Jumaat, 22 Julai 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Keluarga Sarbaini mahu suruhanjaya diraja, siasatan baru

Posted: 22 Jul 2011 09:33 PM PDT

Maziah Manap menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Kelana Jaya pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May
KELANA JAYA, 23 Julai — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menuntut agar Putrajaya mengadakan suruhanjaya diraja siasatan ekoran rasa tidak puas hati berhubung kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu. Maziah Manap, 50, bercakap kepada pemberita di pekarangan balai polis Kelana Jaya di sini selepas membuat laporan polis meminta agar pihak berkuasa menyiasat ke atas laporan yang telah dibuat sebelum ini.
"Sehingga kini polis tidak mengambil keterangan daripada saya berkenaan dengan kenyataan Encik Ghani. Ia bukan daripada saya," kata beliau merujuk kepada laporan yang dibuat Mei lalu.
Pegawai penyiasat SPRM Abdul Ghani Ali, saksi ke-18, telah mempertahankan kenyataannya dan memberitahu mahkamah koroner baru-baru ini bahawa Sarbaini telah pergi berjumpa dengan pegawai-pegawainya, bukannya beliau, pada hari dia ditemui mati.

Pasca Bersih : Polis sedia jumpa Mat Sabu di mahkamah

Posted: 22 Jul 2011 09:32 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Julai — Polis tidak menghalang hasrat Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dilapor mahu menyaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa perhimpunan Berih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis tidak boleh menghalang mana-mana pihak atau individu yang mahu menyaman PDRM termasuk oleh anggota dan pegawai polis sendiri.
"Itu hak individu, kita (PDRM) tak menghalang (saman). Kita agensi yang profesional," kata beliau.
"Kita dah jalankan tugas kita dengan memberi penjelasan dan gambaran apa yang berlaku itu semalam (tayangan video) ... terpulang kepada mana-mana pihak untuk buat penilaian," katanya dipetik Bernama Online hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Tanggapan Najib tentang Bersih 2.0

Posted: 22 Jul 2011 09:21 PM PDT

Siapa Peguam Perancis Bernama William Bourdon...Yang Menakutkan Rosmah Dan Najib sehingga santai kat Itali dibatalkan..!!!

Posted: 22 Jul 2011 09:08 PM PDT

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/07/William-Bourdon.jpg

Peguam & Pakar Hak Asasi Manusia

William Bourdon dilahirkan pada tahun 1956. Beliau adalah seorang peguam Perancis. Beliau khusus dalam mempertahankan hak asasi manusia dan mangsa jenayah kemanusiaan.

Beliau juga adalah Ketua Setiausaha Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia (1995-2000).

Pada tahun 2000, beliau telah menulis esei bertajuk "The International Criminal court - the Statute of Rome" (Seuil).Read More / Baca Lagi >>

Video : Benarkah Peserta Himpunan Bersih 2.0 Pengkhianat

Posted: 22 Jul 2011 08:53 PM PDT

Video : Mat Sabu tidak teragak-agak untuk saman Polis

Posted: 22 Jul 2011 08:50 PM PDT

Reaksi positif SPR terhadap tuntutan Bersih..Tapi.?

Posted: 22 Jul 2011 08:48 PM PDT

Respon positif diterima berhubung tuntutan menghapuskan rasuah, mereformasikan undi pos, akses kepada media dan membersihkan daftar pemilih.
PETALING JAYA: Empat dari lapan tuntutan Bersih 2.0 mendapat reaksi positif dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hasil pertemuan selama dua jam bersama PAS Selangor semalam.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri III, Khalid Abdul Samad, respon positif diterima berhubung tuntutan menghapuskan rasuah, mereformasikan undi pos, akses kepada media dan membersihkan daftar pemilih.
"SPR beri jaminan untuk berusaha memastikan pilihan raya di Malaysia sebersih yang mungkin.
"Kita pun telah sebut persepsi bahawa Bersih dengan SPR ini seolah-olah bertembung harus dihapuskan kerana sepatutnya kita melihatnya sebagai usaha ke arah yang sama iaitu untuk membersihkan proses pilihan raya di Malaysia," katanya yang juga ahli parlimen Shah Alam.
Read More / Baca Lagi >>

Memo bantah cabul hak mahasiswa catat sejarah

Posted: 22 Jul 2011 08:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Penyerahan Memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa di Mesir kelmarin telah menjadi detik sejarah bagi memastikan hak mahasiswa tidak dicabul oleh mana-mana pihak.
Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (Desak), Nuruddin Zanki memaklumkan bahawa sejarah pencabulan hak mahasiswa telah banyak dilakukan oleh beberapa pihak terutamanya Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK), lapor laman web Media Mesir.
"Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan salah seorang Pegawai Atase bernama Encik Khairi Jalalluddin. Beliau telah banyak bertindak menyusahkan pelajar ketika berurusan dengan pihak mereka.
"Sebelum ini juga Encik Zulkifli bin Din yang merupakan pegawai JPMK turut telah menghina mahasiswa yang tidak mempunyai kewangan, dari negeri Kedah dan Kelantan," katanya lagi.
Selain itu terdapat juga usaha serius untuk menyekat zakat dan dermasiswa terhadap mahasiswa, antara yang terbabit ialah Negeri Perak, Terengganu dan lain-lain yang disekat zakat mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah factor in Sabah Umno

Posted: 22 Jul 2011 08:40 PM PDT

In Sabah Umno, Prime Minister Najib Tun Razak's wife Rosmah Mansor, strangely enough, seems to be an important factor in the battle between party vice-president Shafie Apdal and Chief Minister Musa Aman.

TAWAU: Umno president Najib Tun Razak is a worried man and much afraid of his own shadow and, if rumours are to be believed, his wife's clout within the party.
Within Umno there are three groups of "intelligentsia" – two official and one unofficial. Each group has been turning out their own reports.
But of interest to Sabah is the group which believes that in order for Umno and Barisan Nasional (BN) to become a "better and reformed" party, it should be "dethroned" first.
"A dethroned Umno and BN can make a stronger comeback in the 14th general election… There will be better unity and appreciation of each other," said a veteran Umno insider.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Demokrasi kini mengalir deras

Posted: 22 Jul 2011 08:38 PM PDT

Banyak pengajaran yang mampu diperolehi negara daripada perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur pada Sabtu, 9 Julai lalu.Bhttp://3.bp.blogspot.com/-Urn97xPvOeU/Th6iVKJK_oI/AAAAAAAAEfo/OKk_7YEaSuo/s1600/bersih+7.pngagaimana sebuah perhimpunan aman bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil bertukar menjadi isu 'keselamatan negara' juga amat menarik untuk diulas.

Apatah lagi perhimpunan aman itu hanya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong berhubung syor-syor Bersih 2.0 bagi menambah baik sistem pilihan raya negara.
Bersih 2.0 sebenarnya adalah lanjutan daripada kempen sama yang dilancarkan pada 23 November 2006. Pada November 2007, perhimpunan Bersih pertama diadakan di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Polis dan cerita "once a liar always a liar"

Posted: 22 Jul 2011 08:36 PM PDT

Oleh Penarik Beca
Walaupun telah beberapa kali masuk lokap termasuk kali terakhir pada Ogos 2008 lalu (siapa suka masuk lokap?!), saya tak pernah tuduh polis siksa saya selepas kehttp://azakiyamani.files.wordpress.com/2007/11/polis-menembak-gas.jpgluar lokap. Untuk bagi dramatik sikit cerita saya ditangkap polis, saya boleh tulis dalam blog ini bahawa polis siksa saya, pukul saya, tabuh saya, apa sahaja. Lepas tu mampoih pi kat polis la nak nafi cereka pilihan saya itu.


Tapi saya tak buat gitu. Bukan sebab saya takut kat polis. Kalau takut polis pun, depa tak tangkap saya berdasarkan sama ada saya takut atau tak takut kat depa. Kalau saya takut kat polis pun, ia tak akan menjadi sebab untuk polis berlemah lembut kat saya dan melepaskan saya dan tak tangkap saya bila bos depa arah tangkap saya.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : ‘Kalau aku tembak je…buang masa macam ni...’

Posted: 22 Jul 2011 08:34 PM PDT

Oleh SAIDAH HAIRAN
HAMPIR 60 ribu peserta Himpunan Bersih berjaya memboloskan diri di semua 40 sekhttp://abushahid.files.wordpress.com/2011/07/polis-bersih.jpg?w=300atan jalan raya oleh anggota Polis Diraja Malaysia ke pusat bandar, Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
Kuala Lumpur bermula petang Jumaat begitu lenggang seolah-olah membayangkan bandar besar itu tidak berpenghuni. Banyak kedai-kedai ditutup, suasana petang Jumaat hingga pagi Sabtu begitu sayu. Membayangkan akan berlaku tragedi yang menyedihkan.

Di sekitar bangunan pejabat PAS, Jalan Raja Laut dipenuhi dengan anggota pasukan khas (SB). Jarak 100 meter dari bangunan PAS kelihatan tiga buah kereta peronda polis.Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Misteri 907 Hospital Tung Shin

Posted: 22 Jul 2011 08:33 PM PDT

oleh Aishah

22 JULAI – Dahulu, ibu selalu akan memanggil anak-anaknya "masuk ke dalam, tengok langit tuh, kuning!" Mambang kuning katanya. Setiap senja menjelma, menghampiri malam, akan ada lah ia – mambang berwarna kuning.
Tapi kali ini, yang berwarna kuning di tengah-tengah bandaraya pada 9 Julai lalu bukanlah mambang yang ini, walau pun warnanya seakan sama.
Rentetan kes mambang kuning yang melanda Kuala Lumpur baru-baru ini, pelbagai spekulasi, ramalan mimpi dan jampi mantera ditemukan. Mulalah terdengar bisikan-bisikan jahat tentang siapa salah, siapa benar, siapa mangsa, siapa pembunuh.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM: Siasatan atau penderaan?

Posted: 22 Jul 2011 08:31 PM PDT

Oleh Adil Mat Selamat
22 JULAI – Laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teo Beng Hock amat mengejutkan. Ia memperlihatkan bagaimana proses soal-siasat mampu merosakkan minda seseorang hingga membuatkan mangsa hilang pertimbangan dan membunuh diri.
Jika kita menilai kaedah siasatan itu, mungkin kita boleh membandingkan kaedah soal siasat yang dilakukan oleh rejim ganas seperti tentera dan polis Zionis Israel. Antara kaedah dalam setiap siasatan, pasti akan ada 'penderaan'.
Penderaan ini boleh berlaku secara mental (tanpa sentuhan) dan fizikal (sentuhan). Kesannya tetap sama walau pun tiada 'body contact' anggota penyiasat.
Di Israel, walau pun kaedah ini tidak berperikemanusiaan, pihak Zionis berani menyiarkan secara terperinci kaedah atau sistem soal siasat itu kepada rakyat Israel. Sekurang-kurangnya, warga masyarakat tahu tentang kaedah ini, dan boleh menuntut supaya ia dibatalkan atau diteruskan.
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama DAP-PAS semakin kukuh

Posted: 22 Jul 2011 08:29 PM PDT

oleh Amaluddin Zhafir

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Hubungan akrab di antara DAP dan PAS, walau pun sesekali berdepan dengan masalah remeh, bukan sahaja berkembang di peringkat pimpinan tetapi juga semakin rapat di peringkat akar umbi.
Sejak mula bekerjasama secara serius bagi menghadapi pilihan raya umum 1999, dan kemudian menyusuri masalah perbezaan ideologi pada awal 2000-an, hubungan yang agak keruh telah dipulihkan kembali menjelang PRU 2008.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Liew Chin Tong berkata walau pun ramai yang berpendapat DAP dan PAS berbeza dari sudut ideologi, kedua-dua parti sebenarnya banyak persamaan dalam memperjuangkan hak-hak utama rakyat Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Polis Malaysia Ada Iras-Iras Mahathir Mohamad

Posted: 22 Jul 2011 08:28 PM PDT

MAKIN dijelaskan nampaknya makin celaru dan makin orang menjadi 'rohok' untuk mempercayai setiap apa yang diuberi tahu. Itulah apa yang berlaku kepada Polis Diraja Malayisa (PDRM) hari ini dalam kes Bersih. Nampaknya polis sudah kehabisan modal dan kata-kata untuk menyakinkan rakyat yang mereka bertindak mersa dan melayan himpunan Bersih dengan aman.

Kebodohan juga semakin hari semakin luas 'terbahar'.

Video yang merakam aksi himpunan berkenaan bagi menunjukkan perangai polis baik juga gagal memberi kepuasan kepada orang ramai. Penyiaran video sekerat-sekerat dan tidak sepenuhnya menyebabkan orang sangsi dengan tindakan polis.

Beigtu juga teknik atau cara mencari kambing hitam untuk menunjukkan polis baik juga tidak berhasil. Dari sudut mana sekali pun orang ramai tetap menganggao polis yang bersalah. Kalau ada orang mengangguk mengatakan polis baik itu hanya di depan saja, tetapi di belakang orang akan menyumpah polis.
Read More / Baca Lagi >>

Scorpene : Rakyat diingatkan jangan menuduh yang bukan-bukan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak

Posted: 22 Jul 2011 08:26 PM PDT


Jangan menuduh yang bukan-bukan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau belum terbukti bersalah oleh mahkamah dalam skandal scorpene ni. Ini adalah satu tuduhan yg tidak adil yang boleh menjatuhkan maruah kredibiti Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Scorpenes-Altantuya: Guilty as charged! Calls grow for Najib to quit

Posted: 22 Jul 2011 08:25 PM PDT

Scorpenes-Altantuya: Guilty as charged! Calls grow for Najib to quitThe verdict is in. Loud and clear. Guilty as charged. The news flashed across the world, resounding through the electronic media, leaving Malaysians stunned and concerned that they are now being led by a man who has "lost it".
Prime Minister Najib Razak has tried all ways and means to insist that he was above board - firom financial skullduggery in the RM7 billion Scorpenes submarines case to the Altantuya murder, in which he even took an oath on the Quran to say that he never knew her.
But his actions belie his words. On Friday morning, flying in to the Kuala Lumpur International Airport from Penang, French lawyer William Bourdon was arrested and will be deported at 11.30pm on Friday night.
The 55-year old Bourdon was hired by Malaysian NGO Suaram to sue submarines vendor DCN for paying kickbacks and bribes to top Malaysian officials, of whom Najib is likely to be one given that he was the Defense minister sanctioning the deal.
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah Mansor Demam...????

Posted: 22 Jul 2011 07:01 PM PDT

Pemerhati mengatakan, walaupun ia perbicaraan berprofil tinggi, tetapi dua persoalan penting yang menyelubungi pembunuhan Altantuya belum terjawab:

1) Mengapa dia dibunuh dan
2) Siapakah yang mengarahkan pembunuhannya?
Gua yakin ramai yang dah baca isu berkaitan kenyataan di atas daripada Peguam yang berpejabat di Paris, William Bourdon.

Dan persoalan itu jugalah yang bermain dalam kepala kebanyakkan rakyat Malaysia. Hingga menjadi bahan lawak iaitu kedua-dua tertuduh, Sirul Azhar dan Azilah Hadri saja jer... syok2 nak bunuh si ALtantuya tu... hahaha...
"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri. - klik sini.
Read More / Baca Lagi >>

2 in 1... Sehati dan sejiwa!!

Posted: 22 Jul 2011 06:57 PM PDT

[kredit:Facebook Manjungmari Manjung]

Dia balik dan bersuara....

"(Habis lawatan) saya ajak keluarga saya berbincang. Saya kata rasa-rasa dalam hati, saya kena balik walaupun ikut jadual keluarga saya dan saya, nak bercuti di luar negara sementara tetapi rasa-rasa saya perlu balik ke Malaysia.

"Saya kata bahawa tidak mengapalah kalau saya perlu berkorban. Saya sanggup berkorban demi rakyat Malaysia"

"Saya ucap terima kasih kepada isteri saya. Dia tak bantah dan sokong. Anak-anak saya pun sokong"

Read More / Baca Lagi >>

A forgotten older and enduring ideal

Posted: 22 Jul 2011 06:49 PM PDT


SAKMONGKOL AK47
Was the Bersih agenda wrong? The agenda was simply the call for the EC to conduct its business cleanly and fairly. That to my mind is a legitimate and acceptable agenda. This government responded by demonizing Bersih. This was all part of the boxed-in mentality of the ruling government to prevent any mass movement snowballing into a popular movement.
When it responded the way it did, the very dreaded effect it wanted to avoid, came into effect. Because public and international opinion made Bersih into the impression of a popular movement rather that a localized event it should have been.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu: Buat apa saya tipu?

Posted: 22 Jul 2011 06:46 PM PDT

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tidak ada sebab bagi beliau menipu apabila mendakwa sebuah kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Putrajaya usir peguam kes Scorpene, Pakatan pula bangkit kontrak pertahanan RM16 bilion

Posted: 22 Jul 2011 06:45 PM PDT


Nurul Izzah Anwar. — Foto Choo Choy May
PETALING JAYA, 23 Julai — Pakatan Rakyat 'disambar' dengan tindakan Putrajaya menghantar balik peguam Perancis William Bourdon yang mengendalikan kes berkaitan skandal pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion, tetapi pembangkang terus menyerang dengan isu baru. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu khalayak sekitar 500 orang di sini malam tadi bahawa tindakan menghantar pulang peguam itu menunjukkan pentadbiran Najib masih mahu menyembunyikan fakta mengenai urusan pembelian kapal selam.
"Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil hari ini (semalam)," kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

Dalam Kenangan : Akhir bukan bererti tamat

Posted: 22 Jul 2011 11:15 AM PDT

Pemergian Almarhumah Dr. Lo' Lo' bte Ghazali agak mengejutkan, namun bagi mereka yang hampir dengan beliau, mungkin sudah mengetahui akan kondisi kesihatan beliau yang dilaporkan meninggal akibat kanser.
Kehilangan beliau amat dirasai oleh pejuang-pejuang yang dalam usaha untuk menegakkan semula kebangkitan Islam apatah lagi para muslimat yang sentiasa mendapat pelbagai nasihat dan pandangan daripada beliau yang boleh dianggap sebagai serikandi yang banyak berjasa dan memberi contoh teladan bahkan telah membuka mata para muslimat di Malaysia khususnya bahawa seorang wanita juga mempunyai peranan dan ada fungsinya dalam pembangunan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Hantar pulang Bourdon bukti Najib takut rahsia Scorpene terbongkar...

Posted: 22 Jul 2011 11:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Malaysia menghantar semula peguam hak asasi manusia dari Perancis, Wiliam Bourdon tanpa sebarang sebab membuktikan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana peguam itu dijadualkan berada di Malaysia untuk membongkar skandal komisyen kapal selam membabitkan RM540 juta dan kaitannya dengan misteri pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Lathhefa Koya berkata, kerajaan Malaysia juga bertindak zalim apabila menghantar Bourdon pulang ke negara asalnya tanpa sebarang sebab munasabah.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: