DIALOG RAKYAT |
- Enam pemimpin PSM fail habeas corpus dibebas segera
- Saksi: Sarbaini nampak gelisah, ‘baca fail tepuk dahi beberapa kali’
- Mesej Sosilawati: Jangan bagi Kamal masuk rumah, dia ‘tangkap gambar emak’
- Himpunan Bersih Sabtu tertakluk pada kelulusan permit, kata polis
- Pakatan sokong himpunan Bersih di stadium, jangka 300,000 hadir
- Bersih 2.0 kecewa alasan pengurusan Stadium Merdeka enggan terima tempahan
- Himpunan Bersih: Pihak berkuasa kurang ikhlas, kata Ambiga
- Nurrahayu Ditemui Dikerat Dan Dibakar
- Mungkinkah Tsunami Thailand Ke Malaysia?
- Bongkar: "Pengundi Klon" Ganti "Pengundi Hantu"
- SPRM perlu tangkap ‘ikan besar’
- Bersih “sah”, polis perlu hentikan tangkapan
- Hishammuddin, polis perlu buktikan taat setia kepada Agong
- Polis Dakwa Jumpa Senjata, Tuduh Bersih Guna Taktik Ala Komunis
- Polis buru bukti baru di pejabat PSM Jelapang
- Tiada huru-hara pertukaran pemimpin negara - Nik Aziz
- Permohonan Anwar lucutkan hakim ditolak lagi
- Nik Nazmi: Wardina ditohmah blogger murahan
- Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk
- BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka
- Gambarkan himpunan Bersih 2.0 ganas, strategi kuno
- Polis halang taklimat himpunan Bersih
- Nik Aziz berdoa untuk Agong di depan Kaabah
- Walaupun di stadium Bersih 2.0 akan dapat sokongan, kata Nik Aziz
- Ambiga: Himpunan Bersih 9 Julai diteruskan, tapi di stadium
Enam pemimpin PSM fail habeas corpus dibebas segera Posted: 06 Jul 2011 08:05 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR– Enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D. Michael Jeyakumar, yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 hari ini memfailkan permohonan habeas corpus supaya dibebaskan dengan segera. Mereka memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Jenayah, di sini, pada 3.30 petang melalui firma guaman Tetuan Raj, Ong & Co dengan menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden. Selain Dr Jeyakumar, 56, mereka yang lain ialah Sukumaran Munisamy, 50; Letchumanan Aseer Patham, 49; Choo Chon Kai, 33; Sarasvathy Muthu, 58, dan Sarat Babu Raman, 25. Permohonan habeas corpus itu dibuat atas alasan bahawa peguam dan anggota keluarga mereka tidak mendapat akses untuk menemui mereka walaupun telah beberapa kali memohon kepada pihak polis. Laporan Bernama Online menyebut, dalam permohonan itu, mereka mendakwa tidak menghubungi keluarga atau pun peguam mereka sejak ditahan Sabtu lepas di bawah Seksyen 3(1) ordinan berkenaan. Permohonan itu turut disertakan dengan notis perakuan segera melalui peguamnya Yudistra Darma Dorai supaya mahkamah mendengar kes itu dengan segera. Yudistra, yang hadir ke mahkamah, memberitahu media bahawa polis Bukit Aman telah membenarkan pihaknya dan keluarga keenam-enam tahanan itu berjumpa dengan tahanan itu esok. | ||
Saksi: Sarbaini nampak gelisah, ‘baca fail tepuk dahi beberapa kali’ Posted: 06 Jul 2011 08:04 AM PDT KUALA LUMPUR– Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed kelihatan gelisah sebelum bertemu pegawai penyiasat SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad pada hari dia ditemui mati, kata saksi keenam inkues kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu hari ini. Ismail Sedek, 55, yang telah berkhidmat selama 30 tahun sebagai pengawal keselamatan di SPRM berkata, setibanya Sarbaini pada pagi 6 April, dia telah diminta oleh operator agar duduk di ruang menunggu di lobi bangunan itu. "Ketika Sarbaini datang ke meja operator, saya terdengar dia memberitahu operator untuk bertemu dengan pegawai penyiasat, Sheikh Niza. Tetapi operator beritahu, Sheikh Niza sedang sibuk dan ada mesyuarat, jadi Sarbaini diminta untuk tunggu sebentar. "Jadi dia duduk dan tunggu hampir sejam. Pada masa itu, saya lihat Sarbaini mengambil fail dari beg bimbit berwarna hitam yang dibawanya dan membaca fail itu sambil menepuk dahi beberapa kali. Sarbaini seperti orang yang ada masalah. "Dalam masa sejam itu saya tengok dia asyik melihat fail dan nampak gelisah," katanya ketika menjawab pertanyaan peguam mewakili SPRM Datuk Seri muhammad Shafee Abdullah. Selain itu, Ismail berkata, semasa bapa kepada lima orang anak itu sedang menunggu di lobi, Sheikh Niza ada turun sebentar untuk mengambil surat daripada Sarbaini. Katanya, selepas itu, pada pukul 9.30 pagi, dia telah dihubungi Sheikh Niza untuk membawa Sarbaini ke tingkat tiga iaitu ke biliknya. "Sheikh Niza ada hubungi saya dan menyuruh bawa Sarbaini ke biliknya. Jadi saya hantar Sarbaini dengan menaiki lif dan selepas itu saya keluar minum. Balik sahaja daripada minum, saya lihat pihak polis sudah ramai di bangunan SPRM," katanya lagi. Sementara itu, peguam keluarga Ahmad Sarbaini, Awtar Singh turut menyoal Ismail dengan bertanyakan tentang bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam bangunan itu. Ismail memberitahu dia merupakan orang yang bertanggungjawab untuk memantau bilik kawalan itu selain membuat rondaan dan duduk di kaunter hadapan di bangunan SPRM. "Saya akan masuk ke dalam bilik kawalan tapi bergantung pada keadaan. Kadang-kadang saya duduk dalam bilik itu selama enam jam dan adakalanya empat jam. Tak tentu. "Tetapi, saya akan pastikan yang tidak ada orang lain masuk ke dalam bilik kawalan kerana bilik itu tidak berkunci," katanya sambil menambah kunci tidak dibekalkan kepadanya. Selain itu, Ismail berkata, pada petang 5 April, dia ada menekan butang di salah sebuah perakam dalam bilik kawalan tetapi tidak pasti saman ada itu merupakan punca video tidak bergerak. "Saya buat kerja seperti biasa. Saya memang akan tekan satu butang untuk tengok masa dan rakaman apa yang dah berlaku. Semasa saya tekan, video sudah tidak bergerak. Jadi, apabila video sudah tidak berfungsi pada waktu petang, memang sampai esok tidak akan berfungsi," ujarnya. "Saya tekan perakam yang nombor satu, tidak bergerak. Saya tekan yang nombor dua juga tidak bergerak. Jadi saya tidak tekan perakam yang nombor tiga. Tak sangka pula yang nombor tiga itu berfungsi," katanya lagi. Sebelum ini, saksi ketiga inkues kematian Sarbaini memberitahu terdapat gangguan pada dua unit kamera litar tertutup (CCTV) pada hari penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu ditemui mati. Juruanalisis bahagian audio dan video makmal forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras ASP Fauziah Che Ismail berkata, terdapat tiga perakam video digital (DVR) yang dianalisisnya, terdiri daripada rakaman antara pukul 8 hingga 11 pagi 6 April lalu. "Hasil daripada analisis ketiga-tiga DVR ini, saya dapati DVR 1 dan DVR 2 pada tarikh 6 April tidak merakamkan apa-apa dari pukul 8 hingga 11 pagi. "Bagaimanapun DVR 3, saya memperoleh rakaman imej si mati yang dirakamkan pada pukul 8.30 pagi," kata beliau ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail. Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Yusoff Akope pula berkata CCTV yang terdapat di pejabat suruhanjaya tersebut di sini memang mempunyai masalah sejak mula ia beroperasi sekitar Februari. Mohamad Yusoff, 52 berkata dia telah dimaklumkan mengenai beberapa masalah berkaitan CCTV pada mesyuarat sebelum dari tarikh kejadian. Katanya bangunan SPRM tersebut mula digunakan pada bulan November 2010 dan CCTV hanya mula beroperasi pada Februari 2011 di bilik kawalan yang terletak di aras bawah bangunan tersebut. "Mengikut prosedur kerosakkan CCTV perlu dilaporkan dan Timbalan Pengarah Operasi, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya, Jaafar Husin pegawai pernah melaporkan berkaitan kegagalan CCTV mencerap beberapa kawasan dan 'salah tekan' yang berlaku ketika pengendalian sistem itu. "Saya dimaklumkan Bahagian Keselamatan bahawa masalah itu disebabkan oleh 'human error' dan telah diberitahu bahawa Pegawal Keselamatan bertugas ingin melihat rakaman sebelumnya dan tidak sedar tertekan suis on/off. Ia di ditekan semula oleh pengawal lain yang bertugas ke esokkan harinya selepas menyedari perkara tersebut," katanya. Inkues yang bermula kelmarin akan disambung pagi esok. | ||
Mesej Sosilawati: Jangan bagi Kamal masuk rumah, dia ‘tangkap gambar emak’ Posted: 06 Jul 2011 08:00 AM PDT SHAH ALAM - Anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari berkata, dia rasa pelik dan tidak percaya pemandu ibunya sanggup mengugut hendak menyebarkan gambar-gambar didakwa tidak senonoh sebelum jutawan kosmetik itu dibunuh tahun lalu. Saksi ke-11 itu memberitahu mahkamah bahawa dia menerima mesej ibunya pada pukul 7.30 malam, 30 Ogos lalu dan tidak percaya pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, atau mesra dikenali sebagai "Kamal" akan berbuat sedemikian. "Tidak mungkin Kamal buat macam itu. Dia tidak pernah bergaduh dengan ibu sampai begitu sekali. "Lagipun, Kamal seorang yang baik, suka buat lawak dan tiada masalah dengan keluarga kami," katanya hari ini. Bagaimanapun dalam mesej yang diterima, Erni Dekritawati, ibunya memberitahu "jangan bagi Kamal masuk rumah. Dia tangkap gambar emak. Kalau ada apa-apa, telefon Bishah." Sehubungan itu, Erni Dekritawati berkata, dia menelefon "Bishah" atau nama sebenarnya Habishah Bahari yang merupakan kawan baik Sosilawati untuk bertanyakan mengenai mesej berkenaan. "Mak Cik Bishah memberitahu mungkin ada kamera dalam bilik. Kemudian, saya mencari kamera di bilik air, tetapi tiada," katanya. Jelas Erni Dekritawati dia mula syak-wasangka dan tidak mempercayai mesej ibunya. Erni Dekritawati berkata dia mendapat mesej tersebut apabila tidak sedar panggilan ibunya. "Saya tidak sedar sebab telefon bimbit ada dalam beg. Saya telefon semula ibu selepas membaca mesej, tetapi masuk peti suara," katanya pada mahkamah. Katanya, dia cuba menelefon keempat-empat mereka - Sosilawati, Noorhisham Mohamad, Ahmad Kamil Abdul Karim dan Kamaruddin tetapi gagal. Katanya, dia cuba menelefon semula mereka antara pukul 10 hingga 11 malam, namun semuanya masuk peti suara. Semalam, pemandu Sosilawati dikatakan ada mengugut untuk mengedarkan gambar-gambar Allahyarham yang tidak senonoh. Isteri Noorhisham, seorang konsultan kewangan CIMB, Suzana Radin Pangat memberi keterangan bahawa suaminya ada menghubunginya 30 Ogos lalu sekitar pukul 8 malam dan memaklumkan dia tidak akan kembali ke rumah selama tiga hari. "Dia kata dia mahu selamatkan Datuk Sosilawati," kata Suzana. Dalam pada itu laporan Bernama Online berkata, Sosilawati pernah menunjukkan cek bernilai RM1 juta yang diterimanya daripada bekas peguam N.Pathmanabhan di Banting awal Ogos lalu. Sahabat karib Sosilawati, Junaidah Ismail, 52, memberitahu Mahkamah Tinggi, cek itu ditunjukkan kepadanya selepas sahabat karibnya itu berjumpa dengan Pathmanabhan, yang merupakan antara yang didakwa membunuh Sosilawati dan tiga lagi, di hadapan pejabat bekas peguam itu yang terletak berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat pada 3 Ogos lalu. Junaidah yang merupakan saksi ke-13 berkata demikian pada hari ketiga perbicaraan kes Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T.Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; Noorhisham, 38; peguam Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.40 malam pada 30 Ogos lalu. Pathmanabhan, 42; Thilaiyagan, 20; Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. "Wati (Sosilawati) suruh saya tengok dan berkata 'aku dapat payment' dan semasa saya nak pulangkan cek itu semula kepadanya saya nampak cek itu cek tunda," katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani. "Saya tanya kenapa tarikh September sedangkan ini bulan Ogos tetapi dia (Sosilawati) kata tidak apa, sebab mereka dah bincang sebelum ini. Cek itu adalah atas nama Southern Symphony Sdn Bhd ," katanya. Junaidah yang mengenali Sosilawati sejak 28 tahun lepas berkata dia juga mentertawakan tulisan di atas cek tersebut yang dilihat seperti tulisan kanak-kanak sedangkan cek itu bernilai RM1 juta. "Saya tanya kenapa tulisan macam kanak-kanak dan Sosilawati kata 'alah Kak Jun ni'," katanya. Terdahulu, Junaidah berkata dia dan Sosilawati semasa dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang menaiki kereta milik jutawan kosmetik itu yang dipandu Kamaruddin bagi meraikan ulang tahun kelahiran Junaidah, mereka telah singgah di pejabat Pathmanabhan. Semasa mereka sampai di pejabat bekas peguam itu pada kira-kira pukul 5.30 petang 3 Ogos 2010, Pathmanabhan memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan ke pejabatnya. Kami tunggu dia di hadapan pejabat Pathma di dalam kereta. Pathma sampai kira-kira setengah jam kemudian dan Sosilawati turun kereta serta ambil satu barang daripada Pathma sebelum masuk semula ke dalam kereta. Pertemuan mereka sekejap kira-kira lima minit dan ada perbualan antara mereka," katanya. "Saya nampak Pathma datang dengan kereta sport Mercedes yang saya rasa Brabus. Selepas masuk dalam kereta, Sosilawati serah cek pada saya suruh saya tengok. Selepas itu kami terus ke Pelabuhan Klang untuk sambut 'birthday' saya selepas Maghrib. Perbualan kami selepas itu hanya bersangkut paut dengan bagaimana nak sambut puasa dan Hari Raya," katanya sambil menambah itu adalah kali terakhir beliau menemui Sosilawati. Menjawab soalan Idham sama ada itu mereka pertemuan pertamanya dengan Pathmanabhan, Junaidah kata "Tidak." "Kali pertama kira-kira tiga tahun lepas semasa Sosilawati pernah ajak saya berjumpa dengan kawan-kawannya Datuk Suhaimi dan Sabri serta peguam mereka bernama Pathma di Hotel Pan Pacific, Sepang. Saya ada di situ tetapi tidak fokus sangat dengan perbualan mereka tetapi mereka bincang tentang urusan tanah di Pulau Pinang," kata Junaidah. Menyentuh mengenai kekerapan beliau menemani Sosilawati berjumpa dengan Pathmanabhan, Junaidah berkata kira-kira tiga atau empat kali. "Selepas 3 Ogos 2010, ada terima apa-apa panggilan daripada Sosilawati atau awak hubungi dia?" soal Idham. "Sosilawati selalu telefon dan pada 29 Ogos 2010 dia ada telefon bertanya khabar serta sembang banyak pasal persiapan Hari Raya. Lepas itu dia tanya saya nak ikut tak pergi Banting besok (30 Ogos 2010) dan saya cakap saya nak rehat di rumah. Dia (Sosilawati) tidak beritahu tujuan dia ke Banting dan itulah juga panggilan terakhir daripadanya," kata Junaidah. | ||
Himpunan Bersih Sabtu tertakluk pada kelulusan permit, kata polis Posted: 06 Jul 2011 07:58 AM PDT KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengingatkan Bersih 2.0 agar memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan Sabtu ini sambil menegaskan, kegagalan berbuat demikian bermakna ia akan dianggap sebagai satu perhimpunan tidak sah. Bercakap pada sidang media di Bukit Aman di sini petang ini, Khalid berkata sehingga kini sekretariat Bersih 2.0 belum memaklumkan ataupun memberitahu pihak polis tentang rancangan perhimpunan mereka meskpin pentadbiran Najib bersedia untuk menyediakan stadium. "Tiada panggilan daripada mereka, tiada maklumat," kata beliau. Semalam, sekretariat Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan di jalanan sebaliknya sanggup menerima tawaran agar ia diadakan di stadium. Apabila ditanya bahawa Bersih 2.0 sudah pun mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, Khalid berkata: "... (Pengerusi Bersih 2.0) Datuk Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam. Beliau harus tahu undang-undang." Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa urusan memproses permohonan permit akan dipercepatkan dengan mengambil kira keadaan semasa. "Kami akan mengutamakan permohonan mereka. Lazimnya, permit perlu dipohon sekurang-kurangnya seminggu sebelum majlis. Jadi, mengapa kami memberikan keutamaan? Sebab, kerajaan sudah pun membenarkan mereka mengadakan perhimpunan di stadium, kami akan bekerjasama dan kami akan," katanya. | ||
Pakatan sokong himpunan Bersih di stadium, jangka 300,000 hadir Posted: 06 Jul 2011 07:57 AM PDT KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan bahawa perikatan itu menyokong rancangan Bersih 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka di sini, Sabtu ini meskipun tempahan untuk menggunakan premis bersejarah itu masih belum diluluskan. "Pakatan Rakyat menyokong Bersih mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka meskipun dalam laporan terakhir, perdana menteri khususnya menteri dalam negeri membuat pusingan dengan memberi pelbagai alasan tidak membolehkan stadium digunakan," kata Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini hari ini. Mengikut perkembangan setakat awal petang ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan Bersih 2.0 masih kekal sebagai sebuah pertubuhan haram manakala pengurusan Stadium Merdeka pula memberikan pelbagai alasan dalam meluluskan permohonan tempahan lokasi itu. Kepimpinan Bersih 2.0 yang menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam memutuskan untuk membatalkan perhimpunan jalanan, sebaliknya menerima tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar ia diadakan di dalam stadium. MENYUSUL LAGI | ||
Bersih 2.0 kecewa alasan pengurusan Stadium Merdeka enggan terima tempahan Posted: 06 Jul 2011 07:54 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR – Sekretariat Bersih 2.0 kecewa dengan alasan-alasan pengurusan Stadium Merdeka yang enggan menerima tempahan untuk pihaknya mengadakan himpunan di lokasi bersejarah itu hujung minggu ini. Kenyataan yang diperoleh dari laman web Bersih 2.0 menyebut pegawai tempahan memberikan pelbagai alasan, antara lain akan diadakan acara sukan pengurusan dalaman dan kerja-kerja pengubahsuaian. "Kami kecewa apabila mendapati pegawai tempahan mula memberikan beberapa alasan mengapa tempahan tidak boleh dibuat," kata kenyataan itu. Pagi tadi, kepimpinan Bersih 2.0 mengumumkan bahawa pihaknya akan mengadakan perhimpunan yang dirancang, berkaitan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya negara ini, Sabtu ini di Stadium Merderka di sini. Kenyataan itu juga berkata sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi, wakil Bersih 2.0 telah menghubungi pegawai tempahan Stadium Merdeka untuk membuat tindakan sepatutnya bagi menggunakan premis itu Sabtu ini. "Ini dilakukan selaras dengan kesediaan tawaran Perdana Menteri (membenarkan stadium digunakan) dan disusuli dengan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong (semalam)," kata kenyataan itu lagi. Sehubungan itu kenyataan tersebut menambah, selari dengan aspirasi rakyat Bersih 2.0 berpendirian tegas bahawa, seiring sebahagian daripada perjanjian untuk mengadakan perhimpunan dalam stadium, satu lokasi yang menggambarkan skala dan kepusatan isu kepada rakyat Malaysia keseluruhan, mesti dipilih. "Kami telah memutuskan bahawa Stadium Merdeka satu-satunya lokasi yang memenuhi krietria ini dan mengambil pendirian tegas bahawa untuk memperlihatkan keikhlasan dan kejujuran, perdana menteri sewajarnya menggunakan jasa baik beliau bagi kami menggunakan stadium ini dengan segera," kata kenyataan itu lagi. Malah tambah kenyataan itu, memandangkan hanya tinggal tiga hari lagi, satu keputusan segera berkenaan dengan lokasi perhimpunan adalah sangat penting. Katanya, kelewatan dalam meluluskan pengguaan Stadium Merdeka akan dilihat sebagai sengaja melengah-lengahkan yang tidak boleh diterima dan "akan mengecewakan lagi gabungan" ini. "Kami tidak ragu bahawa kepimpinan yang kuat di peringkat tinggi eksektif akan bertolak ansur dengan sebarang halangan prosedur dalam mempercepatkan kelulusan (menggunakan Stadium Merdeka)," kata kenyataan itu. | ||
Himpunan Bersih: Pihak berkuasa kurang ikhlas, kata Ambiga Posted: 06 Jul 2011 07:49 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR— Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menuduh pihak berkuasa memperlihatkan sikap "kurang ikhlas" kerana meminta gabungan itu memohon permit bagi mengadakan perhimpunan di stadium, Sabtu ini. Ambiga (gambar) berkata halangan terbaru menjelang perhimpunan Sabtu ini bagi menuntut satu sistem pilihan raya yang adil dan bebas tidak konsisten sama sekali dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum bahawa Bersih 2.0 akan disediakan sebuah stadium, malah ia juga kehendak Yang di-Pertuan Agong. "Mengapa anda minta kami memohon permit sedangkan perdana menteri sudah pun kata OK? "Kami tidak faham," kata beliau pada majlis Kelab Koresponden Asing di sini. Petang tadi, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengingatkan Bersih 2.0 agar memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan Sabtu ini sambil menegaskan, kegagalan berbuat demikian bermakna ia akan dianggap sebagai satu perhimpunan tidak sah. Khalid berkata sehingga kini sekretariat Bersih 2.0 belum memaklumkan ataupun memberitahu pihak polis tentang rancangan perhimpunan mereka meskpin pentadbiran Najib bersedia untuk menyediakan stadium. "Tiada panggilan daripada mereka, tiada maklumat," kata beliau. Semalam, sekretariat Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan di jalanan sebaliknya sanggup menerima tawaran agar ia diadakan di stadium. Apabila ditanya bahawa Bersih 2.0 sudah pun mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, Khalid berkata: "... (Pengerusi Bersih 2.0) Datuk Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam. Beliau harus tahu undang-undang." Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa urusan memproses permohonan permit akan dipercepatkan dengan mengambil kira keadaan semasa. | ||
Nurrahayu Ditemui Dikerat Dan Dibakar Posted: 06 Jul 2011 04:29 AM PDT SABAH DAILY.COM Johor Bharu: Misteri kehilangan pelajar tingkatan empat, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16, terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badannya yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, kira-kira 5 petang kelmarin. | ||
Mungkinkah Tsunami Thailand Ke Malaysia? Posted: 06 Jul 2011 04:26 AM PDT Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini) MUNGKINKAH 'Tsunami' keputusan Pilihanraya Thailand 2011 yang telah berpihak kepada Parti Pembangkang, Pheu Thai akan merebak ke Malaysia pada pilihanraya umum akan datang; di tengah-tengah riak kebangkitan rakyat melalui 'BERSIH', setelah cuba dipecahkan ombaknya oleh penguatkuasa undang-undang; sedangkan Istana Negara memberi nasihat yang cukup mengesankan. | ||
Bongkar: "Pengundi Klon" Ganti "Pengundi Hantu" Posted: 06 Jul 2011 04:16 AM PDT SABAH DAILY Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) didakwa gagal mengesan berlakunya penipuan dalam daftar pemilih sehingga mewujudkan fenomena seorang individu yang mempunyai dua identiti berbeza. | ||
SPRM perlu tangkap ‘ikan besar’ Posted: 06 Jul 2011 04:14 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR – Jika setakat menangkap "ikan bilis" sahaja, tidak ada apa yang hebatnya dengan Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Ketua Pemuda DAP Anthony Loke. Mneurutnya, kenyataan Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Hishamuddin Hashim, yang bangga dengan peningkatan tangkapan pemberi rasuah tidak memberi banyak makna kepada negara yang dilanda kemelut salah guna kuasa dan rasuah besar. "Apa yang rakyat Malaysia mahukan ialah tindakan SPRM terhadap kes-kes rasuah berprofil tinggi, oleh pemimpin-pemimpin politik, dan pegawai-pegawai besar. "Bukan semata-mata hanya menangkap pemberi-pemberi rasuah sahaja," katanya kepada Roketkini. Semalam, akhbar-akhbar melaporkan Hishammudin sebagai berkata penambahan penangkapan 74 pemberi rasuah dalam separuh tahun pertama ini adalah peningkatan ketara berbanding tahun lepas. Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, beliau tidak membantah kenyataan Hishamuddin tersebut, tetapi mempersoalkan kenapa tidak pula dilaporkan tentang penangkapan penerima rasuah. "Bagaimana pun, yang lebih penting, apa yang semua rakyat Malaysia ingin tahu ialah, apa tindakan terhadap penerima rasuah pula? "Bagaimana pula SPRM menyelesaikan kes-kes rasuah yang melibatkan mereka yang menerima rasuah? Itu yang sepatutnya diberikan penekanan," katanya. Loke turut mempersoalkan sama ada kenyataan Pengarah SPRM itu berkemungkinan satu 'perangkap' atau mereka seolah-olah mahu menonjolkan betapa gigihnya mereka bekerja. "…Dan yang lebih penting, ini akan menjadi persoalan dan tanda tanya kepada rakyat," katanya. | ||
Bersih “sah”, polis perlu hentikan tangkapan Posted: 06 Jul 2011 04:11 AM PDT ROKET KINI.COM KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia mesti menghentikan serta-merta tindakan zalim menekan rakyat bagi menghormati dan mematuhi keputusan bijaksana Yang di-Pertuan Agong yang telah mengiktiraf perhimpunan aman Bersih 2.0. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata pihak polis harus kembali menjalankan tugas utama mereka memastikan keselamatan setiap warga negara terjamin bebas dari jenayah yang sebenar. "Polis juga mesti menarik semula pengharaman terhadap Bersih dan Bersih 2.0 serta memastikan berpuluh ribu baju-T Bersih boleh terus dicetak dalam masa tiga hari ini untuk perhimpunan Bersih 2.0 di stadium pada Sabtu ini," katanya dalam satu kenyataan. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mahu polis membebaskan tanpa syarat semua yang ditahan atas nama Bersih 2.0. termasuk mereka yang ditangkap semata-mata kerana memakai baju-T Bersih serta baju-T berwarna kuning. Beliau juga mendesak polis supaya menggugurkan tuduhan tidak masuk akal di bawah Ordinan Darurat terhadap Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar dan lain-lain ahli Parti Sosialis Malaysia yang ditahan baru-baru ini. "Campur tangan Yang di-Pertuan Agong secara bijaksana dan adil yang membuahkan persetujuan bersama untuk mengadakan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada Sabtu ini di sebuah stadium telah menyelamatkan maruah Malaysia. "Maruah Malaysia telah terselamat daripada mala petaka dan malu besar di dalam dan luar negara akibat tindakan keloloh sebuah kerajaan demokratik yang menganggap perhimpunan aman untuk pilihan raya bebas, adil dan bersih sebagai satu ancaman besar, yang dianggap lebih bahaya dari ancaman pengganas, dalam sejarah negara," katanya. Lebih penting lagi, menurut Kit Siang, Malaysia terselamat daripada malu besar di peringkat antarabangsa kerana kedudukan dan kelayakannya sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mungkin dipersoalkan, malah dikutuk oleh negara anggota PBB lain kerana bertindak zalim terhadap hak-hak asasi rakyat di Malaysia. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam menerima menghadap tiga pemimpin Bersih 2.0, Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin. Berikutan pertemuan itu, Bersih 2.0 menerima cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya perhimpunan aman menuntut pilihan raya bebas, adil dan bersih diadakan di sebuah stadium. Walau pun keputusan serta pandangan Seri Paduka itu mencerminkan Bersih 2.0 adalah pertubuhan dan perhimpunan aman yang sah, Najib dilaporkan enggan menjelaskan pendirian kerajaan yang sebelum ini telah mengharamkan Bersih dan Bersih 2.0. Beliau dilaporkan berkata menyerahkan kepada polis sama ada mahu meneruskan tangkapan dan tekanan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan Bersih 2.0. | ||
Hishammuddin, polis perlu buktikan taat setia kepada Agong Posted: 06 Jul 2011 04:05 AM PDT Komentar Roketkini Tindakan polis yang terus menangkap, menghalang dan mengganggu sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan aman Bersih 2.0, termasuk memiliki t-shirt Bersih menimbulkan persoalan sama ada mereka benar-benar akur dan patuh kepada arahan Yang di-Pertuan Agong. Sehingga kini tidak kedengaran maklum balas daripada Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara yang telah mengharamkan Bersih serta perhimpunan aman Bersih 2.0; sebaliknya polis terus dengan aksi-aksi menyekat kebebasan rakyat walau pun Seri Paduka telah bertitah mengenai perkara itu. "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun." Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis perlu menghormati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dengan menghentikan serta-merta tekanan terhadap rakyat. "Jika titah Yang di-Pertuan Agong tidak dipatuhi, kedua-dua Hishammuddin dan pihak polis akan dianggap oleh sebahagian besar rakyat Malaysia sebagai engkar, malah derhaka dengan titah Yang di-Pertuan Agong. "Sudah tentu ini sesuatu yang tidak diingini dan Malaysia tidak sanggup melihatnya berlaku di bawah konsep 1Malaysia yang dibawakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya hari ini. Kit Siang menambah bahawa titah Yang di-Pertuan Agong bahawa "setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan" mesti ditempatkan dalam benak fikiran pihak berkuasa, khususnya Menteri Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia. Sehubungan dengan itu, Polis Diraja Malaysia tidak harus lupa bahawa ia adalah di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong. Sebagaimana yang telah tercatat, lambang mahkota PDRM melambangkan polis yang "sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas pengurniaan gelaran 'Diraja' kepada pasukan polis". "Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri". Menurut Kit Siang, rakyat Malaysia bimbang dan kecewa dengan Hishammuddin dan polis yang belum menunjukkan tanda-tanda menghormati titah Seri Paduka dengan tindakan-tindakan anti-rakyat yang masih diteruskan walau pun Najib sendiri akur dengan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan perhimpunan aman Bersih 2.0 di sebuah stadium. Namun, Najib juga bersikap acuh tak acuh dengan kenyataannya yang menyerahkan kepada polis untuk menentukan sama ada mahu terus menghalang rakyat mengamalkan hak dan kebebasan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan atau menghentikannya serta-merta. Rakyat Malaysia, walau pun tidak senang dengan sikap sesetengah pemimpin kerajaan dan pucuk pimpinan polis, tetap menaruh keyakinan bahawa Polis Diraja Malaysia akan akur dengan Yang di-Pertuan Agong. Sebagai membuktikan taat setia kepada Seri Paduka yang bijaksana, Kit Siang meminta Hishammuddin dan pihak polis supaya:
Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan turut meminta kerajaan membebaskan mereka yang ditahan berkaitan dengan Bersih. Beliau kecewa kerana polis masih meneruskan tindakan menangkap dan mendakwa walau pun Yang di-Pertuan Agong telah bertitah supaya segala isu diselesaikan melalui rundingan, sekali gus mengiktiraf Bersih 2.0 sebagai badan dan perhimpunan aman yang sah. Jika bukan polis yang akur dan patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong, siapa lagi yang diharapkan untuk mendaulatkan undang-undang? Kod etika PDRM dengan jelas menyatakan taat setia yang tidak berbelah-bagi kepada Raja dan negara. Malah, polis juga berikrar kepada rakyat untuk menjadi pasukan berwibawa dengan "melaksanakan segala kewajipan dan kuasa-kuasa dengan tegas, berani, adil dan saksama" serta "sentiasa memberi perkhidmatan yang mesra, cepat, betul serta terkini dan mengutamakan hak dan kepentingan masyarakat". Inilah harapan rakyat kepada polis. Rakyat bukan musuh polis dan rakyat bukan penjenayah. Jika rakyat akur dengan Yang di-Pertuan Agong, tentunya polis lebih lagi taat setia mereka bagi menjamin keamanan dan keselamatan rakyat. | ||
Polis Dakwa Jumpa Senjata, Tuduh Bersih Guna Taktik Ala Komunis Posted: 05 Jul 2011 10:03 PM PDT Ditulis oleh Jasbant Singh SHAH ALAM, – Setelah menuduh perhimpunan Bersih sebagai cubaan menghidupkan fahaman komunis dan didalangi oleh pelampau, Polis hari ini mendakwa menjumpai sejumlah senjata bagi menguatkan tuduhan itu. Polis Kuala Lumpur dan Selangor mendakwa merampas sejumlah 44 bom Molotov cocktails, 39 parang, 43 mercun dan 48 baju Bersih di Gombak, Selangor and tiga lokasi sekitar Kuala Lumpur. Anihnya, barangan itu dikatakan disorok di lokasi-lokasi berkenaan setelah penganjur Bersih semalam membayangkan mereka akan akur kepada nasihat Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin membatalkan perarakan berkenaan pada 9 Julai. Sebaliknya perhimpunan aman itu akan diadakan di sebuah stadium yang akan ditentukan bersama oleh kerajaan dan penganjur, kata Presiden Bersih Ambiga Sreenevasan. Di Shah Alam, Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mendakwa polis menjumpai lima buah beg pakaian yang mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu. Senjata itu dijumpai disorok di celah-celah batu di belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Lama Gombak Bentong, semalam. Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan mengenai penemuan kesemua beg berkenaan dan dua bungkusan plastik hitam. "Hasil pemeriksaan pada pukul 7.20 petang itu, kami turut menemui 44 helai kemeja-T berwarna kuning bertulisan 'BERSIH' di dalam sebuah dari beg yang ditemui selain 17 pemetik api, 36 ceraian kain berwarna kuning dan 25 ceraian kain berwarna merah," katanya. Tun Hisan berkata taktik menyembunyikan senjata seperti itu menyerupai apa yang dibuat oleh gerakan Komunis satu ketika dahulu bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa ketika pemeriksaan dibuat. "Mereka akan sembunyikan senjata di tempat yang mereka sahaja tahu serta akan mendapatkannya apabila diperlukan, tindakan ini amat berbahaya dan berisiko tinggi mengugat keselamatan negara," katanya. Beliau berkata kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh pula mendakwa pihaknya merampas 23 parang, lapan bom petrol, 43 mercun serta baju Bersih di Sogo, Wisma Bumi Raya dan Kompleks Pertama, hasil maklumat orang ramai. Beliau juga mendakwa kononnya senjata-senjata itu adalah untuk digunakan semasa perhimpunan Bersih. Pengarah Strateji Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli mencurigai "rampasan senjata' polis itu. Beliau berkata polis masih lagi berkeras mahu menanam budaya menakut-nakutkan orang awam demi menggagalkan tuntutan aman untuk pilihanraya bersih. "Jelas tindakan Polis ini adalah untuk cuba mahu menimbulkan ketakutan dan memberi tanggapan yang ganas terhadap Bersih tapi tindakan kasar sebegini masih tidak menjejaskan semangat rakyat dan menunjukkan lebih banyak tekanan yang diberikan, lebih ramai lagi rakyat akan turun." kata beliau kepada TVSelangor. Rafizi membandingkan pengumuman rampasan senjata oleh polis hari ini kepada pengalaman pemimpin-pemimpin PKR seperti Tian Chua yang pernah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara. "Taktik ini telah digunakan berpuluh tahun dahulu, dan sebelum ini pimpinan Keadilan juga menjadi mangsa tindakan seperti ini. Tetapi selepas pimpinan kita dimasukkan ke dalam ISA, tuduhan itu mati begitu sahaja," tambah beliau. | ||
Polis buru bukti baru di pejabat PSM Jelapang Posted: 05 Jul 2011 09:56 PM PDT Aidila Razak Pejabat Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Jelapang, Ipoh, diserbu petang tadi dalam usaha polis mencari bukti baru berhubung tangkapan enam pemimpin parti itu menurut Ordinan Darurat. Menurut pengerusi PSM Jelapang K Kunasegaran, polis datang ke pejabat mereka pada jam 12.30 tengah hari dengan membawa seorang daripada tahanan iaitu timbalan pengerusi M Saraswathy dalam keadaan bergari dan cuba memecah masuk pejabat itu. "Tetapi Saraswathy telah menjerit dan kami sedar kehadiran polis dan membuka pintu," katanyanya sambil menambah polis juga gagal menunjukkan waran geledah. Kunasegaran berkata anggota polis yang sebahagian besar mereka tidak memakai seragam tidak memberitahu apa yang dicari mereka tetapi mengambil dokumen parti yang berkaitan ideologi parti, minit mesyuarat dan sesalinan risalah berita parti itu. "Saya difahamkan mereka dari (ibu pejabat polis) Bukit Aman dan sedang mencari bukti bagi mengaitkan kami dengan aktiviti subversif," katanya. Kira-kira 50 anggota PSM kemudiannya sempat berkumpul di luar pejabat dalam serbuan selama sejam itu sambil melaungkan "hidup rakyat", kata Kunasegaran. Dakwanya lagi anggota parti juga tidak dibenarkan bercakap dengan Saraswathy semasa serbuan dan mereka juga tidak dibenarkan memberinya air minuman walaupun beliau meminta sedikit air kerana kehausan. "Saya bimbang kerana dia ada kencing manis dan masalah tiroid," kata Kunasegaran. Saraswathy dan dua lagi tahanan, termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dibawa ke Hospital Pulau Pinang apabila mereka dinafikan rawatan perubatan ketika tahanan pada 28 Jun lalu. Saraswathy, Jeyakumar dan empat yang lain ditangkap semula mengikut Ordinan Darurat selepas dibebaskan daripada tahan reman pada 2 Julai. | ||
Tiada huru-hara pertukaran pemimpin negara - Nik Aziz Posted: 05 Jul 2011 09:54 PM PDT MALAYSIA KINI Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain. Merujuk kepada kesediaan pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memindahkan perhimpunan 9 Julai ini tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam, Nik Aziz mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana mencemar duli untuk campur tangan. "Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. "Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT," katanya dalam surat yang dihantar kepada Seri Paduka dan dimuatkan di Facebook. Semalam BERSIH 2.0 yang diwakili oleh pengerusinya Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan di Istana Negara. "Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium. "Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung (pada Sabtu)," kata Ambiga kepada pemberita selepas bertemu Tuanku lebih satu jam setengah. Ahad lalu, Seri Paduka bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara. Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana. Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Sejak seminggu lalu hambatan ke atas BERSIH 2.0 menjadi-jadi dengan tidak kurang 100 orang menjadi mangsa termasuk wakil rakyat Pakatan yang memakai sertai memiliki baju kuning pertubuhan itu ditangkap polis. Berikut surat penuh Nik Aziz itu: Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj Bismillahir Rahmanir Rahim. Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT. Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam. Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku di atas kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand. Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT. Patik yang menjunjung kasih, YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS). | ||
Permohonan Anwar lucutkan hakim ditolak lagi Posted: 05 Jul 2011 09:51 PM PDT MALAYSIA KINI Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua oembangkang.Keputusan oleh panel tiga anggota yang diketuai oleh hakim Datuk Hasan Lah adalah sebulat suara ketika mereka membenarkan bantahan awal pihak pendakwaaan. "Permohonan itu tidak tertakluk di bawah Seksyen 3 Akta Judikatur Mahkamah. "Justeru, tidak bijak bagi menganggu penghakiman itu. Kita kekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak permohonan itu. Kami akan bekalkan butiran lanjut penghakiman kemudian," katanya. Dua hakim yang bersidang bersama adalah Hakim Abdul Malik Ishak dan Ahmad Maarop. Peguam bela Anwar - Karpal Singh (kiri) kemudian memohon penangguhan prosiding sehingga perkara itu dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. | ||
Nik Nazmi: Wardina ditohmah blogger murahan Posted: 05 Jul 2011 09:47 PM PDT MALAYSIA KINI ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau kesal kerana kehadiran Wardina Safiyyah dalam satu program anjurannya dijadikan modal fitnah oleh penulis blog tertentu yang menyerang personaliti televisyen popular itu. Nik Nazmi menjelaskan, beliau tidak berniat untuk meraih "spekulasi pihak tertentu yang tidak menghormati aktiviti kerajaan bukan BN" dengan menjemput pelakon dan model terkenal itu ke program Karnival Mesra Rakyat itu. "Kepada blogger-blogger yang menimbulkan fitnah dan tohmahan, hentikanlah menyerang Wardina semata-mata kerana prejudis politik mereka. "Mari kita bertempur di gelanggang politik, sebagai orang politik tanpa perlu mengheret pihak-pihak lain. "Kewibawaan Wardina sebagai ikon muslimah jauh berbanding blogger-blogger murahan tersebut yang mengambil pendekatan aib, fitnah dan tohmah," kata Nik Nazmi lagi yang turut memohon maaf kepada Wardina. Isu berhubung kehadiran Wardina di program anjuran PKR pada 26 Jun lalu itu memuncak beberapa hari kemudian apabila gambar artis popular itu dimuatkan dalam laman web pro-Umno. Laman web berkenaan antara lain turut membangkitkan mengenai keberanian Wardina dalam memperlihatkan sokongan terhadap PKR sedangkan beliau didakwa telah "dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3." Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata keputusan mana-mana artis untuk hadir dalam apa jua program perlu dihormati tanpa mengira siapakah penganjur program berkenaan. "Saya begitu sedih bagaimana program masyarakat sebegini boleh serta penglibatan seorang ikon bukan politik boleh disalahtafsirkan dalam suasana politik dangkal negara hari ini. "Hairannya ikon atau artis yang menghadiri program anjuran kerajaan persekutuan mahupun BN secara langsung tidak dilayan seperti Wardina," katanya lagi. Katanya lagi, beliau menjemput Wardina secara peribadi untuk hadir ke program berkenaan bagi menyampaikan ceramah motivasi berhubung isu keibubapaan. "Wardina merupakan sahabat saya dan saya menganggapnya sebagai ikon muslimah muda yang mampu menarik masyarakat pelbagai kaum," kata Nik Nazmi lagi dalam satu kenyataan hari ini. | ||
Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk Posted: 05 Jul 2011 09:44 PM PDT MALAYSIA KINI Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini. Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan. Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing. Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook. Berikut sebahagian daripada komen mereka. Cikgu Din Sas: Jika England,, polis memberi jaminan keselamatan kepada peserta unjuk rasa.Begitu juga Indonesia. Ivancph Ivan: sengaja polis ada kan roadblock waktu peak hour supaya rakyat boleh salah kan BERSIH. Entah pa mereka nak mengesan. ah moi dari china baru lepas kerja morning shift kat SPA ker? Uwais Al Qarni: Bukan saja KL hampir 1 semenanjung dkerahnya bt r.block,, ngabih duit minyak aku aje beratur panjang camni. | ||
BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka Posted: 05 Jul 2011 09:39 PM PDT Abdul Rahim Sabri Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini, jam 2 petang. Perkara itu diumumkan oleh Ambiga pada sidang medianya di ibu negara pagi ini. Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini. Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif. Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta. Bekas presiden Majlis Peguam juga mahu sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini. | ||
Gambarkan himpunan Bersih 2.0 ganas, strategi kuno Posted: 05 Jul 2011 09:38 PM PDT
| ||
Polis halang taklimat himpunan Bersih Posted: 05 Jul 2011 08:47 PM PDT
| ||
Nik Aziz berdoa untuk Agong di depan Kaabah Posted: 05 Jul 2011 08:43 PM PDT
| ||
Walaupun di stadium Bersih 2.0 akan dapat sokongan, kata Nik Aziz Posted: 05 Jul 2011 08:42 PM PDT KUALA LUMPUR — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini akan tetap mendapat sokongan rakyat walaupun terpaksa diadakan di stadium. Menteri Besar Kelantan (gambar) berkata Himpunan Bersih 2.0 akan menjadi manifestasi kepada kebangkitan rakyat yang menentang segala penyelewengan dan permainan "politik jahat" Umno-Barisan Nasional (BN). "Walau di mana pun Himpunan Bersih 2.0 diadakan pada 9 Julai ini, saya penuh yakin bahawa ia tetap merupakan manifestasi kebangkitan rakyat yang menentang segala tipu daya dan permainan politik jahat Umno-BN. "Saya yakin Yang di-Pertuan Agong (Tunku Mizan Zainal Abidin) selaku payung rakyat jelata tentu akan bertindak untuk kebaikan seluruh rakyat," kata Nik Aziz dalam laman Facebook. Tegas Nik Aziz, ekoran pendirian terbaru Yang di-Pertuan Agong dalam isu Himpunan Bersih 2.0, beliau yakin Umno-BN tidak lagi "mempunyai kuasa" untuk mempergunakan institusi diraja demi kepentingan politik. "Umno-BN tidak usah berharap untuk mempergunakan instituti beraja untuk mempertahankan mereka. "Segala usaha mereka untuk menudung segala penyelewengan sistem pilihan raya tidak akan berjaya kerana kebangkitan dan kesedaran rakyat sudah sampai ke kemuncaknya," katanya. Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini di stadium. Menurut Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevanesan, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 bagi membincangkan lokasi yang sesuai — sebuah stadium — bagi perhimpunan Sabtu ini tetapi menegaskan tawaran itu adalah bersyarat. Kelmarin Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya." Selain itu pemimpin Pakatan Rakyat secara sepakat menerima tawaran mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di stadium. | ||
Ambiga: Himpunan Bersih 9 Julai diteruskan, tapi di stadium Posted: 05 Jul 2011 08:35 PM PDT TERKINI KUALA LUMPUR— Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini di stadium. Menurut Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevanesan, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Terlebih dahulu Ambiga (gambar) yang turut diiringi Sasterawan Negara Datuk A Samad Samad dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin memasuki Istana Negara kira-kira pukul 1.55 petang dan keluar pukul 3.15 petang. "Kami telah mengadakan pertemuan dengan Agong dalam keadaan yang baik dan kami berterima kasih dengan pertemuan ini," kata Ambiga kepada pemberita sebaik sahaja keluar dari Istana Negara. "Kami menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, jadi tiada perhimpunan di jalanan." Beliau menambah keputusan itu dibuat atas dasar kompromi sambil menyifatkan ia jalan terbaik. "Kita akan buat di stadium, ini jalan terbaik," katanya. Ambiga menambah pertemuan itu hanya melibatkan pihaknya dan Yang di-Pertuan Agong. "Tiada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya ringkas menjawab soalan pemberita. Ditanya maklumat lanjut mengenai perhimpunan di stadium, Ambiga berkata ia akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pemandu Bersih. "Kita akan tentukan kemudian, kita akan adakan mesyuarat kemudian akan beritahu dalam sidang media," katanya namun tidak memaklumkan bila sidang media akan diadakan. Semalam Najib berkata kerajaan bersedia membenarkan Himpunan Bersih 2.0 jika ia diadakan di stadium. "Ini satu peringatan sebelum terlambat. Jika mereka mahu menyerahkan memorandum dan sebagainya, mereka boleh menunjukkan dengan cara demokrasi dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa. "Kami bersedia menyediakan mereka satu stadium bagi mereka untuk berhimpun tetapi mereka pilih jalan untuk protes. Kerajaan tidak menentang mereka berhimpun di stadium dari pagi sehingga malam. Jangan buat protes jalan kerana ia berisiko kepada negara," kata beliau. "Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kenapa mereka memilih demonstrasi jalanan... mesti ada niat lain. Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik, saya percaya pihak kerajaan tiada halangan. "Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat ... buatlah, tidak menjadi masalah tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ia boleh mengundang risiko yang amat berbahaya kepada negara," katanya. Selain itu kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat juga bersedia menawarkan stadium jika perlu. Kelmarin Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya." Sementara itu Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Raja Ahmad Al-Hiss berkata, pihaknya menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih. "Ini membuktikan bahawa Bersih 2.0 bukan pertubuhan haram seperti mana yang didakwa Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru-baru ini, perkenan Yang di-Pertuan Agong dijunjung kasih kerana ia bertujuan mendaulatkan sistem demokrasi yang selama ini tempang tanpa dilihat kukuh. "Rakyat pertegaskan Rukun Negara yang selama ini dipegang akhirnya menatijahkan satu pendekatan yang selama ini tidak timbul dan Yang di-Pertuan Agong akhirnya memecahkan tradisi akan kemelut yang telah lama melanda," katanya dalam satu kenyataan. Kata beliau, pihaknya mendesak kesemua mereka yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan