Kerabu Bersuara ® |
- Surat Cadangan Pusat-Pusat Hiburan Di Seluruh Negeri Kedah Sepanjang Bulan Ramadhan
- Video Klip Sempena Program Ramah Mesra Rakan Facebook Adun Wakaf Bharu 2011
- Ulamak Tolak Demonstrasi? Bangang Oit, Mai Sini Tengok!
- Video: Najib Dan Rosmah DiKuningkan Oleh Rakyat Malaysia Di London!
- Tolong Jangan Kacau MB Kedah Buat Kerja
Surat Cadangan Pusat-Pusat Hiburan Di Seluruh Negeri Kedah Sepanjang Bulan Ramadhan Posted: 16 Jul 2011 06:00 AM PDT Pusat hiburan: MB Kedah tidak mahu layan tekanan Oleh G Manimaran July 16, 2011 KUALA LUMPUR, 16 Julai – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abu Bakar kekal dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan. "Ustaz (Menteri Besar) Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas. "Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai," kata Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan hari ini. Kenyataan ini dikeluarkan sehari sebelum Azizan diminta PAS pusat memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja parti itu. Laporan The Malaysian Insider pagi ini memetik Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, PAS mahu Azizan memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja pusat parti itu esok rasional larangan penuh ke atas operasi pusat-pusat hiburan semasa Ramadan yang bermula bulan depan. Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Azizan tidak dapat hadir sebaliknya akan menghantar wakil ke mesyuarat esok. Azizan juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah. Kelmarin, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat minggu depan. Keputusan itu dibantah oleh MCA dan Gerakan. Baru-baru ini Azizan berkata enakmen itu bukan sesuatu yang baru, sebaliknya telah diperkenalkan 14 tahun lalu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Dalam kenyataannya hari ini, Sanusi yang juga Ketua Penerangan PAS Kedah menambah, Kelantan yang diperintah oleh PAS juga telah melaksanakan polisi seumpama itu sejak 20 tahun lalu, dan masih berlanjutan hingga ke hari ini. "Mengapa MCA Kelantan tidak melompat seperti di Kedah. Kenapa MCA tidak meghasut masyarakat Siam yang ramai di negeri itu untuk memberontak? "Jelaslah bantahan dan tentangan ini bukan berasaskan hak asasi, ketidakadilan kerajaan atau tuntutan supaya menghormati budaya masyarakat bukan Islam," kata beliau sambil menambah, bantahan seumpama itu berteraskan kepentingan politik MCA dan BN. "Cuma di Kedah, racunnya juga meresap ke dalam DAP," kata Sanusi. Katanya, larangan operasi pusat-pusat hiburan iaitu karaoke, pub, disko dan persembahan terbuka sepanjang Ramadan tiba-tiba menjadi isu besar. Menurut Sanusi, akhbar-akhbar berbahasa Cina memainkan isu ini sejak lima hingga enam hari lalu apabila pengusaha pusat hiburan tidak diberi lesen operasi pada bulan Ramadan, khususnya di Pejabat Daerah Kota Setar. Oleh itu katanya, apa yang dibangkitkan bukan isu baru kerana polisi berkaitan sudah wujud sejak 14 tahun lalu, cuma penguatkuasaannya tidak menyeluruh. Sejak 1997, pada bulan Ramadan Kedah tidak membenarkan sebarang bentuk hiburan, termasuk pada malam Jumaat sepanjang tahun. "Malah lama sebelum itu, rakyat Kedah sudah akur dengan peraturan itu. "Semasa industri hiburan belum berkembang pesat, hanya ada panggung wayang, persembahan nyanyian di rumah-rumah kenduri, ekspo dan pesta ria, joget, mak yong dan wayang kulit, masyarakat sangat menghormati bulan Ramadan dengan memberhentikan aktiviti seumpama itu," katanya. Kata Sanusi, apabila industri hiburan berkembang dan mencetuskan kesan sampingan yang membimbangkan, diadakan pertemuan pegawai-pegawai daerah yang bertanggungjawab memberi kelulusan lesen hiburan bagi mengetasi kesan industri itu yang kian membentuk budaya baru masyarakat. "Persetujuan dicapai pada tahun 1997 untuk memberhentikan pemberian lesen pada bulan Ramadan, bulan suci umat Islam. Namun, penguatkuasaannya tidak menyeluruh di semua daerah," katanya. Sanusi menjelaskan, sejak kebelakangan ini budaya berhibur terutama di kalangan muda-mudi diterima, umum sebagai antara penyumbang berbagai-bagai gejala. "Maka pada tahun ini, perbincangan diadakan semula untuk mengkaji langkah-langkah membendung kegiatan ini, terutama di bulan Ramadan. "Maka, satu kertas cadangan diangkat untuk dibentangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dan telah diluluskan," tambah Sanusi. Larangan operasi pusat hiburan sepanjang Ramadan meliputi pusat karaoke, disko, pub dan persembahan terbuka yang boleh diakses dengan mudah oleh masyarakat awam seperti di restoran dan 'coffe-house' manakala pusat rekreasi seperti snuker, biliard, kafe siber dan boling dibenarkan. Persembahan budaya dan agama masyarakat bukan Islam dibenarkan dengan pertimbangan pegawai daerah, katanya. Kata Sanusi, MCA paling lantang menentang melalui kenyataan di media dan menghasut masyarakat bukan Islam dengan dakwaan bahawa kerajaan sedang menghalang hak asasi masyarakat bukan Islam. "Peluru ditabur dengan menuduh DAP bersekongkol menafikan hak bukan Islam di Kedah. Wakil rakyat DAP juga kepanasan dan mula bersuara. "Ada wakil rakyat DAP dari negeri lain yang meminta seorang pimpinan PAS menemui YAB Ustaz Azizan untuk menarik balik larangan ini," katanya sambil menambah, ia sebagai langkah ekstrem dan tidak selari dengan semangat Pakatan Rakyat. Menurut Sanusi, isu terbaru ini hampir sama dengan reaksi ketika kerajaan merobohkan pusat sembelih khinzir tanpa lesen di Kampung Berjaya dua tahun lalu. "Saya percaya hasutan ini akan terus berkembang dengan tuduhan yang lebih berat kepada kerajaan, dan akan mendapat sokongan semua parti dalam Barisan Nasional. "Sikap diam tanpa menyokong langkah kerajaan ini patut dikira sebagai menyebelahi penghasut," katanya. Mengenai rasional kepada penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, Sanusi berkata, "hakikat yang harus diterima ialah majoriti pengunjung pusat-pusat hiburan adalah orang Melayu Islam." "Kalau MCA dan parti-parti yang mewakili masyarakat bukan Islam mendakwa kerajaan harus menghormati hak mereka, mereka juga sewajarnya menghormati hak umat Islam, terutama menghormati kesucian bulan Ramadan yang sangat istimewa bagi umat Islam." Katanya, Kedah didiami oleh 2.1 juta orang iaitu 1.8 juta beragama Islam manakala 300,000 adalah bukan Islam. "(Jadi), bagaimana kepentingan 1.8 juta orang lagi? Parti politik tidak sepatutnya hanya menjadi jurucakap tauke-tauke, tetapi harus juga bertanggungjawab kepada keseluruhan rakyat berbilang kaum dan agama. "Jika kita diminta menghormati budaya dan adat masyarakat bukan Islam untuk menjadi sebuah kerajaan yang baik dan adil, mereka juga harus menerima sikap itu kepada umat Islam," katanya. Sehubungan itu soal beliau, "adakah menyertai Pakatan Rakyat bermaksud umat dan pemimpin Islam mesti sentiasa mengalah demi menjaga hati dan hak masyarakat bukan Islam?" "Bukankah satu deklarasi telah dipersetujui dan ditandatangani bahawa Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini dan kebebasan mengamalkan tuntutan agama dijunjung oleh semua. "Mengawal kegiatan yang membawa keruntuhan kehidupan beragama di kalangan umat Islam adalah intipati ajaran Islam sebagai agama rasmi dan satu kewajipan yang dituntut oleh Islam, terutama kepada pemerintah. "Ini wajib difahami oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat dan dalam BN sekalipun," katanya lagi. |
Video Klip Sempena Program Ramah Mesra Rakan Facebook Adun Wakaf Bharu 2011 Posted: 16 Jul 2011 04:48 AM PDT Tahniah dan syabas YB. Semoga segala usaha dan program mendapat keberkatan |
Ulamak Tolak Demonstrasi? Bangang Oit, Mai Sini Tengok! Posted: 16 Jul 2011 01:02 AM PDT sesetengah setan bisu ini perlu diajar dengan bahasa yang kasar. kerja makan gaji dan membodek je yang tahu |
Video: Najib Dan Rosmah DiKuningkan Oleh Rakyat Malaysia Di London! Posted: 15 Jul 2011 10:45 PM PDT |
Tolong Jangan Kacau MB Kedah Buat Kerja Posted: 15 Jul 2011 10:41 PM PDT PAS mahu MB Kedah jelas larangan pusat hiburan ketika Ramadan Oleh Yow Hong Chieh KUALA LUMPUR, 16 Julai — PAS mahu kerajaan negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja pusat parti itu esok rasional larangan penuh ke atas operasi pusat-pusat hiburan semasa Ramadan yang bermula bulan depan. Kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepenuhnya tahun ini. Nain Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata taklimat khas dipanggil ekoran langkah kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu kini menjadi satu isu kebangsaan ekoran liputan meluas media. "Ada keperluan untuk diketahui alasan kerajaan negeri," kata beliau kepada The Malaysian Insider. "Ada keperluan bagi kami mendengar dan mengadakan satu perbincangan mengenai perkara ini," kata beliau lagi. Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Azizan yang diminta memberi penjelasan tidak dapat hadir sebaliknya akan menghantar wakil ke mesyuarat esok. Azizan juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah. Kelmarin, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat minggu depan. Sementara MCA dan Gerakan membantah langkah itu sejak awal minggu ini, Azizan berkata, peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997, dan bukannya satu dasar baru. Kata beliau, enakmen itu terpakai sejak Barisan Nasional mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini. Beliau berkata, di bawah enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko. Kata beliau, terdapat pengecualian untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan. Langkah kerajaan negeri dipertahankan oleh Dewan Pemuda PAS pusat dan Persatuan Ulama Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan