DUNIACACAMARBA |
- Wanita Ini Mengayuh Basikal Sejauh 70 KM Sehari untuk Menghantar Surat
- Kerana Salah Laku Polis, Duit Rakyat Melayang
- Kerana BERSIH 2.0, Rancangan Ustaz Zamri di TV9 Dihentikan
- Pelakon Wanita Dakwa Kekasih Tumbuk, Cekik, & Ugut Bunuh. Mari Meneka!
- Ingat Kes Adik-beradik Disimbah Asid di Felda Jengka 9? Pelakunya Terima Hukuman
- Pelajar Hilang Rupanya Jatuh Kondo di Thailand
- Memalukan...Selepas 2 Minggu Hanya 363 Orang Mahu Najib Kekal sebagai PM di FB
- Memalukan...Sudahlah Laman FB Sokong PM Tiada Sambutan, Kini Pengguna FB Minta PM "Diam" di Laman FB Rasminya
Wanita Ini Mengayuh Basikal Sejauh 70 KM Sehari untuk Menghantar Surat Posted: 27 Jul 2011 05:00 AM PDT
Saya kagum akan kegigihan wanita ini. Luo Xiying, seorang pekerja wanita di sebuah pejabat pos di China telah mengayuh basikal sekurang-kurangnya sejauh 200,000 km untuk menghantar surat kepada penduduk luar bandar. Bertindak sebagai pekerja tunggal di Pejabat Pos Chenfang di daerah Jiangxi, Luo perlu berkhidmat untuk kira-kira 20,000 orang dari lapan buah kampung di sekitar daerah itu lapor China Daily. Sejak 15 tahun yang lalu, wanita berusia 43 tahun itu telah menyerahkan lebih 500,000 pucuk surat, kiriman wang pos, dan bungkusan tanpa sebarang kelewatan atau menyebabkan kerugian kepada penduduk kampung. Tugas itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana Chenfang merupakan sebuah bandar pergunungan, yang terletak di kaki Gunung Wuyi. Untuk menjalankan tugasnya setiap hari, ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ini mempunyai pilihan dua pilihan, sama ada mengayuh basikal basikal sejauh 70 km atau berjalan kaki sejauh 40 km. Di sesetengah kawasan, Luo terpaksa melalui laluan tanah tinggi dan terpaksa menyeberangi sungai untuk sampai ke sesebuah destinasi. Dalam beberapa kes, Luo telah beberapa kali jatuh pengsan sewaktu dalam perjalanan menghantar surat di kampung-kampung terpencil. Namun kejadian itu tidak menghalangnya daripada menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. "Saya suka kerja ini," kata Luo. Ketabahan dan dedikasinya terhadap tugas telah melayakkannya memenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah pekerja pos terbaik dalam pelbagai kategori. Beliau juga memenangi hati setiap penduduk kampung. Mereka mengganggapnya seperti ahli keluarga sendiri. "Walaupun sukar, saya akan tetap menjalankan tugas kerana penduduk kampung memerlukan saya dan saya tidak boleh meninggalkan mereka," kata Loa mengahkhiri perbualan. P/s: Salut!!!! | ||||||
Kerana Salah Laku Polis, Duit Rakyat Melayang Posted: 27 Jul 2011 03:30 AM PDT Malaysia Kini melaporkan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya pada tahun 2005 berjaya memperoleh keadilan apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan. Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan. Walau bagai manapu jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan. Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini. Beliau diwakili oleh peguam Datuk Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob. Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah bagi menyiasat kes ini. Ketika memfailkan saman terhadap kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak RM10 juta dan menegaskan kejadian yang berlaku "adalah tidak adil" serta mendapat malu ekortan daripada tindakan polis berkenaan. Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam. Ironinya, sehingga hari, pihak berkuasa dikatakan masih masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang. P/s: Yang terbang duit rakyat, bukan duit polis yang terlibat. | ||||||
Kerana BERSIH 2.0, Rancangan Ustaz Zamri di TV9 Dihentikan Posted: 27 Jul 2011 01:33 AM PDT Saya petik:
P/s: Seperti dinjangka, media pencacai akhirnya bertindak terhadap Ustaz Zamri yang menghadiri perhimpunan aman BERSIH 2.0. Tindakan yang hampir sama dikenakan terhadap seorang lagi pengacara tv Media Prima yang menghadiri majlis PR baru-baru ini. Pada perkiraaan saya, Ustaz Zamri tidak rugi apa-apa. Rakyat melihat Ustaz Zamri sebagai seorang yang mahu menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan bebas daripada penipuan. Perhimpunan yang dihadiri oleh Ustaz Zamri bukanlah perhimpunan yang diselit dengan pelbagai unsur negatif. Yang rugi ialah TV sendiri. Tahukah mereka bahawa Ustaz Zamri memiliki peminat di FB hampir 400 RIBU orang? Bayangkanlah betapa hebatnya pengaruh Ustaz Zamri kepada generasi muda hari ini. Peminat inilah yang menyokong dan menonton rancangannya di TV. Malah seperti yang diakui media, rancangan yang dikelolakan oleh Ustaz Zamri mendapat rating yang tinggi. Sejak Program Adik & al Quran dihentikan, ada pihak telah mewujudkan sebuah laman FB yang mahu rancangan itu diteruskan di TV9. Laman dengan nama Kami mahu Rancangan Adik & Quran Ustaz Zamri di TV9 diteruskan sudah ada hampir 18 ribu penyokong dalam masa yang singkat. Sambutan hangat pengguna FB ini sudah tentu berganda-ganda lebih hangat daripada laman FB yang menyokong Najib sebagai PM di FB yang ketika ini sedang merangkak menuju ke angka 400 RATUS orang. Ringkasnya, DCM menyeru pengunjung blog ini agar mengurangkan masa menonton media pencacai yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi tuan besar mereka. Biar rating penonton mereka jatuh, dan hal itu sudah tentu menjejaskan pendapatan mereka. | ||||||
Pelakon Wanita Dakwa Kekasih Tumbuk, Cekik, & Ugut Bunuh. Mari Meneka! Posted: 26 Jul 2011 11:11 PM PDT
Saya petik:
P/s: Macam-macam cerita di dunia lara! | ||||||
Ingat Kes Adik-beradik Disimbah Asid di Felda Jengka 9? Pelakunya Terima Hukuman Posted: 26 Jul 2011 10:00 PM PDT Saya petik:
| ||||||
Pelajar Hilang Rupanya Jatuh Kondo di Thailand Posted: 26 Jul 2011 09:30 PM PDT Saya petik:
| ||||||
Memalukan...Selepas 2 Minggu Hanya 363 Orang Mahu Najib Kekal sebagai PM di FB Posted: 26 Jul 2011 08:40 PM PDT Berdasarkan tinjauan DCM, setakat pukul 11.27 pagi ini (27/7) hanya 363 orang yang menekan butang "like" di laman yang menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara. Laman bertajukkan "3,000,000 People Want Najib To Stay" meraih sokongan yang terlalu sedikit sejak diwujudkan pada 15 Julai 2011. Manakala laman bertajukkan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" sudah mencatat angka 210,663 orang (setakat pukul 11.30 ptg - 27/7) sejak dibina pada 11 Julai 2011. Berdasarkan sambutan pengguna FB, jumlah penyokong laman ini akan meningkat ke angka 300 ribu tidak lama lagi. P/s: Tolong sebarkan kepada orang kampung dan penduduk Felda. Ini bukan penipuan, atau manipulasi. Ini ialah manifestasi masyarakat Malaysia yang celik IT, celik maklumat, dan celik politik. Mereka bijak kerana tidak diperdaya oleh dakyah yang disebarkan oleh media pencacai negara. | ||||||
Posted: 26 Jul 2011 07:55 PM PDT Malaysia Kini melaporkan warga internet melepaskan kekecewaan berhubung dengan kenyataan dan beberapa tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Mereka memulakan sindiran itu selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara. Malah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu. Perkataan "diam lah" turut dicatatkan di ruangan komen untuk kiriman (posting) yang ditulis. Warga internet yang pro-kerajaan bagaimanapun cuba berhujah bagi menangani tindakan itu dengan hamburan kata-kata kemarahan kepada penyokong Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, tindakan itu gagal menangani tenaga lawannya yang jumlah jauh lebih banyak. Sehingga berita ini ditulis, kiriman menggesa Perdana Menteri supaya diam belum reda. Kiriman terakhir dengan tulisan dengan blok besar baru dimuatkan hanya kira-kira lima minit lalu. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan