Isnin, 11 Julai 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Apa Komen Bekas SU Politik Che Det terhadap Cara Najib tangani BERSIH 2.0?

Posted: 11 Jul 2011 08:30 AM PDT

Gambar pemuda ini telah diedit seolah-olah memegang senjata dan disiarkan oleh Berita Harian pada 10 Julai.

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 11 Julai: Sehari selepas berlangsungnya perhimpunan Bersih 2.0, para penyokong BN sendiri mulai menyerang pemimpin mereka dan menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib disifatkan gagal melaksanakan cadangannya sendiri agar perhimpunan dijalankan di stadium dan disifatkan pemimpin 'flip-flop' atau 'kluk-klek'.


Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed), Matthias Chang dalam tulisannya memberikan masa sekurang-kurangnya 10 bulan kepada BN untuk boleh membetulkan balik kesilapan cara BN mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Sebelum Matthias, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah turut mempertikaikan strategi BN dalam menghadapi Bersih 2.0.

"Selepas perhimpunan 9 Julai 2011, saya mencadangkan agar Perdana Menteri dan seluruh pemimpin BN, bahawa keutamaan mereka sekarang adalah membuang semua penasihat politik yang tidak ada pengalaman langsung dalam realiti politik," tulis Matthias mengulas peranan penasihat politik Najib  yang dikatakan pakar dalam "Blue Ocean Strategy" (strategi lautan biru).

Kerajaan BN, kata Mathias, membelanjakan bilion ringgit untuk membayar para 'pakar strategi' ini namun sehingga kini tidak menunjukkan sebarang hasil yang jelas 'di alam realiti dan di peringkat akar umbi.'

Tulisan Mathias membayangkan cerita sebenar di sebalik kegelisahan dan tindakan berlebihan kerajaan pimpinan Najib dalam mengendalikan Bersih 2.0.

Sehari selepas perhimpunan Bersih 2.0, Najib menghimpunkan 6,000 para penyokongnya di PWTC dan memberikan ucapan berapi kononnya Bersih 2.0 tidak ada sebarang kesan.

Sebelum itu, beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyidin Yasin telah membuat kenyataan bahawa semua urusan mengendalikan perhimpunan kali ini diserahkan kepada polis.

Hasilnya, seluruh bandaraya Kuala Lumpur dikepung dan tidak ada sebarang kenderaan yang dibenarkan masuk sejak tengahmalam sebelum 9 Julai.

Namun, pelbagai pihak menganggar lebih 100,000 penyokong Bersih berhimpun di ibunegara walaupun mendapat tentangan ganas dari pihak keselamatan.

Seorang peserta, Baharudin Ahmad, 58 tahun telah meninggal dunia. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur dan Najib sendiri mendakwa ia berpunca dari sakit jantung tetapi keluarganya berkata, Allahyarham, seorang bekas tentera yang segar bugar mustahil terkena komplikasi jantung.

Keluarganya juga berkata, jenazah Allahyarham menunjukkan tanda empat tulang dadanya patah manakala tiga batang giginya turut patah.

Di samping Baharudin, 1697 peserta ditahan sepanjang operasi polis itu termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga.

Kesan dari itu, Mathhias yang menyebut dia adalah bekas setiausaha politik PM sebelum ini berkata, jika pilihan raya diadakan tahun ini, BN tidak akan berjaya mendapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen mahupun mengambil balik empat negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Yang lebih teruk lagi, beliau menjangkakan PM akan dihalau keluar enam bulan selepas itu.

Bagi menghadapinya, Matthias memberikan tiga cadangan untuk Najib:

1) Arahkan para penasihat politik beliau menonton  siri TV "The Three Kingdoms" dan belajar asas-asas strategi politik.

2) Hantar sepupu beliau, Datuk Seri Hishamudin Husein iaitu Menteri Dalam Negeri untuk dianalisa  jiwanya  untuk "Enlarged Ego Syndrome" (EES) dan menyusun semula semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

3) Masukkan ke dalam peti sejuk semua pimpinan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaludin. Ini kerana masalah sebenar Najib bukannya pembangkang tetapi dalaman BN sendiri.

Bagi Mathias, perhimpunan 9 Julai 2011 menimbulkan tujuh persoalan untuk dijawab oleh Najib:

1) Mengapa para pakar "Strategi lautan biru" gagal menjangkakan dengan tepat apa akan berlaku dalam Bersih 2.0 dan membuat langkah awal?

2) Kenapa pasukan keselamatan kebangsaan gagal menjangka apa berlaku dalam Bersih 2.0 dan bila PM dan menteri kabinet ditaklimatkan tentang demonstrasi itu?

3) Kenapa kerajaan BN membenarkan agen provokasi Perkasa mengambilalih tugasnya dalam mengendalikan Bersih dan diikuti oleh Pemuda Umno yang tidak matang?

4) Mengapa Najib flip-flop dalam keputusannya membenarkan perhimpunan di stadium dan memberikan kebenaran kepada polis untuk bertindak sepenuhnya?

5) Apa yang menyebabkan agen propaganda BN merasa dengan menyekat seluruh ibu negara akan menyebabkan rakyat marah kepada pembangkang bukannya kerajaan BN?

6) Adakah penilaian dibuat terhadap kesan dari tindakan keras terhadap demonstrasi Bersih 2.0. Adakah ia berjaya mengekalkan penyokongnya atau menghalau keseluruhan 40 peratus pengundi atas pagar dari BN?

7) Adakah dikenalpasti objektif yang hendak dicapai dengan pendekatan kasar menghadapi Bersih dan bagaimana ia boleh menambahkan lagi sokongan kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang?


Angkara Polis: Kepala Khalid Samad Dijahit, Kaki Mat Sabu perlu Dimasukkan Besi

Posted: 11 Jul 2011 07:05 AM PDT


Khalid Samad

Selain Anwar Ibrahim, pemimpin yang cedera teruk angkara polis ialah Khalid Samad dan Mat Sabu.
Dalam Twitternya Khalid Samad menulis:

"Ada (yang) minta gambar 6 jahitan (kepala) saya. Mungkin biasa dengan ahli politik penipu, ingat saya tipu juga kut? Tu BN. PR tak tipu. Kalau terpalit dengan BN, jadi IGP pun jadi penipu. Buat malu je 1 dunia nampak kamu tipu. Kes Mat Sabu lagi dahsyat. Dilanggar dengan Pajero. Macam nak bunuh! Semoga polis dibebaskan dari cengkaman BN, jadi profesional. Jaga rakyat, bukan BN."

Sementara itu, Mohamad Sabu pula menyifatkan tindakan polis sebagai 'gangster' ketika perhimpunan Bersih 2.0, Sabtu lalu. Menceritakan detik cemas itu, beliau yang lebih dikenal sebagai Mat Sabu berkata motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh Land Rover polis sehingga menyebabkan beliau tergolek di jalan.

Beliau yang cedera kemudian dibawa oleh pegawai polis ke Balai Polis Jinjang dan dirujuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.


"Saya dibebaskan selepas membuat pemeriksaan di klinik. Tapi disebabkan kaki kanan saya tidak pulih hari ini saya buat pemeriksaan di Selangor Medical Centre. Doktor kata ligamen saya koyak dan pembedahan untuk memasukkan besi akan dibuat pada Jumaat ini.

"Ini hanyalah pengalaman peribadi tapi paling mustahak polis jadi gangster. Bukan jaga keamanan negara tetapi jaga pemerintahan kerajaan dan Umno,"
katanya yang berkerusi roda dan cedera di lutut kanan dalam sidang media di Dewan Annex ketika sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berhenti rehat.

Mat Sabu menyifatkan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan regim yang zalim.

P/s: Regim yang zalim ada tarikh luputnya!

Media "Lahanat" Edit Gambar Peserta BERSIH 2.0: Daripada Patriotik kepada Penjenayah!

Posted: 11 Jul 2011 06:17 AM PDT


DCM selalu juga (hampir setiap hari) memautkan berita daripada akhbar ini, namun apabila berkaitan dengan berita politik, memang saya berhati-hati dengan penulisan mereka. Sejak semalam kecoh fasal media perdana yang sengaja membuatkan orang memaki mereka didapati menyiarkan imej perserta BERSIH 2.0 yang telah diedit. Kalau setakat edit gambar badan jadi kurus tidak mengapalah, namun mereka yang bertanggungjawab mengedit gambar daripada seorang yang memegang bendera kepada seseorang yang memegang pisau!

Lahanat sungguh!

Baca selanjutnya di sini.


[Video-Gambar] Liow Tiong Lai Pula Tegaskan Polis Tidak Tembak Gas Pemedih Mata ke Hospital Tung Sing. Mari Lihat Bukti!

Posted: 11 Jul 2011 05:33 AM PDT



Inilah sindrom penafian dan penipuan terhebat dekad ini. Semua menafikan polis ada menembak gas pemedih mata dan air ke Hospital Tung Sing, walaupun gambar dan video yang tersebar di internet jelas menunjukkan polis berbuat demikian.

Hairan bin ajaib, Liow Tiong Lai mendakwa pihak hospital mengesahkan bahawa polis tidak "menyerang" hospital dengan gas pemedih mata dan air.  Hospital kroni?

Menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu, lapor Malaysia Kini.

Katanya, dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan. Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan. 

"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini. Menurut Liow, polis juga membidik tembakan meriam air pada arah 45 darjah dari jalan utama.

Apabila ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk menyoalnya semula. 

KANTOI! Pak menteri tidak mahu melihat bukti!

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital
Gambar ini menipu!
"Apa yang paling penting, individu yang bertanggung jawab ke atas hospital telah mengesahkan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata atau meriam air ke dalam (perkarangan) hospital," kata Timbalan Presiden MCA itu lagi.

Mari kita melihat bukti!




 


P/s: Selamat menggebang mak cik, pak cik kampung!

Pasangan Kekasih Khalwat di dalam Bilik Air Masjid

Posted: 11 Jul 2011 04:00 AM PDT


Saya petik:
[Kompas] SULAWESI BARAT: Sepasang kekasih yang sedang asyik berasmara, nyaris dipukul oleh orang ramai kerana berkelakuan tidak senonoh di dalam bilik air di sebuah masjid di Polewali Mandar, Khamis lepas.
Mereka ditangkap oleh seorang petugas masjid yang mahu masuk ke bilik air. Pasangan berkenaan ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Berita tentang pasangan tersebut terus tersebar dan menyebabkan kemarahan di kalangan masyarakat setempat.

Mereka terus mengerumuni pasangan itu di perkarangan masjid. Mujur ada sekumpulan orang yang dapat meredakan kemarahan masyarakat dan menyelamatkan pasangan tersebut.

Lebih memalukan lagi, pasangan itu adalah bekas sebuah sekolah agama yang terkenal di daerah itu. 

Untuk mengelakkan kemarahan orang ramai yang kesal dengan kejadian itu, pasangan tersebut terus dibawa ke markas polis daerah Wonomulyo. Mereka ditahan sehingga ibu bapa masing-masing datang menjemput mereka di balai polis.

Juruteknik Fail Saman Malu RM320 000 terhadap Bekas Tunang

Posted: 11 Jul 2011 03:31 AM PDT


Saya petik:

Tuntut ganti rugi RM320,000 daripada bekas tunang

[BH] KOTA BHARU: Seorang juruteknik memfailkan saman ganti rugi dan malu berjumlah kira-kira RM320,000 terhadap bekas tunangnya kerana membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir iaitu seminggu sebelum tarikh berkenaan, tanpa alasan munasabah.

Nik Mustafa Nik Daud, 30, yang juga plaintif hadir bersama peguam Mohd Ridzuan Muhamad untuk memfailkan saman berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah di sini, pagi semalam. 

Dalam saman berkenaan, bekas tunangnya, Azlina Mohamed, 27, dari Tanah Merah dinamakan sebagai defendan. 

Berdasarkan penyata tuntutan, Nik Mustafa yang bekerja di Kuala Lumpur, mendakwa Azlina bersetuju melangsungkan perkahwinan pada 8 Jun lalu di rumah wanita itu, manakala majlis di pihak lelaki pula pada 10 Jun.

Nik Mustafa mendakwa persiapan kenduri disusun dengan teratur, termasuk majlis di pihaknya di Tanah Merah dengan menempah perkakas kenduri daripada pembekal, menjemput 1,000 tetamu, membeli lembu dengan anggaran RM2,700, tempahan ayam (RM1,504), jurukamera (RM2,000), kos pengurusan antara Kuala Lumpur-Kelantan (RM1,500) dan bayaran pihak keluarganya berarak ke majlis pengantin perempuan RM400.

Bagaimanapun, seminggu sebelum tarikh perkahwinan pada 8 Jun, Azlina membatalkannya pada saat akhir tanpa sebarang alasan munasabah, menyebabkan Nik Mustafa tidak dapat menerima hakikat itu sehingga menjejaskan tumpuan kerja dan memaksanya mengambil cuti sakit.

Nik Mustafa cuba mendapatkan kepastian berhubung pembatalan perkahwinan itu daripada Azlina tetapi gagal mendapat alasan munasabah, sebaliknya defendan ada menyatakan sesuatu berkaitan kehadiran kekasih lama mengganggu perhubungan antara mereka.

Rentetan tindakan Azlina membatalkan perkahwinan itu, ia menjurus kepada kemungkiran janji berkahwin walaupun persiapan sudah dibuat, sekali gus dengan sengaja memburukkan nama Nik Mustafa dan keluarganya.

Majlis perkahwinan juga ditukar menjadi majlis kesyukuran kerana persiapan sudah dibuat, menyebabkan laporan polis dibuat plaintif untuk menuntut saman malu dan ganti rugi sewajarnya di mahkamah.

Nik Mustafa memohon penghakiman terhadap Azlina dan menuntut ganti rugi termasuk ganti rugi malu RM200,000 atau ditaksirkan, ganti rugi teruk dan/atau ganti rugi teladan RM100,000 atau ditaksirkan, ganti rugi khas RM4,457.53, ganti rugi kos hangus RM17,100 dan/atau ditaksirkan, dan permohonan maaf dalam satu halaman akhbar berbahasa Melayu selama tiga hari berturut-turut selepas draf permohonan maaf diluluskan mahkamah.

Sementara itu, Azlina ketika dihubungi berkata, pihaknya sehingga petang semalam masih tidak diberitahu berhubung saman itu sama ada daripada Nik Mustafa atau Mohd Ridzuan.

"Sehingga kini (petang semalam) tiada pihak memaklumkan mengenainya kepada saya, jadi saya perlu tunggu surat mahkamah terlebih dulu," katanya.  

Lelaki Cedera Teruk, Digari di dalam Lokap, Tidak Dibawa ke Hospital, Akhirnya Meninggal Dunia

Posted: 11 Jul 2011 03:00 AM PDT


Saya petik:

[HM] KUALA TERENGGANU: "Walaupun reda dengan kematian arwah, saya terkilan dan sedih apabila melihat anak lelaki berusia 24 tahun itu tidak sedarkan diri dengan bergari dalam lokap bersama abangnya berusia 38 tahun di Balai Polis Gong Badak, malam Rabu lalu," kata Zainun Mamat, 56, dari Kampung Tuan Mandak, Batu Enam.

Zainun berkata, Mohd Azizul Muda, anak ketujuh daripada 12 beradik itu dilihat cedera teruk di kepala dan dia sendiri tidak tahu punca anaknya ditahan polis.

"Saya bertanya kepada seorang anggota polis bertugas kenapa anak sedemikian dan diberitahu anak saya berpura-pura buat begitu dan akan sedar setengah jam kemudian," katanya.

Menurut suri rumah itu, walaupun anaknya kelihatan teruk, tiada usaha anggota polis bertugas membawa anaknya ke hospital.

Menurut Zainun, sebelum itu Mohd Azizul dan abangnya, Mohd Suhaimi keluar menaiki motosikal ke kedai makan di Taman Semarak untuk makan roti canai selepas menonton siaran langsung perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dengan Taiwan jam 11.30 malam.

Katanya, kira-kira setengah jam kemudian dia menerima panggilan telefon daripada rakan anaknya memintanya datang ke Balai Polis Gong Badak kerana dua anak lelakinya ditahan polis manakala Mohd Azizul cedera di kepala.

Menurutnya, selepas berbincang dengan anggota polis seorang daripadanya memberi jaminan keadaan anaknya akan pulih.

"Saya pulang dan datang semula ke balai polis kira-kira jam 9 pagi keesokannya untuk melihat anak namun terkejut apabila mendapat tahu dia sudah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pagi itu.

"Saya bergegas ke HSNZ dan setiba di sana, terkejut apabila mendapati kepala anak sudah dibedah dan doktor mengesahkan punca kematiannya akibat terjatuh motosikal.

"Saya hairan kerana sebelum ini anggota polis memberi jaminan anak saya tiada masalah dan kerana dia cedera, kenapa tidak dibawa ke hospital. Bila keadaan sudah teruk baru bawa ke hospital dan keadaan ini menimbulkan keraguan mengenai punca kematiannya,"
katanya.

Zainun berkata, punca kematian anaknya akibat terjatuh motosikal seperti tidak logik serta tidak dapat diterima keluarga dan mereka bercadang melantik peguam untuk lanjut mengenalpasti punca kematian.

Katanya, anak perempuannya, Nurhafidah, 26, sudah pun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu petang Jumaat lalu kerana tidak puas hati mengenai punca kematian serta kelewatan polis menghantar arwah ke hospital.

Katanya, beberapa hari sebelum itu, arwah berkelakuan pelik apabila memberi sekeping gambar kepada adik lelakinya berusia 23 tahun dan meminta disimpan dengan baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam berkata, mangsa yang menunggang motosikal bersama abangnya terbabas dan terjatuh ketika melarikan daripada polis yang membuat operasi di Jalan Semarak.

Katanya, motosikal ditunggang mangsa terbalik lalu menghempap kepalanya.

 

Kerana Suami Curang, Wanita Ini Mahu Terjun Sungai

Posted: 11 Jul 2011 02:16 AM PDT


Ugut bunuh diri selepas menyaksikan kecurangan suami: Akibat mengalami tekanan perasaan selepas terlihat suaminya keluar dengan wanita lain, seorang isteri muda cuba membunuh diri dengan mengacukan pisau ke lehernya dan mengugut untuk terjun dari Jambatan Kedua Muar, semalam. Tindakan nekad wanita berusia 30 tahun itu berjaya dihalang kira-kira 15 minit kemudian apabila dia mula tenang dan membatalkan niatnya selepas dipujuk suami yang dipanggil ke tempat kejadian. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah rumah tangga pasangan itu.- BH

P/s: Tarik nafas panjang-panjang. Nasihat saya, jangan jadi bodoh sampai sanggup terjun sungai. Jika terbukti suami curang, tidak mahu memaafkannya, mulakan hidup baru!

Menteri KDN Menafikan "Kemesraan" Polis pada 9 Julai

Posted: 10 Jul 2011 11:58 PM PDT


Sindrom penafian melanda Kerajaan BN lagi. Selepas pegawai tinggi polis, kini Menteri yang tidak berada di lokasi BERSIH memberikan amaran kepada orang ramai dan media asing agar tidak membuat dakwaan tidak berasas terhadap pihak polis.

Alahai Pak Menteri! Beratus, mungkin beribu kamera yang merakamkan "kemesraan" polis pada 9 Julai yang lalu. Beribu-ribu gambar dimuatnaikkan ke internet sebagai bahan bukti "kemesraan" polis pada perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang lalu. Bukan sahaja peserta perhimpunan, puluhan lensa media asing turut merakamkan aksi polis pada hari itu.

Menteri KDN seperti yang dipetik daripada Malaysia Kini berkata: "Kami mempunyai rakaman visual di dalam bilik operasi kami. Apa sahaja yang telah didakwa akan disiasat dengan bukti kukuh, dan tindakan akan diambil terhadap mereka di Internet dan media asing yang telah membuat dakwaan tidak berasas."

Katanya lagi, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyiasat dakwaan yang tidak benar terhadap polis, dan mengambil tindakan sewajarnya.

Sebalik kenyataan berbaur ugutan itu, Menteri KDN itu enggan mengesahkan dakwaan keganasan polis, termasuk serangan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan Hospital Tung Shin Hospital, serta dakwaan bahawa Baharuddin Ahmad - yang meninggal dunia selepas ditangkap oleh pihak polis semasa perarakan itu - telah dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan.

Imej dari video Al Jazeera.

P/s: Kalau TM jadi menteri, TM malu untuk membuat kenyataan di atas. Beribu-ribu gambar dan video yang dimuatnaikkan ke internet tidak menipu! Bolehkah beribu-ribu gambar itu dipalsukan?



Dalam Sekelip Mata 100 Ribu Lebih Pengguna FB Mahu Najib Letak Jawatan

Posted: 10 Jul 2011 07:33 PM PDT


Saya mahu menulis pendek sahaja. 

Sejak DS Najib menyindir keras DS Anwar dan BERSIH dalam programnya di PWTC di hadapan kira-kira 6000 ribu ahli UMCO dan persatuan silat, banyak orang  berpendapat Najib sedang berada dalam keadaan tertekan dengan kejayaan penganjur BERSIH mengadakan perhimpunan aman di tengah bandar Kuala Lumpur.

Yang membuatkan dia tertekan, perhimpunan yang dihalang dengan pelbagai cara itu termasuklah penutupan terminal bas, stesen LRT, pembekuan permit bas, laporan yang menakutkan-nakutkan rakyat itu langsung tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap program BERSIH. Sudah tentu juga berlegar-legar di dalam kepala Najib tentang sokongan yang diterima BERSIH jika semua sekatan dan usaha menakut-nakutkan rakyat itu tidak dilakukan, berapa pula jumlah rakyat yang turun menyertai demonstrasi aman itu?

Najib semalam menggesa "majoriti senyap" dalam kalangan rakyat Malaysia, yang beliau dakwa menentang perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, supaya menyatakan pendirian jelas mereka di ruang siber. Katanya, sudah tiba masanya bagi mereka berhenti menjadi majoriti senyap, dan mengambil kesempatan daripada kemudahan di talian yang sedia ada seperti laman rangkaian sosial untuk menyuarakan pandangan mereka.

Gesaan beliau disambut dengan kewujudan satu laman facebook bertajuk "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 Orang meminta Najib Tun Razak Letak Jawatan). Dalam masa tidak sampai 10 jam, angka 100,000 itu dicapai dan lawatan pagi ke laman facebook tersebut mendapati angkanya sudah menghampiri 110 000 orang.  Tengah malam tadi, jumlahnya hanya sekitar 80 000 orang.

Lebih 100 ribu rakyat Malaysia mahu Najib letak jawatan. Apa komen Putrajaya?

 

[Video] Perarakan "10 Ribu" PATRIOT, Najib Hantar!

Posted: 10 Jul 2011 06:56 PM PDT

Video:



P/s: Najib berkata: "Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada tiga juta ahli. Jika kami dapat himpunkan sejuta ahli, ia lebih daripada cukup, kami boleh menawan Kuala Lumpur. Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh. Tetapi kami mahu mempertahankan undang-undang Malaysia, kami mahukan keamanan."

"Jangan (menyebabkan) kami memulakan demonstrasi jalanan. Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami)." 

Kah kah kah, yang turun tidak sampai 300, termasuk "mat bangla"
 
Cuba kira berapa Pemuda UMCO yang asli?



Berita Susulan Kematrian Peserta BERSIH: "Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah,"

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

Antara aksi keras pada 9 Julai

Beberapa ketika sebelum arwah meninggal dunia.

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 10 Julai: "Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.  
Semoga dimakbulkan doa TG.
Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

(Nik Aziz berdoa untuk roh Allahyarham Baharudin dan keluarganya)

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.

"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.

Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

 
Menurut Azhar (gambar kanan), pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.

"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.

Isterinya, Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka.

"Macam mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan didedahkan semula di akhirat kelak...ketika itu tidak siapa boleh berdalih," kata Nik Aziz menyambut kata-kata Nazrul kepada beliau itu.

Turut bersama Nik Aziz adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir.

Nik Aziz yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan umrah terus datang ke rumah Allahyarham Baharudin dari KLIA untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Turut berada di rumah adalah isteri Allahyarham, Puan Rosni dan dua lagi anaknya selain Nazrul.

"Kita hidup ini adalah satu latihan untuk hidup di akhirat dengan baik," kata Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya.

Selain mengucapkan takziah, Nik Aziz juga menghulurkan sumbangan pribadi kepada keluarga Allahyarham yang disampaikan kepada Nazrul.

"Saya dengar hal ni masa di Mekah lagi dan memang berhajat untuk datang ke sini," kata Nik Aziz terharu denga sambutan terhadap beliau dari keluarga Allahyarham terutama ucapan ringkas Nazrul.

 

Nazrul sebelum itu berkata, Allahyarham bapanya sangat meminati Nik Aziz dan selalu bercakap tentang kehebatannya.

(Nazrul dan adiknya ketika bercakap menyambut kedatangan Nik Aziz)

"Kami sekeluarga sangat berbesar hati atas kunjungan tuan guru hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih," kata Nazrul.

Walaupun kunjungan Nik Aziz dan isterinya amat singkat namun ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada keluarga Nazrul dan juga perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.

"Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," kata Nik Aziz kepada wartawan yang menemui beliau sebelum meninggalkan flat Blok A, Kelumpok Camar, Keramat itu.

P/s: Kerajaan memaklumkan bahawa polis tidak wajar dipersalahkan. Polis juga enggan bertanggungjawab. Jika begitu, bagaimana dan mengapa tulang dan gigi mangsa boleh patah? Mengapa pihak hospital masih enggan mendedahkan laporan bedah siasat? Ada udang di balik batu?



Tiada ulasan: