Blog-list Malaysia |
- Orang Gila Mengamuk..
- Pengundi Akan Tolak BN - Dr. Mahathir
- Kempen anti BERSIH dibawa ke lebuhraya
- Bersih 2.0: Permit sementara bas seluruh negara dibeku
- Ini Soheh Dah Kerja Budak-Budak Umno... Dapat Le Upah RM20.. Standet Laa Tu..
- Tabung Haji Lantik Kaki Maksiat Sebagai CEO ??
- Buat penilaian masing-masing - Semuanya dah besar panjang
- PERKASA DAPAT PERKENAN BERHIMPUN..
- BERSIH 2.0 - Kenyataan Bongkak Rais Yatim
- Macam La Stadium Merdeka Milik Umno..
- Mana Janji Manismu...
- Biadap Dan Kurang Ajar
- Sertai BERSIH Boleh Jejaskan Iman.. Hahaha
- Gambarkan himpunan Bersih 2.0 ganas, strategi kuno
- Kontraktor dituduh miliki tulisan, foto BERSIH
- BERSIH 2.0 - Sabotaj Dari Pengurusan Stadium Merdeka
- Agong tak hingin jumpa PERKASA ?
Posted: 07 Jul 2011 12:03 AM PDT 30 Murid, 3 Guru Tadika di Muar Jadi Tebusan Lelaki Bersenjata Bernama melaporkan tiga guru dan kira-kira 30 murid tadika dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang dekat sini. Laporan Bernama Online menyebut polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan lelaki itu mendakwa sudah mencederakan seorang budak dah mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan. Sehingga pukul 12 tengah hari polis masih berusaha membebaskan tebusan itu. Lagi Cerita Orang Gila Mengamuk.. Ngerii..Lelaki Bunuh Budak Di Khalayak Umum...Kejadian ini berlaku di Manila, Filipina. Menurut sumber yang malaysiasensasi perlolehi, lelaki ini dikatakan dipengaruhi dadah dan menjadikan seorang kanak-kanak sebagai tebusan. Ketika dia mula hendak menikam budak itu, polis melepaskan tembakan. Malangnya, budak yang tak bersalah itu turut mati |
Pengundi Akan Tolak BN - Dr. Mahathir Posted: 06 Jul 2011 11:16 PM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan keras yang dilakukan oleh kerajaan terhadap Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil) boleh menjejaskan peluang mereka untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau menambah bahawa pengundi mungkin berpaling menentang Barisan Nasional jika mereka merasakan bahawa kerajaan sedang mencabul hak-hak mereka. "Apa sahaja yang kerajaan lakukan (sekarang), ia akan dipantulkan pada pilihan raya. Jika mereka (pengundi) merasakan bahawa kerajaan ini menindas, mungkin kerajaan akan kehilangan undi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. "Tetapi ada beberapa orang yang berfikir bahawa kerajaan terlalu lembut ... contohnya, (ada yang bertanya) "Mengapa mereka harus membenarkan demonstrasi di dalam dewan?" Mahathir bagaimanapun, mengelak sama ada kerajaan telah keterlaluan dalam tindakan keras ke atas Bersih, sambil berkata "itu sekadar pendapat". "Saya fikir kerajaan berpendapat mereka perlu mengambil tindakan keras, sesetengah orang berfikir kerajaan tidak seharusnya mengambil tindakan keras. Malah di dalam kerajaan, terdapat beberapa (orang) yang setuju, dan ada beberapa (orang) yang tidak; ini adalah perkara biasa," katanya. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan telah mengambil tindakan keras ke atas aktivis dan penyokong Bersih. Dengan mengambil pendirian keras, polis telah menahan ramai orang yang hanya memakai baju-T Bersih. Pejabat Bersih di Petaling Jaya telah di serbu tanpa waran, dengan beberapa penganjur kumpulan itu dipanggil untuk disoal siasat. Tiga puluh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, ditahan kerana memiliki kemeja-T yang menampilkan wajah-wajah pemimpin komunis. Enam daripada mereka telah ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO). Kementerian dalam negeri juga telah bertindak keras untuk menghapuskan Bersih, terus menganggap ianya menyalahi undang-undang, walaupun NGO ini mendapat pengiktirafan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. Kesan menjejaskan Untuk demonstrasi, Mahathir berkata bahawa mereka hanya boleh dibenarkan jika sudah tidak mempunyai jalan lain. "Jika anda mahu berdemonstrasi, lakukan apabila sudah tiada cara lain untuk menyuarakan pandangan," katanya, sambil menambah bahawa tuntutan pilihan raya Bersih dapat diselesaikan dengan cara yang lain. Beliau juga berkata demonstrasi adalah hak kebebasan yang dibenarkan dalam sebuah negara demokrasi. Walau bagaimanapun, dengan melihat Mesir sebagai contoh, beliau memberi amaran bahawa perhimpunan yang berterusan mungkin mempunyai kesan yang menjejaskan sesebuah negara. "Anda perlu berhati-hati setiap kali anda melakukan perkara ini. Saya baru pulang dari Mesir ... mereka melakukan demonstrasi besar untuk menumbangkan kerajaan. Tetapi selepas itu, mereka masih melakukan demonstrasi," katanya. Mahathir menambah bahawa sebagai kesan daripada demonstrasi yang berterusan di sana, negara itu telah mengalami kemerosotan ekonomi. Beliau juga berkata bahawa dia mengetatkan kawalan demonstrasi dari kedua-dua belah pihak politik ketika beliau berkuasa. "Pada tahun 1986, apabila Umno mahu menunjukkan kekuatan, mereka mahu membawa masuk 500,000 orang ke Kuala Lumpur. Kami menghalangnya. Bukan sahaja kepada pembangkang, kita juga menghalang walaupun dari pihak kerajaan," katanya. Bagaimanapun beliau mengelak apabila merujuk kepada komen pedas anak perempuannya Marina Mahathir terhadap penghapusan Bersih. "Saya tidak selalunya bersetuju dengan anak perempuan saya, tetapi itu adalah haknya. Saya memberikan kebebasan demokrasi. Saya tidak ada pendapat (mengenai dirinya)," katanya sambil ketawa. Marina sebelum ini mengutuk kerajaan seperti "negara dunia ketiga", dan menyerang pihak-pihak tertentu yang melakukan serangan peribadi terhadap Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan. Kredit : FMT |
Kempen anti BERSIH dibawa ke lebuhraya Posted: 06 Jul 2011 10:34 PM PDT Kerajaan memperhebatkan kempen bagi melumpuhkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan Sabtu ini dengan menyebarkan larangan itu bukan sahaja di masjid dan universiti tetapi juga di beberapa lebuhraya. Tinjauan Malaysiakini hari ini mendapati amaran berkenaan bukan sahaja dipaparkan di kain rentang tetapi juga dipamerkan di papan tanda elektronik sepanjang lebuhraya DUKE. Notis yang sama juga dikesan sejak dua hari lalu di lebuhraya Sprint berhampiran Mont Kiara. Selain itu, sekolah-sekolah seluruh negara, khususnya sekitar Lembah Klang juga difahamkan telah mengingatkan peljar dan guru-guru supaya menjauhkan diri mereka daripada perhimpunan itu. Jumaat lalu, masjid-masjid juga mengeluarkan khutbah mengingatkan umat Islam bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 adalah haram. Dipetik dari mkini |
Bersih 2.0: Permit sementara bas seluruh negara dibeku Posted: 06 Jul 2011 09:14 PM PDT KUALA LUMPUR, 7 Julai — Permit sementara bagi bas untuk membawa penumpang dari pelbagai kawasan di seluruh Semenanjung ke Lembah Klang khususnya ibu negara hujung minggu ini sudah dibekukan, dipercayai langkah terbaru bagi mengehadkan peserta Himpunan Bersih, Sabtu ini. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak mengeluarkan permit sementara bagi bas kilang dan sekolah membawa penumpang ke ibu negara hujung minggu ini, tetapi menekankan langkah itu semata-mata bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di ibu negara. Langkah itu akan dikuatkuasakan mulai tengah malam esok, kata beliau. Keputusan SPAD itu telah dimaklumkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu. Sebelum ini permit sementara yang dikenali sebagai lesen perubahan sementara bagi bas sekolah dan kilang dikeluarkan oleh JPJ. Tetapi kini ia terletak di bawah SPAD. Menurut Syed Hamid, SPAD mengambil tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang masalah lalu lintas di Lembah Klang khususnya di Kuala Lumpur. "Kami tidak mencadangkan bahawa akan ada perhimpunan (Sabtu ini), cuma tidak mahu menambah masalah lalu lintas," katanya kepada The Malaysian Insider pagi ini. "Lagi pun SPAD tidak nampak ada keperluan untuk mengeluarkan permit sementara sebab sekarang ini bukan cuti sekolah ataupun musim perayaan yang akan menambah pergerakan orang ramai," katanya. Bagaimanapun Syed Hamid (gambar) berkata, operasi pengangkutan awam lain khususnya transit aliran ringan di ibu negara akan berjalan seperti biasa. "Perkhidmatan LRT akan berjalan seperti tanpa gangguan, begitu juga perkhidmatan bas normal (antara ke dan dari Lembah Klang)... tiada perubahan, akan dikendalikan seperti biasa. Saya tidak menjangkakan sebarang masalah," katanya lagi. Mengenai tindakan akan diambil jika ada pihak melanggar keputusan SPAD, Syed Hamid memberitahu, "rakyat kita ini adalah mereka yang bertanggungjawab, begitu juga operator bas... saya yakin mereka akan patuh (kepada keputusan dibuat)." Perkhidmatan transit aliran ringan dan bas mengalami gangguan ketika perhimpunan anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan pada Ogos 2009. "Oleh kerana SPAD sudah membuat keputusan, maka JPJ dan polis boleh mengambil tindakan, jika ada mana-mana bas yang membawa penumpang tanpa permit sementara, kita boleh menahan dan menyita bas-bas terbabit," jelas Solah. Lazimnya permit sementara, untuk kegunaan hujung minggu, akan dikeluarkan seminggu sebelum perjalanan. "Jadi, permit hujung minggu ini adalah bagi perjalanan 7 dan 8 Julai, hingga hujung minggu... keputusan ini membabitkan seluruh negara," kata Solah lagi. Perkembangan terbaru ini, yang dilihat meneruskan suasana tegang, muncul selepas Kabinet yang bermesyuarat semalam memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 diadakan di Stadium Negara atau Stadium Merdeka. Malah semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Bersih 2.0 masih merupakan sebuah badan yang telah diharamkan. Bersih 2.0 memutuskan untuk mengadakan perhimpunan hanya di stadium ekoran pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa gabungan itu boleh berhimpun di stadium jika mahu. Pihak polis pula telah memulakan sekatan jalan di pelbagai kawasan di Lembah Klang sejak pagi semalam. Meskipun Bersih 2.0 menerima tawaran Najib tetapi pihak berkuasa menegaskan bahawa penganjur perlu memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan di stadium. Dipetik dari Malaysia Insider |
Ini Soheh Dah Kerja Budak-Budak Umno... Dapat Le Upah RM20.. Standet Laa Tu.. Posted: 06 Jul 2011 08:14 PM PDT Rumah MB Kedah disimbah cat merah Beberapa buah rumah dan kereta pemimpin serta pusat khidmat wakil rakyat PAS termasuk rumah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak disimbah dengan cat dalam beberapa kejadian malam semalam dan awal pagi ini. Selain itu, sebahagian daripada mereka juga menerima nota ugutan yang dibungkus dengan batu supaya tidak menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu ini. Dalam kejadian itu, selain rumah Azizan di Sungai Limau, Yan, kereta ahli parlimen Pendang Dr Hayati Othman dan Setiausaha PAS Kawasan Alor Setar Adnan Saad disimbah dengan cat merah manakala rumah yang terlibat adalah milik Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah Ridzuan Abu Bakar dan Anggota Jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Kuala Kedah Mohd Radi Said. Turut disimbah cat merah adalah Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa. Azizan berkata laporan polis telah dibuat berkaitan kejadian-kejadian itu dan berharap polis dapat melakukan siasatan segera. Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai tindakan budak-budak nakal yang cuba menimbulkan kontroversi. "Polis dah pergi tengok. Biarkan polis menjalan tugas mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Setar, hari ini. - Bernama |
Tabung Haji Lantik Kaki Maksiat Sebagai CEO ?? Posted: 06 Jul 2011 07:46 PM PDT Sebelum ini, Perempuan ini telah gagal menguruskan TH Global Services Sdn Bhd sebuah lagi anak syarikat Tabung Haji yang menguruskan dan membekalkan makanan halal di Malaysia dan Arab Saudi [TH Global], hairan bin ajaib, kini perempuan ini bakal dilantik untuk menerajui syarikat yang lebih besar yang menguruskan wang yang lebih besar ratusan juta ringgit. Di dalam mesyuarat pengurusan Tabung Haji yang lalu, Dato' Paduka Ismee Ismail (Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji)[TH] telah menyebut tentang kegagalan perempuan ini di dalam menguruskan TH Global sebelum ini. Perniagaan TH Global tidak menguntungkan, baru-baru ini perempuan ini bergaduh dengan Pak Arab di dalam pengurusan di Arab Saudi. Lu orang semua sudah buta ka? Perempuan ini sudah gagal menguruskan syarikat sebelum ini, tapi kenapa masih nak lantik dia terajui syarikat yang lebih besar? Lu jangan lupa wahai perempuan, bukti skandal lu di Mekah, skandal lu di Sabah beberapa hari lepas sudah ada dalam tangan gua. Kalau lu nak mintak saksi, jangan kata 4, tapi beratus-ratus jemaah haji nampak perbuatan sumbang lu di mekah! Satu persatu akan tampil menjadi saksi. Baca selanjutnya di milosuam.blogspot.com |
Buat penilaian masing-masing - Semuanya dah besar panjang Posted: 06 Jul 2011 06:48 PM PDT Berminggu-minggu negara kita berada di dalam keadaan yang hingar bingar dengan polimik di antara dua pihak, kerajaan dan rakyat yang bersama-sama Bersih 2.0. kehangatannya begitu ketara apabila kita mendengar pihak yang berkuasa termasuk Perdana Menteri sendiri memanggil Datuk Ambiga dengan "name calling" yang didengar agak janggal kerana keluar dari mulut seorang Perdana Menteri. Siapa kah yang berjaya dan siapa pula yang tertewas di dalam kemelut polimik tuntutan Bersih 2 ini? Tiada yang menang dan tiada yang tertewas. Yang menang ialah rakyat. Tetapi yang kita boleh nampak dengan jelas ialah tahap kemampuan kedua-dua belah pihak mengendalikan isu yang sangat sensitif ini kepada satu pihak yang lain iaitu pihak pemerintah yang sedang asyik dan leka dengan nikmat kuasa sehingga wujud unsur-unsur kufur nikmat yang tidak terkawal dikalangan pimpinan kita. Tahap pemikiran serta sikap kita sudah terlalu jauh ketinggalan berbanding dengan perubahan pemikiran rakyat termasuk dalam isu pengendalian pilihanraya yang menjadi tuntutan asas bagi Bersih. Pemimpin kerajaan terlalu biasa dengan sokongan yang diperolehi tanpa soal dari rakyat selama ini dan pemimpin-pemimpin kita telah mengambil segala-galanya "for granted". Apabila mendapat sedikit tentangan dari rakyat yang sudah berubah nilai pemikiran ini maka ianya dianggap sebagai tindakan yang "offensive" oleh pihak kerajaan. Matlamat Bersih yang menjemput semua pihak untuk mengadakan rally termasuk semua NGO serta parti-parti politik samada parti pemerintah atau pembangkang untuk mendesak supaya dilakukan transformasi di dalam cara pengendalian pilihanraya tidak di senangi oleh pihak pemerintah khususnya UMNO. Dalam kes ini pihak pemerintah nampak berdiri dipihak yang gagal kerana dengan tindakan "pre-emptive" pihak berkuasa melakukan tangkapan di seluruh negara terhadap mereka yang disyaki menyokong rally ini. Penahanan itu membayangkan ketakutan politik dari pihak yang memerintah kerana semua tahu yang jumlah kehadziran di rally yang bakal di anjurkan itu begitu ramai tanpa dibayar dan disediakan kemudahan perjalanan. Pihak KDN terutamanya Menterinya Hishamudin pula mengambil tindakan yang tergesa-gesa dengan mengharamkan pertubuhan Bersih ini dan ini menambahkan lagi kemarahan rakyat jelata. Jelas tindakan "pre-emptive" ini adalah langkah awal untuk mencegah rakyat menunjukan manifestasi mereka dalam kumpulan yang besar. Ramai menganggarkan tidak kurang dari 500,000 rakyat akan membanjiri jalanraya di Kuala Lumpur jika rally itu diteruskan walaupun dengan tindakan Polis melakukan penahanan dan tangkapan di seluruh negara. Jumlah kehadziran ini lah amat ditakuti oleh pentadbiran sekarang kerana ianya adalah lambang kepada gerakan rakyat yang merata di mana-mana. Kita selalu lupa yang ini melibatakan perasaan ramai. Jika kita terus melakukan tangkapan dan penahanan secara "pre-emptive" ini ia tidak lain dari mengakui kejayaan Bersih telah mendapat sambutan ramai dari seluruh negara. Melakukan tekanan terhadap penyokong rally ini menambahkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan akhirnya akan berlakulah perkara yang lebih buruk dari apa yang di alami oleh pentadbiran sebelum ini di dalam pilihanraya yang akan datang. UMNO gagal untuk menambat hati rakyat biasa terutamanya mereka dari generasi yang muda. UMNO hanya berjaya mengambil hati kelompok oportunis seperti Perkasa dan beberapa kumpulan yang lain yang sememangnya tidak akan lari dari menyokong BN. Usaha dan cita-cita BN untuk mengembangkan parameter sokongan dari rakyat sekali gus telah gagal dan amat payah untuk di dapatinya kembali. Kita selalu lupa yang rakyat sentiasa memerhati peri laku pemimpin-pemimpin kita bagaimana mereka mengendalikan isu rally Bersih ini. Pendeknya tujuan asal Bersih untuk melakukan rally secara aman dan meminta semua pihak untuk bersama itu telah dipecahkan oleh pemerintah. Hasilnya pihak BN sendiri yang menambah kekuatan sokongan terhadap gerakan penentangan terhadap mereka (BN). Pihak pembangkanglah yang memperolehi sokongan yang diperkuatkan oleh pihak yang memerintah. Apakah elemen sebenarnya yang menyebabkan ketirusan sokongan terhadap BN? Jawapan yang tepat ialah keengganan untuk BERUBAH. Kita tidak mahu berubah mengikut waktu dan zamannya. Dalam politik kita masih bercakap tentang isu-isu basi yang telah kita dengar dari mula negara kita mengadakan pilihanraya Persekutuan pada tahun 1959 dahulu. Isu api letrik, air paip, jalan tar, subsidi gigi palsu, lembu dan kambing pawah pembangunan Putrajaya serta banyak perkara lain yang berkaitan dengan isu mengenang budi. Tetapi pimpinan tidak pula mengenang budi rakyat yang selama ini telah memberikan sokongan tanpa berbelah bagi dengan melakukan perkara-perkara jijik seperti rasuah dan menyalah guna kuasa. Mereka (rakyat) sudah jemu dengan pembohongan yang dilakukan dan semua pembohongan itu di war-warkan oleh media massa perdana sehinggakan rakyat tidak ada lagi apa yang mereka percaya dengan media perdana pada hari ini. Pemimpin kerajaan kita telah gagal samasekali untuk mengekalkan penghormatan rakyat terhadap kepimpinan seperti yang kita alami dahulu kala. Mereka (rakyat) menganggap apa jua yang dilakukan tidak boleh dipercayai dan persepsi ini kian hari kian menebal. Ramai rakyat tidak mahu lagi mendengar apa yang mereka katakan kerana persepsi mereka (rakyat) terhadap kepimpinan terlalu rendah. Kenapa keadaan menjadi begini? Jika ada masa dan ruang boleh dibahaskan pada bila-bila. Jika tidak ada masa dan ruang itu masing-masing boleh membuat penilaian masing-masing. masing-masing dah besar panjang. Diprtik dari aspanaliasnet.blogspot.com |
PERKASA DAPAT PERKENAN BERHIMPUN.. Posted: 06 Jul 2011 05:04 PM PDT KUALA LUMPUR(7Julai2011) - UTUSAN MELOYA. PERKASA telah berjaya mendapatkan perkenan dari Guru Besar Sekolah Menengah Melayu Kayu,Penang bagi mengadakan perhimpunan di GELANGGANG BADMINTON sekolah tersebut. Ketika di tanya wartawan di sidang akhbar malam tadi, mengenai lokasi pemilihan tersebut. Presiden Perkasa, Ibrahim Ali Banggali, menyatakan bahawa "kami sangat berbangga kerana diberikan GELANGGANG BADMINTON ini, ini kerana, kami cuba memohon menggunakan PADANG BOLA sekolah tersebut, tetapi ahli kami tidak ramai, maka Gelanggang Badminton adalah pilihan yang tepat."-kata beliau yang turut sama ingin berhimpun. Ketika di minta untuk mengulas mengenai, PENOLAKKAN ISTANA terhadap temujanji perkasa tersebut. Ibrahim berkata "Bukan kami saja yang tidak di jemput, PATRIOT yang di ketuai oleh Umno iaitu NAINA MERICAN EEE PARIAH, pun tidak dibenarkan mengadap Agong, jadi kami ada GENG untuk malu bersama-sama" kata beliau sambil tersipu malu. Ibrahim turut mengulas mengenai PERMIT POLIS yang perlu diambil sebelum berhimpun. "PERMIT APA!!!? kami hanya ingin berkumpul di kod badminton Sekolah Menengah Melayu Kayu,Penang bukannya kami mahu berhimpun di kod badminton di Balai Polis, Bukit Aman" tegas Ibrahim Ali Benggali dengan nada marah. -Sumber Encik Mate...KAHKAH |
BERSIH 2.0 - Kenyataan Bongkak Rais Yatim Posted: 06 Jul 2011 09:44 AM PDT Rais: Kabinet tak benar Bersih 2.0 guna Stadium Merdeka KUALA LUMPUR, 6 Julai – Kabinet telah memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Negara dengan alasan kumpulan berkenaan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selain faktor keselamatan. Dipetik Bernama, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata selepas mendapat pandangan daripada Jabatan Peguam Negara dan nasihat rasmi kerajaan, permohonan kumpulan berkenaan untuk menggunakan stadium terbabit tidak dapat dipertimbangkan. "Oleh itu perlu bagi kumpulan berkenaan diwakili oleh individu ataupun badan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang memohon (menggunakan stadium)... atas nama Bersih yang sebenarnya tidak diiktiraf sebagai kumpulan sah tidak boleh. "Permohonan untuk (menggunakan) Stadium Merdeka dan Stadium Negara tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan, oleh demikian mereka perlu mencari stadium atau tempat lain seperti di Kelantan ataupun Selangor," kata beliau. Sambil berkata pandangan itu dizahirkan pada mesyuarat Kabinet, kata Rais, maka selaku menteri berkaitan penerangan beliau wajar menyampaikan latar belakang ataupun keputusan tersebut. Sekretariat Bersih 2.0 dengan menerima jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan atas nasihat Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk membatalkan perhimpunan jalanan dan digantikan dengan perhimpunan dalam stadium. Dipetik dari Malaysia Insider |
Macam La Stadium Merdeka Milik Umno.. Posted: 06 Jul 2011 06:28 AM PDT Buat di jalan depa kata peniaga rugi taxi rugi, buat di stadium depa kata faktor sejarah ... kepala bapak hampa lah KUALA LUMPUR: Stadium Merdeka bukan milik Umno dan bukan parti itu sahaja yang layak menggunakan kemudahan stadium tersebut, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin. Beliau mengulas kenyataan Pemuda Umno yang membantah keputusan Bersih 2.0 memilih Stadium Merdeka sebagai tempat baru berhimpun pada Sabtu ini. Khairul berkata, Pemuda Umno memberi hujah dangkal untuk tidak membenarkan stadium itu digunakan, atas alasan ia mempunyai nilai sejarah termasuk menjadi tempat pemasyuran kemerdekaan. "Bukan Umno sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan. Banyak pihak lain yang menitiskan darah dan keringat memperjuangkan kemerdekaan. "Mereka tidak berhak menghalang stadium itu digunakan untuk himpunan Bersih.Hak untuk berhimpun secara aman termaktub dalam Perlembagaan Malaysia melalui permasyhuran kemerdekaan yang dibaca Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Stadium Merdeka," katanya. Justeru katanya, ia merupakan hak kepada seluruh warganegara Malaysia untuk mengadakan perhimpunan aman di stadium berkenaan. "Ia boleh digunakan tak kira sama ada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mahu pun Patriot," "Tapi, kalau Patriot nak himpun di Stadium Shah Alam pun tiada masalah, (tapi) kena mohon permit dengan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) dahulu," kata Khairul. Menurut Khairul, jika 54 tahun dahulu Tunku Abdul Rahman membacakan permasyhuran kemerdekaan di Stadium Merdeka bagi membina sebuah negara yang bebas dan adil, himpunan Sabtu ini mengulangi simbolik itu. "Maka, himpunan Bersih 9 Julai ini adalah simbolik rakyat Malaysia mempertegas semula ikrar kemerdekaan itu. Ia adalah tanda bagi mengembalikan hak rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin negara secara telus bebas dan adil," tegasnya. Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican hari ini berkata, bantahan itu dibuat atas pelbagai alasan, terutamanya atas faktor sejarah. Beliau juga menyebut ia tidak boleh digunakan memandangkan Stadium Shah Alam sudah pun ditawarkan untuk tujuan perhimpunan itu. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16725 |
Posted: 06 Jul 2011 05:55 AM PDT Himpunan BERSIH: Pakatan gesa Najib patuhi janji Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya "mematuhi janji" dengan menyediakan stadium kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan menyediakan sebuah stadium untuk perhimpunan Sabtu ini. Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat juga berdiri teguh dengan BERSIH 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka. "Maklumat akhir, perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan stadium digunakan. "Saya difahamkan BERSIH masih lagi merujuk kepada Najib supaya (beliau) mematuhi janji (dan) jaminan beliau untuk menyediakan stadium supaya BERSIH dapat menganjurkan majlis dengan teratur dan aman sepertimana semangat (ketika mengadap) dengan Yang di-Pertuan Agong. "(Sebab itu) Kita menyokong tindakan keputusan BERSIH untuk meneruskan perhimpunan itu di Stadium Merdeka," kata Anwar yang juga ketua umum PKR. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Menara G di ibu negara petang ini. Mengulas lanjut, Anwar berkata Pakatan Rakyat kesal dengan kenyataan dan "sikap keterlaluan" Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwanya "nampak menyimpang dari semangat rundingan" BERSIH dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Anwar mendakwa Hishammuddin seolah-olah menganggap BERSIH sebagai pertubuhan haram walaupun selepas bertemu dengan Seri Paduka. "Maknanya Yang di-Pertuan Agong memanggil pertubuhan haram, kemudian semangat rundingan diketepikan begitu sahaja," katanya. Sehubungan itu, beliau menggesa Polis Diraja Malaysia supaya mengambilkira semangat pertemuan tersebut dan menasihati agar tidak mengeruhkan keadaan dengan membuat tangkapan khususnya terhadap ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Turut hadir dalam sidang media itu, ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu; setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan tokoh DAP, Lim Kit Siang. Sementara itu, Lim berkata keputusan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan di stadium merupakan "satu restu" daripada Seri Paduka dan dengan persetujuan daripada Najib. "Kami berharap selepas pertemuan semalam, menteri dalam negeri dan polis mengambil inisiatif untuk mengawalselia perhimpunan itu," katanya. Katanya, dengan tindakan tersebut, masyarakat dunia boleh melihat Malaysia sebagai sebuah demokrasi yang membenarkan rakyatnya mengamalkan hak asasi mereka. Manakala Mohamad pula menyentuh tindakan polis yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan yang dikatakan "tidak dapat mengawal ahlinya" termasuk kejadian yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini. "Saya nampak polis tidak mengambil tindakan dan memberi amaran kepada kumpulan itu. "Kita tidak nampak kenyataan pihak tertinggi polis, dan menteri dalam negeri untuk menghalang tindakan yang membuat kacau," katanya. Sehubungan itu, katanya, beliau menggesa polis "menunjukkan kewibawaan dengan menjaga keselamatan rakyat, dan bukan menjaga pihak tertentu". Ditanya sekiranya pihak Stadium Merdeka tidak membenar penggunaannya pada tarikh tersebut, Mohamad berkata pihak stadium mesti membenarkan kerana ia adalah "janji perdana menteri". "Semangat rundingan BERSIH dengan Yang di-Pertuan Agong, pindah perarakan awal ke stadium. Disahkan oleh perdana menteri, apa alasan nak batal. "Jaminan diberikan, ini dipersetujui BERSIH," katanya. Ditanya bagaimana cara pemimpin Pakatan Rakyat untuk pergi ke stadium berkenaan, dengan kemungkinan wujudnya sekatan, Anwar dengan beseloroh berkata: "Kalau boleh dengan helikopter". Lantas Mohamad mencelah: "Tiada sungai untuk kami renangi", menyebabkan kira-kira 25 wartawan dan jurugambar ketawa. "Kita guna kebijaksanaan dan kemahiran masing-masing," kata Anwar meredakan keadaan. Katanya, tempat terakhir pemimpin Pakatan Rakyat akan berhimpun adalah di dalam stadium pada tarikh tersebut. Dipetik dari mkini |
Posted: 06 Jul 2011 04:32 AM PDT Topi komunis berlogo Bersih, Gertak biadap KUALA TERENGGANU, 6 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) memandang serius kain rentang dan kad jemputan program 'Ganyang Komunis' yang diedar oleh Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) yang memaparkan logo Bersih pada topi 'Komunis'. Setiausaha DPPNT, Muhammad Zaidan Abdullah berkata, kain rentang tersebut dapat dilihat di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu dan Kad Jemputan tersebut turut disebarkan melalui laman sosial Facebook. Beliau menambah, ia secara langsung telah mengaitkan Bersih 2.0 dengan komunis dan menggambarkan perjuangan Bersih 2.0 adalah sama dengan perjuangan komunis. "Maka dengan itu, DPPNT memandang bahawa ini merupakan satu cubaan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu sebenar yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Katanya, lapan tuntutan itu ialah penghapusan undi pos, pembersihan daftar pemilih, akses yang adil terhadap media, penggunaan dakwat kekal, masa berkempen minima 21 hari, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Menurutnya, amat menyedihkan dan merupakan suatu perkara yang tidak boleh diterima akal yang waras apabila ada pihak iaitu Gertak yang mengambil kesempatan mengaitkan Bersih 2.0 dengan ideologi perjuangan komunis. Sehubungan dengan itu, tegasnya DPPNT menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap Gertak yang jelas cuba melakukan provokasi secara melampau dan biadab. Katanya, rakyat tidak pernah lupa bahawa pihak yang sama juga pernah menganjurkan program MELAYU BANGKIT pada 13 Mei tahun lalu. "DPPNT ingin menegaskan di sini bahawa Gertak merupakan sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar yang dibayangi di oleh Umno Terengganu. "Pengerusi Gertak, Razali Idris merupakan Naib Ketua Umno Bahagian Marang. Tindakan Umno merestui program ini menyerlahkan sikap Umno terhadap keharmonian rakyat," katanya. Ini, ujarnya jelas berbeza dengan Bersih 2.0, merupakan Gabungan NGO berdaftar yang bergabung bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Apatah lagi, katanya Bersih 2.0 sudah mendapat perkenan daripada DYMM Tuanku Sultan untuk mengadakan himpunan secara aman di stadium. Justeru, tambahnya mana-mana tindakan yang berbentuk kekerasan dan provokasi seperti program Gertak, rampasan baju, penahanan penyokong Bersih 2.0, sekatan-sekatan jalanraya yang tidak munasabah dan seumpamanya hendaklah dihentikan. "Kami turut menggesa pihak berkuasa agar membebaskan penyokong-penyokong Bersih 2.0 dan mengembalikan semula baju-baju dan bahan-bahan Bersih 2.0 yang dirampas. "Sekiranya gesaan ini gagal dan tidak diendahkan, maka boleh dianggap sebagai derhaka kepada DYMM Tuanku Agong yang merupakan Ketua Negara," katanya lagi. Beliau menambah, isu Bersih 2.0 mengancam keselamatan awam langsung tidak timbul kerana Bersih 2.0 bukanlah satu gerakan bersenjata yang ingin menjatuhkan kerajaan tetapi merupakan badan yang bertindak menuntut suatu pilihanraya yang bersih dan adil. Justeru, katanya DPPNT percaya isu penemuan senjata bersama-sama T-shirt Bersih adalah satu provokasi terancang oleh pihak-pihak tertentu. Dipetik dari Harakahdaily |
Sertai BERSIH Boleh Jejaskan Iman.. Hahaha Posted: 06 Jul 2011 03:58 AM PDT |
Gambarkan himpunan Bersih 2.0 ganas, strategi kuno Posted: 06 Jul 2011 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR, : Tindakan kerajaan Umno BN cuba menggambarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai ganas adalah strategi kuno dan lapuk, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Sambil menyelar tindakan itu, beliau turut mengecam tindakan pemimpin Umno BN yang dakwanya berselindung di sebalik pihak keselamatan untuk mengekalkan kuasa politik mereka. "Provokasi demi provokasi yang ditimbulkan saban hari di media cetak arus perdana dan televisyen, untuk memberi gambaran bahawa perhimpunan aman Bersih 2.0 akan bertindak ganas dan sebagainya. "Kami ingin memperingatkan mereka bahawa strategi kuno sebegini sudah lapuk dan tidak akan berjaya memenjarakan fikiran rakyat yang sudah merdeka pada zaman ini," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap beberapa siri tangkapan dan juga penemuan terbaru polis yang mengaitkan Bersih 2.0 sebagai himpunan ganas. Ianya termasuk rampasan sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang semalam antaranya 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH. Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur iaitu di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama. Tidak cukup dengan itu, beberapa siri tangkapan termasuk anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sedang menyebarkan risalah Bersih dan maklumat kepincangan negara dibawah BN kepada rakyat Johor, juga cuba dikatkan dengan Komunis. Antaranya ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota PSM lain yang ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO). Mengulas siri tangkapan terhadap pemimpin dan penyokong Bersih itu, presiden PAS itu mendakwa ia bukti kegelabahan Barisan Nasional yang tidak bijaksana dan semakin tidak waras dalam menangani isu. "Dengan ini PAS mendesak pihak yang berkenaan supaya membebaskan rakyat yang sudah menjadi mangsa di tahan akibat dari tindakan rakus kerajaan pimpinan BN ini," katanya lagi. Himpunan Bersih 2.0 ujarnya adalah untuk mendesak dibersihkan pilihanraya yang kotor, bukan himpunan untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi. Tambahnya, sememangnya sudah sekian lama Pakatan Rakyat berusaha untuk menumbangkan Barisan Nasional yang melakukan kerosakan dalam negara, dan ia bukan lagi suatu yang rahsia. Tetapi Barisan Nasional berlagak seperti negara ini milik peribadi mereka, merasa kebal dan tidak sedia untuk kalah sehingga memperalatkan berbagai agensi kerajaan untuk kepentingan mereka. "Kerajaan Barisan Nasional sangat mundur amalan demokrasinya, berjiwa kecil, jauh mundur berbanding negara-negara maju yang membuka pintu demokrasi seadil-adilnya. "Di Australia, seorang Perdana Menteri yang kalah dalam pemilihan partinya, sedia duduk dibawah Perdana Menteri yang baru dengan menjawat jawatan Menteri Luar sahaja. Ini kerana mereka meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, bukannya jawatan untuk kepentingan dunia dan peribadi. "Sebaliknya Barisan Nasional merasakan kerajaan ini milik mereka selama-lamanya, sehingga tidak sedia untuk kalah dan diganti dengan kerajaan yang baru. Sehubungan itu beliau turut mengingatkan Umno BN agar sedia berundur secara terhormat, sebelum jatuh dalam kehinaan dan membebaskan SPR dan jabatan-jabatan kerajaan daripada diseleweng. "PAS menyokong sebarang usaha memulihkan demokrasi dan menggunakan pilihanraya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan," tegasnya. Dipetik dari Harakahdaily |
Kontraktor dituduh miliki tulisan, foto BERSIH Posted: 06 Jul 2011 02:27 AM PDT Seorang kontraktor pemotong rumput hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor kerana dituduh memiliki kenyataan bergambar dan tulisan yang mempunyai kepentingan pertubuhan haram. Abdul Latif Zakaria, 41, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman. Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tengah, Sabak Bernam itu didakwa memiliki kenyataan bergambar dan tulisan yang dikeluarkan bagi tujuan kepentingan satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang iaitu Bersih 2.0 di rumah Lot 1868, Jalan Batu 38 Baruh, Sabak Bernam, Selangor pada jam 7.40 petang Ahad lepas. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali. Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Azari Harun memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 terhadap Abdul Latif sebab pertuduhan yang dihadapinya serius kerana ia dikaitkan dengan hasrat sebuah kumpulan untuk mengadakan perhimpunan haram sebelum ini. Beliau berkata ribuan laporan polis dibuat mengenai hasrat kumpulan itu yang dilihat boleh mengancam kestabilan dan ketenteraman awam negara. Peguam yang mewakili tertuduh, Mohd Radzlan Jalaludin pula berhujah bahawa hanya mahkamah yang ada kuasa mengharamkan sesuatu pertubuhan dan bukannya pihak lain. Mohd Azari sebaliknya berhujah bahawa Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan untuk mengharamkan sesuatu pertubuhan. Noor Farah Hazwani kemudiannya mengenakan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap Abdul Latif dan menetapkan 21 Julai ini untuk membuat keputusan berhubung bantahan awal yang dikemukakan Mohd Radzlan bagi mengetepikan pertuduhan yang dihadapi anak guamnya di Mahkamah Majistret Sabak. - Bernama |
BERSIH 2.0 - Sabotaj Dari Pengurusan Stadium Merdeka Posted: 06 Jul 2011 02:04 AM PDT Pihak pengurusan Stadium Merdeka telah menolak lokasi itu dijadikan tempat himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini. Menurut kenyataan di Facebook BERSIH 2.0, pegawai tempahan memberikan beberapa 'alasan' untuk menolak tempahan itu. "Antara alasan yang tidak jelas yang dibekalkan oleh pegawai itu adalah 'majlis pengurusan sukan dalaman' dan 'kerja-kerja ubahsuai'. "(Ini) di sebalik kenyataan ada rancangan bagi mengadakan 'Konsert Raksaksa 2' pada 9 Julai di Stadium Merdeka," petik kenyataan itu. Konsert Raksaksa 2, memaparkan legenda tempatan seperti Sweet Charity dan Blues Gang, bagaimanapun telah ditunda sehingga 1 Oktober kerana faktor keselamatan. |
Agong tak hingin jumpa PERKASA ? Posted: 06 Jul 2011 01:41 AM PDT malaysiandigest melaporkan "Perkasa presiden Datuk Ibrahim Ali today cancelled his scheduled meet with the Yang di-Pertuan Agong to submit a letter to seek audience with His Majesty. According to sources, the meeting was cancelled due to the Istana not allowing the group to meet with him. Terjemahannya berbunyi lebih kurang macam ni.. Presiden PERKASA, Ibrahim Ali hari ini membatalkan jadualnya untuk masuk mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk menyerahkan surat memohon untuk mengadap kebawah Duli Tuanku. Menurut sumber, pembatalan itu adalah kerana pihak Istana tidak membenarkan PERKASA untuk mengadap Yang Di Pertuan Agong.. Kah..kah..kah.. apa nak jadi ni?? Yang berapi-api mengaku memperjuangkan nasib Bangsa Melayu tak diterima masuk mengadap Raja Melayu? Memalukan sungguh.. Nampak sangat yang mengistihar PERKASA sebagai pertubuhan pejuang Melayu hanyalah beberapa kerat Pemimpin UMNO.. bukannya Raja-Raja Melayu sendiri.. Kalau begini eloklah ditukar agenda PERKASA tu dari memperjuangkan nasib Melayu kepada memperjuangkan nasib pemimpin UMNO.. BERSIH 2.0 yang diterajui oleh Ambiga kumpulan yang dikatakan Haram oleh Hishamuddin diterima masuk mengadap.. tapi PERKASA pertubuhan racist yang dihalalkan oleh Hishamuddin tak diterima masuk oleh Tuanku?? Malang sungguh nasib Pak Brahim.. ada gelaran 'Datuk' pun dah kena lucut.. nak jumpa Agong pula, Agong tak hingin nak jumap dia.. yang nil ah orang kata hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong… Malu weh!!! http://www.malaysiandigest.com/news/26621-news-flash-perkasa-not-allowed-to-meet-the-king-at-istana-negara.html |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan