ALHUSSEYN |
- Panas! Kenali anasir terbaru dalam senarai PDRM!
- Puduraya, Putra dan bus terminal Pekeliling ditutup pada hari Sabtu
- Jangan dikendung biawak itu!
- BERSIH : Kenapa Stadium Shah Alam tidak boleh?
| Panas! Kenali anasir terbaru dalam senarai PDRM! Posted: 07 Jul 2011 09:54 AM PDT Terbaru! Polis telah menambah satu lagi nama kedalam senarai nama yang dilarang masuk ke Kuala Lumpur pada Sabtu 9 Julai ini. Pihak Polis telah diarahkan supaya membuat pemeriksaan yang rapi bagi tujuan menyekat kemasukan anasir terbaru ini. Setiap mereka yang masuk ke Kuala Lumpur akan diperiksa dengan rapi. Menurut maklumat yang diterima, hanya kaum lelaki sahaja yang akan digeledah bagi tujuan operasi tersebut! ![]() |
| Puduraya, Putra dan bus terminal Pekeliling ditutup pada hari Sabtu Posted: 07 Jul 2011 04:13 AM PDT ![]() Nama aku tidak ada dalam senarai larangan di sini. Ertinya selain 91 orang itu, rakyat lain boleh datang! yeh! yeh! Aku nak gi ! yeh! yeh! Err...Ada ke sesiapa boleh bagi tips bagaimana nak gi SOGO kalau dari Gombak? The Star melaporkan : KUALA LUMPUR: The Puduraya, Hentian Putra dan Hentian Pekeliling terminal bas akan ditutup pada hari Sabtu sebagai polis akan menyekat jalan-jalan utama ke pusat bandar. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Sing berkata bas yang menuju ke Hentian Putra akan dilencungkan ke Pengangkutan Bersepadu Terminal Bandar Tasik Selatan (ITT-BTS) . "Mereka menuju ke Puduraya dan Pekeliling akan dialihkan ke Hentian Duta," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini. Sementara itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), dalam satu kenyataan, mengesahkan pesanan polis akan berkuat kuasa dari 12:01 hingga Sabtu 22:00. Kenyataan itu menjelaskan bahawa semua operasi bas di Puduraya kecuali untuk laluan KL-Seremban sementara akan berhenti. Kenyataan SPAD juga berkata perhentian akhir LRT dan KL dibenarkan menurunkan penumpang nanti ialah: * Titiwangsa LRT dan stesen monorel bagi mereka yang datang dari Jalan Semarak, Jalan Setapak / Genting Kelang, Jalan Ipoh, Jalan Kuching dan Jalan Duta, * Datuk Keramat LRT stesen bagi mereka yang datang dari Jalan Ampang , * Maluri LRT stesen bagi orang-orang yang datang dari Jalan Kg Pandan dan Jalan Cheras, dan * KL Sentral stesen monorel bagi orang-orang yang datang dari Lebuhraya Persekutuan melalui Jalan Bangsar, Jalan Travers, Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Damansara. |
| Posted: 07 Jul 2011 02:24 AM PDT ![]() kata Najib hari ini di sini Baru ku sedari dan ketahui, Perdana Menteri ku ini adalah dari spesis biawak yang sangat dibenci Kukunya tajam berbisa, lidahnya bercabang memutar bahasa. hanya kelmarin dia kata BERSIH 'boleh' kepada Agong dia menjunjung kasih tetapi kini dia mungkiri janji seperti mana akuannya di sini : |
| BERSIH : Kenapa Stadium Shah Alam tidak boleh? Posted: 06 Jul 2011 05:22 PM PDT ![]() Salam semua, terima kasih kerana komen yang ikhlas dan tulus.Kepada sahabat saya Topeng Perak dan Aduka dan yang lainnya yang telah memberikan perhatian dan komen mereka terhadap entri saya kelmarin. Memang pada mulanya saya juga menjangka begitu; maksud saya, anda boleh baca pada entri RPK yg saya terjemahkan disini. Tetapi apabila melihatkan gelagat Hishamudin yang terus meng-intimadasikan rakyat dengan sekatan jalan raya kelmarin dan masih memburu baju kuning macam memburu dadah, saya nampak rakyat tidak akan semudah mana yang kita bayangkan untuk dapat bebas merayau-rayau atas jalan raya dengan alasan sedang menuju ke Stadium Merdeka.Lihat sini dan sini. Saya lihat, hingga kini mereka belum memberikan lampu hijau dan saya pasti ada beberapa lagi syarat yg akan Najib kenakan yang nantinya pasti tidak akan mampu BERSIH persetujui kelak.Mungkin kita hanya dibenarkan memakai baju kuning hanya didalam tempat berkumpul sahaja, contohnya dan macam-macam lagi kemungkinannya. Perkembangan terbaru ialah apabila pihak pengurusan Stadium Merdeka telah menutup pintunya untuk BERSIH atas alasan yang kita nampak hanya sengaja diada-adakan. Atas faktor kesuntukan masa, dan juga faktor ini adalah lebih baik BERSIH terima sahaja pelawaan dan tawaran kerajaan negeri Selangor yang berjanji meluluskan Stadium Shah Alam sebagai venue BERSIH disamping akan memberikan kerjasama yang diperlukan. Faktor keselamatan juga perlu diberikan perhatian dalam mengurus orang ramai yang akan bersesak-sesak nanti supaya apa-apa provokasi dari pihak musuh akan lebih mudah dikawal. Tambahan pula Stadium Shah Alam itu mampu memuatkan 100k dan parking untuk 8 ribu kenderaan.Cukup sesuai dengan para peserta yang dijangkakan amat besar itu. Selain itu, saya merasakan peluang tersebut akan memudahkan BERSIH menyusun g/kerja lainnya; contohnya, menguruskan para peniaga yang akan turut berduyun-duyun kesana. Apakah itu semua tidak relevan? |
| You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan