Biaqpila |
- VIDEO JARINGAN: MALAYSIA 0-4 ARSENAL
- WTF ASTRO ?
- LIVE: MALAYSIA vs ARSENAL
- Bersih 3.0 jika SPR gagal penuhi tuntutan
- Bersih 2.0 : Tindakan Putrajaya Cetus Momentum Besar
VIDEO JARINGAN: MALAYSIA 0-4 ARSENAL Posted: 13 Jul 2011 08:50 AM PDT DEY MACHA!!! PATUTLA MALAYSIA KALAH RUPANYA PENYOKONG ARSENAL LAGI RAMAI KAH! KAH! KAH! APAPUN GUA MASIH BENGANG DENGAN ASTRO KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 13 Jul 2011 07:53 AM PDT DEY MACHA!!! BENGANG AAA GUA DENGAN ASTRO NI STADIUM BUKIT JALIL KAT SEBELAH PUN DEPA TAK LEH SIAR LIVE LIVERPOOL LAWAN GUANDONG BOLE PULAK BUBUH KAH! KAH! KAH! PAGE ASTRO KENA MAKI HAMUN MALAM NI... KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 13 Jul 2011 05:58 AM PDT SILA KLIK PADA LINK INI JIKA TV DI ATAS TIDAK BERFUNGSI. (((LIVE STREAMING FOOTBALL))) SILA LIHAT JADUAL LIVE STREAMING KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Bersih 3.0 jika SPR gagal penuhi tuntutan Posted: 13 Jul 2011 12:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mungkin diadakan sekali lagi jika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) gagal memenuhi lapan tuntutan yang dikemukakan. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan memberi tempoh supaya SPR berubah, sebelum tarikh pilihan raya umum akan datang (PRU 13), lapor Freemalaysiatoday. "Kalau tiada perubahan menjelang pilihan raya, kita akan desak Bersih supaya adakan perhimpunan sekali lagi," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Pas di sini hari ini. Mohammad, yang dikenali Mat Sabu berkata SPR perlu melaksanakan segera apa yang termaktub dalam bidang kuasanya, seperti penggunaan dakwat kekal. Mengulangi pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap Bersih 2.0 hanyalah permulaan, Mat Sabu berkata Bersih 3.0 akan dibuat secara lebih besar jika tuntutan itu gagal dipenuhi. Beliau turut menyelar cara polis yang sanggup bertindak mencederakan orang awam termasuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Sabtu lalu seolah-olah ia berada dalam kawalan Umno. "Kalau Umno jatuh, polis tidak akan jatuh sebab mereka pekerja awam. "Tetapi malangnya polis dilihat bukan jaga keselamatan tapi menjaga Umno," katanya yang turut mengalami kecederaan akibat dilanggar polis semasa menaiki motosikal menuju ke perhimpunan Bersih, sebelum ditangkap Sabtu lalu. Beliau yang terpaksa berkerusi roda kerana tidak mampu untuk berjalan itu akan menjalani pembedahan di Hospital KPJ Shah Alam Jumaat ini. Beliau juga akan membuat laporan polis mengenai kemalangan itu pada petang ini serta akan memikirkan untuk mengambil tindakan undang-undang. KD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Bersih 2.0 : Tindakan Putrajaya Cetus Momentum Besar Posted: 12 Jul 2011 08:18 PM PDT KUALA LUMPUR 13 JULAI : Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Putrajaya yang seharusnya dipersalahkan atas respons luar dugaan rakyat ke atas himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil di ibu negara, Sabtu lalu. Dalam temu bual dengan Wall Street Journal yang diterbitkan oleh laman web akhbar itu semalam, Ambiga menolak sepenuhnya tanggapan bahawa perhimpunan hujung minggu lalu mirip kebangkitan rakyat di negara-negara Arab. Katanya, ini kerana pihaknya tidak berhasrat untuk merampas kuasa pentadbiran Najib serta menggulingkan Umno-Barisan Nasional (BN) meskipun kepimpinan perikatan itu mendakwa sedemikian. Menurut Ambiga, tindakan keras kerajaan menzalimi rakyatnya sendiri adalah faktor utama rakyat jelata bangkit menuntut demokrasi dalam sistem pilihan raya di negara ini. "Dan, saya fikir itu sebabnya kami ada bilangan (penyerataan yang besar) dan momentum kami lakukan. "Secara jujurnya, jika kami dibenar meneruskan dan mengadakan (perhimpunan sebagaimana dirancang), kami sudah pasti bilangan ini tidak sebesar itu," kata bekas presiden Majlis Peguam ini sambil menambah, pada awalnya beliau meragui sama ada akan memperoleh sokongan yang sebesar itu. Ia laporan kritikal yang terbaru selepas tulisan yang sama dibawa oleh Jakarta Post dan Straits Times masing-masing dari Indonesia dan Singapura. Penganjur mendakwa bahawa perhimpunan Bersih 2.0 telah disertai sekitar 50,000 orang tetapi ia dinafikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengatakan bahawa ia hanya menghimpunkan 6,000 orang. Wall Street Journal, akhbar bisnes antarabangsa berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mencetuskan persekitaran "takut dan menekan", yang akhirnya mengakibatkan penentangan terhadap perdana menteri itu yang mengambil alih jawatannya April 2009. Ambiga juga berkata, Bersih 2.0 hanya menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bukannya perubahan kerajaan yang memerintah sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah dan di beberapa negara dunia Arab. "Kesemua apa yang kami lakukan hanyalah meminta satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih. "Respons tidak seimbang kerajaan yang mencetuskan momentum ini. "Tetapi kami masih sebuah negara yang mencintakan keamanan. Kami masih mahukan kerajaan yang adil," kata beliau. Ambiga seterusnya berkata, "bagi saya, bukan menjadi niat kami dan masih bukan niat kami untuk menjatuhkan kerajaan ini," ujarnya. "Kami mahu bekerjasama dengan kerajaan ini untuk memperbaiki sistem pilihan raya," katanya lagi. Beliau juga mengkritik respons kerajaan ke atas perhimpunan Sabtu lalu yang menyaksikan polis menggunakan air berasid dan gas pemedih mata, sekali gus menangkap lebih 1,600 orang termasuk pemimpin-pemimpin parti politik. Katanya, Putrajaya tidak memahami situasi yang wujud dengan tepat dan betul. "Mereka datang balik pada hari Isnin dan menyerang Bersih lagi. Anda menyerang orang ramai. Golongan pengundi yang anda serang," tambahnya lagi. tvs KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan