dollah yankee |
Posted: 25 Jul 2011 04:58 PM PDT |
YB Malik Kasim tak mahu tanggung dosa anda Posted: 25 Jul 2011 02:02 AM PDT Cantik lahhh..YB.. lagi empat lima hari kita semua akan berpuasa.. Nampak gaya kaki-kaki ponteng puasa terpaksalah cari kedai makan cina atau kedai makan hindu kalau ada niat tak mahu puasa dan nak 'men-tekedarah' waktu siang masa bulan puasa nanti. Ini kerana YB Malik Kasim 'will come down hard' kepada kaki-kaki ponteng puasa ini dan juga peniaga-peniaga yang menjual makanan dan minuman semasa hari siang di bulan ramadhan nanti. YB Malik Kasim dan JHEAIPP berserta dengan unit pengurusan dan penguatkuasaan akan memulakan operasi mereka "Ops Jejak,Ops Cegah Maksiat dan Ops Ramal" seawal hari pertama ramadhan selama satu bulan non-stop'. Mereka telah mengenal pasti beberapa kedai makan termasuk lah kedai-kedai nasi kandar yang terkenal yang telah dikenal pasti menjual makanan dan minuman kepada orang-orang melayu dan islam semasa bulan ramadhan tahun lepas, dan... AWAS! YB Malik Kasim dan unit penguatkuasa itu akan memerhatikan anda! YB Malik Kasim kata mereka tidak peduli sama ada tempat-tempat makan itu dalam hotel yang berbintang atau tidak berbintang, pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat perjudian kerana semasa bulan ramadhan.. 'NO for MOSLEM". Hotel-hotel dan pusat-pusat penjualan makanan yang bercadang nak buat promosi 'berbuka puasa' pula perlu ada sijil halal. "Saya pemimpin yang tidak mahu tanggung dosa anda!". dollah yankee - Cantik lah YB Malik..mula-mula kena cari 'port' budak-budak umno dok lepak makan dan minum masa bulan puasa...ada..ada banyak tempat... |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan