribu rakyat Malaysia dan antarabangsa pada 9 Julai lalu. Kita bersatu bukan kerana kita satu agama atau satu bangsa tetapi kerana satu tujuan yang universal iaitu untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih. Ini kerana, dengan pilihan raya yang adil dan bersih sahaja kita akan mengangkat pemimpin dan membentuk kerajaan yang terbaik untuk kita.

Ketika Bersih membentangkan agenda perubahannya di Dewan Pehimpunan China, semua pihak telah dipanggil untuk memberikan sokongan kepadanya termasuklah parti-parti politik. Yang dijemput adalah Umno, MCA, MIC di samping anggota Pakatan iaitu PAS, DAP dan juga PKR.

Namun pada hari itu, kerusi yang dikhasnya untuk Umno, MCA dan MIC kosong sahaja tanpa penghuni. Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi datang ke majlis itu dan diberikan masa 3 minit sahaja untuk berucap. Para pemimpin NGO yang banyak berucap.

Di majlis itulah, Bersih membentang lapan tuntutan dalam agenda perubahan yang hendak dibuatnya. Lapan agenda itu adalah:

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Cadangan untuk Najib

Sebenarnya inilah isu yang ada didepan kita bukannya cuba mengalihkan isu sebenarnya. Apa salah Umno selaku parti utama yang memerintah negara bertindak lebih rasional. Saya bersetuju dengan pandangan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir, Matthias Chang.

Tiga cadangan Matthias adalah:-

1) Arahkan para penasihat politik beliau (PM Najib) menonton siri TV "The Three Kingdoms" dan belajar asas-asas strategi politik.

2) Hantar sepupu beliau, Datuk Seri Hishamudin Husein iaitu Menteri Dalam Negeri untuk dianalisa jiwanya untuk "Enlarged Ego Syndrome" (EES) dan menyusun semula semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

3) Masukkan ke dalam peti sejuk semua pimpinan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaludin. Ini kerana masalah sebenar Najib bukannya pembangkang tetapi dalaman BN sendiri.

Jadi, Datuk Seri Najib, marilah berfikir secara yang rasional bukan terperangkap dalam kapsul masa kerana kini zaman facebook, youtube dan twitter.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Antara Patroit Dan Bersih, Yang Mana Lebih Kejam Penangkapanya?

Posted: 12 Jul 2011 09:30 PM PDT

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/269514_162380380499970_148340505237291_357487_5210984_n.jpg


yang mana lebih ramai?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Polis Lakukan Kekasaran Kerana Amanah?

Posted: 12 Jul 2011 09:21 PM PDT

Bersih: Polis tidak harus dipersalahkan

KUALA LUMPUR 12 Julai - Pihak keselamatan tidak seharusnya dipersalahkan atas apa yang berlaku sepanjang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Sabtu lalu kerana mereka hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.

Justeru, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pihak penganjur, peserta dan juga pembangkang tidak boleh menuduh polis berkelakuan ganas atau kasar terhadap mereka sepanjang perhimpunan tersebut.

Katanya, perkara-perkara seperti kecederaan ataupun kematian ketika perhimpunan itu dapat dielakkan sekiranya pihak penganjur mendengar nasihat daripada pelbagai pihak supaya membatalkannya.

"Mereka berkeras mahu terus berhimpun. Pihak polis dan keselamatan tidak mempunyai pilihan selain menjalankan amanah yang telah diberikan iaitu mempertahankan keselamatan rakyat serta negara," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penyampaian watikah pelantikan pemaju masyarakat Tabika Kemas di sini hari ini.

kalau menteri guna kepala lutut bila berfikir macam ni la jadinya. kesian rakyat malaysia bila ada menteri macam ni!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

UMNO, BN tak habis-habis rasis

Posted: 12 Jul 2011 09:17 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 JULAI – Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam sekali lagi memaparkan kecetekan minda dan sikap perkauman dengan menghina masyarakat Cina sebagai kaum yang suka bermain judi.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjelaskan bahawa walau pun judi tidak pernah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Cina, pemimpin UMNO seperti Ali masih lagi dikongkong sikap rasis yang tidak tahu menghormati rakyat Malaysia yang berbeza kaum dan agama dengan mereka.

"Oleh kerana Ali dan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak dapat menjelaskan mengapa mereka masih mengeluarkan lesen perjudian, maka mereka cuba untuk menuding kesalahan kepada masyarakat Cina.

"Ini adalah satu lagi contoh yang jelas pemimpin-pemimpin BN tidak menghormati rakyat Malaysia. Apabila mereka berhadapan dengan tekanan dan percanggahan pendapat umum, mereka sekali lagi menggunakan satu-satunya saluran yang mereka tahu, iaitu politik perkauman," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Guan Eng, kesan daripada perhimpunan aman Bersih 2.0, UMNO mula bermain sentimen Melayu dengan mendakwa bahawa masyarakat Melayu telah menjadi hamba dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memenuhi agenda bukan Melayu.

Untuk membuktikan tuduhan tersebut, katanya, mereka mendakwa bahawa hampir semua peserta dalam perhimpunan tersebut terdiri daripada orang Melayu manakala orang bukan Melayu berdiri di belakang.

"Semua dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar kerana rakaman video dan gambar- gambar perhimpunan Bersih 2.0 boleh diperolehi secara online dan media antarabangsa juga turut memaparkan penyertaan berbilang kaum.

"Malah, salah satu pujian yang utama kepada perhimpunan tersebut adalah semua rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina atau India, berbeza umur dan latar belakang sosial, mempunyai ketabahan dan keberanian untuk mempertahankan hak-hak mereka ketika berdepan dengan polis," tambahnya.

Guan Eng berkata UMNO dan kumpulan-kumpulan perkauman yang seangkatan dengannya kemudian mengalihkan sasaran ke atas masyarakat India dengan menyerang Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Menurutnya, pemimpin Perkasa Datuk Ibrahim Ali serta Ali Rustam sendiri telah mendesak supaya kerakyatan Ambiga dibatalkan, walau pun tuntutan sedemikian melanggar Perlembagaan Persekutuan serta berunsur hasutan.

Perkasa sebelum ini telah menyebarkan kempen melalui poster yang menuduh Ambiga sebagai "wanita Hindu yang merbahaya". Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata pemimpin-pemimpin BN telah menghina masyarakat Melayu, kemudiannya mengherdik masyarakat India dan sekarang masyarakat Cina smenjadi mangsa.

"Adakah ini yang dimaksudkan dengan 1Malaysia? Sekiranya BN betul-betul menghormati seruan 1Malaysia oleh Perdana Menteri, maka mereka perlu memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia atas penghinaan yang dilakukan," tambah beliau.

Semalam, semua Ahli Dewan Undangan Negeri DAP digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Melaka atas pendirian mereka yang menuntut Ali supaya menarik balik dakwaan beliau bahawa judi adalah sebahagian daripada budaya kaum Cina.

Mereka yang digantung daripada menghadiri sidang DUN semalam adalah Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh), Betty Chew (Kota Laksamana), Lim Jack Wong (Bachang) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir). Pada hari Isnin, Adun Kesidang Goh Leong San yang juga Pengerusi DAP Melaka juga digantung atas alasan yang sama.

Menurut Guan Eng, para pemimpin UMNO dan BN bukan sahaja tidak merasa bersalah dengan kenyataan perkauman mereka, malah terus mengguris perasaan orang lain dengan menuduh kononnya kaum Cina suka bermain judi.

Katanya UMNO dan BN terus bermain isu perkauman kerana mereka berasa terancam apabila berpuluh-puluh ribu rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat telah berkumpul secara aman melalui perhimpunan Bersih 2.0 untuk membantah sistem pilihan raya yang kotor dan tidak adil. – Roketkini.com

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Enggan tutup lampu, 2 warga Vietnam dibunuh rakan

Posted: 12 Jul 2011 09:14 PM PDT

Oleh ROZIANAH RISMAN

HULU SELANGOR 13 Julai – Hanya kerana enggan menutup lampu ketika hendak tidur seorang lelaki warga Vietnam sanggup membunuh dua rakannya di sebuah rumah kedai yang terletak di Jalan Orkid tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, seorang lagi rakan mereka yang juga warga Vietnam mengalami kecederaan di bahagian tangan akibat tindakan suspek yang memukul mangsa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, pergaduhan di antara mereka bermula apabila seorang rakannya diarahkan untuk menutup lampu ketika hendak tidur bagaimanapun dia enggan melakukannya.

"Ekoran keengganan rakannya itu, suspek kemudian naik berang lalu tercetus pergaduhan di antara keempat-empat warga Vietnam terbabit menyebabkan dua daripadanya maut kerana ditikam menggunakan pisau.

"Mangsa pertama, 36, ditikam di perut sepanjang 5.5 Sintimeter manakala mangsa kedua, 25, ditikam di dada dan seorang lagi hanya mengalami kecederaan di bahagian tangan," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, polis yang menerima panggilan kemudian menjejaki suspek yang melarikan diri selepas insiden pembunuhan itu.

"Polis akhirnya berjaya menahan suspek dan menemui pisau yang digunakannya selepas diberitahu lokasi senjata tersebut dibuang iaitu kira-kira 2 Kilometer dari rumah sewa mereka," katanya.

Norel memberitahu, kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 330 iaitu menyebabkan kecederaan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Video: Laporan Media Singapura Berkaitan Himpunan BERSIH 2.0

Posted: 12 Jul 2011 03:30 PM PDT



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Tiada ulasan: