Sabtu, 23 Julai 2011

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


TAHNIAH - QARI & QARIAH MALAYSIA JUARA TILAWAH

Posted: 23 Jul 2011 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 Julai – Qari dan qariah Malaysia, Amirahman Abas dan Suraya Abu Hassan muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Amirahman yang membacakan surah Nahl bermula ayat 65 meraih markah 89.26 peratus manakala Suraya yang memperdengarkan surah Al-Zahraa bermula ayat ke-57 pula mendapat 88.67 peratus.

Kedua-duanya menyampaikan bacaan mereka pada malam ini, iaitu malam terakhir majlis tilawah tersebut yang dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung dan disiarkan secara langsung menerusi TV1.

Kemenangan itu membolehkan qari Malaysia tersebut masing-masing menerima hadiah wang tunai RM32,200 berserta trofi dan sijil.

Hadiah-hadiah disampaikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Dalam pada itu, qari Filipina, Saudi M. Gandisa muncul naib johan apabila mengumpul markah 88.67 peratus dan tempat ketiga, Abdel Bast Mohamed dari Mesir dengan 87.88 peratus.

Bagi kategori qariah, tempat kedua dimenangi peserta Indonesia, Noor Khalidah Kapsul Anwar yang memperoleh markah 88.30 peratus dan ketiga, Nur Azizah Sholichin dari Singapura dengan 86.17 peratus.

Pemenang tempat kedua dan ketiga bagi kedua-dua kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai RM22,400 dan RM13,600 berserta sijil.

Peserta lain tilawah tersebut pula menerima sagu hati berupa hadiah wang tunai RM4,800 berserta sijil.

Bagi kategori qari, tempat keempat dimenangi qari Iran, Hamidreza Abbasi dan kelima, qari Brunei, Awang Ismail Sulaiman.

Qariah dari Brunei, Dayang Nuurfaezah Emran pula menduduki tempat keempat, manakala kelima, Rahima M. Panondiongan dari Filipina.

Majlis tilawah yang berlangsung sejak 16 Julai lalu bertema 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' menyaksikan 81 peserta (50 qari dan 31 qariah) dari 50 negara mengambil bahagian.

Penghakiman tilawah tahun ini dilakukan 16 hakim dipengerusikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

Turut berangkat Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.

Majlis malam ini turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. – Utusan

SINGAPURA LAWAN MALAYSIA

Posted: 23 Jul 2011 04:30 AM PDT


update: Keputusan berakhir dengan Singapura 5 Malaysia 3. Jumpa di Stadium Bukit Jalil pula pada 28 Julai 2011 untuk perlawanan kedua.

Pertahanan Malaysia banyak tunggu dan lihat yang akhirnya Singapura dapat membuat jaringan gol ke 5 pada minit yang ke 80

Gol ke 3 Malaysia pada minit yang ke 69

Gol ke 2 Malaysia pada minit yang ke 68

Walaupun gol ke 5 Singapura pada minit ke 59 dibataklan kerana offside namun pertahanan Malaysia tetap longgar.

Tim kapten Malaysia kena buang padang pada minit ke 51. Pada minit ke 54, pemain Singapura pula kena kad merah (buang padang). Sekarang pemain hanya 10 lawan 10.

Separuh masa pertama sahaja Malaysia dah kena bantai dengan Singapura 4 - 1.

HAPPY BIRTHDAY PM 1MALAYSIA

Posted: 22 Jul 2011 06:13 PM PDT


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
.........HAPPY BIRTHDAY TO DATO' SERI NAJIB RAZAK.........
ULANGTAHUN YANG KE 58
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Sempena ulangtahun kelahiran PM yang ke 58, walaupun berbeza idologi politik saya tetap mendoakan Dato Seri agar dipanjangkan umur serta terbuka untuk menerima konsep serta melaksanakan hukum berlandaskan Islam di negara ini.

Namun saya tidak pasti adakah kepimpinan Dato Seri mampu berubah atau bersedia untuk rebah...

KOS PERKAHWINAN NORMAN DAN MEMEY RM2 JUTA

Posted: 22 Jul 2011 05:13 PM PDT

RM12,000,000. Ya, itulah kos keseluruhan penajaan yang diberikan kepada pelakon Norman Hakim dan bakal isterinya, Memey Suhaiza. Jika jumlah sedemikian diberikan kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Namun, apabila ia diberikan kepada pasangan kontroversi, Memey dan Norman, ia benar-benar mengejutkan. Namun, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.

Antara syarikat yang bekerjasama dengan Rafflesia ialah Lord's Tailor, Snips, Crowne Plaza Mutiara Hotel, Angsana Spa, Naz Great Ideas dan Jimmy Choo.

Antara yang bakal ditaja termasuklah:

2 pasang busana* yang akan dipakai oleh Memey Suhaiza : RM500,000 sepasang

2 pasang kasut* rekaan khas Prof Datuk Jimmy Choo : RM300,000 sepasang
* harga bergantung kualiti mutiara yang akan digunakan (mutiara South Sea atau Fresh Water)

2 set barang kemas, anting-anting, rantai leher, gelang, cincin dan tiara: RM2.8 juta satu set

2 pasang sut pengantin lelaki rekaan Lord's Tailor

4 pasang pakaian untuk pengapit pengantin perempuan dan lelaki.

Pasangan pengantin akan diraikan di Bridal Suite di hotel tersebut dan diberikan peluang untuk menikmati pakej spa di Angsana Spa sebelum dan selepas majlis perkahwinan.

Solekan dan dandanan rambut yang bersesuaian dengan tema klasik "New York" lewat majlis perkahwinan Hollywood di Amerika Utara.

Dekorasi untuk majlis persandingan yang bertemakan "New York" bakal menghiasi Nirwana Ballroom, Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Sebanyak empat carousel bakal dibina mengelilingi pentas utama yang akan dilengkapi sofa untuk mewujudkan suasana santai pada majlis tersebut. Warna-warna krim, putih dan perak akan menjadi warna utama majlis tersebut berserta bunga-bunga segar yang dianggarkan bernilai RM150,000.

Menurut Nas selaku pereka dekorasi untuk majlis tersebut, idea "New York" dipilih adalah untuk mewujudkan kelainan berbanding majlis-majlis perkahwinan sebelum ini.

"Majlis ini berbeza dengan majlis-majlis yang pernah saya hasilkan sebelum ini. Dekorasinya sangat original. Ia memberikan saya cabaran besar untuk mencetuskan idea sedemikian. Majlis ini akan menjadi sebuah majlis yang penuh glamour dan bergemerlapan."

Dijangka seramai 6-8 orang artis tempatan dan antarabangsa bakal membuat persembahan untuk hiburan tetamu yang hadir. Nama artis antarabangsa yang akan membuat persembahan masih belum diumumkan.

Pasangan itu bakal bernikah di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada 24 September dan resepsi pihak perempuan akan diadakan keesokkannya. Turut dilangsungkan adalah majlis khatam Quran dan majlis berinai kecil dan besar.

Turut hadir ke sidang media pengumuman penajaan tersebut ialah Prof Datuk Jimmy Choo, Winnie Sin dan ramai lagi. Pasangan pengantin mengenakan busana berona ungu yang direka khas oleh Lord's Tailor untuk majlis tersebut.

Tiada ulasan: