Bila Harimau Sudah Menaip... |
- Video 9/07/2011: Suatu Konklusi
- Patriot Vs BERSIH 2.0: Analisa Ringkas
- Patriot: Contoh Terbaik Melayu Dibodohkan
Video 9/07/2011: Suatu Konklusi Posted: 10 Jul 2011 09:04 AM PDT "this is democracy, Malaysian style" |
Patriot Vs BERSIH 2.0: Analisa Ringkas Posted: 09 Jul 2011 12:04 PM PDT Pertamanya, aku bukan penyokong mana-mana pihak yang mengadakan demonstrasi. Aku cuma muak budak Melayu dibodohkan. Itu pendirian aku sejak awal bila Patriot pun nak tumpang semangkuk (dari segi kaedah) cuma mereka menentang perhimpunan BERSIH 2.0. Berbalik kepada isu Patriot lawan BERSIH 2.0, aku letakkan 2 video di bawah yang mana setiap satu mewakili Patriot dan BERSIH 2.0. Aku ingin kalian amati kaedah yang digunakan mereka dari segi provokatif, dari segi penyertaan dan penganjuran. video PATRIOT Dari hemat aku, Patriot lebih kepada:
video BERSIH 2.0 Manakala, BERSIH 2.0 menjurus kepada:
|
Patriot: Contoh Terbaik Melayu Dibodohkan Posted: 09 Jul 2011 11:03 AM PDT Aku taknak cerita bab BERSIH 2.0 sebab korang boleh baca cerita tu kat akhbar esok. Aku nak cerita bab Patriot. Zaman Mahathir menjadi PM, aku masih ingat kesedihan beliau tentang Melayu yang bermentaliti tongkat. Melayu hanya harap subsidi dan tidak pandai berusaha bagi mencapai matlamat. Jika kita perhatikan isu BERSIH 2.0, kita akan lihat pelbagai saringan, ujian dan halangan dilakukan oleh pihak sekeliling mereka. Usaha itu adalah untuk menakut-nakutkan rakyat dan bertujuan menggagalkan suatu perhimpunan yang pada hemat mereka akan memberi indikasi terhadap keputusan PRU13. Penyokong- penyokong BERSIH 2.0 menyertai perarakan dengan penuh risiko, dengan mengeluarkan duit poket sendiri dan diugut dengan pelbagai ugutan memualkan (terutama pekerja kerajaan). hinggakan baju BERSIH pun perlu dibeli sendiri (rujuk sini). Itu hal BERSIH 2.0. Golongan Patriot pula mempunyai cerita yang vice versa. Mereka dikhabarkan menerima duit poket RM 500 seorang, masuk "gelanggang" diatas 4 X 4 dan yang paling menarik...BAJU PATRIOT PERCUMA!!! tak percaya? Tonton sahajalah video dibawah. Duit siapa yang mereka guna? Mereka bukannya satu pertubuhan..mereka cuma program ad hoc sahaja. Dari mana duit mereka dapat? Macamanalah rakyat tak menyampah! Bukankah semua yang terlibat itu adalah MELAYU? Bukankah ini suatu tindakan yang MEMBODOHKAN, MELEMAHKAN, MEMBUDAYAKAN MENTALITI TONGKAT DAN MENJIJIKKAN? Perhimpunan sudah Haram, kasi up dengan mentedarah duit Haram pulak? Ketua-ketua program Patriot pun tak nampak macam Melayu pun. Patriot adalah Program Pemuda UMNO dan Putera 1Malaysia. Apa objektif Putera 1Malaysia? Dari laman web mereka: The target groups for Putera 1Malaysia are those aged 18 to 35 years. We are especially interested in attracting the services of young professionals, such as doctors, lawyers, teachers, engineers, computer specialists, pilots, accountants, etc., who we hope will act as mentors to the younger members and help them to realise their dreams. (sini) Dengan membawa mereka ke jalanraya, agaknya inikah impian Belia yang ingin UMNO beri dan realisasikan? Rasanya, tak nampak pun muka golongan profesional di perhimpunan Patriot? Muka mat rempit dan budak sekolah tak habis banyaklah aku nampak. Nak aku cerita bab Patriot ni lagi ke? Kang pedih ulu hati kang! |
You are subscribed to email updates from Bila Harimau Sudah Menaip... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan