Pemuda Dihukum Keliling Kampung dengan Kemaluan Diikat Bata Posted: 22 Jul 2011 07:08 AM PDT
Berita AFP melaporkan polis Bangladesh semalam menyiasat kes seorang lelaki dipaksa berjalan keliling kampung dengan batu-bata diikat pada kemaluannya.
Tindakan itu didakwa dilakukan sebagai hukuman kerana pemuda itu menculik dan berkahwin dengan seorang kanak-kanak. Hukuman itu dilaksanakan Sabtu lalu terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun oleh majlis tempatan sebuah kampung yang terletak kira-kira 30 kilometer ke selatan Dhaka.
Polis berkata, lelaki itu menculik dan berkahwin secara paksa dengan budak perempuan berumur 12 tahun. Budak itu kemudian berjaya melarikan diri.
"Ketua kampung dan beberapa penduduk memukul lelaki itu dan memaksanya berjalan dengan batu-bata diikat pada kemaluannya di di tebing sungai dan disaksikan oleh kira-kira 200 orang," kata pegawai polis, Binoy Krishna kar.
Mahkamah Kampung diiktiraf di Bangladesh tetapi mahkamah itu hanya boleh menyelesaikan pertikaian mengenai hak milik tanah, pewarisan dan isu kecil lain. Mahkamah Kampung dilarang mengenakan hukuman fizikal.
|
Lelaki Mabuk Paksa Anak Tarik Kereta Sorong dalam Keadaan Bogel Posted: 22 Jul 2011 05:10 AM PDT Kejadian ini berlaku di China. Di sebuah lorong gelap, seorang wartawan dan sekumpulan orang awam ternampak lelaki tua berpakaian compang-camping sedang memukul seorang wanita muda yang berada dalam keadaan telanjang bulat. Gadis itu dilihat sedang merangkap sambil menarik kereta sorong berisi sampah dan barangan terpakai.
Lelaki yang dipercayai ayah kepada gadis itu dikatakan mabuk dan tidak diketahui sebab dia memaksa anaknya menarik kereta sorong itu dalam keadaan yang amat mengaibkan. Apabila menyedari orang ramai melihat dirinya dalam keadaan begitu, si anak itu dilaporkan telah memohon maaf daripada ayahnya. Wartawan yang berada di lokasi kejadian kemudiannya melaporkan hal itu kepada pihak polis.
P/s: Lelaki tua itu mabuk! Kerana arak, akal yang dikurniai Tuhan tidak dapat berfikir secara waras. Hasilnya, lihatlah kejadian yang berlaku di atas.
|
Najib Korban Cuti kerana Rakyat @ kerana Peguam Scorpene Sampai di Malaysia? Posted: 22 Jul 2011 01:30 AM PDT
Menurut berita Bernama, Perdana Menteri tiba di tanah air hari ini selepas melakukan lawatan ke luar negara, berkata beliau tidak sanggup bercuti lama, malah telah berkorban masa cuti beliau untuk menemui rakyat.
Selepas melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, Najib akan berada di Selangor pula pada tengah hari ini.
Beliau dijangka melakukan tinjauan mesra di Subang dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Subang Perdana, seterusnya menyertai makan tengah hari bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana.
"(Habis lawatan) saya ajak keluarga saya berbincang. Saya kata rasa-rasa dalam hati, saya kena balik walaupun ikut jadual keluarga saya dan saya, nak bercuti di luar negara sementara tetapi rasa-rasa saya perlu balik ke Malaysia.
"Saya kata bahawa tidak mengapalah kalau saya perlu berkorban. Saya sanggup berkorban demi rakyat Malaysia," kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 orang yang menyambut beliau di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Saya sangsi! Saya curiga! Yang menambahkan sangsi dan curiga itu apabila dalam masa yang sama peguam yang menyiasat Skandal Scorpene turut tiba di negara ini. Lagi menambahkan curiga dan sangsi itu apabila peguam tersebut bersama dengan isterinya ditahan di KLIA dan khabarnya bakal dihalau dari Malaysia.
Siapa yang memberikan arahan kepada Imigresen untuk berbuat demikian?
|
[TERKINI/TERPANAS] Peguam Scorpene Dijangka Dihalau Keluar dari Malaysia Posted: 22 Jul 2011 12:25 AM PDT Saya petik:
[TT] peguam peranchis monsieur william bourdon akan dihalau keluar dari malaysia
dalam masa yang sama peguam lathefa dan fadiah masih lagi berurusan di klia
P/s: Rejim sudah kecut. AMAT MEMALUKAN! Berkaitan:[MK] Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Difahamkan, beliau akan diusir pulang, paling awal malam ini. Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.
"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.
Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.
Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.
Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".
Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.
Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.
Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.
Syarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.
Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.
Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.
Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.
Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).
Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.
Isu Scorpene : Peguam Perancis Dihantar Pulang Tanpa Sebab [TVS] SHAH ALAM 22 JULAI : Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, akan dihantar pulang ke negaranya setelah ditahan Pegawai Imegresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak imegresen terhadap tindakan menghantar pulang peguam tersebut.
Peguam Hak Asasi, Latheefa Koya ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan tanpa sebab itu menunjukkan kerajaan pemerintah takut dengan pendedahan yang dibuat Bourdon dan menguatkan lagi spekulasi yang timbul selama ini.
"Kerajaan nampaknya takut pada pendedahan yang bakal dibuat Bourdan bersabit penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu dan hubungkait dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu," katanya.
Latheefa mengutuk tindakan kerjaan yang menyalahguna kuasa yang ada dengan menahan dan menghantar Bourdan pulang ke negaranya, semata- mata mahu menghalang peguam hak asasi Perancis itu daripada mengetengahkan pelbagai penemuannya bersabit kes itu.
"Bourdon datang ke Malaysia secara sah. Kerajaan salah guna kuasa dengan hantar balik beliau untuk tutup dakwaan penyelewengan ini," tegasnya.
Bourdon merupakan peguam yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), untuk memfailkan kes itu ke mahkamah terbuka di Perancis.
Kapal selam Scorpene buatan Perancis itu dikatakan dicemari dengan penyelewengan yang melibatkan jumlah komisyen RM540 juta ringgit... |
[GEMPAR] Pemimpin Regim Sudah Kecut, Peguam Scorpene Ditahan di KLIA Posted: 21 Jul 2011 11:36 PM PDT
Saya petik: [MK] Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urus niaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.
"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.
Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.
Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.
Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".
Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.
Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.
Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.
Syarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.
Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.
Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.
Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.
Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).
Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.
P/s: AMAT MEMALUKAN!
|
Tiada dalam Video PDRM: Solat dengan Tangan Berikat Posted: 21 Jul 2011 08:30 PM PDT | Kredit Gambar: PASPB |
P/s: Menurut blog PASPB, gambar ini dikatakan diambil berhampiran dengan Dataran Maybank ketika perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang lalu. Jika benar dakwaan bahawa gambar ini sebahagian daripada layanan mesra pihak berkuasa semasa BERSIH 2.0, maka situasi di atas benar-benar menyedihkan. Hal ini demikian kerana mereka yang ditangkap bukanlah penjenayah ganas. Mereka hanyalah pemuda yang mahu menuntut agar pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus. Mereka "digari" walaupun ketika bersolat. Pesan saya kepada yang terlibat: "Jawablah nanti di depan Allah SWT!"
|
Angkara Orang Gila, Dua Beradik Mengelupur Kesakitan Akubat Disimbah Cuka Getah Posted: 21 Jul 2011 07:10 PM PDT
Saya petik: [HM] MARAN: "Saya lihat dua beradik itu menggelupur kesakitan akibat disimbah cuka getah. Hati saya sedih melihat mereka meraung kesakitan," kata Siti Aishah Rohaisha Hanafi, 28, saksi kejadian dua beradik disimbah cuka getah oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman di Felda Jengka 9, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan adiknya, Shafiq Aiman, sembilan tahun, parah di muka dan beberapa bahagian tubuh akibat terkena cuka getah. Difahamkan, Shafiq Haikal yang baru selesai mengaji, mengajak adiknya ke rumah rakan sekolahnya untuk mengulang kaji pelajaran.
Sebaik tiba di depan rumah rakannya, suspek dikatakan berlari ke arah mereka sebelum menyimbah cecair dipercayai cuka getah dan terkena muka serta tubuh mangsa. Akibat simbahan itu, dua beradik terbabit meraung serta menggelupur menahan kesakitan sebelum jeritan mereka didengar penduduk berhampiran yang pantas memberi bantuan.
Ibu saudara mangsa, Zafrida Che Sham, 41, berkata dia terkejut dimaklumkan kejadian menimpa anak saudaranya itu.
"Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia hampir membunuh dua anak saudara saya. Apa salah dua beradik itu sehingga mereka diperlakukan begitu rupa," katanya, semalam. Zafrida berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kes terbabit kepada polis untuk melakukan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap suspek.
Dia mendakwa suspek jarang bergaul dengan penduduk kampung dan dia lebih banyak bersendirian di dalam rumah selain tidak mengetahui apa penyakit sebenar dihidapi lelaki itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Menurutnya, dua beradik itu cedera parah di muka dan tubuh serta dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Katanya, susulan kejadian itu, polis menahan reman suspek yang berusia 31 tahun selama enam hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Maran untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad pula berkata, beliau akan menghantar pegawainya hari ini untuk melihat keadaan dua beradik berkenaan.
"Saya tidak mahu membuat ulasan kerana kes terbabit masih dalam siasatan polis.
"Saya cuma dapat mengesahkan dua beradik terbabit diserang suspek, namun punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan," katanya, semalam.
Katanya, beliau akan memberi bantuan bagi meringankan beban keluarga dua beradik terbabit memandangkan kes itu serius.
|
Gadis OKU Dua Kali Lahir Anak Luar Nikah Buang Bayi Posted: 21 Jul 2011 06:26 PM PDT | Sekadar hiasan. |
Saya petik: [HM] KOTA TINGGI: Selepas menyusukan dan meletakkan bayi baru dilahirkannya di belakang rumah didiami bersama keluarga di Teluk Sengat di sini, seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 23 tahun dikatakan sanggup membuat helah mengejutkan ibunya dengan memberitahu terdengar tangisan bayi, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, ibu wanita berkenaan panik terus mengejutkan suaminya sebelum mereka menemui bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam keadaan bogel di tepi longkang rumah mereka.
Bagaimanapun, helah wanita OKU berkenaan yang mengalami kecacatan di kaki dan mata akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis, kira-kira jam 8 malam di rumah keluarganya selepas dipercayai terbabit melakukan perbuatan itu. Difahamkan, kejadian itu kali kedua wanita berkenaan melahirkan bayi luar nikah hasil hubungan haramnya dengan teman lelakinya warga Nepal selepas dua tahun lalu turut melahirkan bayi luar nikah hasil hubungannya dengan seorang lelaki warga Indonesia. Menurut wanita itu, dia melahirkan bayi berkenaan seorang diri kira-kira jam 12.30 tengah malam dalam bilik tidur di rumah keluarganya.
"Ibu bapa saya tidur di bilik sebelah manakala adik bongsu pula di ruang tamu tidak menyedari kelahiran berkenaan. "Sejurus selepas bersalin, saya sempat menyusu dan mendakap bayi saya sebelum senyap-senyap keluar ke belakang rumah lalu meletakkan bayi itu di tepi longkang rumah," katanya, semalam.
Difahamkan, ketika ditemui, bayi berkenaan masih bertali pusat selain dipenuhi kesan darah sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.
Menurut wanita itu, ketika polis dan kakitangan perubatan tiba di lokasi kejadian, dia yang memakai jean turut membantu membersihkan semut pada muka bayinya itu. "Keluarga tidak mengetahui saya hamil kerana biasanya keluar rumah seawal jam 5 pagi untuk bekerja di sebuah kilang di Ulu Tiram sebelum pulang pada lewat malam.
"Pada masa sama, saya turut memakai pakaian bersaiz besar bagi mengelak tembelang hamil anak luar nikah diketahui keluarga," katanya. Katanya, ini kali kedua dia melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya warga Nepal manakala anak luar nikah pertamanya lahir hasil hubungan dengan seorang lelaki warga Indonesia diserahkan kepada satu keluarga untuk dipelihara.
Pengarah HKT, Dr Maslina Yusof ketika ditemui mengesahkan bayi itu dilaporkan dalam keadaan sihat dan diberi rawatan antibiotik bagi mengelak sebarang jangkitan.
"Bayi lelaki berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas rawatan selesai," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan.
"Wanita terbabit direman empat hari hingga Ahad ini dan sudah dihantar ke HKT untuk rawatan perubatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.
P/s: Alahai!
|
Video Polis Tidak Menunjukkan Wajah Mat Sabu Posted: 21 Jul 2011 05:24 PM PDT
. Yang menjadi persoalan ialah wajah Mat Sabu tidak dipaparkan dalam video itu. Cuma yang kelihatan dua orang menunggang dan membonceng motorsikal sahaja. Bagaimana polis mengatakan orang itu ialah Mat Sabu dan rakannya?
Sementara itu Mat Sabu enggan mengulas kenyataan polis yang mendakwa beliau membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu lapor Malaysia Kini."Saya tidak mahu menjawab apa-apa... Tunggu kita saman di mahkamah," katanya melalui satu kiriman SMS lewat petang ini. Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Mohamad menjawab: "Kena tanya peguam Hanipa Maidin". Polis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, dilaporkan berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu. "Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan," katanya sewaktu tayangan video berhubung perhimpunan itu. Mohamad mengalami kecederaan dengan ligamen lutut kanannya terkoyak sehingga memerlukan menjalani pembedahan. Berikutan itu, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci di bahagian pelipat lututnya. Mohamad juga menafikan bahawa beliau berlakon untuk meraih simpati di atas kejadian yang menimpanya.
P/s: Aduhai! Tampaknya Mat Sabu "saja-saja" suruh doktor masukkan skru di bahagian lututnya.
|
Minuman Malta Barbican Perisa Buah-buahan BOLEH Diminum Posted: 21 Jul 2011 04:48 PM PDT
Saya petik:
[Kosmo] Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.
Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.
Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.
Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.
Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam. Sebelum ini. media melaporkan minuman tersebut menimbulkan isu kerana mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan