Kerabu Bersuara ® |
- Kenyataan Balas YB Husam Musa Berkaitan Isu Jual Tapak Teksi Kereta Sewa P.Puteh
- Rosmah Ajar Wanita Kelantan Jangan Main 'Cah Keting'
- Rupanya Ada Parti Umno Kat Pulau Pinang. Lucu!
- Putrajaya isytiharkan Bersih pertubuhan haram
- Jika rally gagal, berikan sokongan dari rumah — Aspan Alias
- MP Sg Siput, lima lagi ahli PSM ditahan bawah Ordinan Darurat
- Najib Masuk Kelantan Hentam Ambiga, Nik Aziz Dan Mat Sabu!
- Mat Sabu: Kenapa perlu BERSIH 2.0?
- Kejayaan rakyat Mesir 'membersihkan' Hosni Mubarak
- Terkini! Tangkapan Penyokong Bersih Di Kedah
- Exco S'gor ditangkap selepas ceramah dengan MB
- Gambar-gambar skitar Majlis Israk Mikraj dan Ramah Mesra di Dubai Bersama TG Nik Aziz
Kenyataan Balas YB Husam Musa Berkaitan Isu Jual Tapak Teksi Kereta Sewa P.Puteh Posted: 02 Jul 2011 09:28 AM PDT Kenyataan Akhbar YB Dato Hj Husam Musa TAPAK STESYEN TEKSI PASIR PUTEH TIDAK PERNAH DIJUAL: PM SALAH MAKLUMAT Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia di Pasir Puteh pagi ini. Saya selaku anggota Kerajaan Negeri terkejut dengan dakwaan YAB Perdana Menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh PKINK. Selain itu, kenyataan beliau juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK. Kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali. PKINK pada sebarang masa tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh. Walaupun sebelum ini, PKINK mengenakan sedikit bayaran ke atas persatuan pemandu teksi Pasir Puteh, tetapi kini, bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut, PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran. Apa yang berlaku ialah ada pihak tertentu pernah memohon untuk membeli tapak berkenaan bagi kemudiannya diserahkan kepada pihak lain untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh PKINK bagi mengekalkan kedudukan tapak teksi tersebut. YAB Perdana Menteri atau sesiapa sahaja boleh menunjukkan bukti atas dakwaan mereka. Sudah tentu Perdana Menteri tidak mampu berbuat demikian kerana isu ini adalah modal atas angin semata-mata. Selaku rakyat Malaysia, saya merasa malu atas salah maklumat yang disampaikan kepada pemimpin terpenting negara ini sehingga YAB Perdana Menteri menyebut sesuatu yang tidak berasas dalam ucapan beliau. Saya menggesa agar Perdana Menteri menyemak pihak yang telah memberikan maklumat tidak bertapis seperti itu bagi mengelakkan kenyataan yang sama berulang, yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau. Selain itu, ia juga menunjukkan Barisan Nasional tidak mempunyai isu besar yang boleh dibangkitkan sehingga maklumat tidak berasas pun terpaksa dijadikan modal. Saya yakin, jika Perdana Menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah, termasuk dalam isu himpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pada 9 julai ini. Isu yang lebih besar seperti rampasan wang royalti minyak Kelantan tidak pula disebut. Isu-isu janji pilihanraya Pengkalan Pasir, Manek Urai dan Galas yang belum selesai juga tidak disebutkan. Saya yakin Kerajaan Negeri bersedia memberikan tapak berkenaan untuk dimajukan dengan kemudahan yang lebih baik jika kerajaan pusat serius untuk memajukannya. Mengenai kononnya majlis Perdana Menteri di Pasir Puteh dihadiri oleh puluhan ribu rakyat jelata, amat malang kerana lawatan yang penting seperti itu hanya dimeriahkan oleh kerahan paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan. Buktinya, semuanya 'dipakaikan' baju merah yang dibekalkan terlebih dahulu. Tidak ada tanda kedatangan sukarela atas pilihan sendiri tetapi datang 'berjemput' siap 'beruniform'. Lebih menggelikan hati bila bangunan rasmi pejabat kerajaan persekutuan di Wisma Persekutuan telah 'ditawan' oleh Barisan Nasional dengan dipenuhi oleh bendera parti itu. Ternyata, kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan dan jika inilah sikap BN yang terus menggunakan premis, harta dan jentera kerajaan untuk kepentingan parti mereka tanpa segan silu, ia perlu terus ditolak oleh rakyat yang cintakan amalan politik yang telus, bersih, amanah dan amalan politik kepartian yang melampau. Sekian, terima kasih. Dato' Haji Husam Musa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Naib Presiden , Parti Islam SeMalaysia (PAS) 1 Sya'aban 1432 2 Julai 2011 nota : sebahagian kenyataan di atas adalah maklumbalas kepada laporan berikut;- 02 Julai, 2011 14:28 PM PM Janji Beri Pejabat Baru Untuk Persatuan Kereta Sewa Pasir Puteh PASIR PUTEH, 2 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta. Beliau berkata kerajaan pusat akan mencari lokasi baru yang sesuai untuk dijadikan tapak perhentian teksi di dalam bandar Pasir Puteh. Beliau juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang memutuskan untuk menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun perhentian itu beroperasi. "Insya-Allah kita akan bantu dirikan pejabat baru," katanya ketika berucap selepas melakukan tinjauan mesra di sini termasuk bertemu dengan Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh hari ini. Selain pertemuan dengan Persatuan Kereta Pemandu Sewa, Najib yang dalam lawatan sehari ke Kelantan, turut melawat Pasar Lama Pasir Puteh dan bertemu para peniaga kaum Tionghua di pasar itu dengan meluangkan masa selama setengah jam selepas menghadiri taklimat Umno Bahagian Pasir Puteh selama 45 minit. Seramai 2,000 rakyat mengambil kesempatan bertemu dengan Perdana Menteri dalam tinjauan mesra itu yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin. Perdana Menteri juga kesal kerana kerajaan negeri tidak menghormati perjanjian yang telah dibuat berhubung pemberian tapak perhentian teksi itu. Beliau berkata seharusnya bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan konsep demokrasi yang sebenar, kerajaan PAS Kelantan harus menghormati pemberian tanah perhentian teksi itu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN). Katanya perhentian teksi itu telah diberikan kepada persatuan berkenaan sewaktu pemerintahan BN di Kelantan oleh Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Tan Sri Hussein Ahmad. Beliau berkata sewaktu pemerintahan BN, pemindahan hak milik tidak sempat dibuat kepada persatuan teksi berkenaan kerana kerajaan PAS Kelantan mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 1990 dan tidak mengiktiraf penyerahan hak milik itu. Ia menyebabkan tanah itu menjadi hak milik kerajaan negeri dan diserahkan kepada PKINK untuk dijual dengan harga RM150,000. -- BERNAMA |
Rosmah Ajar Wanita Kelantan Jangan Main 'Cah Keting' Posted: 02 Jul 2011 04:30 AM PDT Wanita Perlu Jauhi Budaya Cah Keting - Rosmah Mansor KOTA BAHARU: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata golongan wanita perlu menjauhi budaya 'cah keting' atau tikam belakang, dalam menghadapi suasana kehidupan masa kini terutama dalam dunia politik yang semakin mencabar. Rosmah, yang juga Yang Dipertua Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri berkata apa yang penting adalah golongan wanita perlu menerima di antara satu sama lain dan bersedia memberi sokongan serta galakan demi kejayaan bersama. "Dalam suasana masa kini yang agak mencabar, harapan saya agar wujudnyakesepakatan di antara kaum wanita. "Wanita seharusnya menjauhkan budaya cah keting, jatuh menjatuhkan sesamasendiri, mahupun hasut menghasut, dalam keadaan kita menghadapi pilihan raya,sikap sedemikian tidak harus mendapat tempat di kalangan wanita," katanya semasa berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Negeri Kelantan di sini Sabtu. Majlis itu dihadiri lebih 17 Badan Bukan Kerajaan (NGO) berteraskan sosialdan kebajikan. Seramai 105 anak yatim terdiri daripada pelajar Pertubuhan Puteri Islam diseluruh sekolah di Kelantan termasuk Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK)menerima sumbangan wang tunai. Mengenai pencapaian wanita Kelantan, Rosmah berkata masih ramai kaum Hawa diKelantan yang memerlukan pembelaan dan bantuan. Rosmah berkata selain daripada golongan ibu tunggal dan peniaga kecil,usahawan wanita juga memerlukan sokongan dan bimbingan sewajarnya. "Jika kebajikan kaum wanita tidak dijaga, maka ia akan sedikit sebanyakmenjejaskan keharmonian institusi kekeluargaan kerana golongan wanita adalahpelengkap kepada keutuhan ekonomi keluarga," katanya. - BERNAMA |
Rupanya Ada Parti Umno Kat Pulau Pinang. Lucu! Posted: 02 Jul 2011 04:07 AM PDT Zainal: Umno Pulau Pinang tak sertai demo di Komtar GEORGE TOWN, 2 Julai – Umno Pulau Pinang menafikan penglibatannya dalam demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam. Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata Umno negeri itu tidak pernah mengarahkan demonstrasi berkenaan diadakan. "Saya mendapat banyak panggilan daripada rakan-rakan semalam berhubung perkara ini. Ingin saya maklumkan bahawa Umno negeri langsung tidak terlibat dalam demonstrasi di Komtar atau mana-mana tempat. "Kita sedia maklum anggota Umno di Pulau Pinang berjumlah 150,000 orang. Kalau Umno yang buat demonstrasi, jumlahnya bukan 1,000 orang seperti semalam tetapi jumlahnya akan jadi berpuluh ribu orang," katanya dipetik laporan Bernama Online hari ini. Semalam 1,500 orang termasuk anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan tunjuk perasaan anti Ketua Menteri Lim Guan Eng. Mereka berarak hampir sejam dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar. Bagaimanapun Zainal Abidin berkata terdapat anggota parti itu yang menyertai pelbagai NGO di negeri ini. "Memandangkan parti ini rapat dengan rakyat, banyak anggota kita terlibat dengan NGO. Mereka pergi (demonstrasi) atas nama NGO sendiri," katanya. Beliau berkata sebagai parti yang bertanggungjawab, Umno tidak akan mengadakan demonstrasi seumpama itu. |
Putrajaya isytiharkan Bersih pertubuhan haram Posted: 02 Jul 2011 04:03 AM PDT Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 2 Julai – Putrajaya hari ini mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram – seminggu sebelum ia merancang untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0. "Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa 1 Julai (semalam)," kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman hari ini. |
Jika rally gagal, berikan sokongan dari rumah — Aspan Alias Posted: 02 Jul 2011 03:00 AM PDT 2 JULAI — Jika berjaya pihak Polis menghalang berlakunya perhimpunan anjuran Bersih ini, ia tidak menjejaskan usaha Bersih untuk meminta rakyat membuktikan yang mereka (rakyat) adalah serius mahu melihat pilihanraya dilaksanakan dengan adil dan saksama. Dari sehari kesehari kita semua telah melihat betapa gemparnya pihak kita yang berkuasa ini untuk menghadapi rally anjuran Bersih ini. Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk menggagalkan rally ini. Ssungguhnya Bersih telah pun berjaya untuk mendapat sokongan rakyat untuk mengadakan pilihanraya yang "transparent" ini. Kalau gagal Bersih menganjurkan rally ini, kegagalan mereka bukan oleh kerana tidak mendapat sokongan ramai tetapi sebaliknya oleh kerana tekanan dari pihak yang sedang gila di dalam kuasa. Kehilangan kuasa sama lah seperti memisahkan daging dengan kulit atau memisahkan kuku dari jari kita. Pada pandangan saya jika Bersih ingin juga mahu menyampaikan "message" kepada ramai apa yang perlu dilakukan oleh penganjur rally ini supaya meminta semua rakyat menzahirkan sokongan kepada mereka dengan cara lain tanpa melakukan rally yang besar. Beberapa cadangan telah dihantar kepada saya oleh agak ramai orang. Di antaranya ialah supaya semua rakyat memberikan sokongan moral dengan meletakan apa-apa yang berwarna kuning di pintu pagar rumah-rumah saudara-saudara dan di dalam kawasan rumah anda. Simbolan sokongan ini akan lebih mendalam jika semua pihak melakukannya dengan niat untuk memberikan sokongan terhadap Berih dan mana-mana pihak yang memperjuangkan pilihanraya yang adil dan transparent. Biarlah pihak Polis dan yang berkuasa yang lain mengambil tindakan menggagalkan rally yang ditakrifkan sebagai perhimpunan haram oleh pihak yang berkuasa. Orang ramai memahami situasi sebenar yang menyebabkan pihak yang berkuasa memilih untuk menekan dengan tangkapan dan ugutan itu. Rakyat tahu pimpinan pada hari ini begitu lemah dan terpaksa melakukan tindakan "pre-emptive" seperti ini kerana mereka tidak mahu dibuktikan yang mereka sudah tidak mendapat sokongan ramai lagi. Tetapi jika rakyat sudah tahu yang pimpinan pada hari ini begitu lemah, apa yang dikhuatiri rakyat tidak lagi berkeyakinan untuk memberikan sambungan mandat dalam pilihanraya nanti. Rakyat tidak mahu mereka yang lemah dan fakir jiwa untuk mentadbir mereka kerana sikap pemimpin yang lemah akan membawa kepada pimpinan diktator. Diktator selalunya akan terjadi apabila pimpinan yang lemah masih ingin berkuasa dalam jangka masa yang panjang. Pada asasnya semua pemimpin tidak berhasrat hendak menjadi diktator. Semua pemimpin jika boleh inginkan memilih jalan populis kerana jalan ini akan memberikan lonjakan kepada populariti pimpinan itu. Tetapi jika kita memilih jalan populis ianya merupakan jalan yang mempunyai kepopulariti dalam jangka masa yang terhad. Selalunya pemimpin seperti ini akan mengundurkan diri untuk mengelakan perpecahan rakyat yang dipimpinnya. Tetapi apabila kita masih mahu berkuasa sedangkan kita sudah tidak popular lagi maka pemimpin seperti ini dan kerajaan pimpinannya akan melakukan penekanan dengan pindaan undang-undang ketat satu demi satu dan dalam masa yang tertentu pemimpin seperti ini akan secara beransur-ansur menjadi pemimpin yang diktator. Rakyat akan beransur-ansur kehilangan suara dan mereka akan ditekan dengan undang-undang yang ketat itu di atas nama menjaga keselamatan rakyat. Dalam isu rally Bersih ini usaha untuk menghalang rakyat melahirkan manifestasi mereka merupakan salah satu elemen pimpinan yang autokratik. Semasa rakyat Britain bercadang untuk berdemonstrasi terhadap kerajaan British dalam isu peperangan Iraq, Tony Blair telah mempengaruhi kabinet Britain untuk membenarkan rakyat Britain berdemonstrasi dalam keramaian yang mencecah jutaan orang. Rally yang dilakukan oleh rakyat Britain itu dilindungi oleh Polis dan Polis telah memastikan yang tidak ada elemen yang mengambil kesempatan untuk melakukan perkara yang tidak baik semasa rally tersebut. Di hampir seluruh Britain rakyatnya telah berdemonstrasi dengan membantu demonstrasi itu untuk menuruti laluan yang dipersetujui di antara rakyat yang hendak berdemonstrasi itu dengan pihak Polis. Rally itu berjalan dengan aman dan apabila sampai sahaja di Hyde Park, mereka di benarkan berucap dan terus bersurai selepas itu tanpa menembak dengan "water canon" dan sebagainya. Pendek kata pihak Polis dan peserta demonstrasi itu telah bekerjasama dengan baik. Dengan cara itu rakyat dipenuhi hajat untuk berdemonstrasi dan Polis pula dapat melaksanakan tugas dengan sempurna dalam mengawal keselamatan mereka yang berdemonstrasi itu. Di sini pihak Polis sebaliknya melakukan apa sahaja untuk menggagalkan rally Bersih dengan membuat tangkapan terhadap mereka yang memakai baju berwarna kuning serta apa-apa pakaian yang mempunyai warna kuning. Belum pun demonstrasi itu berlaku lebih seratus orang telah ditangkap dan ini merupakan satu tindakan penekanan yang tidak sepatutnya dilakukan. Timbalan Ketus Polis Negara telah berkata tidak ada apa-apa rundingan lagi dengan pihak penganjur rally ini. Katanya, Polis tidak bersetuju, oleh itu jangan adakan rally ini. Kalau di adakan juga mereka akan ditangkap dan dilokap. Katanya Polis tidak menolak kemungkinan menangkap penyokong rally ini secara besar-besaran. Polis mungkin berjaya menghalang rally ini untuk berlaku, tetapi Polis tidak dapat mengekang pemikiran mereka yang tidak berpuas hati. Maka mahu tidak mahu mereka akan menzahirkan bangkangan terhadap Polis dan pihak yang memerintah di dalam pilihanraya nanti. Elok diulangi yang Bersih telah pun berjaya dalam misinya untuk membentuk persepsi yanh pilihanraya kita tidak begitu telus dan adil serta membawa rakyat untuk mendesak pihak berkuasa untuk melakukan transformasi dalam sistem melaksanakan pilihanraya. Jika penyokong NGO Bersih ini tidak dapat menunjukan lautan manusia yang memberikan sokongan itu, mereka akan bertindak di dalam hati. Ramai yang telah mencadangkan supaya rakyat yang selari dengan tuntutan Bersih ini, mereka boleh melambangkan sokongan mereka dengan melekatkan apa-apa bentuk benda pun yang berwarna kuning di pintu pagar serta pagar disekeliling rumah mereka. Atau setidak-tidaknya di dinding rumah masing-masing untuk memberikan sokongan psikologi terhadapa tuntutan ini. Sesungguhnya di dalam isu apa yang dilakukan oleh Polis ini tidak akan membantu apa-apa terhadap parti pemerintah di dalam pilihanraya nanti. Malahan ianya lebih cenderung untuk memalingkan sokongan dari parti pemerintah dan sebaliknya memberikan sokongan kepada parti alternatif. Pendeknya apa yang dikhuatirkan ialah, tindakan Polis ini adalah sokongan kepada parti-parti pembangkang kerana merekalah (pembangkang) yang akan menerima keuntungan semasa pilihanraya yang akan datang. Bagi saya jika rally ini digagalkan juga oleh pihak yang mempunyai "muscle" yang kuat seperti Polis penyokong terhadap Bersih maka mereka mungkin boleh menzahirkan sokongan itu tanpa rally jalanan. Jika Pihak Polis memberikan alasan yang rally itu akan mengganggu lalu lintas dan sebagainya, maka mereka boleh lakukan di rumah masing-masing. Seperti yang dinyatakan di atas lakukan dengan cara aman, iaitu menggantungkan symbol sokongan dengan kain-kain yang berwarna kuning di kawasan rumah masing-masing. Dengan cara ini mereka tidak mengganggu lalu-lintas dan itu lebih "effective" lagi. Nampaknya keamanan hanya boleh terlaksana jika kita tunduk kepada pihak berkuasa yang boleh melakukan apa-apa yang mereka suka walaupun tanpa keadilan. Keadilan hanya ada pada mereka. Keadilan tidak ada kepada pihak yang tertekan. Jika kita tentang apa yang tidak adil itu, ianya dianggap sebagai menentang keamanan. Rupa-rupanya keamanan hanya wujud jika pihak yang otokratik begitu aman melakukan perkara yang tidak secocok dengan kehendak rakyat. Tujuan Bersih untuk mengadakan rally yang aman sekarang ini dimomokan sebagai rusuhan oleh pemimpin-pemimpin serta media masa perdana. — aspanaliasnet.blogspot.com |
MP Sg Siput, lima lagi ahli PSM ditahan bawah Ordinan Darurat Posted: 02 Jul 2011 02:02 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 2 Julai — Polis menahan semula Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar dan lima lagi ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) selama 60 hari di bawah Ordinan Darurat hari ini, yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan. Keenam-enam mereka hadir di mahkamah Butterworth pagi ini selepas perintah reman tujuh berakhir. Mereka ditahan minggu lalu berhubung Himpunan Bersih 2.0 bersama 25 yang lain. Seorang sudah dibebaskan Ahad lalu. The Malaysian Insider difahamkan mereka akan dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur untuk tindakan susulan. Seramai 24 yang lain dibawa ke mahkamah hari ini dan mereka diwakili oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, seorang bekas presiden Majlis Peguam. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan berkata kesemua mereka ditahan sebaik sahaja dibebaskan dari ibu pejabat polis daerah Kepala Batas kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi. "Ya...ya... mereka enam ditahan di bawah Ordinan Darurat yang bermaksud penahanan tanpa bicara yang bertentangan dengan hak asasi manusia. "Mereka dibebaskan kira-kira pukul 1.30 tengah hari dan ditahan semula seminit selepas itu, mereka akan dibawa ke Bukit Aman petang ini," katanya dengan nada kecewa ekoran tindakan terbaru yang diambil kepada ahli parti itu. Ketika ditanya lebih lanjut mengenai tindakan seterusnya daripada pihak parti, Arutchelvan bagaimanapun enggan mengulas lanjut. "Mereka (polis) tidak boleh tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), jadi mereka gunakan Ordinan Darurat untuk menahan ahli kita. "Tindakan ini sangat tidak betul dan tidak bertanggungjawab, selain bertentangan dengan undang-undang dan hak asasi manusia," katanya. Turut ditahan Timbalan Pengerusi PSM M. Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M. Sugumaran, G Pakialetchumy dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Babu. Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969. Sementara itu, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kenyataan yang dikeluarkan membantah sekeras-kerasnya penahanan itu sambil menyifatkan ia bertentangan dengan undang-undang dan hak asasi manusia. Justeru, Suaram menggesa menggesa kesemua mereka dilepaskan dengan segera dan menuntut akses untuk bantuan guaman kepada mereka selain dibenarkan menemui keluarga masing-masing. |
Najib Masuk Kelantan Hentam Ambiga, Nik Aziz Dan Mat Sabu! Posted: 01 Jul 2011 11:41 PM PDT Bersih 2.0: Najib muncul di Kelantan, kecam Ambiga dan PAS PAS PASIR PUTIH, 2 Julai — Datuk Seri Najib Razak muncul di Kelantan hari ini dan mengecam ketua Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan PAS kerana mengadakan perhimpunan 9 Julai ini sambil mendakwa parti Islam itu akan melakukan apa sahaja bagi menawan Putrajaya. "Kita tidak tahu siapa dia Ambiga. Dialah menggugat (kedudukan) Islam. Dan, di bawah dia ada Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu)," kata Najib ketika berucap di sini hari ini. Kenyataan beliau dibawa oleh berita Radio Malaysia pada pukul 1 tengah hari tadi. Saluran itu turut menyiarkan klip video membantah perarakan 9 Julai dan memuji kepimpinan Najib sambil menggambarkan beliau sebagai pemimpin semua rakyat Malaysia. Najib berkata Mohamad sanggup menjadi timbalan kepada Ambiga demi mendapatkan kuasa politik bagi PAS, yang memerintah Kelantan sejak 1990. Hari ini, Najib mengadakan lawatan kerja ke Kelantan. |
Mat Sabu: Kenapa perlu BERSIH 2.0? Posted: 01 Jul 2011 11:33 PM PDT Oleh Mohamad Sabu Pemerintah yang mendapat mandat daripada rakyat akan merasa selesa untuk menjalankan pemerintahan dalam sistem demokrasi berpilihanraya. Perjalanan yang baik dan pilihanraya yang bersih di antara punca keamanan di sesebuah negara. 5 tahun sekali, pemerintah memperbaharui mandat daripada rakyat untuk penerusan berkuasa atau rakyat memberi mandat kepada golongan lain untuk berkuasa. Itulah secara mudah kefahaman demokrasi dan amalannya dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat. Untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan adil berlaku di Malaysia, maka pihak NGO telah cuba menimbulkan kesedaran kepada rakyat dengan seminar, kongres dan himpunan aman untuk meletakkan dalam fikiran rakyat dan kerajaan, supaya pilihanraya berjalan dalam keadaan bersih, adil dan aman. Pada 10 November 2007, BERSIH yang dianggotai lebih 60 NGO dan disokong oleh parti-parti politik yang utama, PAS, DAP dan Keadilan bersetuju untuk mengadakan himpunan aman untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil dijalankan di Malaysia. Biarlah rakyat berpuas hati di atas pilihan mereka, atau penolakan mereka berdasarkan jumlah bilangan yang betul dan mengikut tatacara yang betul untuk melahirkan pemerintah yang dipilih oleh rakyat berwibawa dan berintergriti. Untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan dalam pilihanraya (bertarung di padang yang sama) maka BERSIH mencadangkan untuk membuat perubahan di atas empat perkara utama, iaitu: 1. Daftar automatik 2. Tanda dakwat kekal kepada yang telah mengundi 3. Penyusunan semula dan membuat reformasi terhadap undi pos 4. Akses media yang bebas dan adil Daftar pemilih adalah kerja kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), parti-parti politik di antara tugas mereka menarik sokongan rakyat atau pengundi untuk menyokong dan mengundi parti-parti mereka. Bila daftar pemilih diizinkan, parti politk membantu SPR untuk meramaikan pemilih yang berdaftar, maka parti pemerintah boleh meng"eksploid" kan pegawai kerajaan dan SPR untuk memihak kepada mereka. Daftar pemilih yang tidak bersih, samada orang yang telah meninggal dunia mengundi, rakyat bukan warganegara mangundi, mengundi berulang, orang mati mengundi, semuanya ini boleh menimbulkan keabsahan pemerintah yang memperolehi kuasa. Untuk mengelak seorang pengundi membuat ulangan undi di hari pilihanraya, maka penggunaan dakwat kekal di jari, atau di mana-mana tempat tubuh pengundi boleh mengelakkan buangan undi berulang terhadap satu individu. Undi pos paling meragukan, pihak berkuasa berupaya men"zero"kan undi pos bagi pihak pembangkang jikalau parti pemerintah mahu. Pengundi yang membuang undi secara pos langsung tidak bebas kepada manipulasi dan penipuan. Akses media yang bebas dan adil amat perlu supaya pengundi mendapat maklumat daripada berbagai pihak sebelum mereka membuat keputusan memilih atau mengangkat mana-mana calun atau parti. Kebebasan media hampir tidak ada langsung diamalkan di Malaysia. Kebebesan hanyalah untuk menzahirkan cerita rogol, berkesedudukan, hantu mak limah balik kampung, cerita tahyul, seram diberi kebebesan sepenuhnya oleh pemerintah di Malaysia. Sebaliknya parti-parti politik yang tidak berkuasa hampir tidak ada langsung propaganda parti mereka melalui alat pandang dengar yang dimiliki oleh kerajaan atau media saham utama kerajaan. Semua tuntutan BERSIH langsung tidak diendahkan oleh kerajaan yang memerintah dan parti-parti politik yang berkuasa. Bahkan hak dalam perlembagaan dilanggar oleh pemerintah dan parti pemerintah. Contohnya sebarang ceramah atau himpunan di kawasan felda akan dikepung, disekat, dilarang oleh pihak polis untuk para penduduk felda mendengar penerangan daripada parti-parti halal yang ingin bertanding dalam pilihanraya. Pemerintah UMNO menggunakan segala sumber kuasa pemerintah untuk melindungi parti mereka dan melindungi pemerintahan mereka. Kejadian yang berlaku di Timur Tengah, terutamanya di Algeria, Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrain, Siria berlakunya pemberotakan rakyat berpunca daripada tidak ada keadilan dalam pilihanraya dan sistem demokrasi tidak berjalan. Puluhan ribu rakyat Algeria terkorban di pihak pembangkang dan pemerintah akibat dari pilihanraya yang tidak adil. Ratusan terkorban di Tunisia, di Mesir, di Yaman, di Bahrain dan di Siria akibat daripada rakyat tidak merasai keadilan dalam pilihanraya dan pemerintah yang berkuasa dianggap haram oleh sebahagian daripada rakyat. Gadaffi boleh berbangga pemerintahannya lebih daripada 40 tahun, tetapi apa jadi sekarang? Ribuan nyawa rakyat melayang akibat dari tidak ada pilihanraya, tidak ada demokrasi dan tidak ada keadilan. Secara umumnya rakyat tidak berpuashati dengan keputusan pilihanraya boleh mencetuskan huru-hara. Untuk mengelakkan kejadian seumpama di Timur Tengah, seperti di Algeria, Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Siria dan Bahrain tidak berlaku di Malaysia, huru-hara seperti itu tidak diimport ke Malaysia, maka pihak BERSIH melancarkan BERSIH 2.0 untuk perhatian kerajaan supaya menjalankan pilihanraya yang adil dan saksama demi untuk memelihara keamanan negara. Pihak yang mendapat mandat dari rakyat melalui pilihanraya yang bersih dan adil akan merasa kepuasan. Pilihanraya yang berjalan secara tempang yang berlaku di Malaysia menyebabkan NGO BERSIH 2.0 dilancarkan pada 9 Julai 2011. Kenapa perlu BERSIH 2.0? |
Kejayaan rakyat Mesir 'membersihkan' Hosni Mubarak Posted: 01 Jul 2011 11:32 PM PDT Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my MENURUT akhbar al-Yaum as-Sabi'e, 27 Jun 2011 terdapat laporan daripada Amerika Syarikat, Ikhwan Muslimin memainkan peranan utama untuk menerajui pakatan demokrasi parti-parti politik di Mesir pasca kejatuhan bekas Presiden Hosni Mubarak. Kenyataan ini dibuat kerana AS dan sekutunya Israel, terpaksa mengakui bahawa rakyat Mesir hari ini, telah meletakkan kepercayaan dan harapan yang besar kepada Ikhwan Muslimin, melalui parti baru yang ditubuhkannya, iaitu Al-Hurriyah wal 'Adalah (parti Kebebasan dan Keadilan). Sebelum ini AS dan sekutunya cuba untuk menyekat pengaruh Ikhwan Muslimin. Mereka cukup takut dengan pengaruh Ikhwan. Mereka cuba mengusahakan cadangan untuk meminta Perlembagaan Mesir sebelum diadakan pilihan raya. Melihat peluang mereka tipis untuk menyaingi pengaruh Ikhwan, juak-juak AS yang diketuai bekas Ketua Pengarah Atom Antarabangsa, Mohamad al-Bardaie cuba untuk mengetengahkan idea supaya pilihan raya ditangguhkan untuk diadakan pindaan Perlembagaan terlebih dahulu. Namun, pada 26 Jun, Timbalan Perdana Menteri Mesir, Dr Yahya Jamal mengunjungi pejabat parti Al-Hurriyah wal 'Adalah bagi mengucapkan tahniah di atas penubuhan parti, menegaskan bahawa pilihan raya umum tetap akan diadakan pada bulan September 2011. Sebenarnya perkara pokok yang difikir AS dan Israel adalah bagaimana hendak memastikan pemerintah baru Mesir, selepas kejatuhan Hosni Mubarak, dapat dijadikan hamba mereka, bagi melindungi kepentingan Israel untuk terus menjajah bumi umat Islam Palestin. Selepas pemerintahan beraja Mesir yang diperintah Raja Farouk diguling pada tahun 1952 dan digantikan dengan pemerintahan republik, Mesir terus menerus menjadi rakan paling akrab AS dan Israel. Presiden Mohamad Najib, seorang bekas pemimpin tentera yang menggantikan Raja Farouk dijatuhkan oleh Gamal Abdul Nasser kerana agak lunak dengan rakyat. Gamal Abdul Nasser digantikan dengan Mohamad Anwar Sadat dan kemudiannya Hosni Mubarak selama 30 tahun sejak 1981 sehingga digulingkan. Semua Presiden Mesir selepas kejatuhan Raja Farouk sehingga Hosni Mubarak adalah dari kalangan pemimpin tentera. Ini bermakna hampir 60 tahun Mesir diperintah oleh pemimpin tentera. Semua pemimpin tentera ini adalah kalangan mereka yang menindas, memenjara dan membunuh pemimpin Ikhwan Muslimin termasuk antaranya yang syahid di tali gantung, Mohamad Abdul Kadir Audah dan Syed Qutb. Olehitu Pilihan Raya Umum Mesir selepas kebangkitan (tsaurah) rakyat tahun ini akan menyaksikan situasi yang amat berbeza. Iaitu, Mesir bakal diketuai dari kalangan orang awam (civilian) yang tidak pro-AS atau Israel. Masalah utama kepada Mesir selepas pemerintahan Raja Farouk bukan soal siapa yang menerajui negara. Soal utama adalah kemiskinan rakyat dan pengagihan kekayaan untuk kroni dan anak-beranak Hosni Mubarak. Dan yang utama sekali, Presiden Mesir adalah khadam kepada Israel dan AS. Sebab itu sepanjang 30 tahun Hosni Mubarak memerintah lebih 40 juta rakyat Mesir dibiarkan dalam keadaan miskin. Mesir mempunyai 85 juta rakyat, 75 juta beragama Islam manakala 10 juta Kristian Qibti. Daripada 40 juta rakyat Mesir yang miskin, berdasarkan statistik lebih 20 juta rakyat hanya berpendapatan kira-kira RM60 sebulan. Kemiskinan ini juga menyebabkan ramai rakyat Mesir yang merempat dengan kadar buta huruf yang tinggi sehingga mencecah 40 peratus. Hosni Mubarak menjadikan kemiskinan sebagai alat untuk memeras rakyat, bagi mengekalkan kuasa pemerintahan diktator. Ini yang dikehendaki AS dan Israel, biarpun Presiden Mesir zalim dan diktator, biarpun rakyat miskin, asalkan pemimpin tersebut menjalankan agenda mereka. Oleh sebab itu AS dan Israel cukup takut dengan kejatuhan Hosni Mubarak. Daripada laporan, terdapat banyak kenyataan daripada Zionis Yahudi beberapa minggu sebelum berlakunya revolusi rakyat. Zionis mengatakan bahawa kerajaan Hosni Mubarak adalah merupakan 'kanzan isratijian lil amnil Israel' atau perbendaharaan khazanah yang paling strategik untuk keselamatan Israel. Dosa-dosa Hosni Mubarak kepada umat Islam Profesor Dr Muhammad 'Imarah, pemikir Islam Mesir dalam rencana terbarunya selepas tsaurah menggariskan beberapa sebab yang menyebabkan Hosni Mubarak dijatuhkan rakyat Mesir. Antaranya, kerajaan Hosni Mubarak adalah pemimpin Arab utama yang mendesak AS dan Barat supaya menyerang Iraq pada tahun 2003 dan sokongan terbuka beliau kepada serangan AS dan Barat ke atas Afghanistan 2001, sekalipun Presiden AS, George Bush ketika itu menyatakan perang tersebut adalah 'perang salib' ke atas Islam dan umat Islam. Hosni Mubarak ditentang kerana memberi sokongan penuh serangan kerajaan Kristian Etophia ke atas negara umat Islam Somalia. Selama 30 tahun Presiden Mesir menjadikan dirinya sebagai pejuang untuk memerangi kemaraan Islam dan pengawal kepada keselamatan Israel. Beliau terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong serangan Israel terhadap Lubnan pada 2006 dan Gaza pada 2008 dan 2009. Hubungan Hosni Mubarak dengan pemimpin Israel sangat akrab sehinggakan sebelum tentera Zionis menyerang Gaza, mereka memaklumkan hal tersebut kepada beliau terlebih dahulu. Hosni Mubarak harus dikecam dan tidak sesekali harus dimaafkan kerana beliau berdosa melakukan kepungan yang zalim ke atas 1.5 juta penduduk Gaza kerana benci kepada gerakan Islam Hamas yang menang atas pilihan rakyat. Kepungan ini merupakan khidmat terbaik kepada Israel. Kepungan bertahun-tahun ini menyebabkan ramai yang mati kerana sakit dan mati kerana lapar. Dosa-dosa Hosni Mubarak kepada rakyat Mesir Selepas Hosni Mubarak dijatuhkan pada 13 Februari 2011, terbongkar suatu rahsia besar bahawa Hosni Mubarak, anak-beranak dan kroninya membekalkan gas asli Mesir ke Israel dengan harga 1/3 kurang daripada harga pasaran dunia. Kerajaan pimpinan Hosni Mubarak menghancurkan persatuan sekerja dan juga parti-parti politik Mesir di samping berusaha memusnahkan sistem kehakiman Mesir. Akibat daripada kemiskinan, ramai rakyat Mesir, khususnya dari kalangan pemuda-pemuda terpaksa mempertaruhkan nyawa dengan menaiki perahu bot kecil untuk menyeberangi Eropah untuk mencari penghidupan. Akibatnya, ramai yang mati kerana bot karam, semata-mata untuk mencari sesuap roti. Tidak kurang juga akibat daripada kemiskinan yang menjerut, ada kalangan rakyat Mesir yang menjadi perisik yang dibayar Israel. Mereka menjadi agen Israel dengan mengkhianati rakyat Mesir dan umat Islam Palestin akibat tekanan kehidupan. Di sebalik kemiskinan dan kemelaratan rakyat, Hosni Mubarak, anak-beranak, kroni dan ahli-ahli politik daripada Al-Hizbul Al-Watani (Umno Mesir) hidup dengan penuh kemewahan. Mereka melimpahkan negara Mesir dengan arak yang berkualiti, bersantai di villa mewah di Sharm as-Sheikh. Kerajaan Hosni Mubarak juga, membelanjakan berbilion untuk membina istana, villa kepada segelintir golongan kaya di utara Mesir yang tidak diduduki sedangkan 20 juta penduduk tinggal di atas kubur dan kawasan setinggan. Mereka dari pimpinan Al-Hizbul Al-Watani melaksanakan dasar pengswastaan, dengan menjual kilang-kilang milik kerajaan yang berpotensi dengan harga yang terlampau murah. Dasar penswastaan yang menzalimi rakyat dengan pro kepada syarikat kroni, tanpa mengira harga bangunan kilang yang dijual jauh lebih meurah dari harga tanah. Hal ini menyebabkan sebilangan kecil perompak yang kaya raya, iaitu sekitar 5 juta perasuah konglomerat besar menguasai 80 peratus kekayaaan di Mesir. Terakhir sekali parti Al-Hizbul Watani bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihanraya Mesir untuk menipu dalam pilihan raya untuk mengekalkan penguasaannya selama 30 tahun. Namun kejahatan Hosni Mubarak yang dilindungi AS dan Israel terlalu banyak untuk dicatat. Lebih banyak yang akan dibongkar selepas ini Oleh sebab itu akibat kejahatan ini semua, tahap kesabaran rakyat sudah tidak mampu dibendung. Mereka bangkit menolak Hosni Mubarak dan 'membersihkan' negara Mesir dari anasir-anasir yang menjelekkan. Gerakan rakyat untuk 'membersihkan' kejahatan pemerintah zalim tidak akan berakhir selagi pemerintahan yang bebas dan adil tidak dinobatkan selepas PRU Mesir September ini. Mudah-mudahan cerita keangkuhan dan kezaliman Hosni Mubarak dapat kita hayati untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku kepada bumi bertuah Malaysia. |
Terkini! Tangkapan Penyokong Bersih Di Kedah Posted: 01 Jul 2011 08:54 PM PDT Lima lelaki dan tiga wanita, termasuk timbalan ketua pemuda PKR Kedah Gooi Hsiao Leung ditangkap kira-kira jam 9.20 pagi ini di Alor Setar kerana didakwa merancang menyemarakkan kempen BERSIH 2.0. Mereka juga didakwa cuba menjual kemeja T kuning dengan logo BERSIH. |
Exco S'gor ditangkap selepas ceramah dengan MB Posted: 01 Jul 2011 08:50 PM PDT Regina Lee Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu ditangkap selepas tengah malam tadi dan dilaporkan 'dipaksa' keluar dari kereta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang ditumpanginya. Pada kejadian 12.20 pagi itu, beberapa ahli exco baru sahaja selesai menghadiri sebuah majlis ceramah di Hulu Selangor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sebelum ditahan oleh polis pada pertengahan jalan. Menurut rakan exco yang juga saksi kejadian Elizabeth Wong, mereka berkonvoi kira-kira "lapan atau sembilan" kereta yang diketuai oleh sebuah kereta peronda polis di sebatang jalan di Rawang apabila tahanan dibuat. "Kereta peronda di hadapan kami tiba-tiba mula bergerak perlahan manakala sebuah lagi kereta peronda memecut dari belakang kami. Liu yang bersama Khalid dibawa ke kereta peronda itu tanpa sebarang penjelasan," kata Wong yang memerhatikan kejadian dari keretanya. Katanya, ceramah berkenaan dianjurkan oleh kerajaan negeri dan Liu sebelum itu ada berucap tetapi beliau tidak pasti kandungan ucapannya kerana beliau tiba hanya selepas rakannya itu selesai berucap. Khalid kemudian menulis di akaun Twitter peribadinya bahawa Liu ditangkap kerana meminta rakyat turun bersama menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Menteri Besar itu juga menulis Liu ditahan di balai polis Serendah. "YB Ronnie baru ditangkap polis ketika pulang bersama saya. Kereta kami yang diiringi polis dihentikan, dan polis memaksa YB Ronnie keluar," tulisnya. Menurut setiausaha publisiti Pemuda DAP Selangor Lim Swee Kuan, Liu kemudiannya dibebaskan kira-kira jam 3.40 pagi dengan jaminan polis sebanyak RM3,000. Usaha menghubungi ahli exco itu setakat ini buntu. Sejak minggu lalu, polis terus menghambat penyokong perhimpunan BERSIH dengan menangkap tidak kurang 100 orang di seluruh negara, termasuk wakil rakyat Pakatan. Sebahagian besar mereka dicekup kerana memakai baju kuning BERSIH 2.0. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin pada 29 Jun lalu mengumumkan bahawa kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga adalah haram. |
Gambar-gambar skitar Majlis Israk Mikraj dan Ramah Mesra di Dubai Bersama TG Nik Aziz Posted: 01 Jul 2011 08:33 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan