Biaqpila |
- KEMPEN PAKAI BAJU KUNING
- Sebelum Tidoq,Klip Video Untuk Najib
- Video eksklusif: Saat akhir arwah Baharuddin (pejuang Bersih)
- GAMBAQ KJ TANGKAP POLIS...? KAH!KAH!KAH!
- VIDEO PANAS: BERSIH 2.0 UNPLUGGED
- SAKSIKAN DEMO BERSIH DI SELURUH DUNIA
- GAMBAR PALING TERHARU BERSIH 2.0
Posted: 11 Jul 2011 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 10 Julai — Susulan perhimpunan Bersih 2.0 dan tindakan Putrajaya mengharamkan kemeja-T warna kuning tertera lapan tuntutan pembaharuan pilihan raya, Pemuda PAS merancang memulakan kempen warga kuning ketika sambutan Aidilfitri akhir bulan depan. Bulan Ramadan bermula awal Ogos dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri sebulan kemudian. "Saya juga memberi perhatian kepada cadangan sahabat saya (bekas mufti Perlis) Dr Mohd Asri Zainal Abidin agar dianjurkan Minggu Bersih dengan menghidupkan elemen perjuangan Bersih 2.0 sepanjang minggu dalam pelbagai aktiviti harian sama ada secara rasmi atau tidak. "Cuma saya menambah agar momentum Bersih 2.0 ini dikekalkan sehingga lapan tuntutan menjadi kenyataan," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini. Kata beliau, momentum itu boleh diterjemah atau direalisasikan oleh rakyat dalam apa jua aktiviti dan kreativiti mereka. "Saya mengusulkan kepada semua rakyat Malaysia khasnya anak-anak muda negara ini sebagai salah satu usaha untuk menghidupkan elemen perjuangan Bersih 2.0 agar menjadikan tema pakaian dan perhiasan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini ialah warna kuning... tidak mengapalah tema kuning itu menampilkan warna kuning air, kuning emas, kuning bercorak, kuning bersulam, kuning berjalur, kuning berpetak, kuning sedondon, kuning berbatik dan sebagainya, asalkan temanya kuning," katanya. Dalam kenyataannya, Nasrudin, salah seorang daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur semalam berkata, biarpun tanpa baju Bersih 2.0 berwarna kuning yang tertera senarai lapan tuntutan, "namun kandungan tuntutan itu telah menjadi slogan dan laungan para peserta Bersih 2.0 sepanjang himpunan berlangsung di bawah siraman gas pemedih mata." "Tidak hilang seri himpunan Bersih 2.0 tanpa baju rasmi himpunan kerana fokus adalah kepada senarai lapan tuntutan yang dikemukakan, bukan pada warna bajunya semata-mata," katanya. Nasrudin yang menyifatkan perhimpunan mereka semalam berjaya berkata peserta tidak memakai baju Bersih 2.0 kerana mematuhi ketetapan penganjur yang memberi kebebasan kepada peserta himpunan untuk tidak memakai baju rasmi ekoran tekanan menggila dari pihak pemerintah. "Biarpun sekatan dikenakan dari segenap penjuru alam beserta ugutan, ancaman, tekanan, fitnah, tohmahan, tangkapan dan halangan, ternyata tidak mampu menghalang rakyat dari seluruh negara mewakili keseluruhan rakyat yang prihatin memasuki ibu kota untuk menjayakan himpunan Bersih 2.0. "Pastinya mereka kehairanan, setelah sedemikian rupa tindakan mereka ke atas Bersih 2.0 termasuklah menggunakan televisyen, radio dan iklan sebagai propoganda membusuk dan mengotorkan imej Bersih 2.0, namun Bersih 2.0 tetap bersih dan himpunannya tetap mencapai matlamat serta objektif penganjurannya," kata beliau lagi. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Sebelum Tidoq,Klip Video Untuk Najib Posted: 11 Jul 2011 10:20 AM PDT |
Video eksklusif: Saat akhir arwah Baharuddin (pejuang Bersih) Posted: 11 Jul 2011 05:00 AM PDT Sebelum melihatnya mari kita sama2 sesekahkan Al-Fatihah buat arwah.. Saat akhir hidup arwah Baharudin , membaca doa sambil loud hailer dipegang oleh kaum Tionghua, inilah yg menggentarkan ketuanan melayu UMNO BN. sila lihat youtube ini...tunggu minit 8:12, sila dengar laungan akhir arwah Baharudin sebelum meninggal dunia . |
GAMBAQ KJ TANGKAP POLIS...? KAH!KAH!KAH! Posted: 11 Jul 2011 03:00 AM PDT DEY MACHA!!! MANA SATU BETOI NI POLIS TANGKAP KJ KA KJ TANGKAP POLIS? BAIK PUNYA DOK POSSING KAH! KAH! KAH! BUAT DEMONSTRASI KA APA NI? DULU KATA HANYA BERUK YANG BUAT DEMONSTRASI? BILA MASA HANGPA TRANSFORM JADI BERUK? KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
VIDEO PANAS: BERSIH 2.0 UNPLUGGED Posted: 11 Jul 2011 12:00 AM PDT DEY MACHA!!! LU MEMANG BRAVO LA... LU LAGI BAIK DARI 100 EKOQ KATAK PERKOSA CAKAP BERAPI-API LAST-LAST LEPAK UMAH LAYAN TV KAH! KAH! KAH! SAKSIKAN VIDEO KLIP EKSKLUSIF INI YANG DIRAKAMKAN OLEH ADMIN DI JALAN HANG JEBAT PADA 9.7.11 DEMO BERSIH 2.0 : KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
SAKSIKAN DEMO BERSIH DI SELURUH DUNIA Posted: 10 Jul 2011 09:00 PM PDT KAHERAH MESIR OTAWA CANADA NEW YORK LONDON GENEVA SWISS PARIS OSAKA JEPUN TAIPEI HONG KONG PERTH AUSTRALIA MELBOURNE AUSTRALIA ADELEIDE AUSTRALIA CANBERA AUSTRALIA KUALA LUMPUR briged-akhdor KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
GAMBAR PALING TERHARU BERSIH 2.0 Posted: 10 Jul 2011 06:00 PM PDT YANG NI PUN TERHARU GAK..PASAI TERPAKSA GUNA BANGLA... UPAH MURAH MAAA..BAGI T-SHIRT SELAI JALANLA... Meskipun ribuan anggota polis dikerah untuk "menutup" Kuala Lumpur kepada peserta Bersih semalam, puluhan ribu orang menongkah arus pancutan air kimia dan tembakan gas pemedih mata serta belantan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyertai perhimpunan aman itu. Mereka berjalan secara aman menuju ke Stadium Merdeka untuk menuntut pilihan raya adil dan telus namun menghadapi kekangan dan kekerasan polis di sepanjang perjalanan. Lebih 1,667 orang ditangkap termasuk Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan dan pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan