Rabu, 6 Julai 2011

Biaqpila

Biaqpila


Rasmi: Bersih tetap berhimpun di Stadium Merdeka 9 Julai

Posted: 06 Jul 2011 03:00 PM PDT



Berikut disiarkan kenyataan rasmi Jawatankuasa Induk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) .

Bersih 2.0 kecewa dengan tindakan Perdana Menteri dan Kabinetnya yang mungkir janji untuk sediakan stadium bagi kami untuk mengadakan perhimpunan aman.
Sebagai anggota masyarakat sivil yang komited kepada prinsip-prinsip integriti, kami berhasrat untuk mematuhi nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong dan mengadakan perhimpunan dalam stadium bagi membuat tuntutan kami untuk pilihanraya yang bersih dan adil.
Kami telah memilih Stadium Merdeka sebagai tempat terbaik untuk acara ini kerana ia amat simbolik dan berlokasi pusat, dan kami akan tetap berdiri teguh kepada keputusan kami untuk berhimpun secara aman di sana.
Jika Perdana Menteri seorang yang jujur, beliau sepatutnya membuat persediaan yang sesuai supaya perhimpunan ini berjalan secara aman di Stadium Merdeka.
Sama ada kerajaan mematuhi prinsip-prinsip mereka, kami rakyat Malaysia akan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip kami. Keazaman kami untuk melaksanakan hak kami untuk berhimpun secara aman bagi tujuan yang adil dan munasabah tidak akan tergoncang sama sekali.
Kenyataan baru-baru ini oleh Timbalan Ketua Polis Negara seolah-olah menunjukkan bahawa polis berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap kami sekiranya kami berbuat apa-apa pada 9 Jul selain duduk di rumah.
Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia patriotik yang hanya inginkan keupayaan memilih pemimpin-pemimpin kita melalui cara demokratik dan halal tidak akan ditakuti oleh pelaksanaan kuasa yang zalim dan tidak bermoral.
Tanggungjawab kita yang paling penting adalah untuk masa depan dan anak-anak kita, dan kami berhasrat untuk pastikan mereka mewarisi negara yang bukan diperintah oleh ketakutan, tetapi oleh prinsip-prinsip keadilan.
Apapun yang berlaku antara sekarang dan 9 Julai, rakyat akan berhimpun secara aman dan teratur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, pukul 2 petang.
Kami akan datang, berhimpun secara aman dan bersama-sama kita akan membina Malaysia yang lebih baik.

Yang benar,

Jawatankuasa Induk
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato 'Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Prakkash Arul, K. Arumugam, Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard YW Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato' Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato 'Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN LIGA SUPER 6/7/11

Posted: 06 Jul 2011 07:47 AM PDT

LIVE: SABAH VS KELANTAN

Posted: 06 Jul 2011 06:18 AM PDT

BANYAK CENGKADAK BETOI LA UMPORNO NI

Posted: 06 Jul 2011 03:07 AM PDT


ANTARA PENYEBAB KESESAKAN DI PAGI HARI KETIKA ORANG RAMAI NAK PI KERJA...
Polis mengadakan sekatan jalan raya di lebuh raya Damansara-Puchong berhampiran Plaza Tol Sunway di Petaling Jaya pada Rabu. Sekatan jalan raya dilakukan menjelang perhimpunan Bersih, Sabtu ini. Foto AZHAR MAHFOF/The Star


Perhimpunan Haram Hanya Dibenarkan Di Luar Lembah Klang - Kabinet

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan supaya penganjur perhimpunan haram tidak boleh diadakan di stadium sekitar Lembah Kelang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. - BERNAMA

DEY MACHA!!!
PERHIMPUNAN HARAM HANYA DIBENARKAN DI STADIUM LUAR LEMBAH KELANG?
DAH FATWA HARAM TAPI BOLEH BUAT PERHIMPUNAN
APA PUNYA MANGKUK LA
KAH! KAH! KAH!

BANYAK CENGKADAK BETOI LA
DEPA NAK SURUH BUAT KAT STADIUM PERBANDARAN TAIWAN KE?
ATAUPUN STADIUM WEMBLEY?
KAH! KAH! KAH!

SORANG MENTERI SURUH BUAT KAT STADIUM
SORANG MENTERI KATA MASIH HARAM
SORANG MENTERI KATA TAK LEH BUAT KAT LEMBAH KELANG
SORANG LAGI MENTERI SURUH BUAT KAT RUMAH JE
BERSERABUT BETOI LA GUA
KAH! KAH! KAH!


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BERSIH 2.0 – SPR melatah bagi pihak BN

Posted: 06 Jul 2011 01:00 AM PDT


Oleh: Wan Nik Wan Yussof,
Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan.

Gerakan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu, 9 Julai nanti sudah dianggap berjaya meskipun belum berhimpun. Ia dikatakan berjaya berikutan semua media, pemimpin, polis, orang awam hinggakan pengurus bas ekspres sudah cukup ringan mulut menyebut "bersih" atau pun "tidak bersih."

Paling popular ialah komentar bernada risau dan marah terhambur dari mulut pemimpin Umno (tanpa sokongan panas pemimpin parti komponen BN yang lain).


Ia dirancakkan lagi oleh media cetak dan elektronik yang saban waktu menyiarkan kata-kata dan ulasan gusar dan kasar individu berjawatan dalam Umno dan NGO tajaan penguasa Umno-BN.

Merancakkan nilai kejayaan BERSIH 2.0 ialah kenyataan pihak keselamatan (polis) bermula daripada menterinya, pegawai kanan mahu pun OCPD. Paling berjaya lagi, apabila ada kalangan merekja itu mengeluarkan amaran: "sedia melakukan tangkapan awal terhadap pihak penganjur sebagai langkah pencegahan perhimpunan."

Sesungguhnya, pihak polis telah bertindak proaktif dengan menangkap beberapa individu termasuk pemimpin muda PAS dan KeADILan yang dilihat memakai baju-T berwarna kuning. Ia suatu tindakan yang mengesahkan betapa munculnya banyak papan tanda "senario tertekan" pihak polis kerana melebarnya kegusaran dan kekasaran suara hati peminpin Umno terhadap BERSIH 2.0. Justeru impaknya dirasai berkemungkinan kuasa rakyat bakal menjatuhkan kedudukan mereka ditampuk kuasa.

Senario tertekan

Mencorakkan lagi papan tanda "senario tertekan" itu ialah pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerusi temubual pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Berita Minggu, 26 Jun 2011, hal. 24) yang mengukirkan ulasan dan respons teruk seorang pengurus kepada badan pengendali demokrasi negara.

Kenapa ia dikatakan teruk? Asasnya BERSIH 2.0 adalah suatu tindakan suara hati jutaan rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan nilai kekotoran perjalanan demokrasi negara yang diacuankan mengikut selera pemimpin Umno-BN. Voting melalui akhbar The Star online sudah cukup tegar untuk menghujahkan betapa rasa bersetuju dengan BERSIH 2.0 meskipun ia dipimpin oleh seorang peguam bukan Islam, Datuk Ambiga. Ia sudah cukup menyinarkan cahaya amaran untuk SPR bercakap dengan nada tertekan!

SPR mengulas

Justeru pihak pengerusi SPR berpendapat perhimpunan BERSIH 2.0 tidak sepatutnya diadakan kerana perbincangan di antara SPR dengan mereka sudah dibuat. Sehubungan itu, pihak pengerusi SPR (berdasarkan temu bual disiar Berita Minggu itu) sudah mengulas sekurang-kurangnya tujuh persoalan yang menjadi agenda BERSIH 2.0.

(Pertama) mengenai umur layak mengundi dari 21 kepada 18 tahun. Pengerusi itu menganggap ia isu perlembagaan dan SPR tiada hak mengubah sesuka hati kecuali undang-undang dan perlembagaan dipinda.

(Kedua) mengenai penggunaan dakwat kekal ekoran berlaku lebih dari sekali. Lalu dibalas rancangan SPR untuk menggunakan sistem biometrik atau teknik imbasan ibu jari bagi mengenalpasti dan mengesahkan identiti pengundi. Lantas menganggap penggunaan dakwat kekal yang boleh mencetuskan kekecohan.

(Ketiga) mengenai syor pendaftaran sebagai pengundi secara automatik pada umur 21 tahun yang dianggap tidak boleh dilaksanakan kerana perlembagaan menyatakan untuk jadi pengundi memerlukan permohonan dan perlu ditandatangani pemohon. Maka dikatakan ia di luar keupayaan SPR.

(Keempat) mengenai tuntutan media cetak dan elektronik yang lebih seimbang dalam aspek penyampaian maklumat antara parti bukan kerajaan dengan parti kerajaan, secara mudah dikatakan sebagai di luar bidang kuasa SPR.

(Kelima) mengenai berlaku rasuah dalam pilihan raya, dianggapnya sebagai tuduhan dan bukan bidang kuasa SPR sebaliknya tugas SPRM.

(Keenam) mengenai tempoh kempen pilihan raya yang perlu dipanjangkan, maka secara mudah pengerusi SPR itu lebih berminat meraikan tuntutan parti-parti kecil yang kononnya mahu kempen dipendekkan.

(Ketujuh) di sebalik isu undi pos, pengerusi SPR bertegas tidak mahu undi pos dihapuskan atas alasan kerana ramai pengundi mendaftar sebagai pengundi pos. Bagaimanapun, SPR sedia mengurangkan undi pos dengan cara undi awal (advaance voting) iaitu mereka mengundi seperti biasa, tetapi diawalkan kerana anggota keselamatan terpaksa bertugas pada hari pengundian di seluruh negara. SPR sudah menjadi penyelamat kuasa pihak penguasa.

Satu perkara yang tidak dijawab oleh pengerusi SPR itu mengenai tuntutan BERSIH 2.0 ialah mengenai pembersihan daftar pemilih yang begitu kotor dengan pelbagai jenis hantu! Ia semacam memberi peluang kepada penguasa untuk menipulasi.

SPR akui

Apa pun, pengerusi SPR itu sudah mengakui kesemua tuntutan BERSIH 2.0 kali ini adalah memerlukan pindaan perlembagaan (persetujuan dua pertiga ahli parlimen). Atas asas ini persoalannya, kenapa SPR beria-ia dan terkial-kial memberi respons? Sepatutnya pihak pemimpin Umno-BN yang mengulasnya.

Apakah pengerusi SPR sebenarnya melatah bagi pihak Umno-BN? Ia suatu gambaran betapa pemimpin Umno-BN tidak bersedia mengubah status demokrasi yang tempang apa cara sekali pun. Justeru perhimpunan BERSIH 2.0 adalah penangan untuk rakyat Malaysia menilai dan membuat keputusan.

Kejayaan rancangan demonstrasi BERSIH 2.0 juga terserlah, kerana ia telah disokong l;ebih daripada 60 NGO, individu profesional, pensyarah dan aktivis sosial serta politik. Terbaru oleh seorang lagi pensyarah kanan Jabatan Politik dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad (Berita Minggu, 26 Jun 2011, hal. 25). Menurut pensyarah itu, kita perlu hormat dengan pendekatan yang dipilih. Ada rasionalnya perhimpunan ini perlu dibenarkan dan diberikan permit untuk berhimpun.

BERSIH 2.0 rasional

Justeru tuntutan BERSIH 2.0 sudah dilihat rasional. Hanya mereka yang emosional sahaja yang tidak mahu pendemokrasian dan pemulihan demokrasi tempang dilakukan. Maka lapan tuntutan BERSIH 2.0 sebagaimana diumum iaitu menuntut SPR membersihkan senarai daftar pemilih, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Sewajarnya kita bersetuju dengan ulasan Shukur Harun (Harakahdaily, 26 Jun 2011) yang menyifatkan BERSIH 2.0 merupakan sebuah tuntutan yang sangat bersih, murni dan menjadi harapan kepada rakyat berbilang kaum yang cintakan demokrasi.

Demokrasi tempang

Natijahnya demokrasi amalan Malaysia kini masih tempang, maka wajar diperbetulkan. Harapan rakyat Malaysia kepada BERSIH 2.0 supaya status demokrasi yang ditempangkan oleh sang penguasa Umno-BN diperbaiki ke arah mencapai status terbaik––hak dan ruang kebebasan rakyat tidak disekat, dinafi dan diperkosa secara wewenang.

Justeru rakyat hendaklah sepakat bangkit membuktikan kuasa dan rasa pancaindera masing-masing untuk bersama-sama menjayakan perhimpunan BERSIH 2.0. Meskipun masih ada pihak masih mesra dengan ketololan Umno-BN, pentingnya sekarang ketololan Umno-BN harus dinafikan kuasanya agar terus menempangkan demokrasi di Malaysia.

http://warta-utara.blogspot.com/

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Polis kepung dewan untuk henti program Bersih, engkar titah Agong

Posted: 05 Jul 2011 09:00 PM PDT



KOTA DAMANSARA: Engkar Titah Khas Yang DiPertuan Agong, pasukan polis meneruskan intimidasi terhadap aktivis Bersih apabila bertindak mengepung Dewan MBPJ, Seksyen 7, di sini malam tadi.


Tindakan itu kurang 12 jam selepas Tuanku Mizan Zainal Abidin membenarkan himpunan aman Bersih dilakukan di stadium pada 9 Julai ini.


Pasukan polis dari IPD Petaling Jaya, diketuai ASP Marzukhi Mokhtar mengepung dewan berkenaan sejak jam 7 malam untuk menghentikan taklimat Himpunan Bersih 2.0 dan Bengkel Hak berhimpun.


Program itu anjuran Pakatan Rakyat Subang dan peguam hak asasi Lawyers For Liberty (LFL), yang turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat peringkat cabang dan bahagian, serta kira-kira 50 peserta.


Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dengan dua trak black maria dan dua pacuan empat roda Pasukan Gerak Am dikerah melakukan serbuan.


Polis secara kasar menghalang Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim yang tiba kira-kira jam 9.40 malam untuk masuk ke dalam dewan tersebut dan menggunakan haknya sebagai wakil rakyat kawasan itu.


Beliau dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah kemudian terpaksa menyambung taklimat tersebut di kawasan luar dewan berkenaan, namun diancam ASP Marzuki yang mengumumkan taklimat itu sebagai himpunan haram.


Selepas melakukan perbincangan, pihak berkuasa itu kemudian mengarahkan orang ramai bersurai sejurus Dr Nasir dan Sivarasa memberi taklimat kepada peserta selama beberapa minit.


Bagaimana pun tidak ada tangkapan dilakukan.


Menurut Sivarasa, beliau kecewa dengan tindakan polis yang jelas melanggar Titah Yang Di Pertuan Agong supaya semua pihak melakukan rundingan dalam isu himpunan Bersih.


“Saya merasa kecewa kerana PDRM masih terima arahan politik dari Umno-BN untuk gagalkan himpunan 9 Julai walaupun Agong benarkan himpunan itu diadakan di dalam stadium.


Sementara Dr Nasir pula berkata, beliau kesal kerana kehadiran dua wakil rakyat di kawasan itu seakan tidak dipedulikan pihak berkuasa walaupun mereka mempunyai hak menggunakan dewan berkenaan.


“Harapan kami polis selepas ini akan lebih bertolak ansur dan menggunakan budi bicara,” kata beliau. Sementara itu, polis menahan Ahli Jawatankuasa Cabang KEADILAN Rembau, Norliza Samsudin di Balai polis Alor Gajah, Melaka.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin, dilaman twitternya, Norliza ditahan hanya kerana pihak polis menjumpai lencana Bersih di dalam poket bajunya. Sehingga kini Norliza tidak dibenarkan bertemu dengan sesiapa, termasuk ahli keluarga dan pihak peguam.

KD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Polis kaitkan bom petrol, parang dengan BERSIH

Posted: 05 Jul 2011 04:23 PM PDT

DEY MACHA!!!
MOLOTOV COCKTAIL DIBUAT PAKAI BOTOL PLASTIK
LAGUMANA NAK PECAH BILA DIBALING?
AWAT BANGANG SANGAT TOKEY BOM NI
HARGA BOTOL KACA MAHAI KA LA NI?
KAH! KAH! KAH!

SAMSENG KALAU NAK BUAT KERJA
TAKKAN LETAK BAJU YANG POLIS BOLEH CAM DEPA SAPA
TAK PROFESSIONAL LANGSUNG SAMSENG NI
KAH! KAH! KAH!

SUDAH-SUDAH LA BUAT DRAMA
RAKYAT DAH MUAK DAH WEIIII
BAWAK-BAWAK BERTOBAT LA
KAH! KAH! KAH!




Polis merampas sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang semalam dan tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.

azlanAntara senjata itu termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH. Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, barangan itu dijumpai di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama setelah mendapat maklumat.

Menurut timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh, barangan itu termasuk bom petrol dan mercun yang dijumpai disembunyikan di pasu bunga di tiga lokasi manakala baju T BERSIH pula disorokkan di sekitar pusat membeli-belah berkenaan.

"Pada 4.30 pagi, dua orang awam sedang menggunakan tandas di belakang Kompleks Pertama dan melihat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di mana mereka menaiki kereta Proton Waja.

NONE"Kesemua mereka bertopeng dan telah berhenti berdekatan tandas awam itu sebelum menyembunyikan sesuatu dan kejadian itu disedari orang awam tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya wartawan berhubung kemungkinan pertubuhan BERSIH 2.0 dikhianati dengan perjumpaan barangan itu dirancang, Amar berkata pihaknya sedang menyiasat semua kemungkinan.

“Kemungkinan besar barangan itu akan digunakan semasa perhimpunan. Siasatan awal, mereka akan gunakannya. Kami bimbang apa yang mungkin berlaku pada hari tersebut,” katanya.

Buatan sendiri

Amar Singh juga enggan mengesahkan sama ada beliau merujuk kepada BERSIH 2.0 tetapi apabila diasak wartwan, beliau mengambil sehelai baju T dan menunjuk ke arahnya.

"Ini amat jelas,” kata Amar tanpa mengulas lanjut.

NONEMenurutnya ketiga-tiga suspek itu kemudian telah berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah restoran sebelum bergerak ke Wisma Bumi Raya yang terletak kira-kira 150 meter dari restoran itu.

Amar berkata suspek kemudian bergerak dan berhenti di hadapan kompleks Sogo sebelum melarikan diri.

Beliau berkata polis kemudian dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan gerakan mengesan barangan yang disembunyikan itu dilancarkan.

"Kira-kira pukul 6.30 pagi, semua barangan tersebut kemudian ditemui di dalam plastik hitam," katanya.

NONEMenurutnya siasatan awal polis mendapati bom petrol atau molotov cocktails itu dipercayai buatan sendiri dan boleh membunuh orang jika digunakan dan selain itu, polis telah mengambil beberapa sampel cap jari yang ditemui di beberapa
senjata tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.

Tokong Cina

Sementara itu Utusan Malaysia Online melaporkan polis juga merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama Bentong, malam semalam.

NONELaporan itu turut menyebut rampasan berkenaan disyaki berkaitan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.

Akhbar milik Umno itu juga memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.

Bernama pula melaporkan dalam serbuan itu polis menemui lima buah beg pakaian yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu disorokkan di celah-celah batu di belakang sebuah tokong.

Tun Hisan berkata polis menerima satu panggilan daripada seorang lelaki Orang Asli yang memaklumkan mengenai penemuan kesemua beg berkenaan dan dua bungkusan plastik hitam.

NONE"Hasil pemeriksaan pada pukul 7.20 petang itu, kami turut menemui 44 helai kemeja-T berwarna kuning bertulisan 'BERSIH' di dalam sebuah dari beg yang ditemui selain 17 pemetik api, 36 ceraian kain berwarna kuning dan 25 ceraian kain berwarna merah," katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

Beli parang

"Mereka akan sembunyikan senjata di tempat yang mereka sahaja tahu serta akan mendapatkannya apabila diperlukan, tindakan ini amat berbahaya dan berisiko tinggi mengugat keselamatan negara," katanya.

NONEBeliau berkata kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966.

Sehubungan itu, Tun Hisan berkata orang ramai diminta memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang membeli barangan mencurigakan seperti parang dalam kuantiti yang banyak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau berkata orang ramai juga dinasihat supaya tidak terbabit dalam perhimpunan haram yang boleh mendatangkan kekacauan.

"Polis tidak boleh mengeluarkan permit sesuka hati kerana biasanya apabila berlaku perhimpunan mereka tidak boleh mengawal diri dan mengakibatkan pergaduhan serta kacau bilau. Seperti pertemuan barangan ini kita anggap ia serius dan mengancam keselamatan," katanya.

NONETun Hisan berkata sebanyak 399 laporan dicatatkan di Selangor berhubung bantahan menganjurkan perhimpunan haram berkenaan membabitkan 44 tangkapan.

Sabtu lalu ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata penahanan itu adalah kerana mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.





KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: