Sabtu, 23 Julai 2011

Biaqpila

Biaqpila


LELAKI KURANG SIUMAN SIMBAH ASID

Posted: 23 Jul 2011 03:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Muka saya tiba-tiba menjadi panas selepas dibaling 'air' oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke rumah rakan untuk mengulang kaji pelajaran," kata Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, mangsa simbahan asid seorang lelaki kurang siuman dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam di Felda Jengka 9 di sini, Selasa lalu.

Beliau berkata, dia yang menunggang motosikal bersama adiknya, Shafiq Aiman, 9, baru pulang dari mengaji al-Quran dan bercadang ke rumah rakan untuk mengulang kaji pelajaran bersama tetapi secara tiba-tiba dikejar seorang lelaki sebelum membaling sesuatu ke arah mereka. "Lelaki itu berlari ke arah kami dan terus melempar sesuatu menyebabkan muka dan badan kami menjadi pedih serta terbakar.


"Motosikal yang ditunggang pula hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan sebelum terjatuh. Nasib baik saya menunggang perlahan dan tiada kecederaan parah tapi sedih apabila cecair itu menyebabkan hampir keseluruhan muka dan badan terbakar," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Katanya, dunianya bertukar gelap serta-merta selepas mata kiri cedera dan menarik tangan adiknya yang cedera di kedua-dua mata supaya bangun untuk meminta pertolongan.


Menurutnya, lelaki yang membaling cecair itu kemudian terus melarikan diri," katanya yang kini di rawat di unit kebakaran kanak-kanak HKL.


Sementara itu, ibu mangsa, Rohashimah Julaili, 33, tidak menyangka perkara itu menimpa anak sulung dan keduanya kerana sebelum ini lelaki berkenaan hanya mengamuk tetapi tidak pernah membuat tindakan di luar kawalan.

HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 PERINGKAT ASIA

Posted: 23 Jul 2011 06:41 AM PDT

LIVE: SINGAPURA VS MALAYSIA

Posted: 23 Jul 2011 04:43 AM PDT

Penangkapan Bourdon memburukkan lagi imej negara

Posted: 23 Jul 2011 02:00 AM PDT


Tindakan Kerajaan menangkap peguam Perancis, William Bourdon akan menambahkan tercemarnya lagi nama negara, kata AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, sepatutnya selepas pulang dari luar negara dan bertemu Pope, Queen Elyzabeth dan Perdana Menteri Britain, PM DS Najib Tun Razak berpandangan lebih luas, namun kini ternyata tidak.

"Balik sahaja dari luar negara, Najib terus membuat perangai buruk apabila menangkap William Bourdon, peguam hak asasi manusia dari Perancis ini. Sudah tentu ini akan menyebabkan semua mata peringkat antarabangsa akan melihat kita lagi.

"Sebelum ini majalah Economist di sensor, laporan tentang cara perhimpunan Bersih 2.0 dikendalikan belum selesai, ditambah pula dengan tindakan ini," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas penangkapan peguam hak asasi manusia Perancis William Bourdon di KLIA tengahari tadi. Bourdon ditangkap oleh sekumpulan pegawai Imigresen yang naik ke atas kapal terbang itu sebaik sahaja kapal terbang mendarat

William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam tadi di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu malam ini di Dewan Sivik MPPJ.

Bagi Dr Dzulkefly, arahan penangkapan ini tentu dari pihak atasan pentadbiran Najib bagi menyekat apa-apa maklumat yang hendak disampaikan beliau dalam majlis malam ini dan esok.

"Mengapa Najib terus-terusan mencetus tindakan yang tunjukkan beliau hilang kawalan dan tertekan begini.

"Sepatutnya lepas jumpa Queen, Pope dan Perdana Menteri Britain, wibawanya akan tinggi dan menunjukkan kepada dunia beliau masih menguasai pentadbiran Malaysia dengan baik.

"Langkah ini akan mencetuskan pandangan umum yang burukkan pentadbiran beliau dan dia sendiri," kata Dr Dzulkefl kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan menaham peguam Suaram ini seolah-olah membayangkan Najib mengesahkan tanggapan ada perkara yang nak dilindungi beliau dari diketahui rakyat dalam majlis di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan di Ipoh esok.

Ia juga, katanya, mencetus minat rakyat dan media antarabangsa untuk isu Scorpean ini dan bakal menjadi fokus media antarabangsa dan rakyat selepas ini.

"Najib meletakkan negara dalam mata antarabangsa dengan lebih buruk lagi. Ia akan menjejaskan negara sebagai destinasi pelaburan atas dakwaan rasuah hingga melibatkan orang no 1 negara," katanya.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor yakin, jika Najib tidak bertindak sebegini, majlis makan malam mengutip dana Suaram dan kedatangan Bourdon ini akan berlalu begitu sahaja.

"Namun apabila warga asing ditangkap, peguam hak asasi manusia Mahkamah Perancis pula, ia satu tindakan desperate yang bakal memburukkan lagi keadaan," katanya.

penangdaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tontoni klip ini dan ayuh tawan Kota Singa

Posted: 22 Jul 2011 11:00 PM PDT

Esok (hari ini) ujian separuh masa pertama buat anak buah Datuk K. Rajagobal. Khamis ujian separuh masa kedua.

Selepas game dengan Liverpool, aku sempat tanya Datuk K dua soalan sambil menemani dia turun tangga...

"Coach, amacam u miss ke Ultras Malaya?

"Of course, we miss their vibrancy and energy...

"Coach, how do you plan to motivate the players ahead of the Singapore match?

Sambil tersenyum, Datuk K cakap "against Singapore the steep tradition of rivalry will be motivation enough for the players...

Daripada aku kepada semua pemain, tontonilah klip ini. Detik anak buah Allan Harris, itu jam belum digelar Harimau Malaya, membaham Singapura di kandang sendiri babe...4-0...jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli, dua daripada Indra Putra Mahayuddin dan satu lagi Nizaruddin Yusof...jadi kita boleh menang lagi...itu jam Daniel Bennett bek kiri Singapura, masih main lagi



Apapun, aku agak kecewa kerana stesen televisyen tidak play into the psyche of the fans...buat tiap-tiap hari guarantee stadium penuh Khamis depan, lebih-lebih lagi kalau kita seri, menang atau kalah tipis esok. Baca
cara meniup semangat.

rizalhashim

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Belaian bidan gebu

Posted: 22 Jul 2011 07:00 PM PDT



KUALA LUMPUR: "Pada mulanya saya takut melanggar pantang larang ditetapkan nenek, tetapi demi wang ia akhirnya saya abaikan," kata seorang gadis yang terjebak dalam kegiatan urut batin biarpun cita-cita asalnya mahu mewarisi kepakaran neneknya dalam bidang urut tradisional.

Berbekalkan wajah jelita dan tubuh gebu, gadis tukang urut berusia 21 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, dia sebelum ini belajar ilmu urut tradisional daripada neneknya yang juga seorang bidan berpengalaman.


Menurutnya, harapan neneknya dan dia sendiri ketika itu ialah untuk menjadi seorang tukang urut tradisional khususnya untuk wanita baru bersalin. "Sejak kecil saya suka melihat nenek mengurut wanita baru bersalin dan dari situ timbul minat saya untuk mewarisi kerjayanya," katanya yang ditemui Harian Metro di sebuah pusat urut di pinggir ibu kota.

Su berkata, ketika berusia 15 tahun, neneknya yang sudah tua menurunkan ilmu perubatan dan urut tradisional itu kepadanya.


"Pada masa sama dia berpesan agar saya tidak melanggar pantang larang termasuk menyalahgunakan ilmu ini untuk tujuan urutan lain, tetapi demi mendapat wang dengan cara mudah, saya kini melanggar amanatnya.


"Pada mulanya saya mengurut wanita lepas bersalin di rumah saya di Perak, tetapi pendapatan diterima tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian, menyebabkan saya memberanikan diri berhijrah ke Kuala Lumpur," katanya.

Menurut Su, pada mulanya, dia bekerja di Damansara, dekat Petaling Jaya dan ketika itu dia hanya menawarkan khidmat urut badan, kaki dan refleksologi pada harga RM50 bagi satu sesi, tetapi akibat pengaruh beberapa rakan sekerja, dia mula berminat dalam urutan seks.


"Selepas mencuba urutan batin buat pertama kali, saya jadi seronok terutama apabila dapat pendapatan lumayan dan sejak itu, ia menjadi rutin harian saya melayan lelaki ketagih urutan batin," katanya.


Tanpa berselindung, Su mengakui kegiatan memberikan khidmat urut batin akhirnya menyebabkan dia tergelincir lebih jauh apabila turut memberikan khidmat seks kepada lelaki.


"Namun, saya agak berhati-hati memilih pelanggan bagi mengelak penyakit kelamin dan hanya bersedia menyerahkan tubuh kepada pelanggan yang memenuhi cita rasa saya," katanya.


Su berkata, kini selepas lebih tiga tahun bergelumang dalam kegiatan tidak bermoral itu dia mempunyai ramai pelanggan tetap dan pendapatan diterima lebih lumayan.


Menurutnya, untuk khidmat urut batin dia mengenakan bayaran tambahan antara RM30 hingga RM50 manakala untuk khidmat seks bayaran dikenakannya RM200.


Apabila ditanya sampai bila dia mahu melakukan kerja jijik itu, Su hanya menggeleng kepala dan berkata: "Memang terlintas dalam fikiran saya untuk berhenti, tetapi disebabkan tiada pendidikan tinggi dan kebolehan lain, buat masa ini hanya kerja ini saya tahu." Mengenai pantang larang neneknya yang dilanggar, Su berkata, setakat ini tiada kesan negatif terhadap dirinya dan berharap keadaan itu berterusan.


"Dulu nenek kata kalau langgar pantang kulit muka jadi kendur dengan cepat dan tenaga mengurut berkurangan. Entahlah, setakat ini saya tak rasa apa-apa pun," katanya.HM

MASYA-ALLAH..... MACAM NI PUNYA STOK PUN ADA...

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Beng Hock : Paksa Hingga Bunuh Diri Sama Dengan Membunuh

Posted: 22 Jul 2011 05:05 PM PDT


SHAH ALAM 22 JULAI : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus bertanggungjawab mencabul nyawa Teoh Beng Hock apabila menyoal-siasat mendiang dengan begitu agresif sehingga memaksanya membunuh diri, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Sehubungan itu, Kit Siang mendesak agar SPRM bertanggungjawab ke atas insiden yang berlaku.

"Paksa sehingga bunuh diri turut mirip tindakan membunuh, oleh itu, SPRM bertanggungjawab berhadapan dengan kesannya," kata Lim Kit Siang.

"Anda tidak boleh ada satu situasi ia bukan (kes) dibunuh tetapi (sebaliknya) (tekanan) paksaan (ke arah) membunuh diri," kata beliau dalam laman blognya.

Semalam, suruhanjaya siasatan diraja memutuskan Beng Hock membunuh diri ekoran tekanan soal siasat siasatan agresif dan berterusan di pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malah, suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock itu berkata bekas pembantu politik itu 'terganggu' ekoran sikap tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) yang dilabel sebagai "membuli, menyalahguna kuasa dan angkuh."

Suruhanjaya itu juga memutuskan bahawa pegawai SPRM berkenaan memalsukan keterangan untuk disogokkan kepada Beng Hock bagi mendapatkan pengakuan secara helah daripada mendiang.
Tiga pegawai SPRM yang menyoal siasat Beng Hock adalah bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishammuddin Hashim dan Arman Alies serta Mohd Ashraf Mohd Yunus.

Ketiga-tiga mereka dinamakan sebagai pegawai soal siasat kes Teoh dalam laporan suruhanjaya itu, sebagai pihak yang 'menundukkan' Teoh ketika sesi soal siasat empat peringkat, yang bermula 15 Julai sehingga keesokan pagi.

Menurut laporan suruhanjaya itu, "Arman yang membuli" kemungkinan telah memanipulasikan saksi untuk mendapatkan bukti.

"Ashraf salah guna (kedudukan)," kata suruhanjaya merujuk kepada kaedah yang digunakannya mendapatkan bukti.

Elemen paling teruk dalam penilaian laporan itu mengenai kaedah-kaedah SPRM adalah gambaran suruhanjaya tentang Hishammuddin.

"HH merupakan seorang pemimpin angkuh, yang akan menggunakan apa sahaja selagi matlamatnya tercapai, tidak kira cara yang digunakan," kata laporan tersebut.

Sebagai ketua, Hishammuddin dikatakan menyemai ketakutan di kalangan pegawainya.

Di bawah kepimpinan Hishammuddin, kata laporan suruhanjaya ini, kebanyakan pegawai ada tabiat berbohong.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

TVS


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: