Sabtu, 23 Julai 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Video Bersih 2.0 : Hentikan Spekulasi, Tubuh Panel Khas Siasat

Posted: 23 Jul 2011 05:15 AM PDT

Ditulis oleh Salmiah Drahsin


SHAH ALAM : Selepas pendedahan video oleh polis malah puluhan mungkin ratusan video Himpunan Bersih 2.0 yang dimuatnaik orang awam di internet menunjukkan perbedaan, wajarlah satu badan khas ditubuhkan untuk menghentikan spekulasi berterusan mengenai kekerasan yang digunakan oleh polis pada 9 Julai lalu.

Demikian pandangan bekas Mufti Perlis yang juga pemerhati politik di negara ini, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut Asri, selepas pendedahan video oleh polis diikuti pula oleh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Bersih 2.0 bertujuan menggulingkan kerajaan, adalah perlu Putrajaya bertindak menjernihkan keadaan itu supaya tidak timbul pelbagai tuduhan mahupun fitnah mengenainya lagi.

"Saya rasa kita perlu hentikan cerita apa yang berlaku semasa Himpunan Bersih 2.0 dan saya cadangkan kerajaan tubuhkan badan analisis yang akan menganalisis secara jujur tentang peristiwa yang berlaku.

"Hasil dari analisis itu kerajaan perlu membuat penilaian semua tindakan mereka terhadap Himpunan Bersih 2.0 dan pertimbangkan cadangan yang diberikan oleh badan itu agar kerajaan dapat mengawal imej mereka," katanya pada sidang media selepas Forum Kepimpinan Wanita Dari Perspektif Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di Bangi,semalam.

Jelas Asri lagi, hasil analisis itu juga boleh digunakan oleh Putrajaya sebagai panduan bagi tujuan penambahbaikan sistem sedia ada.

Beliau yang dihubungi portal The Malaysian Insider juga menambah, badan itu haruslah tidak memihak kepada mana-mana pihak dan melakukan analisis secara adil dan saksama.

"Sekarang ada maklumat kata pihak kerajaan yang betul, malah ada maklumat kata penganjur dan pembangkang... kita kena ada jalan penyelesaian," kata beliau.

Beliau juga turut menggesa pihak kerajaan supaya lebih bersikap terbuka dan memberi ruang media sama ada saluran televisyen kendalian RTM ataupun pemberian lesen siasaran kepada pembangkang.

"Di Bahrain, kerajaan mendakwa pembangkang pergi kepada media luar sebab tiada ruang di media dalam negara... jika kita tidak menyediakan ruang kepada pihak lain termasuk pembangkang, mereka pasti akan mencari media alternatif," jelas beliau.

Pada Khamis lalu, polis yang menayangkan video terpilih ketika Himpunan Bersih 2.0 kepada media menafikan pihaknya melakukan kekerasan kepada rakyat kecuali mengakui bahawa polis telah melepaskan meriam air ke kawasan Hospital Tung Shin.

Ia sebelum itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Menteri Kesihatan.

Namun di sebalik penayangan video itu, polis hakikatnya masih belum menjawab tentang kecederaan puluhan yang menyertai himpunan aman itu termasuk seorang meninggal dunia.

Polis juga gagal memberikan penjelasan bagaimana 12 das tembakan gas pemedih dilepaskan di kawasan tertutup di terowong berhampiran KL Sentral.

Malah 1,667 peserta himpunan aman ditahan.

Semua Duit Kerajaan Pusat Beri Memang Duit Rakyat -MB

Posted: 23 Jul 2011 05:12 AM PDT

Ditulis oleh Afix Redzuan



SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merendah-rendahkan usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjimat cermat demi memastikan hasil mahsul negeri dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor.

Sebaliknya, Najib kata beliau harus sedar betapa duit berbilion ringgit yang kononnya disumbangkan kerajaan persekutuan kepada rakyat selama ini sememangnya hak mereka hasil daripada cukai yang dipungut kerajaan pusat.

"Semua yang diberikan oleh kerajaan persekutuan (adalah) dari cukai rakyat. (Tetapi) yang kita berikan adalah daripada hasil pasir yang kita lakukan daripada perlombongan pasir dan untungnya kita kembalikan kepada rakyat.

"Kalau kerajaan persekutuan nak bagi kepada rakyat, berilah kepada rakyat. Buat apa saya nak halang, berikan sahajalah. Itu memang hak rakyat,"katanya selepas menghadiri Majlis Konvensyen Pengurusan Masjid dan Penyerahan Sumbangan Moreh Bulan Ramadhan, di sini, hari ini.

Najib semalam berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tertentu heboh dengan pemberian RM100 kepada rakyat.

Katanya, kerajaan pimpinannya telah memperuntukkan berbilion ringgit kepada rakyat namun tidak menguar-uarkannya seperti kerajaan Pakatan Rakyat.

"Mereka sebelah sana, itulah sikapnya. Beri RM100 sudah riuh sekampung. Kerajaan Barisan Nasional sudah beri berbilion ringgit kepada rakyat tapi pihak sana pukul gendang lebih kuat,"Najib dipetik sebagai berkata.

Namun menurut Khalid, kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai cara dan strategi tersendiri untuk bersama-sama membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat mutakhir ini.

"Cara yang kita lakukan adalah terus kepada rakyat. Kita ada senarai nama mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan layak," katanya.

Sejak Mac 2008, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat memperkenalkan program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor '(MES).

Terbaru, program 'Jom Shopping' yang dilancarkan kerajaan negeri menyaksikan baucer bernilai RM100 diberikan kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas untuk membeli belah.

Sebanyak RM5 juta hingga RM10 juta diperuntukkan untuk program ini yang diperolehi daripada keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, KSSB.

Khalid menjelaskan, berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan beberapa institusi sebelum ini mendapati penggunaan orang tengah merupakan antara punca berlakunya ketirisan dalam menyalurkan sumbangan yang diberikan.

"Tetapi cara yang dibuat dalam pengurusan yang lepas dan sebagai orang yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan banyak institusi, saya dapati ialah apa yang disumbangkan mesti melalui orang tengah.

"Maknanya kalau ingin beri, berikan kepada cawangan atau bahagian Umno, selepas itu baru turun kepada peringkat bawah. Itu adalah cara berlakunya ketirisan. Ada pula tauke yang ambil sedikit dan tidak sampai terus kepada rakyat.

"Jadi kalau betul-betul Perdana Menteri hendak buat, buat macam apa yang kerajaan negeri Selangor buat, terus kepada rakyat. Jangan ada ketirisan," katanya.

Antara Program MES lain adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Skim Pinjaman Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Hisham: Pihak buat laporan palsu akan didakwa

Posted: 23 Jul 2011 04:23 AM PDT

BERNAMA


Pihak yang membuat laporan palsu mengenai tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu perlu diheret ke muka pengadilan sebagai pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya melontarkan pelbagai tuduhan terhadap pihak berkuasa.

NONEMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihak yang membuat laporan palsu kepada polis perlu bertanggungjawab dengan tindakan mereka.

Sehubungan itu beliau mahu polis dan Pejabat Peguam Negara menjalankan siasatan terperinci bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang membuat laporan palsu berkenaan.

"Jelas apa yang mereka buat ini (laporan palsu) merupakan taktik politik sempit hanya nak mencemarkan nama baik pihak PDRM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pemulihan Kemasyarakatan Kem Batu 10 di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, tindakan undang-undang tersebut boleh menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak agar tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan terhadap pihak berkuasa.

NONEHishammuddin berkata PDRM mempunyai bahan-bahan dan rakaman mengenai situasi sebenar pada perhimpunan itu untuk mematahkan pelbagai tuduhan, seperti yang didedahkan kepada hampir 200 wakil media dan badan bukan kerajaan (NGO) kelmarin.

"Mereka (penganjur perhimpunan BERSIH 2.0) tidak ikhlas dalam tuntutan untuk pilihan raya yang kononnya lebih adil, kalau tidak apa sebabnya mesti lakukan lakonan-lakonan tertentu, tuduhan-tuduhan tidak berasas yang disebarkan di dalam blog dan media asing.

"Nasib baik kali ini polis lebih peka dan tahu apa niat sebenar mereka dalam demonstrasi itu dan rakaman-rakaman telahpun dibuat...bayangkan kalau tidak ada rakaman, mereka bebas menuduh polis macam-macam," katanya.

NONEHishammuddin berkata tindakan tersebut sebenarnya bertujuan mengalihkan kelemahan pembangkang termasuk isu video seks melibatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dengan menimbulkan isu-isu lain mereka harap itu (video seks) dilupakan, kita tidak lupa, jangan ingat dengan menimbulkan isu lain, perkara lama kita lupakan," katanya.

Ditanya kenapa polis mengambil masa hampir dua minggu untuk mendedahkan rakaman video perhimpunan haram itu, Hishammuddin berkata: "Biar lambat sedikit tetapi terperinci supaya tidak ada mana-mana pihak boleh memutarbelitkan apa yang didedahkan".


TPM: Malaysia sasar jadi 10 negara paling selamat

Posted: 23 Jul 2011 04:14 AM PDT

BERNAMA


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan berusaha untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan antara 10 negara paling selamat di dunia berikutan kejayaan negara dipilih sebagai negara paling aman dan selamat di Asia Tenggara.

NONEBeliau berkata kedudukan itu boleh dicapai melalui pelbagai usaha yang akan dilakukan termasuk peningkatan kawalan keselamatan dan juga pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kadar jenayah.

Katanya walaupun usaha berkenaan dipertanggungjawabkan kepada Polis Diraja Malaysia dan agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri, namun ia juga akan bergantung kepada sokongan dan kerjasama seluruh masyarakat.

"Kita mahu negara kita bukan sahaja kekal (paling aman dan selamat di Asia Tenggara) tetapi mudah-mudahan Malaysia berada dalam ranking sepuluh teratas antara negara paling selamat di dunia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, hari ini.

Muhyiddin mengulas laporan Indeks Keselamatan Global, sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di Sydney, Australia, yang meletakkan Malaysia di ranking ke-19 bagi negara paling selamat di dunia berbanding 156 negara lain.

NONEMalaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman dan selamat di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia. Pada tahun 2007 dan 2008 kedudukan Malaysia masing-masing di ranking ke-37 dan ke-38.

Muhyiddin berkata pada setiap tahun, badan antarabangsa itu membuat penilaian dan mengumumkan ranking negara-negara dunia daripada sudut keamanan berdasarkan kriteria yang mereka tetapkan.

"Jadi kalau ikut begini kita punya keadaan dari kacamata indeks dan persepsi ini sudah jauh lebih baik berbanding dengan negara jiran seperti Singapura.

"Ini satu kenyataan bagi saya amat penting kerana mungkin persepsi sesetengah masyarakat bahawa Malaysia tidak selamat dan tidak aman tetapi penilaian oleh badan dunia ini menyatakan sebaliknya," katanya.

nurin jazlin jazimin kidnapped murdered child 210907 funeralBeliau berkata berdasarkan laporan tersebut, Malaysia kini sudah jauh lebih baik kedudukannya jika dibandingkan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat malah juga China.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan bukan sahaja akan terus mengekalkan tahap keselamatan dan keamanan yang dikecapi selama ini malah akan terus mempertingkatkannya dengan sokongan semua pihak terutama masyarakat.

Terdahulu semasa berucap pada majlis tersebut, Muhyiddin yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia mengucapkan terima kasih dan tahniah bagi pihak kerajaan dan rakyat kepada pihak polis yang bekerja menjaga keamanan.

Beliau juga meminta masyarakat termasuk golongan remaja menyokong usaha kerajaan dalam memastikan negara ini terus selamat dan aman, dengan tidak mudah terpengaruh dengan pihak tertentu yang mahu melihat keadaan huru hara berlaku di negara ini.

Turur hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.


Aktivis S'wak dihantar ke wad psikiatrik

Posted: 23 Jul 2011 04:08 AM PDT

Kuek Ser Kuang Keng


Aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditahan sebanyak tiga kali sepanjang dua minggu lalu kerana menyokong BERSIH 2.0 telah dihantar ke wad psikiatrik malam tadi oleh polis.

flash mob read newspaper upside down 020510 chou z lamMenurut pembikin filem dokumentari bebas Chou Z Lam (kiri), yang melawat Hii malam tadi dan pagi ini di hospital, Hii dimasukkan ke wad psikiatrik Hospital Kuala Lumpur tanpa persetujuannya.

"Selepas dibebaskan oleh pihak polis malam tadi, dia berkeras supaya pihak polis menghantarnya ke hospital supaya kecederaannya dapat dirawat. Dia kata kecederaan disebabkan oleh polis dan mereka mesti bertanggungjawab menghantarnya ke hospital," kata Chou ketika dihubungi.

Namun tanpa persetujuan atau pengetahuan Hii, Chou berkata polis berurusan dengan pihak hospital bagi menempatkannya di wad psikiatrik.

"Doktor tolak tuntutan saya agar dia dibenarkan keluar dengan alasan saya bukan ahli keluarganya. Sekarang kita sedang cuba mendapatkan peguam bagai merunding situasi itu," katanya sambil menambah keluarga Hii menetap di Sibu, Sarawak.

NONEChou berkata Hii dalam keadaan tenang ketika beliau berjumpa dengannya.

"Dia mengadu pesakit lain meludah di kecederaannya dengan mendakwa ia boleh mnyembuhkan luka itu. Pihak hospital juga tidak merawat kecederannya dengan betul.

"Saya risau dengan keadaannya. Telefon bimbitnya juga telah diambil. Bagaimana jika dia dicederakan oleh pesakit lain? Siapa perlu bertanggungjawab?" soal Chow.

Kerajaan setuju SPR laksanakan sistem biometrik

Posted: 23 Jul 2011 04:04 AM PDT

BERNAMA


Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

najib tun razak may 2011Beliau berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di Kangar hari ini.

Perdana Menteri berkata BN komited kepada pilihan raya yang bersih serta adil dan tidak memerlukan 'BERSIH' untuk memastikan tindakan itu.

"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik (menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat," katanya.

bersih rally petaling street 090711Beliau berkata tidak perlulah untuk mengadakan demonstrasi atau perhimpunan kerana kerajaan akan sentiasa membaiki sistem pilihan raya di negara ini dari semasa ke semasa.

"Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya.

Memanipulasi

Beliau berkata selepas pilihan raya 2008, pembangkang tidak membangkitkan tentang pilihan raya tidak adil tetapi sejak dua tahun lepas apabila BN banyak menang pilihan raya kecil, tiba-tiba timbul cerita pilihan raya di negara ini tidak betul.

NONENajib berkata jika BN boleh memanipulasi keputusan pilihan raya, ia sudah lama dilakukan, oleh itu pembangkang apabila kalah jangan mengatakan pilihan raya tidak adil.

"Di Kelantan, dari 2004 hingga 2008, pada pertengahan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN), kerajaan negeri hanya berdiri atas majoriti satu DUN sahaja (DUN Kemuning) dan DUN itu hanya menang dua undi. Kalau boleh manipulasi, tak susah cari tiga undi.

"Bagaimanapun, kita dalam pembangkang tak ganggu-gugat kerajaan negeri dan tak buat demonstrasi. Kita hormati suara rakyat dan prinsip demokrasi. Jadi janganlah gembar-gemburkan kita boleh manipulasi keputusan pilihan raya. Kalau boleh manipulasi, kerajaan PAS Kelantan dah tumbang tetapi apa yang berlaku Kelantan 21 tahun PAS pegang," katanya.

azlanPada pilihan raya umum 2004, calon PAS Zakaria Yaacob memperoleh 6,078 undi untuk menewaskan calon BN Wan Mohamad Zin Mat Amin yang mendapat 6,076 undi bagi kerusi DUN Kemuning.

Perdana Menteri berkata Malaysia merupakan negara contoh kepada banyak negara lain dan kerana itu, rakyat tidak sepatutnya merasa terpesong dan gusar sekiranya ada pihak yang cuba membangkitkan pelbagai isu seolah-olah berlaku kepincangan dalam pentadbiran di negara ini.

Serang institusi

azlan"Mereka menyerang institusi kita seperti kehakiman, polis dan institusi lain. Hakikatnya kita tak mungkin dianggap negara contoh jika tidak ditadbir dengan tekun dan adil," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pemimpin Umno dan parti komponen BN negeri serta pemimpin kerajaan negeri.


K'jaan harus mohon maaf kata Majlis Peguam

Posted: 23 Jul 2011 03:58 AM PDT

MALAYSIA KINI


Majlis Peguam hari ini menolak penemuan Suruhanjaya Diraja yang mendapati pembantu politik DAP Teoh Beng Hock membunuh diri.

NONESehubungan dengan itu, presidennya Lim Chee Wee berkata kerajaan dan Suruhaanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) mesti memohon maaf kepada keluarga Teoh dan memberi pampasan sewajarnya atas kehilangan mereka itu.

"Majlis Peguam meminta kerajaan Malaysia dan SPRM untuk mempertimbangkan bagi memberi permohonan maaf bertulis kepada keluarga Teoh Beng Hock dan rakyat Malaysia, berhubung kematian itu," katanya.

Katanya, pihak berkuasa juga wajar menyiasat pegawai SPRM yang dinamakan dalam laporan itu sama ada terdapat kemungkinan mereka melanggar Seksyen 304 dan 304A Kanun Keseksaan, iaitu membunuh tanpa niat dan menyebabkan Teoh mati akibat kecuaian mereka.

"Adalah jelas bagi Majlis Peguam bahawa tanggungjawab sepenuhnya kematian Teoh Beng Hock terletak di pihak SPRM dan tindakan segera mesti diambil ke atas pegawainya yang perlu bertanggungjawab ke atas kelakuan mereka," kata Lim.

Dalam kenyataan medianya kepada Malaysiakini, Lim juga berkata penemuan suruhanjaya itu juga banyak tidak disokong oleh bukti ataupun keterangan saksi kes berkenaan.

Katanya, bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz semasa laporan itu diumumkan, pakar forensik psikiatrik Paul Edward Mullen tidak memberi keterangan kononnya Teoh mempunyai "perwatakan yang lemah" sehingga menyebabkannya membunuh diri.

PAS mahu SPR kota janji p'raya bersih

Posted: 23 Jul 2011 03:56 AM PDT

Hazayani Zakaria


PUTRAJAYA: PAS Selangor yakin masa depan pilihan raya di negara ini akan lebih cerah sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar menjalankan tugas mereka.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, pihaknya mahu SPR mengotakan janji mereka untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil dapat dilaksanakan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.

Ianya berdasarkan respons positif yang ditunjukkan pihak SPR sewaktu menerima kunjungan hormat dari Badan Perhubungan PAS Selangor petang tadi.

"Perjumpaan petang ini satu perjumpaan yang positif dan sambutan yang baik dan kita harap dapat lihat hasil yang positif dalam beberapa bulan ini.

"SPR beri jaminan untuk berusaha memastikan pilihan raya di Malaysia sebersih yang mungkin.

"Jika apa yang dibincang benar-benar dilaksana, masa depan pilihan raya jauh lebih cerah," kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Selangor selepas pertemuan tersebut.

Dalam pertemuan kira-kira dua jam itu, PAS Selangor mengemukakan fakta dan bukti mengenai daftar pemilih yang tidak bersih iaitu terdapat pertindihan yang telah berlaku dalam daftar pemilih.

Menurut Khalid, ianya dapat dikesan melaui pasukan teknologi maklumat PAS Selangor yang menemui pemilih yang mempunyai nombor kad pengenalan lama dan baru sekaligus.

"SPRS ucap terima kasih dan akan berusaha untuk kenal pasti dan buang nama yang bertindih dari daftar pemilih," katanya.

Menurutnya lagi, turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut mengenai lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

SPR mengakui bahawa empat daripada lapan tuntutan itu boleh dilakukan segera iaitu mengenai rasuah dalam pilihan raya, akses kepada media yang adil, undi pos dan pembersihan daftar pemilih.

"Kita pun telah sebut persepsi bahawa Bersih dengan SPR ini seolah-olah berlaga harus dihapuskan kerana sepatutnya kita melihatnya sebagai usaha ke arah yang sama iaitu untuk bersihkan proses pilihan raya di Malaysia," katanya lagi.

Khalid bagaimanapun berkata, respons positif daripada SPR itu tidak bermaksud PAS dan Pakatan Rakyat boleh berdiam diri sahaja.

"Tugas kita untuk pastikan bahawa SPR melaksanakan tugas mereka.

"Tak bererti mereka bersetuju dalam banyak perkara maka kita tak perlu ambil peranan.

"Peranan kita untuk memantau dan menentukan pilihan raya yang bersih dilaksanakan," katanya.

Turut bersama dalam pertemuan tersebut ialah Pesuruhjaya san Setiausaha PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Othman dan Mohd Khairuddin Othman.

Manakala SPR diwakili pengerusinya sendiri Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, timbalannya Wan Ahmad Wan Omar dan setiausaha Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.

Memo bantah cabul hak mahasiswa catat sejarah

Posted: 23 Jul 2011 03:52 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR- Penyerahan Memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa di Mesir kelmarin telah menjadi detik sejarah bagi memastikan hak mahasiswa tidak dicabul oleh mana-mana pihak.

Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (Desak), Nuruddin Zanki memaklumkan bahawa sejarah pencabulan hak mahasiswa telah banyak dilakukan oleh beberapa pihak terutamanya Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK), lapor laman web Media Mesir.

"Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan salah seorang Pegawai Atase bernama Encik Khairi Jalalluddin. Beliau telah banyak bertindak menyusahkan pelajar ketika berurusan dengan pihak mereka.

"Sebelum ini juga Encik Zulkifli bin Din yang merupakan pegawai JPMK turut telah menghina mahasiswa yang tidak mempunyai kewangan, dari negeri Kedah dan Kelantan," katanya lagi.

Selain itu terdapat juga usaha serius untuk menyekat zakat dan dermasiswa terhadap mahasiswa, antara yang terbabit ialah Negeri Perak, Terengganu dan lain-lain yang disekat zakat mereka.

Pada tahun lepas, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah melancarkan Borang Aduan Hak Mahasiswa.

Usaha tersebut bagi membuka ruang kepada mahasiswa untuk membuat aduan tentang pencabulan hak mahasiswa.

Seterusnya segala aduan tersebut telah dihantar secara bertulis kepada Encik Saiful, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) ketika itu.

"Saya mengingatkan bahawa mahasiswa bukanlah bahan mainan. Mahasiswa akan bangkit sekiranya hak mereka dicabul," kata Nuruddin mengakhiri perbualan.

2,000 sertai solat hajat

Pada 19 Julai lalu, Desak telah menganjurkan solat hajat dan penerangan isu semasa.

Program yang menghimpunkan lebih 2,000 orang mahasiswa tersebut telah didukungi oleh beberapa persatuan pelajar, iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Persatuan Perubatan dan ABIM Mesir.

Di dalam program tersebut, para mahasiswa telah didedahkan dengan beberapa kes pencabulan hak mahasiswa yang dilakukan oleh Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Antara kes pencabulan hak mahasiswa yang disenaraikan ialah 3 orang mahasiswa yang dihalau daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) tanpa sebarang notis, 40 senarai nama hitam dari negeri Perak yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0, beberapa orang yang menerima ugutan dari Negeri Terengganu dan seorang mahasiswa yang telah dibatalkan pengajiannya.

Selain itu beberapa aduan yang diterima, pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) banyak menyusahkan mahasiswa ketika berurusan dengan mereka.

Antaranya, pegawai JPMK akan merujuk album-album gambar Bersih 2.0 terlebih dahulu bagi menjalankan sesi soal siasatke atas mahasiswa dan mahasiswi yang ingin membuat urusan sebagai rakyat Malaysia.

Putrajaya usir peguam kes Scorpene, Pakatan pula bangkit kontrak pertahanan RM16 bilion

Posted: 23 Jul 2011 03:48 AM PDT


Nurul Izzah Anwar. — Foto oleh Choo Choy May
PETALING JAYA — Pakatan Rakyat 'disambar' dengan tindakan Putrajaya menghantar balik peguam Perancis William Bourdon yang mengendalikan kes berkaitan skandal pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion, tetapi pembangkang terus menyerang dengan isu baru.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu khalayak sekitar 500 orang di sini malam tadi bahawa tindakan menghantar pulang peguam itu menunjukkan pentadbiran Najib masih mahu menyembunyikan fakta mengenai urusan pembelian kapal selam.

"Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil hari ini (semalam)," kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menambah, tindakan Malaysia menghantar balik Bourdon dengan cara tidak hormat telah membantu memperkukukan usaha pihaknya dalam isu skandal pembelian kapal selam.

Peguam itu ditahan ketika tiba di Sepang dalam perjalanan dari Pulau Pinang pagi semalam.

Malah, Nurul Izzah berkata, tindakan ke atas Bourdon dan kekerasan Barisan Nasional ke atas perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya bebas dan adil menimbulkan persoalan mengenai pembaharuan politik dan ekonomi yang dijanjikan oleh Najib.

Pada majlis yang sama, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menghabiskan kira-kira 20 minit untuk menggambarkan mengenai urusan pembelian kelengkapan pertahanan sepanjang tiga tahun lalu, berjumlah RM16 bilion — jauh lebih besar berbanding perbelanjaan negara-negara lain.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini memberitahu, ia termasuklah RM2.3 bilion untuk membeli 12 unit helikopter Eurocopter EC725, RM6 bilion untuk memiliki kapal rondaan luar pesisir pantai (OPV) dan RM7.8 bilion untuk mendapatkan 257 kereta perisai.


Tony Pua. — Foto oleh Choo Choy May
Kata beliau, persoalan mengenai aspek itu sama ada di media atau Parlimen kekal dengan jawapan ia sebagai "satu rahsia" besar.

Menurut Pua, Brazil membeli Eurocopter hanya pada harga RM82 juta seunit berbanding Malaysia membelanjakan RM190 juta bagi setiap unit manakala New Zealand hanya membayar RM240 juta setiap unit OPV berbanding RM1 bilion oleh Malaysia.

Pua juga berkata sebanyak 257 kereta perisai dibekalkan oleh konglomerat tempatan DRB-HICOM yang hanya membeli daripada sebuah firma Turki hanya pada harga RM1.9 bilion, kira-kira satu perempat yang perlu diperuntukkan oleh pembayar cukai Malaysia.

Pembelian dua kapal selam dari syarikat Perancis DCNS pada 2002 dibuat ketika Najib menerajui Kementerian Pertahanan dan sebuah syarikat milik Abdul Razak Baginda, yang rapat dengan beliau, dilaporkan menerima komisen lebih RM500 juta atas urusan tersebut.

Parti-parti politik pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia juga mengaitkan kematian wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pada 2006 dengan isu tersebut.

Kelmarin, Bourdon berucap di Pulau Pinang pada majlis anjuran Suaram untuk mengumpul dana bagi kes mereka berkaitan skandal kapal selam Scorpene dan sepatutnya berucap di sini malam tadi.

Pada Disember 2009, Suaram memfailkan aduan di mahkamah Perancis meminta kebenaran akses ke atas maklumat berkaitan dengan kontrak yang ditandatangani oleh syarikat Abdul Razak, Perimekar Sdn Bhd dan maklumat-maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima permintaan itu untuk menyoal siasat dakwaan membayar sogokan RM500 juta oleh DCNS kepada Perimekar.

Keluarga Sarbaini mahu suruhanjaya diraja, siasatan baru

Posted: 23 Jul 2011 03:46 AM PDT



Maziah Manap menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Kelana Jaya pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May
KELANA JAYA — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menuntut agar Putrajaya mengadakan suruhanjaya diraja siasatan ekoran rasa tidak puas hati berhubung kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Maziah Manap, 50, bercakap kepada pemberita di pekarangan balai polis Kelana Jaya di sini selepas membuat laporan polis meminta agar pihak berkuasa menyiasat ke atas laporan yang telah dibuat sebelum ini.

"Sehingga kini polis tidak mengambil keterangan daripada saya berkenaan dengan kenyataan Encik Ghani. Ia bukan daripada saya," kata beliau merujuk kepada laporan yang dibuat Mei lalu.

Pegawai penyiasat SPRM Abdul Ghani Ali, saksi ke-18, telah mempertahankan kenyataannya dan memberitahu mahkamah koroner baru-baru ini bahawa Sarbaini telah pergi berjumpa dengan pegawai-pegawainya, bukannya beliau, pada hari dia ditemui mati.

MENYUSUL LAGI

Najib: SPR diberi dana guna biometric

Posted: 23 Jul 2011 03:44 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KANGAR — Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.

Ia dijangka akan digunakan mulai pilihan raya umum ke-13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya dipetik Bernama Online.

Najib berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di sini hari ini.

Isteri Sarbaini buat laporan polis mahu dakwaan Raja Petra disiasat

Posted: 23 Jul 2011 03:44 AM PDT


KUALA LUMPUR — Balu Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed akan membuat satu laporan polis hari ini berhubung pendedahan terbaru dibuat oleh editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengenai kematian penolong penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Maziah Manap, 50, berkata laporan itu akan dibuat pagi ini.

"Ya ... ya ... saya akan buat satu laporan polis esok (hari ini). Saya yang akan buat, turut akan temankan saya ialah peguam Ghazali Mohd Ramli dan ahli keluarga lain," katanya.

Jelas Maziah, walaupun tidak pasti sama ada pendedahan itu betul atau tidak namun dia menegaskan "ia ada asas."

"Pendedahan yang dibuat Raja Petra ini harus disiasat, polis kena siasat sebab ia ada asas," katanya.

Ditanya lanjut mengenai laporan polis yang akan dibuat itu, Maziah berkata, "kita tunggu esok."

Dalam lapan entrinya, Raja Petra antara lain berkata, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini (gambar) ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM itu.

"Di sana, Sarbaini telah 'didera' secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri).

"Mohd Fauzi juga mengatakan 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain', terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.

"Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia," dakwa beliau.

Dakwaan ini dikatakan dalam tulisannya ketika inkues masih berjalan. Inkues yang sedang berehat dua minggu akan disambung awal bulan depan.

Selain itu, peguam keluarga Awtar Singh berkata pendedahan yang dibuat Raja Petra itu ada asasnya kerana mustahil untuk Sarbaini membunuh diri seperti mana yang didakwa.

Beliau juga akan meminta mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian di kompleks SPRM Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun peguam SPRM Datuk Seri Shafee Abdullah menyifatkan Raja Petra sebagai seorang yang "bercakap merapu" sambil menegaskan dakwaan-dakwaan mengenai kematian Sarbaini tidak benar.

Kami jamin boleh bekal buku teks, DBP jawab ‘perang dingin’ Dawama

Posted: 23 Jul 2011 03:43 AM PDT


KUALA LUMPUR — Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memberi jaminan pihaknya boleh membekalkan buku teks sekolah rendah dan menengah, nilainya mencecah jutaan ringgit, sebelum sesi persekolahan 2012 bermula meskipun terus dilanda 'perang dingin' dengan syarikat pencetak dan pengedar Dawama Sdn Bhd.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata, pihaknya ada cara untuk menangani isu tersebut walaupun berhadapan dengan dilema untuk membekalkan buku teks bagi sesi persekolahan tahun depan tepat pada masanya.

"Saya boleh beri jaminan buku akan sampai di sekolah sebelum sesi sekolah dibuka ... itu saya boleh beri jaminan. Bagaimana kami akan lakukan, kami ada caranya ... kami ada cara," kata beliau ringkas mengenai perkembangan isu membabitkan DBP dan Dawama.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

"Saya tahu mahu jawab, biar keadaan reda dulu," kata beliau.

The Malaysia Insider difahamkan DBP telah menghantar notis perundangan kepada Dawama mengenai isu ini pada Mei lalu. Pengurusan Dawama pula dikatakan telah menjawabnya awal bulan ini.

Buku teks membabitkan kegunaan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia dilihat paling kritikal selain mencetak dan memasarkan 10 majalah bulanan DBP.

The Malaysian Insider membawa laporan akhir bulan lalu, antara lain menyebut bahawa DBP dan Dawama kini berhadapan dengan 'perang dingin' — dipercayai meruncing akhir Jun, di sebalik isu kemerosotan penjualan dan cetakan buku dan majalah terbitan agensi itu sejak beberapa tahun lepas.

The Malaysian Insider difahamkan pengurusan kedua-dua entiti itu kini memasuki satu persekitaran yang sangat parah dengan dikatakan tidak dapat bersemuka dalam menyelesaikan isu mereka, sekali gus meletakkan DBP dalam keadaan serba salah.

DBP merupakan agensi yang terletak di bawah pengawasan Kementerian Pelajaran.

Ekoran 'perang dingin' itu, satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, pengurusan DBP pula berhadapan dengan dilema, kemungkinan tidak dapat menyediakan bekalan buku teks sesi persekolahan 2012-2013 menjelang Ogos ini.

Selain itu, ekoran masalah ini DBP juga buat julung kali tidak dapat mengeluarkan 10 majalah bulanan mereka bulan ini.

Menurut sumber, pada kebiasaanya buku-buku teks akan diedarkan kepada sekolah di seluruh negara antara empat hingga lima bulan sebelum sesi baru bermula, bermakna mulai bulan depan.

The Malaysian Insider difahamkan DBP sedang mengambil langkah untuk menerbitkan buku-buku teks menggunakan pihak ketiga.

Sumber itu juga berkata, hubungan tidak mesra itu wujud selepas DBP memutuskan untuk melantik pihak ketiga bagi mencetak buku-buku teks agar ia dapat dibekalkan kepada sekolah menjelang Ogos.

Malah difahamkan 'perang dingin' DBP dan Dawama meruncing sehingga ke tahap menutup 'pintu' kepada pengurusan agensi itu ekoran selepas kata dua Termuzi baru-baru ini — yang memberi satu tempoh kepada Dawama agar melakukan penambahbaikan dalam mengatasi masalah kemerosotan penjualan dan cetakan buku dan majalah terbitan sejak beberapa tahun lepas.

Termuzi bagaimanapun tidak menyatakan tempoh yang diberikan kepada Dawama untuk memperbaiki prestasinya.

Dawama diberi tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan DBP menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September 2002 dan sejak itu berlaku kemerosotan yang agak ketara daripada segi cetakan dan jualan.

Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun dan akan tamat pada 2014.

Awal Mei lalu, Gerakan Darurat Bahasa menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri dengan segera bertindak mengatasi masalah yang membelenggu DBP termasuk dakwaan bahawa ia mengalami kerugian berterusan dan sudah tidak lagi berintegriti.

Gerakan itu mengemukakan memorandum menyentuh isu penswastaan lima bahagian penting dalam DBP, pelantikan jawatan ketua pengarah, rasional penstrukturan semula Jabatan Sastera dan Bahagian Agama Falsafah dan Tamadun Islam dan pelantikan ahli Lembaga Pengelola yang perlu memenuhi kriteria kepakaran dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.

Gerakan Darurat Bahasa yang merupakan gabungan 60 badan bukan kerajaan menggesa kerajaan agar mengkaji semula kedudukan DBP sesuai dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Laporan media sebelum ini menyebut, sejak 2002 DBP telah kerugian antara RM20 juta hingga RM40 juta setiap tahun.

Termuzi sebelum ini berkata, sebelum penswastaan, secara purata DBP menerbitkan sebanyak 300 judul buku baru setahun dan purata terbitan buku cetak ulang adalah sebanyak 290 judul setahun berbanding selepas penswastaan apabila hanya 250 judul diterbitkan setahun manakala bagi buku cetak ulang sebanyak 95 judul sahaja yang diterbitkan.

Katanya, sebelum penswastaan itu juga hasil jualan bahan terbitan DBP pernah mencapai sehingga RM35 juta, malahan majalah Dewan Masyarakat misalnya, pernah mencecah jualan sehingga 150,000 naskhah.

Dawama ditubuhkan pada Oktober 1999 untuk mengambil alih aktiviti-aktiviti DBP yang diswastakan iaitu kerja pracetak, reka bentuk, percetakan, pengedaran dan pemasaran penerbitan DBP dan telah memulakan operasinya sepenuhnya pada 1 September 2002.

Bersih 2.0: Polis sedia jumpa Mat Sabu di mahkamah

Posted: 23 Jul 2011 03:35 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Polis tidak menghalang hasrat Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dilapor mahu menyaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa perhimpunan Berih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis tidak boleh menghalang mana-mana pihak atau individu yang mahu menyaman PDRM termasuk oleh anggota dan pegawai polis sendiri.

"Itu hak individu, kita (PDRM) tak menghalang (saman). Kita agensi yang profesional," kata beliau.

"Kita dah jalankan tugas kita dengan memberi penjelasan dan gambaran apa yang berlaku itu semalam (tayangan video) ... terpulang kepada mana-mana pihak untuk buat penilaian," katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Ismail menghadiri majlis Penganugerahan Balai League Table (BLT) Siri 1/2011 di sini bagi balai polis terbaik seluruh negara.

Laporan media semalam menyebut Mohamad (gambar) telah mengarahkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin agar menghantar surat saman kepada PDRM kononnya beliau berbohong berhubung isu kemalangan motosikal dinaikinya ketika perhimpunan 9 Julai.

Hanipa berkata, Timbalan Presiden PAS telah menghubunginya pagi semalam dan mengarahkan beliau menghantar notis kepada pihak berkenaan ekoran dakwaan polis kelmarin.

Kelmarin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dalam sidang medianya berkata, tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero," katanya.

Video berkenaan menunjuk sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

"Saya harap akan dapat menghantar notis kepada Bukit Aman minggu depan meminta mereka menarik balik dakwaan Mohamad Sabu menipu," kata Hanipa.

Hanipa yang juga timbalan pengerusi Lajnah Undang-undang PAS memberitahu, Mohamad menegaskan bahawa jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnahnya.

Sebelum ini Mohamad mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera.

Kes Teoh: SPRM tubuh pasukan khas siasat tohmahan atas tiga pegawai

Posted: 23 Jul 2011 03:29 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas siasatan berhubung tohmahan ke atas tiga pegawainya termasuk seorang bertaraf pengarah ekoran hasil laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian bekas setiausaha politik DAP, Teoh Beng Hock dua tahun lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, SPRM juga berkata, sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, tiga pegawai yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya diraja itu akan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.

Malah kata SPRM, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan.

"(SPRM) akan menubuhkan satu pasukan khas siasatan berhubung tohmahan ke atas ketiga-tiga pegawai tersebut. Pasukan ini diketuai oleh Datuk Zakaria Jaffar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) yang akan menjalankan siasatan susulan dalaman yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif," kata kenyataan itu.

Suruhanjaya diraja siasatan berkata Teoh 'terganggu' ekoran sikap tiga pegawai SPRM yang dilabel sebagai "Arman yang membuli, Ashraf salah guna (kuasa) dan HH pemimpin yang angkuh."

Malah, ia juga memutuskan bahawa pegawai-pegawai SPRM di Selangor sebagai terbuka kepada pembohongan.

Ketiga-tiga mereka yang dinamakan ialah bekas pengarah SPRM Selangor Hishammuddin Hashim, dua pegawainya Arman Alies dan Mohd Ashraf Mohd Yunus.

Hishammuddin kini bertugas sebagai pengarah SPRM Negeri Sembilan.

Ketiga-tiga mereka dinamakan sebagai pegawai soal siasat kes Teoh dalam laporan suruhanjaya itu, sebagai pihak yang 'menundukkan' Teoh ketika sesi soal siasat empat peringkat, yang bermula 15 Julai sehingga keesokan pagi.

Dalam kenyataannya SPRM memberi jaminan hasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang terdiri daripada empat orang individu bebas, yang dipengerusikan oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan.

Malah jelas SPRM, merujuk kepada kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazi Aziz yang meminta pihak polis menjalankan siasatan mengenai salah laku tiga pegawai terbabit, pihaknya akan menyerahkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa itu dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.

"SPRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang," kata SPRM lagi.

Kenyataan ini dikeluarkan tiga hari selepas pengumuman kandungan laporan suruhanjaya diraja kepada umum oleh Nazri.

SPRM menambah, ia menerima dan memandang serius terhadap cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam laporan suruhanjaya siasatan yang telah dikeluarkan Khamis lalu.

Katanya, beberapa cadangan dalam suruhanjaya tersebut telah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar, mewujudkan 'video interview room', semua pelanggan dilayan di aras bawah bagi bangunan milik SPRM dan pelanggan sentiasa diiringi semasa berada dalam premis SPRM.

"Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya," katanya lagi.

Suruhanjaya diraja yang memutuskan Teoh membunuh diri mendapati bekas setiausaha politik itu mengalami perubahan pada mindanya berikutan keraguan, konflik dan emosi keterlaluan yang disumbangkan oleh beberapa faktor.

Dalam kenyataannya kelmarin, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Nazri berkata hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.

Firma Media ‘Diam-Diam’ Protes Putrajaya

Posted: 23 Jul 2011 03:22 AM PDT

DETIK DAILY


Beberapa ketua organisasi media dijangka membantah cadangan Putrajaya yang mahu membentuk Majlis Perundingan Media (MCC) dengan tidak mempedulikan satu pertemuan bagi membincangkan terma rujukannya minggu depan.

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menghantar surat kepada pelbagai organisasi, menjemput mereka hadir mesyuarat pertama di bangunan Sultan Abdul Samad di sini, Isnin ini.

Bagaimanapun satu sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa daripada mereka sendiri menghadiri pertemuan itu, beberapa ketua media telah bersetuju untuk memperlihatkan protes dengan menghantar editor-editor junior sebagai wakil.

Difahamkan ketua-ketua berkenaan termasuk dari organisasi media yang dikawal oleh Barisan Nasional, bimbang majlis seumpama itu hanya akan mengenakan lebih banyak halangan ke atas kebebasan akhbar di Malaysia.

Menurut surat kementerian itu, MCC yang disyorkan akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Anggotanya termasuklah wakil dari kerajaan, media cetak, elektronik dan media baru serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Antara yang dijemput agensi berita Bernama, Kumpulan Utusan, Astro TV, stesen Media Prima seperti TV3, NTV7, TV8, TV9, Hot FM, Fly FM dan One FM, AMP Radio Network, AlHijrah Media Corporation, Suara Johor, Star RFM, Husa Network, kesemua akhbar di bawah Kumpulan NSTP, Kumpulan Media Karangkraf, Star Publications (M) Berhad, The Sun, The Edge, Malay Mail, Makkal Osai, Tamil Nesan, Sin Chew Daily, Malaysia Nanban, Kwong Wah Yit Poh Press Berhad, China Press, Nanyang Siang Pau, Sarawak Press Sdn Bhd, See Hua Daily dan United Daily News.

Kesemua akhbar perlu mendapatkan permit penerbitan tahunan manakala stesen siaran elektronik dikawal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Blog House Malaysia telah dipilih sebagai wakil tunggal media baru manakala pertubuhan bukan kerajaan terdiri daripada Institur Akhbar Malaysia, Kesatuan Wartawan Malaysia dan Persatuan Penerbit Majalah.

Portal berita atas talian seperti The Malaysian Insider, Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malaysia Today atau Merdeka Review sendiri tidak dijemput meskipun mereka mempunyai kad tauliah media dikeluarkan Jabatan Penerangan.

Surat jemputan kementerian itu juga disertakan dengan kertas cadangan penubuhan MCC, yang memperincikan terma rujukan untuk dibincangkan pada pertemuan Isnin ini termasuk peranan, objektif, fungsi, keanggotaan dan aktivitinya.

Kertas cadangan itu menggariskan lima fungsi MCC, antara lain memperbaiki pengurusan dan perkongksian maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan, program dan aktiviti

Polis tayang 'detik terpilih', bukan menyeluruh

Posted: 23 Jul 2011 03:20 AM PDT

DETIK DAILY


KUALA LUMPUR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menayangkan keseluruhan video perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, bukan menayangkan 'detik-detik terpilih'.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, video yang ditayangkan pihak polis semalam tidak menggambarkan secara keseluruhan situasi pada hari tersebut.

"Tayangan video itu tidak memberi apa-apa makna kerana yang ditayangkan hanya saat-saat dan detik-detik pilihan yang tidak menceritakan keseluruhannya.

"Sepatutnya polis kalau dah ada video tunjuk semua, jangan hanya detik-detik tertentu.Kita minta polis tunjuk semua, jangan hanya detik-detik pilihan yang nak tunjukkan mereka baik sahaja," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sesi tayangan dan taklimat selama satu jam 30 minit yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini petang semalam yang dikatakan bagi menjawab segala dakwaan terhadap salah laku polis.

Video klip itu bagaimanapun hanya menunjukkan 'layanan baik' polis terhadap peserta himpunan termasuk menjawab dakwaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa beliau dilanggar pajero polis.

"Saya nampak ianya tidak menujukkan apa-apa konklusi. Video itu tidak menunjukkan saat Mat Sabu jatuh, tak tunjuk sama ada dia jatuh, pajero undur dan langgar dia dan dia jatuh ataupun ada dua buah kereta waja yang langgar dia dan dia jatuh.

"Saya ingat dari segi apa yang ditunjukkan dalam video itu menujukkan bahawa tak ada bukti untuk menunjukkan bahawa Mat Sabu menipu malahan nampak macam polis nak menipu," katanya yang turut cedera di kepala akibat terkena kanister gas pemedih mata dan menerima enam jahitan.

Tambahnya, tindakan polis memilih video sebelum ditayangkan sehingga mengambil masa selama dua minggu amat menimbulkan keraguan.

"Kenapa saat-saat tertentu sahaja yang polis tunujuk? Masa polis tembak gas masa perhimpunan kenapa tak tunjuk?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Dalam taklimat semalam, polis tutut mendakwa peserta perhimpunan yang banyak melakukan provokasi supaya polis menangkap mereka.

Polis bagaimanapun mengakui kemungkinan melepaskan meriam air ke lorong-lorong di belakang hospital Tung Shin manakala asap gas pemedih mata yang ditembak meresapi perkarangan hospital itu.

Suhakam perlu siasat ‘keganasan’ 9 Julai!

Posted: 23 Jul 2011 03:18 AM PDT

DETIK DAILY


KUALA LUMPUR: Beberapa peserta perhimpunan Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat dakwaan keganasan polis yang dialami mereka semasa perhimpunan 9 Julai lalu. Diketuai ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, kira-kira 30 peserta menyerahkan memorandum kepada Timbalan Pengerusi Suhakam, Dato' Dr Khaw Lake Tee di ibu pejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur 14 Julai lalu.

Turut membuat pengaduan kepada Suhakam ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan anak saudara kepada Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia ketika himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu. Anak saudara Allahyarham Baharuddin Ahmad, Azhar Kassim, semasa bercakap kepada Suhakam bertegas menuntut keadilan di atas kematian bapa saudaranya.

Ketika membuat pengaduannya, Azhar berkata, kematian Allahyarham Baharuddin amat mengejutkan beliau dan seluruh keluarganya kerana Allahyarham tidak mengalami masalah kronik.

"Dia (Baharuddin) sihat. Dia tak menghidapi masalah jantung. Dia tak ada penyakit lelah. Dia hanya ada sedikit penyakit darah tinggi tetapi tak kronik. Kematiannya berlaku dengan tiba-tiba. Jadi kematiannya amat memeranjatkan saya dan seluruh keluarganya.

"Allahyarham adalah bekas tentera dan kini menjadi polis simpanan. Beliau bukan orang kaya. Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masih kecil dan masih bersekolah," katanya. Sehubungan itu, beliau memohon kepada pihak Suhakam untuk menuntut keadilan dari pihak kerajaan berhubung kematian bapa saudaranya itu.

Selain Azhar, salah seorang daripada mereka mendakwa seorang anggota polis memberi ancaman ketika menangkapnya.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika beliau sedang berjalan kaki di hadapan Dataran Pahlawan dengan sepupunya pada jam 4.10 petang selepas perhimpunan itu bersurai.

Beliau kemudiannya ternampak sekumpulan FRU hendak menyerbu ke arah seorang lelaki muda yang tidak melakukan apa-apa, sedang berdiri di atas jalan.

Berikutan itu, beliau meminta mereka jangan memukul lelaki itu kerana dia tidak berbuat apa-apa pun. Sebaliknya, kata beliau, anggota FRU menyerbu ke arahnya. Manakala sepupunya yang meminta polis jangan memukulnya, turut ditangkap.

Beliau mendakwa polis menendang dan menumbuknya semasa ditangkap, dan mencederakan dahinya dan tangan.

Pengadu lain termasuk aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditahan sehari sebelum perhimpunan tersebut, dan anak saudara Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia selepas

Bersih & Nakba orang Melayu

Posted: 23 Jul 2011 03:13 AM PDT

Oleh Hishamuddin Rais


Maka pada pagi yang mulia ini hamba pun pergilah mengambil bulu ayam dan dakwat untuk mencatatkan surah ini agar anak cucu-cicit kita nanti tidak akan tertanya-tanya; agar cucu-cicit dan piut kita tahu apa yang telah berlaku pada hari Sabtu 9 Julai 2011 di kurun masehi ke-21 ini.

Biarlah hamba menjadi tok perawi yang sahih, membawa kisah dari mulut ke mulut agar menjadi ajaran dan pedoman kepada cucu-cicit kita yang akan datang. Yang busuk kita tanamkan hendaknya dan yang bersih kita kisahkanlah hendaknya. Amin.

Wahai anak cucu-cicit sekalian, kisahnya bermula dari sini:

Di negeri Arab Palestin berlaku Nakba pada 15 Mei 1948 apabila kaum Zionis dari Eropah datang dan menghalau Arab Palestin dari tanah air mereka. Meleleh air mata orang Palestin melihat tanah-tanah mereka dirampas dan diduduki oleh kaum Zionis.

Kesedihan orang Palestin itu kita rasakan sama kerana kita pula di Tanah Melayu ini telah juga mendapat Nakba atau malapetaka pada 31 Ogos 1957 apabila penjajah British meninggalkan tanah air kita ini kepada gerombolan United Malays National Organisation dan suku-sakatnya.

Inilah malapetaka kita. Inilah Nakba orang Melayu. Inilah malapetaka dan Nakba yang telah menimpa anak semua bangsa di Malaysia ini.

Semenjak malapetaka ini sampai, hampir setengah kurun yang lampau, orang Melayu telah dibodoh-bodohkan. Orang Melayu telah digula-gulakan. Orang Melayu telah ditakut-takutkan. Ya ampun, inilah malapetaka. Inilah Nakba.

Adalah hendak dijadikan cerita, hamba hanyalah tok perawi yang membawa kisah dari mulut tuan yang empunya ceritera. Dapatlah hamba diberitahu bahawa telah ramailah rakyat seluruh negeri ingin berhimpun kepalang peri.

Telah terdengar kisah yang amat ngeri tentang orang ditipu ketika mengundi. Diketahui umum seluruh negeri duit dipakai untuk membeli undi. Maka marahlah rakyat seluruh negeri kerana selama ini mereka ditipu dalam pilihan raya setiap kali.

Maka nujum dan pawang pun dipanggil datang untuk menetapkan tarikh dan ketika. Memilih saat memilih masa ketika bulan tidak mengambang.

Ketika matahari condong ke batang. Ketika panas mula menghilang. Hari-hari terus dihitung dan dibilang. Hari yang baik dan bulan yang baik diikat dengan saat dan ketika.

Saat itulah saat gembira. Saat yang hendaknya rakyat seluruh negara akan turun beramai-ramai ke jalan raya agar kita semua dapat bercempera. Hari yang bersih disalut oleh hati yang bersih.

Bila berita pecah terbuka. Maka menyingalah Najib mukanya marah mukanya berpuaka. Najib pun lantanglah menjerit bersuara. Ke hulu ke hilir membawa berita.

Najib mengarahkan adinda sepupu agar tangkas bersiap sedia kerana rakyat telah berani bangun bergegak gempita.

Maka dirancangkah satu rancangan. Maka disusunlah satu susunan. Maka dikumpulkanlah soldadu upahan. Lalu dipanggil para pemikir. Maka gerombolan pun bekerja dan berpakat seperti biasalah. Menggunakan cara lama yang telah biasa.

Pemikir dan soldadu mendapat upah, mendapat imbuhan. Sepakatlah mereka bersatu pendapat. Rakyat yang telah mula berani bangun wajib ditakut-takutkan. Rakyat yang mula sedar ini perlu dibodoh-bodohkan.

Mengikut orang dalam yang empunya berita semua saluran media telah diberitahu tentang akan munculnya satu berita yang paling baru. Mengikut tuan yang empunya ceritera dikatakan pada suatu malam yang gelap gelita ada seorang mamat masuk ke pusat kota. Datang membawa bom dan segala bentuk senjata.

Adalah mengikut surah ini si mamat ini bangang lagilah bodoh bukan kepalang. Datang membawa senjata memakai topeng, mukanya pula disapu arang. Memakai baju dan seluar yang compang lagi camping hinggakan nampak perut terbarai dan buntut tersadai.

Si mamat ini disurahkan hendak menyimpan semua senjata ini ditempat yang sulit. Bukan di celah kangkang atau di dalam parit tetapi ditepi busut, di sebalah kedai Kentucky tak jauh dari tempat mat pet berjual beli.

Seantero negara seluruh negeri diberitahu bahaya datang kepalang peri. Senjata menunggu masa dan ketika untuk meletup sendiri. Parang dan bom ini menunggu isyarat untuk terbang melayang-layang memenggal leher ibu dan abang.

Tidak cukup dengan kisah bom dan parang di tepi Sogo, datang pula kesah seorang mamat sudah tertangkap. Bukan di rumah dan bukan di kebun.

Bukan di Kerinchi, bukan di Pandan tetapi di Keramat yang jauh tidak jauh dari jalan. Tempat terletak di sebelah kuil Cina. Mengikut kisahnya, si mamat ini sedang berusaha menanam parang, bom dan senjata.

Wahai adik abang dan kakak, biar hamba kisahkan lagi. Inilah cara, inilah gaya, inilah teknik, inilah strategi untuk menakut-nakutkan rakyat seluruh negeri agar jangan berani turun ke jalan raya.

Adalah bom, adalah parang dipasang sendiri oleh soldadu upahan. Adalah jelas adalah nyata tidak ada sesiapa turun ke jalan raya bersih membawa senjata.

Inilah tipu, inilah helah. Inilah rupa kerja manusia yang di waktu siangnya dia menipu, di waktu malamnya dia menjarah. Biarlah di sini hamba memanjangkan surah. Wahai abang- abang dan kakak-kakak, sila lihat, sila perhatikan gambar parang dan gambar molotov.

Aduhai bodohlah SB yang makan upah. Aduhai SB yang membeli parang. Ushalah sikit. Jangan beli parang dari kedai yang sama. Nampak sangat malas bekerja. Serumpun macam baru dibeli borong dari Kedai Aked Mara di Kuala Kangsar.

Tidak cukup dengan ini, tipu helah gerombolan terbongkarlah sudah. Hendak menipu pun kita wajib pandai di sekolah. Tanyalah lebai Google dari rumah orang sebelah. Nak tahu tentang molotov *****tail, carilah surah.

Bangang terserlah mengarahkan SB membuat molotov memakai botol plastik yang salah. Kenapalah bangang wahai menteri Hishamudin. Molotov *****tail perlu botol kaca. Botol plastik tempat menyimpan kencing sehingga haring.

Aduhai segala hamba Allah, berita yang dirancang oleh gerombolan semua menjadi berita salah. Kenapalah tidak difikir dan tidak ikut usrah. Kenapa penutup botol plastik semuanya warna merah jambu macam kain tudung sang puteri.

Apakah otak, apakah yang salah. Adalah SB bangang atau tak cukup kena tarbiah. Hamba yang menjadi tok perawi kini jadi serba salah. Nak menangis pun ada, nak tersenyum pun salah.

Tidak cukup dengan ini, seantero negeri pun mula diberitahu tentang Jepun akan datang menyerang. Macam Belanda sampai di Melaka. Kereta perisai dibawa keluar. Helikopter berlegar liar. Jalan di kawal siang dan malam. Bas di tahan kereta diperiksa.

Kad pengenalan wajib ada. Beg di buka kereta digeledah macam anjing mencari dadah. Inilah sahaja satu kaedah untuk menakut-nakut rakyat yang sudah bijak bermadah.

Maka akan tercatitlah dalam sejarah tentang tentera yang akan dibawa keluar. Telah didengar khabar berita bagaimana ada jeneral, ada yang mula berkata, tugas tentera bukan untuk gerombolan. Bukan untuk membunuh rakyat, orang kampung, sanak saudara, sahabat dan taulan.

Mengikut tuan yang empunya ceritera, apabila Najib diberitahu duduk perkara. Dia pun gelabah tak tentu hala. Kejap nak jumpa Bersih, kejap berjanji memberi Stadium Negara. Najib berdolak. Najib berdalik. Perangai tak ubah semacam kera yang tercabut ekor di Tasek Bera.

Hambo sebagai tok perawi tidak mahu berlagak sombong. Hamba hanya berniat nak menyambung cerita. Ibu bapa, adik dan kakak jangan senyum, tapi ketawalah terbahak-bahak. Hamba nak royak kisah kumpulan Perkasa yang bukan main ribut melahak-lahak.

Bingar bising macam halilintar membelah busut. Beribu anggota akan dijemput. Untuk membuat onar dan bikin kelam kabut. Rakyat terdengar rakyat lalu rakyat pun menyahut.

Semua mula berkata: "Kami tak takut."

Auta Perkasa sudah terserlah. Maka geng silat pula masuk mencelah. Ini lagi lawak hinggakan kita ketawa mata terbeliak. Jangan menuduh hamba ini tok perawai yang berat sebelah. Tapi inilah hakikat cerita yang telah menjadi sejarah kita.

Perkasa lesap hilang entah ke mana muntah kedarah. Geng silat ramai yang datang tetapi sudah tersalah. Perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur tetapi geng silat semua berkumpul di Kuala Pilah. Mereka berzikir, berkelintau memukau, akhirnya ghaib hilang ke negeri entah berentah.

Maka tinggal Pemuda Patriot Berbaju Merah. Hamba diberitahu mereka semua datang kerana makan upah. Apabila tak ramai yang datang berkumpul maka menantu ayah menjadi gelabah. Lalu Mat Bangladesh diberi upah pakai baju merah.

Tak cukup dengan Mat Bangladesh, si Patriot menghina diri lagi. Demonstrasi belum lagi selesai, mereka semua sudah masuk ke dalam kedai Kentuki.

Kepada cucu-cicit yang akan datang zaman berzaman, marilah kita belajar dari alkisah ini. Hendaknya kisah ini akan turun temurunlah. Hendaknya disurahkanlah dari mulut ke mulut, dari laman ke laman, dari blog ke blog, dari Twitter ke Twitter.

Di akhirnya, ini hamba sebagai tok pewaris ingin mengundur diri. Hamba di sini merakam sejarah untuk anak segala bangsa. Nakba dan malapetka tidak akan kita tangisi. Rakyat sudah berani bangun untuk melawan.

Dengarlah wahai yang zalim dan wahai yang jahat; kita saentero negara tidak akan lagi takut. Datanglah taufan, datanglah Perkasa, datanglah silat, datanglah Patriot.

Semua ini hanya kentut-kentut hangat. Setelah malapetaka busuk ini, pergi Bersih akan menyusun lagi. Kalau lapan tuntutan tidak apa-apa, Bersih akan turun ke jalan sekali lagi.

Bourdan: Negara dimalukan lagi selepas Bersih 2.0

Posted: 23 Jul 2011 03:09 AM PDT

DETIK DAILY


TASEK GELUGOR, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin penangkapan Peguam Hak Asasi Manusia Perancis, William Bourdon pasti akan meningkatkan lagi kemarahhttp://www.enjoyfrance.com/images/stories/france/news/William-Bourdon.jpgan rakyat selepas negara melakukan kezaliman terhadap perhimpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 baru-baru ini.

Menurutnya, dalam keadaan rakyat ingin tahu perkara sebenar hasil pendedahannya di Malaysia, tiba-tiba sekumpulan pegawai Imigresen menangkapnya setelah pesawat yang dinaikinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, tangkapan itu amat memalukan negara sekali lagi setelah dimalukan dengan perhimpunan aman Bersih 2.0.

Tambahnya, tindakan tersebut sekaligus menjejaskan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disebut-sebut terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene.

"Jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) berani kerana benar kenapa mereka tidak biarkan sahaja William Bourdon menjalankan tugasnya mendedahkan siapa di sebalik pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam sekembali ke Malaysia," katanya.

Baginya, isu penangkapan Willian Bourdon di Malaysia pastinya mendapat kritikan berbagai pihak sama ada secara terus atau di alam maya kerana beliau bukan calang-calang peguam. -HD

Bourdon: Najib burukkan lagi nama Malaysia



KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangkap peguam Perancis, William Bourdon (gambar) akan terus mencemarkan nama negara bahkan akan memburukkan lagi nama baik negara di mata dunia.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sepatutnya selepas pulang dari luar negara dan bertemu dengan Pope, Queen Elyzabeth dan Perdana Menteri Britain, Najib mempunyai pandangan lebih luas tetapi ternyata tidak.

"Balik sahaja dari luar negara, Najib terus membuat perangai buruk apabila menangkap William Bourdon, peguam hak asasi manusia dari Perancis ini. Sudah tentu ini akan menyebabkan semua mata peringkat antarabangsa akan melihat kita lagi.

"Sebelum ini majalah Economist di sensor, laporan tentang cara perhimpunan Bersih 2.0 dikendalikan belum selesai, ditambah pula dengan tindakan ini," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas penangkapan peguam hak asasi manusia Perancis William Bourdon di KLIA tengahari tadi.

Bourdon ditangkap oleh sekumpulan pegawai Imigresen yang naik ke atas kapal terbang itu sebaik sahaja kapal terbang mendarat




William Bourdon, dijangka akan menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam tadi di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu malam ini di Dewan Sivik MPPJ.

Bagi Dr Dzulkefly, arahan penangkapan ini tentu dari pihak atasan pentadbiran Najib bagi menyekat apa-apa maklumat yang hendak disampaikan beliau dalam majlis malam ini dan esok.

"Mengapa Najib terus-terusan mencetus tindakan yang tunjukkan beliau hilang kawalan dan tertekan begini.

"Sepatutnya lepas jumpa Queen, Pope dan Perdana Menteri Britain, wibawanya akan tinggi dan menunjukkan kepada dunia beliau masih menguasai pentadbiran Malaysia dengan baik.



"Langkah ini akan mencetuskan pandangan umum yang burukkan pentadbiran beliau dan dia sendiri," kata Dr Dzulkefli kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan menaham peguam Suaram ini seolah-olah membayangkan Najib mengesahkan tanggapan ada perkara yang nak dilindungi beliau dari diketahui rakyat dalam majlis di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan di Ipoh esok.

Ia juga, katanya, mencetus minat rakyat dan media antarabangsa untuk isu Scorpene ini dan bakal menjadi fokus media antarabangsa dan rakyat selepas ini.

"Najib meletakkan negara dalam mata antarabangsa dengan lebih buruk lagi. Ia akan menjejaskan negara sebagai destinasi pelaburan atas dakwaan rasuah hingga melibatkan orang no 1 negara," katanya.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor yakin, jika Najib tidak bertindak sebegini, majlis makan malam mengutip dana Suaram dan kedatangan Bourdon ini akan berlalu begitu sahaja.

"Namun apabila warga asing ditangkap, peguam hak asasi manusia Mahkamah Perancis pula, ia satu tindakan desperate yang bakal memburukkan lagi keadaan," katanya. -HD

Malaysia deport French lawyer fighting alleged corruption by shipmaker in submarine deal

KUALA LUMPUR, Malaysia — A French lawyer said Friday he is being deported from Malaysia, and the human rights group he represents accused the government of paranoia after he spoke about a pending corruption trial over a $1.2 billion submarine deal.

William Bourdon arrived in northern Penang state Thursday and spoke at a dinner about the French court case set for trial in September, said Cynthia Gabriel of the Malaysian rights group Suaram.

When Bourdon traveled to Kuala Lumpur on Friday, "a police officer came to get me in the plane, and then I was escorted to the immigration office," Bourdon told The Associated Press.

After a two-hour wait, he was given an expulsion order and told to get a plane ticket home, at his own expense, and will be held in the airport detention center until then, he said.

Government officials couldn't be reached for comment Friday.

Suaram filed complaints with a French prosecutor in 2009 alleging corruption in a 114 million euro ($164 million) fee that shipbuilder DCNS paid to Malaysian firm Perimekar Sdn. Bhd. to facilitate the submarine deal.

Prime Minister Najib Razak has denied there was any corruption. He was defense minister in 2002, when Malaysia ordered the two diesel-electric Scorpene attack submarines as part of a naval upgrade. It has since received both the submarines.

In his talk Thursday, Bourdon gave an update about the status of the case, on the French judicial system and what to expect from the trial, Gabriel said.

"He didn't reveal anything damning. This is just an act of paranoia, another irrationality by the government. They are afraid of their own shadows," she said.

Bourdon said he told the police he didn't understand the expulsion and the decision lacks any justification. "No explanation was given to me," or to the French Embassy representative who accompanied him, he said.

"I told them I acted as a lawyer, in full respect of my duties and the rules of my profession, and in respect of international law and national laws," he said in a phone interview.

Malaysian defense officials have said the fee was paid to Perimekar for coordination and support services. But critics argued that Perimekar was formed only a few months before the contract was inked, had no track record in submarine services and didn't have the financial ability to support the contract.

Suaram has said it plans to take legal action against Perimekar and the Malaysian government if the French court rules there is corruption by DCNS.

The case could embarrass Najib and hamper his ruling coalition's effort to bolster support ahead of general elections that many expect to be held next year.

Perimekar is owned by the wife of Abdul Razak Baginda, a controversial figure who once was Najib's aide and a close friend.

Abdul Razak was acquitted in 2008 of abetting in the murder of his ex-mistress, a Mongolian woman. He confessed to having an affair with her and said she was blackmailing him. The woman was shot and her body blown up with military-grade explosives in October 2006.

Two policemen working in security were later convicted and sentenced to death for murdering the Mongolian, although prosecutors failed to show any motive. Suaram has said initial investigations by their French lawyers showed the Mongolian had worked as a translator for Abdul Razak in the submarine deal. -AP

‘Kalau aku tembak je…buang masa macam ni...’

Posted: 23 Jul 2011 03:04 AM PDT

Oleh SAIDAH HAIRAN


AMPIR 60 ribu peserta Himpunan Bersih berjaya memboloskan diri di semua 40 sekatan jalan raya oleh anggota Polis Diraja Malaysia ke pusat bandar, Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Kuala Lumpur bermula petang Jumaat begitu lenggang seolah-olah membayangkan bandar besar itu tidak berpenghuni. Banyak kedai-kedai ditutup, suasana petang Jumaat hingga pagi Sabtu begitu sayu. Membayangkan akan berlaku tragedi yang menyedihkan.

Di sekitar bangunan pejabat PAS, Jalan Raja Laut dipenuhi dengan anggota pasukan khas (SB). Jarak 100 meter dari bangunan PAS kelihatan tiga buah kereta peronda polis.

Penulis terpaksa menempuh tiga sekatan polis bermula di Jalan Raja Laut hingga menuju ke masjid Jamek yang menahan dan melarang untuk membuat liputan himpunan Bersih.

Ketika penulis memaklumkan dari media Harakah, polis berkenaan mengatakan jalan sudah ditutup dan mengarahkan penulis tidak bergerak ke mana-mana. Lantas penulis menjawab, "Encik bertugas, saya pun bertugas, kita sama-sama bertugas...."

Di hadapan pasaraya Sogo dan jalan Raja Laut penuh dengan anggota polis dan SB. Memang sukar untuk peserta himpunan Bersih meloloskan diri. Bagaimanapun, suara riuh peserta himpunan Bersih didengari dari jalan Leboh Ampang menuju ke masjid Jamek.

Inilah hebatnya semangat rakyat penyokong Pakatan Rakyat. Walaupun mendapat halangan polis namun mereka cerdik dan berusaha untuk berhimpun bagi menuntut keadilan pilihan raya.

Peserta himpunan bertempiaran lari apabila polis menembak gas pemedih mata sebelum sampai ke masjid jamek. Kelihatan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman serta Zulkifli Mohamad berlari mengelak ditahan polis.

Pemuda PAS Sabah memberi sebotol air mineral kepada peserta dan penulis serta berkongsi garam bagi melegakan keperitan tekak dan pedih mata. Lebih menyayat hati apabila seorang kanak-kanak OKU (orang kurang upaya) dan remaja perempuan pengsan kerana gas pemedih mata.

Keadaan tenang seketika dan perarakan diteruskan menuju ke masjid jamek dan Pudu raya. Sekali lagi peserta himpunan terpaksa menghidu gas pemedih mata dari FRU dan air berkimia 100 meter dari jejantas Pudu raya.

Lebih 100 orang ditahan dan diheret dengan tangan bergari plastik. Pemerhatian penulis mendapati polis menangkap secara rambang.

Seorang peserta himpunan dari Sepang (Selangor) jatuh dan pengsan di Pudu raya dengan tangan bergari di belakang. Polis enggan membuka gari tali plastik walaupun didesak oleh peserta yang berada di atas jejantas pudu raya.

Akhirnya, gari tersebut dibuka hasil usaha dua tiga orang peserta yang juga membantu mengajar pak cik tersebut mengucap. Keadaan ketika itu agak tertekan kerana pak cik mengerang kesakitan. Pak cik tersebut pengsan dan dibawa ke hospital dengan kereta peronda polis setelah menunggu lebih 20 minit.

Semua tahanan pada petang itu diletakkan di tempat menunggu bas dataran Maybank. Lebih mengejutkan trak polis yang bertutup rapat berada di dataran Maybank dipenuhi dengan peserta himpunan.

Bayangkan betapa kejam polis yang membiarkan tahanan dalam trak yang tidak cukup udara dan gelap. Polis hanya membuka untuk memberi sebotol air dan dikongsi. Penulis mahu merakamkan suasana itu lebih dekat tetapi dihalau pegawai polis.

Kekejaman anggota polis terserlah apabila menengking tahanan yang terdiri daripada golongan muda daripada menunaikan solat. Bagaimanapun, mereka terus menunaikan solat secara berjemaah dengan tangan bergari.

Ketika tahanan masuk ke dalam trak polis, kedengaran seorang pegawai polis wanita menyindir, "nanti jangan lupa sembahyang Isyak..." disambut dengan gelak anggota polis lain.

Empat pegawai polis wanita dan lebih lima orang pegawai polis lelaki mengelilingi seorang pemuda Melayu yang baru ditangkap. Kedengaran pelbagai soalan diajukan kepada pemuda tersebut. Seorang anggota polis yang berpakaian biasa menengking, "Bodoh ya, tadi berani sangat sekarang ditanya diam...".

Bahasa kasar dan biadab anggota polis dan FRU memang tidak dinafikan. Penulis mendengar seorang pegawai FRU berkata; "Muka cantik...tapi bodoh berdemo...", kata itu ditujukan kepada dua gadis yang memakai tudung labuh berada dalam trak polis.

Tiga orang SB yang berada di sebelah penulis di belakang trak menyindir gadis tersebut, "Ini budak sekolah ni...ikut sapa la budak ni...habiskan la mengaji dulu..., disahut oleh SB yang lain..."Mesti budak ni dijanjikan dapat duit dapat habuan...".

Tiga orang SB tersebut terus duduk di dataran Maybank dan berbual sesama sendiri. Penulis mendengar mereka mengatakan, "kalau aku tembak je...buang masa macam ni...".

Jika mereka boleh mengeluarkan kata-kata yang menggambarkan kekejaman, tidak mustahil Allahyarham Baharudin Ahmad, 58, yang meninggal setelah terhidu gas pemedih mata turut ditendang dan dipijak.

Hakikatnya, apakah selepas tarikah 9 Julai rakyat Malaysia akan terus mempercayai kewibawaan anggota dan pegawai polis? Mungkin selepas ini sejarah hitam akan terus terpahat di hati setiap peserta himpunan Bersih sehingga sukar untuk mereka mempercayai kejujuran anggota polis.

Konvoi ‘kuning’ kekalkan momentum Bersih 2.0

Posted: 23 Jul 2011 03:03 AM PDT

"Objektif kita untuk menyemarakkan hari kuning dengan memakai apa sahaja berwarna kuning," kata Khairul Annuar Othman.



PUTRAJAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Selangor bertindak mengekalkan momentum Himpunan Bersih 2.0 dengan mengambil inisiatif menyemarakkan semangat perhimpunan itu dengan menganjurkan konvoi 'kuning' hari ini.

Menurut Jurucakap Gerakan Rakyat Selangor Khairul Annuar Othman, ini bukanlah kali pertama konvoi ini diadakan.

"Konvoi ini merupakan konvoi kali kedua, bermula di Dataran Shah Alam pada pagi tadi, menuju ke Putrajaya dan dijangka berakhir di Taman Jaya, Petaling Jaya petang ini," katanya.

Pihak polis juga turut mengawal kawasan sekitar Dataran Shah Alam namun tiada sebarang insiden tidak diingini mahupun tangkapan dibuat.

Seramai 50 peserta menyertai konvoi tersebut dengan memakai pakaian berwarna kuning simbolik kepada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Beliau berkata, objektif kita untuk menyemarakkan hari kuning, dengan memakai apa sahaja berwarna kuning. Kami bergerak menuju ke Putrajaya dari Dataran Shah Alam dan sebahagian berpecah di dua lokasi berbeza iaitu Masjid Putrajaya dan Alamanda.

Upacara menghantar belon kuning turut diadakan sebagai upacara simbolik.

"Kami mahu memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak supaya menerima tuntutan Bersih dalam tempoh tiga bulan.

"Jika Najib tidak terima tuntutan Bersih maka kami akan kerah Bersih 3.0 pula," katanya yang juga merupakan Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Abdul Razak Abdul Majid pula mengesahkan bahawa kumpulan NGO terbabit mempunyai kaitan dengan Bersih.

Ujar beliau, 11 kereta dilihat memasuki Masjid Putra ketika tengah hari tadi dan kurang daripada 30 peserta memakai pakaian kuning tanpa sebarang logo Bersih.

"Menyedari kehadiran polis, kumpulan terbabit mula bersurai dan hanya mengambil gambar seolah-olah mereka adalah pelancong," katanya.

Mungkinkah inkues Sarbani berakhir seperti SD Teoh?

Posted: 23 Jul 2011 02:57 AM PDT

Tulang Besi


Coraknya hampir sama. Seperti Teoh dulu, Ahmad Sarbani dikatakan tidak dibunuh dan tidak bunuh diri. Namun, laporan Suruhanjaya Penyiasat Diraja menyatakan Teoh telah bunuh diri.

Semua orang tahu, yang melantik ahli2 Suruhanjaya Diraja bagi kes Teoh Beng Hock ini adalah Kabinet Malaysia. Maka tidak mungkin mereka akan membuat kesimpulan yang merugikan kerajaan terutamanya Umno dan Barisan Nasional.

Nazri Aziz telah merujuk kepada seorang pakar forensik bernama Paul Edward Mullen di dalam menyokong kesimpulan beliau.

Yang hairannya, Paul Mullen ini tidak pernah dipanggil untuk menerangkan laporan beliau kepada Suruhanjaya Diraja itu.

Juga, pada 11 May 2011, Paul Mullen menyerahkan laporan bertulis beliau kepada pihak Suruhanjaya. Dia berkata bahawa Teoh Beng Hock adalah dari kumpulan yang rendah risiko untuk membuniuh diri.

Malahan, Nazri seolah-olah berbohong bila beliau berkata di bawah:

Prof Mullen mengatakan TBH benar-benar membunuh diri berdasarkan perwatakan yang telah bertukar dari kumpulan berisiko ternedah bagi pembunuhan diri kepada kumpulan berisiko tinggi setelah melalui sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan.

Sedangkan, laporan Prof Mullen hanya menyatakan di bawah:

"If he did kill himself, in my opinion, things are likely to have occurred both to undermine his psychological stability and to frighten him literally to death," he added.

TERJEMAHAN:"Kalaupun beliau membunuh diri beliau, ada sesuatu yang telah berlaku (selepas beliau ditahan) yang telah menjatuhkan kestabilan emosi dan menakutkan beliau sehingga beliau mati" Pembohongan ini berlaku apabila Prof Mullen sendiri tidak membuat kesimpulan Teoh membunuh diri. Beliau cuma berkata ada kemungkinan Teoh membunuh diri kerana tidak tahan di siksa oleh pegawai2 SPRM.

Jadi, bagaimanakah Nazri membuat kesimpulan sebegitu? Tak hairanlah apabila anggota Suruhanjaya ini dilantik oleh Kerajaan sendiri.

Saya takut dan seram memikirkan apakah hasil dari inkues arwah Sarbani yang sedang berjalan sekarang.

Bolehkah kita mengharapkan keadilan dan kebenaran kerana inkues Teoh jelas menampakkan keputusan yang tidak boleh diterima ramai termasuk keluarga mendiang Teoh sendiri.


PPP bertanding di Sarawak

Posted: 23 Jul 2011 02:55 AM PDT

"Sama ada mendapat 'lampu hijau' atau tidak dari BN Negeri, parti itu tetap akan membariskan calon-calon di kawasan Parlimen terutama yang dimenangi pembangkang," kata Presiden M Kayveas.



KUCHING: Parti Progresif Penduduk (PPP) bersedia meletakkan calon mereka atas tiket Bebas di Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang, kata Presidennya Datuk M Kayveas.

Malah tegasnya, sama ada mendapat 'lampu hijau' atau tidak dari Barisan Nasional (BN) Negeri, parti itu tetap akan membariskan calon-calon di kawasan Parlimen terutamanya yang dimenangi pembangkang.

Kayveas dengan penuh keyakinan turut menyatakan parti yang berpangkalan di Semenanjung itu turut mempertimbang untuk mengetengahkan calon mereka pada pilihan raya negeri depan jika permintaan anggota parti dan penyokong semakin kuat.

"Ini adalah berikutan permintaan penduduk Sarawak sendiri, kami tidak memaksa diri untuk melakukannya tetapi itu yang rakyat mahukan. Bagaimanapun, kita akan bekerjasama dengan BN Negeri kerana kita sebahagian daripada parti komponen BN peringkat nasional.

"Tetapi sekiranya BN Sarawak terus 'menolak' PPP, maka kami bersedia bertanding atas tiket Bebas…..namun jika mereka (BN Sarawak) merestui hasrat dan yakin dengan kemampuan calon kami, maka tiada salahnya bagi kami untuk meneruskan impian ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Khidmat Masyarakat PPP di sini.

Hadir sama, Pengerusi PPP Sarawak, John Lau Pang Heng dan Ketua Penerangannya, Roy Mani.

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu juga memberitahu PPP setakat ini belum menetapkan sebarang sasaran kerusi yang akan ditandingi kelak.

Ini kerana jelasnya, ia adalah berdasarkan hasil sokongan ahli-ahli serta permintaan masyarakat akar umbi.

"Jika ada peluang kemenangan berpihak kepada PPP….jadi apa salahnya?," katanya dengan ringkas.

Dalam perkembangan lain, Kayveas menyatakan PPP Sarawak mensasarkan untuk merekrut lebih ramai keahlian baru khususnya di kalangan golongan muda.

Katanya, setakat ini, PPP Sarawak telah berjaya merekrut kira-kira 50,000 ahli baru berbanding 30,000 keahlian yang direkodkan tahun lepas.

"Setakat ini mereka yang berusia antara 25 dan 45 tahun berminat untuk menyertai kami kerana kami mencerminkan parti politik

1Malaysia yang sebenar memandangkan anggota kami terdiri daripada pelbagai bangsa.

"Keduanya kami adalah parti komponen BN peringkat nasional," katanya sambil menambah sepanjang Januari sehingga Jun, parti berkenaan berjaya merekrut kira-kira 70,000 ahli baru di seluruh negara.

Tiada ulasan: