Isnin, 25 Julai 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Benda Ini Lebih Haram Dari Babi

Posted: 25 Jul 2011 09:04 AM PDT

Apakah yang paling haram selain babi dan anjing bagi orang Islam? Berpegang tangan antara bukan muhrim ibarat memegang lebih dari dua binatang tersebut kerana jika memegang kedua binatang tersebut ia boleh disamak dan jika memegang tangan antara bukan muhrim itu lebih besar dosanya.

DOA.. Mungkin meminta diampunkan dosa-dosa lalu

Mungkin ini yang dilakukan oleh orang yang mengatakan bahawa UMNO memperjuangkan Islam tetapi macam mana Islam mereka amalkan itu kita tidak tahu. Kalau mahu tahu, cuba tanya Ali Rustam kerana beliau merupakan ketua agama bagi negeri Melaka.

Berdoa kononnya meminta sesuatu dari ALLAH dan pada masa yang sama tidak tahu batas-batas aurat antara lelaki dan perempuan. Bagi beliau, janji boleh pegang dan jamah apa yang patut. Paling penting nafsu itu yang merelakannya. Usah bercakap tentang Islam jika tidak mengenal alif ba ta.

CIUM makcik, jangan tak cium

Agak-agak syahwat tu naik tak?? 

Mungkin inilah mengapa UMNO dan sekutunya menolak hukum ciptaan ALLAH. Jika mereka menerima maka mereka tidak dapat berbuat demikian seperti dalam gambar di atas. Apa yang mereka takutkan yang penting bagi mereka ialah undi. Halal haram itu bukan yang mustahak tetapi yang mustahak ialah kekalkan UMNO/BN berkuasa.

Islam tidak boleh tengok pada bangsa kerana bangsalah juga agama dirosakkan. Akibat terlalu memperjuangkan bangsa, maka agama diketepikan dan tidak tahu membezakan antara hukum dan rukun. Tahukah mereka apa itu hukum? Mungkin tidak tahu. Jika tahu tidak akan berlaku demikian.

Dulu Kuning Haram, Sekarang Kartun Pun Haram

Posted: 24 Jul 2011 11:09 PM PDT

AMERIKA SYARIKAT: Jaringan Antarabangsa Hak Kartunis (CRNI), menyifatkan tindakan kerajaan mengharamkan dua buku komik kartun karya Zunar sebagai meminggirkan hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan Perlembagaan Malaysia.

Pengarahnya, Dr Robert Russell, menyelar keputusan mahkamah tinggi yang bersetuju dengan alasan kerajaan bahawa karya kartunis itu menyebabkan ketenteraman awam terancam.


"Karya-karya Zunar begitu mempengaruhi pemikiran publik, tidak ada bukti bahawa ia boleh akan menggangu ketenteraman awam.

"Dengan penghakiman itu juga mahkamah turut meminggirkan hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Perseketuan Malaysia," kata Russell dalam kenyataannya hari ini.

Selain itu, beliau turut mempertikaikan tindakan kerajaan mengharamkan kedua-dua komik Zunar yang menepati standard antarabangsa bagi kartun editorial.

"Tidak ada yang lebih benar dari kebenaran. Kedua-dua buku ini memfokus kepada isu-isu penting yang menjadi perhatian orang ramai seperti konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan skandal kapal selam," ujarnya.

Russell turut menyuarakan kebimbangannnya ekoran tindakan mahkamah seolah memberi lesen kepada kerajaan bertindak lebih keras kepadaZunar dan kartunis-kartunis editorial lain.

"Dalam jangka masa panjang, kekangan terhadap kebebasan bersuara adalah lebih mengancam ketenteraman awam berbanding karya seorang kartunis yang mendidik publik," kata beliau.

Justeru itu, Russell menggesa mahkamah Malaysia bagi menghormati kebebasan bersuara rakyat dan mengkaji semula keputusan mahkamah.

CRNI adalah sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi dan kebebasan bersuara bagi kartunis. Ia mengawasi dan melindungi kartunis-kartunis editorial di seluruh dunia yang menghadapi tekanan kerana ketajaman karya-karya mereka.

Pada 14 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan kerajaan mengharamkan buku "Perak Darul Kartun" dan "1 Funny Malaysia" yang dihasilkan Zunar pada tahun lalu.

Karya itu menampilkan lebih dari 150 kartun-kartun politik diharamkan oleh kerajaan pada Jun 2010 mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Zunar atau Zulkiflee Anwar Ulhaque sebelum ini turut dikenakan tekanan, malah pernah dipenjarakan kerana karyanya yang tajam mengkritik kerajaan dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Gempar: Mahu Hapus Islam di Eropah

Posted: 24 Jul 2011 09:04 PM PDT

 
SUNDVOLLEN (Norway): Lelaki yang dituduh menembak mati 85 remaja di perkhemahan belia dan membunuh tujuh yang lain dengan bom kereta di Oslo, menyiarkan rakaman video di YouTube, menyeru golongan konservatif melancarkan perang salib, enam jam sebelum serangan itu.

Anders Behring Breivik memuat turun rakaman video itu menyeru serangan terhadap umat Islam, dengan rakaman menunjukkan dia memakai pakaian selam tentera laut sambil mengacu senjata automatik, beberapa jam sebelum melakukan pembunuhan yang mengejutkan itu.

Dalam teks video itu dia menjelaskan rancangan serangannya, dengan menulis: 'Saya akan memakai uniform pegawai polis. Ia pasti menggerunkan kerana orang ramai akan terkejut.'

Dalam dokumen setebal 1,500 halaman, dia menulis bahawa 'terdapat situasi di mana kekejaman adalah perlu' dan lebih baik membunuh terlalu ramai daripada tidak mencukupi'.

Sumber polis memberitahu media bahawa Breivik mengaku memuat turun video itu untuk meluahkan pandangan ekstrimnya sebelum serangan itu.

Breivik adalah anggota kumpulan Freemason di Oslo dan mempunyai hubungan dengan Liga Pertahanan Inggeris (EDL).

Dalam satu tulisan, dia menulis: "Saya sudah berbincang dengan EDL dan menyarankan mereka memengutamakan strategi dalam berdepan dengan kebangkitan Islam. "Taktik EDL adalah untuk menarik reaksi berlebihan pergerakan jihad Islam dan pelampau fahaman Marxis.

Rakaman video 12 minit yang bergelar 'Knights Templar 2083' turut dilaporkan muncul dalam halaman Facebook Breivik yang sudah ditutup.

Halaman itu memetik ungkapan ahli falsafah seperti Machiavelli, Immanuel Kant dan John Stuart Mill.

Dia juga menyenaraikan Kafka antara penulis kegemarannya dan George Orwel 1984 sebagai satu daripada buku kegemarannya.

Breivik berkata, dia menghantar teks dan rakaman video YouTube, di mana dia bencikan dasar pelbagai budaya dan pendatang Islam kepada 7,000 rakan patriotiknya di Facebook.

Dalam teks bertajuk 'Deklarasi Kebebasan Bangsa Eropah' dia menulis bagaimana dia mahu menyingkirkan Islam dan fahaman Marxis di Eropah.

"Ada situasi di mana kekejaman adalah perlu dan enggan melakukan kekejaman yang perlu adalah pengkhianatan terhadap orang yang anda ingin lindungi," tulisnya.

"Kaedah pilihan adalah menyerang secara ganas.

"Tidak perlu meminta maaf atau meluahkan kekesalan kerana anda bertindak mempertahankan diri atau mengambil langkah berjaga-jaga."

Menulis sebagai Andrew Berwick, namanya dalam bahasa Inggeris, dia berkata, dia mengambil masa sembilan tahun dan membelanjakan 300,000 euro (RM1.26 juta) untuk menulis manifesto itu.

Dia berkata: "Titisan hujan pertama menandakan kehadiran ombak besar budaya konservatif yang tidak dapat dihentikan. Ombak besar itu akan menghapuskan Eropah Barat daripada budaya Marxisme dan pelenyapan Islam untuk kali ketiga.

Dia juga didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah lagi pertubuhan pelampau Kristian, Stop the Islamification of Europe, menurut akhbar Sunday Telegraph. - Agensi

Utusan Jilat Tahi Sendiri

Posted: 24 Jul 2011 07:13 PM PDT

Seorang wartawan Utusan Malaysia mengakui tidak menemui plaintif sebelum menyiarkan berita disifatkan berunsur fitnah terhadap pemimpin PAS Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki.


Yuspisman Asli, 39 kini Ketua Biro Utusan Cawangan Kelantan mengakui perkara itu ketika ditanya peguam plaintif, Mohamad Hanipa Maidin (gambar) pada perbicaraan kes saman Misbahul terhadap Datuk Khalid Mohd dan Utusan Melayu Bhd di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Hanipa sebelum itu mahu kepastian sama ada wartawan berkenaan menghubungi Misbahul atau menemui sekretariat muktamar atau pengerusi tetap bagi mendapat kesahihan sebelum berita itu ditulis.

Mingguan Malaysia pada 3 Jun 2007 dalam laporan di muka hadapan menggunakan tajuk "Dewan Ulama PAS ibarat tin kosong – Perwakilan".

Berita mengenai muktamar terbabit disiarkan dengan dakwaan wakil Perak, Misbahul Munir berkata, Dewan Ulama hanya hidup dalam kepompong mereka sendiri dan tidak berperanan dalam usaha mencelikkan rakyat terutamanya ketika berdepan dengan pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam.

"Kepimpinan ulama yang dicanang oleh parti PAS tidak harus hanya menjadikan tin kosong melalui kewujudan Dewan Ulama, apabila aktiviti mereka lebih tertumpu di surau dan markas," katanya dalam laporan berita tersebut.

Dalam writ samannya plaintif menyebut berita disiarkan di muka hadapan akhbar Mingguan Malaysia itu dibuat dengan niat jahat dan bertujuan mensensasikan berita fitnah.

Perbicaraan kes itu diadakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Khalid dan Utusan diwakili peguam Azhar Arman Ali.

Sebelum kes itu difailkan di mahkamah peguam plaintif telah menghantar notis supaya Utusan meminta maaf bercara bertulis dalam tempoh tujuh hari.

Defendan juga dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 dalam masa tujuh hari sebagai ganti rugi, namun pihak defendan gagal berbuat demikian.

Oleh itu plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan perintah menarik balik tuduhan fitnah dan ucapan minta maaf daripada kedua-dua defendan.

Ketika prosiding pada 5 Julai lalu Misbahul memberi keterangan di mahkamah terhadap tuntutan saman tersebut.

Dalam keterangannya Misbahul memberitahu beliau tidak berucap langsung atau menjadi pembahas pada muktamar kali ke-53 yang diadakan di Putik, Pengkalan Chepa.

Penerbitan berita fitnah tersebut menyebabkan maruahnya tercemar sehingga meletak dirinya di kancah kebencian dan kehinaan pada pandangan masyarakat.

Hanipa berkata, biar pun Yulpisman menganggap berita itu sebagai kritikan membina dalam keterangan hari ini, namun dalam berita yang disiarkan tidak menggambarkan situasi tersebut.

Menurutnya berita berkenaan tambah hangat apabila diulas pula Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sehari selepas itu, yang digambarkan Utusan terus mempertahankan berita tidak betul.

"Dalam kes ini plaintif telah dilihat memburukkan PAS apabila berkata, Dewan Ulama PAS ibarat ting kosong.

"Berita itu kemudian disebarkan melalui Utusan dengan edaran sehingga 400,000 naskah bertujuan bagi menarik perhatian ramai," katanya.

Prosiding kes tersebut masing-masing menampil seorang saksi iaitu Misbahul bagi pihak plaintif dan Yuspisman (defendan).

Penghujahan kes berkenaan akan disambung pada 26 September hadapan

Pilihan Raya Umum Beberapa Bulan Dari Sekarag

Posted: 24 Jul 2011 02:28 PM PDT


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan bahawa tinggal beberapa bulan sahaja lagi pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung. 

Justeru itu, beliau menggesa semua parti komponen dan anggota gabungan Barisan Nasional merapatkan barisan menjadi satu pasukan bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka sengit itu.  

Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.
Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN.

Harapan Najib mahu jadi PM mungkin tidak lama gara-gara kehadiran peguam dari Perancis yang telah disekat dari masuk ke Malaysia. Ini sedikit sebanyak mengeruhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Perancis akan skandal kapal selam yang dibeli oleh Malaysia.

Muhyiddin mungkin boleh tersenyum lebar jika Najib tumbang ekoran Najib lebih banyak menghabiskan masa di luar negara. Kesempatan ini akan diambil oleh Muhyiddin membentuk satu pasukan yang kuat untuk menyingkirkan pasukan Najib. Kita tunggu dan lihat.

Tiada ulasan: