BRIGED MP SEGAMBUT |
- PENJARA MEDIA YG BERANI?
- MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi
- PSM: 'Kuasa Rakyat' akan bebaskan PSM6
Posted: 25 Jul 2011 07:58 AM PDT Wakil media arus perdana menyuarakan bantahan keras ke atas cadangan kerajaan untuk menubuhkan Majlis Perundingan Media (MPM) dalam mesyuarat rundingan pertama yang diadakan hari ini. Seorang daripadanya, Datuk Nuraina Samad berkata beliau serta beberapa orang pengarang lain membantah cadangan berkenaan kerana ia dilihat sebagai satu lagi bentuk kawalan ke atas akhbar. "Mereka kata ianya majlis perundingan tapi sebenarnya majlis ini hanyalah satu lagi bentuk kawalan," kata editor pengurusan dan penulis blog itu. Sedangkan media hari ini sudah bergelut dengan dengan soal kredibiliti dan undang-undang sedia ada seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas mesyuarat tersebut. Beliau turut mempertikaikan mengapa pegawai kanan perdana menteri perlu hadir di majlis berkenaan sedangkan wakil media dalam talian tidak hadir. Turut disuarakan dalam mesyuarat berkenaan ialah kegelisahan pengarang akhbar yang bimbang sekiranya cadangan penubuhan majlis berkenaan akan terus menjejaskan persepsi pembaca, katanya. "Bagaimana majlis ini akan dapat membantu jualan akhbar?" soalnya. Mesyuarat sulung itu dihadiri antara lainnya pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman, pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Meor Kamarul Shahid serta wakil pengarang dari akhbar berbahasa Cina - Kumpulan Sin Chew. Lapor balik pada kerajaan Mesyuarat yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf itu sepatutnya membariskan sekurang-kurangnya 80 orang pengarang kanan daripada organisasi media cetak dan elektronik, mengikut kertas cadangan yang dikemukakan kepada wakil media sebelum ini. Kamaruddin juga mengakui, pertemuan yang diadakan hari ini merupakan satu "kegagalan" namun beliau gembira kerana pengarang berkenaan tetap menyuarakan pendapat mereka. Jelasnya, kerajaan bercadang untuk menjalankan perbincangan secara berperingkat-peringkat dan mesyuarat hari ini melibatkan sebahagian besar pengamal media cetak. "Selepas ini baru kita panggil media baru, tapi dengan media cetak pun sudah gagal... Saya lapor balik kepada kerajaanlah. "Ini hanya untuk dapatkan maklum balas tapi saya mahu yakinkan bahawa majlis ini bukan untuk mengawal tapi hanya majlis rundingan. Ia tiada kuasa eksekutif," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini di majlis sama. Jelasnya, idea untuk menubuhkan majlis media telah dibincangkan sejak tahun 1970-an namun sehingga kini tidak berhasil. "Sebab itulah kita berharap dengan adanya mesyuarat ini, ia akan membuka jalan kepada penubuhan satu majlis media. Kita cuma mahu menolong, lain tak ada. "Apa yang kita mahu, supaya (media) ada badan pengawal sendiri... Tapi buat masa ini ianya agak sukar. Tiada orang yang mengambil langkah pemula, jadi kita mahu ada perbincangan dahulu," katanya lagi. |
MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi Posted: 25 Jul 2011 01:43 AM PDT Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme. Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama. "Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu. Dakwaan itu bagaimanapun belum dapat disahkan buat masa ini. Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya setakat ini belum berhasil |
PSM: 'Kuasa Rakyat' akan bebaskan PSM6 Posted: 24 Jul 2011 05:35 PM PDT Setelah hilang kepercayaan terhadap sistem keadilan di Malaysia, PSM percaya hanya kuasa rakyat akan menyaksikan rakan-rakan mereka, yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), mendapatkan kembali kebebasan mereka. "Kami percaya rakyat akan merupakan satu-satunya kuasa yang sah untuk membebaskan rakyat kita daripada belenggu sistem yang korup ini," kata setiausaha agung S Arutchelvan (kiri) dalam satu kenyataan. Enam aktivis PSM, termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, yang ditahan sejak 24 Jun, masih dalam tahanan di bawah Ordinan Darurat, yang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), membolehkan penahanan tanpa bicara. Mereka yang kini dikenali sebagai PSM6 - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', berdasarkan bahan-bahan berhaluan kiri yang ditemui bersama mereka semasa siri jelajah ke seluruh negara. Apabila mereka dibebaskan daripada pertuduhan itu, Jeyakumar dan lima yang lain, bagaimanapun ditangkap semula di bawah Seksyen 3 (1) EO atas dakwaan mengancam 'ketenteraman awam'. Arutchelvan berkata memanfaatkan sokongan ramai adalah perlu apabila "undang-undang tidak adil", mahkamah tidak mampu menegakkan keadilan" dan kerajaan menggunakan semua yang ada untuk terus berkuasa. "Akhirnya keadilan akan terserlah dan pembebasan akan datang untuk PSM6," katanya sambil menambah pihaknya percaya majoriti orang-orang baik di dalam dan luar negara ini, akan membantu pembebasan rakan-rakannya itu. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas sokongan mereka dalam mengekalkan tekanan untuk pembebasan PSM6 melalui protes, nyalaan lilin, surat dan sumbangan. Arutchelvan juga menghargai sokongan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat antarabangsa ketika gesaan supaya PSM6 dibebaskan, terus meningkat dan semakin kuat. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan