ALHUSSEYN |
- Kerajaan Boleh Dituduh Menentang Agong Jika Gagal Laksana Perlembagaan- Aziz Bari
- Bersih 2.0 berusaha menghadap Agung
- Malaysia ditadbir oleh orang tamadun atau gila?
Kerajaan Boleh Dituduh Menentang Agong Jika Gagal Laksana Perlembagaan- Aziz Bari Posted: 03 Jul 2011 11:04 PM PDT Keadilan Daily Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, kerajaan boleh didakwa menentang Yang Dipertuan Agong, sekiranya gagal melaksanakan perlembagaan yang antara lain menjamin pilihan raya bebas dan kebebasan berhimpun. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah khas Tuanku Mizan Zainal Abidin, berhubung perhimpunan aman Bersih, malam tadi. "Kerajaan tidak boleh gunakan titah ini untuk kepentingan mereka. Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kalau mereka gagal lakukan apa yang dikehendaki perlembagaan, mereka boleh dituduh menentang Agong," Ujar Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu. Menurut Aziz, Titah baginda yang menyeru kedua pihak berunding untuk mencari jalan penyelesaian perlu difahami dalam konteks yang terkandung dalam perlembagaan. "Agong tidak menggelar himpunan Bersih haram, baginda cuma titah demo tidak semestinya cara terbaik. "Dan saya fikir baginda juga mengingatkan kerajaan," Ujarnya dalam kenyataan khas kepada Keadilandaily.com. Menurutnya, rakyat perlu akur bahawa baginda bertitah sebagai ketua negara dan dalam peranan itu, baginda tidak boleh menunjukkan sikap emosional. "Mungkin ada bahagian titah itu yang kita tidak selesa tetapi kita harus letakkan diri kita di tempat baginda supaya faham kedudukan dan sensitiviti yang baginda perlu ambilkira. "Perlu disedari apa yang dituntut bukan kepentingan Bersih tetapi kehendak dan semangat perlembagaan," ujarnya lagi. Ketika ditanya kemungkinan berlakunya darurat, ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan hal itu kepada polis minggu lalu, Aziz yakin perkara itu tidak akan berlaku. "Darurat diisytihar oleh Agong selalunya atas nasihat kerajaan tetapi dalam senario sekarang, saya tak fikir kerajaan berani menasihatkan Agong isytihar darurat. "Saya fikir ini peluang untuk Bersih mendesak tahanan dibebaskan serta merta. Begitu juga rampasan yang dibuat. Jika polis enggan mereka bukan sahaja melanggar perlembagaan malah engkar titah Agong," kata merujuk enam individu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini. Kata Aziz, tindakan polis yang sewenangnya menangkap mereka, tidak selaras dengan kehendak perlembagaan. "Alasan yang mereka berikan tidak masuk akal. Mereka kata mereka ikut undang-undang. Soalnya apakah semangat dan tujuan asal undang-undang itu mereka pertimbangkan? "Ramai yang terpinga-pinga dengan penggunaan ordinan darurat, tuduhan komunis dan lain lain. "Apalagi tahun lalu Hishamuddin sendiri mengatakan yang Malaysia tidak lagi berada dalam keadaan darurat. "Pendeknya menteri dan polis tidak konsisten dalam hujah dan tindakan mereka," katanya. |
Bersih 2.0 berusaha menghadap Agung Posted: 03 Jul 2011 10:17 PM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 4 Julai: Jawatankuasa penganjur Bersih 2.0 sedang berusaha untuk menghadap Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum Sabtu ini sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perhimpunan itu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat Bersih 2.0, "Kami akan berkomunikasi dengan Yang Dipertuan Agung sebelum membuat keputusan akhir." Pagi ini Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Srevanasan bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan situasi sekarang, kata satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Bersih melalui Twitter mereka. Petang semalam Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah agar diadakan rundingan antara pihak Bersih dan kerajaan. Baginda juga mengarahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan. Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu. Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini. Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. |
Malaysia ditadbir oleh orang tamadun atau gila? Posted: 03 Jul 2011 06:35 PM PDT Saya sangat tertarik dengan ucapan khas Yang di-Pertuan Agong di sini tetapi saya lebih fokus kepada klaus ini : "Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".Apakah negara kita Malaysia ini ditadbir oleh orang yang bertamadun atau gila? Kalau bertamadun, takkanlah pakai baju kuning tertera perkataan BERSIH pun suatu kesalahan? Kuning adalah warna diraja oleh itu ia adalah satu penghinaan kepada raja bila rakyat memakai dan menjual baju kuning ditangkap diseluruh negara.Seolah-olah PDRM kini sudah menjadi PRDM – Polis Raja Di Malaysia! Apakah polis trafik bandaraya tidak mampu mengawal lalu lintas sebagaimana mereka lakukan semasa berlangsungnya acara-acara lain seperti mana perlumbaan basikal Langkawi de tour? Tetapi hanya kerana pihak polis menjadi pak turut demi melindungi UMNO, mereka tidak mengeluarkan permit menyebabkan satu perhimpunan aman menuntut pilihanraya bersih dan adil menjadi haram. Polis bertindak seperti samseng dan penjenayah bekerja untuk UMNO dan tidak berkelakuan seperti sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi undang-undang dan ketenteraman. Oleh itu, dengarlah nasihat Yang di-Pertuan Agong – selesaikan secara rundingan sebagai masyarakat yang bertamadun. |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan