Isnin, 25 Julai 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Peragut Pura-pura Pengsan

Posted: 25 Jul 2011 08:28 PM PDT

Saya petik:

[Kosmo] KUALA LUMPUR – Taktik seorang lelaki yang berlakon pengsan untuk mengelak daripada diberkas selepas meragut seorang wanita tidak berhasil apabila dia cedera akibat dibelasah orang ramai sebelum diserahkan kepada polis Jumaat lalu. 

Lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu diberkas pada pukul 4.30 petang selepas dia meragut dompet Siti Noraini Mat Noh, 24, berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) Pudu di sini. Siti Noraini merupakan kerani di sebuah kedai menjual motosikal di Jalan Pasar di sini.

Mengimbau semula kejadian itu, Siti Noraini memberitahu, sebelum kejadian, dia sedang berjalan kaki bersama seorang rakan untuk ke tempat kerja selepas makan di sebuah restoran makanan segera berdekatan. 

"Saya terkejut apabila lelaki memakai baju belang itu datang dari belakang dan terus merampas dompet yang saya pegang. 

"Kejadian itu berlaku sepantas kilat dan saya tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menjerit," ceritanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Tambahnya, dia dan rakannya kemudian mengejar peragut yang berjalan kaki itu tetapi tidak berhasil kerana suspek berlari pantas.

Jantan Berahi Sanggup Pecahkan Cermin Kereta....

Posted: 25 Jul 2011 01:00 AM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] HULU SELANGOR: Seorang lelaki berusia awal 20-an sanggup merogol teman wanitanya selepas memujuk wanita itu yang berasal dari Sungai Petani, Kedah mengikutnya ke ibu kota.

Difahamkan, lelaki terbabit mengajak teman wanitanya yang berusia 22 tahun itu ke rumah salah seorang ahli keluarganya yang tinggal di Bukit Sentosa, di sini, Selasa lalu.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membenarkan suspek memandu kereta miliknya untuk ke rumah ahli keluarga lelaki itu.

"Sebaik tiba di rumah berkenaan kira-kira jam 2 pagi, suspek bertindak memaksa mangsa masuk ke dalam rumah dan menyatakan hasratnya untuk mengadakan hubungan seks.

"Mangsa yang terkejut dengan permintaan suspek kemudian menolak permintaan itu," katanya.

Menurutnya, disebabkan keengganan mangsa, suspek dikatakan mengamuk dan bertindak memecahkan cermin kereta mangsa sambil mengarahkan mangsa keluar dari kenderaan itu.

"Selepas itu, mangsa yang ketakutan keluar dari keretanya sebelum ditarik suspek masuk ke dalam rumah berkenaan," katanya.

Sumber berkata, mangsa diperkosa dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum mangsa dibawa pulang semula ke rumahnya di Sungai Petani keesokannya.

Mangsa kemudian memaklumkan apa yang berlaku ke atasnya kepada bapanya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

"Mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa dipercayai dirogol," katanya.

 P/s: Mudah sangat perempuan terpedaya oleh jantan bertopengkan Caligula!

Persamaan Kerajaan Ben Ali-Najib, Komisyen Kapal Selam "Lebih Besar" Bakal Didedahkan di Mahkamah Perancis

Posted: 25 Jul 2011 12:15 AM PDT


Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghalau peguam, William Bourdon takut rahsia rasuah Scorpene sebanyak RM540 juta terbongkar dan kaitannya dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Ini termasuk pendedahan mengenai satu lagi komisyen ketiga membabitkan pegawai kerajaan peringkat tertinggi di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam berkenaan pada 2002.

Aktivis Suara Rakyat Malaysia, Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru ditemui bahawa komisyen tersebut "lebih besar" daripada yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd.

Perimekar merupakan syarikat milik Abdul Razak Baginda, rakan baik Najib yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh Altantuya- perantara bagi urusan pembelian Scorpene.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata demikian mengulas tindakan pentadbiran Najib menghantar pulang peguam dari Perancis itu.

"Kalau tidak salah, kenapa dihantar balik peguam Perancis. Bourdon datang untuk jalankan tanggungjawabnya mendedahkan kontroversi pembelian Scorpene," katanya yang lebih dikenali Chegu Bard kepada KeadilanDaily, hari ini.

Chegu Bard berkata, Najib dalam keadaan semakin terdesak dan kini takut akan bayang-bayangnya sendiri hingga akhirnya memalukan dirinya sendiri.

"Najib semakin tergugat apatah lagi takut pembohongannya terdedah dengan pembongkaran Bourdon," kata Ketua Cabang Rembau itu.

Bourdon dijadualkan memberi ucapannya di Selangor malam semalam dan 23 Julai di Ipoh, Perak sebelum ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantar pulang ke Paris jam 11.30 malam semalam.

Beliau aktif dalam memulakan prosedur undang-undang di Perancis terhadap bekas pemimpin Serbia atau pemimpin Rwanda yang disyaki melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang.

Beliau juga peguam kepada keluarga asal Perancis-Chile yang menjadi mangsa kepada bekas diktaktor Augusto Pinochet, selain mempertahankan beberapa banduan Perancis yang ditahan di Guantanamo.

Mengulas lanjut, Chegu Bard mengingatkan semua pihak bertapa perbuatan Najib itu mengulangi kezaliman bekas Presiden kuku besi Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan rakyat baru-baru ini.

"Bourdon sebelum ini pernah dihalau oleh Ben Ali. Kali ini, Najib pula mengulangi tindakan sama. Najib sama seperti Ben Ali, sebaris dengan Ben Ali. Tiada bezanya mereka berdua.

Ben Ali pula seorang beragama Islam tetapi tidak melaksanakan pemerintahannya berlandaskan syariat, malah menolak tuntutan al-Quran sebagai dasar sesebuah kerajaan sekalipun majoriti rakyat, beragama Islam.

Ben Ali juga menukarkan Tunisia kepada sebuah kerajaan polis apabila meletakkan seorang anggota polis bagi mengawal setiap 100 penduduk

Pemerintahan kuku itu berakhir berikutan kebangkitan rakyat hingga menyebabkan Ben Ali dan isterinya, Laila Trabelsi yang popular sebagai First Lady dan boros membelanjakan wang rakyat, melarikan diri ke luar negara.

[Wajib Baca] Mengapa Biometrik Tidak Selamat? Bagaimana Biometrik Boleh Dimanipulasi?

Posted: 24 Jul 2011 11:30 PM PDT


Saya petik:
[HD] Tidak dinafikan penggunaan teknologi maklumat dalam banyak aspek pentadbiran negara, malah pengurusan syarikat telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, produktiviti, keselamatan, kesihatan dan banyak lagi khususnya kepada kepentingan pihak awam. Tidak ketinggalan peranan utamanya untuk memastikan tahap 'competitive' atau daya saing negara terus kekal dan berdaya maju berbanding negara-negara lain.

Satu keperluan 'survival' rakyat Malaysia untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai alat untuk memacu negara di dalam proses penjanaan pendapatan dan seterusnya mempertingkatkan pendapatan per-kapita agar rakyat tidak terus menerus lemas di bawah tekanan ekonomi khususnya dari negara luar yang juga menggunakan kaedah yang sama untuk tujuan 'survival' mereka.

Tidak terlalu 'extreme' atau berat kalau saya katakan, kita amat memerlukan teknologi maklumat untuk mempertahankan kedaulatan negara khususnya daripada penjajahan ekonomi.

Saya pasti ramai yang akan bersetuju impak positif teknologi maklumat kepada kehidupan sosio-budaya serta pengaruhnya kepada aturan perjalanan kehidupan harian kita, walaubagaimanapun keputusan SPR dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mempertimbangkan Sistem Biometrik di atas justifikasi ketelusan ketika pilihanraya khususnya di dalam mengekang pengundi hantu sebenarnya merupakan satu tindakan buat masa ini, dengan tahap integriti yang meragukan daripada sebuah kerajaan yang  dilihat kini tidak adil, korup dan zalim dilihat sebagai satu tindakan atau keputusan yang TIDAK SELAMAT.

Rakyat ragu-ragu dengan KETELUSAN yang diucapkan. Rakyat juga ragu-ragu dengan SPR yang dilihat tidak telus, tidak bebas dan kepartian. Malah rakyat juga melihat kawalan politik kepada agensi-agensi yang tertentu yang dilihat terpaksa menyokong dasar parti yang memerintah walaupun bercanggah dengan kepentingan rakyat khususnya dari aspek Hak Asasi termasuk hak-hak yang jelas termaktub di bawah perlembagaan. Malah, Rakyat rata-rata khuatir dengan tindakan pemerintah yang mirip kepada pemerintahan kuku besi seperti yang berlaku di Tunisia.
Kerajaan yang memerintah perlu memulihkan persepsi negatif ini dulu sebelum menimbang untuk menjuarai 'ketelusan' melalui cadangan sistem Biometrik itu yang dilihat rakyat satu lagi alat manipulasi keadilan yang akan mencacatkan lagi persepsi rakyat kepada proses pilihanraya yang adil dan bersih.

Bagaimana Sistem Biometrik boleh dimanipulasi?

Setiap sistem teknologi maklumat yang memerlukan pengesahan aplikasi sistem akan merujuk kepada pengkalan data. SPR diketahui umum telah lama menggunakan aplikasi teknologi maklumat untuk menyimpan maklumat pengundi di dalam pengkalan data. Malah maklumat daftar pengundi boleh dicapai oleh setiap pengundi secara 'online' dengan menggunakan kekunci unik seperti nombor kad pengenalan untuk aplikasi sistem SPR itu mengarahkan capaian maklumat pengundi daripada pengkalan data SPR.

Rakyat tahu masalah utama aplikasi sistem Teknologi Maklumat SPR bukanlah pada aplikasi itu tetapi DATA atau MAKLUMAT yang berada di dalam pengkalan data SPR.

Capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data sebelum ini melalui aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Pengurusan Maklumat jelas menunjukkan ada pengundi yang mempunyai 2 tempat malah beberapa tempat mengundi. Malah paparan berita yang dipetik dari Suara Keadilan semalam (24/7/11) mendakwa bahawa terdapat lebih 1600 pengundi yang berusia lebih 100 tahun di Perak di mana 1447 orang daripadanya berusia di antara 100 sehingga 109 tahun. Kita punyai warga emas seramai itu di Perak? Bagaimana pula di seluruh negara?

Jawapan yang mudah kepada masalah integriti data atau maklumat walaupun melalui aplikasi teknologi maklumat atau sistem maklumat yang telah lama digunapakai SPR bukanlah kerana aplikasi  itu tetapi kerana data atau maklumat yang dimasukkan ke dalam pengkalan data.

Hanya SPR sahaja yang tahu siapa yang bertanggungjawab untuk memasukkan dan mengemaskinikan data atau maklumat tersebut di dalam pengkalan data. data atau maklumat di dalam pengkalan data tidak boleh berubah dengan sendirinya. Ia hanya boleh berubah dengan tindakan manusia yang menggunakannya. Siapa yang menggunakannya? Anda tahu Siapa?

Kalau SPR tahu bahawa masalah utama adalah integriti DATA atau MAKLUMAT bukanlah kerana aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat itu, kenapa SISTEM BIOMETRIK dicadangkan? SISTEM BIOMETRIK juga adalah sebuah aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat seperti aplikasi yang digunakan sekarang, cuma perbezaannya adalah cadangan baru itu menggunakan 'hardware' atau perkakasan serta perisian dan bukan 'software' atau perisian semata-mata untuk capaian DATA atau MAKLUMAT pengundi dari pengkalan data seperti yang digunakan hari ini.

Sebagai Contoh : SISTEM BIOMETRIK yang menggunakan cap jari akan bertindak sebagai KUNCI UNIK seperti No.Kad Pengenalan untuk capaian DATA atau MAKLUMAT daripada PENGKALAN DATA. Setiap rakyat Malaysia mempunyai No.Kad Pengenalan Unik dan boleh dipadankan dengan Cap Jari yang  juga unik. Sepertimana maklumat No.Kad Pengenalan yang perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan maklumat pengundi dicapai (nama penuh, alamat, tempat mengundi dan sebagainya), Cap Jari juga perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan capaian itu dilakukan. Sepertimana didapati terdapat No.Kad Pengenalan yang sama tetapi mempunyai tempat mengundi yang berbeza (pelbagai lokasi), Cap Jari juga boleh dipadankan dengan tempat mengundi yang berbeza selagimana No.Kad Pengenalan dan Cap Jari yang sama diMASUKKAN oleh SPR ke dalam beberapa rekod (tempat mengundi dan alamat) yang BERBEZA, keputusan daripada SISTEM BIOMETRIK juga akan menghasilkan senarai pengundi yang boleh mengundi di beberapa lokasi mengundi.

Isu KETELUSAN dan PENGUNDI HANTU bukanlah kerana APLIKASI CAPAIAN (perkakasan atau/dan perisian).

Apa perlu ia ditukarkan jika prosesnya sama? Pertukaran lebih dilihat hanya dari aspek kosmetik luaran.

Jawapannya adalah tidak perlu. Siapakah lagi yang akan mendapat habuan dari kegawatan ini melalui cadangan SISTEM BIOMETRIK itu?. Saya biarkan Umno BN untuk merangka jawapan itu. Pasti ramai yang akan tersenyum. Rakyat lebih tahu.

Secanggih manapun aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat itu (perkakasan atau perisian, biometrik (cip/kad ID, suara, pengesahan ibu jari atau mata), jika DATA atau MAKLUMAT yang sedia ada di dalam PENGKALAN DATA tidak diBERSIHkan, tidak dikawal dan diurus selia secara bebas oleh badan yang bebas serta dipercayai Rakyat akan KETELUSAN mereka, saya tidak melihat sumbangan Sistem BIOMETRIK itu kepada 'KETELUSAN' itu khususnya penyelesaian kepada solusi isu pengundi hantu.

Manipulasi SISTEM BIOMETRIK boleh dilakukan kepada PENGKALAN DATA.

"Biometrics can prevent electoral fraud; Biometric can be used to fraud electoral as well."

"Biometrik boleh mencegah penipuan pilihanraya, Biometrik juga boleh digunakan untuk menipu pilihanraya".

Proses pengesahan melalui sistem itu adalah usaha sia-sia, membazir dan TIDAK SELAMAT pada pandangan peribadi saya kerana sebab-sebab di atas. SPR harus menimbang 8 cadangan Jawatankuasa BERSIH 2.0 untuk Pilihanraya yang ADIL dan BERSIH. Semoga imej dan integriti pemerintah dan SPR di mata dan hati rakyat Malaysia dapat dipulihkan dengan menerima semua cadangan itu.

Wallahua'lam.- Huzir Sulaiman 

**Penulis mempunyai pengalaman hampir 15 tahun di dalam Industri Teknologi Maklumat. Cadangan rujukan kepada pihak umum adalah di http://www.eff.org/wp/biometrics-whos-watching-you



P/s: Sekurang-kurangnya anda dapat mengagak sebab SPR enggan menggunakan dakwat kekal yang terbukti murah, efisien, telus, dan mudah dipantau.






Tonton videonya di sini.



Muhyiddin Pecah Lubang, PRU 13 Hujung Tahun Ini?

Posted: 24 Jul 2011 11:00 PM PDT



Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR— Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua parti komponen dan anggota gabungan Barisan Nasional (BN) merapatkan barisan menjadi satu pasukan BN mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Perdana Menteri (gambar), yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata perpaduan di kalangan parti komponen dan anggota gabungan ialah pra-syarat utama yang mesti diberi tumpuan utama ia boleh memberi kesan kepada PRU.

"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN," katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di sini hari ini.

IPF yang diasaskan mendiang Tan Sri M.G Pandithan pada tahun 1991 telah diterima sebagai anggota gabungan BN pada awal tahun ini. Ini juga merupakan kali pertama persidangan tahunan parti itu dirasmikan oleh pemimpin tertinggi negara.

Dipetik Bernama Online, Muhyiddin berkata dasar kerajaan dalam mendahulukan kepentingan rakyat adalah pra-syarat kedua yang perlu diberi perhatian.

Sehubungan itu beliau menegaskan, semua anggota parti komponen BN harus terus mendukung perjuangan kerajaan dalam mendahulukan rakyat dalam setiap aspek sosial dan ekonomi.

Ini merupakan teras penubuhan parti-parti komponen BN yang mahu memperjuang dan membela nasib rakyat, kata Muhyiddin.

"Seperti juga IPF, perjuangannya bukan untuk mendiang Pandithan, tetapi untuk membela nasib rakyat jelata supaya menjadi lebih baik dan usaha ini perlu diteruskan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan bahawa perpaduan nasional negara ini perlu dipertahankan dan mana-mana anasir jahat harus ditentang.

Mengambil contoh serangan berkembar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Oslo, Norway yang kini telah mengorbankan lebih 90 nyawa, Muhyiddin berkata perkara sedemikian tidak harus dibenarkan berlaku di sini.

"Kalau ada pihak yang mahu memporak-perandakan kita dengan politik sempit, kita harus menentang mereka," katanya.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya kepada hampir 2,000 anggota IPF, Timbalan Perdana Menteri mengiktiraf sokongan dan peranan IPF kepada BN selama ini walaupun hasratnya untuk menjadi parti komponen BN belum tercapai.

Beliau mencadangkan supaya Presiden IPF M. Sambathan menyediakan dan mengemukakan kepada beliau projek yang mahu dilaksanakan oleh parti itu dalam membantu rakyat.

"Saya juga berjanji akan memberi peruntukan untuk pelaksanaan operasi...aktiviti-aktiviti boleh dijalankan dengan sebaik-baiknya," katanya.


 P/s: Cuba baca frasa yang diwarnakan merah di atas.

Mati Kerana Arak dan Dadah

Posted: 24 Jul 2011 09:45 PM PDT


Saya petik:

Penyanyi hadapi ketagihan dadah, alkohol

[BH] LONDON: Amy Winehouse, penyanyi lagu Rehab yang merumuskan perjuangannya dengan isu ketagihan dadah tanpa penghujung, meninggal dunia di sini kelmarin pada usia 27 tahun.

Pemenang anugerah Grammy itu, terkenal kerana sanggul rambut umpama sarang lebah, suara menggetarkan jiwa dan kelakuan gila di atas pentas, ditemui mati di rumah barunya di Camden sebulan selepas persembahan memalukan di Serbia memaksanya membatalkan keseluruhan jelajah Eropahnya.

Polis ke rumahnya sekitar jam 3 petang dan lima jam kemudian mayatnya dikeluarkan untuk bedah siasat selepas jelas penyanyi itu hilang perjuangan dengan arak dan dadah. 

"Siasatan diteruskan terhadap kematiannya. Pada peringkat awal, kes ini dianggap sebagai tanpa penjelasan dan tiada sebarang penahanan berkaitan kejadian itu," kata Superintendan Raj Kohli.

Katanya, laporan bahawa Winehouse meninggal dunia disyaki mengambil dadah berlebihan adalah spekulasi pada peringkat ini.

Anggota keluarga sekian lama memberi amaran bahawa gaya hidup Winehouse, yang menyaksikannya keluar masuk pusat pemulihan mungkin membawa kepada kejatuhannya.

Persembahan kali terakhir yang dilalukan penyanyi itu ialah di Serbia Jun lalu, apabila Winehouse diejek peminat ketika bertungkus-lumus menyanyikan lagunya dan berdiri tegak.
 
Rakaman yang dihantar ke laman perkongsian video YouTube, menyebabkan pengurusannya membatalkan semua persembahan dan memberi penghibur itu tempoh yang diperlukannya untuk pulih. – Reuters

"...dunia hiburan tidak menghormati Allah SWT" - Waheeda

Posted: 24 Jul 2011 08:45 PM PDT


Saya petik:

[HM] AMPANG: Biarpun Penasihat Pertubuhan Belia Islam Ampang, Ustaz Fazlul Rahimi menyarankan supaya Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 32 , terus membabitkan diri dalam dunia hiburan berlandaskan syiar Islam, saranan itu tidak sedikit pun mengubah pendirian Waheeda untuk muncul semula.

Malah, Waheeda terus komited dengan pendiriannya untuk tidak mahu kembali dengan alasan hukum menyanyi pada asalnya adalah harus tetapi 'sebab-sebab tertentu' menjadikan karier yang pernah diceburinya adalah haram.

Kata Waheeda, kesukaran menjaga solat dan keadaan persekitaran dalam dunia hiburan yang 'merimaskan' memaksanya membuat keputusan meninggalkan kerjaya itu selama-lamanya.

Itu dinyatakan ketika Waheeda menjadi ahli panel satu program bual bicara berjudul Komplikasi Islam dan Iman Membawa Ketenangan anjuran pengurusan masjid al-Azim, Pandan Indah, di sini, Jumaat lalu disaksikan kira-kira 400 jemaah.

Difahamkan, program bual bicara terbabit adalah ceramah pertama berbentuk serius disampaikan bekas selebriti berkenaan mengikuti jejak suaminya, Akhil Hayy.

Dalam program itu, antara yang memberikan ceramah adalah pensyarah British Malaysia Institut (BMI) yang juga penceramah, Ustaz Farhan Sudduq dan bekas gitaris, Sham Kamikaze.

Menurut Waheeda, biarpun menerima saranan kembali ke dunia hiburan dengan kemunculan semulanya membawakan watak yang menyampaikan kesenian Islam namun dia bertekad tidak mahu kembali lagi ke dunia itu dengan memberikan alasannya.

"Saya serik dengan dunia hiburan, amat sukar untuk berwuduk dan menjaga solat. Kita tahu artis rindukan Allah SWT namun persekitaran merimaskan membuatkan kita leka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba.

"Saya pernah mahu mengekalkan wuduk untuk bersolat lima waktu namun apabila pengarah produksi tahu saya berwuduk dia sewenang-wenangnya memegang tangan saya.

"Malah, dia (pengarah) turut ketawakan saya sesudah wuduk saya terbatal. Siapa dia untuk memainkan agama Allah!" katanya sambil menitiskan air mata.

Menurutnya, walaupun sempurna berwuduk kadang kala wuduknya terbatal sesudah terlanggar rakannya seorang lelaki yang berimej wanita.

"Saya rimas dengan dunia hiburan, saya bertekad meninggalkan dunia itu kerana dunia hiburan tidak menghormati Allah SWT," katanya. Kata Waheeda, dia juga tidak mahu menyanyi lagi walaupun nasyid dengan alasan haram seorang wanita melunakkan suara di khalayak ramai.

Waheeda ketika diajukan soalan mengenai kehidupannya, berkata dia kini menjadi suri rumah sepenuh masa selain turut menghasilkan lagu untuk suaminya.

"Sepanjang berada di rumah saya menghabiskan masa mengkaji al-Quran dan Bible dan membaca karya pendakwah, Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat," katanya.



Peringatan untuk Lelaki Tukar Jantina: Dikebumi Ikut Jantina Asal

Posted: 24 Jul 2011 07:45 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Walaupun mendakwa sudah bertukar jantina dan melakukan pembedahan membuang alat kelamin, seseorang itu tetap dikebumikan mengikut jantina asal seperti dikurniakan Allah sejak azali apabila dia meninggal dunia, kelak.

Perunding motivasi yang juga penceramah bebas, Mohd Fauzi Mustaffa berkata, tidak timbul masalah mengebumikan golongan yang mengalami kecelaruan identiti itu kerana hukum jelas mengatakan mereka perlu disemadi mengikut jantina asal.

Cuma katanya, golongan berkenaan yang zahirnya sudah melakukan dosa besar (menukar jantina) perlu bertaubat nasuha iaitu bertaubat dengan sebenar-benarnya dan berjanji tidak kembali ke jalan sesat, sebaliknya patuh pada ajaran Allah Taala.

"Tidak perlu dia bimbang mengenai bagaimana nasibnya apabila dijemput ajal kelak, kerana walau apapun dilakukan dia tetap dikebumi mengikut jantina asalnya, kalau lelaki...prosedurnya lelaki juga tidak ada beza.

"Cuma apabila dia mengatakan sudah sedar, menyesal dengan perbuatan dilakukan perlu untuk dia bertaubat dengan sebenar-benarnya menyerah diri kepada Allah Taala dan semoga Allah menerima taubatnya.

"Dalam hadis sendiri menyebut, Allah Taala sangat suka kepada hambanya yang menyeleweng (daripada ajaran), tetapi kembali ke pangkal jalan, ibarat melebihi kegembiraan orang yang hilang barang dan jumpa kembali barangnya itu.

"Bermakna dia mencari Allah balik (apabila melakukan kesilapan), Allah akan menerima dia, jadi sekarang jangan fikir pasal mati, tetapi fikir mengenai bagaimana mahu berubah, menyucikan diri kepada ajaran Islam," katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam, mengenai kisah Mohd Qairun Abidin (bukan nama sebenar), 47, yang nekad membuang alat kelaminnya di Thailand kira-kira 25 tahun lalu kerana cinta terhadap kekasih songsangnya, namun kecewa apabila cinta itu hanya menjanjikan kebahagiaan separuh jalan saja.

Dia dilaporkan kini mengalami kecelaruan jantina kerana tidak tahu apa akan berlaku kepadanya terutama bagaimana dia dikebumikan jika dijemput ajal.

Mohd Qairun atau mahu dikenali sebagai Baby @ Katie juga memberitahu suatu ketika dia menjadi kegilaan ramai lelaki dan mempunyai teman lelaki yang sanggup sehidup semati, namun bila sudah 'berkedut', semua janji tinggal janji dan sesalan pun tiada guna kerana dia tidak mempunyai tempat mengadu, melainkan kembali kepada rakan 'sealam'.



Rompak Nenek, Penganggur Kena Jel dan Sebat

Posted: 24 Jul 2011 07:00 PM PDT

SHAMSUL KAHAR (kiri) dan Mohd Ikhwan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas dijatuhi hukuman, semalam.

Saya petik:
Penganggur mengaku dipengaruhi pil kuda

[BH] KOTA BHARU: Seorang cucu yang merompak barangan kemas neneknya Jun lalu dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen, semalam.

Perbuatan cucu terbabit terkandung dalam fakta kes dibentangkan Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari sebelum Shamsul Kahar Mohamad, 30, dan Mohd Ikhwan Abdullah, 30, masing-masing mengaku salah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Ketika mengemukakan rayuan di hadapan Hakim Irwan Suainbon, Shamsul Kahar mengaku diri dipengaruhi pil kuda ketika merompak neneknya, selain tidak tidur selama seminggu. 

Shamsul Kahar dan Mohd Ikhwan didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas Rokiah Boto, 78, dengan mengambil seutas rantai tangan dan gelang emas, bernilai RM6,000.

Kedua-duanya yang juga penganggur dituduh melakukan perbuatan itu di Taman Binjai Manis, Ketereh, dekat sini, pada jam 1 tengah hari 28 Jun lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Mohd Ikhwan dihukum penjara 10 tahun dan lima sebatan kerana mempunyai empat rekod kesalahan lampau termasuk pernah dipenjara enam bulan dan setahun.

Terdahulu, Asmah meminta mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh kerana perbuatan itu membabitkan seorang cucu yang merompak neneknya sehingga mengalami sakit badan akibat perbuatan itu.
 
Katanya, tertuduh pertama yang juga cucu mangsa bersama rakannya masuk ke rumah sebelum meminta minuman dan ketika mangsa ke dapur, tertuduh kedua mengikutnya dengan berpura-pura bertanyakan bilik air.

Padah DUAKAN Suami

Posted: 24 Jul 2011 06:34 PM PDT


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Angkara cinta lama kembali bertaut, seorang wanita sanggup memfitnah suaminya sebagai penyebab dia menghidap HIV ketika membuat tuntutan fasakh (bercerai) di mahkamah syariah.

Semuanya bermula apabila wanita berusia 26 tahun itu dikatakan bertemu semula bekas teman lelakinya menerusi laman sosial facebook dan kembali menjalin hubungan.

Bagi menguatkan hujah tuntutan fasakhnya, dia mereka cerita kononnya si suami menyebarkan HIV kepadanya.

Bagaimanapun, alasan itu umpama 'senjata makan tuan' apabila pemeriksaan perubatan mendapati si suami yang berusia 27 tahun itu bebas daripada sebarang penyakit berbahaya, sekali gus membawa kepada pembongkaran wanita terbabit dijangkiti HIV kerana melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya...
Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, suami wanita terbabit merujuk kepada SukaGuam minggu lalu bagi mendapatkan pembelaan selepas difitnah isterinya....


P/s: Allah Maha Besar!




Tiada ulasan: