Biaqpila |
- Nekad rampas motor polis
- Peguam Perancis bakal dedah pembunuhan Altantuya
- Perang Facebook: Ratusan saja yang mahu Najib dikekalkan
- FRU guna kanister Israel sahkan kezaliman BN
- UMNO-BN mahu ikut kata DAP?
Posted: 20 Jul 2011 03:00 PM PDT SEREMBAN: Seorang penjenayah bertindak nekad cuba merampas motosikal anggota polis untuk meloloskan diri sebelum dia cedera akibat ditembak dalam kejadian di bandar ini, semalam. Tidak cukup dengan itu, sejurus ditembak, lelaki berusia 40 tahun yang baru selesai menyamun seorang wanita hamil di Kuala Pilah enggan mengalah dengan menyembunyikan diri dalam sebuah kedai keranda, namun berjaya ditahan. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, suspek dan dua rakannya yang menaiki kereta Perodua Kancil dikesan unit peronda polis (MPV) berdekatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini. Ketiga-tiga penjenayah itu enggan berhenti apabila diarah polis sebaliknya melarikan diri hingga menyebabkan tembakan terpaksa dilepaskan ke arah tayar kereta berkenaan. Kenderaan yang pancit itu kemudian terbabas di belakang Masjid Jamek Seremban sebelum mereka keluar dan berpecah untuk melarikan diri. Tindakan seorang daripada suspek cuba merampas motosikal anggota polis yang kebetulan berada di kawasan itu menyebabkan dia cedera ditembak pada betis kanan, manakala dua rakannya berjaya lolos. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, penahanan suspek dilakukan hasil maklumat berhubung kes samun membabitkan seorang wanita hamil di Taman Impian, Kuala Pilah, kira-kira jam 9.30 pagi. "Dalam kejadian itu, seorang daripada penjenayah mengacu parang sebelum menampar muka dan menendang perut suri rumah itu di depan rumahnya. "Suspek yang berjaya menyamun dua rantai mangsa kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Kancil. Namun, kejadian itu disedari saksi yang melaporkannya kepada polis. "Ekoran maklumat itu, polis menghebahkannya kepada semua kereta peronda untuk mengesan kereta terbabit," katanya pada sidang media di sini, semalam. Menurut beliau, kereta yang dilaporkan disamun di sekitar Klang, Selangor, itu dikesan di sekitar bandar ini sebelum seorang daripada suspek yang cedera ditembak ditahan bagi membantu siasatan. "Hasil siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Semenyih itu mempunyai rekod lampau termasuk pernah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor dan dikenakan hukuman buang negeri di Jeli, Kelantan. "Suspek kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital dan kami sedang memburu dua lagi rakannya yang masih bebas," katanya. Kata Hamdan, pihaknya turut merampas beberapa barangan antaranya tiga parang, tiga pemutar skru, satu kapak dan sepasang sarung tangan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 akta sama," katanya. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua suspek yang dilihat mencurigakan diminta menghubungi Bilik Gerakan IPK negeri di talian 06-7682222 balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut. HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Peguam Perancis bakal dedah pembunuhan Altantuya Posted: 20 Jul 2011 08:03 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang. Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang. Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya. Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana. Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu. Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika. Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini. Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya. Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas. Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda. Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti. Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis. Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini. Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini. Malam esok, Bourdon (gambar) dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang. Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini. "Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi. Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ. Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera. Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam. "Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih," kata Mohamad. Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu. "Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaran itu. HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Perang Facebook: Ratusan saja yang mahu Najib dikekalkan Posted: 20 Jul 2011 12:00 AM PDT Sementara lebih 200 ribu warga internet yang menekan "suka" (like) kepada page Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; hanya 111 yang menekan "like" di page menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara. Page bertemakan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 204,691 orang, iaitu sekali ganda lebih daripada matlamat, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011. Bagaimanapun, page bertemakan "3,000,000 People Want Najib To Stay" hanya meraih sokongan 122 orang, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011. (6.54pm, 19 Julai 2011) Sebelum ini, Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mendakwa dirinya mampu mengerah 3 juta orang warga internet untuk mempertahankan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, ketika menyanggah tuntutan di laman sosial Facebook agar Najib Razak berundur. Dua page diwujudkan, dengan lebih 200 ribu yang menyokong "1100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation"; dan lebih 16,500 orang yang suka "1,000,000 rakyat mendesak Najib Razak letak jawatan (Rasmi)". Page sedemikian ditubuhkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, sebagai reaksi terhadap pendekatan kerajaan persekutuan dan polis menyuraikan perhimpunan tersebut. Bukan sahaja Najib Razak, malah Timbalannya Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Ketua Polis Negara Ismail Omar turut berdepan dengan desakan untuk berundur. Tidak kurang komen yang ditinggalkan di "3,000,000 People Want Najib To Stay" sekadar untuk menyindir Najib, malah ramai yang menyifatkan bilangan yang terlalu sedikit ini sebagai amat "malu" buat seorang PM. MR KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
FRU guna kanister Israel sahkan kezaliman BN Posted: 19 Jul 2011 09:00 PM PDT Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit. Ia pernah meragut nyawa seorang warga Palestin, Jawaher Abu Rahmah dari Kampung Bil'in pada 1 Januari 2011 akibat terhidu gas berlebihan yang dikeluarkan kanister itu. Sebelumnya pada April 2009, abang Jawaher, Baasem Abu Rahmah juga mati akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu di bahagian dada. Pendedahan itu dilakukan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang mendakwa syarikat Federal Laboratories berpengkalan di Amerika Syarikat, pernah disaman berikutan penyalahgunaan gas pemedih mata yang sama pada 1992. Ia menyebabkan syarikat itu terpaksa membayar pampasan kepada 30 keluarga Palestin. Menurut Shuhaimi, beliau tidak terkejut dengan pendedahan itu kerana polis yang diperalatkan Umno akan menggunakan apa sahaja termasuk meniru pendekatan tentera Israel menzalimi rakyat Palestin. "Kita memang tidak terkejut. Dari awal lagi (kita tahu) mereka akan guna kekerasan yang boleh mendatangkan kematian (kepada peserta himpunan)," katanya. "Mereka akan guna apa-apa sahaja cara, termasuklah ilmu yang diajar APCO untuk memusnahkan kebangkitan rakyat," kata Shuhaimi. Katanya, ia bukti kelakuan ganas polis terhadap demonstran Bersih pada 9 Julai lalu sememangnya disengajakan untuk mendatangkan kecederaan kepada warga Malaysia yang menuntut reformasi pilihan raya. "Polis Malaysia dengan arahan Umno sememangnya berniat melakukan kecederaan serius terhadap semua peserta Bersih. Malangnya, perancangan jahat mereka tidak berhasil kerana ia memakan diri," kata Shuhaimi.-KD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 19 Jul 2011 06:00 PM PDT Apabila kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat melaksanakan usaha kebaikan dan keadilan untuk semua kaum dan agama, ia sudah tentu akan mendedahkan kelemahan dan kepincangan UMNO dan Barisan Nasional. Untuk menutup kegagalan sendiri, maka UMNO-BN melalui media kawalan mereka cepat-cepat menabur fitnah untuk memperlekehkan kejayaan Pakatan Rakyat. Melalui propaganda adu domba, perencanaan mereka sama saja seperti fitnah zaman Perang Dingin. Kepada orang Melayu dikatakan "PAS ikut kata DAP"; kepada orang bukan Melayu dikatakan "DAP ikut telunjuk PAS" – semuanya dengan hasrat supaya rakyat yang mereka anggap tidak faham atau tidak mempunyai akses teknologi maklumat akan terus merasa takut dan bimbang. Yang terbaru adalah isu kerajaan negeri Pakatan Kedah pimpinan PAS yang memperjelaskan keputusannya membenarkan pusat-pusat hiburan beroperasi di negeri itu sepanjang bulan Ramadan untuk orang bukan Islam sahaja. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang: "Orang UMNO buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan di kalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk." Benar sekali penjelasan beliau kerana dalam kesibukan media kawalan UMNO-BN menabur fitnah, mereka tidak sedar bahawa negeri-negeri pimpinan UMNO telah membenarkan orang Islam masuk keluar pusat-pusat hiburan pada setiap masa, termasuk pada bulan Ramadan. Seperti mana yang menjadi budaya UMNO-BN, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat nampak, media kawalan pemerintah pusat terus cuba membohongi rakyat. UMNO-BN tidak peduli tentang usaha dialog antara kaum serta agama. Sedangkan Pakatan Rakyat sentiasa cuba mencari jalan tengah untuk memastikan keadilan dan kebenaran diamalkan bersama untuk kepentingan semua rakyat. Sebagimana yang dicadangkan oleh Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik, kerajaan negeri perlu mewujudkan satu badan pemantau jika ia mahu memastikan orang Islam tidak masuk ke pusat hiburan selaras dengan penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997. "Undang-undang boleh digubal, tapi kalau tidak buat penguatkuasaan atau pemantauan, macam mana? Kita juga tidak mahu orang Islam masuk pusat hiburan dan kita juga mahu orang Islam sendiri menghormati agama mereka," katanya. Daripada memfitnah PAS dan DAP, kerajaan UMNO-BN patut melihat cermin dan bertanya kepada diri sendiri, apa yang akan dilakukannya kepada pusat-pusat hiburan di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada bulan Ramadan ini? Adakah ia akan menutup semuanya dan menghalang hak orang bukan Islam untuk memasukinya, atau ia juga mahu "ikut telunjuk DAP" dengan membenarkan hanya orang bukan Islam memasuki premis-premis berkenaan? – Roketkini.com DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan