Sabtu, 23 Julai 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Ambiga hadiahkan ‘hero’ Bersih 2.0 ijazah Doktor Kehormat

Posted: 23 Jul 2011 04:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mendedikasikan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang yang diterimanya daripada University of Exeter kepada Baharuddin Ahmad yang terbunuh ketika perhimpunan 9 Julai lalu dan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Selain mereka, beliau turut melahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang berani tampil di sebalik tekanan dan halangan pihak berkuasa dalam mempertahankan hak fundamental mereka.

"Ada sesetengah pihak di kerajaan yang menentang kaedah yang digunakan untuk menghalang kami. Malah, doktor-doktor juga keluar dari zon selesa mereka untuk bercakap menentang ketidakadilan," kata Ambiga dalam ucapan menerima ijazahnya.

Ambiga merupakan bekas penuntut University of Exeter dan menerima ijazah undang-undang beliau tiga dekad lalu.

Teks ucapannya dikeluarkan di sini.

"Dan, sudah pasti ada peguam-peguam dan media bebas yang berdiri di pihak yang benar dan keadilan.

"Bagaimanapun, hero yang sebenar ialah rakan dan penyokong kami Allahyarham Baharuddin Ahmad yang membayar harga bernilainya dalam perjuangan murni kami, enam ahli Parti Sosialis Malaysia, ketika sedang kita bercakap (di sini), berada dalam tahanan di bawah undang-undang pencegahan dan rakyat Malaysia yang berani keluar daripada tindakan (pihak berkuasa) menakut-nakutkan dan menghina demi mempertahankan hak asasi mereka," kata beliau lagi.

Justeru kata Ambiga, beliau menghadiahkan anugerah itu kepada "kesemua mereka."

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu.

Baharuddin didakwa mati selepas melarikan daripada tembakan gas pemedih mata oleh polis di kawasan KLCC tetapi polis pula mempertahankan ahli PAS itu meninggal dunia kerana komplikasi jantung.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, perkembangan sepanjang enam minggu lalu dalam menggerakkan sokongan bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil telah mengajar beliau lebih daripada apa yang dialami sepanjang tiga dekad lalu sebagai seorang peguam profesional.

"Pasukan saya dan saya berhadapan dengan tekanan sepenuhnya daripada kerajaan yang berkuasa, dan kemudian saya sedar tentang kepentingan kebebasan institusi-institusi kerajaan, khususnya kehakiman, untuk menangani salah guna kuasa," katanya.

Justeru kata Ambiga, beliau juga sedar tentang kedaulatan undang-undang yang sebenar dan bagaimana ia juga tidak boleh wujud.

Kes Teoh: Majlis Peguam tolak keputusan mendiang bunuh diri

Posted: 23 Jul 2011 04:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Majlis Peguam hari ini berkata pihaknya tidak bersetuju dengan penemuan suruhanjaya siasatan diraja yang diumumkan kelmarin bahawa bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock telah membunuh diri.

Sementara majlis itu bersetuju dengan 10 penemuan penting lain yang disenaraikan oleh suruhanjaya itu, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa Teoh telah membunuh diri.

"Penemuan sedemikian, pada pandangan kami, tidak disokong oleh fakta dan bukti," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim berkata, bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, kata Lim, pakar psikiatri forensik iaitu Prof Paul Edward tidak mengatakan Teoh sebagai seorang yang mempunyai perwatakan lemah, sehingga menyebabkan dia mengambil nyawanya sendiri.

"Profesor Mullen tidak merumuskan Teoh Beng Hock telah membunuh diri, sebaliknya keterangan beliau mengatakan bahawa 'dalam pandangannya, apa yang kami ketahui personaliti dan tingkah laku Teoh Beng Hock tidak mencadangkan sebarang peningkatan risiko membunuh diri'," kata beliau.

Lim juga menambah, Mullen seterusnya berpandangan bahawa konteks kejadian yang berlaku bukan satu, "yang menurut pengalamannya membawa kepada tindakan membunuh diri ketika dalam tahanan."

Mullen dilantik oleh Majlis Peguam dalam prosiding suruhanjaya itu.

Justeru kata beliau, perkembangan itu menunjukkan kenyataan menteri tersebut bercanggah dengan pandangannya bahawa Teoh membunuh diri ekoran perwatakannya yang lemah.

Lim dalam kenyataannya juga berkata Majlis Peguam merasakan tanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian Teoh terletak pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Oleh itu kata beliau, tindakan segera perlu diambil ke atas pegawai-pegawai yang bertanggungjawab atas tindakan mereka.

"Dalam hal ini, kami menyambut baik jaminan Datuk Seri Nazri bahawa tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pegawai-pegawai terbabit," katanya lagi.

Sehubungan itu Lim juga berkata, Majlis Peguam mahu kerajaan Malaysia dan SPRM meminta maaf secara bertulis kepada keluarga Teoh dan rakyat negara ini pada keseluruhannya ekoran kematian mendiang.

Selain itu, Majlis Peguam mahu kerajaan membuat pampasan sewajarnya kepada keluarga Teoh.

Terdahulu dalam satu kenyataan dikeluarkan SPRM berkata ia menubuhkan pasukan khas siasatan berhubung tohmahan ke atas tiga pegawainya termasuk seorang bertaraf pengarah ekoran hasil laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh dua tahun lalu.

SPRM juga berkata, sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, tiga pegawai yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya diraja itu akan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.

Malah kata SPRM, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan.

"(SPRM) akan menubuhkan satu pasukan khas siasatan berhubung tohmahan ke atas ketiga-tiga pegawai tersebut. Pasukan ini diketuai oleh Datuk Zakaria Jaffar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) yang akan menjalankan siasatan susulan dalaman yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif," kata kenyataan itu.

Suruhanjaya diraja siasatan berkata Teoh 'terganggu' ekoran sikap tiga pegawai SPRM yang dilabel sebagai "Arman yang membuli, Ashraf salah guna (kuasa) dan HH pemimpin yang angkuh."

Malah, ia juga memutuskan bahawa pegawai-pegawai SPRM di Selangor sebagai terbuka kepada pembohongan.

Ketiga-tiga mereka yang dinamakan ialah bekas pengarah SPRM Selangor Hishammuddin Hashim, dua pegawainya Arman Alies dan Mohd Ashraf Mohd Yunus.

Hishammuddin kini bertugas sebagai pengarah SPRM Negeri Sembilan.

Ketiga-tiga mereka dinamakan sebagai pegawai soal siasat kes Teoh dalam laporan suruhanjaya itu, sebagai pihak yang 'menundukkan' Teoh ketika sesi soal siasat empat peringkat, yang bermula 15 Julai sehingga keesokan pagi.

Dalam kenyataannya kelmarin, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Nazri berkata hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.

Ahli perniagaan Melayu kecam Teraju gerak ‘macam kura-kura’

Posted: 23 Jul 2011 12:44 AM PDT

Oleh Clara Chooi


SHAH ALAM, 23 Julai — Sekumpulan ahli perniagaan Melayu hari ini secara terbuka mengecam pentadbiran Najib 'dingin' dalam melaksanakan inisiatif pro-Bumiputera sambil mendakwa Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bergerak terlalu perlahan sejak ia dilancarkan Februari lalu.

Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem), sebuah badan yang terdiri daripada 50 pertubuhan bukan kerajaan ekonomi Melayu, mendakwa unit yang berusia enam bulan itu telah gagal membawa sebarang hasil dalam memperbaiki penyertaan Bumiputera dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan berbanding projek-projek yang dilancarkan oleh Pemandu.

"Pemandu dan Teraju tidak bergerak pada kelajuan yang sama. Teraju bergerak macam kura-kura," kata Presiden Mapem Tan Sri Rozali Ismail kepada pemberita di sini hari ini.

"Ini sangat membimbangkan ... kami mahu mengambil bahagian dalam pertumubuhan ekonomi negara, kami mahu bersama Perdana Menteri membina negara ini, kami tidak mahu ketinggalan di belakang," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Mapem di sini hari ini.

Keadaan itu menurut beliau, akan menyebabkan jurang pendapatan ahli perniagaan antara Bumiputera dan Bukan Bumiputera semakin melebar.

Pengkritik mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mencairkan Model Baru Ekonomi (MBE), yang diilhamkan oleh beliau sendiri, dengan mewujudkan Teraju, tetapi pegawai-pegawai pentadbirannya berkata ia perlu memandangkan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi masih kekal kecil.

Pada Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dan Teraju akan menjadi pemangkin dalam usaha mentransformasi agenda pembangunan Bumiputera bagi memastikan keupayaan golongan itu mampu dilonjakkan ke tahap lebih tinggi.

Nor berkata, Teraju sebagai entiti tunggal yang melapor terus kepada MTAB akan membolehkan strategi serta inisiatif pembangunan Bumiputera, yang sebelum ini dilakukan pelbagai kementerian dan agensi, dilaksanakan secara menyeluruh dengan perspektif yang meluas.

Katanya, langkah itu merupakan cerminan hasrat kerajaan untuk menambah baik strategi dan inisiatif di dalam agenda pembangunan Bumiputera.

Beliau berkata kerajaan sedar masih terdapat sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sehingga kini masih belum tercapai sepenuhnya dan antara factor dikenal pasti adalah disebabkan ketirisan di peringkat pelaksanaan dan bukan sebab kesilapan dasar.

Beliau berkata, Teraju akan merencana agenda pembangunan Bumiputera selaras dengan pendekatan baru yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Ketika melancarkan Teraju pada 8 Februari lalu, Najib berkata ia bertujuan memperkukuhkan lagi agenda pembangunan golongan berkenaan.

Perdana Menteri berkata agensi itu akan berfungsi bagi meneraju, mengurus serta memacu penyertaan golongan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif baru serta sedia ada.

Teraju akan memberi tumpuan kepada lima perkara iaitu keusahawanan dan penciptaan kekayaan, pembiayaan, pendidikan dan penggajian, penilaian institusi dan instrumen polisi serta pengurusan pihak-pihak berkepentingan, kata Najib.

Perdana Menteri berkata, Teraju juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti program-program baharu supaya segala tindakan yang dilaksanakan dapat diselaraskan.

Video: Ucapan Bourdon Peguam Perancis Di Pulau Pinang

Posted: 22 Jul 2011 10:35 PM PDT

Rakyat Mahu Tahu Kenapa Najib Halau Peguam Perancis Datang Ke Malaysia?

Posted: 22 Jul 2011 09:09 PM PDT

Putrajaya usir peguam kes Scorpene, Pakatan pula bangkit kontrak pertahanan RM16 bilion

Oleh Shannon Teoh

PETALING JAYA, 23 Julai — Pakatan Rakyat 'disambar' dengan tindakan Putrajaya menghantar balik peguam Perancis William Bourdon yang mengendalikan kes berkaitan skandal pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion, tetapi pembangkang terus menyerang dengan isu baru.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu khalayak sekitar 500 orang di sini malam tadi bahawa tindakan menghantar pulang peguam itu menunjukkan pentadbiran Najib masih mahu menyembunyikan fakta mengenai urusan pembelian kapal selam.

"Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil hari ini (semalam)," kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menambah, tindakan Malaysia menghantar balik Bourdon dengan cara tidak hormat telah membantu memperkukukan usaha pihaknya dalam isu skandal pembelian kapal selam.

Peguam itu ditahan ketika tiba di Sepang dalam perjalanan dari Pulau Pinang pagi semalam.

Malah, Nurul Izzah berkata, tindakan ke atas Bourdon dan kekerasan Barisan Nasional ke atas perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya bebas dan adil menimbulkan persoalan mengenai pembaharuan politik dan ekonomi yang dijanjikan oleh Najib.

Pada majlis yang sama, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menghabiskan kira-kira 20 minit untuk menggambarkan mengenai urusan pembelian kelengkapan pertahanan sepanjang tiga tahun lalu, berjumlah RM16 bilion — jauh lebih besar berbanding perbelanjaan negara-negara lain.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini memberitahu, ia termasuklah RM2.3 bilion untuk membeli 12 unit helikopter Eurocopter EC725, RM6 bilion untuk memiliki kapal rondaan luar pesisir pantai (OPV) dan RM7.8 bilion untuk mendapatkan 257 kereta perisai.

Tony Pua. — Foto Choo Choy May
Kata beliau, persoalan mengenai aspek itu sama ada di media atau Parlimen kekal dengan jawapan ia sebagai "satu rahsia" besar.

Menurut Pua, Brazil membeli Eurocopter hanya pada harga RM82 juta seunit berbanding Malaysia membelanjakan RM190 juta bagi setiap unit manakala New Zealand hanya membayar RM240 juta setiap unit OPV berbanding RM1 bilion oleh Malaysia.

Pua juga berkata sebanyak 257 kereta perisai dibekalkan oleh konglomerat tempatan DRB-HICOM yang hanya membeli daripada sebuah firma Turki hanya pada harga RM1.9 bilion, kira-kira satu perempat yang perlu diperuntukkan oleh pembayar cukai Malaysia.

Pembelian dua kapal selam dari syarikat Perancis DCNS pada 2002 dibuat ketika Najib menerajui Kementerian Pertahanan dan sebuah syarikat milik Abdul Razak Baginda, yang rapat dengan beliau, dilaporkan menerima komisen lebih RM500 juta atas urusan tersebut.

Parti-parti politik pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia juga mengaitkan kematian wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pada 2006 dengan isu tersebut.

Kelmarin, Bourdon berucap di Pulau Pinang pada majlis anjuran Suaram untuk mengumpul dana bagi kes mereka berkaitan skandal kapal selam Scorpene dan sepatutnya berucap di sini malam tadi.

Pada Disember 2009, Suaram memfailkan aduan di mahkamah Perancis meminta kebenaran akses ke atas maklumat berkaitan dengan kontrak yang ditandatangani oleh syarikat Abdul Razak, Perimekar Sdn Bhd dan maklumat-maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima permintaan itu untuk menyoal siasat dakwaan membayar sogokan RM500 juta oleh DCNS kepada Perimekar.

Video Pendedahan Penipuan Polis Isu Langgar Mat Sabu

Posted: 22 Jul 2011 04:00 PM PDT

Tiada ulasan: