Anak Sungai Derhaka |
- BERSIH 2.0 : Kita sambung di Seberang Jaya pula..
- Takut melihat Kebangkitan Rakyat, Najib Fitnah Anwar..
- Allahyarham Baharuddin Selamat Dikebumikan (Video Inside)
- 70 ADUN BN nyaris menduda..
- Najib dedahkan PATRIOT mewakili UMNO
- EKSKLUSIF!! Video perarakan 60,000 Pemuda PATRIOT..
- BERSIH 2.0 : A DAY TO REMEMBER (Video)
BERSIH 2.0 : Kita sambung di Seberang Jaya pula.. Posted: 10 Jul 2011 08:01 AM PDT |
Takut melihat Kebangkitan Rakyat, Najib Fitnah Anwar.. Posted: 10 Jul 2011 06:08 AM PDT PETALING JAYA 10 JULAI : Setelah dunia semalam menyaksikan kebangkitan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menuntut sebuah pilihan raya yang adil, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya melemparkan tuduhan fitnah bahawa Ketua Pembangkang yang menjadi dalang supaya rakyat bersuara menuntut keadilan. Malah terdesak untuk menutup tuntutan rakyat, Najib mendakwa ia adalah usaha terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunaikan hasrat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Najib yang juga Presiden Umno turut berkata, Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan sehingga sanggup menganjurkan himpunan besar-besaran demi menjatuhkan imej negara di mata dunia. Walau bagaimanapun hujah Najib itu mudah dipatahkan oleh Anwar yang ditemui media selepas menghadiri Dialog Ekonomi Profesional Muda di Hotel Crsytal Crown, di sini hari ini. " Itu memang strategi Najib dan Rosmah, mereka tidak lihat pada isu pokok, yang mereka tahu mahu salahkan saya, dan saya adalah orang yang paling awal diserang dan sudah tentu saya orang yang paling awal yang terpaksa berundur, saya sebelum pukul 3 petang terpaksa dibawa ke hospital," jelas Anwar yang ditembak polis menggunakan gas pemedih mata ketika mahu memulakan perarakan di Stesen Sentral Kuala Lumpur. Jelas Anwar, kenyataan Najib itu jelas satu reaksi terdesak oleh seorang pemimpin yang merasakan kedudukannya terancam oleh kebangkitan rakyat. Paling penting, perhimpunan Bersih 2.0 sudah dijelaskan dari awal lagi dianjurkan oleh 62 badan bukan kerajaan dan Pakatan Rakyat hanya bertindak menyokong inisiatif Bersih. Dalam insiden semalam, Anwar mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu. Tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri bagaimanapun telah menyelamatkan Anwar daripada kecederaan lebih teruk. Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut. Tidak cukup dengan cubaan mengaitkan Anwar sebagai dalang perhimpunan, media arus perdana termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar turut membohongi rakyat dengan fakta dan berita tidak telus demi kepentingan pemerintah. "Penipuan angka peserta himpunan yang dilaporkan kononnya hanya 6,000 sahaja, ramai yang sudah tahu, dan pembohongan yang lain ialah laporan tidak ada yang tercedera, saya sendiri ditembak dari jarak dekat dan pengawal saya cuba bantu yang akhirnya mukanya pecah dan kini dia di hospital untuk jalani pembedahan besar esok,"kata Anwar. Lebih malang dari itu, seorang daripada peserta himpunan Bersih 2.0 juga meninggal dunia ketika polis mengepung laluan perhimpunan berkenaan. Dalam pada itu, Anwar turut mencabar Najib membubarkan parlimen disebalik keangkuhan pemimpin kerajaan itu kononnya boleh menang mudah pada pilihan raya umum ke-13. "Saya mencabar Najib untuk sama-sama bertanding dalam satu pilihanraya yang adil, dan Najib perlu pastikan ianya dijalankan dengan adil dan bersih, jangan menipu dalam pilihan raya,"tegas Anwar. Najib hari ini selain meremehkan kuasa rakyat, dengan penuh keyakinan berkata pihaknya akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen sebaik sahaja parti pimpinannya sudah bersedia. Ironinya, kenyataan Najib itu umpama membuka pekung di dada bahawa gagasan itu masih belum bersedia manakala Pakatan Rakyat pula sedari awal lagi bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa. TVS News |
Allahyarham Baharuddin Selamat Dikebumikan (Video Inside) Posted: 10 Jul 2011 05:52 AM PDT HULU KELANG 10 JULAI : Jenazah Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia selepas menyertai himpunan Bersih 2.0 semalam selamat dikebumikan kira-kira jam 12.50 tengahari tadi di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur. Hujan renyai-renyai dan air mata mengiringi upacara pengkebumian jenazah. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rusni Melan dan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan. Pada insiden semalam, Allahyarham bersama-sama sekumpulan para demonstran sedang berarak secara aman di hadapan KLCC sebelum polis mengepung kawasan itu dan melepaskan tembakan gas pemedih mata. Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas dilaporkan pengsan sebelum itu. Lebih 500 hadirin dari pelbagai kaum hadir memberikan penghormatan terakhir dan menziarahi keluarga mangsa termasuk pimpinan Pakatan Rakyat dan ahli jawatankuasa Bersih. Hadirin yang menunaikan solat jenazah di Surau Al-Muqqarrabin kemudiannya berjalan kaki kira-kira tiga kilometer utnuk mengiringi van jenazah ke tapak tanah perkuburan di AU4, Keramat. Sepanjang perjalanan itu mereka membaca tahlil dan bertadbir. Pimpinan Pakatan Rakyat dan Bersih sebelum itu menziarahi keluarga mangsa seawal jam 9 pagi termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ramai lagi. Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah juga hadir memberikan penghormatan terakhir. Rata-rata mereka yang ditemui media melahirkan kekesalan di atas insiden yang menimpa Allahyarham dan tindakan zalim polis dalam menghalang orang ramai berhimpun seperti yang dijamin dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Antaranya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyatakan kekesalan di atas tindakan zalim polis ke atas peserta demonstrasi termasuk dirinya dan berjanji keadilan akan diberikan kepada Allahyarham dan keluarga. " Kita akan minta peguam membuat semakan mengikut proses undang-undang dan serahkan kepada pihak peguam. Inkues wajar untuk Allayarham dan keluarga mendapat keadilan atas kezaliman Umno-BN,"kata Mahfuz. Manakala abang sulung arwah, seorang bekas pegawai tentera, Major Bersara Mohd Kasim Ahmad mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bersih dan Pakatan Rakyat yang berjuang habis-habisan demi menegakkan keadilan untuk rakyat mendapatkan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih. " Saya mengucapkan terima kasih kepada semua perjuangan Pakatan Rakyat yang bersusah payah bersama arwah demi mendapatkan keadilan yang sebenarnya. Sungguhpun beliau orang biasa, tetapi keinsafan beliau pergi jauh dan mendorong saya untuk memberi keterangan yang rakyat kita sekarang ada jahat dan baik,"katanya. |
Posted: 10 Jul 2011 04:34 AM PDT KUALA TERENGGANU 10 JULAI : Lebih 70 isteri wakil rakyat yang menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di semalam mengalami keracunan makanan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A. Rahman Mokhtar berkata kejadian bermula pada kira-kira 11.00 pagi apabila beberapa daripada mereka mengalami simptom muntah-muntah dan cirit birit dan dirujuk ke klinik statik di hotel mereka menginap. Dr A. Rahman Mokhtar berkata daripada lebih 70 orang yang mengalami simptom itu, seramai 18 terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). "Hanya 15 yang ditahan di wad kerana simptom yang dialami mereka lebih serius namun keadaan mereka stabil dan tidak membimbangkan," katanya kepada Bernama selepas ditemui ketika melawat para isteri wakil rakyat berkenaan di HSNZ. Menurutnya lagi, punca kejadian masih disiasat namun beliau tidak menolak ia mungkin berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam sebelum itu. "Semua sampel makanan sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut, katanya. Sementara itu, isteri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Selangor, Datin Norliah Mohd Nazir ketika ditemui di HSNZ memberitahu beliau mengalami muntah-muntah selepas majlis makan malam yang dihadiri bersama isteri wakil rakyat lain. "Selepas muntah-muntah saya cuba dapatkan rawatan di Klinik Statik di Hotel Permai tapi keadaan saya tidak bertambah baik dan saya dihantar ke sini (HSNZ) untuk dapatkan rawatan lanjut," katanya. Namun katanya, beliau menganggap peristiwa tersebut sebagai insiden tidak dijangka dan tidak menyalahkan pihak penganjur atas kejadian tersebut. TVS News |
Najib dedahkan PATRIOT mewakili UMNO Posted: 10 Jul 2011 03:55 AM PDT Dalam ucapannya yang berkobar-kobar dan lantang di hadapan 6,000 ahli Umno, badan bukan kerajaan dan pertubuhan silat, Perdana Menteri memperkecilkan kehadiran penyokong Bersih 2.0 semalam sambil mengatakan bahawa Umno sebenarnya boleh mengatasi Bersih 2.0 sekiranya mereka meneruskan perhimpunan jalanan. Ceh!! kalau setakat nak bercakap siapapun boleh Najib.. Kalau boleh himpun kenapa Sabtu lalu tak nak himpun? Kalau setakat nak hantar PATRIOT yang kehadirannya tak lebih dari 1000 orang tu.. tak payah nak cakap besarlah Najib.. itupun kena bagi 'T' Shirt percuma.. Dalam bercakap besar tu.. Najib secara tak sengaja telah mendedahkan bahawa PATRIOT itu telah mewakili UMNO.. korang bacalah.. Perkecil perhimpunan Bersih, Najib kata Umno tak takut pilihan raya adil KUALA LUMPUR, 10 Julai — Datuk Seri Najib Razak pagi ini memperlekeh dan mengetepikan impak Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan semalam dengan menegaskan, Umno pimpinannya tidak bimbang untuk mengadakan pilihan raya bersih. Dalam ucapannya yang berkobar-kobar dan lantang di hadapan 6,000 ahli Umno, badan bukan kerajaan dan pertubuhan silat, Perdana Menteri memperkecilkan kehadiran penyokong Bersih 2.0 semalam sambil mengatakan bahawa Umno sebenarnya boleh mengatasi Bersih 2.0 sekiranya mereka meneruskan perhimpunan jalanan. Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan jalanan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Selasa lalu dan janji Najib bahawa mereka boleh mengadakan perhimpunan di stadium jika mahu. "Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada tiga juta ahli. Jika kami dapat himpunkan sejuta ahli, ia lebih daripada cukup, kami boleh menawan Kuala Lumpur. "Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh. Tetapi kami mahu mempertahankan undang-undang Malaysia, kami mahukan keamanan," kata Presiden Umno pada perhimpunan yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC sehari selepas Himpunan Bersih 2.0, kempen yang dilihat menjadi ujian kepada pentadbiran beliau. Ucapan Najib, yang menjadi perdana menteri dan presiden 27 bulan yang lalu, berkisar pada perhimpunan Bersih 2.0 dan tuntutan gabungan itu agar diadakan satu pembaharuan pilihan raya yang adil dan bersih. Semalam, Pergerakan Pemuda Umno juga mengadakan perhimpunan balas memprotes Bersih 2.0 atas nama gerakan "Patriot". Najib berkata meskipun Bersih 2.0 menjanjikan kehadiran 500,000 orang tetapi tidak sampai 10,000 orang yang menyertai perhimpunan semalam. Seperti semalam, beliau juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang tidak menyertai perhimpunan itu dengan menyifatkan pihak berkenaan sebagai "majoriti senyap." "Ini sebahagian daripada kekuatan Umno, kami menghimpunkan 6,000 ahli di sini hari ini dalam tempoh yang singkat . . . mereka menunggu isyarat, mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja," kata Najib kepada pemberita selepas itu. Dalam ucapannya, Najib juga mengucapkan terima kasih kepada setiap yang hadir pada majlis yang dikenali sebagai "Majlis Penerangan Perdana" dengan berkata pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk pertubuhan silat bersedia untuk mempertahankan negara sehingga titisan akhir darah. "Jika anda sebut atau persoal mengenai Islam, mereka akan bangkit," katanya. "Jangan (menyebabkan) kami memulakan demonstrasi jalanan. Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami)," kata Najib dengan disusuli laungan sokongan kepada ketua sayap itu. Kesemua pemimpin kanan Umno termasuk timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan setiausaha agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir. "Anda tidak mahu Wanita Umno pergi ke jalanan, jika tidak kami juga telah bertindak begitu," kata Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada Najib pada sidang media yang diadakan itu. Najib juga berkata, kerajaan sangat serius untuk memperbaiki proses pilihan raya semasa dan salah satu bukti ialah memperkenalkan sistem biometrik. Juster kata Najib, pentadbirannya mengamalkan demokrasi tulen. "Umno tidak bimbang (mengadapi) pilihan raya adil," kata Najib. The Malaysian Insider |
EKSKLUSIF!! Video perarakan 60,000 Pemuda PATRIOT.. Posted: 09 Jul 2011 10:15 AM PDT Saksikan!! Pemuda UMNO? berebut-rebut mendapatkan 'T' Shirt Patriot yang terpaksa diberikan secara percuma bagi meramaikan lagi peserta PATRIOT.. Di Kepalai oleh Ketua Pemuda UMNO, Perarakan Pemuda PATRIOT yang tidak terkira jumlahnya ini telah bermula dari Bukit Bintang. Saksikan juga gambar-gambar yang dikatakan oleh Pencacai UMNO menyebabkan Cina-Cina DAP di Bukit Bintang bertempiaran lari bila melihat terlalu ramai yang turut berarak bersama PATRIOT di (SINI) |
BERSIH 2.0 : A DAY TO REMEMBER (Video) Posted: 09 Jul 2011 09:40 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan