MANDOR.BLOGSPOT.COM |
Keluarga Baharudin harap tiada 'cover up' Posted: 16 Jul 2011 03:41 PM PDT Anggota keluarga Baharudin Ahmad hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Tan Sri Ismail Omar ekoran kematian arwah selepas menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu. Diwakili adik lelaki arwah Kassim dan anaknya Azhar, mereka diiringi beberapa pemimpin utama PKR, termasuk naib presidennya N Surendran, dan aktivis daripada kumpulan peguam Lawyers for Liberty. Menurut memorandum yang diedarkan pengarah biro guaman parti Latheefa Koya, anggota keluarga pemandu teksi itu antaranya mahukan penjelasan berhubung "serangan fizikal" terhadap peserta BERSIH 2.0, termasuk Baharudin. "Allahyarham berada di kawasan Jalan Ampang apabila serangan polis termasuk dengan gas pemedih mata dilakukan. "Terdapat saksi-saksi kukuh yang menyatakan bahawa percubaan dibuat untuk mendapatkan bantuan bagi allahyarham daripada dua anggota polis yang berada di kawasan tersebut, tetapi tidak diendahkan oleh mereka," memorandum itu dipetik. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh pada 10 julai lalu dilaporkan berkata kematian Baharudin akibat komplikasi jantung dan bukannya berpunca daripada gas pemedih mata. Bagaimanapun, memorandum hari ini mendakwa beberapa tulang rusuk allahyarham patah, giginya hilang sebatang dan terdapat luka pada bibir. Mahu laporan disiar pada awam Sebaliknya pihak polis dan kerajaan segera menafikan bahawa pihak polis bertanggungjawab bagi kematian ini, tanpa melakukan sebarang siasatan yang lengkap. "Tindakan ini adalah tidak ikhlas dan dilihat oleh orang awam sebagai satu percubaan untuk cover-up (menutup) peristiwa ini," memorandum itu dipetik. Sehubungan itu, anggota keluarga, PKR dan aktivis peguam itu menuntut supaya kesemua pegawai polis, termasuk pegawai-pegawai tertinggi yang memerintah operasi di kawasan tersebut digantung tugas sehingga selesai penyiasatan kes. Manakala tuntutan lain dalam memorandum itu supaya:
|
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan