Addin |
- Jutawan Robert Kuok, Pemilik Kapal Bersalut Emas RM13 Billion
- SKMM Memang Bangang Ke?
- Video BERSIH Versi Polis Sesuai TV Hitam Putih
- Retreat PAS Melaka Rangka Gerak Kerja PRU 13
- Ada Persamaan Ben Ali Dan Najib Rupanya...
- Sambutan Hari Lahir Terakhir Najib Sebagai Perdana Menteri..
- Hantar Pulang Bourdon, Bukti Najib Takut Rahsia Scorpene Terbongkar
- Perangai Buruk Najib Cemarkan Nama Malaysia
- BERSIH : SUHAKAM Minta Bahan Bukti Daripada Orang Awam
Jutawan Robert Kuok, Pemilik Kapal Bersalut Emas RM13 Billion Posted: 23 Jul 2011 09:56 AM PDT LONDON - Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion). Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok. Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion). Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia. Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu. Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan. Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu. Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex. Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya./kosmo Addin : Robert Kuok atau jutawan gula adalah salah seorang kroni Umno BN..beliau mendapat hasil kekayaannya dari memonopoli perniagaan gula.. Sedang rakyat Malaysia hidup dalam kesempitan.. masih ada yang hidup mewah yang melampau-lampau.. |
Posted: 23 Jul 2011 07:48 AM PDT Kredit buat Ameno World yang mengeluarkan entri panas ni.. Kau orang bacalah sendiri entri ni dan nilailah sendiri.. Semua agensi kat Malaysia ni dah jadi bangang tahap gaban ke? habis di perkudakan satu persatu oleh UMNO BN yang cabul. Mungkin aku tak sokong 100% entri ni tapi aku sokong 110%..ha..ha.. layan!! Di petik dari utusan bingai. Adakah SKMM cuba menyatakan [mengambarkan] bahawa gambar2 bersih yang kita ambil ialah palsu? Lihat bawah neh lagi ; Adakah ini yang dimaksudkan sebagai palsu? Gambar di atas neh palsu? Apa dia? Ulang balik? palsu? Kat bawah neh pun SKMM nak siasat kesahihan nya juga ka? Ini palsu? Aku percaya ahli umno sendiri pun bunuh diri jika SKMM nak siasat kedua2 gambar neh bagi membuktikan kesahihan-nya pasal gambar neh memang sahih. Bukan lukisan. Pun bukan rekaan. Gambar neh antara yang diberitakan oleh aljazeera beb. Siyes. Bukan aku nak kutuk lebih2 tapi kalau SKMM banyak masa terluang sila buat kerja2 yang lebih berfaedah. Ataupun kalau masih nak buat kerja bodoh neh gak maka siap sedia lah di labelkan sebagai BODOH NAK MAMPOS sebab buat kerja bingai. Sekian. kah kah kah |
Video BERSIH Versi Polis Sesuai TV Hitam Putih Posted: 23 Jul 2011 05:00 AM PDT Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu mengenai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen (TV) hitam putih. "Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Justeru, katanya sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Terbaru, ujarnya polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. Tambahnya, hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu. "Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis," ujarnya. Beliau berkata, beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya. Menurutnya, adalah mstahil di dalam beberapa minit demo rakaman itu boleh diedit. "Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?" soalnya. Ini, katanya ditambah pula dengan menuduh Mohamad Sabu tidak cedera sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu. Nampaknya, kata beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka. Persoalannya, tambah beliau di mana pergi Datuk Seri Hishammuddin. "Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan. "Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti," katanya./hrkh Addin : Video BERSIH versi polis sesuai zama tv hitam putih je.. Sedangkan sekarang ni zaman IT, pelbagai gadget canggih ada di pasaran... tapi polis masih ketinggalan zaman... Handphone aku yang yang murah ni pun videonya berwarna.. Polis KANTOI lagi.. ha..ha.. rakyat tertawakan kamu!! |
Retreat PAS Melaka Rangka Gerak Kerja PRU 13 Posted: 23 Jul 2011 03:27 AM PDT 'Retreat' Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (BPPNM) yang dilangsung di sini hari ini berjaya membentuk rangka kerja dan perancangan aktiviti terbaik bagi menghadapi suasana politik semasa dan Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Retreat tersebut yang dijalankan sehari suntuk mengumpulkan seluruh kepimpinan PAS Negeri dan kawasan disifatkan amat berjaya. Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dalam ucapan aluannya pada program tersebut optimis PAS Melaka berjaya menguasai politik Melaka dalam masa terdekat. "Kepimpinan PAS mesti terjun ke tengah masyarakat bagi menangani isu-isu masyarakat di samping berusaha memperkenalkan PAS di tengah masyarakat. "Kita mesti berusaha untuk menjadi juara rakyat dalam apa juga isu. PAS mesti sentiasa kehadapan dalam apa juga isu," kata beliau. Sementara itu, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka, Asri Shaikh Abdul Aziz berkata retreat kali ini lebih menumpukan kepada gerak kerja pilihanraya dan pentadbiran parti. "Kita merancang untuk menjalankan beberapa retreat bagi mengkaji, merancang dan seterusnya menggerakkan seluruh jentera parti bagi mendepani isu semasa dan politik negeri Melaka yang amat mencabar bagi PAS," tambah Asri. Beliau berkata situasi politik di negeri Melaka mula berubah dengan pelbagai isu mutakhir yang menyebabkan rakyat mula membuka mata untuk menilai semula sokongan mereka kepada BN. Menurutnya, beberapa siri retreat akan dijalankan dari masa ke semasa dengan menumpukan kepada pelbagai perkara dan isu. |
Ada Persamaan Ben Ali Dan Najib Rupanya... Posted: 23 Jul 2011 01:58 AM PDT Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghalau peguam, William Bourdon yang mengendalikan kes rasuah Scorpene di Perancis, 'melayakkan' Perdana Menteri itu sebaris dengan diktator lain di dunia. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mengingatkan semua pihak bertapa perbuatan Najib itu mengulangi kezaliman bekas Presiden kuku besi Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan rakyat baru-baru ini. "Bourdon sebelum ini pernah dihalau oleh Ben Ali. Kali ini, Najib pula mengulangi tindakan sama. Najib sama seperti Ben Ali, sebaris dengan Ben Ali. Tiada bezanya mereka berdua. "Kalau tidak salah, kenapa dihantar balik peguam Perancis. Bourdon datang untuk jalankan tanggungjawabnya mendedahkan kontroversi pembelian Scorpene," katanya yang lebih dikenali Chegu Bard kepada KeadilanDaily, hari ini. Bourdon dijadualkan memberi ucapannya di Selangor malam semalam dan 23 Julai di Ipoh, Perak sebelum ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantar pulang ke Paris jam 11.30 malam semalam. Beliau aktif dalam memulakan prosedur undang-undang di Perancis terhadap bekas pemimpin Serbia atau pemimpin Rwanda yang disyaki melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang. Beliau juga peguam kepada keluarga asal Perancis-Chile yang menjadi mangsa kepada bekas diktaktor Augusto Pinochet, selain mempertahankan beberapa banduan Perancis yang ditahan di Guantanamo. Ben Ali pula seorang beragama Islam tetapi tidak melaksanakan pemerintahannya berlandaskan syariat, malah menolak tuntutan al-Quran sebagai dasar sesebuah kerajaan sekalipun majoriti rakyat, beragama Islam. Ben Ali juga menukarkan Tunisia kepada sebuah kerajaan polis apabila meletakkan seorang anggota polis bagi mengawal setiap 100 penduduk Pemerintahan kuku itu berakhir berikutan kebangkitan rakyat hingga menyebabkan Ben Ali dan isterinya, Laila Trabelsi yang popular sebagai First Lady dan boros membelanjakan wang rakyat, melarikan diri ke luar negara. Mengulas lanjut, Badrul berkata, Najib dalam keadaan semakin terdesak dan kini takut akan bayang-bayangnya sendiri hingga akhirnya memalukan dirinya sendiri. "Najib semakin tergugat apatah lagi takut pembohongannya terdedah dengan pembongkaran Bourdon," kata Ketua Cabang Rembau itu./kd |
Sambutan Hari Lahir Terakhir Najib Sebagai Perdana Menteri.. Posted: 23 Jul 2011 12:07 AM PDT Umno Negeri Kedah pada Sabtu mengadakan majlis meraikan ulang tahun ke-58 Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik sahaja Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, dalam rangka lawatan sehari ke Perlis. Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di lapangan terbangitu pada 9.30 pagi dan sambutan bermula sebaik sahaja beliau memasuki Kompleks Bunga Raya. Hadir menyambut ketibaan Perdana Menteri dan isteri ialah Menteri BesarPerlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional Kedah dan Perlis serta pemimpin kerajaan negeri Perlis selain kira-kira 2,000 rakyat pelbagai kaum. Sebaik memasuki balai ketibaan VIP itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jayamembacakan doa selamat tiba. Kemudian hadirin yang ada menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk Najib sebelum Perdana Menteri memotong pulut kuning dua tingkat diikuti bacaan doa oleh Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Fadzli Abdul Halim. Perdana Menteri lahir pada 23 Julai 1953. Najib sebelum itu berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa meletakkan pertimbangan jangka masa panjang dalam setiap langkah yang diambil bagi memastikan kepentingan rakyat di negara ini terus terbela. Perdana Menteri berkata, sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh menggunakan pendekatan untuk meraih populariti semata-mata bagi mendapatkan undi semasa pilihan raya. "Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh berdiri di atas platform mendapatkan populariti sahaja tetapi mengorbankan kepentingan jangka masa panjang rakyat dan negara. "Kalau itu yang menjadi pegangan mana-mana pihak semata-mata nak meraih sokongan dan undi waktu pilihan raya, maka parti itu adalah parti yang hanya nak mencari populariti tapi akhirnya rakyat akan menderita," katanya semasa berucap pada majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri dan Jamuan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan U3, Subang Perdana di sini, Jumaat./klt Addin : Ini mungkin sambutan hari lahir terakhir Najib sebagai PM, sebab selepas PRU 13 nanti Najib mungkin jadi Ketua Pembangkang ataupun senasib dengan sahabatnya Husni Mubarak..ha..ha..ha.. |
Hantar Pulang Bourdon, Bukti Najib Takut Rahsia Scorpene Terbongkar Posted: 22 Jul 2011 09:52 PM PDT Tindakan kerajaan Malaysia menghantar semula peguam hak asasi manusia dari Perancis, Wiliam Bourdon tanpa sebarang sebab membuktikan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana peguam itu dijadualkan berada di Malaysia untuk membongkar skandal komisyen kapal selam membabitkan RM540 juta dan kaitannya dengan misteri pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibu. Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Lathhefa Koya berkata, kerajaan Malaysia juga bertindak zalim apabila menghantar Bourdon pulang ke negara asalnya tanpa sebarang sebab munasabah. "Apakah kerajaan Malaysia tak sedar bahawa tindakan yang dibuat membuktikan sikap zalim mereka? Malaysia tak ubah seperti negara dunia ketiga yang sering guna alasan yang tak masuk akal kerana takut," katanya kepada Keadilandaily. Beliau berkata demikian dalam reaksinya berhubung tindakan Jabatan Imigresen menahan Bourdon di Pusat Tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengahari tadi. Peguam lantikan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu ditahan pegawai imigresen ketika pesawat yang dinaikinya tiba di KLIA dari Pulau Pinang, selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Suaram di Bayan Baru malam tadi. Bourdoun sepatutnya hadir pada majlis yang sama di Dewan Sivik Petaling Jaya malam ini dan Ipoh pada 23 Julai. Namun ketika tiba di KLIA, beliau ditahan lebih lima jam tanpa diberikan sebarang akses bertemu peguam. Berikutan itu, Bourdon yang dijadual pulang semula ke Paris pada Ahad ini akan menaiki pesawat pulang jam 11.30 malam ini. Dalam pada itu, Latheefa berkata Bourdon memberitahunya yang dia diarahkan untuk menandatangani satu dokumen dalam bahasa Malaysia, namun enggan berbuat demikian. "Ini satu penghinaan dan melanggar hak asasi seorang manusia. Kita tak tahu apakah dokumen yang diarah untuk ditandatangani oleh William. "Seseorang itu mempunyai hak untuk tahu kandungan dan sebab sebelum menandatangai apa-apa dokumen. Setiap negara perlu menghormati hak-hak ini," jelas Latheefa. Beliau turut kesal dengan sikap pegawai Imigresen yang menengking dan menghalang pengarah Suaram), Cythia Gabriel yang mahu bertemu peguam itu. Sementara itu jurucakap Lawyer For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri yang dihubungi berkata, Jabatan Imigresen menghantar William kembali ke negaranya dengan menggunakan Akta Imigresen. Beliau bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan berbincang bersama Suaram untuk memikirkan tindakan lanjut berhubung tindakan Jabatan Imigresen./kd |
Perangai Buruk Najib Cemarkan Nama Malaysia Posted: 22 Jul 2011 09:44 PM PDT Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menangkap peguam Perancis, William Bourdon (gambar) akan terus mencemarkan nama negara bahkan akan memburukkan lagi nama baik negara di mata dunia. AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sepatutnya selepas pulang dari luar negara dan bertemu dengan Pope, Queen Elyzabeth dan Perdana Menteri Britain, Najib mempunyai pandangan lebih luas tetapi ternyata tidak. "Balik sahaja dari luar negara, Najib terus membuat perangai buruk apabila menangkap William Bourdon, peguam hak asasi manusia dari Perancis ini. Sudah tentu ini akan menyebabkan semua mata peringkat antarabangsa akan melihat kita lagi."Sebelum ini majalah Economist di sensor, laporan tentang cara perhimpunan Bersih 2.0 dikendalikan belum selesai, ditambah pula dengan tindakan ini," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily. Beliau mengulas penangkapan peguam hak asasi manusia Perancis William Bourdon di KLIA tengahari tadi. Bourdon ditangkap oleh sekumpulan pegawai Imigresen yang naik ke atas kapal terbang itu sebaik sahaja kapal terbang mendarat William Bourdon, dijangka akan menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam tadi di Pulau Pinang. Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu malam ini di Dewan Sivik MPPJ. Bagi Dr Dzulkefly, arahan penangkapan ini tentu dari pihak atasan pentadbiran Najib bagi menyekat apa-apa maklumat yang hendak disampaikan beliau dalam majlis malam ini dan esok. "Mengapa Najib terus-terusan mencetus tindakan yang tunjukkan beliau hilang kawalan dan tertekan begini. "Sepatutnya lepas jumpa Queen, Pope dan Perdana Menteri Britain, wibawanya akan tinggi dan menunjukkan kepada dunia beliau masih menguasai pentadbiran Malaysia dengan baik. Langkah ini akan mencetuskan pandangan umum yang burukkan pentadbiran beliau dan dia sendiri," kata Dr Dzulkefli kepada Harakahdaily. Bagi beliau, tindakan menaham peguam Suaram ini seolah-olah membayangkan Najib mengesahkan tanggapan ada perkara yang nak dilindungi beliau dari diketahui rakyat dalam majlis di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan di Ipoh esok. Ia juga, katanya, mencetus minat rakyat dan media antarabangsa untuk isu Scorpean ini dan bakal menjadi fokus media antarabangsa dan rakyat selepas ini. "Najib meletakkan negara dalam mata antarabangsa dengan lebih buruk lagi. Ia akan menjejaskan negara sebagai destinasi pelaburan atas dakwaan rasuah hingga melibatkan orang no 1 negara," katanya. Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor yakin, jika Najib tidak bertindak sebegini, majlis makan malam mengutip dana Suaram dan kedatangan Bourdon ini akan berlalu begitu sahaja. "Namun apabila warga asing ditangkap, peguam hak asasi manusia Mahkamah Perancis pula, ia satu tindakan desperate yang bakal memburukkan lagi keadaan," katanya./hrkh |
BERSIH : SUHAKAM Minta Bahan Bukti Daripada Orang Awam Posted: 22 Jul 2011 07:00 PM PDT Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah memutuskan untuk mengadakan Siasatan Awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011. Panel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suruhanjaya Profesor Khaw Lake Tee dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Mahmood Zuhdi b. Abdul Majid dan Detta Samen. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Khaw Lake Tee (gambar kanan), terma rujukan siasatan awam ini adalah; 1. Untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011; 2. Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, untuk menentukan I. Bagaimana pelanggaran itu terjadi; II. Apakah arahan pentadbiran dan prosedur, atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut; III. Individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran tersebut. 3. Untuk mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran tersebut tidak akan berulang. Menurut kenyataan, kuasa suruhanjaya untuk mengeluarkan Sapina kepada saksi Sapina akan dikeluarkan pada masa yang sesuai kepada saksi-saksi yang berkaitan termasuk orang awam, media dan pihak polis. "Kuasa ini adalah menurut seksyen 14 (1) (a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang memberi kuasa kepada Suruhanjaya untuk mendapat dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana yang Suruhanjaya merasa perlu atau patut diperoleh atau diperiksa." Dengan itu, SUHAKAM memanggil penyerahan awam mengenai bukti dan maklumat berikutan dakwaan antara lain, penggunaan kekerasan yang melampau oleh pihak berkuasa sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011. "Orang awam yang telah menyaksikan sebarang perbuatan atau insiden mengenai dakwaan-dakwaan yang disebutkan, atau mereka yang boleh memberi maklumat yang berkaitan dan/atau dokumen serta bukti-bukti termasuk rakaman video/gambar mengenai dakwaan-dakwaan ini diminta menghubungi Suruhanjaya dengan segera." Tarikh akhir untuk penyerahan awam adalah pada 2 Ogos 2011, dan orang awam boleh menghubungi Ameer Izyanif Hamzah atau Shahizad Sulaiman, dengan alamat SUHAKAM, Aras 13, Menara TH Perdana, 50250 Jalan Sultan Ismail, dan nombor telefon 03-2612 5669 / 5623; faks: 03 2612 5620 / 5694, dan emel kepada complaints@suhakam.org.my / humanrights@suhakam.org.my |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan