Rabu, 20 Julai 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Gambar X Rays Kecederaan Pengawal Anwar dan Mat Sabu

Posted: 20 Jul 2011 05:00 AM PDT


Tulang pipi Fayyahd Afiq Albakqry, 25 dikatakan retak dan hancur semasa peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu melarikan diri daripada asakan dan serangan polis di KL Sentral pada 9 Julai lalu lapor Malaysia Kini.

Beliau terpaksa menjalani pembedahan pembinaan semula tulang pipinya menggunakan titanium, baru-baru ini.

Surendren yang juga naib presiden PKR mengiringi Fayyadh membuat laporanpolis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung dakwaan kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaannya.

Menurut Surendren, pengawal peribadi itu masih dalam trauma dan enggan melayan soalan wartawan.

Sementara itu dibawah ini pula ialah gambar yang memaparkan keadaan tulang di lutut Mat Sabu. Pada 9 Julai lalu, beliau mendakwa telah dirempuh oleh trak polis sehingga menyebabkan motosikal yang diboncengnya terbabas.

Kredit: Al Bakistani

Memalukan...Selepas 5 Hari, Hanya 200 Orang Mahu Najib Kekal Sebagai PM di Facebook

Posted: 20 Jul 2011 01:24 AM PDT


Menurut tinjauan DCM/Merdeka Review lebih 200 ribu pengguna internet menekan butang "suka" (like) laman Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; manakala setakat pukul 4.20 petang ini (20/7) hanya 218 orang yang menekan butang "like" di laman yang menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara.

Laman bertajukkan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 205,907 orang (setakat pukul 4.20 ptg - 20/7), iaitu lebih sekali ganda daripada matlamat asalnya, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011.  Walau bagaimanapun, laman bertajukkan "3,000,000 People Want Najib To Stay" meraih sokongan yang terlalu sedikit, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011. (6.54pm, 19 Julai 2011)

P/s: Jumlah sokongan yang dipaparkan oleh laman yang dibina untuk menyokong Najib itu amat memalukan Najib sebagai PM. Amat memalukan!!!


Susulan Isu Penutupan Pusat Hiburan Bulan Ramadan: Semua Agama Larang Maksiat

Posted: 19 Jul 2011 10:15 PM PDT


Saya ada mengatakan bahawa semua agama melarang penganutnya melakukan maksiat. Tampaknya sudah ada artikel yang menyokong kenyataan itu. Saya petik:

[SH] SHAH ALAM – Setiap agama di dunia melarang penganutnya melakukan maksiat dan perlu mengamalkan nilai moral yang baik bukan hanya pada bulan Ramadan sebaliknya dilakukan sepanjang masa.

Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS) RS Mohan Shan berkata, seperti agama lain, Agama Hindu juga tidak membenarkan penganutnya melakukan maksiat sama sekali kerana kegiatan terkutuk ini jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang ada dalam ajarannya.

Bagaimanapun menurutnya, di Malaysia tiada badan khas atau pihak berkuasa yang mewakili Agama Hindu untuk mengambil tindakan terhadap penganut Hindu yang melakukan maksiat.

"Oleh itu, MHS bekerjasama dengan polis memantau pusat-pusat hiburan untuk membanteras perkara terkutuk itu, terutamanya dalam kalangan remaja sekiranya mereka melampaui batas.

"Tidak salah kita berhibur untuk menghilangkan tekanan kerja tetapi bagi menghormati masyarakat Islam yang berpuasa pada bulan itu mungkin aktivitinya perlu dikurangkan," katanya ketika mengulas kenyataan Pas Kedah yang bercadang menutup operasi 13 pusat hiburan di negeri itu sepanjang Ramadan nanti.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Belia Buddhist Malaysia Wong Choon Tat berkata, dalam ajaran Buddha terdapat lima larangan yang perlu diikuti oleh penganutnya, kenapa ditutup hanya pada bulan puasa sepatutnya di bulan lain pun harus diambil kira.

"Agama Buddha ada 'Pancasila' iaitu melarang membunuh, mencuri, berzina, berbohong dan minum arak. Sekiranya mereka melanggar peraturan itu, mereka akan mendapat balasannya nanti terpulang kepada mereka sama ada melakukan atau tidak," katanya. 

 P/s: Kepada pemimpin MCA, DAP, UMCO, PKR yang membantah penutupan atau pengehadan tempoh operasi pusat hiburan atau kemaruk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, janganlah kerana mengejar undi anda menyokong kehidupan negatif rakyat. Semua orang tahu pusat hiburan adalah lokasi kepada pelbagai salah laku. Di situlah, bermulanya pergaulan bebas sehingga berahi di ranjang, di situ jugalah remaja dan pengunjung menagih pelbagai dadah sintetik. Walaupun tidak semua, namun perkara itu berleluasa. Sebalik menyokong mereka, lebih baik anda menasihati mereka agar menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang lebih berfaedah.





[Perhatian] Sosej Dikhuatiri Mengandungi BABI

Posted: 19 Jul 2011 09:00 PM PDT

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: "Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan 'chorizo' merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)."

Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.

Semakan Harian Metro mengenai perkataan 'chorizo' di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.

Aira berkata, selepas mengesan sosej 'chorizo' itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.

"Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan," katanya. 

P/s: Penggemar makanan Barat, sila ambil perhatian!

[Wajib Lihat] Mengapa Polis Pegang Sesuatu (Senjata?), Menutup Muka Ala Koboi Semasa BERSIH 2.0?

Posted: 19 Jul 2011 07:15 PM PDT


P/s: Gambar ini tidak akan sesekali tersiar di mana-mana media milik kroni regim BN.


Buaya Sebesar Myvi?

Posted: 19 Jul 2011 06:00 PM PDT

Saya petik:

KERJA KERAS...anggota tentera dan bomba yang terbabit dalam operasi buru buaya.
KERJA KERAS...anggota tentera dan bomba yang terbabit dalam operasi buru buaya.
[HM] SARATOK: Kelibat seekor buaya didakwa sebesar Perodua Myvi dikatakan antara 60 reptilia ganas di Sungai Sebelak di sini, yang menjadi buruan pihak berkuasa dalam operasi besar-besaran memasuki hari kedua, semalam.

Penduduk dikatakan terserempak dengan buaya itu yang muncul di permukaan air selepas membaham seorang penduduk berusia 40-an di Kampung Emplam, dua bulan lalu.

Bagaimanapun, sehingga semalam usaha menjejak reptilia itu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, tentera, polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) serta penduduk kampung masih menemui jalan buntu.
Operasi yang bermula kira-kira jam 1.30 tengah hari, tertumpu di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat persembunyian reptilia terbabit namun gagal memberi sebarang petunjuk.

Seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, buaya berukuran 2.74 meter panjang itu dikatakan muncul sekali lagi baru-baru ini, menyebabkan penduduk memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, penduduk memang mahu pihak berkuasa menjalankan operasi memburu dan menangkap reptilia itu bagi mengelak kejadian tidak diingini terhadap penduduk yang mencari rezeki dan tinggal berhampiran sungai berkenaan.

"Kami terkejut apabila melihat buaya dianggarkan sebesar Perodua Myvi timbul di permukaan air secara tiba-tiba sebelum berenang semula perlahan-lahan ke dasar sungai.

"Bukan saya saja, malah kehadiran buaya itu turut disaksikan beberapa penduduk lain yang secara kebetulan berada di tebing sungai.

"Kami percaya buaya itu membaham beberapa penduduk dan dua bulan lalu ia muncul sambil menunjukkan mangsa yang dibaham sebelum menghilangkan diri dalam air," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Susulan Lelaki Mahu Jadi Wanita: Ibu Bapa Pernah Tidak Akui Anak

Posted: 19 Jul 2011 05:05 PM PDT


Saya petik:

MOHD ASHRAF HAFIZ...mahu rayu keputusan mahkamah.
MOHD ASHRAF HAFIZ...mahu rayu keputusan mahkamah.

[HM] KUALA TERENGGANU: "Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini," kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.

Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.

"Ada yang menyebut lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu," katanya pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam. 

Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya. 

Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan ditanggung mereka sekeluarga.

"Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami," katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.

"Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.

"Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak," katanya.

Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun terkejut apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami menunaikan haji di Makkah.

"Kami berada di Makkah mengerjakan haji ketika itu dan sepanjang pengetahuan kami, dia bekerja di Putrajaya," katanya.

Menurutnya, Mohd Ashraf tidak memberitahu mereka mengenai ujian perubatan dan hormon dilakukannya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dua tahun sebelum pembedahan itu.

"Disebabkan terlalu marah, kami bakar semua pakaiannya dan memberitahunya supaya jangan pulang ke rumah lagi, tetapi kami tahu dia kerap pulang, cuma bermalam di dalam keretanya tanpa masuk ke rumah," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas tentera berkata, dia tidak mempunyai masalah mendisiplinkan anak, tetapi buntu menghadapi masalah membabitkan Mohd Ashraf.

"Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek.

"Saya menyedari kami perlu menangani masalah ini dan bukannya berterusan menafikannya kerana kami masih mempunyai Mohd Ashraf yang lama," katanya.

Menurutnya, masalah itu mungkin boleh dielak jika dia mendapatkan pandangan pakar mengapa Mohd Ashraf tidak mempunyai karakter lelaki ketika membesar.

"Suaranya tidak berubah menjadi garau ketika dia meningkat remaja dan gayanya berjalan juga seperti wanita, tetapi ketika itu saya tidak terlintas akan timbul masalah lebih besar," katanya Abdul Aziz berkata, jika kesilapan membesarkan anak menjadi punca Mohd Ashraf mahu menjadi wanita, dua anak angkatnya yang lebih tua sepatutnya menghadapi masalah sama.

"Anak angkat lelaki dan perempuan saya tidak mempunyai masalah, begitu juga adik lelaki dan perempuan Ashraf," katanya.

Meskipun mendengar mengenai kewujudan fatwa oleh Jakim yang membenarkan seseorang yang jantinanya diragukan menjalani pembedahan pertukaran jantina, Abdul Aziz berkata, dia tidak pasti bagaimana perkara itu boleh dilakukan kerana tiada garis panduan.

"Keputusan ujian perubatan menunjukkan dia mempunyai lebih banyak hormon perempuan berbanding lelaki. Bolehkah fakta ini menyokong permohonannya? Saya harap perkara seperti ini dijelaskan dengan terperinci dan layak diberikan pertimbangan," katanya.

Mohd Ashraf pula berkata, dia menerima keputusan Mahkamah Tinggi dan akan mengemukakan rayuan.

"Selagi ada ruang mengikut peruntukan undang-undang, saya akan merayu. Orang mungkin berharap saya diam terus atau mati, tetapi saya hanya mahu menjalani kehidupan yang aman," katanya.

P/s: Bagi sesiapa yang kemaruk mahu menukar jantina, sila ambil iktibar!

Tiada ulasan: