Jumaat, 22 Julai 2011

Biaqpila

Biaqpila


Peguam 'Scorpene' ditahan, akan diusir pulang

Posted: 22 Jul 2011 06:03 AM PDT


Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

ops scorpene dinner 220711 willian bourdonDifahamkan, beliau akan dihantar pulang menaiki pesawat menuju ke Paris pada kira-kira jam 11.30 malam ini.

Dalam mesej emelnya, Bourdon berkata semuanya baik, dan beliau akan terbang ke Paris malam ini.

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.


"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan tunangnya, Lea Foriester, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan Lea menemani Bourdon.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

NONESyarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

razak baginda acquitted 311008 12Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.

MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Rakyat ada jawapan insiden 9 Julai untuk hukum BN!

Posted: 22 Jul 2011 03:00 AM PDT



Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Bukan mudah untuk kerajaan Umno-BN menghalang mana-mana pihakuntuk melaporkan apa sahaja yang berlaku pada himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu.Rakyat yang telah disuburkan dengan pengetahuan ICT sejak ianya diperkenalkan dizaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad telah mula celik dengan perkembangan melalui internet.

Jika dahulu, ramai yang beranggapan kononnya isu-isu di kota raya Kuala Lumpur tidak akan sampai ke kampung-kampung mahupun di corok rantau.

Kini semuanya boleh sampai, malah melalui penggunaan Laptop 1 Malaysia yang diagihkan kerajaan kepada warga kampung dan pelajar boleh dimanfaatkan untuk tujuan mengetahui perkembangan.

Justeru insiden 'tindakan kasar' polis pada 9 Julai lalu seperti yang didakwa penganjur Bersih 2.0 bukan sahaja menjadi bahan dakwaan, malah ianya dibuktikan melalui tayangan klip video yang disebar melalui Youtube dan laman sesawang tertentu.

Malaysiakini, Harakahdaily dan banyak lagi portal turut menjadi nadi menyebarkan kisah-kisah 'unreported' yang tidak tersiar dimana-mana akhbar arus perdana.

Walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan anggotanya bertindak ganas, namun kepala ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad yang berdarah, lutut Timbalan Presiden PAS, Mohammd Sabu yang cedera dilanggar kenderaan polis dan beberapa peserta himpunan yang cedera, malah ada yang meninggal dunia (Allahyarham Baharuddin Ahmad) tidak boleh dipesongkan faktanya.

Gambar dan video klip membabitkan beberapa tingkah 'kurang sopan' anggota pihak berkuasa kini mula dikumpulkan oleh pihak-pihak yang terbabit dengan Bersih 2.0.

Jawatankuasa Bersih 2.0 sendiri telah membuat pengaduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), dan Pesuruhjaya Suhakam, Sha'ani Abdullah dalam kenyataannya sebelum ini mengecam tindakan ganas polis meleraikan himpunan.

Semuanya perlu dijawab cermat oleh polis dan kerajaan Umno-BN, kerana rakyat hari ini, walau berada di kampung atau di corok rantau tidak boleh lagi ditipu dengan hanya laporan media arus perdana.

Rakyat kini sedar, perlunya maklumat kedua bagi menerangkan sesuatu isu, kerana mereka sebenarnya telah merasai bertapa 50 tahun di bawah Umno-BN tidakpun membawa perubahan kepada mereka.

Petani masih lagi meneruskan kegiatan mereka bertani dengan bantuan yang semakin sukar diperolehi, nelayan terpaksa mengharung ombak besar menangkap ikan walaupun harga diesel semakin naik, malah peniaga terpaksa meniaga tanpa bantuan kerajaan walaupun harga barangan semakin menyesakkan poket mereka.

Darihal ini menyaksikan, rakyat mula bangkit untuk mencari apakah jalan terbaik mengajar kerajaan yang menggunakan polis sebagai senjata terakhir bagi mempertahankan kekuasaan.

Rakyat juga mulai tertanya akan apakah sebabnya kerajaan begitu bersungguh-sungguh mahu menghalang Bersih 2.0 dan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah badan 'maksum' yang tidak boleh dicadangkan penambahbaikan perjalanan pilihan raya yang menjadi keutamaan badan itu.

Perlu diingat, rakyat kini mulai mendapat 'ilham' kepada jawapan itu kerana mereka telah menyaksikan bukti-bukti insiden hitam 9 Julai melalui maklumat kedua.

Kerajaan yang masih dalam sindrom penafian perlu ingat, gelombang ketiga sedang dicipta rakyat untuk menghukum kerajaan dalam pilihan raya umum ke-13.

warta-utara


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Mat Sabu: 'Tunggu kita saman di mahkamah'

Posted: 22 Jul 2011 12:00 AM PDT



Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu enggan mengulas kenyataan polis yang mendakwa beliau membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu.

"Saya tidak mahu menjawab apa-apa... Tunggu kita saman di mahkamah," katanya melalui satu kiriman SMS lewat petang ini.

Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Mohamad menjawab: "Kena tanya peguam Hanipa Maidin".

Polis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, dilaporkan berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan," katanya sewaktu tayangan video berhubung perhimpunan itu.

Mohamad mengalami kecederaan dengan ligamen lutut kanannya terkoyak sehingga memerlukan menjalani pembedahan.

Berikutan itu, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci di bahagian pelipat lututnya.

Mohamad juga menafikan bahawa beliau berlakon untuk meraih simpati di atas kejadian yang menimpanya.

MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SUKAR BANGUN SUBUH? TIPS UNTUK ANDA

Posted: 21 Jul 2011 09:00 PM PDT



Sesungguhnya segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Azza Wajalla, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Antara suasana yang membimbangkan berlaku kepada kebanyakan umat Islam pada hari ini ialah gejala meninggalkan solat Subuh dan meninggalkan solat Subuh berjamaah di Masjid. Meskipun diketahui bahawa mengerjakan solat Subuh khususnya di Masjid secara berjamaah mempunyai kelebihan yang besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan Iman namun kini ramai yang mengabaikannya. Malah di kalangan mereka yang mendokong perjuangan Islampun ramai yang kalah untuk bangun awal mengerjakan solat Subuh di Masjid.

Keadaan ini adalah berpunca dari sikap suka berjaga lewat malam samada kerana melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bersukan, makan-makan dan berbual kosong dalam perkara yang tiada manfaat. Inilah yang selalunya menyebabkan umat Islam berjaga hingga lewat malam hingga menyebabkan mereka terlepas keberkatan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW di awal pagi. Jika kita lihat generasi umat Islam lampau mereka sangat mengambil berat soal tidur awal agar mereka dapat bangun lebih awal untuk melaksanakan ibadah dan seterusnya bekerja di awal pagi dengan perasaan yang segar dan sihat. Oleh kerana itulah kehidupan generasi lampau di kalangan datuk, nenek dan moyang kita sentiasa sihat dan bertenaga di siang hari. Jarang sekali kita dengar mereka ditimpa penyakit atau tekanan perasaan seperti yang berlaku pada ramai orang pada hari ini. Oleh kerana itulah Nabi SAW bersabda:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

Ertinya: "Ya Allah! Berkatilah ummat ku diwaktu paginya". Hadis riwayat Ahmad
Bagi membantu sahabat-sahabat untuk bangun awal diwaktu pagi supaya dapat bertahajjud, solat sunat dua rakaat sebelum subuh dan solat subuh berjamaah di Masjid, di sini dinukilkan beberapa kaedah yang sedikit-sebanyak dapat membantu

Kaedah membantu diri untuk mudah bangun pagi ialah:

1) Tidur awal:

Menjadi kebiasaan mereka yang tidur awal akan bangun awal dan sebaliknya mereka yang tidur lewat akan bangun lewat. Oleh kerana itu adalah makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual kosong dan membuang masa selepasnya hingga menyebabkan tidur lewat. Namun begitu ada keadaan yang dikecualikan untuk tidur lewat sepertimana yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim. Katanya: Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamullail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan, adapun sekiranya pada perkara yang ada maslahat dan kebaikan maka tidaklah makruh, seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh".

Bagi seorang Muslim yang perihatin dia berjaga malam adalah kerana aktiviti perjuangan dan ibadah dan bukannya kerana perbuatan lagho, dan jika sekiranya dia lewat tidurpun dia tetap berusaha dan memastikan bangun awal untuk ke Masjid solat berjamaah subuh.

2) Memelihara adab tidur:

Kunci kedua untuk mudah bangun di waktu subuh ialah memelihara amalan sunnah ketika tidur di waktu malam. Iaitu dengan berwudhuk, ketika di atas pembaringan duduk sambil menghimpunkan kedua-dua belah telapak tangan dan meniupkan ke atasnya selepas membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian di sapu keseluruh badan dan tidur dengan membaca doa sebelum tidur. Bagi mereka yang sukar bangun pagi, hendaklah memohon bantuan daripada ahli keluarga, kawan atau jiran bagi membantu menggerakkannya untuk bangun di awal pagi atau menyediakan jam loceng. Bagi mereka yang sudah terbiasa bangun awal di waktu subuh selalunya tidak menjadi masalah untuk bangun awal kerana secara fitrah dia akan bangun pada masanya dan tidak perlu kepada faktor luaran untuk menggerakkannya kerana seolah-olah ia sentiasa dibantu oleh para Malaikat untuk bangun awal.

Kemudian setelah terjaga hendaklah membaca doa dan janganlah sekali-kali meneruskan tidur kerana ia akan membawa kepada terjaga lewat.

3) Memenuhkan dada dengan Iman dan 'amal soleh:

Keimanan yang kuat adalah merupakan pendorong utama bagi seseorang melakukan sesuatu yang sukar. Mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di Masjid adalah suatu amalan yang sukar dan ia tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala. Justeru bagi meningkatkan keimanan dalam dada, seseorang itu hendaklah menambahkan amalannya dengan banyak melakukan kebaikan, kerana dengannya hati seseorang itu akan menjadi suci dan bersih yang memudahkan untuk suburnya Iman. Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan kekerasan hati adalah menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah yang sukar seperti solat Subuh berjamaah di Masjid dan qiamullail. Hati boleh menjadi keras kerana dikotori oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, ujub dan riak atau disebabkan makan dari sumber yang tidak halal.

4) Menjauhi perbuatan maksiat:

Maksiat adalah penghalang bangun solat Subuh dan mengerjakannya di Masjid. Justeru hendaklah kita sentiasa menjauhi segala maksiat. Seperti yang berpunca daripada mata iaitu melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, samada melalui televisyen ataupun internet. Juga yang berpunca dari lidah iaitu perbuatan mengata orang, mengeji, mengumpat dan menabur fitnah. Juga yang berpunca dari telinga seperti mendengar hiburan-hiburan haram dan umpatan serta fitnah. Mereka yang melakukan maksiat selalunya sukar untuk bangun solat Subuh atau ke Masjid kerana ia melemahkan naluri beramal soleh dan menghakis keyakinan kepada janji-janji kebaikan daripada Allah Taala. Mata, lidah dan telinga sepatutnya digunakan bagi melihat, membaca dan mendengar perkara kebaikan seperti al-Quran, al-Hadis, ceramah dan lain-lain.

5) Mengetahui kelebihan solat Subuh dan fadhilat mengerjakannya di Masjid
Hendaklah mengetahui kelebihan dan keistimewaan amalan solat subuh dan mengerjakannya di Masjid kerana dengan mengetahuinya barulah seseorang itu terdorong untuk berlumba melakukannya. Saidina Uthman bin 'Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam". Hadis riwayat Imam Muslim.

Ibnu Mas 'ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:
ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ أَوْ أُذُنَيْهِ
Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga). Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.

Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing syaitan, berbeza dengan merek yang bangun solat Subuh di awal pagi.

Kebesaran dan keagungan solat Subuh berjamaah di Masjid hendaklah dimasukkan ke dalam hati kerana ia akan menangkis bisikan syaitan yang selalu membisikkan rasa ringan meninggalkannya. Bagi para ulama dan ustaz pula hendaklah menanamkan rasa malu dan bersalah yang amat sangat jika tidak hadir solat Subuh berjamaah kerana dia adalah contoh ikutan orang awam.

6) Mengetahui kesan meninggalkan solat subuh@solat berjamaah subuh.
Antara punca jiwa menjadi lemah dan hilangnya banyak daripada kelebihan agama dan dunia ialah bangun lewat dan meninggalkan fardhu subuh. Oleh kerana itulah syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda: ((Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu iakatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.

Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, justeru Nabi SAW memelihara waktu tersebut iaitu memenuhkannya dengan zikir dan baginda selalunya selepas subuh terus duduk sambil berzikir sehinggalah terbit matahari, dan kemudian baginda solat dua rakaat Dhuha.

Amalan ini menjadi ikutan para ulama salafussoleh, antaranya ialah Imam Ibnu Taimiyyah yang turut melakukan amalan duduk berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari sepertimana yang dikhabarkan oleh muridnya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah

Waktu selepas solat Subuh adalah saat banyaknya kebaikan dan keberkatan, kerana itulah Nabi SAW berdoa:

((اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِيْ فِيْ بُكُوْرِهَا))

Maksudnya: Ya Allah berkatilah ummatku di waktu pagi! HR Al-Tirmizi.
Oleh sebab itu kita lihat mereka yang berjaya dalam urusan dunia mereka seperti berniaga, menternak atau bertani memulakan kerja mereka di awal pagi kerana rezki terbuka luas di waktu tersebut. Begitulah juga dalam urusan akhirat waktu pagi adalah saat yang paling baik menambahkan amal ibadah. Oleh itu mereka yang mengsia-siakan waktu tersebut dengan tidur atau berehat-rehat sahaja sebenarnya telah mendapat kerugian dalam hidup mereka
.
Di samping kelebihan dalam kerja dan ibadah, mereka yang bangun awal juga mendapat kebaikan dari sudut kesihatan kerana udara yang dihirup di waktu subuh adalah udara yang segar dan akan hilang kesegarannya apabila terbitnya matahari. Kesegaran udara di waktu pagi ini akan mencerdaskan
otak, mendamaikan jiwa dan mencergasan fizikal

7) Menjauhi sifat-sifat munafiq.
Kehadiran diri ke Masjid di waktu subuh adalah merupakan bukti kekuatan iman seseorang Muslim dan bebasnya diri dari sifat minafiq kerana ia adalah waktu paling sukar untuk melaksanakan ketaatan. Rasulullah SAW bersabda

((إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا))

Maksudnya: (( Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak)) HR Al-Bukhari dan Muslim

Abdullah bin Mas 'ud r.a berkata: "Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya". Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah.

Ibnu Umar r.a pula berkata: "Apabila kami dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya". Riwayat Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah

Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di Masjid maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya. Namun jika sebaliknya, dia sangat malas berjamaah di Masjid waktu subuh maka itu adalah petanda imannya yang bermasalah serta kekerasan hatinya. Ia juga menunjukkan ketundukannya kepada hawa nafsu dan kekalahannya kepada bisikan syaitan. Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur.

Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi.

http://zuridanmdaud.blogspot.com

gigitankerengga

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Video Polis Tidak Menjawab Kesakitan Rakyat

Posted: 21 Jul 2011 06:00 PM PDT



SHAH ALAM 21 JULAI : Di sebalik pengakuan polis bahawa meriam air dipancutkan ke kawasan Hospital Tung Shin, polis hakikatnya tidak menjawab secara keseluruhan tentang keganasan yang dilakukan terhadap ribuan peserta Himpunan Bersih 9 Julai lalu.

Selain puluhan malah mungkin ratusan video yang didedahkan di internet, malah paling penting ribuan saksi mata yang melihat keganasan polis pada 9 Julai lalu, polis ironinya terus bertindak menafikan dengan menyajikan rakyat rakaman video terpilih, kata peguam hak asasi manusia, N Surendran.

" Apa jawapan polis tentang kecederaan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ke atas pengawal peribadi Anwar, Yew Boon Lye dan ramai yang berada di dalam terowong termasuk Datuk Seri Anwar. Bukankah mereka cedera? Bukankah kita sudah tunjuk keterangan video dan gambar. Tiada jawapan.

" Penafian polis hari ini mereka menggunakan rakaman yang terpilih. Tidak menunjukkan keseluruhannya sedangkan kita telah menunjukkan banyak video tentang berlaku banyaknya keganasan. Apa jawapan polis tentang tembakan 12 das di terowong KL Sentral?,"katanya kepada Tv Selangor.

Dalam insiden 9 Julai lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia menyertai himpunan aman menuntut pilihan raya yang adil walaupun terpaksa meredah pancutan air kimia dan tembakan gas pemedih mata polis.

Dunia hari itu menyaksikan Malaysia mencatat sejarah apabila menahan lebih 1,600 rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman di ibu negara.

Selain puluhan mengalami kecederaan, seorang meninggal dunia.

" Mereka seolah-olah berpura-pura bahawa tidak ada isu. Walhal sebenarnya banyak keterangan dan isu telah dibawa tetapi tidak dijawab. Bagaimana kes Mohamad Sabu, kes Baharuddin, bagaimana pula orang ramai yang dipukul dan dikasari oleh pihak polis,"soal Surendran.

Malah naib presiden PKR itu turut mempersoalkan bagaimana video-video rakaman media antarabangsa yang memaparkan aksi ganas polis.

" Bagaimana rakaman daripada Al-Jazeera yang menunjukkan pihak polis menyepak mereka yang berhimpun secara aman? Tidak ada jawapan untuk semua ini,'kata Surendran.

Sementara itu, ahli parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi Tv Selangor menyerahkan hal ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk membuat siasatan.

Malah katanya beliau yakin, saksi-saksi keganasan polis pada hari kejadian akan tampil menceritakan hal sebenar sekaligus menafikan kenyataan dan video yang dipaparkan polis hari ini.

" Polis tidak ada kredibiliti. Oleh itu apa jua video yang mereka tunjuk, ia tidak menunjukkan apa yang berlaku. Beribu-ribu orang di sana menjadi saksi dan kita lihat banyak lagi video lain.

" SUHAKAM selepas ini akan membuat inkuiri awam dan kita tunggu lah orang-orang ramai untuk kemukakan bukti. Kita harap polis pun akan kemukakan bukti mereka juga,"katanya.

SUHAKAM sebelum ini memutuskan akan mengadakan inkuiri awam menyiasat dakwaan keganasan polis bulan depan.

Menurut naib pengerusi SUHAKAM, pihaknya yang turut menghantar pasukan pemantaunya ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga akan bergantung pada maklumat yang mereka perolehi pada hari terbabit.

TVS


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kepala Budak 3 Tahun Terkoyak Diseret Van

Posted: 21 Jul 2011 03:00 PM PDT



IPOH: "Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...," jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.


Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. "Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. "Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Warga emas yang uzur dan berjalan menggunakan tongkat itu hampir pengsan selepas dimaklumkan jiran yang turut terdengar jeritan itu bahawa cucunya diseret van.


Kejadian dipercayai berlaku apabila beg galas dibawa mangsa tersangkut pada pintu van ketika menutupnya dan pemandu van yang menyangka mangsa sudah turun, memecut kenderaannya.


Tindakan pemandu van itu menyebabkan Muhammad Haziq terseret sejauh hampir 100 meter di bahagian bawah kenderaan dalam keadaan terbaring.

Mujur tindakan berani seorang wanita yang juga jiran keluarga mangsa melangkah ke tengah jalan untuk memberhentikan van itu berjaya menyelamatkan Muhammad Haziq daripada maut.


Pemandu van, seorang lelaki berusia 50-an mendakwa tidak mendengar jeritan mangsa ketika ditanya jiran wanita itu.


Jiran itu kemudian meminta orang ramai mengangkat mangsa yang meraung kesakitan ke dalam van sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Bapa mangsa, Muhamad Sazali Yahaya, 30, anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berkata, jirannya itu memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.


"Dia terlebih dulu memberitahu kejadian itu kepada ibu saya (Timah) sebelum menghubungi saya yang ketika itu berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) bagi menghantar makanan kepada isteri yang bertugas sebagai jururawat di sana.


"Saya bersama isteri bergegas ke klinik berkenaan dan luluh hati kami melihat keadaan anak yang meraung kesakitan. Saya cuba tabahkan diri untuk menenangkan perasaan, tetapi gagal," katanya sebak.


Muhamad Sazali berkata, dia bertambah sayu selepas Muhammad Haziq meminta dia dan isteri berhenti menangis.


"Haziq pintar biarpun baru berusia tiga tahun lima bulan. Dalam keadaan sakit dia masih sempat menasihatkan saya dan isteri supaya jangan menangis kerana dia tidak mahu mati lagi," katanya.



Berikutan kecederaan parah dialaminya, Muhammad Haziq dimasukkan ke bahagian kecemasan HRPB sebelum menjalani pembedahan.


Muhamad Sazali berkata, menurut doktor, anaknya mungkin mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus.


Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya.


Muhamad Sazali tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu van terbabit, namun tumpuannya kini ialah terhadap anaknya yang bakal menjalani satu lagi pembedahan plastik bagi menutup tempurung kepala.

HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: