Kerabu Bersuara ® |
- Nate Umno!
- Bersih 2.0 will happen at Stadium Merdeka on July 9th
- Himpunan Bersih: Pihak berkuasa kurang ikhlas, kata Ambiga
- Stadium Merdeka bukan milik Umno
- Sidang Media Pemimpin Pakatan Rakyat Berkaitan Isu BERSIH
- Isu BERSIH Buat Najib Dan Hishamuddin Jadi Bengong!
- Perkasa Batal Menghadap Agong? Mana Kemaluan Selama Ini Ibrahim?
- Polis Main-Main Kesabaran Rakyat?
- Surat Penolakan Perbadanan Stadium Merdeka Terhadap Bersih
- Najib kata dia adil
- Berhimpun di Stadium Merdeka
- Edisi Bodoh! Buat Bom Guna Botol Air Mineral
- Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani tercungap-cungap di Parlimen
- Mencari alternatif di sebalik kemelut yang ada – Oleh Muhammad Zir
- Gambar Bakal Menantu Najib Didedah? Jom Tengok!
- DAULAT TUANKU - rakyat menjunjung kasih atas titah tuanku
- Pakatan: Bebaskan semua tahanan, tarik balik haram Bersih 2.0
- BERSIH 2.0 – SPR melatah bagi pihak BN
- Implikasi Agong sedia jumpa Bersih dan himpunan di stadium
- Surat Dari YAB al-Mursyidul Am PAS kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong
Posted: 06 Jul 2011 03:04 PM PDT Rais: Kabinet tak benar Bersih 2.0 guna Stadium Merdeka KUALA LUMPUR, 6 Julai – Kabinet telah memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Negara dengan alasan kumpulan berkenaan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selain faktor keselamatan. Dipetik Bernama, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata selepas mendapat pandangan daripada Jabatan Peguam Negara dan nasihat rasmi kerajaan, permohonan kumpulan berkenaan untuk menggunakan stadium terbabit tidak dapat dipertimbangkan. "Oleh itu perlu bagi kumpulan berkenaan diwakili oleh individu ataupun badan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang memohon (menggunakan stadium)... atas nama Bersih yang sebenarnya tidak diiktiraf sebagai kumpulan sah tidak boleh. "Permohonan untuk (menggunakan) Stadium Merdeka dan Stadium Negara tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan, oleh demikian mereka perlu mencari stadium atau tempat lain seperti di Kelantan ataupun Selangor," kata beliau. Sambil berkata pandangan itu dizahirkan pada mesyuarat Kabinet, kata Rais, maka selaku menteri berkaitan penerangan beliau wajar menyampaikan latar belakang ataupun keputusan tersebut. Sekretariat Bersih 2.0 dengan menerima jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan atas nasihat Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk membatalkan perhimpunan jalanan dan digantikan dengan perhimpunan dalam stadium. |
Bersih 2.0 will happen at Stadium Merdeka on July 9th Posted: 06 Jul 2011 08:45 AM PDT Bersih 2.0 is disappointed in the manner in which the Prime Minister and his cabinet has reneged on their offer to provide a stadium for us to hold our peaceful gathering. As members of civil society that are committed to principles of integrity, we fully intend to abide by the advice of Tuanku DYMM SPB YDP Agong and hold our gathering in a stadium to state our demand for clean and fair elections. We have chosen Stadium Merdeka as the best venue for this event, due to its symbolic nature and central location, and we will not for one moment be swayed from our decision to gather there peacefully. If the Prime Minister is a man of his word, he will make the appropriate arrangements for the event to proceed peacefully at Stadium Merdeka. Whether or not the government abides by their principles, we the Malaysian people will always uphold ours. Our determination to exercise our constitutional right to gather peacefully for a just and reasonable cause is unwavering. Recent statements by the Deputy IGP seem to indicate that the police fully intend to take action against us if we do anything on July 9th beyond staying at home. However, patriotic Malaysians who want nothing but the ability to choose our leaders through genuinely democratic means will never be cowered by the unjust and immoral exercise of power. Our first and foremost responsibility is to our future and our children, and we have resolved that they shall inherit a nation ruled by not by fear, but by the principles of justice. Whatever happens between now and then, the rakyat will gather peacefully in an orderly fashion to call for clean and fair elections at Stadium Merdeka on the 9th of July at 2pm. We are coming, we will be peaceful and together, we will build a better Malaysia. Steering Committee Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0) The members of the BERSIH 2.0 Steering Committee are: Dato' Ambiga Sreenevasan (Chair), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato' Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato' Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin. |
Himpunan Bersih: Pihak berkuasa kurang ikhlas, kata Ambiga Posted: 06 Jul 2011 08:30 AM PDT Oleh Yow Hong Chieh KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menuduh pihak berkuasa memperlihatkan sikap "kurang ikhlas" kerana meminta gabungan itu memohon permit bagi mengadakan perhimpunan di stadium, Sabtu ini. Ambiga berkata halangan terbaru menjelang perhimpunan Sabtu ini bagi menuntut satu sistem pilihan raya yang adil dan bebas tidak konsisten sama sekali dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum bahawa Bersih 2.0 akan disediakan sebuah stadium, malah ia juga kehendak Yang di-Pertuan Agong. "Mengapa anda minta kami memohon permit sedangkan perdana menteri sudah pun kata OK? "Kami tidak faham," kata beliau pada majlis Kelab Koresponden Asing di sini. Petang tadi, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengingatkan Bersih 2.0 agar memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan Sabtu ini sambil menegaskan, kegagalan berbuat demikian bermakna ia akan dianggap sebagai satu perhimpunan tidak sah. Khalid berkata sehingga kini sekretariat Bersih 2.0 belum memaklumkan ataupun memberitahu pihak polis tentang rancangan perhimpunan mereka meskpin pentadbiran Najib bersedia untuk menyediakan stadium. "Tiada panggilan daripada mereka, tiada maklumat," kata beliau. Semalam, sekretariat Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan di jalanan sebaliknya sanggup menerima tawaran agar ia diadakan di stadium. Apabila ditanya bahawa Bersih 2.0 sudah pun mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, Khalid berkata: "... (Pengerusi Bersih 2.0) Datuk Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam. Beliau harus tahu undang-undang." Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa urusan memproses permohonan permit akan dipercepatkan dengan mengambil kira keadaan semasa. |
Stadium Merdeka bukan milik Umno Posted: 06 Jul 2011 08:01 AM PDT (Oleh: Sidiqin Omar) KUALA LUMPUR: Stadium Merdeka bukan milik Umno dan bukan parti itu sahaja yang layak menggunakan kemudahan stadium tersebut, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin. Beliau mengulas kenyataan Pemuda Umno yang membantah keputusan Bersih 2.0 memilih Stadium Merdeka sebagai tempat baru berhimpun pada Sabtu ini. Khairul berkata, Pemuda Umno memberi hujah dangkal untuk tidak membenarkan stadium itu digunakan, atas alasan ia mempunyai nilai sejarah termasuk menjadi tempat pemasyuran kemerdekaan. "Bukan Umno sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan. Banyak pihak lain yang menitiskan darah dan keringat memperjuangkan kemerdekaan. "Mereka tidak berhak menghalang stadium itu digunakan untuk himpunan Bersih.Hak untuk berhimpun secara aman termaktub dalam Perlembagaan Malaysia melalui permasyhuran kemerdekaan yang dibaca Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Stadium Merdeka," katanya. Justeru katanya, ia merupakan hak kepada seluruh warganegara Malaysia untuk mengadakan perhimpunan aman di stadium berkenaan. "Ia boleh digunakan tak kira sama ada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mahu pun Patriot," "Tapi, kalau Patriot nak himpun di Stadium Shah Alam pun tiada masalah, (tapi) kena mohon permit dengan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) dahulu," kata Khairul. Menurut Khairul, jika 54 tahun dahulu Tunku Abdul Rahman membacakan permasyhuran kemerdekaan di Stadium Merdeka bagi membina sebuah negara yang bebas dan adil, himpunan Sabtu ini mengulangi simbolik itu. "Maka, himpunan Bersih 9 Julai ini adalah simbolik rakyat Malaysia mempertegas semula ikrar kemerdekaan itu. Ia adalah tanda bagi mengembalikan hak rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin negara secara telus bebas dan adil," tegasnya. Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican hari ini berkata, bantahan itu dibuat atas pelbagai alasan, terutamanya atas faktor sejarah. Beliau juga menyebut ia tidak boleh digunakan memandangkan Stadium Shah Alam sudah pun ditawarkan untuk tujuan perhimpunan itu. |
Sidang Media Pemimpin Pakatan Rakyat Berkaitan Isu BERSIH Posted: 06 Jul 2011 06:00 AM PDT |
Isu BERSIH Buat Najib Dan Hishamuddin Jadi Bengong! Posted: 06 Jul 2011 05:30 AM PDT Bersih: Menteri KDN canggah kenyataan Najib Rizal Tahir KOTA BHARU, 6 Julai: Kelmarin Perdana Menteri kata kerajaan sanggup sediakan stadium untuk Bersih 2.0 berkumpul, Ahad lalu Yang di-Pertuan Agong menitahkan kerajaan melaksana segala amanah secara adil dan bijaksana. Anehnya hari ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilapor berkata, tangkapan ke atas aktiviti berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 akan berjalan seperti biasa. Persoalannya siapa lebih berkuasa di antara Menteri Dalam Negeri (KDN) atau Perdana Menteri. Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri tidak memperlihatkan semangat seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong. "Pemuda PAS menjunjung kasih di atas titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ampuni perkenan menerima mengadap wakil Bersih 2.0 semalam. "Jelas perjuangan Bersih sudah mendapat perhatian sewajarnya ketua tertinggi negara. Oleh itu Perdana Menteri yang menjalankan tugas bagi pihak tuanku perlu menterjemahkan titah baginda secara adil," katanya di sini. Semalam Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga diterima mengadap ekoran kenyataan Yang di-Pertuan Agong menitahkan hendaklah dipastikan tuntutan demontrasi tidak membawa kemusnahan kepada negara. Sehari selepas itu Datuk Seri Najib Razak pula menyatakan kerajaan sanggup menyediakan stadium untuk Bersih 2.0 berkumpul daripada pagi sehingga malam. Namun hari ini Menteri Dalam Negeri pula menegaskan tangkapan ke atas aktiviti berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 akan diteruskan. Abdul Latif berkata, janji Perdana Menteri bersedia membenarkan himpunan Bersih diadakan di stadium perlu dilaksanakan tanpa berdolak dalih lagi. Katanya, jangan pula meletakkan sebarang syarat bagi menggagalkan himpunan itu kerana ia dianggap boleh menimbul rasa tidak senang di kalangan peserta Bersih 2.0. "Pemuda PAS juga menggesa pihak berkuasa membebaskan segera semua tahanan Bersih dan menggugurkan dakwaan terhadap mereka sebagai merealisasikan persafahaman yang telah dicapai. "Kami juga berharap tiada lagi sebarang bentuk provokasi dan penahanan baru hanya kerana memakai baju kuning. "Pihak keselamatan juga tidak wajar lagi membuat sekatan jalanraya sehingga menghalang peserta Bersih hadir pada perhimpunan di stadium 9 Julai ini," ujarnya. Menurutnya yang juga Adun Mengkebang sewajarnya titah Tuanku diambil perhatian serius kerajaan khasnya Suruhanjaya Pilihan Raya bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 lebih bersih, adil dan telus. Ikat jamin RM4,000 Sementara itu dalam perkembangan berkaitan seorang peniaga, Zakaria Cik Wail, yang ditahan ketika menjual kemeja T di Dataran Ilmu Jumaat lalu hari ini dibebas dengan ikat jamin sebanyak RM4,000. Sebutan kesnya akan dibuat pada 9 Ogos depan di Mahkamah Majistret Kota Bharu. Bagaimanapun pihak pendakwa menukar pertuduhan ke atas Zakaria daripada Seksyen 4 (1) (c) tuduhan menghasut kepada Seksyen 47 Akta Pertubuhan kerana menjual barangan pertubuhan haram (Bersih). Beliau dibawa ke mahkamah di sini pagi tadi dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat. Turut berada di mahkamah anggota jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri dan ahli keluarga Zakaria. Kelmarin seorang lagi pemuda, Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin didakwa di Mahkamah Majistret Bachok atas tuduhan serupa. Pada Ahad lalu beliau ditahan kerana mempamerkan sehelai Baju Bersih 2.0 di sebuah kedai di Permatang Piah, Mahligai. Anggota jawatankuasa Pemuda PAS Bachok itu juga diikat jamin RM4,000. |
Perkasa Batal Menghadap Agong? Mana Kemaluan Selama Ini Ibrahim? Posted: 06 Jul 2011 05:00 AM PDT Perkasa Batal Menghadap Agong Oleh SUSAN ALBERT KASSIM KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membatalkan rancangan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara yang dijadualkan pada pukul 10.30 pagi, Rabu. Penolong Setiausaha Agung Perkasa, Norlizaizul Ismail mendakwa, rancangan itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu yang tidakdapat dielakkan. "Kita akan buat sidang media pada pukul 5 petang nanti. Segala keputusan sama ada akan terus menyertai perhimpunan pada Sabtu iniakan diputuskan pada sidang media itu nanti," katanya kepada pemberita di Gerai Seri Menanti berhampiran Istana Negara, Rabu. |
Polis Main-Main Kesabaran Rakyat? Posted: 06 Jul 2011 04:30 AM PDT Himpunan Bersih Sabtu tertakluk pada kelulusan permit, kata polis Oleh Clara Chooi KUALA LUMPUR, 6 Julai – Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengingatkan Bersih 2.0 agar memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan Sabtu ini sambil menegaskan, kegagalan berbuat demikian bermakna ia akan dianggap sebagai satu perhimpunan tidak sah. Bercakap pada sidang media di Bukit Aman di sini petang ini, Khalid berkata sehingga kini sekretariat Bersih 2.0 belum memaklumkan ataupun memberitahu pihak polis tentang rancangan perhimpunan mereka meskpin pentadbiran Najib bersedia untuk menyediakan stadium. "Tiada panggilan daripada mereka, tiada maklumat," kata beliau. Semalam, sekretariat Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan di jalanan sebaliknya sanggup menerima tawaran agar ia diadakan di stadium. Apabila ditanya bahawa Bersih 2.0 sudah pun mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, Khalid berkata: "... (Pengerusi Bersih 2.0) Datuk Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam. Beliau harus tahu undang-undang." Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa urusan memproses permohonan permit akan dipercepatkan dengan mengambil kira keadaan semasa. "Kami akan mengutamakan permohonan mereka. Lazimnya, permit perlu dipohon sekurang-kurangnya seminggu sebelum majlis. Jadi, mengapa kami memberikan keutamaan? Sebab, kerajaan sudah pun membenarkan mereka mengadakan perhimpunan di stadium, kami akan bekerjasama dan kami akan," katanya. |
Surat Penolakan Perbadanan Stadium Merdeka Terhadap Bersih Posted: 06 Jul 2011 03:51 AM PDT Bersih 2.0 kecewa alasan pengurusan Stadium Merdeka enggan terima tempahan Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 6 Julai – Sekretariat Bersih 2.0 kecewa dengan alasan-alasan pengurusan Stadium Merdeka yang enggan menerima tempahan untuk pihaknya mengadakan himpunan di lokasi bersejarah itu hujung minggu ini. Kenyataan yang diperoleh dari laman web Bersih 2.0 menyebut pegawai tempahan memberikan pelbagai alasan, antara lain akan diadakan acara sukan pengurusan dalaman dan kerja-kerja pengubahsuaian. "Kami kecewa apabila mendapati pegawai tempahan mula memberikan beberapa alasan mengapa tempahan tidak boleh dibuat," kata kenyataan itu. Pagi tadi, kepimpinan Bersih 2.0 mengumumkan bahawa pihaknya akan mengadakan perhimpunan yang dirancang, berkaitan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya negara ini, Sabtu ini di Stadium Merderka di sini. Kenyataan itu juga berkata sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi, wakil Bersih 2.0 telah menghubungi pegawai tempahan Stadium Merdeka untuk membuat tindakan sepatutnya bagi menggunakan premis itu Sabtu ini. "Ini dilakukan selaras dengan kesediaan tawaran Perdana Menteri (membenarkan stadium digunakan) dan disusuli dengan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong (semalam)," kata kenyataan itu lagi. Sehubungan itu kenyataan tersebut menambah, selari dengan aspirasi rakyat Bersih 2.0 berpendirian tegas bahawa, seiring sebahagian daripada perjanjian untuk mengadakan perhimpunan dalam stadium, satu lokasi yang menggambarkan skala dan kepusatan isu kepada rakyat Malaysia keseluruhan, mesti dipilih. "Kami telah memutuskan bahawa Stadium Merdeka satu-satunya lokasi yang memenuhi krietria ini dan mengambil pendirian tegas bahawa untuk memperlihatkan keikhlasan dan kejujuran, perdana menteri sewajarnya menggunakan jasa baik beliau bagi kami menggunakan stadium ini dengan segera," kata kenyataan itu lagi. Malah tambah kenyataan itu, memandangkan hanya tinggal tiga hari lagi, satu keputusan segera berkenaan dengan lokasi perhimpunan adalah sangat penting. Katanya, kelewatan dalam meluluskan pengguaan Stadium Merdeka akan dilihat sebagai sengaja melengah-lengahkan yang tidak boleh diterima dan "akan mengecewakan lagi gabungan" ini. "Kami tidak ragu bahawa kepimpinan yang kuat di peringkat tinggi eksektif akan bertolak ansur dengan sebarang halangan prosedur dalam mempercepatkan kelulusan (menggunakan Stadium Merdeka)," kata kenyataan itu. |
Posted: 06 Jul 2011 02:30 AM PDT Subky Latif MENGULAS tentang rancangan unjuk rasa Bersih 2.0 bagi menuntut perjalan pilihan raya bersih dan adil serta mewujudkan sebuah SPR yang adil dan bersih, maka Perdana Menteri Najib berkata bahawa dirinya dan kerajaannya telah mengendali perjalanan pilihan raya dan mewujudkan SPR yang adil dan bersih. Alasan mudahnya betapa ia bersih dan adil ialah ada pembangkang berjaya mengalahkan BN di lima negeri dalam Pilihan Raya Umum 2008 dulu dan ditambah pula BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya itu. Termasuk akal setengah orang yang tidak panjang akalnya dengan alasan itu. Oleh kerana adanya cerita jenaka arnab tertidur di tengah perlumbaannya dengan kura-kura, maka kalah arnab oleh kura-kura dalam perlumbaan itu. Adakah dapat diterima dalam realitinya kura-kura juga sama pantas berlari dengan arnab? Pembangkang lima negeri dalam pilihan raya lalu bukan bukti perjalanan pilihan raya sudah adil dan bersih. Ketempangan yang wujud itu menyebabkan BN kalah dilima negeri saja. Kalau ia tidak tempang ia bukan kalah dalam banyak negeri lagi, malah belum tentu Putrajaya sentiasa dikuasainya. Mungkin Najib dan kerajaannya betul-betul adil dan bersih, tetapi dia mesti mencari logik yang lain. Pada Najib apa yang dibuatnya sudah dirasakan adil dan bersih tetapi ia perlu diuji dan disemak imbang. Diodit dulu apa yang dibuat dan apa yang dikata. Tidak ramai orang yang didakwa di mahkamah mengaku bersalah. Cakapnya tidak diterima terus. Bicarakan dulu dan hakim serta mahkamah akan menentukan dia bersalah atau tidak. Semua orang kata Firaun adalah sekejam-kejam pemerintah. Al-Quran yang Maha Benar itu mengatakan Firaun kejam, tetapi Firaun tidak pernah dirinya kejam dan zalim. Bukan Firaun saja tidak mengaku dia zalim. Bahkan Haman dan Qarun serta orang-orang yang mendapat nikmat dari pemerintahannya mengaku Firaun adalah seadil orang. Al-Quran merakamkan sekalian orang yang pernah beriman mengaku beriman apabila ditanya Allah. Setengah yang mengaku beriman itu sebenarnya tidak beriman. Setiap yang beriman itu mesti melalui ujian dulu sebelum masing-masing disahkan beriman di hadapan Allah. Sebelum Najib mendakwa dirinya dan kerajaannya sentiasa adil dan bersih, dunia menyaksikan betapa Hosni Mubarak, Muamar Ghadaffi, Basher Asad dan lain-lain mengaku diri mereka dan pemerintahan mereka adalah adil dan bersih. Tidak pernah Bosni Mubarak memenangi pilihan raya Presiden dengan undi kurang dari 98 peratus. Tidak ada siapa di negaranya sepanjang pemerintahannya sanggup berkata dia tidak adil dan tidak bersih. Yang dapat menentukan dia bercakap benar atau hanya berbohong ialah amalan demokrasi di negara itu. Jika demokrasi itu mati, yang mati akan dikata hidup, yang zalim dikata adil dan yang adil dikata kejam. Di hadapan mata kita, orang yang mengaku adil di Mesir, di Libya, di Yaman dan di Syria semuanya dikata tidak adil oleh orang-orang di jalan raya. Gadaffi dan Basher Asad masih berkuasa tetapi di jalan raya orang memekik mereka kejam. Hosni Mubarak dan Ben Ali dari Tunisia sudah tidak dapat mempertahankan diri bahawa mereka itu adil dan bersih. Ia adalah antara hujah bahawa sesorang pemimpin yang mendakwa dirinya begitu dan begini belum dapat dijamin betul bagai yang didakwanya. Ketentuan adil dan kejamnya akan dapat dilihat dari sebuah pemerintahan yang telus yang memberi ruang kepada semua institusi dan orang melakukan semak dan imbang. Najib dan kerajaannya boleh jadi benar adil dan bersih bagai yang didakwanya. Tetapi pernan semak dan imbang dalam pemerintahannya tidak begitu berbuka. Terlalu banyak yang memperikai kejituan perjalan mahkamah, jabatan peguam negara dan personaliti pimpinan setengah polis, tiada apa yang dilihat kerajaan Najib dapat membetulkannya. Maka payah rasanya dakwah Najib tentang adil dan bersih kerajaannya hendak dipertahankan. Apabila kita tidak dapat terima bulat-bulat dakwaan Najib tentang keadilannya dan kerajaannya, maka kita tidak boleh melihat bulat-bulat Tok Guru Nik Aziz, Azizan Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng betul belaka. Mereka boleh jadi betul dan boleh jadi tidak betul. Apa pun ketelusan mereka dan kerajaannya akan menentukan kedudukan mereka. Dengan berbagai tunjuk perasaan kecil dan sederana dan banyak aduan polis dan aduan SPRM yang dibuat terhadap kerajaan mereka akan dapat menentukan mereka telus atau sebaliknya. Bagi mengetahui Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain telus atau tidak lebih mudah disemak imbang dari menyemak imbang pentadbiran Najib dan BN. Unjuk rasa yang dicadang Bersih itu adalah langkah bagi membetulkan guna demokrasi. Bila demokrasi itu lurus maka mudah diketahui kerajaan dan ketuanya adil atau tidak. |
Posted: 06 Jul 2011 01:39 AM PDT Aziz Muda KUALA LUMPUR, 6 Julai: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) bercadang untuk mengadakan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini di Stadium Merdeka. Pemilihan yang dibuat ke atas Stadium Merdeka berdasarkan kedudukan stadium itu di tengah pusat bandar dan mudah didatangi orang ramai dari seluruh negara. Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan menjelaskan, penyerahan memorandum yang mengandungi 8 tuntutan Bersih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak akan dilakukan dengan perarakan. Sebaliknya, ia hanya akan dilakukan oleh tidak lebih 10 orang wakil Bersih yang akan berkunjung ke Istana Negara dari tempat perhimpunan diadakan di Stadium Merdeka. "Penyerahan memorandum itu tidak membabitkan seorangpun pemimpin parti-parti politik dari Pakatan Rakyat. Mereka yang terbabit adalah dari Bersih atau NGO sahaja dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan parti politik," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini. Sebelum itu, beliau menjelaskan, Bersih 2.0 menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan baginda menerima mengadap wakil Bersih yang terdiri daripada beliau, Datuk A Samad Said dan Zaid Kamaruddin, semalam. Bersih 2.0 menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Tuanku di atas keprihatinan terhadap aspirasi rakyat untuk menikmati demokrasi dan hak asasi seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau, pada pertemuan itu, rombongan Bersih 2.0 telah mempersembahkan kepada Tuanku di antara lain kenyataan dan pendirian Bersih 2.0. "Pertama, Bersih 2.0 menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan rapat umum di Stadium dan berharap polis memberi kerjasama untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar, manakala wakil Bersih 2.0 tidak melebihi 10 orang akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. "Kedua, kerajaan menunjukkan good faith dengan membebaskan semua yang telah ditahan termasuk individu-individu yang ditahan di bawah EO dan memberhentikan tekanan, gangguan serta halangan kepada penyokong-penyokong Bersih 2.0. "Ketiga, menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk pembaikan sistem dan proses pilihanraya," katanya. Tuntutan Bersih 2.0 Bersih 2.0 adalah gabungan yang sah kerana disertai oleh pertubuhan-pertubuhan dan entiti yang berdaftar. Menurut Ambiga, Bersih 2.0 menuntut satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan di dalam dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihanraya yang sedia ada. "Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai mereka yang berkaliber dan mewakili semua pihak yang berkepentingan (stakeholders)," katanya. Lapan tuntutan jangka pendek Bersih 2.0 dipenuhi sebelum PRU Ke-13 iaitu bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Menurutnya, semua yang telah ditahan berkaitan sokongan kepada Bersih 2.0 hendaklah dibebaskan termasuk enam pemimpin PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) mestilah dibebaskan serta merta atau dihadapkan ke mahkamah. Pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan Bersih 2.0 ditarik balik atau digugurkan dan mereka yang masih ditahan dibebaskan tanpa syarat. Katanya, Bersih 2.0 turut menuntut agar semua gangguan (harassment), ugutan, tuduhan dan fitnah terhadap penyokong-penyokong Bersih 2.0 dihentikan dan ini bermakna rakyat dibenarkan memakai baju kuning, usaha-usaha menjayakan perhimpunan Bersih 2.0 di stadium tidak dihalang. "Pihak polis, DBKL atau pihak-pihak lain tidak memberikan apa-apa halangan kepada semua rakyat yang menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka pada pukul 2 hingga 4 petang 9 Julai (Sabtu) ini. "Bersih 2.0 bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar," jelasnya. Beliau juga memberitahu, Bersih 2.0 sedang berusaha untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan segera untuk membincangkan semua tuntutan itu dan sebarang perkara berkaitan Bersih 2.0. |
Edisi Bodoh! Buat Bom Guna Botol Air Mineral Posted: 05 Jul 2011 09:00 PM PDT buat bom guna botol mineral. tak ke bodoh namanya. lawak! |
Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani tercungap-cungap di Parlimen Posted: 05 Jul 2011 08:30 PM PDT Rakyat kawasan Kubang Pasu seharusnya menilai kembali sejauh mana kelayakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum untuk dipilih menjadi ahli Parlimen mereka kerana gagal menjelaskan beberapa persoalan yang dibangkitkan ahli Dewan. Kegagalan ini membawa sehingga beliau ditegur oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.ketika menggulung perbahasan terhadap perkara berkaitan rang Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010. Beliau dilihat beberapa kali memberi alasan tidak memahami tulisan pegawainya yang membantu dalam menyediakan jawapan terhadap persoalan terbabit sehingga memberi cadangan untuk menjawab secara bertulis. Abu Zahar turut mempersoalkan mengenai Seksyen 20 dan 21 dalam rang undang-undang itu yang disifatkan terdapat kekeliruan dalam menafsir susunan ayat dan meminta Mohd. Johari memberikan perhatian mengenai perkara terbabit. "Rang undang-undang akan jadi undang-undang. Minta pegawai beri perhatian teliti dan bantuan untuk senang beliau (Mohd. Johari) beri jawapan. Itu tugas pegawai di kementerian. "Kalau tak beri jawapan dan ahli berhormat tak setuju, tiada faedah kita bahas isu ini," tegas Abu Zahar. (lapur Utusan) Kekalutan ini menunjukan Johari Bahrum tidak teliti atau tidak langsung membuat kerja rumah sebagai seorang Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Bikin malu orang kawasan Kubang Pasu dan orang Kedah. Jelas sekali Kedah ketandusan pemimpin. http://mummyrokiah.blogspot.com/2011/07/timbalan-menteri-pertanian-dan-asas.html |
Mencari alternatif di sebalik kemelut yang ada – Oleh Muhammad Zir Posted: 05 Jul 2011 08:00 PM PDT 5 JULAI – Kita semakin sibuk berbicara, berfikir dan berdiskusi dengan penuh minat dan tumpuan tentang Bersih 2.0. Tidak dinafikan, senario ini seolah-olah telah menjadikan ia sebagai satu komoditi jualan yang hangat dan paling laris. Secara tidak langsung, ia juga menunjukkan bahawa demokrasi sosial telah berjaya mempromosikan konsepnya sebagai wadah yang paling baik antara yang dikatakan baik buat seluruh warga Malaysia. Sebelum ini kita tidak terfikir barang seminit bahawa perubahan politik akan berlaku seperti pada pilihan raya umum 2008 atau sebelum itu, Anwar Ibrahim dibebaskan pada 2004 (setelah berakhirnya rejim Tun Dr Mahathir Mohamad) hinggalah kepada inti pati perjuangan PAS yang mengorak langkah memperluaskan konsep Negara Islamnya kepada Negara Berkebajikan yang tetap berteraskan Islam. Kesemua ini adalah buah tangan dari konsep demokrasi sosial yang telah digarap cermat oleh semua pihak yang ikhlas untuk melakukan perubahan. Mereka tidak perlu namakannya demokrasi social atau apa-apa ideology. Yang terpampang adalah amalannya. Mereka yang cermat, sedar dan ikhlas ini bukan hanya datang dari sebelah pihak saja, sebaliknya ada juga sumbangannya dari pihak lain termasuk kerajaan UMNO-Barisan Nasional sendiri. Mengapa begitu? Kerana UMNO-BN telah menolak amalan demokrasi – pilihan raya kotor, kuasa-kuasa kerajaan disalahgunakan. Kerana UMNO-BN menolak bantuan dan kebajikan sosial dengan mengutamakan kroni politik dan kroni korporat – rakyat dikebelakangkan. Dengan itu, UMNO-BN memaksa rakyat mencari alternatif. Satu dari yang popular adalah demokrasi sosial. Yang baik itu tetap ada di kalangan segelintir dari mereka. Itu kita tidak boleh menafikannya. Secara sedar atau tidak, konsep demokrasi sosial ini telah mula dipraktikkan sedikit demi sedikit. Apakah yang dikatakan demokrasi sosial itu? Dalam bahasa yang paling mudah untuk kita fahamai adalah – solidariti, kebebasan dan keadilan. Solidariti ini jika kita memahami dalam konteks budaya orang Melayu adalah nilai atau rasa kebersamaan, persaudaraan dalam sifat saling bantu-membantu. Malah budaya kaum-kaum lain juga berkongsi amalan ini. Soalan untuk kefahaman – apakah solidariti perlu dalam satu parti atau satu gabungan sahaja tanpa membenarkan suara-suara lain yang berbeza pandangan tetapi mungkin bersatu hasrat? Apakah solidariti hanya untuk tewaskan satu musuh atau lebih luas dari itu, melalui usaha-usaha mendekatkan perbezaan-perbezaan pandangan? Kebebasan dalam bahasa yang paling jernih ingin kita nyatakan adalah jalan untuk masyarakat berpatisipasi (terlibat) dalam semua aspek yang melibatkan kepentingan bersama, baik politik, sosial, agama dan kebudayaan. Ini adalah asas ketamadunan semua bangsa termasuklah bangsa kita. Soalan untuk kefahaman – apakah kebebasan yang telah dilaungkan oleh kerajaan sudah dipraktikkan dengan ikhlas dan berkesan? Apakah mungkin UMN)-BN terlalu takut kepada kebebasan sehingga terpaksa berselindung di sebalik undang-undang yang zalim? Jawapannya juga akan membawa kepada makna kebebasan yang lebih dalam untuk kita hayati. Keadilan tentunya mempunyai persepsi dan kefahaman yang tersendiri tetapi matlamatnya satu sahaja, supaya tidak ada yang tertinggal, tertindas atau terpinggir. Ia merupakan antara konsep paling tua dalam sejarah kemanusiaan. Maka, soalan untuk kefahaman – apakah nasib rakyat golongan bawah, tidak kira bangsa apa, yang terbanyak dan yang terpenting, sudah dibela nasibnya? Justru, keadilan apakah yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan BN ketika ini? Kesemua rantaian persoalan ini akan menjadikan konsep keadilan ini lebih objektif sifat. Maka mudah kita fahami dan laksanakan. Keadilan bukanlah komoditi dan yang dimonopoli oleh satu pihak sahaja. Ketiga-tiga elemen ini menjadi asas yang membentuk praktis konsep sosial demokrasi. Ia bukanlah satu konsep yang terlalu abstrak, eksklusif atau elitis untuk difahami dan dimanfaatkan oleh kita semua. Bagi yang Muslim, jika digali dengan lebih mendalam tentang ketiga-tiga elemen ini, pasti akan bertemu dengan punca mata air yang jernih dan dingin, iaitu roh Islam. Kita telah diajar tentang konsep persaudaraan, kesamarataan, perkongsian dan keadilan. Justru, elemen-elemen ini tidak pernah lari dari konsep pertanggungjawaban terhadap kemuliaan insan sebagai khalifah di muka bumi ini. Dalam melaksanakan dasar-dasar ini, pastinya ia tidak mudah seperti menyebutnya. Realiti dan halangan sudah sememangnya telah dijanjikan bagi kita yang ingin melakukan islah. Hasad dengki, fitnah dan pengkhianatan ketika kita hendak melaksanakannya tidaklah akan menjerat niat dan cita-cita kita. Bersih 2.0 barangkali hanyalah permulaan era baru bagi masyarakat untuk memahami makna demokrasi dengan lebih matang lagi. Banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk mengembangkan demokrasi dan keadilan sosial sebagai amalan. Kebencian dan hasad hanya akan menjadikan kita manusia yang kufur atas nikmatNya. – Roketkini.com |
Gambar Bakal Menantu Najib Didedah? Jom Tengok! Posted: 05 Jul 2011 07:30 PM PDT klik pada link di bawah semoga mendapat pencerapan minda ok. http://ohartis.com/2011/07/gambar-lelaki-ini-dikatakan-bakal-menantu-datuk-seri-najib/ |
DAULAT TUANKU - rakyat menjunjung kasih atas titah tuanku Posted: 05 Jul 2011 07:00 PM PDT Oleh Syed Imran DAULAT TUANKU, itulah yang dapat diluahkan atas kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah kerana berkat titah baginda perhimpunan atau gerakan jalanan yang bakal diadakan pada 9 Julai ini akan dibatalkan. Pihak penganjur BERSIH 2.0 yang dikepalai oleh mantan pengerusi Majlis Peguam Datuk S. Ambiga juga akur dengan cadangan Perdana Menteri supaya perhimpunan itu diadakan di stadium, bukan di jalanan. Kita akur akan hak mereka untuk berbuat demikian tetapi kita lebih mementingkan ketenteraman awam dan keselamatan kerana ada dua pihak lain, iaitu Pemuda UMNO dan Perkasa yang akan turut mengadakan demonstrasi jalanan sebagai tindakan balas. Huru haralah jawabnya. Selain itu, kita percaya ada pihak lain termasuk anasir-anasir subversif yang akan menangguk di air yang keruh dengan niat jahat untuk membangkitkan kemarahan kaum dan mencetus rusuhan. Dalam pada itu, PM Najib mesti pegang pada janjinya yang dibuat dihadapan kakitangan awam Jabatan Perdana Menteri sempena perhimpunan bulanannya semalam. Antara lain Najib dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata - ''Kalau kata nak berkumpul dari pagi sampai malam di stadium, kerajaan tidak mempunyai sebarang halangan, bertempiklah sampai tak larat tapi jangan buat demonstrasi jalanan.'' Itulah yang diucap oleh Najib di hadapan kakitangan JPM. Penganjur BERSIH 2.0 pun menerima saranan Najib dan mereka bersetuju membatalkan demonstrasi jalanan dan sebaliknya mengadakan perhimpunan di stadium. Inilah yang mereka ikrar di hadapan Seri Paduka Baginda yang berkenan menerima tiga wakil penganjur menghadap di Istana Negara hari ini. Apa reaksi Najib? Kerajaan sedia temui penganjur BERSIH 2.0 berhubung hasrat mereka nak adakan perhimpunan di stadium, asalkan mereka mematuhi syarat yang ditetapkan. Syaratnya mereka akan pergi ke stadium dengan aman, adakan perhimpunan secara aman dan akan balik secara aman. Jika dihalusi ada perbezaan ketara dalam kedua-dua kenyataan Najib itu. Saya tidak ingin mengulas mengenainya kerana yakin pembaca bijak untuk menilainya. |
Pakatan: Bebaskan semua tahanan, tarik balik haram Bersih 2.0 Posted: 05 Jul 2011 06:45 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pakatan Rakyat menggesa Putrajaya harus melepaskan semua tahanan yang ditahan kerana terlibat dengan aktiviti Bersih 2.0 serta menarik balik semua bentuk pengharaman terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) termasuk kemeja-T. Selain itu, tegas pemimpin Pakatan Rakyat, enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar, yang kini ditahan di bawah Ordinan Darurat, juga perlu dilepaskan. Tindakan harus dibuat ekoran titah Yang di-Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0, diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Selain itu, kata pemimpin Pakatan Rakyat, langkah Yang di-Pertuan Agong mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa pemandu Bersih termasuk pengerusi Datuk Ambiga Sreenevasan membuktikan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bukan pertubuhan haram seperti mana yang didakwa Kementerian Dalam Negeri. "Ya, sepatutnya apabila Yang di-Pertuan Agong telah bertitah dan memberi pandangan baginda dalam isu ini dan baginda tidak mengatakan Bersih adalah pertubuhan haram malah baginda juga meminta kerajaan sedia ada menyelesaikan perkara ini secara baik. "Kalau Bersih ini pertubuhan haram, mengapa Yang di-Pertuan Agong mahu kerajaan berunding untuk mencari jalan penyelesaian? Malah baginda juga perkenan untuk membenarkan Bersih menghadap baginda untuk berbincang. "Jadi atas hujah ini tidak timbul Bersih adalah pertubuhan haram atau sebagainya dan apa jua tindakan yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri dan polis sangat bertentangan dengan amalan demokrasi dan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kepada The Malaysian Insider. Oleh itu, tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu semua mereka yang ditahan perlu dibebaskan serta-merta dan semua pengharaman yang dibuat ke atas Bersih harus ditarik balik. "Sesiapa sahaja yang ditahan dalam isu Bersih ini harus dibebaskan serta-merta kerana ia bertentangan dengan hasrat dan titah Yang di-Pertuan Agong. "Malah semua pengharaman termasuk kemeja-T Bersih 2.0 juga harus ditarik balik," katanya. Minggu lalu Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, malah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menjalani undang-undang negara. Lebih 200 orang aktivis dan pemimpin politik Pakatan telah ditahan. Polis menegaskan pihaknya telah menutup segala bentuk perbincangan dengan sekretariat Bersih 2.0. Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya." "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda. Malah Yang di-Pertuan Agong bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Semalam, Bersih 2.0 mengumumkan perhimpunan akan diadakan di stadium seperti mana yang dicadangkan kerajaan. Menurut Ambiga, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Sementara itu, Naib Presiden PKR N. Surendran berkata Putrajaya sepatutnya secara serta-merta membebaskan kesemua individu yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti Bersih 2.0. Selain itu, tegas beliau, semua pengharaman terhadap Bersih 2.0 termasuk kemeja-T harus ditarik balik. "Pandangan saya jelas semua mereka yang ditahan termasuk enam yang ditahan di bawah Ordinan Darurat mesti dilepaskan dengan serta-merta kerana Yang di-Pertuan Agong tidak mengatakan Bersih dan Himpunan Bersih 2.0 adalah haram. "Sepatutnya selepas titah Yang di-Pertuan Agong kerajaan harus membebaskan mereka semua dan semua pengharaman termasuk baju Bersih 2.0 ditarik balik malah ia dibenarkan dipakai secara terbuka," katanya. Tambah peguam hak asasi itu, namun sehingga kini Putrajata melalui Kementerian Dalam Negeri polis masih belum membebaskan semua tahanan sambil menyifatkan "melanggar titah Yang di-Pertuan Agong." "Sekarang Himpunan Bersih 2.0 akan dibuat di stadium, sepatutnya polis dan Kementerian Dalam Negeri melepaskan semua tahanan, tarik balik pengharaman dan ia jelas dalam mesej yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong tapi mereka enggan ikut. "Yang paling penting adalah titah Yang di-Pertuan Agong, baginda tidak kata Bersih 2.0 ini pertubuhan haram... Agong kata ia harus diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menyerahkan keputusan kepada polis untuk menentukan nasib kesemua individu yang ditahan. |
BERSIH 2.0 – SPR melatah bagi pihak BN Posted: 05 Jul 2011 06:30 PM PDT Oleh: Wan Nik Wan Yussof, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan. Gerakan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu, 9 Julai nanti sudah dianggap berjaya meskipun belum berhimpun. Ia dikatakan berjaya berikutan semua media, pemimpin, polis, orang awam hinggakan pengurus bas ekspres sudah cukup ringan mulut menyebut "bersih" atau pun "tidak bersih." Paling popular ialah komentar bernada risau dan marah terhambur dari mulut pemimpin Umno (tanpa sokongan panas pemimpin parti komponen BN yang lain). Ia dirancakkan lagi oleh media cetak dan elektronik yang saban waktu menyiarkan kata-kata dan ulasan gusar dan kasar individu berjawatan dalam Umno dan NGO tajaan penguasa Umno-BN. Merancakkan nilai kejayaan BERSIH 2.0 ialah kenyataan pihak keselamatan (polis) bermula daripada menterinya, pegawai kanan mahu pun OCPD. Paling berjaya lagi, apabila ada kalangan merekja itu mengeluarkan amaran: "sedia melakukan tangkapan awal terhadap pihak penganjur sebagai langkah pencegahan perhimpunan." Sesungguhnya, pihak polis telah bertindak proaktif dengan menangkap beberapa individu termasuk pemimpin muda PAS dan KeADILan yang dilihat memakai baju-T berwarna kuning. Ia suatu tindakan yang mengesahkan betapa munculnya banyak papan tanda "senario tertekan" pihak polis kerana melebarnya kegusaran dan kekasaran suara hati peminpin Umno terhadap BERSIH 2.0. Justeru impaknya dirasai berkemungkinan kuasa rakyat bakal menjatuhkan kedudukan mereka ditampuk kuasa. Senario tertekan Mencorakkan lagi papan tanda "senario tertekan" itu ialah pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerusi temubual pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Berita Minggu, 26 Jun 2011, hal. 24) yang mengukirkan ulasan dan respons teruk seorang pengurus kepada badan pengendali demokrasi negara. Kenapa ia dikatakan teruk? Asasnya BERSIH 2.0 adalah suatu tindakan suara hati jutaan rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan nilai kekotoran perjalanan demokrasi negara yang diacuankan mengikut selera pemimpin Umno-BN. Voting melalui akhbar The Star online sudah cukup tegar untuk menghujahkan betapa rasa bersetuju dengan BERSIH 2.0 meskipun ia dipimpin oleh seorang peguam bukan Islam, Datuk Ambiga. Ia sudah cukup menyinarkan cahaya amaran untuk SPR bercakap dengan nada tertekan! SPR mengulas Justeru pihak pengerusi SPR berpendapat perhimpunan BERSIH 2.0 tidak sepatutnya diadakan kerana perbincangan di antara SPR dengan mereka sudah dibuat. Sehubungan itu, pihak pengerusi SPR (berdasarkan temu bual disiar Berita Minggu itu) sudah mengulas sekurang-kurangnya tujuh persoalan yang menjadi agenda BERSIH 2.0. (Pertama) mengenai umur layak mengundi dari 21 kepada 18 tahun. Pengerusi itu menganggap ia isu perlembagaan dan SPR tiada hak mengubah sesuka hati kecuali undang-undang dan perlembagaan dipinda. (Kedua) mengenai penggunaan dakwat kekal ekoran berlaku lebih dari sekali. Lalu dibalas rancangan SPR untuk menggunakan sistem biometrik atau teknik imbasan ibu jari bagi mengenalpasti dan mengesahkan identiti pengundi. Lantas menganggap penggunaan dakwat kekal yang boleh mencetuskan kekecohan. (Ketiga) mengenai syor pendaftaran sebagai pengundi secara automatik pada umur 21 tahun yang dianggap tidak boleh dilaksanakan kerana perlembagaan menyatakan untuk jadi pengundi memerlukan permohonan dan perlu ditandatangani pemohon. Maka dikatakan ia di luar keupayaan SPR. (Keempat) mengenai tuntutan media cetak dan elektronik yang lebih seimbang dalam aspek penyampaian maklumat antara parti bukan kerajaan dengan parti kerajaan, secara mudah dikatakan sebagai di luar bidang kuasa SPR. (Kelima) mengenai berlaku rasuah dalam pilihan raya, dianggapnya sebagai tuduhan dan bukan bidang kuasa SPR sebaliknya tugas SPRM. (Keenam) mengenai tempoh kempen pilihan raya yang perlu dipanjangkan, maka secara mudah pengerusi SPR itu lebih berminat meraikan tuntutan parti-parti kecil yang kononnya mahu kempen dipendekkan. (Ketujuh) di sebalik isu undi pos, pengerusi SPR bertegas tidak mahu undi pos dihapuskan atas alasan kerana ramai pengundi mendaftar sebagai pengundi pos. Bagaimanapun, SPR sedia mengurangkan undi pos dengan cara undi awal (advaance voting) iaitu mereka mengundi seperti biasa, tetapi diawalkan kerana anggota keselamatan terpaksa bertugas pada hari pengundian di seluruh negara. SPR sudah menjadi penyelamat kuasa pihak penguasa. Satu perkara yang tidak dijawab oleh pengerusi SPR itu mengenai tuntutan BERSIH 2.0 ialah mengenai pembersihan daftar pemilih yang begitu kotor dengan pelbagai jenis hantu! Ia semacam memberi peluang kepada penguasa untuk menipulasi. SPR akui Apa pun, pengerusi SPR itu sudah mengakui kesemua tuntutan BERSIH 2.0 kali ini adalah memerlukan pindaan perlembagaan (persetujuan dua pertiga ahli parlimen). Atas asas ini persoalannya, kenapa SPR beria-ia dan terkial-kial memberi respons? Sepatutnya pihak pemimpin Umno-BN yang mengulasnya. Apakah pengerusi SPR sebenarnya melatah bagi pihak Umno-BN? Ia suatu gambaran betapa pemimpin Umno-BN tidak bersedia mengubah status demokrasi yang tempang apa cara sekali pun. Justeru perhimpunan BERSIH 2.0 adalah penangan untuk rakyat Malaysia menilai dan membuat keputusan. Kejayaan rancangan demonstrasi BERSIH 2.0 juga terserlah, kerana ia telah disokong l;ebih daripada 60 NGO, individu profesional, pensyarah dan aktivis sosial serta politik. Terbaru oleh seorang lagi pensyarah kanan Jabatan Politik dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad (Berita Minggu, 26 Jun 2011, hal. 25). Menurut pensyarah itu, kita perlu hormat dengan pendekatan yang dipilih. Ada rasionalnya perhimpunan ini perlu dibenarkan dan diberikan permit untuk berhimpun. BERSIH 2.0 rasional Justeru tuntutan BERSIH 2.0 sudah dilihat rasional. Hanya mereka yang emosional sahaja yang tidak mahu pendemokrasian dan pemulihan demokrasi tempang dilakukan. Maka lapan tuntutan BERSIH 2.0 sebagaimana diumum iaitu menuntut SPR membersihkan senarai daftar pemilih, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor. Sewajarnya kita bersetuju dengan ulasan Shukur Harun (Harakahdaily, 26 Jun 2011) yang menyifatkan BERSIH 2.0 merupakan sebuah tuntutan yang sangat bersih, murni dan menjadi harapan kepada rakyat berbilang kaum yang cintakan demokrasi. Demokrasi tempang Natijahnya demokrasi amalan Malaysia kini masih tempang, maka wajar diperbetulkan. Harapan rakyat Malaysia kepada BERSIH 2.0 supaya status demokrasi yang ditempangkan oleh sang penguasa Umno-BN diperbaiki ke arah mencapai status terbaik––hak dan ruang kebebasan rakyat tidak disekat, dinafi dan diperkosa secara wewenang. Justeru rakyat hendaklah sepakat bangkit membuktikan kuasa dan rasa pancaindera masing-masing untuk bersama-sama menjayakan perhimpunan BERSIH 2.0. Meskipun masih ada pihak masih mesra dengan ketololan Umno-BN, pentingnya sekarang ketololan Umno-BN harus dinafikan kuasanya agar terus menempangkan demokrasi di Malaysia. http://warta-utara.blogspot.com/ |
Implikasi Agong sedia jumpa Bersih dan himpunan di stadium Posted: 05 Jul 2011 06:14 PM PDT Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Sekurang-kurangnya Buletin Utama TV3, malam 4 Julai lalu, tidak lagi dipenuhi momokan tentang "perhimpunan haram golongan pengacau" apabila wakil Bersih yang diketuai S Ambiga bersama A Samad Said dan Zaid Kamarudin diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong pada sebelah petangnya, dan mereka bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium. Kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak pula dilihat lebih mendatar (berbanding malam sebelumnya di perhimpunan bulanan JPM), sambil menekankan: "Kita bersedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan bagi mengadakan (perhimpunan) di stadium dengan syarat bahawa mereka akan pergi dengan aman, berhimpun secara aman dan mereka akan balik dengan aman." Bagaimanapun, siaran berita yang sama melaporkan sidang akhbar polis Selangor dan Kuala Lumpur tentang rampasan sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang, termasuk 44 molotov *****tails, 23 parang dan 48 baju-T dengan logo Bersih. Polis tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan perhimpunan Bersih, 9 Julai. Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan dengan golongan komunis semasa zaman darurat. Saya cuba membayangkan, jika tiada "campur tangan Agong" dan Bersih tetap bertegas mengadakan perarakan membelah kota raya ke Istana Negara, tentulah kes rampasan senjata bersama baju-T Bersih itu akan menjadi isu hangat-panas dan diperbesar-besarkan oleh RTM, TV3 dan pastinya Utusan Malaysia, berhari-hari lamanya. Mutakhir ini media di negara kita, khususnya TV, berulang kali menyiarkan propaganda memburukkan Bersih yang cukup memualkan. Rasanya propaganda pemerintah zaman komunis dulu pun tidak seteruk itu. Lucu juga mengingatkan penegasan Tun Hisan yang seolah-olah mahu mengaitkan rampasan senjata di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama Bentong, dengan taktik pengganas komunis. (Masakan tidak, "komunis" tahun 2011 ini begitu alpa dan naif sehingga meninggalkan kesan dan bukti, seperti baju-T Bersih! Kebetulan, ada blogger mengingatkan kemungkinan rampasan gelombang kuning di seluruh negara boleh menyediakan ruang untuk mensabotaj Bersih, terutama membabitkan baju-T kuning itu). Serta-merta saya terkenang nasib Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan empat aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditangkap semula mengikut Ordinan Darurat (EO) selepas dibebaskan daripada tahanan reman pada 2 Julai. Sebelum itu, Jeyakumar bersama 30 yang lain, ditangkap di plaza tol Sungai Dua, Pulau Pinang. Polis mendakwa berdasarkan barangan yang dirampas, ahli-ahli PSM itu mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM). Mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong. Penggunaan EO adalah taktik halus polis mahu menahan tanpa bicara dengan tidak menggunakan akta drakonian ISA. Berbanding ISA, tidak wujud suara lantang terhadap EO disebabkan sasarannya bukan ahli politik, tetapi gangster atau penjenayah. Peruntukan penting dalam Ordinan Darurat adalah Seksyen 3(3), iaitu tempoh penahanan oleh polis selama 60 hari dan juga Seksyen 4(1), iaitu arahan menteri supaya ditahan tanpa bicara selama dua tahun. Setelah tamat tempoh 60 hari tahanan pertama, menteri boleh memerintah perlanjutan tempoh tahanan tanpa bicara selama 2 tahun. Secara alternatifnya, menteri boleh mengeluarkan perintah sekatan untuk menyekat pergerakan tahanan. Menteri mempunyai kuasa melanjutkan perintah tahunan untuk satu jangkamasa berterusan tidak berakhir (undefinitely). Selain itu, isu yang menjadi bualan ramai adalah sikap keterbukaan Seri Paduka yang bersedia menerima rombongan Bersih dan khabarnya pimpinan Pakatan Rakyat juga ke istana, ketika Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengumumkan pintu rundingan sudah ditutup. Malah, Khalid dengan sombong memaklumkan kepada media bahawa perjumpaan ketuanya, Ismail Omar dengan pimpinan Bersih, termasuk Ambiga, bukannya satu rundingan, tetapi hanya untuk memaklumkan pendirian polis. Dan bagaimana pula dengan status Bersih selepas menghadap Agong, khususnya merujuk kenyataan Abdul Rahman Othman, Pendaftar Pertubuhan Malaysia, bahawa Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa 1 Julai 2011? Masakan Agong sedia bertemu wakil pertubuhan haram, yang di dalamnya mungkin mengandungi anasir subversif, yang dikaitkan dengan komunis? Bagaimanapun bagi saya, perkara yang jauh lebih penting adalah menonjolkan peranan istimewa Agong dalam dunia politik, khususnya membabitkan proses pilihan raya. Kedudukan baginda yang unik itu jarang diperkatakan sehinggalah muncul titah diraja, malam 3 Julai lalu. Antara petikan menarik: "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana ..."; "Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan ...." Sememangnya penggubal Perlembagaan 1957 kita begitu cermat ketika memasukkan Perkara 114(2): "Pada melantik ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM." Kedudukan Agong yang nuetral dari segi politik membolehkan baginda melaksanakan tugas strategik bagi memastikan SPR benar-benar berwibawa, diyakini rakyat, bertindak saksama dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Menurut Tun Mohamed Suffian Hashim, bekas Ketua Hakim Negara dalam bukunya, Mengenai Perlembagaan Malaysia, "Untuk menentukan bahawa SPR bebas dari campur tangan kerajaan, Perlembagaan memperuntukkan bahawa seseorang ahli SPR tidak boleh dipecat dari jawatannya melainkan atas alasan yang sama dan dengan cara yang sama seperti seorang hakim. Tiada perutukan lain dalam Perlembagaan yang begini istimewa walaupun terhadap perlantikan hakim, kecuali bagi SPR. Malangnya, pada hemat saya, peranan Agong seperti ditegaskan Perkara 114(2) itu seolah-olah tidak diberi perhatian serius, sedangkan ia kunci kepada masalah yang berbangkit hari ini. Belum nampak satu mekanisme yang jelas dan sistematik tentang perlantikan ahli-ahli SPR yang seharusnya mendapat KEPERCAYAAN AWAM itu, sehingga mereka yang dianggap boleh "diperbudakkan" oleh Umno yang sering dilantik dan ini menyebabkan kontroversi berlaku. "Tugas politik" Agong yang begitu penting ini, seumpama seorang pengadil pertandingan yang tidak memihak, mesti dibahaskan secara tuntas. Bersih, dalam memorandum kepada baginda, bertarikh 10 November 2007 "menyuarakan kehendak rakyat menuntut pembaharuan pilihan raya termasuk mengutarakan cadangan untuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji pembaharuan sistem dan proses pilihan raya". Sebenarnya, daripada menuntut sebuah suruhanjaya bebas, lebih praktikal untuk mendahulukan peruntukan yang tersedia dalam Perlembagaan. Penubuhan SPR yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM ini tidak boleh ditangguh lagi. Perarakan aman membelah Kuala Lumpur, yang dipindahkan ke stadium, tidak akan menyelesaikan isu sebenar sekiranya perkara pokok yang terkandung dalam tuntutan 8 perkara itu terbiar begitu sahaja. Secara peribadi saya mengharapkan langkah awal Seri Paduka ini akan merintis usaha reformasi menyeluruh terhadap proses pilihan raya dan sistem demokrasi di negara kita. Ini bukan perkiraan siapa kalah atau menang; yang penting ada cahaya di hujung terowong .... |
Surat Dari YAB al-Mursyidul Am PAS kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong Posted: 05 Jul 2011 04:00 PM PDT Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj Bismillahir Rahmanir Rahim. Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT. Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam. Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand. Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT. Patik yang menjunjung kasih, YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS). Bertarikh : 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan