Briged Al-Akhdor LR2 |
Kerana wanita, seorang lelaki maut ditikam Posted: 13 Jul 2011 08:09 AM PDT MERU – Gara-gara dendam dan berebutkan seorang wanita, seorang lelaki berusia 27 tahun terkorban akibat ditikam dengan pisau oleh seorang lelaki di dalam sebuah bengkel membaiki kenderaan, di Jalan Meru, di sini, semalam. Mangsa yang ketika itu sedang berjalan seorang diri dikejutkan dengan kehadiran dua suspek. Dia segera berlari menyelamatkan diri sebaik menyedari kelibat suspek utama yang memegang pisau dengan masuk ke sebuah bengkel baiki kereta. Bagaimanapun tindakan itu gagal apabila mangsa dikejar sebelum ditikam suspek. Namun, mangsa tidak berputus asa sebelum bangun dan berlari sambil memegang bahagian yang ditikam dan keluar dari bengkel tersebut. Namun sudah ajal mangsa apabila hanya 50 meter berlari dari lokasi terjatuh, dia kemudiannya rebah dan meninggal dunia di hadapan sebuah premis dalam keadaan berlumuran darah. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohamad Shukor Sulong berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari yang mana mangsa sedang berjalan di lorong belakang premis dua tingkat itu sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal dipercayai warga Indonesia. "Berdasarkan penelitian pada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di belakang premis itu, salah seorang suspek menunggu di motosikal manakala suspek utama mengejar mangsa. "Menyedari dikejar suspek, mangsa segera berlari ke dalam sebuah bengkel sebelum dia terjatuh dan ditikam. "Berikutan itu, mangsa cedera parah. Dia kemudiannya meninggal dunia sebaik rebah di hadapan sebuah premis," katanya. Akibat kejadian, menurutnya, polis sedang menjejaki suspek dikenali Andriyanto, 21, yang mana pada masa kejadian dia memakai t-shirt putih dan berseluar jeans bagi membantu siasatan. "Sesiapa yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara bagi melengkapkan siasatan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian petang semalam. -SH |
Akhbar bahasa Cina dikecam kerana prejudis terhadap perhimpunan BERSIH Posted: 13 Jul 2011 04:55 AM PDT Semalam, Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai yang menafikan "gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital Tung Shin", kini merasai "malapetaka" yang disebabkan kenyataan beliau. Malah, warga internet membanjiri laman diri-nya dengan cemuhan, kritikan, maki hamun, mendesak beliau menjawab setelah ditampalkan gambar, klip video yang jelas menunjukkan gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital. Liow Tiong Lai mempertahankan tindakan polis, bahawa tiada gas pemedih mata yang ditembak ke dalam hospital, menyebut kemungkinan ia ditiup angin ke dalam kawasan itu, dalam satu sidang media semalam. Malah, apabila diminta untuk mengulas tindakan anggota polis menyerbu ke dalam hospital untuk menangkap orang, beliau berkata polis membawa peserta demonstrasi yang tercedera untuk dirawat di hospital. Kenyataan ini mengundang kemarahan dari warga internet, yang berada di tempat kejadian semasa FRU menyuraikan peserta demonstrasi. Malah, Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor mengeluarkan kenyataan semalam, dengan tajuk "Berbohong bukan budaya kita", menuntut Ketua Polis Negara memohon maaf secara terbuka, kerana gambar dan klip video yang dirakam jelas menunjukkan gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital. Sebelum ini, lebih 10,000 warga internet menyokong satu page memboikot China Press, kerana membubuh tajuk pada muka surat depan di akhbar tersebut, yang ditafsirkan sebagai "mempersalahkan peserta perhimpunan kerana kekecohan yang berlaku". Ramai warga internet kaum Cina yang turun ke jalan raya kali ini, menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana kekerasan digunakan polis untuk menyuraikan perhimpunan aman BERSIH 2.0. *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan