Pahang Daily Online |
Muhyiddin Yassin 'Membayangkan' Pilihan Raya Umum Ke-13 Hanya Tinggal Beberapa Bulan Lagi Posted: 24 Jul 2011 05:25 PM PDT KUALA LUMPUR 25 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto) membayangkan bahawa tinggal beberapa bulan sahaja lagi pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung. Justeru itu, beliau menggesa semua parti komponen dan anggota gabungan Barisan Nasional merapatkan barisan menjadi satu pasukan bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka sengit itu. "Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum. "Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-19 Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di ibu negara semalam. Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, perpaduan di kalangan parti komponen dan anggota gabungan ialah pra-syarat utama yang mesti diberi tumpuan utama ia boleh memberi kesan kepada PRU. IPF yang diasaskan mendiang Tan Sri M.G Pandithan pada tahun 1991 telah diterima sebagai anggota gabungan BN pada awal tahun ini. Ini juga merupakan kali pertama persidangan tahunan parti itu dirasmikan oleh pemimpin tertinggi negara. [Melihat kepada senario yang berlaku sekarang ini, sememangnya pilihanraya umum sudah semakin hampir sebenarnya. Malah, ramai yang menjangka ia pasti terjadi selewat-lewatnya penghujung tahun ini atau pun awal tahun depan. Rakyat diminta bersedia dan tidak leka dengan kenyataan sebegini. Inilah amalah politik di negara demokrasi seperti Malaysia. Tarikh sepenting inu dirahsiakan dari pengetahuan rakyat tapi dalam masa yang sama melaungkan kita negara demokrasi. Berbeza sekali dengan negara-negara lain di seluruh dunia hatta jiran-jiran kita sendiri seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan sebagainya. Tarikh pilihanraya akan diumumkan oleh pemerintah negara terbabit berbeberapa bulan, malah bertahun sebelum ia diadakan. Inilah bezanya negara kita dengan negara lain. Rakyat dinafikan hak untuk mengetahui perkara sepenting itu. SPR hanya mengikut BN untuk merahsiakannya daripada pengetahuan rakyat. Hanya PM dan proksi mereka sahaja tahu tarikh tersebut. Lantaran itulah mereka bebas untuk lakukan apa saja kerana lebih tahu segalanya]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan