WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- PASTIKAN PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL:MAT SABU
- Siasatan di Perancis tumpu kaitan Altantuya-Scorpene
- Ku Li : Bersihkan Negara Sebelum Terlambat
- KITA SOKONG DEMOKRASI
- SIAPA PEMILIK KAPAL MEWAH INI?
- Isu Scorpene : Peguam Perancis Dihantar Pulang Tanpa Sebab
- Video Polis Tidak Menjawab Kesakitan Rakyat
- Peguam Perancis Bawa Isu Scorpene Di Tahan Di KLIA
- Atas Alasan Apa Tahan Ahli PSM Bawah Ordinan Darurat
- Bersih : Demokrasi Dunia Perlu Sokong Hak Rakyat Malaysia
Posted: 22 Jul 2011 07:31 PM PDT KUALA LUMPUR 23 JULAI : Ratusan rakyat, pemimpin Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan perhimpunan aman dihadapan pintu masuk Bukit Aman petang SEMALAM bagi menghantar mesej jelas kepada polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menuntut pembebasan enam anggota PSM yang ditahan dibawah Ordinan Darurat(EO). Mereka juga berkumpul untuk menyerahkan memorandum menuntut pembebasan mereka yang ditahan akhir bulan lalu apabila didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis serta melancarkan 'perang terhadap Yang di-Pertuan Agong'. Memorandum itu juga turut mendesak keenam-enam tahanan EO itu dibebas serta merta kerana didakwa menjadi mangsa untuk hentikan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Memorandum itu disampaikan kepada pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, DSP Lai Lee Ching untuk diserahkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Presidennya, Dr Nasir Hashim berkata, perhimpunan hari ini merupakan 'hari hitam' di mana ketidakadilan terus membelenggu rakyat Malaysia. "Ini adalah pencabulan politik yang berlaku. Walau hari ini (himpunan) Bersih sudah habis, kami masih ditahan lagi. Ini ketidakadilan yang kita pertikaikan," kata beliau. Pada 25 Jun lalu, 31 aktivis PSM ditahan di Pulau Pinang dan direman di bawah Seksyen 122 kerana melancarkan Perang terhadap Yang Di Pertuan Agong, tetapi ia digugurkan. Namun pada 2 Julai lalu, keenam-enam mereka termasuk ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar kemudian ditahan semula di bawah Ordinan Darurat atas dakwaan bahawa mereka menjadi ancaman kepada ketenteraman awam. Pagi tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan keputusan habeas corpus terhadap mereka kepada 9 Ogos lagi yang memaksudkan keenam mereka bakal meringkuk selama dua minggu lagi. Mereka yang ditahan ialah Ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar dan lima lagi aktivis PSM iaitu M. Sukumaran, AP Letchumanan, Choo Chon Kai, M Sarasvathy dan R Sarat Babu. Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua yang ditemui berkata, perhimpunan seperti Bersih dan himpunan aman hari ini jelas menunjukkan bahawa rakyat sudah muak dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN). "Himpunan ini beri amaran kepada Kerajaan kalau Undang-undang tidak relevan masih dipakai ia bermaksud pimpinan negara ini tidak lagi relevan. "Rakyat akan jatuhkan hukuman pada pilihan raya akan datang. Anggota polis biasa jangan biar diri diperkudakan," tegas Tian. Sementara itu Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, bantahan terhadap kesemua tahanan EO itu telah dipersetujui oleh seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. "Berapa tahun sudah kita Merdeka? Tapi ikut Polis dan Menteri (kata) kita masih dalam keadaan darurat. Adakah kita lihat darurat di Malaysia? Adakah kita lihat komunis di Malaysia?, " soal beliau disambut laungan "hidup rakyat" oleh hadirin. Himpunan yang diketuai oleh S Arutchelvan, kompleks mahkamah ini bergema apabila mereka melaungkan "Bebas Tahanan" dan "Hidup Rakyat" beberapa kali. Turut hadir adalah ahli parlimen Subang R. Sivarasa, ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefli Ahmad, ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, dan ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching. | ||||
PASTIKAN PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL:MAT SABU Posted: 22 Jul 2011 03:58 PM PDT EKU | ||||
Siasatan di Perancis tumpu kaitan Altantuya-Scorpene Posted: 22 Jul 2011 03:43 AM PDT EKSKLUSIF Siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap kontroversi urusniaga RM7.3 bilion pembelian kapal selam Scorpene, yang didakwa melibatkan sogokan kepada pemimpin kanan Malaysia, mungkin dapat menyingkap kematian Altantuya Shaariibuu. Peguam yang berpejabat di Paris, William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang semalam, berkata siasatan itu mungkin mendedahkan maklumat berkaitan dengan penglibatan Altantuya dalam pembelian dua kapal selam Perancis oleh Malaysia. Bourdon (kiri), yang telah ditahan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Pulau Pinang kira-kira 10.30 pagi ini berkata, beliau mengikuti kes Altantuya sejak kematiannya pada tahun 2006, dan mendapati perbicaraan pembunuhan Altantuya terlalu dibesarkan. Dalam temubual ekseklusif dengan Malaysiakini hanya beberapa jam sebelum beliau ditahan oleh pegawai imigresen, yang menaiki pesawatnya di KLIA pagi ini, Bourdon berkata: "Cara perbicaraan itu dijalankan, telah menimbulkan banyak persoalan; masih banyak kekaburan mengenai pembunuhannya (Altantuya)." Perbicaraan kes tersebut berakhir pada tahun 2008 dengan dua pengawal peribadi Najib, yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan, disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya. Kedua-duanya sedang merayu terhadap hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan kedua-duanya, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Pemerhati mengatakan, walaupun ia perbicaraan berprofil tinggi, tetapi dua persoalan penting yang menyelubungi pembunuhan Altantuya belum terjawab: mengapa dia dibunuh dan siapakah yang mengarahkan pembunuhannya? Najib - sebagai menteri pertahanan bertanggungjawab atas urusniaga pembelian kapal selam Scorpene - telah menafikan sebarang penglibatan dalam kes pembunuhan tersebut. Mengenai kes Suaram yang difailkan peguam itu di Paris tahun lalu, Bourdon berkata, beliau yakin akan mendapat mengakses kepada dokumen dan fail yang berkaitan, tidak lama lagi. Pendedahan ini dijangka akan mengheret pegawai berprofil tinggi Malaysia yang dikatakan telah menerima sogokan berjumlah jutaan ringgit daripada urusniaga pembelian kapal selam tersebut. Bourdon berkata, kes itu masih di tahap siasatan di mana polis masih menyoalsiasat saksi-saksi. Bagi pihak NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Bourdon telah memohon kepada pendakwaraya untuk membolehkan NGO yang berpejabat di Kuala Lumpur itu diterima sebagai plaintif sivil di mahkamah. Jika diterima, katanya, seorang hakim akan dilantik untuk mengendalikan kes itu. | ||||
Ku Li : Bersihkan Negara Sebelum Terlambat Posted: 22 Jul 2011 03:33 AM PDT KUALA LUMPUR 22 JULAI : Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menggesa rakyat untuk sama-sama turun padang dan menamatkan gejala politik perkauman, rasuah dan kronisme yang semakin deras memusnahkan segala kejayaan negara yang didirikan sebelum ini. "Warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama..jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif.. terhadap buruk laku dan keadaan dashyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata kita," kata beliau. "Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral budaya, undang-undang dan perlembagaan ..akan hancur dan musnah," tambah beliau. Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata demikian ketika melancarkan Angkatan Amanah Merdeka, sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk memupuk "Semangat Malaysia Baru" demi menghapuskan kepincangan dalam sistem politik negara. Dalam ucapan setengah jam, Ku Li selaku Presiden Amanah, mengimbau masalah-masalah yang melanda negara ini, khususnya hubungan kaum yang semakin rapuh akibat tindakan pihak yang mempunyai agenda politik peribadi lagi sempit. "Saya memerhatikan dengan hati amat gusar..perhubungan kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terangan dan barangkali dengan sengaja, merosakkan institusi-institusi perpaduan di negara ini," kata beliau. Beliau menegaskan bahawa "kehilangan" semangat perpaduan yang mewarnai kehidupan rakyat sebelum ini adalah petanda jelas bahawa "tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbir negara ini." "Maka saya katakana masa sudah tiba untuk kita mencegah dan memberhentikan perkembangan yang menurun dan merosot ini. Janganlah kita teruskan sindrom penafian terhadap keadaan ini untuk menutup kebenaran atau reality sebenar," tambahnya. Beliau berkata orang Melayu dan juga kaum lain di negara ini tidak berjiwa perkauman atau rasis tetapi menjadi mangsa manipulasi oleh pihak-pihak tertentu. "Mereka dimanipulasi oleh pihak-pihak berpentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak secara komunalis, iaitu bersifat perkauman," tegas beliau. "Bagi orang Melayu, sikap seperti itu amat bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang Islamik, mereka cenderung ke arah bersikap rasis (dan) berbalik ke zaman Jahiliah," kata beliau. Ku Li yang juga mantan Menteri Kewangan selain ahli kerabat diraja Kelantan, berkata rakyat yang mewakili suara pertengahan tidak lagi boleh bersikap menyepi untuk mengelak risiko kontrantasi dengan pihak berkuasa. Sikap sedemikian perlu di kikis kerana "kalau kita menyepi dan tidak berbuat apa-apa , padahnya amat buruk dan keadaan itu tidak dapat dipulihkan," tambah beliau. "Inilah masanya saudara sekalian dan saya sendiri dengan tegas menolak perbuatan rasuah besar-besaran dan perpecahan kaum yang sedang berlaku sekarang. Dalam sejarah Malaysia belum pernah timbul keadaan da ketika yang lebih mendesak daripada masa ini untuk kita bangkit menentang keadaan yang buruk ini," tegas Ku Li. Ku Li berkata rekod Malaysia sebagai kuasa ekonomi Asia pernah lebih baik daripada negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura. Namun pada hari ini prestasi ekonomi Malaysia merudum dan Kuala Lumpur kini dibandingkan dengan negara-negara seperti Kemboja, Myanmar dan Filipina. "Malaysia diberkati dengan sumber kekayaan ..tetapi malangnya disebabkan kelemahan pengurusan dan rasuah, kemajuan kita kini sedang menurun dan merosot," jelas beliau. Ku Li menegaskan bahawa rakyat mahukan perubahan dan menggesa semua pihak untuk mendokong perjuangan AMANAH demi menyelamat negara daripada kehancuran. "Kita boleh dan kita akan berikar untuk berpegang kepada prinsip integriti dan kita tidak boleh gagal dalam usaha kita ini untuk mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan dan sikap menerima satu sama lain," kata Ku Li. | ||||
Posted: 22 Jul 2011 03:12 AM PDT | ||||
SIAPA PEMILIK KAPAL MEWAH INI? Posted: 22 Jul 2011 02:20 AM PDT Milik siapakah ini...?? Bot yang di salut dengan 1 ton emas dan dikatakan yang termahal di dunia dengan kos sebanyak rm 14.5 billion ini lebih mahal dari yang dimiliki oleh jutawan Russia. Dikatakan bahan platinum digunakan untuk membuat sauh,bilik rehat,kawasan tepinya dan juga dek depan . Dikatakan bahan meteor, dan juga tulangT Rex dinasour digunakan sebagai perhiasan bagi kawasan tempat tidor, Dikatakan dibina di Italy dan disiapkan di Malaysia sejak 3 minggu lalu. | ||||
Isu Scorpene : Peguam Perancis Dihantar Pulang Tanpa Sebab Posted: 22 Jul 2011 01:50 AM PDT SHAH ALAM 22 JULAI : Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, akan dihantar pulang ke negaranya setelah ditahan Pegawai Imegresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi. Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak imegresen terhadap tindakan menghantar pulang peguam tersebut. Peguam Hak Asasi, Latheefa Koya ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan tanpa sebab itu menunjukkan kerajaan pemerintah takut dengan pendedahan yang dibuat Bourdon dan menguatkan lagi spekulasi yang timbul selama ini. "Kerajaan nampaknya takut pada pendedahan yang bakal dibuat Bourdan bersabit penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu dan hubungkait dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu," katanya. Latheefa mengutuk tindakan kerjaan yang menyalahguna kuasa yang ada dengan menahan dan menghantar Bourdan pulang ke negaranya, semata- mata mahu menghalang peguam hak asasi Perancis itu daripada mengetengahkan pelbagai penemuannya bersabit kes itu. "Bourdon datang ke Malaysia secara sah. Kerajaan salah guna kuasa dengan hantar balik beliau untuk tutup dakwaan penyelewengan ini," tegasnya. Bourdon merupakan peguam yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), untuk memfailkan kes itu ke mahkamah terbuka di Perancis. Kapal selam Scorpene buatan Perancis itu dikatakan dicemari dengan penyelewengan yang melibatkan jumlah komisyen RM540 juta ringgit. Ia juga dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu. Bourdon sebelum ini berkata, di Perancis apa- apa transaksi melibat komisyen dianggap perbuatan jenayah. Bourdon semalam berada di Bayan baru, Pulau Pinang untuk membongkarkan kes berprofil tinggi itu kepada umum dan beliau sepatutnya dijadualkan berbuat demikian di Petaling Jaya malam ini. | ||||
Video Polis Tidak Menjawab Kesakitan Rakyat Posted: 22 Jul 2011 12:54 AM PDT SHAH ALAM 21 JULAI : Di sebalik pengakuan polis bahawa meriam air dipancutkan ke kawasan Hospital Tung Shin, polis hakikatnya tidak menjawab secara keseluruhan tentang keganasan yang dilakukan terhadap ribuan peserta Himpunan Bersih 9 Julai lalu. Sementara itu, ahli parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi Tv Selangor menyerahkan hal ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk membuat siasatan. | ||||
Peguam Perancis Bawa Isu Scorpene Di Tahan Di KLIA Posted: 22 Jul 2011 12:48 AM PDT SEPANG 22 JULAI : Pegawai Imegresen Malaysia dilaporkan menahan peguam hak asasi manusia Peranchis, William Bourdon di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi. Beliau yang dijadualkan membuat lawatan ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk mengumpul dana bagi membiayai kos guaman membawa kes penyelewengan pembelian kapal selam Scorphene ke mahkamah Perancis, September ini. Perkara ini disahkan melalui laman twitter peguam Latthefa Koya, Fadiah Nadwa serta Exco Selangor, Elizebeth Wong. Transaksi pembelian kapal selam buatan Perancis itu oleh Malaysia dikatakan dicemari dengan penyelewengan melibatkan komisyen hampir RM500 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd. Syarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002. Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda. Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan. Bourdon menegaskan bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis. Malam tadi, peguam hak asasi itu berada di Bayan Baru, Pulau Pinang, bercakap mengenai dakwaan skandal 'Ops Scorpene'. Bourdon yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan, Sherpa dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapal selam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS. Sherpa adalah badan yang membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan. Perjuangan Bourdon mendapat dokongan Suara Hak Asasi Manusia (SUARAM) yang giat membantu peguam itu dalam usaha mengumpul dana sekurang- kurangnya RM100,000 bagi menampung kos perundangan. Beliau sepatutnya dijadual berucap pada majlis makan malam di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). | ||||
Atas Alasan Apa Tahan Ahli PSM Bawah Ordinan Darurat Posted: 22 Jul 2011 12:46 AM PDT KUALA LUMPUR 22 JULAI : Enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan dibawah Ordinan Darurat mempersoalkan apakah alasan mereka ditahan, sedangkan himpunan aman Bersih 2.0 sudah dua minggu berlalu. Peguam yang mewakili mereka, Sulaiman Abdullah berkata kesemua mereka sebelum ini dituduh cuba menghidupkan fahaman komunis menerusi himpunan aman tersebut 9 Julai lalu. Mereka juga didakwa cuba melancarkan perang kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA), Tuanku Mizan Zainal Abidin. Sulaiman turut mempersoalkan tindakan polis yang masih menahan individu yang dikaitkan dengan Bersih 2.0 walhal himpunan itu telah selesai. "Bagaimana anda boleh menjustifikasikan tahanan selepas 9 Julai ?. "Tiada mana-mana afidavit menekankan fakta ini," kata bekas presiden Majlis Peguam ini," soalnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. | ||||
Bersih : Demokrasi Dunia Perlu Sokong Hak Rakyat Malaysia Posted: 22 Jul 2011 12:29 AM PDT
|
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan