Kerabu Bersuara ® |
- BERSIH 2.0 berjaya, polis dan media gagal
- Terkini! Gambar Ceramah Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Mat Sabu Berkerusi Roda!
- Ulasan Dan Cadangan: Demi Mengelakkan BERSIH 3.0
- Lucu! Utusan Cuba Nak Perbodohkan Rakyat
- Adakah Rakyat Masih Mahu Percaya Pada Hishamuddin Dengan Najib Untuk Ambil Tidakan Isu Perkauman?
- Wow! Ramainya Rakyat Malaysia Di Jakarta Tolak BERSIH 2.0
- Ustaz Zamri Hos Mari Mengaji Di TV 9 Ikut Demo BERSIH 2.0
- MB Selangor Bertanya Khabar Mat Sabu Dan Khalid Samad
- Gambar Artikel BERSIH 2.0 Dalam Akhbar Mesir
- Terkini! Gambar Allahyarham Baharudin Semasa Kejadian BERSIH 2.0 Berjaya Dirakam. Tulang Dada Dan Gigi Didapati Patah?
- Gempar! Utusan Malaysia Edisi Khas Sempena BERSIH Dikeluarkan Hari Ini. Mari Tengok!
- Video Menarik BERSIH 2.0. Air Mata Ku Mengalir
- Bendera Dikatakan Pisau? Wartawan Utusan Menipu Lagi
- Najib Cakap Polis Layan Rakyat Dengan Baik? Jom Kita Tengok Gambar Ini
BERSIH 2.0 berjaya, polis dan media gagal Posted: 11 Jul 2011 03:04 PM PDT Bersih 2.0 bukan pengacau. Buktinya puluhan ribu rakyat berjaya berhimpun menyokong lapan tuntutan Bersih 2.0. Rakyat tetap menyokong perhimpunan pada 9 Julai lalu meskipun dikacau oleh polis dan dikongkong oleh media perdana milik penguasa Umno-BN. Polis telah melaksana strategi perang pencegahan terhadap rakyat yang cintakan pemulihan demokrasi negara. Tangkapan awal dibuat, sekatan jalan ditingkatkan. Sehingga 59 laluan masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur. Karenah polis telah mendaruratkan Kuala Lumpur pada 9 Julai. Saturday seven nine Hakkatnya 'Saturday seven nine' telah mencatat sejarah kebangkitan rakyat menzahirkan kecintaan untuk bermesra dengan amalan pilihan raya bersih. Setara pula berlaku penglibatan polis memerangi baju kuning dengan cara merampas dan menangkap serta mereman penjual baju kuning Bersih 2.0. Tindakan yang tidak bertamadun, unlawful dan bersifat rimba. Maka, ia lambang kegerunan penguasa Umno-BN kerana mengontrol kementerian polis supaya jadi sedemikian. Polis sudah dijadikan perisai menyekat serangan baju kuning. Sekali gus menyerlahkan kekencangan denyutan nadi pemimpin Umno-BN, khususnya Datuk Seri Mohd Najib selaku presiden parti yang memilihnya sebagai perdana menteri ke-6 Malaysia. Cukuplah. Layaknya Najib sebagai pemimpin Umno terakhir! Pengongkong rakyat Selain polis, media perdana milik penguasa Umno-BN sudah menjadi pengongkong minda rakyat. Minda rakyat dikepung, dikotakkan(boxed) melalui laporan fitnah, racau dan ampu melampau. Maka, media cetak dan elektronik, khususnya utusan, harian, peti gambar (televisyen) dan peti suara (radio)cukup cekap memfitnah, meracau dan mengampu sehingga Bersih 2.0 dicap sebagai pengacau dan kumpulan haram. Kesannya, gabungan lebih 80 NGO yang sah bergabung 'kecintaan' untuk menuntut pihak kerajaan (Yang Di-pertuan Agong) melaksanakan lapan tuntutan sudah dianggap pertubuhan haram. Apakah haram, NGO (yang sah) bergabung cita rasa ke arah mencapai kebersihan pilihan raya? Maka sukacita dinyatakan, kalimah 'haram' merupakan kalimah terdesak yang menggambarkan ketempangan demokrasi yang memenangkan pemimpin Umno-BN disebabkan undi pos, penipuan senarai pemilih, rasuah politik, penggunaan terlarang jentera kerajaan Pusat dan kempen media yang berat sebelah. Natijahnya kemenangan pilihan raya diraih Umno-BN selayaknya bertaraf 'haram' tetapi dihalalkan oleh kuasa dan kongkongan minda rakyat daripada memahami nilai-nilai kebersihan pilihan raya. Sebagaimana diperjuangkan oleh Bersih 2.0 atas hasrat untuk demokrasi yang segak dan tampan, adalah ingin memperbaiki nilai pendemokrasian di Malaysia. Kesannya lebih daripada 65 peratus ahli perhimpunan Bersih 2.0 disertai anak muda Malaysia yang pelbagai kaum . Ia bukan 1Malaysia tetapi sepakat untuk demokrasi segak dan tampan! Meskipun, rakyat dikongkong daripada menganggap Bersih 2.0 sebagai lambang penyatuan ke arah suatu amalan pilihan raya telus, bersih dan adil. Tidak kurang juga, polis dan media terus mengecap Bersih 2.0 sebagai pengacau, pertubuhan haram dan penyekat aktiviti ekonomi rakyat. Natijahnya, tindakan polislah (menutup jalan, menangkap dan mengarah kedai-kedai ditutup pada hari 9 Julai) penyebab utama peniaga terkandas untuk masuk berniaga dan pembeli pula dihalang membeli belah. Sedangkan puluhan ribu (menurut Al-Jazeera, 100 ribu) ahli perhimpunan Bersih 2.0 yang hadir sepatutnya boleh berbelanja sakan dan mewah. Atas realiti ini, adakah boleh diterima akal apabila polis mengecap ahli perhimpunan sebagai pengacau kepada peniaga. Realitinya, tindakan polis yang menembak, menggempur dan menangkap ahli perhimpunan pencetus kekacauan sebenar. Media asing lebih adil Ketika melihat rakaman media asing Al-Jazeera tentang perhimpunan Bersih 2.0, ternyata kalimah mereka gunakan adalah realistik. Ahli perhimpunan disifatkan sebagai pembantah kepada perjalanan pilihan raya yang disaluti amalan tidak demokratik kerana undang-undang pilihan raya yang tidak adil. Lalu dianggapkan urusan perhimpunan sebagai saluran untuk menuntut Najib menggubal undang-undang pilihan raya yang adil. Ia jauh berbeza dengan laporan media lokal yang terlampau negatif untuk Bersih 2.0, malah turut mengundang persepsi, betapa media tersebut kuat dikontrol oleh penguasa Umno-BN . Meskipun semua pengamal media boleh menyifatkan orientasi media itu sudah melanggar etika pemberitaan kerana sarat dengan kandungan kepalsuan, pembohongan dan pemfitnahan melampau. Fakta palsu Di antara nilai terlampau media lokal yang dikontrol penguasa Umno-BN ialah menyiar hal Bersih 2.0 pada 9 Julai berlapikkan ulasan atas fakta palsu, bohong dan fitnah. Misalnya akhbar berita harian telah menggunakan 'imej jadian' dengan mempamerkan lagak seorang pemuda seumpama pemuda Palestin sedang melontar batu ke arah polis Israel. Ia suatu ciptaan, bukan realiti tentang perhimpunan Bersih 2.0. Mana ada lagak pemuda sebegitu! Ia suatu teknik kepalsuan ala media Israel (Yahudi) yang bertujuan mencemarkan misi perhimpunan Bersih 2.0. Media lokal itu juga turut mesra pembohongan apabila dikesan tela mengabaikan fakta sebenar tentang perhimpunan Bersih 2.0. Di antaranya meletakkan status Bersih 2.0 sebagai gagal. Lalu menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negara yang kononnya ahli perhimpunan hanya sekitar lima/enam ribu sahaja. Sedangkan dalam lembaran akhbar sama turut mengesahkan lebih 1,600 telah ditangkap. Jika benar gagal, kenapa perlu tangkap sampai hampir dua ribu orang? Demikian pula, pembohongan paling tidak berperikemanusiaan turut disiarkan melalui kenyataan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur berhubung pengakuan di sebalik kematian pemandu teksi, Baharudin Ahmad. Kematian itu dikatakan akibat sakit jantung, sedang ahli keluarganya mendakwa arwah tidak pernah mengidap sakit jantung. Apakah kepakaran polis telah mengambil alih kepakaran seorang doktor? Hanya media yang sewel seumpama media lokal tersebut sahaja yang mengiktiraf kenyataan polis sebagai benar! Satu lagi, amatlah malang apabila media lokal tersebut sudah menjadi mata pedang yang membunuh watak akibat mainan fitnah yang dihamburkan kepada masyarakat. Ia berkaitan dengan laporan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicap sebagai petualang, penderhaka dan pengacau. Ia suatu fitnah besar. Maka lagak media lokal itu seumpama hakim yang pendek akal kerana mengecap Anwar dengan niat mematikan wataknya sebagai politikus yang berprinsip. Termasuklah juga menyiarkan pandangan yang anti Bersih 2.0, kononnya Sasterawan Negara, A. Samad Said sebagai seorang yang bijak telah digambarkan semacam watak yang pendek akal kerana boleh bersama-sama Datuk Ambiga menuntut lapan perkara ke arah pilihan raya yang adil! Rumusannya, Bersih 2.0 semestinya dianggap berjaya mengembalikan semangat dan kesedaran rakyat tentang demokrasi. Ia turut mengimbau sejarah Bersih pada 10 November 2007. Momentum itu harus disegarkan untuk meluncur laju menghadapi pilihan raya umum ke-13. Justeru rakyat yang masihttp://www.blogger.com/img/blank.gifh keras hati kerana ingin kekalkan nilai kekotoran pilihan raya di Malaysia sewajarnya berubah. Berubahlah dan hayatilah misi pendemokrasian yang dibawa oleh Bersih 2.0. Pilihan raya bersih pastinya diberkati Allah SWT. Hanya individu yang beriman memiliki hati yang bersih. Hati yang bersih adalah kekuatan untuk Bersih 2.0 mencipta landskap politik baru pada pilihan raya umum ke-13. http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2011/07/bersih-20-berjaya-polis-dan-media-gagal.html |
Terkini! Gambar Ceramah Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Mat Sabu Berkerusi Roda! Posted: 11 Jul 2011 07:57 AM PDT |
Ulasan Dan Cadangan: Demi Mengelakkan BERSIH 3.0 Posted: 11 Jul 2011 07:09 AM PDT Ada beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan kepada kabinet Najib Razak agar BERSIH 3.0 dapat dielakkan. Pertama, BN mesti menguasai Kementerian Pelajaran dan menambah usaha agar sistem pelajaran negara berorientasikan peperiksaan. Pastikan semua murid menjadikan koleksi A di dalam UPSR, PMR (sebelum dimansuhkan) dan SPM menjadi satu-satunya agenda murid sekolah kita. Pemikiran kreatif jangan diajar. Gam persatuan-persatuan dan galakkan kelab catur menjadi badan induk sekolah. Paling penting, lakukan ini di sekolah agama. Kedua, tambah bajet dan sokongan lain kepada industri hiburan seni. Pastikan program-program realiti yang memberi jalan pintas kepada rakyat menjadi artis, tidak tergugat. Mungkin boleh pertimbangkan agar subjek seni vokal sebagai subjek wajib sekolah menggantikan subjek Sejarah, Tasawwur Islam dan Bahasa Melayu. Ketiga, galakkan juga industri hiburan sukan sebagai tumpuan utama rakyat. Apabila sukan dan seni menjadi hiburan yang 'the in thing', rakyat akan sentiasa bahagia, menyanyi dan menari, tanpa menyedari apa-apa yang tidak kena di sekeliling mereka. Golongan ini akan menunjukkan sikap sentiasa sangat bersyukur dengan apa yang ada 'a.k.a zuhud ke qanaah ke apa, entah! Keempat, ramaikan lagi alim ulama Saudi Oriented menganggotai badan-badan agama. Ugut mereka bahawa mereka Wahabi dan pengganas, kemudian mereka akan mencari perlindungan dengan menyertai UMNO dan menyerang pembangkang dengan hujah-hujah al-Quran dan al-Sunnah yang sahihah. Bukan senang nak dapat tu. Kelima, galakkan anak muda untuk lemah stamina dan mudah rungsing dengan politik semasa. Gambarkan kepada mereka politik akan mengganggu kelas, kafe dan katil mereka. Mungkin dengan kempen berstrategi dalam hal ini, akhirnya mereka malas hendak mengambil tahu malah berkemungkinan besar tidak mendaftar sebagai pengundi. Kuasa undi Melayu akan terhakis tetapi, so what?! Keenam, banyakkan lagi klinik 1Malaysia, sarapan 1Malaysia yang menyediakan hidangan sarapan RM2. Kempen 1Malaysia mesti lebih hebat daripada kempen Filem Dua Alam tempoh hari. Pastikan rakyat jelas akan jasa satu lagi projek Barisan Nasional. Rakyat yang terhutang budi akan sangat berbudi. Ketujuh, pastikan rakyat terus bodoh, tiada common sense, self centered dan seterusnya sentiasa percaya kepada media arus perdana. Ajar mereka menggunakan internet agar pornografi membantu Malaysia beradadi tempat ketiga dunia dalam carian Google. Tentu dengan corak seperti ini mereka akanmalas membaca blog politik dan sumber alternatif. Kelapan, berdoalah kepada (Allah) (kalau berani la), agar strategi-strategi itu diberkati-Nya. Semua itu memerlukan belanja yang besar serta strategi yang susah. Namun sudah tentu ia lebih mudah daripada Barisan Nasional berubah. Fikir-fikirkan dan selamat beramal. ABU SAIF @ www.saifulislam.com tu pun kalau najib cerdik! |
Lucu! Utusan Cuba Nak Perbodohkan Rakyat Posted: 11 Jul 2011 06:00 AM PDT dipaparkan pada utusan meloya yang polis jamu para pendemo yang ditahan dengan mengatakan mereka melayan dengan baik ok jom ke segmen yang utusan laknat tak paparkan di akhbar busuk mereka rakyat dijamu dengan penumpuk dan sepak terajang rakyat dan pemimpin dijamu dengan peluru bom asap rakyat dijamu dengan gumpalan asap yang wangi nah! mana hishamuddin? kenapa boleh terlepas pandang untuk tengok gambar-gambar macam ni? kalau korang bangang jangan la dok tunjuk kat orang ramai buat malu keturunan jer der! umno selamanya bodoh dan bangang! |
Adakah Rakyat Masih Mahu Percaya Pada Hishamuddin Dengan Najib Untuk Ambil Tidakan Isu Perkauman? Posted: 11 Jul 2011 05:30 AM PDT Guan Eng mahu Ibrahim Ali, Ali Rustam hina Ambiga dihukum KUALA LUMPUR, 11 Julai – Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengambil tindakan tegas ke atas Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam kerana mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan dan perkauman ke atas ketua Bersih 2.0 Datuk S Ambiga. "Selain itu, kami juga menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menunjukkan komitmen terhadap slogan 1 Malaysia dengan menuntut agar Ali Rustam digugurkan sebagai Ketua Menteri Melaka. "Kenyataan-kenyataan oleh Ali Rustam ternyata tidak bertanggungjawab dan tidak berpatutan dengan jawatannya," kata Setiausaha Agung DAP ini dalam satu kenyataan. Lim yang juga Ketua Menteri Melaka berkata jika Hishammuddin dan Najib gagal untuk mengambil tindakan, ini bermakna mereka dan ahli-ahli Umno yang lain juga bersetuju dengan kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut. "Diam tanpa setuju," katanya. Dalam kes ini, kata beliau, bukan Umno sahaja tidak bertanggungjawab tetapi semua parti komponen BN lain yang berdiam diri juga tidak bertanggungjawab. "Jika mereka tidak menyebut perkataan bantahan dan menuntut agar tindakan terhadap kenyataan berbau kebencian ini diambil terhadap rakyat Malaysia, ini bermakna mereka juga tidak relevan dan berkesan," katanya. Lim menambah, semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan sudah bosan dengan penipuan dan perkauman yang tiada kesudahan oleh Umno dan konco-konconya. "Kami menuntut agar tindakan diambil terhadap kenyataan berbau zalim, yang bukan sahaja menghina peribadi Datuk Ambiga tetapi juga satu penghinaan kepada semua rakyat Malaysia secara am dan masyarakat India khususnya," katanya lagi. Lim memberitahu rakyat Malaysia biasa yang cintakan keamanan sudah bosan dan menangkis permintaan yang tidak bertamadun oleh Ibrahim dan Ali yang mahu taraf warganegara Ambiga dibatalkan. "Kenyataan Ali Rustam yang berbunyi 'adalah lebih baik kehilangan seorang daripada kehilangan banyak nyawa' merupakan ancaman berselindung secara halus dan benar-benar tidak bertanggungjawab sebagai Ketua Menteri yang dipilih," katanya. "Kenyataan biadap sedemikian masih belum disiasat dan bukan sahaja tidak wajar tetapi juga tidak berpelembagaan dengan bersifat perkauman dan menghasut," katanya lagi. mereka akan senyap macam lembu kenyang bila ada isu perkauman! mereka akan sengih macam beruk dapat tahi bila ada isu perkauman! sedar lah rakyat, jangan diperodohkan lagi! bangun! kalau kita tolak najib bermakna kita tolak kezaliman dan penindasan secara automatik di malaysia ini! tolak umno! |
Wow! Ramainya Rakyat Malaysia Di Jakarta Tolak BERSIH 2.0 Posted: 11 Jul 2011 04:09 AM PDT RIZAL Abd. Rahman (duduk, dua dari kiri) bersama pelajar-pelajar Malaysia di Jakarta yang menentang tindakan penganjuran demonstrasi jalanan anjuran Bersih. lawak! ni mesti kes dapat upah murah. wei der, kalau nak kumpul setakat 13 orang je, baik tak payah masuk surat khabar la. memalukan anak cucu jer. kalau setakat 13 orang, ajk Bersih pun dah 20 orang. kahkahkahkah.. nak tahu la, budak ni belajar kat u mana? kahkahkahkah.. macam Sintok mai jer hahahaha.. |
Ustaz Zamri Hos Mari Mengaji Di TV 9 Ikut Demo BERSIH 2.0 Posted: 11 Jul 2011 02:50 AM PDT syabas ustaz! ini namanya golongan yang berani menyatakan kebenaran dan tidak takut pada ugutan dan tekanan daripada pihak mahazalim! |
MB Selangor Bertanya Khabar Mat Sabu Dan Khalid Samad Posted: 11 Jul 2011 12:54 AM PDT Bertemu dengan MP Shah Alam YB Khalid Samad dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, yang menceritakan bagaimana beliau cedera akibat dilanggar kenderaan polis semasa perhimpunan aman Bersih. |
Gambar Artikel BERSIH 2.0 Dalam Akhbar Mesir Posted: 10 Jul 2011 11:00 PM PDT Berita Bersih Dalam Surat Khabar Misr Yaum (Akhbar Mesir) |
Posted: 10 Jul 2011 09:30 PM PDT Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin Paling menghairankan ialah laporan perubatan seakan-akan kelam-kabut dan menyuruh keluarga mangsa mengebumikan dengan segera jenazah arwah. Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan. Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya. Nampaknya sudah terbukti bahawa ini angkara dari keganasan pihak berkuasa yang menjahanamkan rakyat untuk sesuatu yang baik. Pada hari kejadian juga ada seorang lelaki dipijak kakinya sehingga patah oleh anggota keselamatan namun dibiarkan meraung kesakitan sehinggalah orang ramai memberi bantuan. Celaka Polis |
Gempar! Utusan Malaysia Edisi Khas Sempena BERSIH Dikeluarkan Hari Ini. Mari Tengok! Posted: 10 Jul 2011 08:30 PM PDT yang mana satu korang nak beli? hahaha korang boelh tengok perbezaan perjumpaan situasi di atas. sebelah kiri perjumpaan paksaan untuk membodek sebelah kanan perhimpunan rakyat untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih. mereka datang dengan sukarela dan tangan kosong. sampai ke mati umno nak bodek najib! |
Video Menarik BERSIH 2.0. Air Mata Ku Mengalir Posted: 10 Jul 2011 07:57 PM PDT |
Bendera Dikatakan Pisau? Wartawan Utusan Menipu Lagi Posted: 10 Jul 2011 06:00 PM PDT penipu! sedarlah wahai rakyat sekalian akan penipuan wartawan utusan meloya |
Najib Cakap Polis Layan Rakyat Dengan Baik? Jom Kita Tengok Gambar Ini Posted: 10 Jul 2011 04:00 PM PDT lembut? sopan? macam yahudi di Tebing Barat! laknat punya orang! korang rasa macam mana? kalau presiden umno pun bangang anak buah lagi la kan tolak najib bermakna rakyat tolak rosmah negara kita aman! |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan