Khamis, 7 Julai 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Polis Dan Tentera Malaysia Buat Latihan Ala Mesir Untuk Hadapi BERSIH?

Posted: 07 Jul 2011 01:00 AM PDT

Latihan kawal demo: 'Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak'

Pihak berkuasa memperhebatkan tekanan ke atas kumpulan yang bercadang menyertai perhimpunan atau demonstrasi dengan mempamerkan layanan yang bakal menanti mereka jika menyertai perhimpunan 'haram' 9 Julai ini.

Antara yang paling menonjol semasa demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur adalah sehelai kain rentang yang memberi amaran kepada orang ramai supaya bersurai jika tidak mahu ditembak.

"Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak" - tertera di kain rentang itu yang turut memuatkan maksud yang sama dalam tulisan Jawi, Cina dan Tamil.

Latihan itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.

Ia bertujuan membuktikan kecekapan polis dan tentera menangani sebarang kemungkinan termasuk mengendalikan perhimpunan haram disiarkan di akhbar arus perdana, termasuk Utusan Malaysia.

Kelmarin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid berkata polis akan bekerjasama dengan tentera untuk menghadapi kemungkinan berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini.

"Kita akan tengok, kalau diperlukan kita akan panggil ATM untuk membantu bagi menjaga ketenteraman awam," katanya.

Bagaimanapun katanya, latihan bersama itu tidak ada kaitan langsung latihan berkenaan sebaliknya diadakan bagi menghargai Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011, yang diterima oleh polis dan tentera.

Selepas ketegangan beberapa minggu sehingga menyaksikan 200 orang termasuk wakil rakyat Pakatan ditangkap kerana menyokong perhimpunan itu, BERSIH akhirnya akur supaya perhimpunan itu dipindahkan ke sebuah stadium.

Keputusan dibuat selepas pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara yang mencemar duli berjumpa dengan pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusi Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin, semalam meskipun kerajaan mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram.

Ulasan GB

Apa yang dilakukan di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kem Sungai Besi untuk "berperang" dengan rakyat kelihatan satu replika dari senario yang berlaku di Mesir.

Jika demikian hal halnya dan jika demikian jadinya, maka tidak pula mustahil Perdana Menteri Malaysia akan menerima nasib sebagaimana yang menimpa Hosni Mubarak.

Semua menyaksikan bahawa polis sendiri yang memulakan peniruan ala Mesir tersebut.

Budak Maut Jatuh Di Tangga Bergerak Jabatan Imigresen Putrajaya

Posted: 06 Jul 2011 11:54 PM PDT

Kuala Lumpur: "Saya hanya sempat menyentuh tangannya sebelum dia terjatuh dari tingkat dua," kata Nathira Begam Abdul Kadir, 34, ibu kepada Muhammad Shevana Zhakir Husin, budak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam akibat terjatuh daripada tangga bergerak sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya sehari sebelum itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, mangsa mengikut ibu dan bapanya, Zhakir Husin Abdullah, 33, ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen untuk urusan memperbaharui visa bapanya sebelum mereka sekeluarga melawat tempat kelahiran bapanya di Thiruvarur, India.

Sebelum kejadian malang itu, mangsa leka bermain bersama adik bongsunya berhampiran tangga bergerak di tingkat dua bangunan berkenaan lalu terjatuh ke tingkat bawah melalui lubang yang terletak antara penghadang dan tangga bergerak itu.

Mangsa yang cedera parah di kepala mulanya dihantar untuk rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan keadaannya yang kritikal, lewat malam kelmarin.

Selepas tidak sedarkan diri selama beberapa jam akibat pendarahan beku di kepala, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Nathira Begam berkata, sebelum kejadian itu, anak bongsunya menangis lalu menghampiri mangsa dan adiknya sebelum tiba-tiba mangsa terjatuh melalui lubang yang tidak diletakkan sebarang penghadang itu.

"Saya tidak sempat menariknya dan hingga kini, kejadian itu masih tidak mampu dilupakan," katanya ketika ditemui di HKL, di sini, semalam.

Zhakir Husin pula berkata, niat mereka sekeluarga pulang ke kampung halamannya di India tidak kesampaian selepas kejadian yang mengorbankan anak kedua daripada tiga beradik itu.

Menurutnya, sudah lapan tahun dia tinggal di negara ini selepas mendapat pekerjaan sebagai pembantu kedai kopi dan bercadang pulang ke kampungnya bagi memberi peluang kepada ibu bapanya melihat cucu mereka.

"Saya cukup kecewa dengan pengurusan Jabatan Imigresen yang tidak menutup lubang yang boleh ditembusi dengan mudah dan akibat kecuaian mereka, kami kehilangan anak kedua," katanya.

Katanya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi semalam dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan.

Rumah MB Kedah Jadi Sasaran, Disimbah Cat Merah

Posted: 06 Jul 2011 10:20 PM PDT

Alor Setar - Rumah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang turut menempatkan pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Sungai Limau di Yan disimbah dengan cat warna merah oleh pihak tidak bertanggung jawab dipercayai dilakukan awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, bahagian luar pagar dan lantai simen pekarangan rumah dikotori cat merah, namun tidak mengenai bahagian dinding rumah ekoran jaraknya yang agak jauh daripada kawasan pagar.

Selain rumah Azizan, beberapa rumah, kereta termasuk pejabat pusat khidmat wakil rakyat pemimpin Pas turut menerima nasib sama, dalam beberapa kejadian dipercayai dilakukan serentak malam semalam atau awal pagi.

Turut dijumpai, nota ugutan supaya tidak hadir pada perhimpunan haram Bersih 2.0 yang dibungkus dengan batu yang turut dilontar di tempat kejadian.

Mengulas kejadian itu, Azizan berkata, pihaknya membuat laporan polis berhubung kejadian itu yang turut berlaku di daerah Pendang dan Kota Setar.

"Itu mungkin mainan budak-budak nakal yang tidak ada kerja atau mereka cuba cetuskan isu kontroversi dengan buat perkara seperti itu. Biarlah pihak polis siasat siapa dalang di sebaliknya kerana laporan polis sudah dibuat oleh pihak-pihak yang menjadi mangsa perbuatan itu," katanya, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Wisma Darul Aman, semalam.

Menurutnya, kejadian sama turut menimpa Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Othman yang mengalami kerosakan kereta akibat disimbah cat merah.

Pemimpin lain, termasuk Setiausaha Pas Kawasan Alor Setar yang juga Pembantu Khas ADUN Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh, Adnan Saad.

Rumah yang disimbah cat merah pula ialah Ketua Penerangan Pas Kuala Kedah, Ridzuan Abu Bakar dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Pas Kuala Kedah, Mohd Radi Said.

Sementara itu, Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa di Taman Anggerik, Peremba turut disimbah cat merah dan dibaling batu.

Azizan berkata, tindakan terbabit disifatkan kurang bijak dan sekiranya ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0, ianya perlu dihentikan dengan segera.

"Saya tak kata ianya ada kaitan dengan Bersih, tapi kami semua tak pula berhutang dengan ah long," katanya berseloroh.

Azizan menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut. -SH

Surat Terbuka TG Nik Aziz Kepada Agong

Posted: 06 Jul 2011 08:20 PM PDT

Menteri Besar Kelantan menulis surat terbuka kepada Yang di- Petuan Agong bagi menyatakan penghargaannya terhadap keprihatinan baginda yang mendengar keluh kesah rakyat dalam menuntut agar pilihan raya diadakan secara bersih dan adil.

Nik Aziz menulis surat tersebut sebagai respon kepada tindakan banginda yang membuka jalan penyelesaian disaat keadaan semakin huru hara disebabkan provokasi keterlaluan kerajaan pemerintah sehingga menggunakan Ordinan Darurat bagi mengekang himpunan aman rakyat, Sabtu ini.

"Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil telah diberi ampuni untuk menghadap Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.

"Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia," kata Nik Aziz dalam surat terbukanya yang disiarkan oleh Harakah Daily hari ini.

Baginda sebelum ini bertitah agar himpunan itu dipertimbangkan semula, walaupun niat asalnya adalah baik. Namun baginda lebih khuatir akan nasib rakyatnya yang berdepan dengan risiko keselamatan.

Justerum baginda bertitah, agar diadakan kerajaan pemerintah mengadakan rundingan seikhlas hati dengan penganjur Bersih 2.0 agar segalanya berjalan dengan lancar dan aman.

Bginda juga menasihati Perdana Menteri, Najib Razak agar memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan mengelakkan rakyat daripada memusuhi kerajaan pemerintah dalam apa sahaja alasan sekalipun.

Titah itu membawa kepada sekretariat Bersih 2.0 mengadap baginda dan memutuskan untuk bertolak ansur dalam hal ini sebelum memutuskan himpunan itu akan diadakan di Stadium Merdeka.

Baginda juga dilaporkan perkenan menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia dilihat kali pertama penganjur satu-satu perhimpunan terbuka mengadakan pertemuan dengan Istana Negara dan membawa kepada jalan penyelesaian.

Nik Aziz dalam surat terbuka itu turur menekankan betapa sebarang pertukaran pucuk kepimpinan tertinggi negara yang tidak melalui sistem pilihan raya yang bersih dan adil akan membawa kepada kemurkaan rakyat marhaen.

Beliau menambah, YDPA juga umpama "ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah."

"Semoga Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah s.w.t. dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata... di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah s.w.t.," kata Nik Aziz. -tvsnews




Kes Sosilawati: Cek RM1 Juta Tapi Tulisan Atas Cek Macam Kanak-kanak

Posted: 06 Jul 2011 07:15 PM PDT

Sosilawati tunjuk cek RM1 juta diterima dari Pathmanabhan

Sahabat karib Sosilawati, Junaidah Ismail, 52, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, cek itu ditunjukkan kepadanya selepas Sosilawati berjumpa dengan Pathmanabhan.

SHAH ALAM: Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya pernah menunjukkan cek bernilai RM1 juta yang diterimanya daripada bekas peguam N. Pathmanabhan di Banting awal Ogos lepas.

Sahabat karib Sosilawati, Junaidah Ismail, 52, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, cek itu ditunjukkan kepadanya selepas sahabat karibnya itu berjumpa dengan Pathmanabhan, yang merupakan antara yang didakwa membunuh Sosilawati dan tiga lagi, di hadapan pejabat bekas peguam itu yang terletak berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada 3 Ogos 2010.

Junaidah yang merupakan saksi ke 13 berkata demikian pada hari ketiga perbicaraan kes Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T.Thilaiyagan, R.Matan dan R.Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.40 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

"Wati (Sosilawati) suruh saya tengok dan berkata "aku dapat payment" dan semasa saya nak pulangkan cek itu semula kepadanya saya nampak cek itu cek tunda," katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani.

"Saya tanya kenapa tarikh September sedangkan ini bulan Ogos tetapi dia (Sosilawati) kata tidak apa, sebab mereka dah bincang sebelum ini. Cek itu adalah atas nama Southern Symphony Sdn Bhd ," katanya.

Junaidah yang mengenali Sosilawati sejak 28 tahun lepas berkata beliau juga mentertawakan tulisan di atas cek tersebut yang dilihat seperti tulisan kanak-kanak sedangkan cek itu bernilai RM1 juta.

'Tulisan macam kanak-kanak'

"Saya tanya kenapa tulisan macam kanak-kanak dan Sosilawati kata 'alah Kak Jun ni'," katanya.

Terdahulu, Junaidah berkata beliau dan Sosilawati semasa dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang menaiki kereta milik jutawan kosmetik itu yang dipandu Kamaruddin bagi meraikan ulang tahun kelahiran Junaidah, mereka telah singgah di pejabat Pathmanabhan.

Semasa mereka sampai di pejabat bekas peguam itu pada kira-kira pukul 5.30 petang 3 Ogos 2010, Pathmanabhan memaklumkan bahawa beliau di dalam perjalanan ke pejabatnya.

"Kami tunggu dia di hadapan pejabat Pathma di dalam kereta. Pathma sampai kira-kira setengah jam kemudian dan Sosilawati turun kereta serta ambil satu barang daripada Pathma sebelum masuk semula ke dalam kereta. Pertemuan mereka sekejap kira-kira lima minit dan ada perbualan antara mereka," katanya.

"Saya nampak Pathma datang dengan kereta sport Mercedes yang saya rasa Brabus. Selepas masuk dalam kereta, Sosilawati serah cek pada saya suruh saya tengok. Selepas itu kami terus ke Pelabuhan Klang untuk sambut 'birthday' saya selepas Maghrib. Perbualan kami selepas itu hanya bersangkut paut dengan bagaimana nak sambut puasa dan Hari Raya," katanya sambil menambah itu adalah kali terakhir beliau menemui Sosilawati.

Menjawab soalan Idham sama ada itu mereka pertemuan pertamanya dengan Pathmanabhan, Junaidah kata "Tidak".

Urusan tanah

"Kali pertama kira-kira tiga tahun lepas semasa Sosilawati pernah ajak saya berjumpa dengan kawan-kawannya Datuk Suhaimi dan Sabri serta peguam mereka bernama Pathma di Hotel Pan Pacific, Sepang. Saya ada di situ tetapi tidak fokus sangat dengan perbualan mereka tetapi mereka bincang tentang urusan tanah di Pulau Pinang," kata Junaidah.

Menyentuh mengenai kekerapan beliau menemani Sosilawati berjumpa dengan Pathmanabhan, Junaidah berkata kira-kira tiga atau empat kali.

"Selepas 3 Ogos 2010, ada terima apa-apa panggilan daripada Sosilawati atau awak hubungi dia?" soal Idham.

"Sosilawati selalu telefon dan pada 29 Ogos 2010 dia ada telefon bertanya khabar serta sembang banyak pasal persiapan Hari Raya. Lepas itu dia tanya saya nak ikut tak pergi Banting besok (30 Ogos 2010) dan saya cakap saya nak rehat di rumah. Dia (Sosilawati) tidak beritahu tujuan dia ke Banting dan itulah juga panggilan terakhir daripadanya," kata Junaidah.

Ketika dicadangkan oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan bahawa hubungan antara Sosilawati dan Kamaruddin bukan hanya setakat majikan dan pemandu tetapi lebih daripada itu, saksi itu menjawab beliau tidak tahu.

Junaidah juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Matan bahawa punca keretakan rumah tangga Sosilawati dengan bekas suaminya, penyanyi yang dikenali sebagai Nash adalah disebabkan jutawan kosmetik itu rapat dengan pemandunya.

"Mereka (Sosilawati dan Nash) tidak sependapat, mereka selalu bergaduh," katanya.

Saksi ke-12 pendakwaan, V. Selvapandian, 46, pemandu van sekolah, dalam keterangannya berkata anak saudaranya yang bernama Suresh ada memberi seutas jam tangan kepadanya pada Ogos 2010 setelah diminta oleh tertuduh keempat.

Bagaimanapun, Selvapandian berkata beliau tidak diberitahu dari mana Suresh mendapat jam tangan itu dan ketika diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff untuk mengenal pasti jam tangan itu, saksi tersebut gagal berbuat demikian.

Jam tangan jenama 'Longines' yang dirujuk Ishak adalah milik Noorhisham dan ia telah dicamkan oleh isterinya, Suzana Radin Pangat pada perbicaraan semalam. - Bernama

BERSIH 2.0: Kita Masih Percaya Kepada UMNO BN?

Posted: 06 Jul 2011 05:20 PM PDT

Himpunan Bersih: Pihak berkuasa kurang ikhlas, kata Ambiga

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menuduh pihak berkuasa memperlihatkan sikap "kurang ikhlas" kerana meminta gabungan itu memohon permit bagi mengadakan perhimpunan di stadium, Sabtu ini.

Ambiga (gambar) berkata halangan terbaru menjelang perhimpunan Sabtu ini bagi menuntut satu sistem pilihan raya yang adil dan bebas tidak konsisten sama sekali dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum bahawa Bersih 2.0 akan disediakan sebuah stadium, malah ia juga kehendak Yang di-Pertuan Agong.

"Mengapa anda minta kami memohon permit sedangkan perdana menteri sudah pun kata OK?

"Kami tidak faham," kata beliau pada majlis Kelab Koresponden Asing di sini.

Petang tadi, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengingatkan Bersih 2.0 agar memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan Sabtu ini sambil menegaskan, kegagalan berbuat demikian bermakna ia akan dianggap sebagai satu perhimpunan tidak sah.

Khalid berkata sehingga kini sekretariat Bersih 2.0 belum memaklumkan ataupun memberitahu pihak polis tentang rancangan perhimpunan mereka meskpin pentadbiran Najib bersedia untuk menyediakan stadium.

"Tiada panggilan daripada mereka, tiada maklumat," kata beliau.

Semalam, sekretariat Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan di jalanan sebaliknya sanggup menerima tawaran agar ia diadakan di stadium.

Apabila ditanya bahawa Bersih 2.0 sudah pun mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, Khalid berkata:

"... (Pengerusi Bersih 2.0) Datuk Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam. Beliau harus tahu undang-undang."

Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa urusan memproses permohonan permit akan dipercepatkan dengan mengambil kira keadaan semasa. -TMI

Ulasan GB

Anda hendak percaya lagi dengan cakap atau keikhlasan pemimpin dan orang UMNO?

Anda boleh jadi gila dibuatnya jika mengambil sikap demikian.

Sekarang mereka kata OK, 5 minit lagi mereka boleh "revoke" sesuka hati.

Mereka di dalam PR terutama PAS sudah banyak kali berpengalaman dengan kumpulan mereka dan "agen-agen" mereka ini. 10 hari lepas mereka luluskan permit ceramah kami, di saat akhir mereka batalkan permit itu.

Begitulah dengan lokasi.

Itulah sebabnya mengapa GB dari awal telah mengusulkan dan mencadangkan mengapa Himpunan Bersih di buat di Stadium Shah Alam. Walaupun Stadium Merdeka itu bagus, memudahkan orangramai, gempaq dll, namun kita kena lihat dari sudut politik juga, kena tinjau dari "worst case scenario" dan kena ikut disiplin di dalam Management Science iaitu "What-If Analysis" di dalam decision-making.

Jangan ikut kehendak hati dan nafsu semata-mata tanpa menggunakan disiplin ilmu. Itu sia-sia malah merbahaya. Anda gagal jika berjuang dengan kehendak nafsu tetapi tidak berilmu. Saya yakin dan percaya jwatankuasa penganjur BERSIH tidak merujuk kepada "What-If Analysis" secara komprehensif sebelum membuat keputusan pentingnya.

Jika cadangan GB diterima dahulu, sudah selesai bab lokasi. Sudah boleh fikir bab lain. Kini masih tergantung-gantung dipermainkan oleh pihak berkuasa.

GB sudah katakan dahulu di sini. Petikan:


GB dasarkan pilihan tersebut kepada beberapa faktor.

Stadium Shah Alam merupakan satu-satunya stadium yang terbesar yang dimiliki oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Stadium ini sering digunakan untuk penganjuran sukan bertaraf dunia, boleh memuatkan 100,000 orang dan hampir 8,000 tempat parkir kenderaan.

Mungkin ada yang mencadangkan Stadium Bukit Jalil (atau stadium-stadium lain yang kerajaan pusat ada hak di dalam pembuat-keputusan)

Namun bagi GB, dari sudut kawal-selia, kedudukan geografi dan karenah birokrasi, maka Stadium Shah Alam adalah pilihan yang lebih tepat.

Kita akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari kerajaan negeri Selangor seperti kenyataan Menteri Besar di atas berbanding dengan penggunaan stadium-stadium lain.

Dan yang paling utama kita tidak mahu provokasi - tak kira siapa dalangnya. Jika di Bukit Jalil (Stadium Merdeka dan seumpamnya - tamb) masih terdedah dengan provokasi banyak pihak kerana sesiapa pun boleh diundang untuk masuk ke situ dan menimbulkan huru-hara.

Selain dari itu kita dapat membantu memajukan peniaga-peniaga di sebuah negeri Pakatan Rakyat yang mana kita telah awal-awal ditolak oleh peniaga-peniaga di WP.

Jadi, sekurang-kurangnya peniaga-peniaga kecil dapat menumpang mencari rezekinya di hari berhimpunnya peserta-peserta BERSIH yang MAJORITInya saya yakin ahli kepada parti komponen Pakatan Rakyat.


Begitu juga dengan janji Najib. Kita bukan tidak kenal siapa beliau. Beliau ada sepupunya sebagai menteri KDN yang boleh mengubah semuanya menjadi terbalik (dan itu yang dilakukan sekarang).

Mereka tidak menghormati apa-apa keputusan yang dibuat dengan kita. Seperti seorang blogger menyatakan kita akan terus dianjingkan UMNO yang kalau kita menang atau kalah mereka akan tetap menjelirkan lidahnya.

Kini BERSIH hendakkan juga Stadium Merdeka, tak mahu dengan cadangan pihak lain. Dah kesuntukan masa katanya. Yang mampu ialah menyerang ketidak-ikhlasan UMNO BN, dan memang pun mereka (UMNO BN) tidak pernah ikhlas pun.

Kita nak masuk stadium, ia akan ditutup, nak berkumpul luar stadium, kita dikepung dan dihalau oleh FRU, berterabur semua jadinya malah memberikan mereka "political mileage" yang tak perlu apabila dengan media massa mereka, senario diburukkan sedasyat mungkin seperti senario pra-himpunan yang mereka dah samakan BERSIH dengan kominis.

Kita sedia faham tentang kedudukan BERSIH bahawa mereka cuba hendak melepaskan tanggapan orangramai daripada dikatakan didokong oleh parti pembangkang - Pakatan Rakyat - tetapi di dalam konteks dan suasana hari ini siapa yang menyokong dan meberikan kerjasama sepenuhnya kepada BERSIH? Adakah mana-mana pihak daripada UMNO yang sudi berbuat demikian sedangkan PR sudah sentiasa sedia - bukan sekelompok - malah 99% PR.

Jadi, BERSIH perlu realistik, perlu lebih pantas di dalam bertindak.

Untuk berjaya BERSIH perlu bukan sahaja perlu "efficent", malah "effective" juga.

Tak guna jika cekap sahaja, tetapi tidak berkesan, seperti mengharap Stadium Merdeka. Anda memang effisyien memilih dewan untuk matlamat menyenangkan orang ramai menghadirinya tetapi tidak efektif kerana stadium itu bukan di dalam kekuasaan kita.

Kita juga bukan sekadar perlu pandai bercakap, tetapi kena pantas dan tepat di dalam menganalisa dan membuat keputusan.

Tentang polis menghalang dan sebagainya itu sepatutnya dikendalikan sebagai isu berasingan yang perlukan "Decision Analysis" yang berasingan pula.

Kita perlu melatihkan mental dan diri untuk "multi-tasking" untuk kecemerlangan.

Isu Wardina: Blogger Murahan DiKecam

Posted: 06 Jul 2011 03:00 PM PDT

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengecam bloger yang menfitnah Wardina Safiyyah semata-mata di atas kehadirannya dalam satu program anjuran beliau.

Nik Nazmi berkata Wardina menjadi sasaran fitnah hanya kerana menerima undangan beliau untuk hadir di program kemasyarakatan Karnival Mesra Rakyat.

"Kepada blogger-blogger yang menimbulkan fitnah dan tohmahan, hentikanlah menyerang Wardina semata-mata kerana prejudis politik mereka," kata Nik Nadzmi.

Nik Nazmi menjelaskan, beliau tidak berniat untuk meraih "spekulasi pihak tertentu yang tidak menghormati aktiviti kerajaan bukan BN" dengan menjemput pelakon dan model terkenal itu ke program Karnival Mesra Rakyat itu.

"Kepada blogger-blogger yang menimbulkan fitnah dan tohmahan, hentikanlah menyerang Wardina semata-mata kerana prejudis politik mereka.

"Mari kita bertempur di gelanggang politik, sebagai orang politik tanpa perlu mengheret pihak-pihak lain.

"Kewibawaan Wardina sebagai ikon muslimah jauh berbanding blogger-blogger murahan tersebut yang mengambil pendekatan aib, fitnah dan tohmah," kata Nik Nazmi lagi.

Isu berhubung kehadiran Wardina di program anjuran PKR pada 26 Jun lalu itu menjadi muatan utama laman web pro-Umno.

Laman web berkenaan antara lain turut membangkitkan mengenai keberanian Wardina dalam memperlihatkan sokongan terhadap PKR sedangkan beliau didakwa telah "dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3."

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata keputusan mana-mana artis untuk hadir dalam apa jua program perlu dihormati tanpa mengira siapakah penganjur program berkenaan.

"Saya begitu sedih bagaimana program masyarakat sebegini boleh serta penglibatan seorang ikon bukan politik boleh disalahtafsirkan dalam suasana politik dangkal negara hari ini.

"Hairannya ikon atau artis yang menghadiri program anjuran kerajaan persekutuan mahupun BN secara langsung tidak dilayan seperti Wardina," katanya lagi.

Katanya lagi, beliau menjemput Wardina secara peribadi untuk hadir ke program berkenaan bagi menyampaikan ceramah motivasi berhubung isu keibubapaan.

"Wardina merupakan sahabat saya dan saya menganggapnya sebagai ikon muslimah muda yang mampu menarik masyarakat pelbagai kaum," kata Nik Nazmi lagi dalam satu kenyataan hari ini. -tvsnews



Logo BERSIH Pada Topi Kominis - Pengkhianatan & Fitnah Melampau Gertak

Posted: 06 Jul 2011 08:20 AM PDT

Kuala Terengganu, 6 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) memandang serius kain rentang dan kad jemputan program 'Ganyang Komunis' yang diedar oleh Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) yang memaparkan logo Bersih pada topi 'Komunis'.

Setiausaha DPPNT, Muhammad Zaidan Abdullah berkata, kain rentang tersebut dapat dilihat di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu dan Kad Jemputan tersebut turut disebarkan melalui laman sosial Facebook.

Beliau menambah, ia secara langsung telah mengaitkan Bersih 2.0 dengan komunis dan menggambarkan perjuangan Bersih 2.0 adalah sama dengan perjuangan komunis.

"Maka dengan itu, DPPNT memandang bahawa ini merupakan satu cubaan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu sebenar yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Katanya, lapan tuntutan itu ialah penghapusan undi pos, pembersihan daftar pemilih, akses yang adil terhadap media, penggunaan dakwat kekal, masa berkempen minima 21 hari, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Menurutnya, amat menyedihkan dan merupakan suatu perkara yang tidak boleh diterima akal yang waras apabila ada pihak iaitu Gertak yang mengambil kesempatan mengaitkan Bersih 2.0 dengan ideologi perjuangan komunis.

Sehubungan dengan itu, tegasnya DPPNT menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap Gertak yang jelas cuba melakukan provokasi secara melampau dan biadab.

Katanya, rakyat tidak pernah lupa bahawa pihak yang sama juga pernah menganjurkan program MELAYU BANGKIT pada 13 Mei tahun lalu.

"DPPNT ingin menegaskan di sini bahawa Gertak merupakan sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar yang dibayangi di oleh Umno Terengganu.

"Pengerusi Gertak, Razali Idris merupakan Naib Ketua Umno Bahagian Marang. Tindakan Umno merestui program ini menyerlahkan sikap Umno terhadap keharmonian rakyat," katanya.

Ini, ujarnya jelas berbeza dengan Bersih 2.0, merupakan Gabungan NGO berdaftar yang bergabung bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

Apatah lagi, katanya Bersih 2.0 sudah mendapat perkenan daripada DYMM Tuanku Sultan untuk mengadakan himpunan secara aman di stadium.

Justeru, tambahnya mana-mana tindakan yang berbentuk kekerasan dan provokasi seperti program Gertak, rampasan baju, penahanan penyokong Bersih 2.0, sekatan-sekatan jalanraya yang tidak munasabah dan seumpamanya hendaklah dihentikan.

"Kami turut menggesa pihak berkuasa agar membebaskan penyokong-penyokong Bersih 2.0 dan mengembalikan semula baju-baju dan bahan-bahan Bersih 2.0 yang dirampas.

"Sekiranya gesaan ini gagal dan tidak diendahkan, maka boleh dianggap sebagai derhaka kepada DYMM Tuanku Agong yang merupakan Ketua Negara," katanya lagi.

Beliau menambah, isu Bersih 2.0 mengancam keselamatan awam langsung tidak timbul kerana Bersih 2.0 bukanlah satu gerakan bersenjata yang ingin menjatuhkan kerajaan tetapi merupakan badan yang bertindak menuntut suatu pilihanraya yang bersih dan adil.

Justeru, katanya DPPNT percaya isu penemuan senjata bersama-sama T-shirt Bersih adalah satu provokasi terancang oleh pihak-pihak tertentu. -HD

Adukan Saja Perlakuan Polis, Menteri KDN & Perkasa Kepada Agong!

Posted: 06 Jul 2011 06:20 AM PDT

Hisham: Tangkapan pencegahan diteruskan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, penguatkuasaan, termasuk tangkapan pencegahan ke atas aktivitis yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini akan berjalan seperti biasa.

"Saya percaya begitu. Ia masih haram dan masih jatuh (tertakluk) bawah undang-undang negara. Kita konsisten," katanya ketika ditanya sama ada tangkapan akan diteruskan jika perlu.

Bercakap pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini, Hishammuddin juga berkata larangan memakai baju kuning BERSIH 2.0 juga masih berkuatkuasa dan mereka yang memakai ataupun memilikinya akan ditangkap dan didakwa.

Katanya, perkara itu selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bahawa kerajaan peduli pada keadaan keselamatan kerana demonstrasi jalanan merupakan perkara serius.

"Undang-undang tetap di situ (seperti biasa)," katanya.

Sejak seminggu lalu, kerajaan memperhebatkan tekanan ke atas penganjur BERSIH 2.0 dengan tidak kurang 200 orang termasuk beberapa ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat yang ditangkap.

Ini termasuk mereka yang memakai dan menjual barangan BERSIH 2.0 seperti baju dan lilit kepala serta penganjur ceramah yang memujuk orang ramai menyertai perhimpunan itu.

Pada kemuncak ketegangan, bukan sahaja perhimpunan itu dilabelkan haram tetapi BERSIH yang mewakili 62 NGO juga diisytiharkan oleh Hishamuddin sebagai haram.

Bagaimapun campur tangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ahad lalu, yang bertitah demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik, berjaya mengendurkan keadaan untuk seketika.

Selain ingatan itu, Seri Paduka juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Baginda tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan titah itu, Ambiga memohon pertemuan untuk mengadap Tuanku Mizan.dan semalam diperkenankan baginda.

Setelah mengadap Seri Paduka, Ambiga mengumumkan BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Mengalu-alukan keputusan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedia bertemu dengan BERSIH 2.0 untuk membincangkan secara terperinci berhubung perhimpunan itu.

Bagaimanapun bercakap pada sidang media di di Putrajaya hari ini, Hishammuddin berkata kementeriannya tidak dapat mengesahkan sama ada BERSIH 2.0 akan diberikan permit untuk perhimpunan di stadium Sabtu ini.

Sebaliknya, ulangi beliau, penguatkuasaan, termasuk tangkapan pencegahan akan berjalan seperti biasa.


Pakatan tetap sokong Bersih walaupun Menteri kata haram


Hishammuddin bersikap keterlaluan apabila mengenepikan semangat rundingan yang dibuat bersama Yang Dipertuan Agong, kata Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengulangi pendirian menyokong sepenuhnya bperhimpunan Bersih pada 9 Julai ini di Stadium Merdeka walaupun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyifatkan himpunan itu sebagai haram.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Hishammuddin bersikap keterlaluan apabila mengenepikan semangat rundingan yang dibuat bersama Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan memberi pelbagai alasan agar perhimpunan tidak diadakan di stadium.

Anwar turut membuat gesaan ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengambil semangat rundingan bersama Agong supaya tidak mengeruh keadaan lagi.

"Kami Pakatan Rakyat sokong sepenuhnya perhimpunan Bersih di Stadium Merdeka dan kerah 300,000 rakyat untuk berhimpun.

Setelah dengar nasihat Agong masih ada gerombolan KDN (Kementerian Dalam Negeri) yang cuba sabotaj persefahaman yang tercapai.

"Kami kesal dengan kenyataan dan sikap keterlaluan Menteri KDN yang menyimpang dari semangat rundingan dan seolah-olah tidak mempedulikan rundingan dengan Seri Paduka dan mahu semangat itu diketepikan begitu saja.

"Saya turut menggesa PDRM ambil kira semangat ini dan jangan keruhkan keadaan dengan buat tangkapan ke atas ahli Pakatan. Ahli PAS-DAP-PKR ditangkap kerana pakai baju kuning.

"Hari ini saya pakai kuning…..tapi masih belum kena tangkap," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu negara hari ini.

Perhimpunan dapat perkenan Agong

Ketika ditanya pemberita mengenai permit, Anwar berkata pihak perkara itu sudah mendapat perkenan Agong dan pihak polis juga sedia maklum mengenai perhimpunan tersebut.

Menyentuh mengenai insiden terbaru apabila pihak polis menemui beberapa bilah parang dan bom petrol semalam, Anwar berkata Pakatan sentiasa menerima tempias tersebut.

"Kami sudah biasa dengan taktik ini. Tiap kali tuntutan……keris, pisau dikeluarkan. Warna cukup teratur dan warna sama sahaja. Lihat sahaja insiden 1974 dan 1998 ada ejen provokator. Ada yang bakar tayar…..lepas tu salahkan Pakatan," katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perhimpunan bukan perkara baru di negara ini, namun Bersih menampakkan kelainan.

"Pegawai tinggi PDRM kata ada pertumpuhan darah dan tidak benar perhimpunan yang mencemarkan negara. Tapi lihat seperti di Pulau Pinang ada kumpulan bawa itik, pukul wartawan. Tapi masih tiada kenyataan daripada pegawai tertinggi polis dan KDN," katanya.

Mat Sabu yang merupakan Timbalan Pengerusi Bersih menjelaskan perhimpunan hanya akan diadakan di Stadium tanpa sebarang gerakan jalanan seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Bagi Penasihat DAP Lim Kit Siang, beliau berharap selepas pertemuan dengan PDRM semalam pihak berkuasa terbabit dapat menjalankan tugas dengan baik.

"Harap PDRM dapat menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan dengan baik. Polis sepatutnya menghormati semangat rundingan Agong dan menjaga keamanan perhimpunan pada Sabtu ini," katanya. -FMT


Ulasan GB

BERSIH dan PR semacam mudah sangat dipermain-mainkan sahaja oleh Kerajaan BN bersama pihak polis.

Sepatutnya tadi, memorandum bantahan telah dibuat kepada Yang Dipertuan Agong terhadap sikap polis, menteri KDN dan Perkasa yang ternyata tidak menghormati titah Yang Dipertuan Agong.

Bukankah sudah terang lagi bersuluh tindakan-tindakan dan kenyataan-kenyataan polis berserta menteri KDN dan Perkasa sedang menyemarakkan lagi ketegangan yang telah dikendurkan oleh Yang Dipertuan Agong?

Agong kita tahu undang-undang. Agong kita tahu apa yang perlu dilakukan. Sepertimana Agong pernah menolak kehendak Perdana Menteri 9waktu itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) untuk melantik Shahidan Kassim dan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar di negeri masing-masing.

Bak kata TG Nik Aziz di dalam warkahnya kepada Agong: YDPA juga umpama "ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah."

Dan PAS perlu panggil satu Munajat Perdana, supaya kita mengadu terus kepada Ilahi.

Di dalam keadaan seperti ini pemimpin Bersih dan PR perlu betindak pantas. Procrastination will lead to failure every time.

Teringat lirik M.Nasir – Mantera Beradu, "Kucing bawa tidur rimau bawa igau, masuk tempat orang bawa otak bukan pisau."

Akhirnya Kerajaan Akui Kemahiran Penggodam Akan Digunakai

Posted: 06 Jul 2011 05:00 AM PDT

Kemahiran Penggodam Siber Akan Diguna Pakai - Fadillah

PUTRAJAYA: Kerajaan mahu mendekati penggodam siber bagi lebih memahami dan memanfaatkan kemahiran dan bakat mereka, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.

Ini termasuk menghadiri persidangan tahunan pihak tersebut, katanya.

Beliau berkata terdapat juga perkara positif di kalangan penggodam.

"Untuk tujuan ini, CyberSecurity, Majlis Keselamatan Negara, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mesti bersama mereka agar kita dapat mengetahui rangkaian penggodam yang lebih luas.

"Akhirnya kita boleh memahami siapa penggodam yang baik dan jahat. Kita juga boleh mempelajari bagaimana untuk mempertahankan diri kita (dari serangan penggodam)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai jenayah siber di sini, Selasa.

Seminar tiga hari tersebut anjuran Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia yang julung kali diadakan memperkatakan tentang aspek perundangan dan teknikal jenayah siber.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lefenan Kolonel (B) Datuk Husin Jazri berkata terdapat pengajaran daripada kejadian serangan penggodam terhadap beberapa laman web baru-baru ini.

Beliau berkata sehubungan itu langkah perlu diambil untuk mendekati generasi muda yang memiliki bakat dan kemahiran siber. "Kadang-kala golongan muda ini tidak gembira dengan sesetengah isu atau tindakan lalu memilih untuk menggodam, jadi kita perlu mendekati mereka agar mereka dapat menyalurkan ketidakpuasan hati mereka dengan cara yang positif," kata Husin.-BERNAMA

Ulasan GB

Tahniah dan syabas kerana akhirnya kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengakui bahawa tidak semua penggodam adalah jahat dan buruk.

Tidak seperti Menteri Penerangan Komunikasi dan Multimedia yang menunjukkan lagak bodoh mengugut dan mengancam secara borong kesemua penggodam yang telah menyerang lamanweb kerajaan Malaysia sebelum ini.

GB telah mengulas sebelum ini. Petikan:


Di luarnegara, misalnya di Singapura, diwujudkan pertandingan dan dijemput semua para hackers untuk cuba menceroboh lamanweb-lamanweb kritikal negara tersebut, dan mereka yang berjaya akan diberikan imbuhan/hadiah berupa wang tunai.

Ia dilakukan oleh Singapura bertujuan untuk mempastikan sistem keselamatan mereka benar-benar utuh dan kukuh serta tidak mudah untuk dicerobohi.

Malah beberapa institusi pendidikan di Singapura menawarkan "biasiswa" bagi pelajar-pelajar yang mengikuti program "EC-Council" bagi mewujudkan penggodam yang beretika.

Di dalam disiplin ilmu komputer di bidang pemprogramman web dan kejuruteraan perisian, sebelum sesebuah lamanweb dilancarkan perlu dilakukan "pilot testing" dimana semua pihak dipanggil untuk menggodam. Apabila ia benar-benar telah diyakini "kebal" barulah dilancarkan.

Di Malaysia tidak berlaku begitu. Penggodam dijadikan musuh. Wang habis berjuta dengan outsourcing, hanya gempaq di hari pelancaran kemudian didapati rapuh dan sistem berlubang di sana sini.

Lamanweb 1Malaysia kepunyaan TPM, Muhyiddin Mohd Yassin hanya bertahan seminggu selepas itu hilang ghaib di persada maya.

Ini semua berkait rapat dengan "sikap" dan "mentaliti" menteri, pemimpin dan pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan, boleh melihat penggodam sebagai musuh atau pembantu. Tetapi kerana di Malaysia ini ramai di kalangan mereka adalah terdiri dari yang kurang membaca, buta IT dan tak tahu ABC komputer, maka di takuk itulah pemikiran dan tindakan mereka. Yang rugi ialah negara.


Kompleks Seri Perdana - Lokasi Perhimpunan Paling Selamat

Posted: 06 Jul 2011 03:20 AM PDT

Himpunan Bersih 2.0 sepatutnya di rumah Najib

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Perhimpunan Bersih 2.0 sepatutnya dibuat di kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bukan di stadium, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Oleh kerana (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) takut sangat rakyat berarak secara aman di jalan raya kononnya banyak orang akan tumpang semangkuk untuk membuat kacau, kita berharap beliau dapat menawarkan Kompleks Seri Perdana yang menjadi kediaman rasminya untuk menjamin keadaan yang benar-benar aman dan tenteram.

"Najib cadang buat perhimpunan itu di stadium kerana beliau takut jika berarak ke istana di jalan raya, orang yang suka kepada rusuhan dan kekacauan akan tumpang sekaki dan akan berlaku keadaan yang kita hendak elakkan, tetapi buat di stadium pun gerombolan yang mengugut akan berlaku bakar kereta dan baling batu serta menyuruh orang Cina menyimpan beras boleh tumpang sekaki.

"Mereka memang tergila-gilakan rusuhan dan kekacauan," katanya.

Tetapi, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, jika perhimpunan memperjuangkan pilihan raya adil dan bersih itu dibuat di kediaman rasmi Perdana Menteri, tak mungkin gerombolan itu akan membuat kacau kerana mereka tentu tidak mahu membuat kacau di kediaman rasmi ketua mereka sendiri.

"Sebab itulah, jika Perdana Menteri benar-benar bersungguh-sungguh hendak menjaga keamanan dan ketenteraman, Seri Perdana yang merupakan kediaman rasmi beliau adalah tempat yang paling selamat untuk beliau tawarkan sebagai medan perhimpunan Bersih.

"Jika dibuat di kediaman Najib, gerombolan yang terjerit-jerit hendak membaling batu dan membakar kereta bukan sahaja tidak akan membuat kacau, malah mereka akan pastikan pula keamanan dan ketenteraman di kediaman rasmi ketua mereka sendiri tidak diganggu gugat,"
katanya.

Mahfuz berharap Najib akan menawarkan Kompleks Seri Perdana sebagai tempat perhimpunan Bersih jika beliau benar-benar serius tak mahu mengundang risiko yang amat berbahaya kepada negara seperti yang dinyatakannya. -HD

TERKINI: Pihak Stadium Merdeka Tolak Tempahan BERSIH

Posted: 06 Jul 2011 02:00 AM PDT

Pihak pengurusan Stadium Merdeka telah menolak lokasi itu dijadikan tempat himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan di Facebook BERSIH 2.0, pegawai tempahan memberikan beberapa 'alasan' untuk menolak tempahan itu.

"Antara alasan yang tidak jelas yang dibekalkan oleh pegawai itu adalah 'majlis pengurusan sukan dalaman' dan 'kerja-kerja ubahsuai'.

"(Ini) di sebalik kenyataan ada rancangan bagi mengadakan 'Konsert Raksaksa 2' pada 9 Julai di Stadium Merdeka," petik kenyataan itu.

Konsert Raksaksa 2, memaparkan legenda tempatan seperti Sweet Charity dan Blues Gang, bagaimanapun telah ditunda sehingga 1 Oktober kerana faktor keselamatan.

Ulasan GB

Sepatutnya pihak penganjur BERSIH pastikan dahulu tempahan baru umumkan lokasi.

Ini yang tak betul di dalam pengurusan penganjuran.

GB dah cadangkan di Stadium Shah Alam sebelum ini. MB Selangor pun dah pelawa.

Sekarang Ambiga kena buat keputusan cepat. Masa sudah suntuk.

Esok yang jauh ada yang dah kena bertolak ke Kuala Lumpur.

Berhimpun Berbaju Kuning Di Stadium Merdeka

Posted: 06 Jul 2011 01:00 AM PDT

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini mulai jam 2 hingga 4 petang.

"BERSIH 2.0 bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana jua pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar," katanya pada sidang media di ibu negara pagi ini.

Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini.

Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif.

Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.

Bekas presiden Majlis Peguam itu juga berkata pihaknya telah mempersembahkan kenyataan dan pendirian mereka dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Tuan Mizan Zainal Abidin semalam.

Kenyataan dan pendirian tersebut adalah :

* BERSIH 2.0 menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan rapat umum di stadium. BERSIH 2.0 berharap polis memberi kerjasama untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Wakil BERSIH 2.0 tidak melebihi 10 orang akan menyerahkan satu memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

* Kerajaan mesti menunjukkan 'niat baik' (good faith) dengan membebaskan semua yang telah ditahan termasuk individu-individu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dan memberhentikan tekanan, gangguan serta halangan kepada penyokong BERSIH 2.0

* Menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk pembaikan sistem dan proses pilihan raya.


Dalam kenyataan yang dibacanya, Ambiga turut mengulas mengenai tuntutan pihaknya berhubung penubuhan suruhanjaya diraja bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.tersebut.

Katanya suruhanjaya itu ditubuhkan untuk mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihan raya yang sedia ada.

"Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai mereka yang berkaliber dan mewakili semua pihak yang berkepentingan," katanya.

Selain lapan tuntutan utama BERSIH, Ambiga yang juga seorang peguam mendesak agar keenam-enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) mesti dibebaskan serta-merta atau di hadapkan ke mahkamah.

"Pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan BERSIH 2.0 (perlu) ditarik balik atau digugurkan," katanya sambil menuntut mereka yang masih ditahan, hendaklah dibebaskan tanpa syarat.

Ambiga juga berharap semua gangguan, ugutan, tuduhan dan fitnah terhadap penyokong BERSIH 2.0 dihentikan.

"Ini bermakna rakyat dibenarkan memakai baju kuning.

"Usaha-usaha menjayakan perhimpunan BERSIH 2.0 di stadium tidak dihalang,"
katanya.

Sehubungan itu, pihaknya sedang berusaha untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara ini.

Mengulas lanjut, Ambiga berkata pihaknya telah menghantar surat untuk berjumpa Najib dan berharap dapat bertemu "secepat mungkin".

"Kami berharap (dapat bertemu beliau) hari ini," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan memohon permit polis bagi mengadakan perhimpunan tersebut, Ambiga berkata:

"Mengenai (perhimpunan) di Stadium Merdeka, kami akan cuba untuk mendapatkannya. Kami belum memperolehinya lagi.

Ditanya sama ada pihaknya permit, Ambiga berpendapat apabila kerajaan berkata perhimpunan itu boleh diadakan di Stadium, maka apakah perlu lagi permit.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis khususnya berkaitan dengan perjalanan trafik pada hari perhimpunan tersebut.

Berikutan itu, Ambiga menegaskan pihaknya menyediakan kira-kira 5,000 pengawal untuk menjaga keselamatan pada perhimpunan tersebut.

Bahkan, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam pada hari tersebut.

"Saya percaya, sekiranya mereka (polis) bekerjasama dengan kami, kita akan merasai keseronokan perhimpuanan aman ini," katanya.

Katanya, beliau menjangka ramai penyokong BERSIH akan menghadiri perhimpunan di stadium berkenaan yang menurutnya, boleh menampung kira-kira 50,000 orang.

Beliau juga menjemput semua pihak khususnya Pemuda Umno untuk menyertai perhimpunan tersebut, ekoran kesediaan pergerakan itu berbincang berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya.

Ambiga juga turut mengalu-alukan penyertaaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sekiranya mereka menyokong tuntutan gabungan itu.

Ditanya bagaimana pihaknya akan menyerahkan memorandum tersebut, Ambiga berkata beliau bersama jawatankuasa Pemandu BERSIH, yang menurutnya tidak melebihi 10 orang, akan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut. -mk


Bersih 2.0: Pemuda pastikan 30,000 setiap negeri

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Dewan pemuda PAS Pusat mengulangi komitmen mereka untuk menghantar 30,000 ahlinya dari setiap negeri ke himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual diadakan di Stadium Merdeka pada Sabtu ini.

"Kami akan pastikan jumlah asal 30 ribu pemuda dari setiap negeri akan dicapai.

"Kita harap jangan luntur semangat dan batal hasrat menyertai himpunan tersebut walaupun telah ditukar ke stadium," kata ketuanya, Nasruddin Hassan kepada Harakahdaily hari ini.

Selain hak yang diperuntukkan perlembagaan, perhimpunan itu juga sebagai menghormati titah Yangd i-Pertuan Agong yang memperkenan himpunan itu diadakan di stadium.

Pihak istana juga ujarnya, akan menghantar wakil mereka untuk menerima memorandum di stadium itu nanti.

Sehubungan itu, beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Bersih 2.0 menggunakan Stadium Merdeka sebagai menunaikan janjinya sebelum ini yang membenarkan himpunan tersebut diadakan di stadium.

"Kini giliran kerajaan menunjukkan keikhlasan terhadap janjinya.

"Saya minta pemuda yang akan datang ke sini, memakai baju bersih dan jangan takut, Agong pun terima Bersih 2.0 mengadap, bermakna Bersih bukan pertubuhan haram seperti didakwa BN.

"Saya harap pihak polis tidak melakukan sekatan atau halangan yang menyukarkan anggota kami berhimpun di Stadium kelak,"katanya lagi.

Beliau merujuk anggota jawatankuasa Bersih yang terdiri daripada pengerusinya Datuk S Ambiga , Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin yang mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang semalam.

Dengan perkembangan terbaru itu juga, Nasruddin mendesak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dan polis membebaskan semua tahanan yang dikatikan sebagai menyokong Bersih yang ditangkap sebelum ini.

Kerajaan juga ujarnya mesti menarik balik kenyataan dan tindakan mereka mengharamkan pemakaian baju Bersih 2.0

Selain itu beliau juga mendesak semua pertuduhan yang dikenakan kepada mereka yang ditangkap ditarik balik. -HD


Tiada ulasan: