Rabu, 27 Julai 2011

Biaqpila

Biaqpila


PAS Dedah Nama Daftar Pemilih Bertindih

Posted: 27 Jul 2011 03:00 PM PDT




SHAH ALAM 27 JULAI: PAS hari ini terus mendedahkan bukti pertindihan nama daftar pemilih dalam data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perkara tersebut sekaligus mempertikaikan kesediaan suruhanjaya itu untuk melaksanakan sistem biometrik pada pilihan raya umum akan datang seperti yang diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof minggu lalu.

Dalam kenyataan media oleh Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat menyertakan senarai tiga nama daftar pemilih yang dikesan bertindih dengan membolehkan mereka mengundi lebih daripada sekali.

Contohnya semakan keatas seorang anggota polis yang memegang kad pengenalan polis dan biasa dalam laman web SPR didaftarkan di dua alamat berasingan.

Malah individu tersebut layak mengundi secara pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan di sebuah sekolah di Kampung Tok Busah, Kedah.

Individu kedua seorang wanita berbangsa India yang berkelayakan untuk mengundi di dua kawasan parlimen iaitu Alor Setar dan Merbok di Kedah manakala individu ketiga seorang lelaki berbangsa Melayu layak mengundi di parlimen Alor Setar dan Sungai Petani.

Dalam sebuah forum "Apa Selepas 9 Julai" anjuran Sinar Harian semalam, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan cadangan perlaksanaan sistem biometri untuk pilihan raya masih di peringkat kajian.

Sistem yang belum pernah dilaksanakan mana-mana negara itu mendapat kritikan pelbagai pihak selain mempertikaikan intergriti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan menjadi semak imbang senarai nama daftar pemilih.

Cadangan tersebut disokong oleh Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga yang juga panel dalam forum itu namun menggesa agar suruhanjaya itu membuktikan bahawa sistem tersebut bebas daripada sebarang bentuk manipulasi.

Sekiranya gagal maka Ambiga menyarankan agar SPR menerima pakai penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya.

Suhaizan berkata sehingga kini Pas telah mengemukakan sebanyak 253 senarai pengundi pos yang bertindan.

Menurutnya perkara tersebut telah dikesan sejak tahun 2008 namun sehingga ke hari ini masih tidak berlaku sebarang perubahan dalam data tersebut walaupun SPR telah berjanji untuk menanganinya.

"Pertindanan ini bertentangan dengan perkara 119 Perlembagaan Malaysia. Saya mempunyai terlalu banyak bukti pertindanan ini. Dalam kenyataan Dato Wan Ahmad kepada The Star pada 24hb Julai 2011, bahawa beliau bersetuju bahawa terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR yang sah," ujar beliau.

Justeru, Suhaizan menyifatkan SPR belum bersedia untuk bertindak sebagai suruhanjaya bebas sekaligus mengasingkan diri daripada cengkaman kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

tvs


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

10 DITAHAN PAKAI BAJU KUNING

Posted: 27 Jul 2011 10:30 AM PDT



Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri pada Rabu menaiki kereta api laju Express Rail Link (ERL) dari Putrajaya ke stesen KL Sentral untuk melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang. Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut oleh 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.


Najib bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalam-salaman dengan orang ramai di stesen itu.Perjalanan dari Stesen Putrajaya Sentral ke KL Sentral mengambil masa 35 minit.

Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri.

Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap," kata Fareez.

Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.


kl-today

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

APA SELEPAS 9 JULAI? NI DIA JAWAPANNYA...

Posted: 27 Jul 2011 01:00 AM PDT

You yang layan kami macam musuh

Posted: 26 Jul 2011 10:00 PM PDT



Nazri Abdullah

SHAH ALAM, 26 Julai: Wacana Sinar Harian bertajuk 'Apa selepas 9 Julai' yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karang Kraf di sini menyaksikan setiap penjelasan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disambut 'boo' oleh hadirin hingga ke akhir program.

SPR yang diwakili timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicemuh seawal beliau berhujah menjawab soalan yang dikemukakan moderator iaitu Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful dalam soalan awalnya bertanya kenapa SPR dilihat menggunakan ayat-ayat 'difensif' dalam buku terbaru mereka berhubung penjelasan tentang pilihan raya.

Menjawab soalan itu, Wan Ahmad dengan tegas berkata "SPR tidak difensif, kita tidak berpihak kepada mana-mana parti".

Jawapan itu lantas disambut 'boo' oleh hadirin sekaligus menjadikan auditorium gamat seketika dan kemudiannya ditenangkan oleh moderator.

Wacana hampir dua jam itu menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Pegerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia Professor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Ia bagaimanapun seolah-olah didominasi wakil SPR apabila hanya beliau diaju soalan oleh para hadirin.

Sepanjang penjelasannya, Wan Ahmad beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa SPR 'tiada kuasa' untuk melakukan perubahan malah menjelaskan perubahan sistem pilihan raya hanya boleh dibuat oleh Pejabat Peguam Negara sebelum diluluskan di Parlimen.

Membidas penjelasan itu, seorang hadirin bangun mempersoal kenapa SPR menolak bulat-bulat kesemua lapan tuntutan Bersih termasuk pembersihan daftar pemilih dan tidak membawa cadangan penambahbaikan itu kepada Pejabat Peguam Negara.

Menjawab soalan itu Wan Ahmad berkata SPR tidak ada kuasa mengeluarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih melainkan mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau turut mengakui senarai pemilih yang wujud sejak 1959 itu tidak bersih kerana ada individu sudah meninggal dunia namun tiada pengesahan kematian dibuat warisnya kepada JPN.

"Sebab itu kalau kita dengar tadi ada orang berumur lebih 100 tahun, of course sebab kalau dia daftar pemilih pada tahun 1959 tentu umurnya sudah lebih seratus tahun kerana warisnya tak pernah melapor kematian dia kepada JPN," katanya namun sekali lagi dicemuh hadirin kerana dilihat cuba menyalahkan rakyat.

Lantas dengan itu beliau terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan.

Ketika membuat penjelasan lanjutnya, Wan Ahmad tiba-tiba berkata "SPR ditembak dituduh dari pelbagai penjuru, tetapi parti Barisan Nasional dia tidak menentang SPR..."

Kenyataan itu menyebabkan beliau sekali lagi ditertawakan hadirin yang dilihat majoritinya adalah menyokong reformasi sistem pilihan raya dibuat.

"Sebenarnya tuan-tuan tak menggunakan fikiran yang waras...tuan-tuan tak baca undang-undang.

"Tak payah la angkat suara kuat-kuat...Saya rasa tuan tuan tak layak la duk berbincang di sini," kata Wan Ahmad kecewa selepas terus menerus di'boo' hadirin.

Beliau kemudiannya merayu agar semua pihak termasuk hadirin yang hadir agar tidak melayan SPR seperti musuh mereka.

Malah katanya semua pihak harus bersama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan sistem pilihan raya.

Membidas kenyataan itu, Ambiga pula mempersoal siapa sebenarnya yang dilayan seperti musuh sejak Bersih 2.0 mengumumkan mengadakan himpunan pada 9 Julai lalu.

"You yang layan kami macam musuh. Tengok sahaja Bersih diserang sejak enam minggu lalu," tegasnya.

Bagaimanapun wacana yang bermula kira-kira jam 2.15 petang itu terpaksa berakhir awal 15 minit apabila moderator mengumumkan beliau mendapat arahan dari pihak atasan untuk menamatkannya tanpa sempat membenarkan ahli panel membuat penggulungan.

"Pihak atasan ni bukan pihak penganjur, tapi atas lagi daripada pihak penganjur," kata Wan Saiful.


HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

DIBOOOOO SELEPAS 9 JULAI

Posted: 26 Jul 2011 06:00 PM PDT



KUALA LUMPUR 26 Julai - Sessi Debat Pengerusi BERSIH 2.0 dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar gamat dan kecoh setelah berlaku pertikaman lidah sesama mereka.

Kehadiran penonton yang dipelopori Penyokong BERSIH 2.0 menyukarkan Datuk Wan Ahmad menjawab setiap persoalan yang ditimbulkan Ambiga.

Malah, Datuk Wan Ahmad di 'boo' penyokong- penyokong BERSIH 2.0 sehinggakan beliau terpaksa meminta agar ianya dihentikan agar lebih mudah baginya untuk memberi penjelasan mengenai hal-hal yang dibangkitkan.

Program Debat yang dianjurkan Kumpulan Karangkraf ini turut dianggotai Profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

Saksikan rakaman debat:






















KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: