Ajijoi |
- Perintah mahkamah halang 91 masuki KL, salah seawal-awalnya lagi
- Hantu mengundi, SPR masih mahu nafi?
- Jom kongsi foto dan video
- Kemungkinan gangguan internet & telefon bimbit, Malaysia amal taktik negara diktator
- Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini
- Umno DERHAKA kepada Raja Melayu, sekali lagi!
| Perintah mahkamah halang 91 masuki KL, salah seawal-awalnya lagi Posted: 07 Jul 2011 10:40 AM PDT Tinjauan mendapati rata-rata pimpinan Bersih 2.0 yang nama mereka tersenarai antara 91 orang yang dihalang memasuki KL melalui perintah mahkamah, tetap teguh pendirian untuk bersama-sama berarak dengan rakyat Sabtu ini. Ini adalah kerana perintah mahkamah tersebut bersifat 'void ab initio' (salah seawal-awalnya lagi). Pandangan daripada para peguam tersebut telah meyakinkan mereka untuk terus bersama-sama di Himpunan Bersih 2.0 nanti. Perintah mahkamah bersifat Void ab Initio? Komuniti Peguam dan pakar undang-undang dikhabarkan sedang mengadakan perbincangan mengenai keabsahan perintah yang diperolehi oleh Polis Kuala Lumpur untuk menghalangi 91 pimpinan pelbagai peringkat memasuki ibu negara, Sabtu ini. Mereka menyifatkan perintah itu sebagai bersifat satu pihak sahaja dapat akses (ex-parte) kepada mahkamah majistret yang mengeluarkan perintah itu. Komuniti berkenaan berpendapat bahawa di bawah prinsip undang-undang "seseorang tidak boleh dihukum tanpa dihadapkan ke mahkamah" (audi alteram partem). Oleh kerana itu ia jelas menunjukkan bahawa perintah yang diperolehi oleh Polis KL itu void ab initio (salah seawal2nya lagi). Lantaran itu mereke berpendapat bahawa keengkaran pada perintah tersebut bukanlah menghina keputusan mahkamah. Sementara itu, Khairy Jamaluddin mendakwa polis sekadar menambahkan lagi suasana tegang Himpunan Bersih 2.0 apabila mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 pimpinan, termasuk beliau sendiri daripada memasuki Ibu negara Sabtu ini. Ketua Pegerakan Pemuda itu berkata, kini beliau sendiri dihalang memasuki ibu negara, sedangkan itulah tempat tinggalnya. "Di sebalik mencari jalan penyelesaian, kini Polis telah merosakkan jalan penyelesaiaan itu," katanya."Perintah mahkamah itu telah menegangkan lagi situasi itu. Kini penyokong saya, Perkasa dan Bersih telah kecewa. "Keadaannya kini tidak menentu. Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku seterunyai," katanya. |
| Hantu mengundi, SPR masih mahu nafi? Posted: 07 Jul 2011 10:26 AM PDT Manusia tertua yang masih hidup dan boleh mengundi di Perak itu ialah seorang yang berbangsa Cina iaitu Wong Seng yang telah dilahirkan pada tahu 1879 dan kini berusia 132 tahun jauh lebih tua dari manusia tertua yang disenaraikan oleh Wikipedia. Begitu juga dengan lapan lagi manusia yang panjang usianya juga mengatasi iaitu Nazmi Binti Harun 131 tahun, Ng Khoa 126 tahun, Kong Kew Kee 126 tahun, Ng Ah Kow 125 tahun, Wong Yee 124 tahun, Itam Latihah Bin Mohd Ali 123 tahun, Mohammad bin Haji Mohd Noor 123 tahun, Wong Pin 123 tahun dan Murugai A/P Ramamoorthai berusia 122 tahun iaitu sama dengan usia manusia paling tua di dunia yang pernah direkodkan.. Korang tengoklah sendiri senarai 50 dari 1538 orang dibawah ni yang diambil dari Daftar Pemilih.. No_KP_Baru/ No KP Lama/ Nama/ Bangsa/ Tahun_Lahir/ Umur 790610740022 1448642 WONG SENG CINA 1879 132 800501030028 A0993271 NAZMI BINTI HARUN MELAYU 1880 131 850710740048 3498040 NG KHOA CINA 1885 126 850608740017 1453245 KONG KEW KEE CINA 1885 126 450826085273 0592818 NG AH KOW CINA 1886 125 870608740058 1392190 WONG YEE CINA 1887 124 881101080023 0336299 ITAM LATIH 1888 123 881112610069 2106517 MOHAMAD MELAYU 1888 123 881003740059 0439199 WONG PIN CINA 1888 123 890624713118 2110938 MURUGAI A/P RAMAMOORTHAI INDIA 1889 122 901102740113 0363429 HOW TOH YOON CINA 1890 121 910103740048 0387294 MOK SOON HOONG CINA 1891 120 910812740032 0914383 AH SEE CINA 1891 120 921012750017 2112135 DOORASAMY S/O PARASAMY INDIA 1892 119 921108740075 0439792 LIANG KWAY CINA 1892 119 931218740147 0596852 LEE KOOI CHIEW CINA 1893 118 931108080037 0357301 HAJI ABDUL MUTALIB MELAYU 1893 118 931116080010 2587063 HAJI HALIJAH BINTI ENDUT MELAYU 1893 118 930920740089 3841080 WONG AH SIEW CINA 1893 118 930104750019 2779357 SUPPIAH S/O SUPPIAH INDIA 1893 118 941124740073 0617600 POON SUM CHOON CINA 1894 117 940601740064 1413720 CHONG CHUI CINA 1894 117 940503740167 1042990 LEONG YAK CINA 1894 117 941231080015 4063070 YOK GUNONG ORANG ASLI 1894 117 951129740055 0608134 LEE AH NGEE CINA 1895 116 950720710019 7599200 ASA SINGH INDIA 1895 116 960913740088 1850228 SADRI B ALAM MELAYU 1896 115 961024740074 2077418 LOH YAN TAN CINA 1896 115 961122740078 0588769 LOH TAI HOI CINA 1896 115 960408740255 7603072 YONG CHAN CINA 1896 115 971123740159 0392250 LAI CHOONG YOOK CINA 1897 114 970811080049 3514775 GOVINDASAMY INDIA 1897 114 971231743699 1066220 HEE PENG FOOI CINA 1897 114 980605740076 1413246 WONG SAM NOOI CINA 1898 113 981121080256 0585983 LEE YOKE KWAI CINA 1898 113 >980503740147 1042943 YON LOON CINA 1898 113 980531750019 1382853 A K RETHNAM CHETTEER INDIA 1898 113 980607750059 1449825 SINNATHAMBY S/O AVADAI INDIA 1898 113 981125740100 0623105 CHAN SOON CINA 1898 113 980410750573 7638932 K.SHAIK DAWOOD INDIA 1898 113 981017740031 0366169 NG AH TEE CINA 1898 113 991107740157 0326715 WONG SEN CHEANG CINA 1899 112 991203740069 2583162 TEOH KOK TONG CINA 1899 112 991202710052 0591839 LAU TEE CINA 1899 112 991231741990 8156595 NGAN SUAR @ NGAN OH SUAR CINA 1899 112 991120740020 0619180 THAM LEAN TAI CINA 1899 112 991126710148 0410514 LEE KWAI FONG CINA 1899 112 990615740079 1406250 YIP PENG CINA 1899 112 990509740083 1078174 CHANG KWONG CINA 1899 112 Yang peliknya tiada seorangpun dari mereka tersenarai dalam 100 manusia paling Tua di dunia.. kenapa agaknya.. mungkin SPR boleh jelaskan.. Sumber N'N:Ini sebabnya Bersih 2.o sangat2 relevan kerana SPR telah menggadai maruah mereka demi UMNO/BN sekaligus menjadi kuda tunggangan UBN. |
| Posted: 07 Jul 2011 10:14 AM PDT Ramai diantara peserta-peserta himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini yang memiliki telefon bimbit berkamera. Ada juga yang membawa kamera digital kompak ataupun DSLR mereka sendiri. Saat-saat sejarah terukir nanti, pasti kita tidak mahu ianya berlalu begitu sahaja. Rakamlah detik-detik emas mahupun cemas itu untuk kita kongsikan bersama seluruh warga Malaysia dan juga penduduk dunia, betapa zalimnya kerajaan BN sekarang ini yang menghalang satu tuntutan murni rakyat yang mendambakan pemulihan sistem pilihanraya agar adil lagi bersih. Segala rakaman anda, baik dalam bentuk gambar mahupun video, bolehlah di emailkan (jijoi_8@yahoo.com) kepada blog saya ini untuk tatapan semua. Ataupun, jika anda uploadkan gambar-gambar tersebut didalam facebook anda, jangan lupa untuk tag kepada saya, Azizul Nizam agar dapat saya download dan muatkan keruangan blog ini. Jom kongsi foto-foto dan video himpunan Bersih 2.0 |
| Kemungkinan gangguan internet & telefon bimbit, Malaysia amal taktik negara diktator Posted: 07 Jul 2011 04:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Kurang 48 jam menjelang perhimpunan Bersih 2.0, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mendakwa mereka menerima maklumat bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu ini. Dalam kenyataan media hari ini, jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 berkata tindakan itu bagi membantutkan perhimpunan berkenaan akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat. "Bersih 2.0 bimbang dengan sumber risikan bahawa mungkin berlaku gangguan penuh atau sebahagian perkhidmatan Internet menjelang hujung minggu ini. "Bersih 2.0 ingin memberi amaran kepada kerajaan persekutuan jika akses rangkaian telefon mudah alih, Internet, perkhidmatan mobile 3G, laman web tertentu atau media sosial diganggu dalam apa cara, maka pihak berkuasa akan kelihatan tidak ada bezanya dengan diktator negara Asia Barat yang menggunakan tindakan seumpama itu tanpa sebarang kejayaan," katanya. Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 juga berkata segala tekanan, hambatan dan halangan tidak akan mematahkan semangat mereka untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu ini. "Selepas itu, kami akan bersurai dengan aman," petik kenyataan itu. Sekiranya lebih banyak halangan dikuatkuasakan, pihak berkuasa akan dilihat sebagai terdesak bagi menghalang pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini. - keadilandaily |
| Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini Posted: 07 Jul 2011 04:30 AM PDT
Perkasa Datuk Ibrahim Ali Datuk Ab Rahman Abu Bakar Syed Hassan Syed Ali Irawah Fahmi Ideris Roslan Kassim Sharifuddin Abd Hamid Dr Zubir Harun Ameir Hassan Datuk Ahmad Saad Ahmad Zaini Ismail Muhammad Zaid Md Arip Abdullah Mansor Zaira Jaafar Norkhaila Jamaludin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar Datuk Megat Firdouz Megat Junid Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican Megat Zulkarnaian Omardin Rizalman Mokhtar Tengku Azman Tengku Zainol Abidin Lokman Noor Adam Datuk Abdul Azeez Rahim Ungku Saleh Ungku Jamal Arman Azha Abu Hanifa Tun Faisal Ismail Aziz Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan Mohamad Sabu Hishamuddin Md Rais Khairul Anwar Ahmad Zainuddin Maria Chin Abdullah Chua Tian Chang Kamarulzaman Mohamad Dr Mohd Hatta Md Ramli Syed Shahir Syed Mohamud Syed Ibrahim Syed Noh Teresa Kok Suh Sim Badrul Hisha Shaharin Shamsul Iskandar bin Mohd Akin Arutchelvam A/L Subramaniam Wong Chin Huat Ong Boon Keong Enalini A/P Elumalai Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim Datuk Khalid Yunus Datuk Zulkifli Noordin Dr Zubir Harun Datuk Seri Abd Hadi Awang Datuk Seri Anwar Ibrahim Lim Kit Siang Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Nurul Izzah Anwar Kohila Yanasekaran Zaid Kamaruddin Khoo Teng Swee Fadiah Nadwa Fikri Yap Swee Seng Salahuddin Ayub Datuk Mahfuz Omar Nasrudin Hasan Mazlan Aliman Dr Syed Azman Syed Nawawi Dr Dzulkifli Ahmad Dr Mujahid Yusof Khalid Abd Samad Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Azman Shapawi Abd Rani Suhaizan Kaiat Nor Azli bin Musa Mohd Firdaus Jaafar Loke Siew Fook Lau Wen San Mohd Azmin Ali Mat Shuhaimi Shafie Satipul Bahari Amamt Wan Hassan Mohd Ramli Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin Muhammad Hilman Idham Mohd Shukri Che Ab Razab Mohd Syukri Kamaruddin Ahmad Syazwan Muhammad Hasan Choo Chon Kai Sarasvathy Muthu Soh Sook Hwa Nurul Izham Nurul Anuar Abd Rahim Osman Mohd Sibri Ismail Mohd Lukam Muda Datuk Prof Kamaruddin Kachar Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah |
| Umno DERHAKA kepada Raja Melayu, sekali lagi! Posted: 06 Jul 2011 05:08 PM PDT Titah SPBD Agong tempoh hari agar kerajaan berbincang dengan penganjur Bersih 2.0 serta membenarkan agar perhimpunan tersebut diadakan didalam stadium, bagai tidak diendahkan oleh pimpinan Umno yang meneraju kerajaan. Pihak penganjur dengan penuh rasa hormat akan titah Tuanku itu telah bertolak ansur dan mematuhi syarat-syarat yang disarankan. Tetapi sayangnya dipihak kerajaan pula masih menunjukkan kuasa bebal mereka yang langsung tidak menghiraukan titah Tuanku tersebut. Bersih 2.0 masih dilabelkan haram oleh kerajaan. Bersih adalah satu kempen, bukan pertubuhan. Lebih teruk lagi, Bersih dikaitkan dan disamakan dengan komunis. Samalah juga seperti Umno menuduh Tuanku Agong bekerjasama dengan komunis apabila Tuanku mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak Bersih Selasa lalu. Amat jelek tuduhan bekerjasama dengan komunis yang dipalitkan kepada instiusi Raja Melayu itu. Rakyat merasa amat kecewa dengan perkembangan terbaru ini. Campurtangan SPBD Agong didalam perkara ini telah meleraikan kusutan benang yang dilihat semakin mengetat apabila masih ditarik kuat oleh pihak kerajaan. Sia-sia sahajalah usaha dipihak Tuanku tempohari demi kesejahteraan rakyat jelata apabila dipihak kerajaan masih berdegil dengan membelakangkan titah Tuanku tersebut. Rakyat yang tidak buta hati pasti masih mengingati betapa Umno telah berkali-kali menderhakai Raja-raja Melayu. Dan episod terbaru dalam isu perhimpunan aman ini telah menambahkan lagi senarai, Umno DERHAKA kepada Raja-raja Melayu, sekali lagi! |
| You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan