DIALOG RAKYAT |
- Ulangsiar: Polis Dan UMNO Tak Hormat SUHAKAM, Hinakan Yang Dipertuan Agong
- UMNO Paksa Kakitangan Awam & Guru Sambut Najib Di Kelantan
- PKR ingatkan polis jangan ‘main wayang’
- Bangunan loji Lynas cacat teruk
- Ulasan buku: Perspektif Perlembagaan
- Pewaju mengecam Pemuda UMNO, PERKASA dan polis
- Kerajaan dikecam lantaran penahanan menggunakan Ordinan Darurat
- 20 NGO belia seru ahli sertai himpunan BERSIH 2.0
- Tambah tuntutan perhimpunan BERSIH: Bubarkan SPR!
- Sistem baru SPR tak mampu kesan pengundi hantu
- Mahathir: Himpunan BERSIH hanya rugikan negara
- Penyokong 'Hindraf' berdemo di ibu pejabat PAS
- Pengharaman baju BERSIH, apa kata rakyat?
- Maria: Apa jua halangan, BERSIH tetap diteruskan
- Exco S'gor ditangkap selepas ceramah dengan MB
- Polis diminta bebaskan remaja demo bantah Bersih
- Bersih 2.0: Polis selak baju sebelum tangkap
- Bersih 2.0: 14 orang ditahan di Alor Setar
- Khutbah kecam Bersih seret masjid dalam politik, kata penganalisis
- UKM bicara empat pelajar ditahan April 2010 Isnin ini
- Mat Sabu: Pakatan boleh tapak di tujuh negeri, buat kejutan di Johor
- Tidak peduli kempen cemar, Bersih 2.0 teruskan kempen
- Lo’Lo: Peluang terbaik bagi Putrajaya gugur akta Kg Baru
- Guru Silat Baik Berjuang Di Palestine Jika Terasa Hebat Sangat
- Bersih: Isytihar darurat akan burukkan imej Najib di mata dunia
Ulangsiar: Polis Dan UMNO Tak Hormat SUHAKAM, Hinakan Yang Dipertuan Agong Posted: 02 Jul 2011 05:17 AM PDT KELAB GREENBOC Hak rakyat untuk berhimpun – Suhakam PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengulangi pendiriannya ke atas perhimpunan Bersih, Pemuda Umno mahupun Perkasa yang akan diadakan serentak pada 9 Julai ini, sebagai hak orang ramai untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman. Menurut Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam, perkara itu termaktub di dalam perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) – (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967. Suhakam juga mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ia perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan dijalankan. "Maka Suhakam menyeru agar pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman itu diadakan. "Dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut beliau, Suhakam juga akan memantau perhimpunan itu dengan sewajarnya. Semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih jika ia benar-benar didapati menggugat keselamatan awam dan negara. Beliau bagaimanapun berkata, penggunaan akta tersebut buat masa ini masih belum diperlukan memandangkan pemantauan terhadap matlamat sebenar perhimpunan itu sedang dilakukan pihak berkuasa. -FMT
Ulasan GB SUHAKAM perlu dihormati, kerana ia sebuah Suruhanjaya Bebas yang ahlinya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong. Jika gesaan SUHAKAM itu tidak dipatuhi, jelas pihak polis dan Kerajaan tidak menghormati Yang Dipertuan Agong. Dan jika perhimpunan BERSIH 2.0 dihalang juga, saya meminta pesuruhjaya-pesuruhjaya SUHAKAM letak jawatan mereka sebagai protes kerana kewujudan badan itu dan suara mereka tidak dihormati oleh polis dan kerajaan yang ada. Biar satu dunia tahu polis dan kerajaan BN tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang memberikan hak rakyat untuk berhimpun. | ||||||||||||||
UMNO Paksa Kakitangan Awam & Guru Sambut Najib Di Kelantan Posted: 02 Jul 2011 05:14 AM PDT KELAB GREENBOC Umno perangkap kakitangan awam hadir majlis Najib PAS Kawasan Pasir Puteh, Kelantan telah mendapat aduan dan rungutan daripada kakitangan awam berkenaan jemputan pada majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di kawasan itu pada 2 Julai. Perkara yang membebankan mereka ialah setiap kakitangan awam termasuk guru mesti melaporkan diri mereka pada meja pendaftaran bagi memastikan kehadiran mereka. Timbalan Ketua Penerangan PAS Pasir Puteh, Abdul Halim Mohamad menjelaskan, lebih membimbangkan mereka, jika mereka tidak hadir, tindakan akan dikenakan. Menurut beliau, begitulah antara rungutan awam terhadap majlis yang bakal berlangsung pada Sabtu yang turut melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, PAS Kawasan Pasir Puteh cukup kesal dengan cara perangkap yang digunakan oleh Umno untuk memastikan kehadiran yang ramai pada majlis berkenaan. "Kita tidak bimbang dengan himpunan berkenaan kerana kita terbukti dan mampu membuat himpunan yang lebih besar tampa perlu kerahan dan lapor diri peserta dalam setiap program yang diadakan," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini. Namun, beliau mencabar Umno agar memberi peluang kepada kakitangan awam untuk mereka tidak hadir pada program berkenaan dan jangan dibuat kaunter lapor diri yang merupakan suatu amalan politik lama yang digunakan. "Sebaliknya, Umno perlu meninggal politik tipu dan beralih kepada budaya politik ilmu bagi menjadikan rakyat bebas menentukan keputusan mereka tanpa lagi terkongkong dengan budaya politik tipu," katanya. Mengulas lanjut berkaitan kehadiran Presiden Umno yang juga Perdana Menteri pada majlis itu nanti, beliau berkata, kedatangan Perdana Menteri ke majlis itu jelas menunjukkan bahawa Umno Pasir Puteh sedang mencari semangat di sebalik masalah dalaman yang berlaku dan gagal menjawab isu sekitar yang menyebabkan ahlinya hilang tumpuan. Katanya, majlis pemimpin bersama rakyat yang kononnya bakal dihadiri ribuan ahli Umno itu jelas menunjukkan himpunan gelombang merah yang diadakan baru-baru ini gagal dan tidak diterima rakyat, sehingga mereka terpaksa membawa presiden parti ke dalam kawasan Pasir Puteh. PAS Pasir Puteh juga, katanya, ingin menasihatkan Perdana Menteri agar menunaikan segala janji yang ditaburkan terlebih dahulu sebelum hadir ke Pasir Puteh atas dakwaan sebagai tanda beliau menghormati rakyat Kelantan seperti yang didakwa oleh Umno. "Antara janji yang belum ditunaikan itu termasuk menyiapkan projek Kerajaan Pusat yang banyak terbengkalai dan termasuk juga memberikan royalti Petroleum kepada rakyat Kelantan," ujar beliau. -HD | ||||||||||||||
PKR ingatkan polis jangan ‘main wayang’ Posted: 02 Jul 2011 05:10 AM PDT Tian Chua berkata beliau yakin tangkapan (penahanan Senator Ezam Mohd Noor) itu hanya sebahagian dari sandiwara BN untuk mengelabui mata rakyat. KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Tian Chua mengibaratkan tindakan polis menahan Senator Ezam Mohd Noor sebagai 'bermain wayang' dengan tujuan mengelirukan persepsi rakyat. Dalam satu ceramah di Kampung Pandan Dalam dekat sini malam tadi, Tian berkata beliau yakin tangkapan itu hanya sebahagian dari sandiwara Barisan Nasional (BN) untuk mengelabui mata rakyat. Semalam, Ezam dan tujuh yang lain ditahan polis ekoran mengadakan perhimpunan bersama 300 anggota dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di hadapan ibu pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Georgetown. Beliau berkata, bagi Lim Guan Eng (Ketua Menteri) tiada masalah…….kalau nak berdemo, demolah. Namun bagi saya, secara prinsipnya pihak polis perlu membebaskan mereka…….walaupun saya tidak setuju dengan mesej yang mereka bawa. "Biarlah himpunan Patriot (kumpulan yang didokong oleh Umno dan lain-lain NGO pro kerajaan) meneruskan perhimpunan……asalkan mereka berhimpun secara aman," kata Ahli Parlimen Batu itu. Ujar Tian, "di samping itu, kita juga memberi amaran kepada pihak polis supaya jangan buat wayang. (Ketua Pemuda Umno) Khairy (Jamaluddin Abu Bakar) tak ditangkap, tapi orang bawah yang ditangkap. "Ibrahim Ali (Presiden Perkasa) boleh duduk dan dilayan baik dalam lokap, selepas 24 jam dilepaskan. Orang lain duduk dalam ISA, 12 tahun," katanya dengan nada sinis. Menurut Tian, ketika zaman reformasi pada 1998, tiada keganasan berlaku walaupun berpuluh ribu rakyat turun membantah fitnah dan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Sebagai seorang reformis, saya bangga kerana tiada satu kereta pun terbakar atau cermin kereta pecah. Tiada satu kumpulan reformis tulen yang sanggup berbuat demikian. "Rekod Malaysia jelas sepanjang 12 tahun aman, damai dan tenteram. Kita bagi penghormatan kepada pihak polis…….. jika bertindak 'neutral', kerana majoriti polis memang bersikap begitu," katanya sambil merujuk kepada perhimpunan Bersih 9 Julai ini. Ujar Tian, adalah menjadi hak orang ramai untuk berhimpun bagi memastikan pilihan raya adil seperti mana lapan perkara yang dituntut dalam perhimpunan Bersih nanti. "Tun Mahathir Mohamad (mantan perdana menteri) kata jangan berhimpun, tubuh parti dan bertanding dalam pilihan raya. Sekarang kita dah ada parti dan menjadi hak kita untuk berhimpun. "Sama ada parti masuk hutan ke, parti guna jalan raya ke, parti-parti ini tetap menang. Bersih agenda kita. Memang betul ahli-ahli PAS, DAP, PKR perlu hadir, bukan kerana nak berkuasa tetapi atas hak sebagai warganegara yang cintakan negara," katanya. Turut hadir dalam ceramah itu termasuklah Ketua Wanita PKR dan juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin; Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amirudin Shari dan aktivis sosial Hishamuddin Rais. | ||||||||||||||
Bangunan loji Lynas cacat teruk Posted: 02 Jul 2011 04:59 AM PDT Pendedahan The New York Times ini amat membimbangkan dan maklumat ini boleh dipercayai kerana ia datangnya daripada para jurutera dan kontraktor loji. PETALING JAYA: Akhbar The New York Times baru-baru ini mendedahkan bahawa loji radioaktif Lynas yang kini mencapai tahap separuh siap pembinaannya di Gebeng, dekat Kuantan mengalami masalah kecacatan rekabentuk dan pembinaan yang serius kerana tidak mengikut spesifikasi. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu kenyataan media hari ini berkata, pendedahan ini amat membimbangkan dan maklumat ini boleh dipercayai kerana ia datangnya daripada para jurutera dan kontraktor loji. "Kerajaan Malaysia dan Lynas yang mempromosi projek ini mesti mendedahkan perkara sebenar kerana loji ini dijangka membawa kesan buruk radioaktif kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk yang tinggal di kawasan sekitar," desak beliau. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, sejak dari mula lagi, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh telah menimbulkan rasa prihatin beliau terhadap projek ini. "Fuziah bersama rakyat Kuantan dan aktivis-aktivis dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) 'Save Malaysia' telah sekian lama berjuang dalam isu ini. "Nampaknya perjuangan mereka selama ini membuahkan hasil walaupun mereka diugut dan diberi gambaran salah oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan bahawa loji itu selamat digunakan," jelasnya. Menurut Anwar, sudah acap kali kerajaan Malaysia cuba memihak kepada syarikat baru dari Australia itu, yang menerima insentif 12 tahun bebas cukai, apabila berdepan rakyat yang menyuarakan kebimbangan mereka. Ujar beliau, "melindungi kesan buruk radioaktif tidak seharusnya dilayan sebagai 'bola politik' dan sepatutnya isu ini disifatkan sebagai berkecuali (tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik). "Dengan pendedahan laporan The New York Times itu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan tahniah kepada mereka yang tidak kenal penat lelah dalam memperjuangkan hak mereka," katanya. Sementara itu, 'Save Malaysia' yang menentang pembinaan loji Lynas mendakwa laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tidak lengkap dan menyeluruh kerana ia mereka tidak mengkaji cici-ciri alam sekitar di tapak loji. Ketua 'Save Malaysia' Tan Bun Teet berkata, laporan yang disediakan oleh sembilan ahli IAEA itu tidak mengambilkira kedudukan semula jadi tapak berkenaan. "Kaji selidik oleh kilang-kilang lain yang menduduki kawasan itu mendapati paras air tidak sampai satu meter dari permukaannya," katanya. | ||||||||||||||
Ulasan buku: Perspektif Perlembagaan Posted: 02 Jul 2011 04:55 AM PDT Berdasarkan kepada pembacaan buku Perspektif Perlembagaan hasil tulisan Profesor Abdul Aziz Bari, saya berpandangan bahawa beliau telah menghasilkan sebuah karya akademik Perlembagaan Persekutuan yang menyeluruh, serta bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat termasuklah yang tidak memiliki latar belakang undang-undang. Bermula dengan bab asas konsep perlembagaan, kemudian dikembangkan analisisnya yang menyentuh soal-soal sistem monarki atau sistem beraja, parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN), kuasa eksekutif, badan kehakiman, pilihanraya, perkhidmatan awam dan krisis politik Perak - semua ini dibincangkan dan dikemukakan secara fakta mengikut perspektif Perlembagaan Persekutuan. Dalam bab Perlembagaan misalnya, penulis memberikan fakta Perlembagaan Persekutuan yang sebenarnya. Maknanya, Perlembagaan Persekutuan itu bukan sekadar undang-undang rumit yang dimiliki dan diamalkan oleh hakim-hakim ataupun golongan professional sahaja sebaliknya penulis berjaya melanjutkan pemahaman konservatif tersebut kepada suatu bentuk "Perlembagaan Rakyat" yang boleh disesuaikan dengan iklim politik dan sosial semasa. Hal ini penting memandangkan selepas Pilihanraya Mac 2008 lalu, timbul beberapa isu seperti rampasan kuasa politik Perak, kemunculan sistem dua parti dan kedudukan kaum Melayu kononnya tergugat yang memerlukan analisis konkrit dari sudut Perlembagaan Persekutuan. Justeru, untuk memahami Perlembagaan, penulis telah meletakkan asas Perlembagaan Persekutuan yang berjaya meyakinkan pembacanya. Dalam bab monarki / sistem beraja pula, ia turut dibincangkan dimana kekuatan sistem itu adalah warisan sejarahnya yang panjang dan kedudukannya yang semakin mencabar dalam sebuah negara Raja Berpelembagaan. Penulis juga berpandangan rakyat melihat sistem beraja hanyalah sebahagian daripada sistem yang korup dan membebankan. Kelemahan tersebut, tambahnya lagi, jika tidak ditangani lama kelamaan akan terhapus, barangkali jelas dalam revolusi yang membawa kepada pemansuhan sistem beraja di Iran pada 1979. Misalnya berlaku beberapa kes perebutan takhta di negeri, kenyataan Tengku Mahkota Kelantan pada 12 April berhubung Malaysia bukan sebuah negara sekular yang membangkitkan kemarahan Karpal Singh dan Raja Muda Perak yang bijaksana pun membuat kenyataan bertemakan Kemelayuan dan tidak disenangi oleh pihak tertentu. Dalam buku ini, saya cukup tertarik dengan sepatah kata Walter Bagehot yang merupakan pengamat tradisi perlembagaan England, istana mempunyai misteri dan mistik yang tersendiri. Dan sekiranya ia terlalu terdedah dan didedahkan istana mungkin akan kehilangan kekuatan dan karismanya. Dalam bab eksekutif / kerajaan, penulis menghuraikan beberapa hujah ahli politik yang jelas tidak sepadan dengan Perlembagaan Persekutuan. Misalnya, penulis sendiri tidak memahami mengapakah Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata bahawa kekitangan awam perlu patuh kepada kerajaan yang memerintah. Secara ringkas, perkhidmatan awam adalah institusi berkecuali yang hanya perlu setia kepada negara. Menurut penulis lagi, yang menjadi tonggak perkhidmatan awam ialah undang-undang dan peraturan yang kesemuanya berpaksikan perlembagaan. Kekeliruan rakyat untuk membezakan yang mana kerajaan dan yang mana negara selama pemerintahan Barisan Nasional (BN) hanya akan menguntungkan pemerintah sahaja. Isu yang membabitkan peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terus mendapat perhatian penulis dalam buku ini. Kredibiliti SPR tercalar teruk dibawah pimpinan bekas Pengerusi Abdul Rashid Abdul Rahman, bahkan tidak dapat menandingi kehebatan Pengerusi terdahulu Mustafa Albakri - ketika itu negara ditadbir oleh Tunku Abdul Rahman, seorang Perdana Menteri yang paling liberal. Penulis membangkitkan rasa hairan terhadap kelemahan SPR sedangkan Perkara 113 (1) dan (2) sudah menyediakan prasarana yang cukup untuk menjalankan tanggungjawabnya. Yang menjadi masalah ialah SPR dan pihak kerajaan yang ada mengawal segala sumber dan jentera pentadbiran terutamanya perkhidmatan awam dan badan kehakiman yang sepatutnya berkecuali jelas tidak mempamerkan ciri- ciri itu. Inilah sebab mengapa pilihanraya yang bersih dan adil sukar dilaksanakan di negara ini. Terakhir adalah, krisis politik Perak. Ia bermula dengan penyeberangan tiga orang ahli DUN Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional dalam keadaan penuh misteri. Mereka bertiga tiba-tiba muncul memberikan sokongan kepada Barisan Nasional. Istana dan mahkamah, dua institusi yang banyak memainkan peranan dalam isu tersebut tidak mampu menyelesaikan masalah politik ini. Penulis menjelaskan bahawa keputusan yang dihasilkan oleh kedua-dua institusi tersebut telah mengusutkan lagi keadaan. Lantaran itu, penulis menegaskan cara terbaik untuk menangani krisis politik Perak ialah dengan membubarkan dewan supaya satu pilihanraya negeri dapat diadakan dan rakyat dapat membuat keputusan yang muktamad dan jelas. Berdasarkan kepada pembacaan buku ini, dapatlah dirumuskan bahawa Perlembagaan Persekutuan dapat merungkaikan banyak persoalan politik semasa negara dan teladannya adalah keberkesanan sesebuah kerajaan dapat diukur dengan sejauhmanakah ia menjunjung sesebuah Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Bagi pihak IDEAS, kami amat mengalu-alukan buku karya Professor Abdul Aziz Bari (gambar kanan) sebagai usaha membentuk tradisi perlembagaan negara. Buku-buku ini boleh dari kedai-kedai buku seluruh negara dan http://bookshop.gbgerakbudaya.com/ *Medecci Lineil adalah Eksekutif Kanan di Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS). | ||||||||||||||
Pewaju mengecam Pemuda UMNO, PERKASA dan polis Posted: 02 Jul 2011 04:52 AM PDT MERDEKA REVIEW Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) mengutuk sekeras-kerasnya dengan perkara wartawan diserang dan diancam oleh Pemuda UMNO dan PERKASA dalam demonstrasi kelmarin. Pewaju juga rasa kesal dan tidak puas hati dengan pihak polis yang gagal menjalankan tugas untuk melindungi rakyat. Dalam satu demonstrasi telah dijalankan bawah pimpinan peniaga KOMTAR yang Mohamed Ghani Abd Jiman yang mendakwa dirinya sebagai wakil NGO, sekurang-kurangnya tiga wartawan diserang atau diancam oleh penyokong demonstrasi sepanjang masa perjalanan. "Serangan atau ancaman daripada penyokong demonstrasi ini berlaku tanpa menghirau kewujudan polis. Maka, bolehkah rakyat Malaysia yakin dengan keadaan keselamatan dalam negara?" Pewaju berasa bahawa wartawan merupakan pihak yang paling dekat dengan tempat kejadian dan perlu membuat liputa berita yang paling tepat kepada masyarakat. Maka, wartawan memerlukan tingkat kerjasama yang paling tinggi dalam proses membuat liputan atau dengan gangguan yang paling minima. Tetapi apabila seorang wartawan cuba mengambil gambar penyokong demonstrasi, seorang penyokong berpakaian baju Pemuda UMNO yang tidak diketahui namanya mengeluarkan kata ancaman berbunyi "kau nak berenang di bawahkah?", dengan jelasnya membawa maksud hendak mencampak warwatan ke dalam laut. Perkara yang lebih teruk berlaku apabila beberapa penyokong demonstrasi mengelilingi wartwawan tersebut dan mengacaunya dengan bendera. Akhirnya, wartawan itu kena satu tumbukan di belakang oleh salah satu penyokong yang juga tidak diketahui nama. Perkara ini adalah serius sehingga mewujudkan suasana ancaman kepada wartawan semasa membuat liputan. Selain itu, Pewaju juga mengutuk pihak polis yang gagal menjalankan tugasnya semasa bertindak dalam demonstrasi yang berunsur keganasan ini. Polis tidak menghalang penyokong yang menimbulkan kekacauan di atas jambatan Pulau Pinang selama setengah jam merupakan contoh yang terbaik. "Kenapa pihak polis tidak mengambil sebarang langkah pencegahan padahalnya telah mengetahui demonstrasi ini sehari sebelum nya?" Pertanyaan Pewaju juga timbul apabila polis mengambil tindakan yang tegas terhadap himpunan Bersih2.0 sebelum ianya dijalankan tetapi jelasnya membenarkan demonstrasi di Komtar yang ganas ini. Adakah ini double standard polis semasa menguatkuasa? Pewaju menegaskan pendirian bahawa, himpunan merupakan hak yang dijamin bawah perlembagaan negara. Maka Pewaju sokong penuh bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun, tetapi bantah sekeras-kerasnya dengan himpunan berunsur keganasan. Kini dua wartawan telah membuat laporan kepada polis pada kelmarin juga, Pewaju mendesak pihak polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mengumunkan keputusan siasatan kepada orang ramai untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis. *Kenyataan akhbar daripada Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang. | ||||||||||||||
Kerajaan dikecam lantaran penahanan menggunakan Ordinan Darurat Posted: 02 Jul 2011 04:51 AM PDT Wakil rakyat dari Pakatan Rakyat mengecam tindakan kerajaan menahan enam orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggunakan Ordinan Darurat 1969. Langkah untuk menggagalkan perhimpunan BERSIH 2.0 ini disifatkan sebagai "tidak masuk akal", malah bakal menghakis keyakinan pelabur asing. Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim (gambar kiri) ketika dditemuramah MerdekaReview berkata, kerajaan tidak perlu menimbulkan suasana ketakutan sedemikian, yang hanya akan menjejaskan keyakinan pelabur asing. Beliau menggesa agar Menteri Dalam Negeri mengarahkan agar tahanan berkenaan dibebaskan segera, kerana kerajaan tidak perlu mengawal keadaan dengan Ordinan Darurat. Naib Presiden PKR, merangkap ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ketika hadir sebagai tetamu persembahan "Selamatkan MerdekaReview" di Dewan Perhimpunan Cina Selangor - Kuala Lumpur hari ini, berkata kepada MerdekaReview, beliau gagal menggambarkan kemarahan dalam dirinya, malah mengecam bahawa tuduhan ini adalah tidak masuk akal dan tidak rasional. Beliau menganggap rakyat akan jelas bahawa siri kejadian yang berlaku baru-baru ini didorong motif politik. Penangkapan dan penahanan tanpa bukti ini semuanya ditujukan kepada perhimpunan BERSIH 2.0, katanya. Beliau berkata penangkapan terhadap pemimpin PSM ini bermula atas tuduhan "mengedarkan risalah BERSIH", dan ia bertujuan untuk menggagalkan perhimpinan BERSIH. Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), institusi agama juga dipergunakan untuk menekan BERSIH 2.0. "Sebagai seorang warga Malaysia, saya gagal menyifatkan perasaan saya yang 'completely powerless' ini. Meskipun kami menguasai empat kerajaan negeri, namun ketika berdepan dengan keadaan sebegini, kami completely powerless." Pada kira-kira jam 2 petang, Setiausaha Agung PSM Arutchelvan menulis dalam facebooknya, "Dr. Jeyakumar, Saras, Chon Kai, Babu, Letchu and Sugu ditangkap semula oleh Bukit Aman di bawah Akta Darurat untuk 60 hari". Nurul Izzah (gambar kanan) menambah, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein cuba menggunakan Seksyen 7(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghalalkan tindakan kerajaan menangkap mereka yang berpakaian kuning. Namun, seandainya diteliti akta tersebut, sesungguhnya pakaian, bendera, kain rentang, lencana dan sebagainya boleh diharamkan, namun perlu diwartakan terlebih dahulu. Ahli parlimen Lembah Pantai ini berkata, jikapun kerajaan ingin mengharamkan baju kuning, mereka perlu mengikut prosedur. Nurul menyeru agar rakyat Malaysia bersatu untuk menentang penindasan sebegini, atau UMNO-BN akan terus berkuasa. Tindakan polis "tidak masuk akal" Selain itu, Ketua Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor Tang Ah Chai berkata, tindakan kerajaan menahan dan menyoalsiasat mereka yang berpakaian kuning telah melepasi batas kuasa yang ada, malah langsung tidak mempunyai asas undang-undang. Beliau mengkritik tindakan terkini kerajaan untuk menahan enam orang pemimpin PSM menggunakan Akta Darurat, kerana telah menyalahgunakan undang-undang. "Apakah kewajaran kerajaan menggunakan akta ini? Apakah ancaman yang dicetuskan sehingga mereka perlu ditahan 60 hari? Ini adalah tindakan yang tidak masuk." Tang Ah Chai (gambar kiri) menambah, tindakan kerajaan hanya akan menjadi bahan lawak di arena antarabangsa, dan ia adalah kerugian yang lebih besar dibandingkan dengan kesesakan jalan raya, kerugian peniaga dan sebagainya yang disebabkan perhimpunan ini. Selain itu, ia akan mewujudkan persepsi yang salah, bahawa kerajaan kita adalah diktator seperti di Myanmar, "Polis tidak mempunyai alasan yang lebih baik, tetapi menggunakan kuasa." Beliau juga menyebut, walaupun kerajaan sebelum ini menyatakan bahawa tidak akan menggunakan ISA, namun kini pula menggunakan Ordinan Darurat. Ini kerana ISA telah dicemuh, dan rakyat tidak lagi percaya bahawa tahanan ISA benar mencetuskan ancaman keselamatan. *Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disunting dan diterjemah dari teks asal. | ||||||||||||||
20 NGO belia seru ahli sertai himpunan BERSIH 2.0 Posted: 02 Jul 2011 04:17 AM PDT MERDEKA REVIEW Setelah PAS memberi arahan kepada seluruh ahlinya menyertai perhimpunan BERSIH, dan juga Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tegaskan bahawa mahasiswa menyokong sepenuhnya himpunan berkenaan, 20 NGO belia turut menyeru ahlinya, pemuda-pemudi dan masyarakat Cina berani menyertai Himpunan Aman BERSIH 2.0 bersama dengan masyarakat Melayu, masyarakat India dan masyarakat orang asal pada 9 Julai 2011 jam 2 petang di Kuala Lumpur. Di samping itu, pihak kami mengecam pengecut yang menghantar pesanan ringkas (SMS) mengugut untuk membunuh pemimpin NGO Ambiga Sreenevasan. Pihak kami meminta pihak polis menangkap orang yang menghantar SMS ugutan bunuh tersebut. Menganjurkan dan menyertai perhimpunan aman tidak melanggar mana-mana undang-undang, sebaliknya, sesetengah pihak yang mahu gunakan cara kekerasan untuk mencapai tujuan bagi menghentikan perhimpunan aman BERSIH adalah kesalahan serius yang tidak dapat dan tidak boleh diterima oleh seluruh warganegara Malaysia yang mencintai tanahair. Merujuk kepada kata-kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa SPR bersedia mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini, pihak kami langsung tidak boleh terima. Jika mesyuarat itu dapat menyelesaikan masalah penyelewengan, boleh memberi tekanan ke atas SPR, maka banyak perkara yang tidak adil dalam pilihan raya akan diselesaikan sejak dahulu. Kita difahamkan, telah berlakunya pelbagai penyelewengan dan juga terdapat terlalu banyak aduan dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil, tetapi langsung tiada sebarang tindakan pembetulan atau siasatan dengan jawapan yang munasabah dilaksanakan oleh SPR. Tugas SPR adalah memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor, serta bukannya menghalang atau mencabul hak rakyat berhimpun. Selain itu, pihak kami ingin mengingatkan pihak polis bahawa hak untuk berhimpun adalah hak asasi yang termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR Artikel 20) dan Konvensyen Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 (Artikel 21). Pencabulan hak asasi perhimpunan aman adalah kesalahan di sisi Perlembagaan dan UDHR. Tanggungjawab polis adalah menjaga keselamatan rakyat yang berhimpun dan bukannya menyurai dan menyerang rakyat yang berhimpun. Organisasi yang menyokong kenyantaan bersama: | ||||||||||||||
Tambah tuntutan perhimpunan BERSIH: Bubarkan SPR! Posted: 02 Jul 2011 12:50 AM PDT Pada pendapat saya, satu lagi tuntutan untuk perhimpunan BERSIH amat penting iaitu bubarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum parlimen dibubarkan! Rombakan SPR diperlukan untuk memastikan keadilan pilihan raya. Daripada apa yang kita perhatikan, kata-kata dan karenah pengerusi dan timbalan SPR baru-baru ini, nyata sekali SPR sekarang tidak dapat mengendalikan pilihan raya secara adil dan saksama. Menurut laporan Malaysiakini, Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Wan Ahmad Wan Omar mendakwa Ambiga telah diperalat oleh pemimpin politik dalam BERSIH 2.0 kerana ingin meneruskan perhimpunan pada 9 Julai. Kenyataan Timbalan SPR telah menimbulkan kemarahan rakyat yang ingin melihat pilihan raya dijalankan secara profesional. Banyak komen yang mengesyaki kenyataan Timbalan tersebut telah disuarakan di Internet terutamanya facebook dan blog. Sikap berkecuali SPR juga menjadi persoalan. Masalah kepincangan SPR telah berakar umbi dan jauh mendalam daripada yang kita dapat melihat secara teknikal seperti tuntutan-tuntutan yang dicadangkan oleh BERSIH. Berikut adalah tuntutan BERSIH yang dicadangkan:
Salah satu masalah yang utama dalam kepincangan SPR adalah ahli-ahli panel sendiri. Jika diteliti latar belakang ahli-ahli panel SPR, dapatlah kita menyimpul bahawa sidang panel adalah tidak berkecuali malah hanya terdiri daripada pegawai-pegawai yang telah lama berkhidmat di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN). Oleh demikian, sifat panel SPR untuk melantik pegawai-pegawai kerajaan mungkin menjadi halangan besar dalam mereformasikan SPR supaya ianya lebih profesional. Ini disebabkan kecenderungan pegawai- pegawai tersebut untuk menyokong BN lebih daripada menguruskan segala urusan pilihan raya secara lebih sensitif dengan mengimbangi permintaan-permintaan, kehendak-kehendak dan kepentingan-kepentingan semua pihak, baik BN ataupun Pakatan. Timbalan Pengerusi SPR yang mengutuk permintaan BERSIH telah memberikan gambaran kepada umum bahawa SPR seakan-akan penyokong BN. Mungkin tidak adil dalam mengutuk mereka semuanya adalah penyokong BN. Mereka mungkin mempunyai pendirian politik sendiri. Walaupun demikian, sebagai penjawat awam, mereka perlu menunjukkan sikap yang saksama kepada semua dan bukannya mengelurakan kenyataan-kenyataan yang bersifat politik yang memihak kepada mana-mana pihak. Walaupun mempunyai pendirian politik, setidak-tidaknya, mereka patut neutral dan melaksakan segala dengan lancar dan memberikan perkhidmatan yang diterima oleh semua pihak. Permintaan sedemikian adalah tidak melampau. Malangnya mereka tidak mampu mencapai permintaan paling asas ini. Jikalau ahli-ahli panel adalah tidak berkemampuan dalam mengimbangi dan menjaga kepentingan semua, siapakah yang dapat melaksanakan pilihan raya yang adil? Maka pembubaran SPR adalah perlu untuk melaksanakan permintaan-permintaan BERSIH. Bagaimanakah SPR dapat ditubuhkan secara ideal? Mungkin ini adalah penting dalam mengejar kesempurnaan sistem pilihan raya yang menjamin perjalanan demokrasi negara. Kajian perlu dijalankan untuk penstrukturan semula SPR yang berkemampuan memuaskan segala permintaan mahupun daripada BN atau daripada Pakatan. Untuk memulakan perubahan tersebut, saya mencadangkan supaya pegawai-pegawai yang terlalu dekat dengan menteri-menteri atau mana-mana parti politik patut dielak. Ahli-ahli panel SPR yang lebih berkaliber diperlukan. Untuk mencapai matlamat ini, saya yakin pencalonan daripada sektor swasta termasuk masyarakat sivil mungkin akan membantu. Pada masa sekarang, yang penting ialah pembubaran SPR untuk mengukuhkan institusi pilihan raya. Selepas pembuburan SPR, rasanya pengerusi BERSIH, Ambiga Sreevenasan perlu dilantik sebagai salah seorang ahli panel SPR yang mewakili calon masyarakat sivil. Bagaimanakah rombakan SPR dapat dijalankan masih memerlukan kajian yang mendalam termasuk perubahan akta-akta yang memungkinkan SPR menjadi lebih berautonomi daripada kongkongan mana-mana pihak? Mengapakah sistem pilihan raya dianggap begitu penting pada kanca mata masyarakat umum? Ini adalah kerana pengundi-pengundi Malaysia masih percaya bahawa segala perubahan politik perlu dijalankan menerusi pilihan raya. Rakyat Malaysia juga tidak senang dengan penggunaan keganasan untuk menggulingkan kerajaan. Ini bukan budaya Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan semasa krisis politik berlaku pada tahun 1998. Pada waktu tersebut, wujud perdebatan sama ada kaedah pilihan raya atau kaedah jalan raya patut digunakan untuk perubahan politik. Akhirnya, kaedah pilihan raya digunakan. Tindakan polis menahan aktivis-aktivis yang masih percaya dan yakin dengan perubahan politik dapat dan patut dilakukan menerusi pilihan raya adalah sangat bahaya terhadap sistem demokrasi Malaysia. Aktivis-aktivis tersebut patut dilindungi supaya tidak mendesak mereka menggunakan kaedah jalan raya untuk melakukan perubahan politik seperti yang berlaku di Timur Tengah. Negara-negara di Timur Tengah yang dilanda revolusi politik kerana mereka kekurangan saluran perubahan politik seperti Malaysia yakni pilihan raya yang wujud sejak Merdeka. Perubahan dan pembersihan SPR perlu dijalankan secepat yang mungkin supaya negara kita dapat mengelak dari revolusi politik yang berlaku di negara Timur Tengah. Sebelum terlambat, seruan-seruan perubahan politik harus disambut dengan hati yang terbuka oleh semua pihak terutamanya BN dan jentera kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia. Daripada pengalaman-pengalaman yang kita saksikan beberapa bulan yang lepas di negara-negara Islam, apabila kekurangan saluran untuk mengeluarkan ketidakpuasan secara berkesan dan diredai oleh semua pihak, akhirnya polis dan tentera juga tidak dapat menahan kemarahan rakyat. Ubahlah sebelum diubahkan. *Tan Lee Ooi ialah kolumnis MerdekaReview. Beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di National University of Singapore, pernah menulis buku berjudul Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia. | ||||||||||||||
Sistem baru SPR tak mampu kesan pengundi hantu Posted: 02 Jul 2011 12:43 AM PDT Kuek Ser Kuang Keng Sistem baru online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mampu mengesan pengundi hantu yang didaftarkan di sesuatu alamat, sebagaimana yang dijanjikan oleh badan itu. Khamis lalu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa sistem baru itu membolehkan seseorang pengundi memantau sama ada alamat rumahnya digunakan untuk mendaftar pengundi hantu. Jika wujud kes sedemikian, katanya, pendaftar yang sah boleh mengemukakan aduan untuk tindakan lanjut SPR. Bagaimanapun Malaysiakini mendapati sistem baru yang dicanang oleh SPR itu hanya membolehkan lebih daripada satu pengundi memeriksa butiran pendaftaran mereka dengan menggunakan nombor kad pengenalan mereka. Sistem itu tidak akan memberikan maklumat mengenai jumlah pengundi dalam sesebuah rumah jika hanya alamat rumah disertakan dalam carian. Penyelaras Jaringan Pemantau Pilihanraya Malaysia (MEO-Net) Ong Boon Keong berkata sistem carian baru SPR tidak menunjukkan sebarang kelainan berbanding kaedah sebelum ini. "Apa yang kami perlukan ialah sebuah sistem yang membenarkan butir-butir tempat mengundi diperolehi berasaskan maklumat seperti alamat rumah dan bukan hanya dengan nombor kad pengenalan," katanya. Menurut Ong, SPR sebelum ini juga telah menolak cadangan itu beberapa tahun lalu kerana mendakwa ia membabitkan kos yang tinggi. "Sebenarnya ia tidaklah mahal atau sukar dilaksanakan. Ia lebih kepada sama ada SPR mempunyai iltizam untuk berbuat demikian. SPR lebih cenderung untuk mengekang penyaluran maklumat kepada pihak awam," katanya. | ||||||||||||||
Mahathir: Himpunan BERSIH hanya rugikan negara Posted: 02 Jul 2011 12:36 AM PDT MALAYSIA KINI Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan sebagai tindakan yang hanya merugikan negara. Bernama memetik beliau berkata perhimpunan itu juga akan memburukkan nama kerajaan, namun menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan lanjut terhadap mereka yang terlibat. Merujuk kerajaan Mesir sebagai contoh, Dr Mahathir berkata negara berkenaan berdepan masalah mendapatkan kepercayaan pelabur asing serta pelancong selepas demonstrasi jalanan yang diadakan rakyatnya sebelum itu. "Sekarang ini mereka perlu mendirikan kerajaan baru, tapi masih ada demonstrasi, orangpun tak datang, pelancongpun tak datang, pelaburpun tak datang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) di Kuala Lumpur semalam. Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menganggap perhimpunan itu sebenarnya tidak perlu, namun ia boleh diadakan di tempat yang lebih sesuai seperti dewan, jika mahu diteruskan. Bagaimanapun laporan Bernama itu tidak menyebut sama ada Dr Mahathir mengulas hasrat kumpulan pendesak Melayu - PERKASA di mana beliau adalah penaungnya - yang juga akan mengadakan perhimpunan pada hari yang sama. Selain BERSIH 2.0 dan PERKASA, Pemuda Umno juga akan berhimpun pada 9 Julai ini. | ||||||||||||||
Penyokong 'Hindraf' berdemo di ibu pejabat PAS Posted: 02 Jul 2011 12:30 AM PDT BERNAMA Kira-kira 30 pemuda, yang dipercayai penyokong pertubuhan haram, Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), mengadakan demonstrasi menentang perhimpunan pada 9 Julai ini di hadapan ibu pejabat PAS, di Jalan Raja Laut, di Kuala Lumpur hari ini. Mereka dilihat berkumpul dan membuat kecoh di hadapan pejabat itu pada jam 11.20 pagi dengan memegang sepanduk antaranya tertulis 'Datuk Ambiga Jangan Buat Kecoh Di Malaysia' dan 'Jangan Ikut Nik Aziz'. Bagaimanapun, mereka dilihat melarikan diri dengan menaiki kereta 10 minit kemudian apabila beberapa anggota polis tiba di tempat kejadian. | ||||||||||||||
Pengharaman baju BERSIH, apa kata rakyat? Posted: 02 Jul 2011 12:25 AM PDT Norain Saleh & Norsyafinas Ahmad Sukri Pada 29 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram. Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul. "Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram," katanya. Sejak pengumuman itu, beberapa wakil rakyat Pakatan dan hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat. Malaysiakini menemui 14 orang di sekitar ibunegara untuk meninjau pandangan mereka mengenai kenyataan Hishammuddin mengenai pengharaman pemakaian baju-T kuning BERSIH itu. Hasil tinjauan mendapati sebahagian besar daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu. Berikut adalah pendapat mereka:
"Pemakaian baju-T berkenaan adalah lebih kepada kebebasan rakyat, malah perhimpunan tersebut turut disokong oleh majoriti rakyat menurut undian yang dilakukan oleh The Star. (Nota pengarang: Akhbar itu bagaimanapun membatalkan bancian itu dan mendakwa terdapat kepincangan dalam sistem undian berkenaan) Norhuda Ali, 25 mempertikaikan tindakan 'pengharaman' baju-T itu dan mempersoalkan sama ada mereka yang memakai baju berwarna kuning akan turut ditahan sama. "Bagi saya itu tidak adil, pakai baju BERSIH bukan salah," katanya.
"Kita tengok 4 tahun lepas mereka tidak ganggu orang (dalam demo) kenapa perlu disembur dengan air, pakai baju kuning pun tidak buat apa kesalahan. "Jika tidak ada pembangkang, kita (rakyat) tidak tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan," katanya.
"Semua kedai lepas ni tidak boleh letak (cat) warna kuning ke?" soalnya. "Tidak perlu diharamkan baju BERSIH, itu hanya perkara biasa dan bukannya salah pun, kerajaan patut bertimbang rasa" katanya.
Nuruddin Mohamad, 28, berkata baju bukanlah satu masalah tetapi kerajaan 'mengharamkan' pemakaian baju-T tersebut berkemungkinan disebabkan kebimbangan kerajaan terhadap perhimpunan yang akan berlangsung
Bagi Syaza Jamaluddin, 23 berkata menerusi pengalamannya sebelum ini yang pernah menyaksikan demonstrasi, tindakan 'pengharaman' berkenaan adalah wajar. "Kalau untuk mengelakkan berlaku rusuhan lagi memang wajarlah (pengharaman t-shirt BERSIH)," katanya. "Kalau benda itu menimbulkan huru-hara, wajarlah (pengharaman t-shirt)," katanya. "Rampaslah t-shirt tu sekarang, kalau itu merupakan simbol dari parti mereka sendiri," kata Syahril. "Kalau mereka pakai baju-T BERSIH berwarna kuning tu, buat kecoh memang bolehlah ditangkap" katanya. Antara mereka adalah ADUN Lukut Ean Yong Ting Sin, ADUN Bahau Teo Kok Seong, ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye , ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai, ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang dan ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar. | ||||||||||||||
Maria: Apa jua halangan, BERSIH tetap diteruskan Posted: 02 Jul 2011 12:22 AM PDT MALAYSIA KINI Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan meskipun pihak polis menegaskan akan memastikan perhimpunan itu tidak akan berlaku. Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya akan cuba memohon untuk mengadakan dialog kali kedua bersama pihak polis, lapor KeadilanDaily.com. Namun sekiranya gagal berbuat demikian, Maria berkata bahawa perhimpunan itu akan tetap diteruskan. "Kalau mereka berkeras saya amat kecewa dengan tindakan mereka. Namun kita masih memohon agar sesi dialog akan dibuat untuk kali kedua. "Apapun kami tetap akan mengusulkan dan membuat rundingan sekali lagi.Walau apapun halangan, perhimpunan akan diteruskan," katanya. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis telah menutup semua pintu rundingan dengan penganjur. Ia berikutan pertemuan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mencari jalan rundingan dengan polis sendiri bagi menentukan jalan laluan peserta BERSIH ke Istana Negara. Bercakap pada sidang media di Bukit Aman, Khalid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas peserta perhimpunan itu. Cabuli hak manusia | ||||||||||||||
Exco S'gor ditangkap selepas ceramah dengan MB Posted: 02 Jul 2011 12:07 AM PDT Regina Lee Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu ditangkap selepas tengah malam tadi dan dilaporkan 'dipaksa' keluar dari kereta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang ditumpanginya. Pada kejadian 12.20 pagi itu, beberapa ahli exco baru sahaja selesai menghadiri sebuah majlis ceramah di Hulu Selangor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sebelum ditahan oleh polis pada pertengahan jalan. Menurut rakan exco yang juga saksi kejadian Elizabeth Wong (kanan), mereka berkonvoi kira-kira "lapan atau sembilan" kereta yang diketuai oleh sebuah kereta peronda polis di sebatang jalan di Rawang apabila tahanan dibuat. "Kereta peronda di hadapan kami tiba-tiba mula bergerak perlahan manakala sebuah lagi kereta peronda memecut dari belakang kami. Liu yang bersama Khalid dibawa ke kereta peronda itu tanpa sebarang penjelasan," kata Wong yang memerhatikan kejadian dari keretanya. Katanya, ceramah berkenaan dianjurkan oleh kerajaan negeri dan Liu sebelum itu ada berucap tetapi beliau tidak pasti kandungan ucapannya kerana beliau tiba hanya selepas rakannya itu selesai berucap. Khalid kemudian menulis di akaun Twitter peribadinya bahawa Liu ditangkap kerana meminta rakyat turun bersama menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Menteri Besar itu juga menulis Liu ditahan di balai polis Serendah. "YB Ronnie baru ditangkap polis ketika pulang bersama saya. Kereta kami yang diiringi polis dihentikan, dan polis memaksa YB Ronnie keluar," tulisnya. Sebahagian besar mereka dicekup kerana memakai baju kuning BERSIH 2.0. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin pada 29 Jun lalu mengumumkan bahawa kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga adalah haram. | ||||||||||||||
Polis diminta bebaskan remaja demo bantah Bersih Posted: 02 Jul 2011 12:02 AM PDT
| ||||||||||||||
Bersih 2.0: Polis selak baju sebelum tangkap Posted: 01 Jul 2011 11:59 PM PDT
| ||||||||||||||
Bersih 2.0: 14 orang ditahan di Alor Setar Posted: 01 Jul 2011 11:55 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER ALOR SETAR— Seramai 11 lelaki dan tiga wanita ditahan di sini pagi tadi kerana didakwa bersubahat untuk cuba menghasut orang ramai menyertai Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur hujung minggu depan. Kesemua mereka ditahan pada kira-kira pukul 9.30 pagi ketika cuba mengadakan sidang media bagi mengajak orang ramai menyertai perhimpunan tersebut dan membantah tindakan polis menahan aktivits Bersih di sebuah restoran di Pekan Koboi di sini. Laporan Berita Harian menyebut antara mereka ditahan ialah Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah Suraya Hashim; Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR negeri Gooi Hsiao Leung dan Ketua PKR Cabang Kulim-Bandar Baharu Saari Fadzil Hud. Menurut Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, semua mereka ditahan ketika cuba mengadakan sidang media bagi menyeru orang ramai supaya menyertai Himpunan Bersih 2.0 yang tidak mempunyai permit. Mereka ditahan mengikut Seksyen 108 Kanun Keseksaan kerana bersubahat untuk mengadakan perhimpunan tidak sah dan Seksyen 27 Akta Polis kerana berhimpun secara haram. | ||||||||||||||
Khutbah kecam Bersih seret masjid dalam politik, kata penganalisis Posted: 01 Jul 2011 11:53 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Langkah menjadikan isu Himpunan Bersih 2.0 sebagai fokus khutbah Jumaat di Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain semalam secara langsung menunjukkan masjid turut diseret ke dalam politik, demikian menurut penganalisis politik Prof A. Aziz Bari. Katanya, beliau juga tidak fikir wajar isu Himpunan Bersih 2.0 diseret ke dalam khutbah kerana ia sebenarnya usaha masyarakat sivil untuk membersihkan sistem pilihan raya daripada penipuan dan selaras dengan tuntutan perlembagaan. "Khutbah Jumaat hari ini (semalam) menghentam Bersih. Ini membawa politik ke dalam masjid. Masjid perlu memperkatakan yang benar dan seimbang, bukan yang berat sebelah dan mungkin, palsu. "Saya tak fikir apa yang disebut oleh Datuk Che Mat Che Ali, Pengarah Jawi wajar. Beliau sepatutnya tidak menunjukkan bahawa Jawi yang sepatutnya di bawah Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam Wilayah, memihak kepada Umno-BN," kata Aziz yang juga pakar perlembagaan. "Kita semua tahu Umno-BN takut perhimpunan Bersih. Saya juga tidak fikir wajar isu Bersih diseret ke dalam khutbah kerana ia adalah usaha masyarakat sivil untuk membersihkan pilihan raya daripada penipuan dan selaras dengan tuntutan perlembagaan," katanya. Selepas dikecam hebat dalam media arus perdana, Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai turut menjadi fokus khutbah Jumaat, termasuk di Wilayah Persekutuan semalam, dengan menyifatkan penganjurnya sebagai gerakan pelampau. Malah, ketika dihubungi The Malaysian Insider, Che Mat mengesahkan perkara itu dan berkata sebanyak 150 masjid termasuk di Putrajaya akan membacakan khutbah bertajuk "Memelihara Nikmat Keamanan". "Ya...ya... kita akan gunakan khutbah khas itu sebab penting satu keamanan yang kita kecapi tidak mudah kita musnahkan," katanya. Teks khutbah itu berkata memelihara keamanan adalah satu perkara yang dituntut dalam semua agama. "Sejarah telah membuktikan Nabi Ibrahim semasa meneroka pembukaan Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci telah mendoakan agar Mekah dikurniakan Allah SWT dengan keamanan dan kemakmuran. Kita juga telah menyaksikan betapa rugi dan malangnya negara-negara yang dilanda kekacauan, persengketaan dan perpecahan," katanya. "Negara-negara berkenaan bukan sahaja ketinggalan dan mundur dalam aspek kemajuan dan pembangunan, malah keselamatan hidup seharian pun sentiasa terancam," kata khutbah khas itu. Keseluruhan teks khutbah yang diperoleh memfokus ke atas Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), yang mendapat sokongan padu Pakatan Rakyat dan lebih 60 pertubuhan bukan kerajaan. Aziz yang juga ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa menambah, khutbah kali ini juga jelas mengajak atau mengelirukan umat Islam, yang "saya fikir tidak sebodoh itu." Justeru kata beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak ke atas Pengarah Jawi yang peranan politiknya telah banyak diperkatakan. "Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak kerana baginda sebagai ketua agama tidak perlu ikut nasihat kerajaan. "Jika tidak, kita bimbang imej baginda akan tercemar kerana apa yang disebut di atas menunjukkan yang pentadbiran agama dikawal oleh orang politik. Ini yang hendak dielakkan oleh perlembagaan," katanya lagi. Sambil berkata "cukuplah mereka gunakan RTM dan media milik mereka" untuk mengecam Himpunan Bersih 2.0, Aziz juga berkata menggunakan masjid akan memalukan umat Islam khususnya apabila majlis perundingan agama bukan Islam juga telah menyokong langkah Bersih. "Tidakkah itu memalukan? Seolah-olah Islam tidak prihatin kepada keadilan dan kebersihan pilihan raya," kata Aziz lagi sambil bertanya "siapa yang membuat huru-hara?" "Semua orang tahu jawapannya. Tapi bukan peserta perhimpunan seperti yang kita lihat di Pulau Pinang (semalam)," katanya lagi. | ||||||||||||||
UKM bicara empat pelajar ditahan April 2010 Isnin ini Posted: 01 Jul 2011 11:52 PM PDT KUALA LUMPUR— Empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ditahan kerana didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor 14 bulan lalu akan berhadapan dengan prosiding mahkamah pusat pengajian tinggi itu, Isnin ini. Keempat-empat penuntut terbabit Muhammad Hilman Idham, 21; Woon King Chai, 22; Muhammad Ismail Aminuddin, 22, dan Azlin Shafina Mohamad Adzha gagal mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang pentadbiran UKM mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap mereka. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Hilman berkata mereka berempat telah menerima surat daripada pentadbiran UKM meminta hadir dalam satu prosiding tatatertib minggu depan. Surat dikeluarkan oleh pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. "Oleh yang demikian kami akan menghadiri prosiding tatatertib itu," kata Hilman. Kata beliau, pihaknya bersedia untuk menghadiri prosiding tatatertib pelajar seperti dikehendaki pentadbiran UKM. "Kami memberi kepercayaan dan harapan yang tinggi supaya prosiding tatatertib di universiti dijalankan secara adil dan telus. "Kami berempat terus menuntut supaya kebebasan akademik dapat terus dipertahankan dalam prosiding yang akan berlangsung, semoga perjuangan ini berakhir dengan kemenangan," katanya. Pada 1 Jun 2010, Hilman, Woon, Muhammad Ismail, dan Azlin Shafina memfailkan saman pemula terhadap kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM mencabar tindakan universiti itu terhadap mereka. Mereka yang merupakan penuntut jurusan sains politik, mendakwa tindakan tatatertib yang dikenakan oleh universiti itu bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti, adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang. | ||||||||||||||
Mat Sabu: Pakatan boleh tapak di tujuh negeri, buat kejutan di Johor Posted: 01 Jul 2011 11:51 PM PDT KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin pengundi muda akan memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13, untuk bertapak di tujuh negeri berbanding tiga tahun lalu. Beliau yang mesra dengan panggilan "Mat Sabu" berkata parti perikatan itu akan mempertahankan Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan menawan semula Perak. Mohamad (gambar) menambah Pakatan Rakyat turut memberi tumpuan untuk menawan Negeri Sembilan, Terengganu dan melakukan satu kejutan di Johor yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dengan memenangi beberapa kerusi. "Orang muda adalah sahabat kami, pengundi muda lebih cenderung untuk melakukan perubahan. Semua kaum menyukai kami sekarang," kata beliau dalam satu temu bual bersama The Malaysian Insider. Penceramah popular itu menegaskan sokongan yang "sangat hebat" diberikan golongan muda dalam program yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan, Terengganu dan Johor. "Kami hanya memerlukan empat kerusi untuk menawan Negeri Sembilan... kami boleh menang sembilan kerusi lagi di Terengganu," kata beliau. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, sebanyak 70 peratus daripada 4.2 juta yang masih belum mendaftar berumur antara 21 hingga 40 tahun dan 450,000 rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun layak untuk mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi setiap tahun. Bilangan pengundi yang didaftarkan telah meningkat dan mencecah sehingga 12 juta pengundi baru ekoran khabar angin pilihan raya umum ke-13 akan diadakan awal tahun depan. Golongan muda adalah kunci kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008. Pakatan Rakyat berjaya menawan lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN dalam Parlimen apabila memenangi 82 kerusi. Mohamad menegaskan kekalahan Pakatan Rakyat dalam beberapa siri pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau — tidak menggambarkan sokongan sebenar pengundi pada pilihan raya umum. "Ketika pilihan raya kecil, kami menentang jentera kerajaan. (Tapi) ketika pilihan raya umum perlawanan tertumpu kepada calon yang bertanding," katanya. Beliau juga berkata kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pemimpin berusia 80 tahun, akan tetap menjadi kubu kuat parti Islam itu. Mohamad mengatakan BN hanya boleh memenangi Selangor dengan melakukan penipuan dalam pilihan raya, ditambah pula dengan sokongan kerajaan untuk menawan semula negeri terkaya itu walau apa jua cara. Beliau juga yakin Pakatan Rakyat akan memecahkan kubu kuat BN di kawasan-kawasan Felda ekoran usaha PAS memperjuangkan hak peneroka yang selama ini disisihkan. | ||||||||||||||
Tidak peduli kempen cemar, Bersih 2.0 teruskan kempen Posted: 01 Jul 2011 04:43 PM PDT PETALING JAYA — Meskipun berhadapan dengan siri amaran dan dakwaan bahawa dipengaruhi oleh fahaman komunis, sekretariat Bersih menegaskan pihaknya akan meneruskan rancangan menganjurkan perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil atas alasan pihaknya tidak mencabar sesiapa. Polis pula menegaskan pihaknya akan memastikan perhimpunan 9 Julai ini tidak menjadi kenyataan manakala kerajaan Barisan Nasional (BN) melarang orang ramai menjauhkan diri daripada pergerakan Bersih atas alasan ia dipengaruhi oleh agenda politik Pakatan Rakyat. "Saya merayu kepada kerajaan agar bertindak rasional. Atasi isu-isu yang diletakkan di atas meja dan berikan kami satu penjelasan ... jangan serang pertubuhan madani. "Mereka fikir mereka mematikan saraf kempen ini. Sebenarnya, ia sudah menjangkaui sekretariat ini. Rakyat adalah saraf," kata Pengarah Eksekutif Empower Maria Chin Abdullah di sini. Premis Empower dan Women's Aid Organisation (WAO) bertindak sebagai sekretariat Bersih, yang diserbu oleh polis dua hari lalu. Tujuh sukarelawan dipanggil untuk soal siasat selain bahan terbitan dan kemeja-T Bersih 2.0 dirampas oleh polis. Gambar Samsiah Fakeh dan CD Abdullah, bekas pemimpin-pemimpin Parti Komunis Malaya yang sudah diharamkan juga dirampas, dan ia digunakan untuk mengaitkan pertubuhan bukan kerajaan itu dengan komunis. Maria berkata dakwaan mengaitkan pihaknya dengan komunis satu tindakan mahu melemahkan pertubuhan tersebut. Kini kesemua bahan berkaitan dengan Bersih 2.0 dianggap sebagai haram. Maria berkata Bersih 2.0 yang dianggotai oleh 62 pertubuhan bukan kerajaan telah menghimpunkan 5,000 orang yang akan bertindak sebagai pekerja keselamatan manakala 100 doktor bertindak sebagai pasukan perubatan dan peguam untuk bertindak jika ada tangkapan. "Jika ada sebarang keganasan, sudah pasti ia tidak akan datang dari Bersih," kata beliau sambil menambah, pihak polis seharusnya bekerjasama dengan mereka untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan aman. Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sudah menutup semua bentuk perbincangan dengan penganjur-penganjur yang mahu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini. Pengarah Eksekutif WAO Ivy Josiah berkata Bersih 2.0 tiada niat untuk mencabar kerajaan dan perhimpunan minggu depan dilihat sebagai satu ancaman. "Kami tidak mencabar sesiapa. Kami hanya mahukan pilihan yang bebas dan adil. Ini bukan satu pertandingan," katanya. | ||||||||||||||
Lo’Lo: Peluang terbaik bagi Putrajaya gugur akta Kg Baru Posted: 01 Jul 2011 04:41 PM PDT KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo'lo' Mohd Ghazali mahu Putrajaya menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010 daripada terus dibawa ke Parlimen selepas ia gagal dibahaskan pada sesi Dewan Rakyat yang berakhir semalam. Rang undang-undang itu sepatutnya dibacakan kali kedua dan ketiga tetapi tidak menjadi kenyataan kerana urusan referendum tidak mendapatkan sambutan sepenuhnya. Sehubungan itu kata beliau (gambar), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu kembali mengadakan perbincangan dan dialog dengan para pemilik tanah Kampung Baru dalam setiap usaha kerajaan membangunkan kawasan eksklusif orang Melayu itu. "Kementerian juga perlu mendapatkan persetujuan semua pemilik dan pewaris tanah dan yang lebih penting mendapatkan persetujuan Lembaga Pentadbiran MAS berkaitan pembangunan Kampung Baru," kata beliau. "Selaku Ahli Parlimen Titiwangsa, saya ingin menyatakan bahawa pemilik dan perwaris tanah Kampung Baru bersyukur dan lega kerana Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010 tidak sempat dibentangkan dalam sesi Parlimen yang baru selesai," katanya lagi. Kata Dr Lo'Lo, Lembaga Pentadbiran MAS yang telah wujud sejak 1900 perlu diberikan keutamaan berbanding Badan-Badan Bukan Kerajaan yang tiada mandat rasmi daripada pemilik dan pewaris tanah Kampug Baru. Katanya, Ahli Parlimen yang diberikan mandat secara sah melalui pilihan raya juga sepatutnya dilibatkan aktif bermula daripada peringkat perangkaan lagi untuk memastikan penyelesaian yang terbaik dan adil, terutamanya kepada pemilik dan perwaris tanah Kampug Baru. "Kementerian juga boleh melakukan apa-apa pembangunan melalui Lembaga Pentadbiran MAS yang sememangnya mempunyai kuasa yang sah dalam mentadbir tanah Kampug Baru. "Jika pembangunan Kampung Baru memerlukan suatu akta Parlimen, maka pihak kementerian perlu ikhlas dan telus untuk mendapatkan persetujuan pemilik tanah sebelum mengemukakan rang undang-undang yang baru," katanya. Kata wakil rakyat PAS itu beliau sangat berharap pihak kementerian dapat merealisasikan slogan yang dilaung-laungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan dengan era "kerajaan sahaja tahu yang terbaik" telah berakhir. | ||||||||||||||
Guru Silat Baik Berjuang Di Palestine Jika Terasa Hebat Sangat Posted: 01 Jul 2011 04:35 PM PDT Oleh: wfauzdin_ns "ADA seorang Guru Silat, terkenal dulu kerana pernah dibuang daerah ke Pulau Jerjak kalau tak silap kerana menunjukkan `gedebe'nya. Bila keluar dari pulau tersebut, menjadi pengampu nombor Wahid kepada Umno. Baru-baru ni, Guru Silat yang OKU ini bercakap bagaikan `Panglima Harimau Berantai' kununnya sanggup bermandi darah sekiranya BERSIH meneruskan perhimpunan. Guru Silat ini dulu pernah menunjukkan `kehebatan'nya apabila beliau di`tanam' hidup-hidup selama beberapa minit. Setahu saya Silat yang sebenarnya bukan untuk dimegah-megahkan tetapi hanya digunakan untuk mempertahankan diri atau membantu orang yang dizalimi. Tetapi, sekarang ini Silat hanya sebagai pertunjukan sahaja lebih dahsyat lagi pertubuhan Silat kini banyak yang telah diperkudakan. Adalah lebih baik Guru Silat ini tidak melibatkan diri dengan pihak yang zalim demi untuk mendapat nama. Untuk apa beliau mahu menunjukkan hebat kepada kumpulan BERSIH yang berniat baik? Jika mahu sangat berjuang, hantar sahaja nama dan kumpulkan anak-anak muridnya itu untuk berpencak silat di Palestine bagi menentang Israel. Di sana, bukalah berapa banyak `bunga atau langkah' sekalipun, mudah-mudahan dapat `mati syahid'. Mengapa sibuk mahu tunjuk hebat kepada rakyat yang mahu membersihkan sistem yang kotor? Sebelum mahu ke medan juang, tentukan dahulu siapa musuh kamu yang sebenar. Jangan ikut rentak puak yang akan memperbodohkan petubuhan kamu itu. Adakah bila Guru Silat ini berkata akan menentang BERSIH, maka rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH ini akan kecut? Jika pihak Polis yang memberikan berbagai amaran pun peserta BERSIH tetap istiqomah untuk berhimpun, apa sangat lah dengan Guru Silat ini. Kita bukan mahu memperlekehkan pertubuhan silat, tetapi kita sedih bila melihat Pendekar-Pendekar yang terlatih ini diperbodohkan oleh puak yang ingin terus berkuasa dan menindas rakyat. Tergamakkah pertubuhan silat ini melanggar sumpah pendekar mereka sendiri? Masih banyak lagi pertubuhan silat yang tidak mahu menonjolkan diri dan mengampu kerana mereka tahu tujuan dan motif pihak yang menentang BERSIH ini. Seandainya Guru Silat ini masih merasakan beliau hebat dan ingin menunjukkan egonya, kita tak mampu berbuat apa-apa. Kita tidak mahu beraduh dengan sesiapa tetapi kita juga tidak mempunyai sebab untuk tidak berhimpun hanya kerana Guru Silat ini./ wfauzdin.blogspot.com" | ||||||||||||||
Bersih: Isytihar darurat akan burukkan imej Najib di mata dunia Posted: 01 Jul 2011 04:33 PM PDT Oleh: Nabihah Hamid KUALA LUMPUR: Sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat pada 9 Julai ini, ia hanya akan memberikan imej yang lebih buruk kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana tidak pernah mana-mana negara di dunia yang mengistiharkan darurat kerana perhimpunan aman, kecuali di negara yang mengamalkan pemerintahan kuku besi atau diktator. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, tindakan itu bukan sahaja memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan Umno-BN, malah imej negara di mata dunia, juga turut tercalar. "Sekatan terhadap perhimpunan menuntut pilihan raya telus ini akan menjadikan negara dipandang setaraf pemerintahan bekas Presiden mesir, Hosni Mubarak dan (Bekas Presiden Tunisia) Zen El Abidien Ben Ali yang secara jelas menentang pilihanraya telus," katanya. Semalam, Najib dalam kenyataannya berkata, kerajaan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengisytiharkan darurat, sekiranya perhimpunan Bersih 2.0 diteruskan. Menurut Rafizi, perhimpunan aman adalah perkara biasa yang dipraktikkan di negara demokrasi dan maju, malah setiap perhimpunan atau perarakan yang dianjurkan negara berkenaan sering mendapat kerjasama polis. Tambahnya lagi, Najib sebagai Perdana Menteri seharusnya bertanggungjawab menjaga keamanan dan bukan memberi jalan dan kuasa kepada polis untuk membenar darurat diisytihar. Kenyataan Rafizi itu disokong Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, bahawa pengiytiharan darurat hanya akan memburukkan imej Najib dan memalukan negara. "Ini adalah sesuatu yang memalukan apabila Najib memberikan kuasa kepada polis sama ada isytihar darurat dan penyekatan perhimpunan menuntut pilihan raya telus akan memburukkan lagi keadaan," kata beliau. Sebaliknya, kata Mahfuz, sekiranya Najib membenarkan perhimpunan aman itu diteruskan, ia akan memberi imej yang lebih baik kepadanya sebagai pemimpin. "Kenapa Najib tidak beri kerjasama dan berfikiran positif dengan kemahuan rakyat. Bukankah rakyat akan melihatnya sebagai seorang yang demokratik," "(Tetapi) dengan tekanan dan kongkongan terhadap rakyat, ia akan menambahkan lagi kebencian mereka terhadap Kerajaan Umno-BN," tegasnya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan