Khamis, 7 Julai 2011

.

.


Ulasan Isu Bersih

Posted: 06 Jul 2011 05:46 AM PDT

Himpunan Bersih - Masih Bertarik Tali

Himpunan Bersih lusa - 9 Julai masih lagi bertarik tali. Para aparat kerajaan sedang melakukan apa juga tindakan untuk mengagalkan hinpunan berkenaan, meskipun secara keparat. Saat demi saat kerajaan UBN sudah dapat merasakan himpunan berkenaan membahaykan mereka dicengkam kekhwatiran. Sekiranya himpunan itu berjaya mengumpul lebih 300,000 ia merupakan satu pukulan maut untuk UBN abad ini.

Lautan rakyat yang mengenakan warna kuning bakal berhimpun nanti akan menjadi tidak ubah seperti banjir besar seperti di zaman Nabi Nuh yang sedikit demi sedikit akan menegelamkan UBN. Sudah pasti himpunan mencecah ratusan ribut ia akan menjadi seperti air besar yang keluar dari bukit yang pecah atau empangan yang roboh.

Kejayaan nanti ia bolehlah sifatkan sebagai tsunami yang berlaku diluar musim terhadap UBN sebabagi kesenimbungan tsunami yang terjadi dalam pilihan raya umum ke-12 lalu sehingga meragut majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kejayaan himpunan Bersih akan memberi musibah besar buat UBN. Selepas 9 Julai nanti ia akan menentukan apakan pintu perniagaan BN khasnya Umno akan terus dibuka atau ditutup. Inilah yang ditakuti dan sedang dibayangkan oleh pemimpin UBN. Mereka hari ini masing-masing menyakinkan diri sendiri bahawa Bersih akan gagal. Sudah pasti kalau UBN kalah ia tidak akan bangun untuk tempoh 100 tahun. Orang yang belum ada pengalaman kalah, ditindas dan ditekan selalunya akan lenyap begitu saja di telan sejarah.

Sebab itu sesetengah pemimpin UBN dan pihak yang mencari makan dengannya sudah tidak dapat menelan air liur lagi. Bercakap pun sudah mulai perlahan dan telor. Nadanya juga sudah tidak seangkuh dulu. Pihak yang sebelum ini nampak sangat menjadi kaldai tua kepada parti kerajaan sudah mula insaf dan menerima realiti dan kehendak rakyat. Pencabuk dirasakan sedang mara ke arahnya. Cabuk... jangan tak cabuk.

Kalau sebelum ini polis nampak keras dan tegas, tetapi ia sudah mengendur sedikit. Kenyataan Timbalan Ketua Polis negara, Khalid Abu Bakar menunjukkan polis sudah berlembut. Mungkin keghairahannya untuk menunjukkan kuasa sebagai timbalan ditegur oleh pihak tertentu. Nampak sangat sejak jadi timbalan, Khalid lebih lantang dan kedepan daripada ketuanya.

Katanya, polis akan mengkaji balik tindakan menyekat lalauan ke ibu kota. Walaupun polis terus patuh kepada ikrar dan sumpah perkhidmatnya, namun kenyataan sebegitulah yang diingini rakyat yang menunjukkan polis adalah penjaga keselamatan dan bukan menjadi sebahagian provokator kepada parti pemerintah.

Disebabkan UBN sudah dapat merasakan kocakan banjir besar itulah menyebabkan ia telah mengarahkan semua jentera kerajaan yang tidak sepatutnya dipergunakan macam kaldai. Hari ini semua orang dalam UBN sudah bercakap mengecam himpunan Bersih itu dan memainkan peranan masing-masing untuk menyekat arus berkenaan. Mereka yang diberikan kuasa untuk mengawal apa juga agensi dan jabatan sudah mula bertindak dan merogol amanah yang diserahkan kepada mereka.

Antaranya, Ahmad Shabery Chik yang diberikan tugas menjaga stadium nasional Bukit Jalil sudah berkokok, mengatakan stadium itu tidak akan dibenarkan. Beliau juga melarang para belia daripada mengikuti himpunan berkenaan. Mungkin Shaberi rasa cemburu kerana Himpunan Sejuta belia yang diadakan baru-baru ini tidak mendapat sambutan langsung. Katanya jumlah yang hadir sekitar 18,000 saja.

Syed Hamid Albar yang sudah diletakkan dalam stor oleh Umno juga turut sama berkokok untuk memberi khdimat terakhir kepada Umno. Beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi Suruhanyajaya Pengangkutan Awam, memberi tahu semua permit sermantara kepada bas sekolah dan persiaran dibekukan mulai tengah malam ini bagi mengelakkan ianya disewa untuk datang ke himpunan Bersih.

Pendeknya semua jenis bentuk usaha dan tindakan dilakukan. Kalau pun belum cuba dipergunakan ialah Askar Melayu Di Raja Malaysia. Namun itu belum tentu, mungkin ada unit-unit tertentu akan turut digunakan untuk 'menembak' para himpunan. Jangan rasa pelik kalau ini berlaku. Dalam keadaan manusia desparate untuk mempertahankan kuasa mereka akan melakukan apa saja.

Bagaimana pun usaha itu nampaknya tidak akan membuahkan hasil. Seandaianya dengan segala macam sekatan dan tekanan itu tetapi Bersih berjaya juga mengumpul orang ini memberi petanda bahawa UBN akan kelemasan.

Semalam juga komuniti Bersih sudah membuat ketetapan walaupun apa yang terjadi mereka tidak akan berganjak lagi. Beri atau tidak, izin atau tidak mereka akan berhimpun di stadium Merdeka. Yang penting mereka sudah pun menghadap Agong dan memberi tahu akan tujuan dan niat mereka.

Ketegasan ini menunjukkan Bersih sudah habis tolak ansur. Apabila jalan baik dinafikan, pintu rundingan ditutup, maka jalan jahatlah yang terpaksa dipilih. Ini sudah lumarah. Fikirkan apa terjadi dengan ada jika hidung anda disekup dengan bantal, kelemasan menyebabkan anda akan melakukan apa saja.

Nah keadaan Bersih kini seperti orang yang hidupnya ditutup dengan bantal. Ruang pernafasan tidak ada ada lagi sedang ia memerlukan untuk oksigen untuk bernafas. Jadi kalau kena tendang atau rempuh tangan yang menutup mukanya, ia akan melakukan. Ini adalah soal survival.

Ada baiknya kalau pihak kerajaan memikirkan semula tindakan mereka. Kerajaan perlu berpandangan jauh dan mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang tidak ingin dilihat. Apabila desakan sudah membuak, ia tidak dapat ditahan lagi, dan ketika ini kalau kerajaan juga hilang sabar maka akan berlakulah sesuatu yang tragis. Bukan payah untuk mengenali fiil manusia apa lagi bangsa Melayu. Orang Melayu mudah kalah dengan bujukan atau pun pendekatan psykologis.

Pihak kerajaan, terutamanya polis harus sedar menegenai kedudukan dan status mereka di dalam menghadapi rakyat ini. Polis seperti seorang bapak untuk mengawal anaknya yang sedang gila dan mabuk. Keadaan mabuk menyebabkan tindakan mereka tidak siuman. Apabila polis bertindak ke atas orang mabuk yang salah dan akan disalah nanti ialah polis bukan si pemabuk. Kalaupun si mabuk menikam mati bila dibicarakan ia dilepaskan kerana tindakan mereka tidak waras. Jadi sebelum rakyat jadi tidak waras maka ia perlu ditangani dengan lembut.

Dalam pertarungan merebut kuasa politik ini polis dan agensi kerajaan lain perlu sedar, tugas dan tanggungjawab itu bukan terletak dibahu mereka. Mereka adalah kakitangan kepada kerajaan bukan kepada UBN atau mana-mana parti. Sebagai pegawai kerajaan yang gajinya dibayar oleh rakyat, sesiapa atau pihak mana menjadi kerajaan dia wajib mematuhi kerajaan. Di sini perkara yang masih mengelirukan ramai kakitangan kerajaan tidak dapat membezakan di antara parti politik dengan kerajaan yang dibentuk oleh parti yang memerintah.

Mitos-mitos yang didoktrin oleh UBN sudah mengarat di dinding minda mereka. Cuba bersih hal ini dan bangun dengan jiwa yang merdeka.

Kesimpulan setakat ini yang dapat dibuat, nasib himpunan Bersih masih belum diketahui lagi. Bersih dan kerajaan khasnya polis masih sedang bertarik tali. Sesiapa yang mempunyai kekuatan mental dan ketahanan diri, pihak itulah yang akan berjaya. Yang jelasnya polis tidak mudah mengatakan mereka akan menang kerana ditangan mereka ada senjata, sebab... persepakatan rakyat, iltizam rakyat akan bertukar menjadi kuasa besar.

Sebab itu dalam himpunan rakyat di Mesir bulan lalu, kereta kebal askar yang lengkap dengan senjata canggih pun dapat ditumbangkan oleh tangan rakyat. Cuma satu yang saya bimbang taktu selepas ini akan ada satu lagi titah yang dicatat atas kertas kuning. [wm.kl.*** 06/07/11]

Tiada ulasan: