Sabtu, 16 Julai 2011

Ajijoi

Ajijoi


PAS Perak kecam risalah lucah disebar luas di Daerah Lenggong

Posted: 15 Jul 2011 10:03 PM PDT

Lenggong: 16 Julai - Gempar Risalah lucah telah disebarkan diseluruh daerah Lenggong melibatkan Sekolah, Surau, Masjid dan tempat-tempat awam.


Berikutan itu, orang-ramai yang menerima risalah tersebut telah menghubungi Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak, merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Tn Hj. Razman Zakaria bagi memaklumkan anasir-anasir yang tidak sihat dipercayai dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai  sensitiviti rakyat setempat  tanpa mengira  Agama, kaum dan bangsa.


Setelah mendapati isi kandungan risalah lucah tersebut dengan jelas, Hj. Razman Zakaria bergegas kebalai polis bersama-sama 70 orang masyarakat melayu, cina, india di daerah Lenggong untuk membuat laporan polis mengenai kejadian yang amat memalukan itu.


Selepas membuat laporan di balai polis Lenggong, Hj. Razman bersama-sama semua yang hadir terus bergegas ke pejabat Agama Lenggong berdekatan bagi memaklumkan kejadian risalah lucah yang tersebar di merata tempat sangat memalukan semua masyarakat yang berada di Lenggong angkara tindakan luar batasan Agama, Bangsa, dan kaum di Negara ini. Bagaimanapun, kakitangan pejabat Agama Lenggong yang ditemui menjelaskan bahawa, pejabat Agama tidak dapat berbuat apa-apa mengenai perkara yang diadukan kerana,  perkara tersebut diluar bidang kuasa mereka.


Masyarakat didaerah ini mengutuk dan melahirkan rasa marah dengan tindakan yang dilakukan oleh puak-puak Gerombolan penyebar politik lucah yang sememangnya dikenali di daerah Lenggong pada masa ini, yang mana puak-puak gerombolan ini menyedari bahawa hayat politik lucah mereka sekarang ini sedang berada dihujung nyawa.


Seorang masyarakat india yang turut bersama-sama dipejabat Agama Lenggong menyatakan kemarahan beliau tentang sebaran risalah lucah yang dibawa balik oleh pelajar-pelajar Sekolah akan menyebabkan keruntuhan Akhlak dan Moral pelajar-pelajar pada masa akan datang.


Tn. Hj Razman Zakaria ketika ditemui berkata, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah lucah ini sememangnya sangat mudah dikenali kerana, bahan risalah bogel tersebut menggambarkan mirip seorang pemimpin politik tanahair yang terkenal. Ujar beliau, "persoalannya sekarang, mengapakah gerombolan-gerombolan yang mengedarkan risalah ini mahu menjatuhkan maruah tertuduh, sedangkan gerombolan-gerombolan ini telah menjatuhkan maruah, akhlak, moral mereka sendiri daerah Lenggong pada ketika ini."


Selaku Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Lenggong, Tn Hj. Razman berkata, beliau mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan hina gerombolan-gerombolan yang semakin terdesak memainkan politik kotor, lucah dan jijik sekaligus melibatkan maruah masyarakat berbilang kaum, bangsa, Agama didaerah Lenggong tercalar. 

PAS Perak kecam kerajaan BN salahguna kuasa polis

Posted: 15 Jul 2011 09:08 PM PDT

IPOH, Pimpinan PAS Perak  bersama wakil Parti Sosialis Malaysia ( PSM ) membuat laporan polis atas tangkapan tidak sah terhadap ahli dan pimpinan PSM serta pencabulan hak ke atas merekan ketika ditahan selama 10 hari.

Pimpinan PAS Perak di ketuai oleh,  Saudara Abd Rahim Mohd Nordin yang merupakan Pengerusi Lujnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Perak,Saudara Khalilul Rahman yang mewakili Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perak, Saudara Safarizal Salleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, serta Ustaz Hafez Sabri Exco Pemuda PAS Perak.

Bagi PAS Perak, penangkapan 31  orang peserta dan aktivis PSM merupakan salahguna kuasa polis oleh kerajaan Barisan Nasional. PAS Perak melihat, pemimpin Barisan Nasional kini rasa tergugat dengan kebangkitan rakyat yang member sokongan padu kepada Pakatan Rakyat untuk memimpin Malaysia selepas PRU 13 ini.

Menurut Pengerusi Lujnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Perak, Saudara Abd Rahim Mohd Nordin, pihaknya mempertikaikan tindakan zalim pihak polis terhadap ahli PSM yang ditahan.

Beliau mempersoalkan, mengapa tahanan diminta berdiri selama 7 jam setiap hari untuk disoal siasat, mengapa polis menggunakan kata-kata kesat dan kotor terhadap tahanan, tahanan juga dihalang untuk menggunakan tandas, di simpan dalam ' Solitary Confinement',ada polis yang membuat gangguan seksual, melanggar protokol, menanya soalan yang tidak ' appropriate' serta mencabul hak asasi tahanan wanita PSM seperti memaksa mereka menukar baju di hadapan polis lelaki.

Menurut beliau semua persoalan ini perlu dijawab oleh pihak polis yang kini telah  terbukti menjadi alat kepada kerajaan Umno untuk mempertahankan kezaliman dan penindasan yang mereka lakukan selama ini.

http://perak.pas.org.my/

Tiada ulasan: