Kelab Greenboc |
- Katakan TIDAK Kepada BIOMETRIK!
- Jika Adil & Telus, Malaysia Patut Benarkan Pemerhati Bebas Antarabangsa Pantau Pilihanraya
- Sultan Kelantan Cemar Duli Bergotong Royong Bersama Rakyat
- [Bergambar & Video] Serangan Berkembar Di Norway, 92 Maut
- MB Selangor Tempelak Kenyataan Najib, "Wang Berbillion Itu Hak Rakyat"
- Video PDRM Tak Ada Kelas, Hanya Sesuai Di Zaman TV Hitam Putih
- Konvoi ‘Kuning’ Dari Shah Alam Ke Putrajaya Kekalkan Momentum Bersih 2.0
- Halau Bourdon: Tindakan Najib Serupa Dengan Ben Ali
- Isu Keganasan Polis Di BERS✔H 2.0: Tubuh Badan Khas Siasat - Dr Asri
- Kesan Gelombang BERS✔H 2.0 Lebih Besar dari BERS✔H 1.0
- Halau Bourdon: Imej Negara Terjejas Teruk Di Peringkat Antarabangsa
Katakan TIDAK Kepada BIOMETRIK! Posted: 24 Jul 2011 12:30 AM PDT Bukan sistem biometrik tetapi dakwat kekal. Itulah reaksi dua pemimpin kanan pembangkang susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sudah menyediakan peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan sistem itu yang dijangka bermula pilihan raya umum akan datang. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tidak yakin terhadap sistem biometrik kerana tidak ada jaminan pengundi akan mengundi sekali sahaja. "Sistem ini setakat mengesahkan maklumat warganegara tetapi kemungkinan pengundian dua kali tetap berlaku. Selain itu, adakah mereka (SPR) mampu meletakkan sistem itu di setiap pusat pengundian?" katanya. Bagi pastikan pelaksanaan pilihan raya yang telus dan adil, kata Salahuddin, SPR perlu penuhi tuntutan Bersih 2.0) terutama dalam penggunaan dakwat kekal. "SPR jangan berdolak-dalih kerana dakwat kekal terbukti efektif yang digunakan sebahagian negara Komanwel. Itu lebih terjamin," katanya. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, sistem biometrik yang akan dilaksanakan SPR tidak dilakukan secara menyeluruh terhadap daftar pemilih sedia ada. -SH
Ulasan GB SISTEM BIOMETRIK boleh dianggap sebagai langkah penipuan tahap tertinggi. Kerana tidak mustahil sesorang pengundi itu boleh mengundi LEBIH DARI SEKALI. Biometrik hanya mengesahkan data pengundi. Malah pemprogramman untuk mesin biometrik itu juga boleh dibuat untuk MENIPU sepertimana "salami slicing" boleh dilakukan oleh pemprogrammer bank untuk mencuri duit bank (ingat kes Aman Shah!) Tiada JAMINAN sistem biometrik itu tidak boleh dimanipulasikan oleh pihak yang menyediakan. Justeru itu kaedah BIOMETRIK yang cuba dilaksanakan perlu dilakukan semakan oleh sebuah badan bebas oleh panel pakar terlebih dahulu sebelum ianya digunakan selain daripada pilot testing sebelum ia menemui kebuntuan dan kegagalan semasa ia digunakan. Walaupun kaedah dakwat kekal dikatakan kaedah "terkebelakang" sedangkan ianya lebih effektif dan effisyen maka tiada sebab ia tidak boleh dilakukan. Pengenalan BIOMETRIK hanyalah helah pihak SPR untuk mengelak dari penggunaan dakwat kekal yang menjamin pilihanraya yang lebih telus, bersih dan adil. Sementelah itu, sistem biometrik juga ada KELEMAHAN dan boleh diceroboh/dieksploitasi seperti mana didedahkan oleh sebuah kelab komputer antarabangsa. Saksikan: |
Jika Adil & Telus, Malaysia Patut Benarkan Pemerhati Bebas Antarabangsa Pantau Pilihanraya Posted: 23 Jul 2011 11:00 PM PDT Diplomat: EU timbang hantar badan pemantau, SPR tidak wibawa KUALA LUMPUR, 24 Julai — Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa. Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan. "Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi 'kami' dan 'kita' dalam kerajaan ketika taklimat," kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider. Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir. Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan. Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008. "(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang," kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990. Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang. Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu. Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR. Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka. "Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka," katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu. Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya. Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu dengan berkata hanya 6,000 orang hadir. -TMI Ulasan GB Saya sangat bersetuju dan mengalu-alukan supaya pemerhati bebas antarabangsa dibenarkan untuk memantau plihanraya di negara ini seperti yang diamalkan oleh negara-negara lain. Baru-baru ini beberapa negara telah dijemput oleh negara Thailand untuk memantau perjalanan pilihanraya di negara berkenaan, begitu juga sebelum ini Pemilu di Indonesia. Tetapi Malaysia yang sudah merdeka lebih separuh dekad, belum membenarkan pemerhati antarabangsa untuk memantau pilihanraya yang berlaku di negara ini menyebabkan SPR menjadi begitu bebas melakukan apa saja sehingga diperalatkan oleh kerajaan yang sedia ada untuk melakukan pelbagai penipuan. |
Sultan Kelantan Cemar Duli Bergotong Royong Bersama Rakyat Posted: 23 Jul 2011 08:05 PM PDT Tumpat - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihan persekitaran. Baginda yang kelihatan selesa mengenakan baju T, berseluar trek dan topi tanpa segan silu bersama-sama dengan 1,000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama dua jam di Pantai Sri Tujoh di sini. Majlis tersebut yang bermula pukul 10.30 pagi diadakan di situ kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong. "Beta dapati masjid tidak dibersihkan, tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman,'' titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir. Program itu adalah yang pertama seumpamanya melibatkan pihak istana dengan matlamat untuk merapatkan hubungan antara institusi diraja dengan rakyat. -kosmo |
[Bergambar & Video] Serangan Berkembar Di Norway, 92 Maut Posted: 23 Jul 2011 06:30 PM PDT Oslo - Sekurangnya-kurangnya 92 mangsa maut dalam serangan bom dan tembakan rambang yang dilakukan oleh seorang lelaki warga Norway berusia 32 tahun. Disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat sejak pengeboman di Madrid, Sepanyol pada tahun 2004, suspek yang menyamar dengan memakai pakaian anggota polis telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan remaja yang menghadiri perhimpunan politik musim panas di pulau Utoeya. ASAP tebal jelas kelihatan pada sebuah bangunan kerajaan yang rosak teruk. Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg. "Tidak pernah berlaku sejak Perang Dunia Kedua, Norway dikejutkan dengan jenayah pada skala sebesar ini," kata Stoltenberg. Suspek dikatakan memanggil remaja-remaja itu untuk berkumpul sebelum menembak mereka menggunakan pistol dan rifel. Dalam usaha menyelamatkan diri, mereka terjun ke dalam laut, bersembunyi di hutan dan mencari perlindungan di dalam bangunan berhampiran. Media Norway menamakan suspek sebagai Anders Behring Breivik (gambar), tetapi pihak polis enggan mengesahkan maklumat tersebut. Polis juga menyatakan kebimbangan angka mangsa yang maut mungkin meningkat. Menurut saluran televisyen TV2, suspek mempunyai hubungan dengan kumpulan ekstremis berhaluan kanan dan memiliki dua senjata api yang didaftarkan atas namanya. Suspek turut menulis komen anti-Islam di Internet. Namun, Komisioner Polis, Sveinung Sponheim memberitahu adalah terlalu awal untuk menyatakan itu adalah motif di sebalik tindakannya. Media lain melaporkan bahawa suspek menyifatkan dirinya dalam laman Facebook sebagai seorang konservatif, beragama Kristian, suka berburu dan permainan video seperti World of Warcraft serta Modern Warfare 2. Dua jam sebelum itu, polis telah mengesahkan bahawa tujuh orang terbunuh, manakala sembilan lagi cedera parah apabila sebutir bom meletup di tengah bandar Oslo yang berhampiran dengan pejabat perdana menteri dan beberapa buah bangunan kerajaan. Suspek sama didakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut. - AFP |
MB Selangor Tempelak Kenyataan Najib, "Wang Berbillion Itu Hak Rakyat" Posted: 23 Jul 2011 05:00 PM PDT Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merendah-rendahkan usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjimat cermat demi memastikan hasil mahsul negeri dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor. Sebaliknya, Khalid berkata Najib harus sedar betapa duit berbilion ringgit yang kononnya disumbangkan kerajaan persekutuan kepada rakyat selama ini sememangnya hak mereka hasil daripada cukai yang dipungut kerajaan pusat. "Semua yang diberikan oleh kerajaan persekutuan (adalah) dari cukai rakyat. (Tetapi) yang kita berikan adalah daripada hasil pasir yang kita lakukan daripada perlombongan pasir dan untungnya kita kembalikan kepada rakyat. "Kalau kerajaan persekutuan nak bagi kepada rakyat, berilah kepada rakyat. Buat apa saya nak halang, berikan sahajalah. Itu memang hak rakyat," katanya selepas menghadiri Majlis Konvensyen Pengurusan Masjid dan Penyerahan Sumbangan Moreh Bulan Ramadhan, di sini, hari ini. Najib semalam berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tertentu heboh dengan pemberian RM100 kepada rakyat. Katanya, kerajaan pimpinannya telah memperuntukkan berbilion ringgit kepada rakyat namun tidak menguar-uarkannya seperti kerajaan Pakatan Rakyat. "Mereka sebelah sana, itulah sikapnya. Beri RM100 sudah riuh sekampung. Kerajaan Barisan Nasional sudah beri berbilion ringgit kepada rakyat tapi pihak sana pukul gendang lebih kuat," Najib dipetik sebagai berkata. Namun menurut Khalid, kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai cara dan strategi tersendiri untuk bersama-sama membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat mutakhir ini. "Cara yang kita lakukan adalah terus kepada rakyat. Kita ada senarai nama mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan layak," katanya. Sejak Mac 2008, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat memperkenalkan program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor '(MES). Terbaru, program 'Jom Shopping' yang dilancarkan kerajaan negeri menyaksikan baucer bernilai RM100 diberikan kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas untuk membeli belah. Sebanyak RM5 juta hingga RM10 juta diperuntukkan untuk program ini yang diperolehi daripada keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, KSSB. Khalid menjelaskan, berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan beberapa institusi sebelum ini mendapati penggunaan orang tengah merupakan antara punca berlakunya ketirisan dalam menyalurkan sumbangan yang diberikan. "Tetapi cara yang dibuat dalam pengurusan yang lepas dan sebagai orang yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan banyak institusi, saya dapati ialah apa yang disumbangkan mesti melalui orang tengah. "Maknanya kalau ingin beri, berikan kepada cawangan atau bahagian Umno, selepas itu baru turun kepada peringkat bawah. Itu adalah cara berlakunya ketirisan. Ada pula tauke yang ambil sedikit dan tidak sampai terus kepada rakyat. "Jadi kalau betul-betul Perdana Menteri hendak buat, buat macam apa yang kerajaan negeri Selangor buat, terus kepada rakyat. Jangan ada ketirisan," katanya. Antara Program MES lain adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Skim Pinjaman Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR). -tvsnews |
Video PDRM Tak Ada Kelas, Hanya Sesuai Di Zaman TV Hitam Putih Posted: 23 Jul 2011 10:05 AM PDT Video polis sesuai zaman TV hitam putih KUALA LUMPUR, 23 Julai: Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu mengenai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen (TV) hitam putih. "Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Justeru, katanya sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Terbaru, ujarnya polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. Tambahnya, hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu. "Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis," ujarnya. Beliau berkata, beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya. Menurutnya, adalah mstahil di dalam beberapa minit demo rakaman itu boleh diedit. "Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?" soalnya. Ini, katanya ditambah pula dengan menuduh Mohamad Sabu tidak cedera sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu. Nampaknya, kata beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka. Persoalannya, tambah beliau di mana pergi Datuk Seri Hishammuddin. "Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan. "Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti," katanya. -HD |
Konvoi ‘Kuning’ Dari Shah Alam Ke Putrajaya Kekalkan Momentum Bersih 2.0 Posted: 23 Jul 2011 08:40 AM PDT Putrajaya: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Selangor bertindak mengekalkan momentum Himpunan Bersih 2.0 dengan mengambil inisiatif menyemarakkan semangat perhimpunan itu dengan menganjurkan konvoi 'kuning' hari ini. Gambar fail Menurut Jurucakap Gerakan Rakyat Selangor Khairul Annuar Othman, ini bukanlah kali pertama konvoi ini diadakan. "Konvoi ini merupakan konvoi kali kedua, bermula di Dataran Shah Alam pada pagi tadi, menuju ke Putrajaya dan dijangka berakhir di Taman Jaya, Petaling Jaya petang ini," katanya. Pihak polis juga turut mengawal kawasan sekitar Dataran Shah Alam namun tiada sebarang insiden tidak diingini mahupun tangkapan dibuat. Seramai 50 peserta menyertai konvoi tersebut dengan memakai pakaian berwarna kuning simbolik kepada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Beliau berkata, objektif kita untuk menyemarakkan hari kuning, dengan memakai apa sahaja berwarna kuning. Kami bergerak menuju ke Putrajaya dari Dataran Shah Alam dan sebahagian berpecah di dua lokasi berbeza iaitu Masjid Putrajaya dan Alamanda. Upacara menghantar belon kuning turut diadakan sebagai upacara simbolik. "Kami mahu memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak supaya menerima tuntutan Bersih dalam tempoh tiga bulan. "Jika Najib tidak terima tuntutan Bersih maka kami akan kerah Bersih 3.0 pula," katanya yang juga merupakan Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Abdul Razak Abdul Majid pula mengesahkan bahawa kumpulan NGO terbabit mempunyai kaitan dengan Bersih. Ujar beliau, 11 kereta dilihat memasuki Masjid Putra ketika tengah hari tadi dan kurang daripada 30 peserta memakai pakaian kuning tanpa sebarang logo Bersih. "Menyedari kehadiran polis, kumpulan terbabit mula bersurai dan hanya mengambil gambar seolah-olah mereka adalah pelancong," katanya. -FMT |
Halau Bourdon: Tindakan Najib Serupa Dengan Ben Ali Posted: 23 Jul 2011 07:08 AM PDT Tindakan kerajaan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak mengusir keluar peguam Perancis, William Bourdon yang mengendalikan kes rasuah Scorpene di Perancis membariskan beliau antara pemimpin diktator dunia. Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mengingatkan semua pihak betapa perbuatan Najib itu mengulangi kezaliman bekas Presiden kuku besi Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan rakyat baru-baru ini. "Bourdon sebelum ini pernah dihalau oleh Ben Ali. Kali ini, Najib pula mengulangi tindakan sama. Najib sama seperti Ben Ali, sebaris dengan Ben Ali. Tiada bezanya mereka berdua. "Kalau tidak salah, kenapa dihantar balik peguam Perancis. Bourdon datang untuk jalankan tanggungjawabnya mendedahkan kontroversi pembelian Scorpene," kata beliau kepada yang lebih dikenali Chegu Bard kepada KeadilanDaily, hari ini. Bourdon dijadualkan memberi ucapannya di Selangor malam semalam dan 23 Julai di Ipoh, Perak sebelum ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantar pulang ke Paris jam 11.30 malam semalam. Beliau aktif dalam memulakan prosedur undang-undang di Perancis terhadap bekas pemimpin Serbia atau pemimpin Rwanda yang disyaki melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang. Beliau juga peguam kepada keluarga asal Perancis-Chile yang menjadi mangsa kepada bekas diktaktor Augusto Pinochet, selain mempertahankan beberapa banduan Perancis yang ditahan di Guantanamo. Manakala Ben Ali pula seorang beragama Islam tetapi tidak melaksanakan pemerintahannya berlandaskan syariat, malah menolak tuntutan al-Quran sebagai dasar sesebuah kerajaan sekalipun majoriti rakyat, beragama Islam. Ben Ali juga menukarkan Tunisia kepada sebuah kerajaan polis apabila meletakkan seorang anggota polis bagi mengawal setiap 100 penduduk. Pemerintahan kuku itu berakhir berikutan kebangkitan rakyat hingga menyebabkan Ben Ali dan isterinya, Laila Trabelsi yang popular sebagai First Lady dan boros membelanjakan wang rakyat, melarikan diri ke luar negara. Mengulas lanjut, Badrul berkata, Najib dalam keadaan semakin terdesak dan kini takut akan bayang-bayangnya sendiri hingga akhirnya memalukan dirinya sendiri. "Najib semakin tergugat apatah lagi takut pembohongannya terdedah dengan pembongkaran Bourdon," kata Ketua Cabang Rembau itu. -KD
Ulasan GB Ringkas sahaj: jika tindakan serupa maka natijah pun tentulah bakal serupa. Maksudnya Najib sudah boleh mengira detik-detik beliau bakal disingkirkan oleh rakyat sendiri. |
Isu Keganasan Polis Di BERS✔H 2.0: Tubuh Badan Khas Siasat - Dr Asri Posted: 23 Jul 2011 06:05 AM PDT Selepas pendedahan video oleh polis malah puluhan mungkin ratusan video Himpunan Bersih 2.0 yang dimuatnaik orang awam di internet menunjukkan perbedaan, wajarlah satu badan khas ditubuhkan untuk menghentikan spekulasi berterusan mengenai kekerasan yang digunakan oleh polis pada 9 Julai lalu. Demikian pandangan bekas Mufti Perlis yang juga pemerhati politik di negara ini, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Menurut Asri, selepas pendedahan video oleh polis diikuti pula oleh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Bersih 2.0 bertujuan menggulingkan kerajaan, adalah perlu Putrajaya bertindak menjernihkan keadaan itu supaya tidak timbul pelbagai tuduhan mahupun fitnah mengenainya lagi. "Saya rasa kita perlu hentikan cerita apa yang berlaku semasa Himpunan Bersih 2.0 dan saya cadangkan kerajaan tubuhkan badan analisis yang akan menganalisis secara jujur tentang peristiwa yang berlaku. "Hasil dari analisis itu kerajaan perlu membuat penilaian semua tindakan mereka terhadap Himpunan Bersih 2.0 dan pertimbangkan cadangan yang diberikan oleh badan itu agar kerajaan dapat mengawal imej mereka," katanya pada sidang media selepas Forum Kepimpinan Wanita Dari Perspektif Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di Bangi,semalam. Jelas Asri lagi, hasil analisis itu juga boleh digunakan oleh Putrajaya sebagai panduan bagi tujuan penambahbaikan sistem sedia ada. Beliau yang dihubungi portal The Malaysian Insider juga menambah, badan itu haruslah tidak memihak kepada mana-mana pihak dan melakukan analisis secara adil dan saksama. "Sekarang ada maklumat kata pihak kerajaan yang betul, malah ada maklumat kata penganjur dan pembangkang... kita kena ada jalan penyelesaian," kata beliau. Beliau juga turut menggesa pihak kerajaan supaya lebih bersikap terbuka dan memberi ruang media sama ada saluran televisyen kendalian RTM ataupun pemberian lesen siasaran kepada pembangkang. "Di Bahrain, kerajaan mendakwa pembangkang pergi kepada media luar sebab tiada ruang di media dalam negara... jika kita tidak menyediakan ruang kepada pihak lain termasuk pembangkang, mereka pasti akan mencari media alternatif," jelas beliau. Pada Khamis lalu, polis yang menayangkan video terpilih ketika Himpunan Bersih 2.0 kepada media menafikan pihaknya melakukan kekerasan kepada rakyat kecuali mengakui bahawa polis telah melepaskan meriam air ke kawasan Hospital Tung Shin. Ia sebelum itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Menteri Kesihatan. Namun di sebalik penayangan video itu, polis hakikatnya masih belum menjawab tentang kecederaan puluhan yang menyertai himpunan aman itu termasuk seorang meninggal dunia. Polis juga gagal memberikan penjelasan bagaimana 12 das tembakan gas pemedih dilepaskan di kawasan tertutup di terowong berhampiran KL Sentral. Malah 1,667 peserta himpunan aman ditahan. -tvsnews |
Kesan Gelombang BERS✔H 2.0 Lebih Besar dari BERS✔H 1.0 Posted: 23 Jul 2011 04:45 AM PDT Kesan Bersih 2.0 lebih besar – Presiden PAS TUMPAT, 22 Julai: Tidak lama selepas Bersih 1.0 diadakan pada November 2007, kerajaan Barisan Nasional (BN) menerima kesannya apabila dinafikan majoriti dua pertiga di parlimen pada pilihan raya umum Mac 2008. Dan kesan gelombang Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu diakui banyak pihak lebih hebat lagi dirasakan. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Bersih 2.0 dirasakan lebih hebat berbanding Bersih 1.0. "Antaranya penyertaan masyarakat bukan Melayu begitu menggalakkan sekali. Ini merupakan satu gabungan sangat baik. "Sedangkan kerajaan BN menggunakan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bersikap fanatik seperti Perkasa dan kumpulan seni silat. "Namun akhirnya mereka tidak dapat berhimpun dan terpaksa menarik diri kerana tidak dapat sambutan," katanya selepas perasmian penutup Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan di Pantai Geting, petang ini. Ijtimak sehari itu bermula jam 9 pagi tadi. Kesemua pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat hadir. Perasmian pada sebelah pagi diadakan serentak dengan kuliah perdana oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dianggar lebih 20,000 hadir pada ijtimak tersebut apabila lokasi tempat perhimpunan penuh dengan kebanjiran pendokong PAS dari seluruh jajahan. Menurut Presiden PAS, di negeri lain juga perhimpunan rakyat mendapat sambutan baik di majlis-majlis yang diadakan di seluruh tempat. "Termasuklah himpunan anjuran Bersih 2.0 yang diatur baru-baru ini mendapat sokongan meluas dari seluruh negara di mana mereka sanggup datang berhimpun di Kuala Lumpur. "Ini menandakan respon yang sangat positif daripada seluruh rakyat, bukan saja daripada penyokong PAS," katanya. Ditanya mengenai peguam Perancis, William Bourdon dilaporkan ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) katanya ia menandakan demokrasi di Malaysia ini masih tidak sempurna. "Sekiranya kerajaan berada di pihak yang benar, kerajaan betul, apa hendak ditakutkan," ujarnya. Bourdon dilaporkan ditahan sebaik tiba di KLIA. Semalam beliau berada di Pulau Pinang bercakap tentang isu kontroversi pembelian kapal selam Scorpene didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit. Menurutnya peguam terbabit dilihat berani mempertahankan kebenaran dan kalau tak salah apa hendak ditakutkan. Sebelum itu ketibaan Tuan Guru Abdul Hadi yang anggota parlimen Marang ke Pantai Geting menaiki motosikal berkuasa besar dari Pantai Seri Tujuh. Mengenai sambutan hangat ijtimak tersebut katanya Insya Allah kita yakin PAS dapat mempertahankan negeri ini. "Selama ini walau pun pilihan raya tidak bersih di seluruh negara, Kelantan boleh bertahan. Operasi mengangkut pengundi dari luar, gunakan duit, macam-macam serta serangan media. Kelantan mampu bertahan "Dalam masa 20 tahun kita boleh bertahan. Sambutan diberikan hari ini menandakan komitmen, iltizam jentera-jentera PAS untuk terus bekerja bagi mempertahankan kemenangan di Kelantan ini, InsyaAllah," katanya. Mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mereformasikan demokrasi di Malaysia dan 8 perkara tuntutan Bersih 2.0, beliau mengalu-alukan sebarang langkah supaya membetulkan amalan demokrasi di Malaysia ini. "Kita sangat-sangat mengalu-alukan cadangan penubuhan itu," ujarnya. Mengulas tiada tanda-tanda pimpinan Datuk Seri Najib Razak mahu menerima 8 perkara tuntutan Berih 2.0, beliau berkata sekiranya mahu menjadi pemimpin bertanggungjawab mesti perubahan dilakukan. Menurutnya mana-mana pemimpin yang bertahan secara tidak bermoral, jatuh pun juga secara tidak bermoral. "Lihat seperti apa yang berlaku di Mesir, di Tunisia dan di mana-mana saja di dunia. "Di Asia Tenggara Marcos dengan Suharto yang memerintah begitu lama dengan revolusi tertutup, akhirnya jagi meletup dan berkaku perubahan. "Dan kita harap negara kita juga berlaku perubahan dengan cara yang bersopan, pemimpin kena sedar dan insaf," katanya. Beliau juga berkata, sekiranya tuntutan mereformasi pilihan raya tidak diterima kerajaan BN, PAS tetap akan menyertai pilihan raya dan menentang sebarang penyelewengan. -HD
|
Halau Bourdon: Imej Negara Terjejas Teruk Di Peringkat Antarabangsa Posted: 23 Jul 2011 03:20 AM PDT Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hatta Wahari menyifatkan tindakan kerajaan Malaysia menghalang seorang pengamal undang-undang daripada memasuki negara ini tanpa alasan munasabah akan memburukkan imej negara ini di mata dunia. Menurut Hatta, dikhuatiri tindakan berterusan seperti itu hanya akan mengakibatkan negara luar terus hilang kepercayaan terhadap Malaysia dari segenap hal. "Kalau berterusan begini, imej Malaysia akan terus jatuh. Dan saya percaya banyak negara akan menarik diri dari Malaysia untuk melabur. Dan ini akan menjejaskan negara kita," katanya kepada Tv Selangor. Semalam, peguam Perancis Wiliam Bourdon yang mendedahkan tentang urusniaga kontroversi berkaitan pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan jutaan ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, telah dihantar pulang selepas ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Beliau dihantar pulang menaiki pesawat menuju ke Paris pada jam 11.30 malam tadi. Bourdon sepatutnya menghadiri satu lagi siri penerangan sama di Petaling Jaya malam tadi selepas di Pulau Pinang malam semalam. Namun tidak semena-mena, Bourdon yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan, Sherpa, yang khusus membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan di tahan di KLIA dan dihantar pulang tanpa diketahui alasan yang digunakan. Mengulas senario itu, Hatta berpendapat, ada sesuatu yang tidak kena sehingga menyebabkan peguam Perancis itu dihantar pulang. " Saya rasa ada satu masalah yang berlaku sekarang ini. Apakah sebab peguam untuk siasat Scorphene ini dilarang masuk ke Malaysia. Yang keduanya, adakah peguam ini telah melakukan kesalahan sehingga dia tidak dibenarkan masuk ke Malaysia. Dan ketiganya, mengapa tindakan ini diambil tanpa mengambil kira kesannya kepada imej Malaysia itu sendiri,"tegas Hatta. "Saya rasa tindakan ini sesuatu yang tidak wajar dan harus dikutuk oleh orang ramai,"katanya lagi. Bourdon, peguam yang mengendalikan skandal Scorpene yang difailkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dijangka mendedahkan butiran kontroversi mengenai pembelian kapal selam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS. Syarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu. Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis. Suaram memfailkan kes ini tahun lalu melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan firma pertahanan negara itu membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar. Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda. Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shaariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan. -tvsnews |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan