Khamis, 7 Julai 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Silapkah Agong terima wakil 62 NGO mengadap?

Posted: 07 Jul 2011 06:00 AM PDT

Wira Arjuna


ULASAN "Hanya kerana Yang di-Pertuan Agong menemui mereka (BERSIH 2.0) tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan."

Itu kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

azlanDalam keghairahan untuk terus menyerang BERSIH 2.0, Hishamuddin mencadangkan bahawa Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sanggup berjumpa dengan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan.

Pendapat ini kemudiannya turut disokong oleh sepupu beliau – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai alasan untuk menafikan BERSIH permit bagi mengadakan perhimpunan amannya di sebuah stadium pada Sabtu ini.

Tindakan kedua-dua pemimpin itu dikecam kerana Najiblah yang mencadangkan kepada BERSIH 2.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Apabila dipersetujui BERSIH, beliau tampil pula mengingatkan BERSIH bahawa rangkaian kerjasama itu sudah diharamkan kerajaan dan tidak layak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

NONEInilah urutan perkembangan dalam tempoh 48 jam yang menyerlahkan kualiti kepemimpinan negara ini dan tahap "kesetiaan" Umno kepada institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Nasihat" baginda kepada BERSIH untuk membatalkan perarakan di atas sebab keselamatan dijunjung oleh BERSIH yang kemudiannya menerima tawaran Najib untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Buka laluan

Tuanku Mizan kemudian sudi menerima menghadap rombongan BERSIH iaitu Pengerusinya Ambiga Sreenevasan, Presiden Jamaah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin dan Sasterawan Negara A Samad Said.

Pertemuan itu dan titah baginda membuka laluan untuk BERSIH membatalkan tunjuk perasaan yang amat digeruni oleh BN.

NONEPerbincangan di Istana Negara dan kenyataan susulan BERSIH akhirnya meleraikan ketegangan yang diwarnai dengan tangkapan-tangkapan polis dan kenyataan-kenyataan menghasut dan berbaur perkauman oleh kumpulan dan pihak tertentu.

Apakah respons kerajaan pula? Malangnya, Najib dan Hishamuddin membawa mesej bahawa pertemuan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dengan jawatankuasa BERSIH tidak memberi apa-apa makna kerana BERSIH masih pertubuhan haram dan justeru tidak boleh diberikan permit mengadakan perhimpunan di stadium.

NONETangkapan-tangkapan polis ke atas sesiapa yang memakai baju berlogo BERSIH diteruskan dan penahanan enam orang di bawah Ordinan Darurat juga diteruskan.

Pada ketika kerajaan dan polis berpeluang tampil memberi kerjasama untuk membolehkan suara rakyat didengar di sebuah persekitaran yang dikawal dan dijamin keselamatannya, Najib dan sepupunya Hishamuddin meremehkan pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan penganjur BERSIH dan terus menekan kumpulan itu.

Pedoman Tuanku

Di manakah kesetiaan tidak berbelah bahagi Umno kepada institusi raja dan kerelaannya untuk mengikut pedoman yang diberikan oleh Tuanku Mizan?

NONEAmat mudah untuk pemimpin-pemimpin Umno mengeluarkan madah-madah indah mengenai kesetiaan kepada Raja dan Negara menerusi media arus perdana, dan menuduh semua yang lain sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara.

Rujukan mudah adalah krisis perlembagaan Perak tahun 2009 yang akhirnya menguntungkan Umno apabila calon lantikannya dinobat sebagai Menteri Besar.

Namun apabila tiba saat untuk Umno membuktikan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Istana dengan menghayati semangat perlakuan Tuanku Mizan, parti itu yang ditunjangi oleh Najib gagal dari segala sudut.

Sepupu beliau, Hishamuddin meremehkan titah dan semangat tindakan susulan yang diambil oleh Seri Paduka.

Justeru hari ini, negara masih berdepan dengan kemelut BERSIH – kerana kerajaan yang memerintah enggan menghormati petunjuk-petunjuk jelas daripada Seri Paduka dan menghayati semangat Baginda.

NONESebaliknya Najib dan Hishamuddin mahu menguatkuasakan undang-undang zalim ke atas BERSIH, demi agenda sempit masing-masing.

Apakah benar BERSIH sebuah pertubuhan haram? Soalan yang lebih tepat adalah sama ada BERSIH itu sebuah pertubuhan.

Jawapannya Tidak. BERSIH adalah hanya satu bentuk kerjasama antara 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) YANG SAH dan berdaftar.

NGO-NGO ini memupuk kerjasama untuk mengatur sebuah majlis bagi mendesak pilihanraya yang adil dan telus.

Tafsiran sempit

Mereka melakukan usaha ini setelah usaha mereka berunding dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) gagal.

azlanApakah kerjasama BERSIH ini memerlukan pendaftaran rasmi di negara ini? Tentunya tidak, jika keluhuran undang-undang dan semangat Perlembagaan didokong oleh pihak berkuasa.

Anehnya, kerajaan tidak pun merungut mengenai mengenai status BERSIH sebelum ini, walhal BERSIH 2.0 dilancarkan pada 10 November 2010 dan hanya terdiri daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani.

SPR pula bebas mengadakan mesyuarat dengan BERSIH sebelum ini sungguhpun hasilnya tidak ke mana.

Hanya apabila BERSIH mula mengatur perhimpunan aman, yang kemudiannya disokong sepenuhnya oleh parti pembangkang, kerajaan mencengkam pergerakan itu dengan tafsiran undang-undang yang sempit.

NONENajib pula melabelkan Ambiga sebagai musuh Islam hanya kerana membela seorang anak guamnya dalam kes murtad Lina Joy.

Tiba-tiba daripada sebuah pergerakan masyarakat madani, BERSIH digambarkan oleh kerajaan sebagai berhaluan militan dan komunis yang mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Tidak cukup dengan itu, perhimpunan aman BERSIH juga didakwa akan merugikan negara pada kadar RM1bilion sehari!

Dalam jangka masa singkat dua minggu, rakyat dipertontonkan watak sebenar Perdana Menteri dan Hishamuddin terhadap sistem demokrasi berparlimen, keluhuran undang-undang dan perlembagaan serta institusi Raja Berdaulat.

Tindakan mereka harus menimbulkan rasa gusar kepada sesiapa sahaja yang mendokong keadilan, prinsip-prinsip hak asasi manusia serta mahu melihat institusi-institusi seperti SPR diperkasakan demi manfaat rakyat.

Polis: Perintah mahkamah halang 91 individu

Posted: 07 Jul 2011 05:56 AM PDT

Salhan K Ahmad

Polis Kuala Lumpur mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

NONETimbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan, tengah) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

NONESeramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya – Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang seramai 11 orang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Kawasan berhimpun

Perintah berkenaan turut menyenaraikan kawasan komersial Kuala Lumpur yang dikenalpasti polis sebagai kawasan berhimpun bagi kumpulan berkenaan.

NONEKawasan berkenaan termasuk sekitar kawasan The Mall, KLCC, Sogo, Maju Junction, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan juga Istana negara, kata Amar Singh lagi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur petang ini.

Ketika ditanya, Amar Singh berkata perintah yang diperolehi semalam daripada Majistret Kuala Lumpur itu merupakan satu langkah pencegahan bagi menghalang pemimpin berkenaan daripada hadir ke kawasan tersebut.

"(Jika berhimpun) di tempat lain tak jadi salah, hanya di tempat ini saja," katanya lagi yang menjelaskan individu berkenaan masih perlu memohon permit sekiranya ingin berhimpun di tempat lain.

Bersih 2.0: Operasi Hentian Puduraya dihenti sementara

Posted: 07 Jul 2011 05:55 AM PDT


KUALA LUMPUR– Pihak berkuasa mula memperketatkan tindakan penguatkuasaan menjelang perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu ini dengan yang terbaru mengarahkan agar operasi Hentian Puduraya, yang terletak di pusat bandar raya, ditutup sementara mulai tengah malam esok dan dipindahkan ke lokasi lain.

Hentian Puduraya, salah satu hentian utama di ibu negara, mengendalikan 300 perjalanan setiap hari.

Pusat perhentian itu terletak kira-kira dua kilometer dari Stadium Merdeka - lokasi Bersih 2.0 merancang untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini sebelum membatalkan perhimpunan jalanan.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini, Pengerusi UDA Holdings Datuk Nur Jazlan Mohamed mengesahkan bahawa operasi Hentian Puduraya akan dihentikan buat sementara mulai tengah malam esok dan pada hari Sabtu ini.

"Saya dimaklumkan operasi bas di Hentian Puduraya akan dihentikan mulai tengah malam esok, dan juga sepanjang hari Sabtu," kata beliau.

"Mungkin langkah ini diambil selaras dengan keputusan SPAD, dan tindakan polis," kata beliau.

Pagi tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya tidak akan mengeluarkan lesen sementara kepada bas kilang dan sekolah ke Kuala Lumpur.

Justeru kata beliau, bas-bas ke utara dan timur akan beroperasi di perhentian Jalan Duta manakala bas-bas ke selatan pula akan bergerak dari Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan.

Beberapa pembaca yang menghubungi The Malaysian Insider memberitahu, penumpang-penumpang yang memberi tiket di kaunter Hentian Puduraya dimaklumkan mengenai perubahan sementara operasi bas.

Selain Hentian Puduraya, warga Kuala Lumpur boleh menggunakan perkhidmatan bas di Hentian Jalan Duta, Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dan Hentian Pekeliling.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) menafikan khabar angin bahawa perkhidmatan tren transit aliran ringan di beberapa stesen akan mengalami gangguan Sabtu ini.

"Tidak, tidak," kata beliau ketika ditanya sama ada pihaknya ada sebarang rancangan atau telah menerima sebarang arahan daripada pihak berkuasa agar menghentikan operasi perkhidmatan tren aliran ringan pada Sabtu ini.

SPNB memiliki tren aliran ringan laluan KL-Ampang dan Gombak-Kelana Jaya.

Bagaimanapun menurut SPAD, ia masih bergantung pada arahan susulan daripada kerajaan.

"Operasi kami adalah normal, tetapi kami akur kepada sebarang keputusan dibuat oleh pihak berkuasa yang relevan," kata seorang jurucakap SPAD ketika dihubungi.

Jurucakap itu juga mengesahkan bahawa Kabinet belum lagi mengeluarkan sebarang arahan mengenai perkara itu.

15,000 pemuda PAS Terengganu ke himpunan Bersih

Posted: 07 Jul 2011 03:53 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) akan menghantar 15,000 orang ahlinya ke Kuala Lumpur untuk mengikuti himpunan aman Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Mereka akan bergerak bersendirian dengan semangat kental untuk bersama-sama Bersih 2.0 mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di tanah air.

Ketua DPPNT, Mohd Nor Hamzah (gambar) menjelaskan, pemuda PAS Terengganu seperti juga pemuda PAS di negeri-negeri lain di seluruh negara sememangnya begitu bersemangat untuk menyertai perhimpunan itu sejak mula dirancangkan.

Beliau bagaimanapun secara jujur mengakui, semangat mereka mula berkurangan apabila Bersih 2.0 mengumumkan akan mengadakan perhimpunan aman itu di stadium.

"Namun dengan semangat perjuangan yang sudah sedia ada dalam diri masing-masing, semangat mereka itu amat mudah dinaikkan kembali.

"Jadi dengan itu, DPPNT tidak mengalami kesukaran untuk menghantar 15,000 orang ahlinya ke perhimpunan itu, malah boleh melebihi angka yang jauh lebih banyak dari jumlah itu jika kami kehendaki," katanya ketika dihubungi hari ini.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, tegasnya, tidak sepatutnya dihalang oleh pihak kerajaan untuk diadakan kerana ia tidak bertentangan dengan undang-undang, khususnya Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, menyedari hakikat itulah, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sendiri telah mengeluarkan titah khas pada 3 Julai lalu yang antara lain turut meminta kerajaan supaya tidak menzalimi rakyat dan bertindak adil kepada rakyat.

Selain itu, Tuanku sendiri turut bersedia bertemu dan berbincang dengan jawatankuasa Bersih 2.0 berhubung perancangan Bersih untuk mengadakan perhimpunan aman itu.

"Tuanku ternyata bertindak dengan begitu lunak dengan rakyat. Tuanku juga turut membenarkan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan itu dengan kaeadah-kaedah tertentu," katanya.

Beliau yang juga Adun Bukit Payong amat kesal kerana tindakan kerajaan dalam menangani perhimpunan itu ternyata amat melampau dan ini secara jelas menunjukkan kerajaan tidak mempedulikan arahan Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Di Terengganu, beliau turut memberikan contoh tindakan tidak demokrasi yang dilakukan oleh kerajaan apabila pihak polis menangkap Ketua Pemuda PAS Dungun, Syeikh Mohamad Hanafi Abdul Aziz dan 6 orang rakannya pada Sabtu lalu, hanya kerana memasang sehelai banner Bersih 2.0 di kawasan Dungun.

Empat orang daripada mereka telah dibebaskan, manakala 3 orang lagi terus ditahan sehingga diikat jamin sebanyak RM5,000 seorang di Mahkamah Majestret Dungun hari ini.

Selain itu, di Kuala Ibai di Kuala Terengganu pula, seorang pemuda ditahan polis, Ahad lalu, apabila disyaki hendak menjual baju kuning Bersih 2.0, walaupun dakwaan tersebut tidak mempunyai bukti kukuh setelah pihak polis sendiri turut ke rumah pemuda itu untuk mencari baju kuning Bersih 2.0 yang didakwa hendak dijualnya.

Pemuda tersebut tetap juga ditahan polis dan terpaksa dibayar ikat jamin RM3,000, walaupun dakwaan hasratnya hendak menjual baju kuning Bersih 2.0 seperti yang didakwa oleh pihak polis itu sendiri tidak terbukti, malah kalaupun terbukti bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.

Menurut Mohd Nor, kesemua kejadian itu hanyalah sebahagian dari contoh terkini yang dilakukan oleh kerajaan di Terengganu dan ia secara jelas bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang membenarkan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan aman dengan kaedah tertentu.

"Itu semua turut bertentangan dengan titah Tuanku yang meminta kerajaan mengutamakan rundingan dengan pihak terbabit untuk menyelesaikan sesuatu masalah termasuk berhubung himpunan aman Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini," katanya yang juga AJK Pemuda PAS Pusat.

IGP: Polis minta Bersih adakan himpunan di luar KL

Posted: 07 Jul 2011 03:51 AM PDT

TERKINI



KUALA LUMPUR — Polis telah meminta Bersih 2.0 agar mengadakan perhimpunan mereka pada Sabtu ini di luar ibu negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (gambar, depan) berkata langkah ini perlu demi kepentingan orang ramai yang tidak terlibat dalam pergerakan tuntutan pembaharuan pilihan raya.

"Saya mengesyorkan mereka agar mengadakan di luar Kuala Lumpur. Jangan menyebabkan kesesakan di Stadium Merdeka yang dekat dengan pusat bandar raya dan menyebabkan gangguan," kata beliau selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Bersih 2.0 termasuk ketuanya Datuk Ambiga Sreenevasan petang ini.

Bagaimanapun Ambiga memberitahu pemberita bahawa Bersih 2.0 akan meneruskan usaha mereka memohon kebenaran untuk menggunakan Stadium Merdeka.

"Dia degil," kata Ismail apabila ditanya mengenai pendirian tegas Ambiga.

Ismail juga menolak tanggapan bahawa Stadium Merdeka merupakan lokasi yang paling stadium atas alasan ia mudah dihubungkan dengan pengangkutan awam.

"Ia (alasan) itu tidak munasabah," katanya.

"Mengapa perlu ambil risiki dengan di kawasan yang berisiko sedangkan anda boleh mendapatkan tempat yang lebih selesa di kawasan lain," katanya.

Menurut Ismail, lokasi bukan tempat, tetapi mesej yang hendak disampaikan.

"Meskipun mereka mengadakan di Stadium Darul Aman (di Kedah), orang ramai akan menerima mesej (yang hendak disampaikan)," katanya lagi.

PM Najib digesa arah Stadium Negara benarkan Bersih

Posted: 07 Jul 2011 03:49 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR — Bersih meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mengarahkan pengurusan Stadium Merdeka membenarkan pihaknya menggunakan premis itu bagi tujuan perhimpunan pada Sabtu ini menuntut pembaharuan pilihan raya bebas dan adil.

Gabungan itu berkata satu pertemuan dengan polis telah dijelaskan bahawa salah satu daripada 62 anggotanya boleh memohon mendapatkan permit polis jika boleh menempah Stadium Merdeka.

"Bersih 2.0 meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercampur tangan dan mengarahkan pengurusan Stadium Merdeka mengeluarkan satu surat kelulusan bagi menggunakan Stadium Merdeka bagi Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 (Sabtu ini).

"Ini selari dengan janji kerajaan untuk menyediakan kami dengan stadium bagi perhimpunan," kata jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan petang ini.

Gabungan itu berkata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan menekankan tentang hasrat mereka mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka dan meminta polis agar membebaskan kesemua mereka yang ditahan setakat ini.

Malah gabungan itu juga meminta polis tidak menahan lagi penyokong-penyokong Bersih 2.0.

Polis menegaskan Bersih 2.0 kekal sebuah pertubuhan haram sejak 1 Julai lalu.

Ambiga, Ibrahim Ali dan Khairy antara 91 dilarang masuk KL Sabtu ini

Posted: 07 Jul 2011 03:47 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Ambiga coming out of Bukit Aman speaking to reporters. — Picture by Jack Ooi
KUALA LUMPUR — Polis memperoleh perintah mahkamah melarang seramai 91 individu yang berkaitan dengan Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa daripada memasuki Kuala Lumpur Sabru ini.

Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin — langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata orang ramai "sangat tidak digalakkan" ke ibu negara Sabtu ini.

Antara nama disenaraikan ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan anggota jawatankuasa pemandu Bersih Maria Chin Abdullah.

Amar berkata individu berkenaan telah diserahkan perintah itu hari ini.

Seramai 66 orang adalah dari Bersih, 14 melibatkan Perkasa dan 11 dari Pemuda Umno.

MENYUSUL LAGI

Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini

Posted: 07 Jul 2011 03:41 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.

Perkasa

Datuk Ibrahim Ali

Datuk Ab Rahman Abu Bakar

Syed Hassan Syed Ali

Irawah Fahmi Ideris

Roslan Kassim

Sharifuddin Abd Hamid

Dr Zubir Harun

Ameir Hassan

Datuk Ahmad Saad

Ahmad Zaini Ismail

Muhammad Zaid Md Arip

Abdullah Mansor

Zaira Jaafar

Norkhaila Jamaludin


Pemuda Umno

Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Datuk Megat Firdouz Megat Junid

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Megat Zulkarnaian Omardin

Rizalman Mokhtar

Tengku Azman Tengku Zainol Abidin

Lokman Noor Adam

Datuk Abdul Azeez Rahim

Ungku Saleh Ungku Jamal

Arman Azha Abu Hanifa

Tun Faisal Ismail Aziz


Bersih

Datuk Ambiga Sreenevasan

Mohamad Sabu

Hishamuddin Md Rais

Khairul Anwar Ahmad Zainuddin

Maria Chin Abdullah

Chua Tian Chang

Kamarulzaman Mohamad

Dr Mohd Hatta Md Ramli

Syed Shahir Syed Mohamud

Syed Ibrahim Syed Noh

Teresa Kok Suh Sim

Badrul Hisham Shaharin

Shamsul Iskandar bin Mohd Akin

Arutchelvam A/L Subramaniam

Wong Chin Huat

Ong Boon Keong

Enalini A/P Elumalai

Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim

Datuk Khalid Yunus

Datuk Zulkifli Noordin

Dr Zubir Harun

Datuk Seri Abd Hadi Awang

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Lim Kit Siang

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Nurul Izzah Anwar

Kohila Yanasekaran

Zaid Kamaruddin

Khoo Teng Swee

Fadiah Nadwa Fikri

Yap Swee Seng

Salahuddin Ayub

Datuk Mahfuz Omar

Nasrudin Hasan

Mazlan Aliman

Dr Syed Azman Syed Nawawi

Dr Dzulkifli Ahmad

Dr Mujahid Yusof

Khalid Abd Samad

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Azman Shapawi Abd Rani

Suhaizan Kaiat

Nor Azli bin Musa

Mohd Firdaus Jaafar

Loke Siew Fook

Lau Wen San

Mohd Azmin Ali

Mat Shuhaimi Shafie

Satipul Bahari Amamt

Wan Hassan Mohd Ramli

Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini

Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin

Muhammad Hilman Idham

Mohd Shukri Che Ab Razab

Mohd Syukri Kamaruddin

Ahmad Syazwan Muhammad Hasan

Choo Chon Kai

Sarasvathy Muthu

Soh Sook Hwa

Nurul Izham Nurul Anuar

Abd Rahim Osman

Mohd Sibri Ismail

Mohd Lukam Muda

Datuk Prof Kamaruddin Kachar

Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

Kes Sarbani: Siasat Segera Siapa Ganggu Dan Padam Rakaman CCTV

Posted: 07 Jul 2011 03:34 AM PDT

KELAB GREENBOC


I
nkues Sarbaini: Dua kamera CCCT 'diganggu seseorang'

KUALA LUMPUR — Saksi ketiga inkues kematian Ahmad Sarbaini Mohamed memberitahu terdapat gangguan pada dua unit kamera litar tertutup (CCTV) pada hari penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Juruanalisis bahagian audio dan video makmal forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras ASP Fauziah Che Ismail (gamabar) berkata, terdapat tiga perakam video digital (DVR) yang dianalisisnya, terdiri daripada rakaman antara pukul 8 hingga 11 pagi 6 April lalu.

"Hasil daripada analisis ketiga-tiga DVR ini, saya dapati DVR 1 dan DVR 2 pada tarikh 6 April tidak merakamkan apa-apa dari pukul 8 hingga 11 pagi.

"Bagaimanapun DVR 3, saya memperoleh rakaman imej si mati yang dirakamkan pada pukul 8.30 pagi," kata beliau ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail.

Menurut Fauziah, tiga DVR tersebut merupakan alat perakam di tiga tempat berbeza iaitu DVR 1 dan 2 meliputi kamera dalam bangunan manakala DVR 3 memberi tumpuan ke atas kawasan luar bangunan SPRM.

Selain itu, Fauziah turut berkata, DVR 1 dan 2 tidak beroperasi secara normal dan rakaman turut "diganggu."

"Terdapat dua gangguan terhadap DVR 1 dan 2 sehingga menyebabkan rakaman terhenti. Gangguan pertama pada DVR 1 pada 5 April pukul 14:17:52 (pukul 2.17 petang) sehingga 14:19:23 (2.19 petang) yang menyebabkan gangguan selama beberapa minit. Sama seperti DVR 2. Gangguan pertamanya hanya beberapa minit.

"Bagaimanapun bagi gangguan kedua, DVR 1 mula berhenti pada 5 April, pukul 14:47:15 (2.47 petang) hingga 6 April, 13:24:16 (1.24 tengah hari) iaitu selama 22 jam dan 33 minit. Sama seperti DVR 2 yang mengalami gangguan pada tarikh sama bermula pukul 14:37:54 (2.37 petang) hingga 13:26:17 (1.26 petang). Kesemuanya berpunca dari 'record off manually'. Untuk DVR 3 tiada gangguan,"
katanya.

Beliau turut menjelaskan, DVR 3 hanya merakamkan imej Allahyarham Sarbaini memasuki bangunan SPRM dengan menunggang motosikal.

Turut dipaparkan beberapa minit rakaman video Allahyarham Sarbaini yang berhenti untuk membuat pendaftaran masuk di pondok pengawal SPRM dengan berbaju kemeja putih berseluar hitam.

Selepas itu, beliau dilihat memasukkan baju ke dalam seluar dan beredar dari pondok tersebut.

"Hanya dapat rakaman dia masuk. sahaja yang dapat dikesan," katanya yang turut menambah rakaman video DVR 3 beroperasi secara manual antara 8 hingga 11 pagi pada 6 April.

Selain itu, ketika Fauziah ditanya oleh peguam pemerhati keluarga Sarbaini, Awtar Singh mengenai rakaman tersebut tidak beroperasi dengan sempurna, Fauziah menjawab: "Ya, ia diganggu oleh seseorang."

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton bangunan SPRM pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Turut hadir pada prosiding hari ini isteri Sarbani, Masiah Manap dan beberapa anggota keluarganya. Inkues yang bermula hari ini akan berlarutan sehingga 15 Julai ini.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Yusoff Akope berkata Allahyarham Sarbaini hadir di bangunan tersebut pada hari kejadian sebagai "tetamu."

"Bagaimana dia dilayan pada hari kejadian? Adakah dia datang sebagai suspek atau seorang saksi," soal Awtar.

"Pada hari kejadian, dia datang sebagai seorang tetamu," kata Yusoff.

Yusoff merupakan saksi keempat inkues yang bermula Isnin lalu.

Dalam keterangannya Yusoff juga menafikan beliau ada menggunakan perkataan "rebah" ketika bercakap dengan Maziah.

"Saya tidak pernah menggunakan perkataan rebah. Saya memberitahu dia telah jatuh. Saya memberitahu dia apa yang saya katakan," kata Yusoff lagi.

Maziah merupakan saksi pertama inkues dan telah memberikan keterangan pada Isnin lalu. -TMI

Ulasan GB

Tidak mustahil rakaman CCTV keseluruhan kehadiran Ahmad Sarbani sewaktu "didalam pejabat SPRM" telah dipadam oleh orang-orang tertentu. Siapa "orang tertentu" itu? Tentulah ada kaitan dengan mereka yang berada di SPRM sewaktu itu.

Ia perlukan siasatan.

Jangan ada cover-up.

Stadium BERSIH

Posted: 07 Jul 2011 03:29 AM PDT

Oleh Khalid Samad

Kesudian SPB Tuanku menerima kunjungan dari wakil BERSIH untuk mengadap amat dihargai. Sephttp://visit-to-kl.com/images/Stadium_Merdeka.jpgertimana juga titah Baginda yang jelas terbukti dibuat secara adil dan saksama. Hasil dari pertemuan tersebut pihak BERSIH sekali lagi membuktikan keikhlasan mereka dengan menyatakan kesediaan mereka untuk menganjurkan perhimpunan tersebut di dalam sebuah Stadium di Kuala Lumpur.

Cadangan untuk diadakan di Stadium telah terlebih dahulu dicadangkan oleh Hishamuddin dan diulangi oleh Najib sendiri. Oleh itu, sekarang kita ingin melihat sejauhmana pihak kerajaan BN akan mengotakan apa yang mereka sendiri nyatakan!

Dengan persetujuan BERSIH supaya perhimpunan diadakan di Stadium maka sepatutnya perhimpunan ini dan apa sahaja berkaitan dengannya seperti warna kuning TIDAK lagi diharamkan. Apabila ianya tidak lagi dianggap perhimpunan haram, maka sebarang sekatan jalan oleh pihak polis tidak lagi perlu diadakan. Tuduhan BERSIH adalah pengkhianat dan agen asing tidak perlu diulangi. Drama minggu ini yang mempamerkan berbagai jenis senjata dan Molotov *****tail dalam botol plastik juga tidak perlu diteruskan.

Sebaliknya pihak keselamatan seharusnya memikirkan langkah yang perlu diambil bagi memudahkan perhimpunan tersebut diadakan. Mereka harus menghalang mana-mana pihak yang ingin mengganggu perhimpunan tersebut. Ianya patut dilayani seperti mana-mana perhimpunan yang sah seperti perhimpunan '1 Juta' belia di Putrajaya tempohari.

Sekiranya usaha menghalang dan mengharamkan tetap diteruskan, ini bererti tawaran Hishamuddin dan Najib TIDAK ikhlas. Ianya secara tidak langsung memberi gambaran bahawa titah SPB YDP Agong yang inginkan isu ini ditangani secara adil dan bijaksana, tidak diendahkan samasekali oleh pihak kerajaan yang tetap berkeras dengan agenda yang ingin menundukkan rakyat dengan apa cara sekali pun.

Adalah tidak munasabah pihak keselamatan bertindak sedemikian rupa apabila perhimpunan ini telah dipersetujui dan diberikan kelulusan oleh pihak kerajaan sendiri. Sebagai contoh, kesesakan lalu lintas yang jelas dihasilkan sekatan jalan raya pada hari ini 6 Julai, sedangkan kesediaan BERSIH untuk memindahkan perhimpunan ke Stadium telah dinyatakan sejak semalam lagi. Atau apakah mungkin pihak keselamatan sudah tidak mengendahkan lagi arahan PM dan Menteri dalam Negeri?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Kalau batal demo pun takkan selesai masalah ...

Posted: 07 Jul 2011 03:27 AM PDT

Oleh DINSMAN


Mengapa mereka begitu takut kepada cadangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk berhimpun di Kuala Lumpur 9 Julai ini? Bukan kali pertama perhimpunan begini diadakan di Kuala Lumpur. Sudah beberapa kali pun dibuat. Mana pernah berlaku perkara-perkara yang boleh mengancam atau membahayakan keselamatan?

Perhimpunan Bersih pun ini kali yang kedua. Kali pertama dulu apakah ada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, yang merosakkan harta awam, atau mencederakan mana-mana manusia? Tak ada!

Himpunan bantah PPSMI yang disertai oleh rakyat awam yang lebih kurang sama ramainya itu pun, sama juga. Tak ada berlaku apa-apa yang perlu ditakuti pun. Huru-hara dan hiruk-pikuk itu hanya berlaku apabila pihak polis bertindak menembak gas, air gatal dan mengejar untuk menangkap mereka. Tanpa itu semuanya aman dan terkawal sahaja.

Hakikat dan fakta ini semua orang tahu. Biarpun media-media pengampu Umno-BN cuba menyelewengkan fakta dan berbohong serta memfitnah untuk menempelkan imej buruk kepada pihak pembangkang dan pengkritik kerajaan, namun orang ramai dan rakyat semua tahu. Kecualilah mereka yang penyokong tegar Umno-BN dan mengharamkan diri mereka membaca dan mendengar berita lain selain daripada sumber mereka sendiri.

Jadi, tak ada apa yang perlu dibimbangkan pun sebenarnya. Sebab itulah maka Sasterawan Negara Dato' A Samad Said yang berumur 75 tahun itu pun sanggup hadir membaca puisi pendeknya di majlis pelancaran Bersih itu. Tapi itu pun dijadikan isu, dan dia dipanggil hadir ke balas polis untuk disiasat.

Mengapa perlu diberikan reaksi yang berlebih-lebihan begitu? Hinggakan orang yang pakai baju T kuning pun ditangkap; dan memakai pakaian kuning pun dikatakan haram. Mengapa sampai reaksi terlalu berlebih-lebihan begitu?

Dan akhirnya Yang di-Pertuan Agong pun mencemar duli mengeluarkan titah agar perhimpunan bersih itu dibatalkan.

Tetapi apakah dengan demikian maka masalah pun selesai dan negara pun menjadi aman damai dan sejahtera? Yang menjadi masalah sebenarnya bukannya perhimpunan itu. Yang menjadi masalah sebenar ialah amalan demokrasi dan pilihan raya yang tidak bersih. Itu masalahnya. Bukannya perhimpunan itu yang menjadi masalah.

Yang di-Pertuan Agong barangkali mendapat nasihat hanya setakat perhimpunan itu sahaja (yang dikatakan boleh mengancam keselamatan negara). Baginda tidak mendapat nasihat mengenai amalan demokrasi dan pilihan raya yang tidak bersih, yang semakin hari semakin menyemarakkan kemarahan rakyat.

Memang perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan akan diadakan pada 9 Julai itu boleh dibatalkan, dengan kuasa yang ada pada pihak-pihak tertentu.

Tetapi apabila pembatalan perhimpunan itu tidak dapat menyelesaikan masalah yang sebenarnya, maka masalah yang sebenarnya itu akan terus hidup di kalangan rakyat jelata di seluruh pelusuk negara ini. Ia akan terus disuarakan oleh pihak pimpinan politik Pakatan Rakyat. Bukankah itu yang sepatutnya lebih ditakuti oleh pihak kerajaan Najib?

Lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih itu: Bersihkan senarai undi; mereformasikan undi pos; gunakan dakwat kekal; akses media bebas dan adil; masa berkempen minimum 21 hari; kukuhkan institusi awam; hentikan rasuah; dan hentikan politik kotor – itulah sebenarnya masalah-masalah yang perlu diberi perhatian secara serius oleh pihak kerajaan Umno-BN.

Lapan perkara tuntutan Bersih itu bukannya perkara rekaan. Itu semua adalah fakta yang menjadi masalah, yang menyebabkan rakyat menjadi resah dan marah.

Maka apabila The Star Online membuat tinjaun pendapat rakyat pada 21 Jun lalu, sebanyak lebih 1.3 juta undi sempat diterima, sebelum ia terpaksa dihentikan dan dikeluarkan daripada skrinnya pada tengahari itu, disebabkan fakta yang dipaparkan begitu memeranjatkan, iaitu 99 peratus menyokong perhimpunan Bersih 2.0 diadakan; dan hanya 1 peratus sahaja yang menentangnya.

Itu fakta. Hasil tinjauan online oleh pihak yang menjadi sekutu kerajaan sendiri, bukannya oleh pihak media yang pro-Pakatan. Walaupun ia segera dipadamkan dan tidak dilaporkan oleh media mereka, fakta itu tetap fakta, dan ia tak mungkin dipadamkan daripada minda rakyat.

Perhimpunan boleh dibatalkan, tetapi fakta-fakta yang semakin hari semakin menyemarakkan kemarahan rakyat itu tak mungkin dibatalkan. Seperti kata puisi Samad Said: "Kini menyalalah unggun sakti itu / kini merebaklah nyala unggun itu."

Maka menutup pintu rundingan tentulah bukan suatu langkah ke arah penyelesaian. Ia hanya menampakkan sikap angkuh yang hanya sesuai dengan gaya pemerintahan zaman feudal dan zaman kuku besi. Sekarang kita berada di zaman yang sudah jauh meninggalkan zaman yang bertamadun sederhana itu.

Maka di sinilah apabila Agong menunjukkan minatnya untuk mencari penyelesaian dan mengelakkan persengketaan berpanjangan, kita berharap baginda akan sudi menghulurkan hikmah dan kebijaksanaannya, demi untuk kesejahteraan seluruh rakyat negara ini.

Sesungguhnya fakta yang sempat dizahirkan di skrin The Star Online itu, walaupun hanya sekejap, tetapi itulah isyarat dan petunjuk yang cukup jelas. Maka janganlah kita membodohkan diri dengan bertindak memadamnya dan menganggap segalanya sudah selesai, padahal ia sesuatu yang hidup dan akan terus marak.

Tepatlah apabila baginda berseru agar rakyat jangan bermusuhan. Sememangnya tuntutan lapan perkara itu sama sekali tidak membawa maksud permusuhan. Ia hanya menuntut, seperti titah baginda:

"Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana, dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ..."

Lawatan PAS tinjau pilihan raya Thailand

Posted: 07 Jul 2011 03:08 AM PDT

DETIK DAILY

BANGKOK: Dewan Pemuda PAS Pusat dan PAS Selangor berjaya menyempurnakan misi lawatan kajian dan diskusi di Bangkok, Thailand selama dua hari hujung mingu lalu, sebagai satu persediaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dan untuk membina hubungan dengan parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan.

Lawatan selama dua hari yang berakhir pada 2 Julai itu menemukan wakil Pemuda PAS Pusat dan PAS Selangor dengan parti Puea Thai yang kini akan menubuhkan kerajaan baru Thailand dan Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva, serta penerbitan isu Asia Tenggara beribu pejabat di Bangkok, Asean Affairs.

Misi disertai Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss; Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairudin Othman; Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan; dan Timbalan 1 Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Menurut Raja Ahmad, lawatan ini ialah sebahagian misi kajian menjelang pilihan raya umum dan satu usaha PAS sebagai kerajaan menanti untuk membina hubungan serantau dengan kerajaan, parti politik dan NGO di negara-negara jiran.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS menyifatkan lawatan ini berjaya memperkenalkan PAS dengan lebih mendalam kepada dua parti terbesar Thailand, yang salah satunya, parti Puea Thai kini akan menubuhkan kerajaan.

"Sebagai parti yang menjadi sebahagian Pakatan Rakyat yang kini sebuah "government in waiting", misi seperti ini dapat memperkenalkan lagi PAS kepada masyarakat serantau, dan membina hubungan untuk memudahkan kerjasama pada masa depan, terutama dalam konteks negara jiran dan Asean" kata Raja Ahmad.

Raja Ahmad mengetuai sesi dialog dengan Parti Demokrat di ibu pejabat parti itu di Bangkok dan dialog ringkas dengan bakal Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra di program rali parti Puea Thai di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Wakil PAS Selangor, Mohd Khairudin menyifatkan lawatan ini berjaya mencapai misinya apabila berjaya bertukar-tukar fikiran dengan Parti Demokrat dan Puea Thai yang kini akan memerintah Thailand.

"Pertemuan dengan dua parti terbesar Thailand telah berhasil memperlihatkan kepada mereka PAS secara bersemuka. Dialog dengan parti pembangkang dan kerajaan Thailand diharap dapat membuka ruang kepada dialog dan kerjasama lebih luas pada masa hadapan," jelas Mohd Khairudin.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Sany pula menyifatkan beberapa pemerhatian terhadap proses demokratik di Thailand sebagai menarik dan boleh dicontohi di Malaysia.

"Walaupun perang poster tidak semeriah di negara kita, parti-parti bertanding menyampaikan maklumat melalui kempen terbuka termasuk melalui kempen bergerak dengan kenderaan, lengkap dengan pembesar suara.

"Saluran-saluran televisyen juga tidak menghadkan liputan terhadap parti pemerintah sahaja tetapi semua parti diberikan ruang liputan dan debat," jelas Mohd Sany.

Baiki stadium runtuh sebelum berjanji bina stadium baru

Posted: 07 Jul 2011 03:05 AM PDT

PASPB

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/bob.jpg?t=1257824210


PARIT BUNTAR, 7 Julai :
Rakyat negeri Kelantan telah ditawarkan sebuah stadium baru yang lengkap dan canggih sekiranya Kelantan jatuh ke tangan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum (PRU) tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, (gambar) ini merupakan gula-gula pilihanraya baru yang Perdana Menteri tawarkan untuk menarik simpati pengundi.


"Saya yakin dan percaya, gula-gula stadium baru ini adalah untuk menarik sokongan pengundi muda kepada UMNO.

" Tapi harus diingat, stadium yang runtuh di Terengganu pun hingga kini belum dipulihkan dan Stadium Darulmakmur di Pahang juga dimaklumkan sudah uzur dan tiada peruntukan dikeluarkan oleh Perdana Menteri"katanya

Beliau berkata, adalah lebih baik andai PM menyerahkan royalti minyak kepada negeri Kelantan daripada janji-janji pilihanraya dengan membina stadium baru..

"Baikilah dulu stadium yang rosak, naikkan taraf stadium yang banyak dalam negara ini.

" Saya pasti bukan rakyat Kelantan sahaja mahukan stadium yang cantik dan diselenggara tetapi rakyat seluruh negara amat memerlukannya."katanya

Hairul Nizam yakin rakyat Kelantan cerdik dan tidak akan mudah termakan dengan janji Najib yang kini dalam usaha mendapat sokongan bagi menghadapi pilihanraya. Malah Najib sendiri telah diisytihar peminat nombor satu Red Warriors dan memberikan sokongan dana RM 2 juta kepada Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA).

"Saya fikir seluruh persatuan bolasepak negeri perlu diagih-agihkan dana pembangunan bolasepak. Jangan sebab nak meraih sokongan politik, hanya negeri tertentu sahaja diberi bantuan dana kewangan.

" Bagaimana dengan negeri lain? Takkan mereka akan dipinggirkan dari arus pembangunan bolasepak."katanya

Justeru beliau menyeru supaya Perdana Menteri tidak menggunakan dana awam ini untuk kepentingan survival politik UMNO yang semakin susut sokongannya.

" Budaya merasuah pengundi dengan janji-janji awangan ini juga sudah mula menular akhir-akhir ini. Saya berharap rakyat Kelantan terus memberikan sokongan kepada pimpinan PAS untuk menerajui negeri.

"Saya fikir stadium baru untuk rakyat Kelantan boleh dibina sekiranya royalti minyak diserahkan kepada kerajaan negeri yang ada sekarang" katanya lagi.

Hishamuddin berani jadi penderhaka kerana UMNO

Posted: 07 Jul 2011 03:02 AM PDT

PASPB



KUALA LUMPUR : Keenganan Putrajaya mengiktiraf perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini, jelas menggambarkan bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak mempedulikan titah Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin meskipun ia mendapat perkenan Seri Paduka.

Walhal kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu secara konsisten menasihati rakyat agar mentaati Rukun Negara yang menyebut "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara".

Kata Najib, anak-anak lincah juga tidak diajar menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan, sebaliknya, mereka dididik dengan nilai kerohanian yang tinggi untuk membentuk keperibadian mulia.

Justeru Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai seorang rakyat yang derhaka.

"Berdasarkan kenyataannya terbaru Hishammuddin hari ini (semalam), ia jelas menunjukkan bahawa beliau telah menderhaka kepada Tuanku memandangkan semangat yang ditunjukkan dan dipimpin berdasarkan sistem raja berpelembagaan dalam negara kita seharusnya disambut semua pihak," katanya.

Menurut Azmin tindakan Seri Paduka melaksanakan pertemuan dengan penganjur Bersih merupakan inisiatif yang julung kali dilakukan di negara ini.

Katanya lagi, Seri Paduka bukan sekadar memperkenan pertemuan bersama gabungan itu malah mengambil berat terhadap lapan tuntutan Bersih selain bersetuju supaya kerajaan berlaku adil terhadap suara rakyat jelata.

Malah katanya, tiada sebarang alasan bagi Hishammuddin berdegil untuk mengiktiraf program tersebut memandangkan Tuanku Mizan telah menyarankan agar ianya diadakan di stadium bagi menjaga keharmonian negara.

"Persoalannya mengapa pihak polis dan Hishammuddin masih berkeras. Ini menunjukkan bahawa mereka langsung tidak menyambut titah Tuanku dan menderhaka terhadap saranan yang dibuat oleh Tuanku," ujar beliau lagi.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga dalam kenyataan media lewat malam semalam berpendirian untuk tetap menjadikan Stadium Merdeka sebagai lokasi berkumpul pada 9 Julai nanti walaupun tidak mendapat kebenaran.

Perdana Menteri Najib dalam masa yang sama dilihat tidak konsisten apabila menyatakan pertubuhan Bersih 2.0 harus berdaftar sebelum dibenarkan berhimpun di stadium walhal cadangan itu datang dari beliau sendiri.

Lebih buruk lagi, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar turut membekukan kesemua permit sementara bas ekspres untuk masuk ke ibu negara bermula hari ini.

Azmin yang ditemui selepas menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam berharap rakyat seluruh negara untuk turut memberi sokongan kepada program Bersih 2.0 yang akan berlangsung dua hari lagi.

"Saya tidak nampak kenapa rakyat perlu takut untuk bangun menuntut suatu perkara yang penting bagi menjamin demokrasi yang lebih subur dalam negara," katanya.

Perhimpunan BERSIH 2.0: Perjuangan yang Terkubur atau Tertangguh?

Posted: 07 Jul 2011 02:59 AM PDT

Chong Fah Hing


Rapat perarakan BERSIH 2.0 akhirnya terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan perhimpunan dalam stadium tertutup. Demikianlah perkembangan terbaru perarakan jalanan yang tidak kurang kejutannya bagi sesetengah pihak. Perkembangan yang dianggap sebagai anti-klimaks ini sebenarnya tidak sukar dicongak kerana pada episod akhir peristiwa tersebut, pemimpin BERSIH sebenarnya telah terjebak lalu terikat dengan rentak dan tata permainan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Justeru, tidak hairanlah titah Yang di-Pertuan Agong seolah-olah menjadi suatu isyarat penyelamat yang terakhir atau sebagaimana kata pepatah Inggeris the last straw to clutch at buat pemimpin BERSIH, terutamanya pada saat-saat getir menanggung tekanan yang bukan kepalang daripada pihak berkuasa.

Namun pada pandangan intelektual dan pengkritik masyarakat Cina, keputusan barisan pimpinan BERSIH rata-rata dilihat sebagai tunduk kepada desakan pihak berkuasa. Dan gejala "jiao ruan" (secara literalnya sindrom semput kaki atau bermaksud mengalah pada saat-saat terakhir) sedikit sebanyak menunjukkan keterbatasan dan kelemahan cara perjuangan pertubuhan NGO yang mewakili kepentingan dan hak masyarakat madani selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Malah ada pihak tertentu meramalkan perjuangan masyarakat madani pada masa mendatang akan bertambah sukar ekoran precedent "jiao ruan" tadi. Rata-rata juga berpendapat bahawa perhimpunan yang beralih ke stadium tertutup tidak harus disamakan dengan perjuangan perarakan jalanan kerana keputusan berkompromi adalah dibuat secara sulit tanpa konsensus daripada golongan terbanyak yang menyahut seruan pihak BERSIH untuk berkumpul pada tarikh yang diputuskan pada awalnya.

Dengan kata lain, sebahagian penyokong tegar perjuangan BERSIH 2.0 mungkin amat kecewa dengan tindakan pimpinan BERSIH. Persoalan yang menjadi perhatian ramai sekarang ialah: Bagaimanakah kekecewaan itu boleh terlampias menurut saluran yang betul agar ia tidak membawa mudarat kepada masyarakat dan negara.

Inisiatif kelas pertengahan yang manfaatkan golongan pinggiran

Tidak salah jika dikatakan bahawa rapat perarakan BERSIH adalah inisiatif golongan pertengahan dalam masyarakat yang ingin melihat perubahan pada super struktur mekanisme berpolitik yang diamalkan di Malaysia selama ini. Dilihat dari sudut ini, penyertaan orang terbanyak barangkali lebih bersifat pasif. Memang tidak dinafikan lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH adalah murni. Tetapi apa yang menjadi kemusykilan ialah apakah golongan terbanyak benar-benar menghayati lapan tuntutan yang kedengaran gah itu,dibandingkan dengan permasalahan yang secara langsung mencengkam hidup mereka.

Antara lain termasuk peluang pekerjaan, pendapatan yang semakin susut nilainya, harga barangan yang melambung tinggi dan peluang sama rata bagi anak-anak miskin menerima pendidikan tinggi. Kehadiran perarakan BERSIH 2.0 sekali gus memberikan kesempatan kepada golongan tersebut untuk menyuarakan rintihan dan ketidak-puasan terhadap permasalahan yang membelenggu mereka sekian lama. Pendeknya, anjuran perarakan BERSIH telah dimanfaatkan oleh golongan pinggiran sebagai pentas untuk menyatakan matlamat perjuangan masing-masing. Walaupun kecenderungan tersebut tidak bercanggah dengan matlamat akhir perjuangan BERSIH, iaitu tuntutan untuk pilihan raya yang bersih dan adil (electoral reform), namun tidak dinafikan terdapat harapan yang berbeza terhadap matlamat yang diperjuangkan.

Sepanjang perkembangan peristiwa tersebut, timbul pelbagai gejala yang menuntut renungan kita bersama. Pertamanya berkenaan cara sesetengah pihak menanggapi gagasan demokrasi mengikut erti kata yang sebenar-benarnya serta sikap yang ditunjukkan. Daripada peristiwa kali ini, dapat dirumuskan bahawa sesetengah rakyat Malaysia masih belum bersedia menerima amalan demokrasi yang lebih sihat dan bermaruah sesuai dengan perkembangan sejarah tanah air.

Mentaliti dunia ketiga

Kita lihat nilai dan erti demokrasi bukan sahaja dicemuh malah dimomok sebagai ciptaan Barat yang lebih banyak membawa mudarat daripada kebaikan. Tanggapan sedemikian rupa amat mengelirukan dalam konteks pasca kolonial sejarah Malaysia yang tidak habis-habis mengejar proses pemodenan ala Barat sejak zaman Tunku Abdul Rahman hinggalah era pemerintahan Najib pada masa kini. Proses tersebut mencapai kemuncaknya pada zaman Mahathir Mohamed di mana rakyat menyaksikan pelbagai projek mega yang kononnya menjadi mercu tanda kejayaan Malaysia era baru.

Hakikatnya, dari segi penyelenggaraan dan penjagaan menunjukkan kita masih tidak dapat lari daripada mentaliti dunia ketiga. Umpamanya kita seringkali disuguhkan dengan berita tentang bangunan tersergam gah dan indah tetapi tandasnya tersumbat, tak berair atau tak terurus. Begitu juga sesetengah jalan raya dalam bandaraya kosmopolitan Kuala Lumpur tidak lekang dengan berita bah sebaik sahaja kunjungan hujan lebat. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita bumbung stadium runtuh dan ranap, dewan Parlimen dan mahkamah bergenang air dan bermacam-macam perkara yang aneh-aneh.

Dalam keghairahan pemimpin kita mengejar kemodenan berbentuk fizikal, kita sebenarnya hanya mengecapi dan menghayati proses pemodenan Barat secara kulitan sahaja. Cara berfikir dan tanggapan kita terhadap institusi yang menunjangi kekuatan negara-negara Barat itu jarang-jarang kita fikirkan. Dalam hal ini pemimpin kita masih amat menakuti politik demokrasi tulen, malah permintaan untuk berunding ditolak mentah-mentah tanpa memikirkan kematangan budaya dan ketamadunan yang harus dipupuk dalam segala aspek kehidupan rakyat bagi menghadapi hari- hari mendatang yang semakin mencabar.

Kedua, kegagalan pemimpin BERSIH menepis serangan yang dilakukan oleh pihak terbabit lebih-lebih lagi serangan yang berbentuk hasutan. Ini mengakibatkan penyokong dan khalayak umum terkapai-kapai mencari pegangan akibat pendirian pemimpin tidak kurang jelas. Ambiga terus-menerus menghadapi serangan peribadi dan tohmahan yang bertalu-talu. Dalam hal ini, adalah jelas bahawa iklim demokrasi dan cara berpolitik di Malaysia masih jauh terbelakang dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura, apatah lagi kalau dibandingkan dengan Hong Kong dan Taiwan.

Karya sastera dijadikan senjata berbisa

Suatu perkara yang kurang diberi perhatian dalam peristiwa kali ini ialah penglibatan seniman atau sasterawan dalam perhimpunan yang direncanakan itu. Soal-siasat pihak polis terhadap Sasterawan Negara A. Samad Said mengingatkan kita bahawa karya sastera mula dianggap oleh pihak berkuasa sebagai senjata yang berbisa.

"Saya pikir puisi sekarang sudah diterima sebagai alat yang berkesan, sebagai senjata."

Demikianlah spontan luahan rasa A. Samad Said ketika dipanggil oleh pihak polis untuk disoal-siasat sesudah beliau menghadiri majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu. A. Samad Said atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad, disiasat di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan dan Seksyen 27 (5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis tersebut. Pernyataan A. Samad Said membayangkan kepekaan dan perseptif yang tinggi seorang sasterawan terhadap perubahan di alam sekelilingnya.

Secara terus-terang beliau menambah, "Barangkali (polis) memberi amaran, tapi itu kalau seorang sasterawan, ini sememangnya lebih mendorongnya, menaikkan semangatnya oleh kerana mereka mulai tahu kesusasteraan mempunyai kuasa juga."

Ucapan dan kata-kata Pak Samad senantiasa merangsang minda dan menginsafkan. Pada awal tahun 2009, demi menyeru orang ramai menyahut bantahan terhadap dasar pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Pak Samad yang sudah berusia 74 tahun turut serta dalam program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara. Pada majlis perhimpunan di rumah kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, beliau menyelar sikap sesetengah politikus yang berpolitik semata-mata untuk menang undi dan kuasa saja. Pada ketika itulah baru mereka menggunakan bahasa Melayu. Sesudah tujuan mereka tercapai langsung dibuangkan bahasa ibu.

Bidasan beliau memang menusuk. Sebagai seorang sasterawan tulen, Pak Samad senantiasa berada di tengah-tengah khalayak, pada masa yang sama di luar bingit suara orang ramai. Perwatakan dan ketulusan sikap beliau menjadikan beliau amat mudah didekati. Beliau juga adalah sasterawan yang bervisi dan mempunyai pertimbangan moral yang sangat ketara terhadap segala gejala sosial. Tatkala wartawan melontarkan pertanyaan kepada Pak Samad berkenaan perhimpunan bakal mengganggu aktiviti ekonomi malah mengundang huru-hara. Jawapan Pak Samad cukup mudah, sekaligus membayangkan kearifan seorang sasterawan membuat pertimbangan yang jitu dalam situasi yang amat kontradiksi.

Antara banyak-banyak jawapan yang secara luarannya memang betul pun, Pak Samad telah membuat pilihan berdasarkan prinsip "tangani isu besar ketepikan isu kecil". Demikianlah jawapan Pak Samad, "Memang itu ditimbulkan. Katanya kehuru-haraan, ada orang nak berniaga...... Tapi orang harus memahami cita-cita kita jugak. Orang mesti ada rasa......bersedia untuk berkorban kepada sesuatu yang akan membela nasib mereka." Suatu respons yang lahir dari jiwa yang tulus-ikhlas dan cukup prihatin terhadap permasalahan masyarakat dan negara.

Malanganya, bagi pemegang amanah kuasa, pengucapan sasterawan turut dianggap sebagai tabu dan dianggap sebagai perbuatan terlarang. Niat suci Pak Samad untuk memugar tanah demokrasi ditafsirkan oleh pihak berkenaan sebagai hasutan yang bisa mengeruhkan suasana. Walaupun kenyataan empat orang rakan Sasterawan Negara agak terlewat (dikeluarkan pada 5 Julai), namun kebebasan menulis dan bersuara Pak Samad tetap mendapat perhatian.

Di samping menggesa kerajaan membebaskan semua tahanan yang bersabit dengan perhimpunan BERSIH 2.0, kenyataan tersebut turut menegaskan kebebasan menulis dan bersuara adalah di bawah jaminan amalan demokrasi. Sebagai renungan, marilah kita menghayati dan menyelami mesej yang terkandung dalam puisi Pak Samad:

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara-
kita laungkan juga pesan merdeka;
Demokrasi sebenderang mentari,
Sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita-demokrasi luka,
lama duka kita, demokrasi lara.

Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi,
Suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru)
Tak perlu sorak gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu,
Kini merebaklah nyala unggun itu.

Begitulah hakikatnya. Seorang sasterawan yang tulen tidak bisa lari daripada menyentuh hal-hal yang bersabit dengan kepentingan khalayak umum. Dan ini tentunya membawa sasterawan berdepan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan siasah. Pak Samad menyedari perkara ini dan sanggup turun padang bersama rakyat, menjadikan perjuangan demokrasi di Malaysia lebih bermakna.

*Chong Fah Hing adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Beliau juga menulis di ruangan pojok MerdekaReview edisi Bahasa Cina.

SMM: BERSIH 2.0 berjaya memperlihatkan kepada rakyat kerosakan sistem demokrasi Malaysia

Posted: 07 Jul 2011 02:57 AM PDT

SMM


1. Politik Fitnah.


Sejak BERSIH 2.0 mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan aman dibandar Kuala Lumpur awal tahun ini, pelbagai reaksi negatif timbul khususnya daripada kumpulan pro-UMNO seperti PERKASA dan Pemuda UMNO sendiri. Bermacam-macam fitnah dilemparkan terhadap BERSIH 2.0 seperti cubaan merampas kuasa dan membuat negara menjadi huru hara. Tidak cukup dengan itu, PERKASA melalui Ibrahim Ali dengan berani cuba memainkan isu perkauman semata-mata ingin mencemar imej perhimpunan aman BERSIH. Koordinator utama BERSIH 2.0 iaitu Ambiga diserang dengan isu isu peribadi yang tidak berkait langsung dengan dasar perlaksanaan himpunan BERSIH 2.0.

2. Salah guna kuasa Polis.


Aktivis dan penyokong BERSIH 2.0 juga terpaksa berhadapan dengan tekanan demi tekanan yang dilancarkan oleh pihak berkuasa. Belum pun sempat BERSIH 2.0 di jalankan, sudah lebih daripada 100 orang ditahan akibat kesalahan yang dikaitkan dengan BERSIH 2.0. Malah enam orang aktivis PSM menerima nasib yang lebih buruk apabila ditahan di bawah Ordinat Darurat atas alasan yang amat tidak munasabah. Mahasiswa amat yakin segala tindakan drastik yg dilakukan pihak Polis ini adalah untuk menakutkan orang ramai dan secara langsung menggambarkan BERSIH 2.0 sebagai pencetus kekacauan.

3. Ketidakadilan Media Arus Perdana.
Media arus perdana pula terus menjadi agen yang lebih memburukkan imej BERSIH 2.0 apabila memainkan propaganda kononnya BERSIH 2.0 akan menyebabkan negara menjadi huru hara sekaligus memungkinkan kerajaan terpaksa mengisytihar darurat. Semua fitnah ini dicanang kepada rakyat tanpa memberi sedikitpun ruang untuk pihak BERSIH 2.0 memperjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat.

4. Memperalat institusi agama.


Amat mengejutkan apabila khutbah di beberapa masjid utama pada Jumaat yang lepas telah mengecam himpunan BERSIH 2.0 secara terbuka. Sedangkan khutbah Jumaat sepatutnya tidak menyentuh perkara perkara sensitif apatah lagi perkara yang berbaur fitnah. Namun pihak kerajaan kelihatan terlalu terdesak sehingga sanggup menggunakan mimbar Jumaat untuk menabur fitnah terhadap BERSIH 2.0.

5. Tidak menghormati institusi Beraja.


Keakuran BERSIH 2.0 terhadap titah YDPA Tuanku Mizan membuktikan perhimpunan yang dirancang oleh BERSIH 2.0 sememangnya bersih daripada sebarang anasir negatif yang digembar gemburkan oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab. Berteraskan lapan tuntutan yang rasional, BERSIH 2.0 akur kepada titah YDPA Tuanku Mizan yang mahukan masalah diselesaikan secara lebih baik dan bukannya dengan cara unjuk rasa di jalanan. Keakuran ini membuktikan bahawa BERSIH 2.0 konsisten niat asas penubuhan iaitu ingin mereformasi sistem Pilihanraya di malaysia.

Jika PERKASA menuduh BERSIH 2.0 adalah gerakan yang tidak patriotik, maka ketaatan BERSIH 2.0 kepada titah YDPA Tuanku Mizan telah menafikan tuduhan tersebut. Malah mahasiswa juga mempersoalkan tindakan Menteri KDN yang secara gopoh mengumumkan BERSIH 2.0 sebagai gerakan haram dan mengugut untuk menggunakan ISA untuk menghalang himpunan 9 Julai.

Menteri KDN terpaksa menjilat ludah sendiri apabila YDPA Tuanku Mizan menerima sembah menghadap pihak BERSIH 2.0 yang akhirnya dibenarkan berhimpun di stadium. Menteri KDN sepatutnya perlu memohon maaf kepada pihak BERSIH 2.0 secara terbuka kerana bertindak melulu.

Maka dengan perkembangan terkini BERSIH 2.0, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpendirian untuk :

1. Menggembeleng seluruh tenaga mahasiswa ke stadium di mana himpunan BERSIH 2.0 akan dijalankan.
2. Akan mengerahkan segenap tenaga mahasiswa untuk menerangkan lapan tuntutan BERSIH 2.0 kepada rakyat melalui edaran 1000 air mineral dan 1000 tuala tangan selama seminggu bermula di Kuala Lumpur pada 9 Julai.
3. Menolak kepimpinan Menteri di Kementerian Dalam Negeri dan menggesa agar beliau segera melepaskan jawatan.
4. Menggesa pihak kerajaan agar melaksanakan transformasi media arus perdana agar lebih adil dan tidak menjadi agen politik fitnah
5. Menyeru agar seluruh pertubuhan agama Islam di Malaysia menyuarakan bantahan terhadap Kerajaan Malaysia agar menghormati institusi agama dan tidak menggunakan institusi tersebut untuk kepentingan tertentu.

*Kenyataan media oleh Ahmad Syukri Ab Razab (gambar kiri) selaku Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia.

BERSIH 2.0 yakin PM boleh mengarahkan agar Stadium Merdeka disewa

Posted: 07 Jul 2011 02:53 AM PDT

Leong Khong, Ong Vic Kee


Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan berkata, BERSIH 2.0 beralih untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka kerana janji Perdana Menteri Najib Razak. Justeru itu, beliau yakin bahawa PM mampu memberi arahan supaya pihak Stadium Merdeka menyewa tempat tersebut kepada BERSIH 2.0. Untuk Ambiga, kenyataan Najib sebelum ini adalah janji kerajaan persekutuan.

Ambiga (gambar kanan) berkata, BERSIH 2.0 mengandaikan mereka telah dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan di stadium berikutan kenyataan Najib. Mereka yakin bahawa kerajaan boleh mengarahkan agar Stadium Merdeka bersetuju untuk menyewakan tempatnya kepada BERSIH 2.0. "Saya akan terkejut seandainya Stadium Merdeka menolak permohonan kami," kata Ambiga.

Ambiga Sreenevasan berkata demikian dalam satu sidang media setelah dirinya bersama wakil BERSIH 2.0 yang lain, termasuk Wong Chin Huat, A. Samad Said dan Haris Ibrahim melangkah keluar dari Balai Polis Bukit Aman, kira-kira jam 3.25 petang tadi. Mereka masuk untuk bermesyuarat dengan Ketua Polis Negara, Ismail Omar pada jam 2.18 petang.

Ambiga menambah, pihaknya diberitahu Stadium Merdeka bahawa permit polis perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum mereka menyewa tempat itu; namun polis pada hari ini pula mendakwa bahawa mereka boleh menyewa stadium tanpa permit polis. Oleh itu, BERSIH 2.0 akan menyewa Stadium Merdeka mengikut prosedur, dan kembali untuk memohon permit seandainya berjaya menyewa Stadium Merdeka.

Bagaimanapun, Ambiga memberitahu media, bahawa pihaknya telah menjelaskan kepada pihak polis, iaitu tempat perhimpunan tidak akan ditukar, memandangkan BERSIH 2.0 telah kesuntukan masa untuk memaklumkan kepada penyokongnya.

*Leong Khong dan Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

Janji-janji UMNO-Barisan Nasional

Posted: 07 Jul 2011 01:17 AM PDT

Komentar Roketkini

Bersih hanya mahu pilihan raya yang bebas, adil dan bersih. Untuk mencapai matlamat ini Bersih menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 serta mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu ini.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 perlu diadakan kerana menyedari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan sahaja tidak mahu membuat apa-apa perubahan serius, malah badan yang sepatutnya bebas dari cengkaman kerajaan Barisan Nasional telah bersikap berat sebelah sejak sekian lama.

Usaha penganjur Bersih 2.0 oleh sekumpulan rakyat prihatin yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik telah ditohmah, ditekan, ditindas dan dikongkong dengan zalim oleh pihak berkuasa yang menurut arahan pucuk pimpinan UMNO-BN.

Tekanan yang keras dan menimbulkan keresahan itu menyebabkan Yang di-Pertuan Agong terpaksa campur tangan untuk meredakan keadaan. Kedua-dua pihak kerajaan dan penganjur Bersih 2.0 akur dengan titah Seri Paduka untuk berunding dan menyelesaikan perbezaan pendapat secara bermaruah dan bertamadun.

Malah Bersih 2.0 bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengubah tempat di jalanan ibu kota kepada perhimpunan aman di sebuah stadium, dan dicadangkan Stadium Merdeka sebagai tempat berkumpul secara aman dan damai.

Semua ini dilakukan sebagai tanda kasih sayang dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Sayangnya, titah Seri Paduka kepada kerajaan UMNO-BN dan pihak polis hanya seperti mencurah air ke daun keladi. Seolah-olah titah Baginda hanya untuk Bersih 2.0 tetapi tidak perlu dipatuhi oleh UMNO-BN serta menteri-menteri pusat dan pihak polis.

Dengan angkuh dan bongkaknya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan bahawa: "Hanya kerana mereka (penganjur Bersih 2.0) menghadap Yang di-Pertuan Agong tidak bererti mereka bukan lagi pertubuhan/perhimpunan yang haram".

Dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya semalam, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO menambah bahawa cadangan Najib supaya perhimpunan aman secara sah oleh Bersih 2.0 di stadium juga tidak bererti penganjur tidak perlu memohon permit.

Tidak cukup dengan itu, mengikut tafisrannya sendiri, oleh kerana tidak ada sesiapa boleh mengatasi undang-undang, maka Bersih perlu memohon permit untuk mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini.

Hishammuddin telah mengisytiharkan Bersih, perhimpunan aman Bersih 2.0 serta t-shirt kuning Bersih 2.0 sebagai haram.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar juga memberi amaran bahawa jika perhimpunan aman Bersih 2.0 di stadium diadakan tanpa permit, polis akan mengambil tindakan terhadap semua yang terlibat.

Tidak cukup dengan itu, beliau dilaporkan berkata bahawa jika permit diluluskan sekali pun, sesiapa yang memakai baju Bersih atau membawa apa-apa yang mempunyai logo Bersih, akan ditangkap.

Jelas bagi mereka yang berada di tampuk kuasa, titah Yang di-Pertuan Agong tidak penting sama sekali. Walau pun Seri Paduka tidak menggunakan perkataan "perhimpunan haram" dalam titah Baginda, ia tidak menjadi hal kepada pihak berkuasa untuk berbuat apa sahaja.

Mengulas sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan UMNO-BN itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:

"Kita kesal dengan sikap keterlaluan Menteri Dalam Negeri yang menyimpang dari rundingan Yang di-Pertuan Agong, seolah-olah mengatakan 'kami tidak peduli rundingan kamu dengan Agong'."

Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyatakan kerajaan UMNO-BN dan polis seperti melakukan sabotaj terhadap perkenan dan titah Seri Paduka, di samping melanggar janji Najib bagi membolehkan perhimpunan aman Bersih 2.0 diadakan di stadium.

"Ia semangat rundingan Bersih dengan Yang di-Pertuan Agong, pindah dari perarakan awam ke stadium, disahkan oleh Perdana Menteri. Apa alasan dia nak batalkan lagi," katanya.

Anwar menyatakan pendirian itu selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur semalam yang turut disertai oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Malah, Najib sendiri dalam masa beberapa hari sahaja sudah menunjukkan sikap negatif. Kabinet pimpinannya menolak perhimpunan aman di Stadium Negara manakala beliau sendiri tiba-tiba menyatakan tidak pernah berjanji untuk bertemu dengan wakil-wakil Bersih untuk berunding.

Lebih dari itu, Najib dalam satu majlis bersama pertubuhan silat di ibu kota malam tadi, telah mengisytiharkan bahawa para pesilat akan bangun menentang "musuh-musuh yang mahu menyerang negara dari dalam dan luar negara".

Mungkin kini kerajaan UMNO-BN merasa bangga dan bongkak dengan kelicikan politik kotor mereka yang kononnya berjaya mempermainkan Bersih, malah sanggup menegtepikan titah Yang di-Pertuan Agong.

Rakyat khususnya orang Melayu dan Islam yang diajar sejak kecil lagi sudah arif tentang sifat-sifat keji sedemikian:

  • Apabila diberi amanah, dia pecah amanah
  • Apabila bercakap, dia bohong;
  • Apabila berjanji, dia mungkir janji; dan
  • Apabila berbalah, dia mahu menang walau dia bersalah.

Rakyat jelata kini menjadi saksi kepada apa yang sedang berlaku di depan mata sendiri. Inilah wajah, sikap dan aksi UMNO-BN yang sebenar, yang sanggup meminggirkan rakyat demi kuasa yang hanya sementara itu.

Stadium Merdeka bukan milik Umno

Posted: 07 Jul 2011 01:14 AM PDT

Oleh: Sidiqin Omar


KUALA LUMPUR: Stadium Merdeka bukan milik Umno dan bukan parti itu sahaja yang layak menggunakan kemudahan stadium tersebut, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Beliau mengulas kenyataan Pemuda Umno yang membantah keputusan Bersih 2.0 memilih Stadium Merdeka sebagai tempat baru berhimpun pada Sabtu ini.

Khairul berkata, Pemuda Umno memberi hujah dangkal untuk tidak membenarkan stadium itu digunakan, atas alasan ia mempunyai nilai sejarah termasuk menjadi tempat pemasyuran kemerdekaan.

"Bukan Umno sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan. Banyak pihak lain yang menitiskan darah dan keringat memperjuangkan kemerdekaan.

"Mereka tidak berhak menghalang stadium itu digunakan untuk himpunan Bersih.Hak untuk berhimpun secara aman termaktub dalam Perlembagaan Malaysia melalui permasyhuran kemerdekaan yang dibaca Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Stadium Merdeka," katanya.

Justeru katanya, ia merupakan hak kepada seluruh warganegara Malaysia untuk mengadakan perhimpunan aman di stadium berkenaan.

"Ia boleh digunakan tak kira sama ada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mahu pun Patriot,"

"Tapi, kalau Patriot nak himpun di Stadium Shah Alam pun tiada masalah, (tapi) kena mohon permit dengan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) dahulu," kata Khairul.

Menurut Khairul, jika 54 tahun dahulu Tunku Abdul Rahman membacakan permasyhuran kemerdekaan di Stadium Merdeka bagi membina sebuah negara yang bebas dan adil, himpunan Sabtu ini mengulangi simbolik itu.

"Maka, himpunan Bersih 9 Julai ini adalah simbolik rakyat Malaysia mempertegas semula ikrar kemerdekaan itu. Ia adalah tanda bagi mengembalikan hak rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin negara secara telus bebas dan adil," tegasnya.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican hari ini berkata, bantahan itu dibuat atas pelbagai alasan, terutamanya atas faktor sejarah.

Beliau juga menyebut ia tidak boleh digunakan memandangkan Stadium Shah Alam sudah pun ditawarkan untuk tujuan perhimpunan itu.

Rasmi: Bersih tetap berhimpun di Stadium Merdeka 9 Julai

Posted: 07 Jul 2011 01:12 AM PDT

KEADILAN DAILY


Berikut kenyataan rasmi Jawatankuasa Induk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang dikeluarkan kira-kira jam 11 malam tadi .

Bersih 2.0 kecewa dengan tindakan Perdana Menteri dan Kabinetnya yang mungkir janji untuk sediakan stadium bagi kami untuk mengadakan perhimpunan aman.

Sebagai anggota masyarakat sivil yang komited kepada prinsip-prinsip integriti, kami berhasrat untuk mematuhi nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong dan mengadakan perhimpunan dalam stadium bagi membuat tuntutan kami untuk pilihanraya yang bersih dan adil.

Kami telah memilih Stadium Merdeka sebagai tempat terbaik untuk acara ini kerana ia amat simbolik dan berlokasi pusat, dan kami akan tetap berdiri teguh kepada keputusan kami untuk berhimpun secara aman di sana.

Jika Perdana Menteri seorang yang jujur, beliau sepatutnya membuat persediaan yang sesuai supaya perhimpunan ini berjalan secara aman di Stadium Merdeka.

Sama ada kerajaan mematuhi prinsip-prinsip mereka, kami rakyat Malaysia akan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip kami. Keazaman kami untuk melaksanakan hak kami untuk berhimpun secara aman bagi tujuan yang adil dan munasabah tidak akan tergoncang sama sekali.

Kenyataan baru-baru ini oleh Timbalan Ketua Polis Negara seolah-olah menunjukkan bahawa polis berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap kami sekiranya kami berbuat apa-apa pada 9 Jul selain duduk di rumah.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia patriotik yang hanya inginkan keupayaan memilih pemimpin-pemimpin kita melalui cara demokratik dan halal tidak akan ditakuti oleh pelaksanaan kuasa yang zalim dan tidak bermoral.

Tanggungjawab kita yang paling penting adalah untuk masa depan dan anak-anak kita, dan kami berhasrat untuk pastikan mereka mewarisi negara yang bukan diperintah oleh ketakutan, tetapi oleh prinsip-prinsip keadilan.

Apapun yang berlaku antara sekarang dan 9 Julai, rakyat akan berhimpun secara aman dan teratur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, pukul 2 petang.

Kami akan datang, berhimpun secara aman dan bersama-sama kita akan membina Malaysia yang lebih baik.

Yang benar,

Jawatankuasa Induk

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)


Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada:

Dato 'Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Prakkash Arul, K. Arumugam, Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard YW Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato' Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato 'Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

AMK lancar Ops IC kesan pengundi hantu

Posted: 07 Jul 2011 12:59 AM PDT

KEADILAN DAILY



PETALING JAYA: Wanita KEADILAN dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) melancarkan Ops IC bagi mengesan pengundi hantu dan pemberian kerakyatan haram oleh UMNO-BN di seluruh negara.

Pengumuman itu dibuat pada sidang media pagi ini oleh Exco AMK, Azwan Ramli yang bertindak selaku Pengarah Operasi Ops IC itu.

Ops itu akan dijalankan menggunakan laman Facebook 'Road to Putrajaya' dan akan berlangsung selama tiga bulan.

Menurut Azwan lagi, maklumat berhubung pengundi yang diragui akan dikumpulkan dan akan dibawa ke majlis pimpinan pusat PKR.

Maklumat yang dikumpulkan itu kemudiannya akan dipanjangkan kepada Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran.

"Kemudian kita akan siasat dan bawa di Jabatan Imigresen serta Jabatan Pendaftaran," ujar Azwan.

Setakat ini, operasi berkenaan berjaya mengesan antara lainnya dua kumpulan pengundi, masing-masing seramai 66 dan 88 orang di dua buah rumah di kawasan parlimen Permatang Pauh.

Operasi berkenaan juga mengesan sejumlah pengundi dikhuatiri mempunyai dokumen pengenalan berbeza, kata Azwan lagi.

Turut dibongkarkan adalah kewujudan pengundi yang diragui statusnya apabila lahir pada tahun 1880.

Mereka yang mempunyai maklumat berkenaan pengundi hantu boleh menghubungi Azwan di talian 0196201976.

Selangor Kesal Polis Tangkap 11 Ahli Majlis Berbaju Bersih 2.0

Posted: 07 Jul 2011 12:55 AM PDT

Ditulis oleh Afeeqa Afeera


SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor kesal dengan tindakan polis yang menahan 11 ahli majlis Perbandaran Kajang atas dakwaan memakai baju rasmi BERSIH 2.0 ketika menghadiri mesyuarat rasminya baru- baru ini.

Beliau menegaskan, polis tidak berhak bertindak sedemikian berikutan Perlembagaan Persekutuan menjamin hak bersuara dan berkumpul dalam menyatakan pandangannya.

Justeru, tindakan 11 ahli PBT itu menyokong himpunan aman tersebut dengan memakai baju BERSIH 2.0 adalah wajar dan tidak menyalahi undang- undang negara.

"Saya berharap pihak polis akan dapat mengurangkan usaha itu sebab kita dapati terdapat penjelasan daripada semua pihak termasuk Bersih yang mana mereka cuba untuk mematuhi kehendak Yang diPertuan Agong supaya usaha kita untuk mencapai demokrasi di negara kita diamalkan dengan cara terbaik akan berlaku," katanya.

Esok kesemua 11 ahli PBT Majlis Perbandaran Kajang didakwa di Mahkamah Majistret Kajang.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 atas dakwaan menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan tidak sah.

Dalam pada itu, Khalid menjelaskan kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dalam proses penentuan stadium untuk diadakan himpunan Bersih 2.0, Sabtu ini.

Bagaimanapun, Khalid berkata kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat menyokong kuat misi dan tuntutan Bersih 2.0.

"Saya rasa cara menunjukkan sokongan itu sangat penting dengan penunjukan sokongan itu, tindak balas kerajaan terutama Suruhanjaya Pilihan Raya akan lebih positif untuk menyelesaikan isu-isu yang akan menentukan pilihan raya kita adil, saksama dan juga telus supaya rakyat merasa senang hati dari segi menyertai pilihanraya yang akan diadakan," ujar Khalid.

Khalid turut menyambut baik sikap toleransi Pengerusi Bersih 2.0 yang menjunjung titah Yang di- Pertuan Agong, Tuanku mizan Zainal Abidin agar himpunan aman itu diubah lokasinya ke stadium bagi mengelakkan provokasi melampau daripada kerajaan pemerintah dan mengelakkan perkara yang tidak diingni berlaku.

Ambiga memilih untuk mengadakan himpunan itu di Stadium Merdeka, namun ditolak pihak pengurusan stadium itu.

Namun Ambiga ketika dihubungi Tv Selangor berkata, beliau tetap akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kebenaran menggunakan stadium itu, Sabtu ini.

Stadium itu dipilih memandangkan ia mempunyai banyak kemudahan pengangkutan awam dan kawasan strategik untuk pertemuan orang ramai selain memudahkan polis mengawal keadaan.

PSM Dakwa Enam Aktivisnya Ditahan Dibawah ISA

Posted: 07 Jul 2011 12:53 AM PDT

Ditulis oleh Naeem Raffi



SHAH ALAM : Parti Sosialis Malaysia (PSM) menganggap penahanan enam aktivisnya sebelum ini kerana didakwa mengancam keselamatan negara itu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan bukannya di bawah Ordinan Darurat.

Setiausaha Agungnya, S Arutchelvan berkata, ini kerana berdasarkan prosedur dan layanan berbeza terhadap keenam-enam tahanan terbabit.

"Tahanan EO tidak akan ditempatkan di PRC atau Bukit Aman, sebaliknya mereka akan ditempatkan di IPD sahaja, manakala siasatan terhadap tahanan ISA akan dibuat oleh cawangan khas dan EO dibuat oleh cawangan jenayah,"katanya.

"Perkara ini jelas menunjukkan mereka ditahan di bawah ISA dan polis mengatakan mereka ditahan dibawah EO hanya untuk mengelirukan rakyat." ujarnya.

"Tahanan ISA mata mereka akan ditutup," katanya kepada Tvselangor.

Polis sebelum ini mengesahkan bahawa mereka ditahan mengikut seksyen 3(1) Ordinan Darurat selepas tuduhan awal keenam-enam mereka bersama 24 lagi aktivis PSM disiasat kerana menghasut orang ramai bagi melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong digugurkan.

Antara enam aktivis PSM yang ditahan itu adalah ahli parlimen Sungai Siput Michael Jeyakumar, timbalan pengerusinya M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha cawangan Sungai Siput A Letchumanan, dan ketua pemuda Sarat Babu.

Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) kedua-duanya membolehkan polis menahan suspek sehingga 60 hari tanpa didakwa.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Julai lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".

Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Polis mendakwa berdasarkan beberapa barangan yang dirampas daripada aktivis berkenaan menunjukkan mereka mempunyai kaitan dengan fahaman parti Komunis Malaya (PKM).

Mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Pada Khamis, 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan keenam-enam mereka dikenakan tahanan reman sehingga hari ini.

PERKASA mahu berhimpun, pohon mengadap Agong

Posted: 07 Jul 2011 12:38 AM PDT

Salhan K Ahmad


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan meneruskan rancangannya untuk berhimpun pada 9 Julai di satu stadium memandangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) juga merancang untuk berbuat demikian.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, pertubuhan itu merancang untuk mengadakan perhimpunan berkenaan sama ada di Stadium Merdeka, Stadium Negara atau di Stadium Titiwangsa.

Sebelum itu, PERKASA akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendengar titah dan nasihat Seri Paduka berhubung perhimpunan berkenaan.

NONE"Jangan ambil kira permohonan mereka saja, kita mesti diberi (layanan adil) juga," katanya lagi yang turut berasa terkejut kerana pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan diberi peluang untuk mengadap.

Ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini, Ibrahim berkata surat bagi memohon perkenan mengadap itu telah diserahkan tengahari ini.

"Kalau Tuanku nasihatkan supaya jangan buat perhimpunan kita akan menjunjung duli.

"Tapi kita akan tengok di sebelah sana buat apa," katanya lagi yang sedikit lega kerana BERSIH memutuskan untuk berhimpun di dalam stadium.

perkasa gerak amanTegasnya, PERKASA hanya akan membatalkan perhimpunan sekiranya BERSIH turut berbuat demikian.

Tambahnya, PERKASA juga akan memohon permit bagi perhimpunan berkenaan, seperti juga perhimpunan yang dianjurkannya sebelum ini.

Beliau juga yakin PERKASA akan diberikan permit tetapi tidak bagi BERSIH yang masih diharamkan kerajaan.

Jelasnya, Seksyen 27 Akta Polis menetapkan bahawa permit berkenaan hanya boleh dipohon oleh pertubuhan berdaftar dan juga oleh tiga individu.

Mesti profesional

"Kalau individu mohon untuk organisasi haram, polis tak boleh beri kebenaran.

azlan"Polis mesti profesional... BERSIH haram, jadi kalau polis beri permit, polis juga langgar undang-undang," tegasnya yang juga ingin bertemu dengan perdana menteri berhubung isu sama.

Perhimpunan anjuran PERKASA perlu diadakan bagi mengimbangi gambaran yang bakal ditimbulkan bahawa "orang telah tolak kepemimpinan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib" melalui kejayaan perhimpunan BERSIH, kata Ibrahim.

Ibrahim juga berkata, beliau akan menjelaskan mengenai tuntutan BERSIH dalam dalam perhimpunan anjurannya.

Mengulas mengenai pelawaan Ambiga supaya PERKASA menyertai perhimpunan BERSIH, Ibrahim berkata beliau hanya akan ikut serta sekira turut menerima tuntutan berkenaan.

"Tapi kenapa sekarang baru jemput?" katanya sambil menambah, PERKASA setakat ini telah mendaftarkan lebih 11,500 orang bagi perhimpunan berkenaan.

VIDEO | 8.30 min

BERSIH 2.0: Polis Perak tahan 41 orang

Posted: 07 Jul 2011 12:36 AM PDT

MALAYSIA KINI


Polis Perak menahan 41 orang di beberapa daerah di negeri ini sejak Jumaat lalu hingga semalam kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penganjuran perhimpunan aman anjuran BERSIH 2.0 yang dijadual pada Sabtu ini.

Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata mereka yang ditahan turut membabitkan beberapa wakil rakyat Pakatan, individu dan seorang guru agama.

NONEMereka ditahan kerana didapati berkumpul dan memakai baju dengan lakaran 'BERSIH' serta mengagihkan baju-T 'BERSIH 2011' dan risalah mengenai perhimpunan itu, katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ipoh hari ini.

Beliau berkata mereka ditahan di Sungai Siput, Kuala Kangsar, Batu Gajah dan Ipoh mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis serta Seksyen 108 Kanun Keseksaan dan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Sehubungan itu, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dalam perhimpunan itu kerana perbuatan tersebut menyalahi undang-undang dan polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang masih meneruskan kegiatan itu.

NONEDalam perkembangan lain, Shukri mempelawa orang ramai mengunjungi program Hari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Pelanggan, yang akan diadakan setiap bulan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, untuk mendapatkan maklumat serta pertanyaan mengenai masalah yang mereka hadapi di kaunter yang disediakan.

Progam Hari PDRM bersama pelanggan turut diadakan di semua Ibu Pejabat Polis Daerah pada Khamis setiap minggu, katanya.

Beliau berkata sepanjang enam bulan pertama tahun ini, Polis Perak berjaya menurunkan indeks jenayah sebanyak 7.6 peratus.

Laporan kes jenayah yang direkodkan bagi tempoh berkenaan ialah 4,979 kes berbanding 5,363 kes bagi tempoh yang sama tahun 2010, yang memperlihatkan penurunan sebanyak 384 kes, katanya.


Tiada ulasan: