Selasa, 12 Julai 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


UMNOPORNO amalkan demokrasi dengan water cannon dan gas pemedih mata....!!!

Posted: 12 Jul 2011 06:11 AM PDT

 

sepertimana yang dilaporkan oleh media perdana bahawa Presiden UMNO bertekad untuk mempertahankan demokrasi di Malaysia dan tidak akan menggunakan penipuan untuk berkuasa.

Pedih mata rakyat Malaysia pada hari Sabtu yang lepas masih lagi tidak hilang kepedihannya, tiba-tiba hari ini kita disajikan dengan lakonan komedi yang telah diketahui jalan ceritanya.

Perdana Menteri sewajibnya sedar bahawa demokrasi adalah milik semua. Demokrasi yang sebenar ialah memberi hak kepada semua rakyat untuk memilih parti yang mereka kehendaki dengan bebas tanpa dipaksa atau disekat apatah lagi menggunakan water canon atau gertakan dengan tangkapan .

Presiden UMNO hendaklah sedar bahawa demokrasi yang sebenar ialah rakyat tidak boleh disogok dengan kempen palsu atau penyalahgunaan kuasa tanpa batasan. Itulah demokrasi yang harus dipertahankan dan bukannya mempertahankan pembohongan dan tipudaya untuk meraih sokongan rakyat.

Demokrasi juga bermaksud semua parti politik berhak menggunakan semua bentuk media massa untuk menzahirkan pandangan dan hujah mereka dalam membangunkan Negara. Bukannya dimonopoli oleh pihak pemerintah sahaja. Kemenangan mestilah dibina diatas ketelusan, hujah dan keyakinan dan bukan sebaliknya.

900 saman untuk polis...saman aje bior dia jadi papa dan tak boleh buat sesuka dia...!!!

Posted: 12 Jul 2011 06:02 AM PDT

 

Seramai 900 peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu sudah mengadu kepada PAS bagi diteliti sama ada mereka boleh menyaman pihak berkuasa yang didakwa bertindak tidak wajar menyuraikan mereka.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, buat masa ini, mereka masih mengumpulkan maklumat untuk diteliti satu persatu.

"Kita sekarang dalam proses mengumpulkan bukti, termasuk rakaman video, gambar dan saksi-saksi yang juga menjado mangsa," katanya.

 

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Ahmad Zamri berkata, jabatan itu kini membuka tiga talian hotline selama 24 jam bagi mengumpulkan aduan pihak terlibat.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan beberapa anggota jawatankuasa dan wakil rakyat parti Islam itu.

Menurut Ahmad Zamri, sebagai langkah awal, mereka dijadual melaporkan perkara itu terlebih dahulu kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) petang ini.

"Dalam perhimpunan Sabtu lalu, peguam tidak dibenarkan akses dengan tahanan," dakwanya sambil menyifatkan ia bercanggah dengan peruntukan undang-undang.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau juga sedang mempertimbangkan menyaman polis yang didakwa menyebabkan kecederaan pada ligamen lututnya dengan melanggarnya dengan kenderaan Land Rover.

"Petang ini mungkin saya buat repot (polis)... Saya serahkan pada peguam saya Hanipa Maidin untuk uruskannya," jelas Mohamad yang akan menjalani pembedahan pada lutut kanannya di sebuah hospital swasta di Shah Alam Jumaat ini.

Beliau hari ini dilihat masih berkerusi roda akibat koyakan pada ligamen lutut kanannya.

Menteri kesihatan otak lembu...nak jadi hamba abdi UMNOPORNO terlampau...polis jadi pengganas....angin di salahkan....!!!

Posted: 12 Jul 2011 05:12 AM PDT

Bersih - Salahkan Angin Bukan Polis, Kata Menteri Kesihatan

“Salahkan angin, polis tak tembak ke arah hospital.” Itu penjelasan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bersabit bukti gambar dan video yang memaparkan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Katanya, dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.

Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini.

Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk mempertikaikan penjelasannya.

Dalam sidang media sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan.

Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi ini berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut.

Seorang kakitangan yang mengendalikan pengurusan ambulans berkata polis menembak gas pemedih mata sebanyak tiga kali, Malaysiakini melaporkan Sabtu lalu.

Tambahnya tembakan meriam air tidak sampai ke bangunan utama hospital, tetapi terkena bangunan yang terletak dalam perkarangan hospital berkenaan.

Seorang lelaki berusia yang tidak mahu namanya disebut berkata polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata ka arah satu kumpulan yang berkumpul di depan hospital itu dan asrama kakitangan lelaki yang terletak di sebelah bangunan utama.

Anggota polis kemudiannya masuk ke dalam perkarangan dan mula membuat tangkapan, dan ada peserta perarakan itu yang lari ke arah bukit kecil bersebelahan Hospital Tung Sin bagi mengelak daripada di tangkap, katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh, telah menafikan polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke premis hospital Tung Shin hospital.

Bagaimanapun,kita telah menerima banyak gambar daripada orang ramai yang menunjukkan polis menyembur air dan menembak gas pemedih mata ke dalam perkarangan hospital tersebut.

Kakitangan Tung Shin berkata penunjuk perasaan terperangkap apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menutup kedua-dua hujung jalan tersebut.

Katanya merea terpaksa lari masuk ke dalam kawasan hospital Tung Shin kerana mereka tidak dapat masuk ke tapak projek Plaza Rakyat yang terbengkalai yang terletak betul-betul bertentangan dengan hospital tersebut. -tvsnews



penyapu sial

Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Bukankah polis mengetahui kawasan itu adalah kawasan sebuah hospital dan jika sekalipun benar ia tak membidik hospital tetapi jalan besar ia tetap merupakan satu kesalahn serius.

Seperti orangramai tidak boleh membunyikan hon kenderaan di jalanraya di hadapan sekolah kerana menganggu para pelajar, apatah lagi menembak gas pemedih mata di jalanraya di hadapan sebuah hospital.

Alasan menteri berkenaan hanyalah bertujuan politik. Mempertahankan tindakan polis yang ternyata jelas bersalah sedangkan sudah sedia maklumkan asap tembakan sudah pasti merebak ke kawasan di sekelilingnya.

Namun yang jelas dan nyata, tembakan yang dilakukan sebenarnya memang ke arah hospital.

Tiada ulasan: