dollah yankee |
Hantu Altantunya mengamuk lagi! Posted: 22 Jul 2011 06:54 PM PDT Gurkah-gurkah di'port' sangkakan yang William Bourdon ini akan mengalami nasib yang sama sepertimana aktress Micheal Yeoh semasa sampai di airport Yangon, dimana William ini akan di-hantar balik sebaik saja dia menjejakan kaki di KLIA. Tapi tidak! ini tidak berlaku pada hari itu. Mereka telah membiarkan dia memberi taklimat dan penerangan berhubung dengan kes rasuah kapal selam di Penang terlebih dulu. Hanya dua tiga jam selepas itu saja baru dia telah ditahan. Apakah pihak imigresen dan pihak polis juga sedang cuba hendak menutup mulut William Bourdon daripada bercerita tentang perkara yang benar? Gurkah-gurkah tertanya-tanya juga sesama sendiri atas arahan siapa penahanan William ini? dan apakah alasan yang telah diberikan mereka untuk membolehkan William ini di tahan? Najib yang telah membatalkan percutiannya sekeluarga dan pulang awal hanya kerana ini kah?? Sedar kah dia yang dengan berita penahanan ini telah memburukan lagi keadaan yang sedia buruk. Sedar kah Najib yang dengan menahan William ini Najib semakin mendapat dan menarik perhatian dunia? Najib telah termakan umpan.Tak tau lah sama ada Najib atau penasihat-penasihat dia sedar atau tidak yang dengan penahanan dan pengusiran keluar William dari Malaysia ini lah yang sedang ditunggu-tunggu olih media-media internasional dan internet... Gurkah-gurkah kata yang nampak macam ikan dah mula nak busuk. dollah yankee - Gurkah-gurkah di'port' bertaruh kata yang ada lori ada bas, ada hari akan di-balas!...dulu dia dan group dia tolak Pak Lah, hari ini group Mahyudin pula dok rancang tolak Najib. Time saja yang belum sampai. |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan