Kerabu Bersuara ® |
- Bersih 2.0: Sekitar 30 jalan di KL ditutup Sabtu
- Khairy Persoal Polis
- Terkini! Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini
- Sebarkan! Tatacara Untuk Menghadiri Himpunan Aman Bersih 2.0
- Perhubungan Internet dan Telefon Akan Dituttup Sabtu Ni?
- Ambiga, Ibrahim Ali dan Khairy antara 91 dilarang masuk KL Sabtu ini
- Bodoh Demokrasi!
- Janji-janji UMNO-Barisan Nasional
- Pendedahan Panas! Surat Minta Status Warganegara Untuk Pengundi Hantu Didedahkan! Parlimen Hulu Selangor
- Najib Dan Hishamuddin Munafik? Rakyat Dah Sedar Lama
- Memalukan! Takut Kepada BERSIH, Permit Bas Dibekukan
- Panas! Kaki Maksiat Dilantik Menjadi CEO (Chief Executive Oficer) TH Travel & Services Sdn Bhd?
- Bersih 2.0 akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 9hb Julai
| Bersih 2.0: Sekitar 30 jalan di KL ditutup Sabtu Posted: 07 Jul 2011 08:17 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara Sabtu ini menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata pihaknya menerima laporan bahawa beberapa kumpulan merancang untuk berkumpul di beberapa lokasi di kawasan panas dan menasihatkan publik agar menjauhkan diri dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu jika tiada urusan di bandar raya. Bagaimanapun katanya, mereka yang kerja dan tinggal di kawasan terbabit akan dibenarkan. Kawasan-kawasan yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah: — Jalan Syed Putram Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara — Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara — Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran. ![]() |
| Posted: 07 Jul 2011 08:15 AM PDT Khairy: Polis semarak ketegangan dengan perintah larang masuk KL Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 7 Julai — Khairy Jamaluddin mendakwa polis Kuala Lumpur hari ini menyemarakkan ketegangan berkaitan Bersih 2.0 dengan menggunakan perintah mahkamah melarang beliau dan 90 yang lain daripada memasuki ibu negara Sabtu ini. Ketua Pemuda Umno (gambar) ini yang pulang dari menyertai misi kemanusiaan ke Gaza petang ini mendapati dirinya "diharamkan dari bandar raya beliau tinggal." ![]() |
| Terkini! Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini Posted: 07 Jul 2011 05:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Julai — Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini. Perkasa Datuk Ibrahim Ali Datuk Ab Rahman Abu Bakar Syed Hassan Syed Ali Irawah Fahmi Ideris Roslan Kassim Sharifuddin Abd Hamid Dr Zubir Harun Ameir Hassan Datuk Ahmad Saad Ahmad Zaini Ismail Muhammad Zaid Md Arip Abdullah Mansor Zaira Jaafar Norkhaila Jamaludin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar Datuk Megat Firdouz Megat Junid Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican Megat Zulkarnaian Omardin Rizalman Mokhtar Tengku Azman Tengku Zainol Abidin Lokman Noor Adam Datuk Abdul Azeez Rahim Ungku Saleh Ungku Jamal Arman Azha Abu Hanifa Tun Faisal Ismail Aziz Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan Mohamad Sabu Hishamuddin Md Rais Khairul Anwar Ahmad Zainuddin Maria Chin Abdullah Chua Tian Chang Kamarulzaman Mohamad Dr Mohd Hatta Md Ramli Syed Shahir Syed Mohamud Syed Ibrahim Syed Noh Teresa Kok Suh Sim Badrul Hisha Shaharin Shamsul Iskandar bin Mohd Akin Arutchelvam A/L Subramaniam Wong Chin Huat Ong Boon Keong Enalini A/P Elumalai Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim Datuk Khalid Yunus Datuk Zulkifli Noordin Dr Zubir Harun Datuk Seri Abd Hadi Awang Datuk Seri Anwar Ibrahim Lim Kit Siang Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Nurul Izzah Anwar Kohila Yanasekaran Zaid Kamaruddin Khoo Teng Swee Fadiah Nadwa Fikri Yap Swee Seng Salahuddin Ayub Datuk Mahfuz Omar Nasrudin Hasan Mazlan Aliman Dr Syed Azman Syed Nawawi Dr Dzulkifli Ahmad Dr Mujahid Yusof Khalid Abd Samad Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Azman Shapawi Abd Rani Suhaizan Kaiat Nor Azli bin Musa Mohd Firdaus Jaafar Loke Siew Fook Lau Wen San Mohd Azmin Ali Mat Shuhaimi Shafie Satipul Bahari Amamt Wan Hassan Mohd Ramli Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin Muhammad Hilman Idham Mohd Shukri Che Ab Razab Mohd Syukri Kamaruddin Ahmad Syazwan Muhammad Hasan Choo Chon Kai Sarasvathy Muthu Soh Sook Hwa Nurul Izham Nurul Anuar Abd Rahim Osman Mohd Sibri Ismail Mohd Lukam Muda Datuk Prof Kamaruddin Kachar Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah ![]() |
| Sebarkan! Tatacara Untuk Menghadiri Himpunan Aman Bersih 2.0 Posted: 07 Jul 2011 05:00 AM PDT TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN PERLU dgn KWN2. Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Tuntutan Bersih 2.0 : BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih) Reformasikan Undi Pos Gunakan Dakwat Kekal Akses Media Yang Bebas & Adil Tempoh Berkempen Minima 21 Hari Kukuhkan Institusi Awam Hentikan Rasuah Hentikan Politik Kotor Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 : Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO's. Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya. Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman. CONTACT Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 016 2208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com ATAU info@bersih.com *Perkara yang perlu anda bawa/sediakan * Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja. Duit-maksimum RM100 sahaja. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0 Setiap peserta diwajibkan memakai kasut. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya SAHAJA boleh digunakan. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0. *Perkara yang tidak dibenarkan* Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah. *Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan* Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan. Maklumkan mereka tujuan anda keluar. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti. Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Stadium Merdeka Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula. *Semasa perhimpunan dan perarakan* Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander* Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 2.0. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada. *Selepas perhimpunan* Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 2.0. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 2.0. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0. *Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi* Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan. Jangan hampiri mereka. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu. *Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan* Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon. Duduk jika pimpinan arahkan. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri. Ambil gambar mereka jika sempat. Buat laporan Polis jika anda dikasari. *Apa yang anda perlu buat jika ditahan* APABILA DISOAL OLEH POLIS PengenaIan Anda Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? " Bilakah anda ditahan Anda ditahan apabila anggota polis itu • menjawab "ya" pada soalan di atas • beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis apabila anda digari Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan. Bilakah anda tidak boleh ditahan Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112). *Apa yang anda buat selepas dibebaskan* Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan. *Perhatian!* Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan. Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita. Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi. Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini. ![]() |
| Perhubungan Internet dan Telefon Akan Dituttup Sabtu Ni? Posted: 07 Jul 2011 04:15 AM PDT Sekat komunikasi awam tidak halang himpunan Bersih Harakahdaily KUALA LUMPUR, 7 Julai: Jawatankuasa Bersih 2.0 menasihatkan kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional supaya tidak menghenti akses kepada saluran komunikasi awam seperti telefon mudah alih, internet, perkhidmatan 3G mudah alih, laman web tertentu atau media sosial kerana ia tidak akan berjaya untuk menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0 di Stadium Merdeka Sabtu ini. Bersih 2.0 mendakwa mereka terkejut apabila dimaklumkan matlumat perisikan bahawa mungkin ada sekatan ke penuh atau sebahagian di internet menjelang perhimpunan aman anjuran mereka hujung minggu ini. "Jika diganggu dalam sebarang bentuk, pihak berkuasa akan kelihatan tidak berbeza daripada diktator di Timur Tengah yang telah menggunakan cara yang sama, tapi langsung tidak membawa kesan," tegur Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini. Dalam kenyataannya, Bersih 2.0 juga menggesa orang ramai yang mahu menyertai perhimpunan bersejarah 9 Julai ini masuk ke pusat bandar hari ini atau pagi esok kerana maklumat perisikan menunjukkan bahawa pengangkutan awam akan ditutup, sama ada sebahagian atau sepenuhnya pada hari Jumaat dan/atau Sabtu. Memerhatikan fakta yang mengejutkan bahawa permit bas ke Kuala Lumpur telah dibekukan, Bersih 2.0 berkata satu pelan rapi nampaknya sudah diusahakan untuk menyulitkan orang memasuki kawasan Kuala Lumpur pada 9 Julai ini sesukar yang boleh. Bersih 2.0 mengulangi komitmennya bahawa sebarang penindasan, ugutan dan halangan tidak akan dapat mencairkan keazaman untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka pada pukul 2 petang pada 9 Julai 2011 dan menjamin bahawa perhimpunan akan bersurai secara aman selepas itu. "Sekiranya mana-mana langkah-langkah di atas yang menindas mula berkuat kuasa, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa akan menyaksikan sendiri keterlaluan yang terdesak dan tidak munasabah yang sanggup digunakan oleh kerajaan untuk pergi ke menghalang pilihanraya yang bersih dan adil. Kerajaan juga tanpa ragu-ragu kena bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kehilangan perniagaan, kehilangan keyakinan dalam masyarakat pelaburan, dan kehilangan muhibah yang lengkap ke arah kedudukan politik dan perdagangan di Malaysia," tegas Bersih 2.0. Semalam, setelah pihak kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkir janji untuk membenarkan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan awam di stadium, Bersih 2.0 mengumumkan bahawa mereka telah membuat keputusan muktamad tanpa kompromi untuk meneruskan perhimpunan aman mereka di Stadium Merdeka pada 2 petang 9 Julai ini. "Jika Perdana Menteri seorang yang jujur, beliau sepatutnya membuat persediaan yang sesuai supaya perhimpunan ini berjalan secara aman di Stadium Merdeka. "Sama ada kerajaan mematuhi prinsip-prinsip mereka, kami rakyat Malaysia akan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip kami. "Keazaman kami untuk melaksanakan hak kami untuk berhimpun secara aman bagi tujuan yang adil dan munasabah tidak akan tergoncang sama sekali," kata gerakan itu dalam satu kenyataan lewat semalam. Bersih 2.0 juga mengingatkan bahawa tanggungjawab mereka yang paling penting sekarang adalah untuk masa depan dan anak-anak kelahiran negara ini, dan untuk memastikan mereka mewarisi negara yang bukan diperintah oleh ketakutan, tetapi oleh prinsip-prinsip keadilan. "Apapun yang berlaku antara sekarang dan 9 Julai, rakyat akan berhimpun secara aman dan teratur untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, pukul 2 petang. "Kami akan datang, berhimpun secara aman dan bersama-sama kita akan membina Malaysia yang lebih baik," tambahnya. ![]() |
| Ambiga, Ibrahim Ali dan Khairy antara 91 dilarang masuk KL Sabtu ini Posted: 07 Jul 2011 02:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis memperoleh perintah mahkamah melarang seramai 91 individu yang berkaitan dengan Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa daripada memasuki Kuala Lumpur Sabru ini. Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin — langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata orang ramai "sangat tidak digalakkan" ke ibu negara Sabtu ini. Antara nama disenaraikan ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan anggota jawatankuasa pemandu Bersih Maria Chin Abdullah. Amar berkata individu berkenaan telah diserahkan perintah itu hari ini. Seramai 66 orang adalah dari Bersih, 14 melibatkan Perkasa dan 11 dari Pemuda Umno. ![]() |
| Posted: 07 Jul 2011 01:29 AM PDT IGP: Polis minta Bersih adakan himpunan di luar KL Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis telah meminta Bersih 2.0 agar mengadakan perhimpunan mereka pada Sabtu ini di luar ibu negara. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata langkah ini perlu demi kepentingan orang ramai yang tidak terlibat dalam pergerakan tuntutan pembaharuan pilihan raya. "Saya mengesyorkan mereka agar mengadakan di luar Kuala Lumpur. Jangan menyebabkan kesesakan di Stadium Merdeka yang dekat dengan pusat bandar raya dan menyebabkan gangguan," kata beliau selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Bersih 2.0 termasuk ketuanya Datuk Ambiga Sreenevasan petang ini. ![]() |
| Janji-janji UMNO-Barisan Nasional Posted: 07 Jul 2011 01:00 AM PDT Komentar Roketkini 7 JULAI – Bersih hanya mahu pilihan raya yang bebas, adil dan bersih. Untuk mencapai matlamat ini Bersih menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 serta mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu ini. Perhimpunan aman Bersih 2.0 perlu diadakan kerana menyedari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan sahaja tidak mahu membuat apa-apa perubahan serius, malah badan yang sepatutnya bebas dari cengkaman kerajaan Barisan Nasional telah bersikap berat sebelah sejak sekian lama. Usaha penganjur Bersih 2.0 oleh sekumpulan rakyat prihatin yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik telah ditohmah, ditekan, ditindas dan dikongkong dengan zalim oleh pihak berkuasa yang menurut arahan pucuk pimpinan UMNO-BN. Tekanan yang keras dan menimbulkan keresahan itu menyebabkan Yang di-Pertuan Agong terpaksa campur tangan untuk meredakan keadaan. Kedua-dua pihak kerajaan dan penganjur Bersih 2.0 akur dengan titah Seri Paduka untuk berunding dan menyelesaikan perbezaan pendapat secara bermaruah dan bertamadun. Malah Bersih 2.0 bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengubah tempat di jalanan ibu kota kepada perhimpunan aman di sebuah stadium, dan dicadangkan Stadium Merdeka sebagai tempat berkumpul secara aman dan damai. Semua ini dilakukan sebagai tanda kasih sayang dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sayangnya, titah Seri Paduka kepada kerajaan UMNO-BN dan pihak polis hanya seperti mencurah air ke daun keladi. Seolah-olah titah Baginda hanya untuk Bersih 2.0 tetapi tidak perlu dipatuhi oleh UMNO-BN serta menteri-menteri pusat dan pihak polis. Dengan angkuh dan bongkaknya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan bahawa: "Hanya kerana mereka (penganjur Bersih 2.0) menghadap Yang di-Pertuan Agong tidak bererti mereka bukan lagi pertubuhan/perhimpunan yang haram". Dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya semalam, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO menambah bahawa cadangan Najib supaya perhimpunan aman secara sah oleh Bersih 2.0 di stadium juga tidak bererti penganjur tidak perlu memohon permit. Tidak cukup dengan itu, mengikut tafisrannya sendiri, oleh kerana tidak ada sesiapa boleh mengatasi undang-undang, maka Bersih perlu memohon permit untuk mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini. Hishammuddin telah mengisytiharkan Bersih, perhimpunan aman Bersih 2.0 serta t-shirt kuning Bersih 2.0 sebagai haram. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar juga memberi amaran bahawa jika perhimpunan aman Bersih 2.0 di stadium diadakan tanpa permit, polis akan mengambil tindakan terhadap semua yang terlibat. Tidak cukup dengan itu, beliau dilaporkan berkata bahawa jika permit diluluskan sekali pun, sesiapa yang memakai baju Bersih atau membawa apa-apa yang mempunyai logo Bersih, akan ditangkap. Jelas bagi mereka yang berada di tampuk kuasa, titah Yang di-Pertuan Agong tidak penting sama sekali. Walau pun Seri Paduka tidak menggunakan perkataan "perhimpunan haram" dalam titah Baginda, ia tidak menjadi hal kepada pihak berkuasa untuk berbuat apa sahaja. Mengulas sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan UMNO-BN itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata: "Kita kesal dengan sikap keterlaluan Menteri Dalam Negeri yang menyimpang dari rundingan Yang di-Pertuan Agong, seolah-olah mengatakan 'kami tidak peduli rundingan kamu dengan Agong'." Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyatakan kerajaan UMNO-BN dan polis seperti melakukan sabotaj terhadap perkenan dan titah Seri Paduka, di samping melanggar janji Najib bagi membolehkan perhimpunan aman Bersih 2.0 diadakan di stadium. "Ia semangat rundingan Bersih dengan Yang di-Pertuan Agong, pindah dari perarakan awam ke stadium, disahkan oleh Perdana Menteri. Apa alasan dia nak batalkan lagi," katanya. Anwar menyatakan pendirian itu selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur semalam yang turut disertai oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Malah, Najib sendiri dalam masa beberapa hari sahaja sudah menunjukkan sikap negatif. Kabinet pimpinannya menolak perhimpunan aman di Stadium Negara manakala beliau sendiri tiba-tiba menyatakan tidak pernah berjanji untuk bertemu dengan wakil-wakil Bersih untuk berunding. Lebih dari itu, Najib dalam satu majlis bersama pertubuhan silat di ibu kota malam tadi, telah mengisytiharkan bahawa para pesilat akan bangun menentang "musuh-musuh yang mahu menyerang negara dari dalam dan luar negara". Mungkin kini kerajaan UMNO-BN merasa bangga dan bongkak dengan kelicikan politik kotor mereka yang kononnya berjaya mempermainkan Bersih, malah sanggup menegtepikan titah Yang di-Pertuan Agong. Rakyat khususnya orang Melayu dan Islam yang diajar sejak kecil lagi sudah arif tentang sifat-sifat keji sedemikian: * Apabila diberi amanah, dia pecah amanah * Apabila bercakap, dia bohong; * Apabila berjanji, dia mungkir janji; dan * Apabila berbalah, dia mahu menang walau dia bersalah. Rakyat jelata kini menjadi saksi kepada apa yang sedang berlaku di depan mata sendiri. Inilah wajah, sikap dan aksi UMNO-BN yang sebenar, yang sanggup meminggirkan rakyat demi kuasa yang hanya sementara itu. – Roketkini.com ![]() |
| Posted: 06 Jul 2011 09:36 PM PDT |
| Najib Dan Hishamuddin Munafik? Rakyat Dah Sedar Lama Posted: 06 Jul 2011 08:49 PM PDT PAS: PM, Hisham perlu kota janji, hargai pendirian Bersih KUALA LUMPUR, 7 Julai — Kerajaan tidak seharusnya mengharamkan Bersih 2.0 dan apa sahaja yang berkaitan dengan warna kuning ekoran keputusan sekretariat gabungan itu mahu mengadakan perhimpunan di stadium di ibu negara, kata ahli jawatankausa PAS pusat Khalid Samad. Kelmarin, Bersih 2.0 memutuskan bahawa ia sanggup membatalkan perhimpunan jalanan, sebaliknya akan berhimpun di Stadium Merdeka. Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Bersih 2.0 masih merupakan sebuah badan yang telah diharamkan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyerahkan kepada polis untuk mengadakan perbincangan dengan Bersih 2.0 dan bergantung pada polis untuk menentukan. Kabinet yang bermesyuarat semalam juga memutuskan tidak akan membenarkan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Negara atas alasan ia satu kumpulan yang masih haram selain faktor keselamatan. Bersih 2.0 memutuskan untuk mengadakan perhimpunan hanya di stadium ekoran pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan janji Najib bahawa gabungan itu boleh berhimpun di stadium jika mahu. Pihak polis pula telah memulakan sekatan jalan di pelbagai kawasan di Lembah Klang sejak pagi semalam. Meskipun Bersih 2.0 menerima tawaran Najib tetapi pihak berkuasa menegaskan bahawa penganjur perlu memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan di stadium. Khalid, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, rakyat ingin melihat sejauhmana pentadbiran Najib akan mengotakan apa yang mereka janjikan sebelum ini. "Cadangan untuk diadakan di stadium telah terlebih dahulu dicadangkan oleh Hishammuddin dan diulangi oleh Najib sendiri. Oleh itu, sekarang kita ingin melihat sejauhmana pihak kerajaan BN akan mengotakan apa yang mereka sendiri nyatakan," kata beliau dalam tulisan blognya. Kata Khalid, apabila Himpunan Bersih 2.0 tidak lagi dianggap sebagai perhimpunan haram, maka sebarang sekatan jalan oleh pihak polis tidak lagi perlu diadakan. "Tuduhan Bersih adalah pengkhianat dan ejen asing tidak perlu diulangi. Drama minggu ini yang mempamerkan berbagai jenis senjata dan 'Molotov cocktail' dalam botol plastik juga tidak perlu diteruskan," tulis beliau lagi. Sebaliknya Yang Dipertua PAS Shah Alam ini memberitahu, pihak keselamatan seharusnya memikirkan langkah yang perlu diambil bagi memudahkan perhimpunan Sabtu ini diadakan. "Mereka harus menghalang mana-mana pihak yang ingin mengganggu perhimpunan tersebut. Ia patut dilayani seperti mana-mana perhimpunan yang sah seperti perhimpunan '1 Juta' belia di Putrajaya tempoh hari," kata beliau. Menurut Khalid, sekiranya usaha menghalang dan mengharamkan tetap diteruskan, ini bererti tawaran Hishammuddin dan Najib tidak ikhlas. "Ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa titah Yang di-Pertuan Agong yang inginkan isu ini ditangani secara adil dan bijaksana, tidak diendahkan sama sekali oleh pihak kerajaan yang tetap berkeras dengan agenda yang ingin menundukkan rakyat dengan apa cara sekali pun," katanya. Khalid berkata adalah tidak munasabah pihak keselamatan bertindak sedemikian rupa apabila perhimpunan ini telah dipersetujui dan diberikan kelulusan oleh pihak kerajaan sendiri. "Sebagai contoh, kesesakan lalu lintas yang jelas dihasilkan sekatan jalan raya pada 6 Julai (semalam), sedangkan kesediaan Bersih untuk memindahkan perhimpunan ke stadium telah dinyatakan sejak semalam (kelmarin) lagi. Atau apakah mungkin pihak keselamatan sudah tidak mengendahkan lagi arahan Perdana Mentei dan Menteri Dalam Negeri?" kata beliau sambil menambah hasil pertemuan kepimpinan Bersih dan Yang di-Pertuan Agong sekali lagi membuktikan keikhlasan mereka dengan menyatakan kesediaan mereka untuk menganjurkan perhimpunan tersebut di dalam sebuah stadium di ibu negara. ![]() |
| Memalukan! Takut Kepada BERSIH, Permit Bas Dibekukan Posted: 06 Jul 2011 08:36 PM PDT Bersih 2.0: Permit sementara bas seluruh negara dibeku Oleh G. Manimaran KUALA LUMPUR, 7 Julai — Permit sementara bagi bas untuk membawa penumpang dari pelbagai kawasan di seluruh Semenanjung ke Lembah Klang khususnya ibu negara hujung minggu ini sudah dibekukan, dipercayai langkah terbaru bagi mengehadkan peserta Himpunan Bersih, Sabtu ini. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak mengeluarkan permit sementara bagi bas kilang dan sekolah membawa penumpang ke ibu negara hujung minggu ini, tetapi menekankan langkah itu semata-mata bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di ibu negara. Langkah itu akan dikuatkuasakan mulai tengah malam esok, kata beliau. Keputusan SPAD itu telah dimaklumkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu. Sebelum ini permit sementara yang dikenali sebagai lesen perubahan sementara bagi bas sekolah dan kilang dikeluarkan oleh JPJ. Tetapi kini ia terletak di bawah SPAD. Menurut Syed Hamid, SPAD mengambil tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang masalah lalu lintas di Lembah Klang khususnya di Kuala Lumpur. "Kami tidak mencadangkan bahawa akan ada perhimpunan (Sabtu ini), cuma tidak mahu menambah masalah lalu lintas," katanya kepada The Malaysian Insider pagi ini. "Lagi pun SPAD tidak nampak ada keperluan untuk mengeluarkan permit sementara sebab sekarang ini bukan cuti sekolah ataupun musim perayaan yang akan menambah pergerakan orang ramai," katanya. Bagaimanapun Syed Hamid berkata, operasi pengangkutan awam lain khususnya transit aliran ringan di ibu negara akan berjalan seperti biasa. "Perkhidmatan LRT akan berjalan seperti tanpa gangguan, begitu juga perkhidmatan bas normal (antara ke dan dari Lembah Klang)... tiada perubahan, akan dikendalikan seperti biasa. Saya tidak menjangkakan sebarang masalah," katanya lagi. Mengenai tindakan akan diambil jika ada pihak melanggar keputusan SPAD, Syed Hamid memberitahu, "rakyat kita ini adalah mereka yang bertanggungjawab, begitu juga operator bas... saya yakin mereka akan patuh (kepada keputusan dibuat)." Perkhidmatan transit aliran ringan dan bas mengalami gangguan ketika perhimpunan anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan pada Ogos 2009. "Oleh kerana SPAD sudah membuat keputusan, maka JPJ dan polis boleh mengambil tindakan, jika ada mana-mana bas yang membawa penumpang tanpa permit sementara, kita boleh menahan dan menyita bas-bas terbabit," jelas Solah. Lazimnya permit sementara, untuk kegunaan hujung minggu, akan dikeluarkan seminggu sebelum perjalanan. "Jadi, permit hujung minggu ini adalah bagi perjalanan 7 dan 8 Julai, hingga hujung minggu... keputusan ini membabitkan seluruh negara," kata Solah lagi. Perkembangan terbaru ini, yang dilihat meneruskan suasana tegang, muncul selepas Kabinet yang bermesyuarat semalam memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 diadakan di Stadium Negara atau Stadium Merdeka. Malah semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Bersih 2.0 masih merupakan sebuah badan yang telah diharamkan. Bersih 2.0 memutuskan untuk mengadakan perhimpunan hanya di stadium ekoran pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa gabungan itu boleh berhimpun di stadium jika mahu. Pihak polis pula telah memulakan sekatan jalan di pelbagai kawasan di Lembah Klang sejak pagi semalam. Meskipun Bersih 2.0 menerima tawaran Najib tetapi pihak berkuasa menegaskan bahawa penganjur perlu memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan di stadium. ![]() |
| Panas! Kaki Maksiat Dilantik Menjadi CEO (Chief Executive Oficer) TH Travel & Services Sdn Bhd? Posted: 06 Jul 2011 05:14 PM PDT LIHAT wajah perempuan ini baik-baik. Namanya Datuk Yasmin Binti Dato Yazid, pemegang kad pengenalan bernombor 591028035078. Wanita ini bakal dilantik menjadi CEO (Chief Executive Oficer) TH Travel & Services Sdn Bhd [TH travel] sebuah anak syarikat Tabung haji pada hari jumaat ini. TH Travel adalah sebuah syarikat yang menguruskan perjalanan beribu-ribu jemaah ke tanah suci Mekah terutamanya untuk menunaikan kewajipan rukun Islam ke lima. [Selanjutnya] ![]() |
| Bersih 2.0 akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 9hb Julai Posted: 06 Jul 2011 04:00 PM PDT Bersih 2.0 kecewa dengan tindakan Perdana Menteri dan Kabinetnya yang mungkir janji untuk sediakan stadium bagi kami untuk mengadakan perhimpunan aman. Sebagai anggota masyarakat sivil yang komited kepada prinsip-prinsip integriti, kami berhasrat untuk mematuhi nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong dan mengadakan perhimpunan dalam stadium bagi membuat tuntutan kami untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Kami telah memilih Stadium Merdeka sebagai tempat terbaik untuk acara ini kerana ia amat simbolik dan berlokasi pusat, dan kami akan tetap berdiri teguh kepada keputusan kami untuk berhimpun secara aman di sana. Jika Perdana Menteri seorang yang jujur, beliau sepatutnya membuat persediaan yang sesuai supaya perhimpunan ini berjalan secara aman di Stadium Merdeka. Sama ada kerajaan mematuhi prinsip-prinsip mereka, kami rakyat Malaysia akan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip kami. Keazaman kami untuk melaksanakan hak kami untuk berhimpun secara aman bagi tujuan yang adil dan munasabah tidak akan tergoncang sama sekali. Kenyataan baru-baru ini oleh Timbalan Ketua Polis Negara seolah-olah menunjukkan bahawa polis berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap kami sekiranya kami berbuat apa-apa pada 9 Jul selain duduk di rumah. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia patriotik yang hanya inginkan keupayaan memilih pemimpin-pemimpin kita melalui cara demokratik dan halal tidak akan ditakuti oleh pelaksanaan kuasa yang zalim dan tidak bermoral. Tanggungjawab kita yang paling penting adalah untuk masa depan dan anak-anak kita, dan kami berhasrat untuk pastikan mereka mewarisi negara yang bukan diperintah oleh ketakutan, tetapi oleh prinsip-prinsip keadilan. Apapun yang berlaku antara sekarang dan 9 Julai, rakyat akan berhimpun secara aman dan teratur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, pukul 2 petang. Kami akan datang, berhimpun secara aman dan bersama-sama kita akan membina Malaysia yang lebih baik. Yang benar, Jawatankuasa Induk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada: Dato 'Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Prakkash Arul, K. Arumugam, Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard YW Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato' Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato 'Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin. ![]() |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan