Ahad, 10 Julai 2011

shalehudin

shalehudin


Orang Umno wajib dengaq nih, pi mampuih la kalau tak paham...

Posted: 10 Jul 2011 09:00 AM PDT

Puak puak bangang Umno mesti heran...
Menatang apa BERSIH 2.0 tuh...
Apa yang depa dok kalut sangat nak bersih bersih nih....

Ha, mai sini bang Mat kita nak cerita...
Bukak telinga dan hati... jangan biaq mati....
Guna akai yang Tuhan bagi, pikiaq tengok betoi ka tidak...
Ni la pasai BERSIH tu penting...
Biaq lawan secara anak jantan...

Hihi... anak Che Det nih

Posted: 10 Jul 2011 08:40 AM PDT

Hihi... anak Che Det nih...

Puak PDRM wajib baca ni dulu sebelum merapu lebih jauh

Posted: 10 Jul 2011 08:05 AM PDT

Tak tau la pulak kalau kalau ada tangan yang lebih berkuasa yang suruh si Amar Singh ni kata camtu. Tapi pemangku ketua polis Kuala Lumpur ni, si Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

Amar Singh oiii, ni ha... hang tengok dak lagi gambaq kat ataih tu... ni salah satu gambaq sebagai bukti jelas kereta Polis tembak air kimia yang dihadapannya terpampang sign board Hospital Tung Shin disitu. Hang kena tau, ni gambaq bukan mai dari koleksi tipu Datuk T... ni original punya.... kahkahkah...

Ni pun lagi satu Amar Singh oiii, jangan main serbu tembok... buat malu ja nanti...

Terdapat banyak dakwaan di rangkaian sosial dengan dengan para saksi dan ahli parti pembangkang menyiarkan banyak gambar dan video menunjukkan anggota polis anti-rusuhan didakwa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital swasta itu.

Beratus-ratus penunjuk perasaan berada di dalam kawasan tersebut untuk mendapatkan perlindungan. Sebab tu la, bukan orang lain yang jatuhkan maruah PDRM tapi anggota depa sendiri jugak yang perlingkupkan kredibiliti korang sendiri...


****************************************

Petikan laporan semalam:
Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani B Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan peserta BERSIH.

Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.

Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.

Se umoq hidup tak pernah BERSIH... haha...

Posted: 10 Jul 2011 07:28 AM PDT

Ini kenyataan dari pandangan mata sorang MB disebuah negeri.

"Saya nak ceritakan di sini, semenjak saya sertai pilihan raya dari tahun 1967 sehingga sekarang, saya tak pernah rasakan pilihan raya di Malaysia merupakan benar-benar pilihan raya.

"Kerana ada yang berasuah, ada ugutan. Macam kerja budak-budak," kata Nik Aziz.

Ya betoi, soal bersih tak bersih ni kompleks sikit. Kita kata bersih, ada orang yang kata tak bersih. Betoi, kita tak dapat bersihkan ikut selera semua orang tapi sekurang kurangnya kita kena berusaha. Dan apa yang  BERSIH 2.0 usahakan ini adalah untuk membersihkan pilihanraya kita sebersih mungkin, supaya rakyat puashati proses pilihanraya yang adil yang secara jujur mai dari tangan depa yang memangkah dalam menentukan kerajaan. Bukan dengan cara tipu daya dan manipulasi kelemahan proses pengundian. Takkan ada lag lepaih ni, SPR yang bersekongkol tutup lampu, lepaih sejam tetiba undi depa lebih banyak.... tak haru ka?

Tapi yang peliknya, kenapa Polis nak sekat? Kenapa perlu Polis kita berkasar dengan rakyat yang datang ke KL semalam menyatakan hak mereka sebagai rakyat? Mereka rakyat Malaysia yang telah merdeka hanya meminta pilihan raya yang bersih, menyatakan hak mereka berhimpun yang dijamin secara aman oleh ketua ketua mereka.

Mai dengaq apa Haji Hadi nak kata...

Posted: 10 Jul 2011 05:40 AM PDT

BERSIH 2.0 @9hb Jul 2011.
Apa yang dah jadi tu sebenaqnya hanya mukaddimah dari rakyat...
Tuntutan 8 perkara Bersih adalah tuntutan rakyat yang ingin melihat pilihanraya yang lebh telus dan adil...

Laaa... kisah KJ lagi.... haha...

Posted: 10 Jul 2011 02:31 AM PDT

Bersih 2.0 :KJ Di Beri Layanan Baik Oleh Polis, Ini Buktinya..
Oleh Addin

Perhatikan gambar di bawah bagaimana lemah lembutnya polis bertindak terhadap puak pemimpin UMNO. Sehingga kelihatan bukan polis menangkap Khairy Jamaludin (KJ) tetapi KJ yang berjaya menangkap 2 orang anggota polis. Mungkin KJ nak bawa mereka ke rumah pak mentua dia. Polis siap posing lagi dengan Ketua Pemuda UMNO yang berjaya berarak 200 meter secara aman. Kah!Kah!Kah! Inilah imej pemuda UMNO yang cakap berdegar-degar tu. Demikianlah cara layanan, lakonan serta sikap polis Malaysia. KJ pulak betul-betul kelihatan seperti beruk.

Bukan aku cakap. KJ cakap sendiri. Masihkah kamu ingat kata-kata KJ? Dahulu KJ pernah berkata bahawa orang yang berdemonstrasi adalah seperti beruk-beruk di jalanan. Anehnya, tak pernah pulak aku lihat wajah demontran macam beruk sepertimana wajah KJ sekarang (dalam gambar itu). Perhatikan betul-betul. Tak malukah pemuda UMNO lihat pemimpin kamu macam ini? Tak malukah Berahim Ali yang sedang bertelur untuk melahirkan ribuan anak-anak katak?

Kata nak demonstrasi bersama, kenapa pergi bertelur pulak? Dayus betul. Sedayus mahaguru silat Omar Din yang bercakap hebat. Para pejuang Islam sudah lama maklum sejauh mana keberanian musuh-musuh Islam. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. dah. Pejuang Islam 313 orang sanggup berdepan dengan 1 000 orang musyrikin. Pejuang Islam guna pelepah tamar saja untuk pukul muka para musyrikin.

Apabila tentera musuh berjumlah 100 000 orang, pejuang Islam mengalahkan mereka dengan 10 000 tentera sahaja. Ini bermakna 10 000 orang pemuda UMNO, pakar silat Omar Din dan ahli PERKASA yang bodi sasa tak layak untuk berhadap dengan golongan jihad dan sanggup mati kerana Islam.

Percayalah. TG Haji Hadi telah berkata, "BERSIH 2.0 hanya permulaan kepada satu perjuangan yang akan mencapai kemenangan. Keputusan seterusnya terletak kepada kerajaan. Kita akan terus bangkit dengan lebih gagah sama ada sebelum atau selepas PRU13".

Demikian kata-kata Tuan Guruku. Aku bersama. TETAP BERSAMA. YA TETAP BERSAMA DENGAN PERJUANGAN SUCI INI. Kata TG Nik Aziz, " kezaliman akan ada tarikh luputnya." Kata-kata semangat dua tuan guruku bergelombang dalam darahku. AWAS KEZALIMAN./BayangDiAir-TKO

http://addin77.blogspot.com

Betoi ka Anwar ditembak kat kepala

Posted: 10 Jul 2011 02:27 AM PDT

Perhimpunan 9 Julai : Anwar Ditembak Di Kepala !!! Siapa Yang Mengarahkan ?
Oleh: ulitmayang

Pertama, tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya yang menyertai perhimpunan aman di ibu negara, juga di mana saja. Satu kejayaan rakyat dalam berhadapan seluruh jentera kerajaan umno/bn.

Kedua, juga kepada jawatankuasa BERSIH 2. 0, kerana perancangan yang baik, dan cekal dengan tipu muslihat kerajaan umno/bn.

Kata orang – orang tua, juga perumpamaan, tiada kejayaan tanpa pengorbanan, begitu juga dengan tidak sedikit yang tercedera dalam perhimpunan ini.

Tetapi, malangnya, seperti kata Pak Samad Said, beliau tidak pernah melihat tindakan Polis yang begitu kejam seperti yang terjadi dalam kejadian 9 julai ini. Dan yang lebih malang, seperti kata YB Nurul Izzah, polis secara sedar dan waras menembak gas pemedih mata betul – betul dihalakan kepada peserta perhimpunan, dan ini yang terjadi kepada DSAI. Baca dan lihat ini dan ini

Soalan
1. Adakah adanya arahan dari pihak atasan untuk menembak terus ke kepala bagi tujuan membunuh DSAI dalam perhimpunan ini ?

2. Siapakah yang membuat arahan tersebut ?

Polis tembak masa demonstran dok duduk...

Posted: 10 Jul 2011 01:36 AM PDT

Hari kebangkitan rakyat tanpa mengira ras dan agama...

Lawak gila cerita nih... kahkahkah...

Posted: 10 Jul 2011 12:45 AM PDT

Aku Bukan Ahli Perkasa Lagi Mulai Hari Ini

Apa yang terjadi hari ini mengajar aku tentang sesuatu.Iaitu jangan pakai sangat apa orang politik dan pemimpin NGO cakap.Semuanya 'Cakap Tak Serupa Bikin".

Pendekar Melayu with no balls..

Contoh yang terbaik ialah Ibrahim Ali Presiden Perkasa.Selepas retorik demi retorik yang dilagukan mengenai Melayu sejak ditubuhkan,hari ini terbukti dia ni memang tak ada telur.

Jadi aku dah jadi geli nak jadi ahli Perkasa lagi.Walaupun yuran yang dibayar adalah untuk keahlian seumur hidup,aku halalkan sajalah.- akutakpeduli

Hampa nampak ceria ka muka depa... kahkahkah...

Posted: 09 Jul 2011 10:43 PM PDT

Piem berbangsa Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) menggunakan telefon bimbit masing-masing untuk mengetahui perkembangan semasa di ibu negara (BERSIH 2.0 la tuhh...) sewaktu menghadiri program Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) di Stadium Negeri di Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Aswadi Alias

Bodek2 Dapat Anugerah... hehehe...

Posted: 09 Jul 2011 09:41 PM PDT

Yang gambar patriot yang bikin "riot" kat Kuala Lumpur semalam... dapat sorang RM500 beb... kira berbaloi-baloi lah kot... main kejar2 dengan Polis... hahahaha... baju free lagi tuuuu... hahaha... malas nak ulas panjang2 pasal puak2 haramjadah nih... meloya tekak beb... hanyir hancing pelbagai...

Yang pasti... ketuanya dari kalangan eeeee.... selanjutnya lu orang baca di sini jelah hahahaha.... bangang...!!!! Seterusnya korang baca sendiri lah kat SINI... hehehe...

Kalau la depa tak ketegaq... haha...

Posted: 09 Jul 2011 09:30 PM PDT

Haha... Umno woii, korang suka tak suka ka, korang iktiraf tak iktiraf ka... BERSIH 2.0 sebenarnya telah berjaya dalam mencapai matlamat mereka. Depa nak suara rakyat yang inginkan pilihanraya yang bebas lagi adil didengari dunia tercapai...

Aku kagum dan tabik 100 kali buat para demonstran BERSIH 2.0 yang berjaya melepasi sekatan polis yang begitu mencengkam seluruh kotaraya Kuala Lumpur, pertama kali dalam sejarah negara. Dalam waktu amaran polis dan pimpinan Umno/BN sebelum tarikh ini bertubi-tubi.... mereka semua telah berjaya kuatkan semangat dan tekad untuk bersuara. Kekangan Polis bagai tak diendahkan, gertakan mereka tak berkudis pun...

Betul macam Pak Samad kata, India, Cina, Melayu, tua, muda, bahkan berkeluarga bersatu demi satu tujuan. Orang orang Sabah dan Sarawak juga, bersatu hati membuktikan kuasa rakyat lebih kuat dari kuasa polis. Ugutan saja tak boleh leburkan tekad mereka. Sekatan, serbuan dan gas pemedih mata adalah kecik sangat di mata kebangkitan rakyat yang sedar.

Terfikir jugak aku, kalau lah pemimpin Umno dan polis tak ketegaq dan dengaq nasihat Agung dengan mengizinkan perhimnpunan aman di Stadium, tak lah Umno dan polis dimalukan sebegini rupa. Tak lah dunia menjadi saksi Najib dan konco konconya sorokkan pilihanraya negara yang penuh dengan kecacatan dan penyelewengan untuk meneruskan talian hayat depa.

Serius nih, jangan gelak woii...

Posted: 09 Jul 2011 08:00 PM PDT

Jangan gelak woii... ni cerita serius nih. Betoi, dekat 60,000 orang patRIOT yang berarak mengiringi KJ menentang arus BERSIH 2.0 termasuklah berpuloh ribu para pesilat yang berilmu ghaib...

Kahkahkah...

Layanan istimewa...

Posted: 09 Jul 2011 07:00 PM PDT

Layanan istimewa... ni yang PDRM cuba paparkan pada laman Facebook mereka, gambar-gambar yang menunjukkan kesemua mereka yang ditangkap diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa. Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Tapi depa lupa bahawa kumpulan berbaju merah mewakili Pemuda Umno dengan menamakan diri mereka patRIOT turut berhimpun dan mendapat layanan istimewa jugak walaupun akhirnya menyerah diri selepas saja 200 meter berjalan kononnya bagi menentang perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.... kahkahkah... bawak 500 orang ada hati nak tentang BERSIH... hihi....

Dan ini pulak layanan istimewa bagi sebahagian penyokong BERSIH. Mereka ditembak dengan air kimia dan dilayan bagai rakyat kelas ke tiga.

Layanan gas pemedih mata jugak ditujukan bagi rakyat kelas ke tiga yang menunjukkan kesedaran tinggi dengan menyokong 8 tuntutan BERSIH di tunaikan.

Tengok dan nilaikan, layanan yang berbeza beza hanya kerana demi kelangsungan si kemaruk kuasa diatas sana...

Enjit enjit semut... haha...

Posted: 09 Jul 2011 05:00 PM PDT


Tahniah Umno kerana reform tugas Polis yang kini berkembang sealiran dengan kehendak sang penguasa yang rakus... tahniah...

Orang tua kat bawah ni nak tengok keadilan dan ketelusan SPR sebelum dia pejam mata ja. Tak tau macamana dan bagaimana apa yang dia buat tu pi jadi satu gangguan pada ketenteraman negara pulak sampaikan dia kena tangkap, dikurung dan dilayan macam penjenayah paling ganas di Malaya nih...

Dah habih dah kot penjenayah yang lebih ganas di luar sana?

Enjit-enjit semut siapa polis naik atas; enjit-enjit semut siapa Bersih kena cantas!

Pak Samad.

Wajib kena ingat cerita nih...

Posted: 09 Jul 2011 04:00 PM PDT

Tiada ulasan: