Muslimeen United |
- Makan malam Najib dan Ro$mah dihidang dengan air Kuning pula
- Bongkarr....Polis Akui Salah Guna Dana Awam..
- 'Polis bengis macam nak makan saya'
- Festival Cheng Ho Rintis Produk Makanan - TG Nik Aziz
- NAJIB CAKAP CINA? KAH!KAH!KAH!
- PANAS!! Liow Tiong Lai rasuah Hospital Tung Shin RM2 Juta??
- Bongkar, makcik Suriati boleh undi dua kali!
- Pakatan Bersih paparkan “1Malaysia” sebenar
- Malang Rakyat Malaysia Dapat PM Macam Najib
Makan malam Najib dan Ro$mah dihidang dengan air Kuning pula Posted: 16 Jul 2011 03:14 AM PDT Jika semalam Najib dan Rosmah Mansor terpaksa melihat warna yang telah diharamkan pemakaiannya di Malaysia kerana ketika mengadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, baginda memakai gaun serba kuning bagi menyambut Najib dan Rosmah.. gambar kat atas.. gambar original tu.. bukan super impose.. Kalau nak lihat yang super impose sila lihat di (SINI)..artikel berkaitan dengan Najib masuk mengadap pula sila lihat di (SINI). Setelah bertemu dengan Perdana Menteri Britain David Cameron di No 10, Downing Street. Najib dan delegasinya atau rombongan keluarganya (rombongan keluarga pasal Anak, Bini dan Adiknya turut sama).Najib mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom jam 3.30 petang waktu London (10.30 malam waktu Malaysia). Ketika beliau dan rombongannya itu tiba di Mansion House, Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames beliau disambut meriah oleh rakyat Malaysia yang berada di London juga dengan warna kuning.. Meriah atau tidak korang sila lihat di bawah.. Lagi gambar-gambar yang tak mungkin disiarkan oleh TV3 atau Utusan sila lihat di (SINI) Aku ingatkan setakat itu saja episode kuning buat Najib.. rupa-rupanya episode Kuning buat Najib bersambung pula pada sebelah malamnya pula.. Dimana Air minuman berwarna kuning turut menjadi hidangan pada majlis makan malam Perdana Menteri bersama warga Malaysia di London. Menurut tweet seorang rakyat Malaysia @Najmi Naim yang tinggal di Newcastle, UK. "Hadiri jamuan PM bersama rakyat dekat London. PM jemput makan kita makan, tapi lawan tetap lawan." Gambar dari Pulakdah video bawah demo kutuk Najib | |
Bongkarr....Polis Akui Salah Guna Dana Awam.. Posted: 16 Jul 2011 03:13 AM PDT "Jika benar, ini bermakna pihak polis sudah menyalah guna dana awam ketika menyediakan makan minum peserta yang ditahan," ujar beliau yang dipetik dari laman blognya semalam. Badrul Hisham, yang dikenali sebagai CheguBard, berkata demikian bagi merujuk laporan media yang memetik kenyataan polis apabila cuba membela diri kononya semua peserta Himpunan Bersih diberikan layanan sempurna. "Bila ditanya kepada mereka yang ditahan, rata-rata memberitahu bahawa mereka makan ayam goreng, sayur, sambal dan nasi kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang?" soalnya. "Pergilah ke mana-mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1,000 orang makan secara buffet…..rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan," jelasnya. Chegubard berkata, ini bermakna, polis telah mengeluarkan belanjawan RM25 untuk seorang daripada wang rakyat. Sebaliknya beliau mendakwa hanya sekitar RM5 digunakan untuk kos makanan terbabit, nammun selebihnya sebanyak RM20 tidak diketahui kemana perginya? Malah, katanya ia telah melibatkan salah guna kuasa. Justeru itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melaksanakan tugasnya untuk menyiasat perkara ini. Menurut CheguBard, perkara seperti ini sememangnya sudah lama berlaku dimana makanan dalam lokap tidak pernah diperiksa berapakah harga yang diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan serta siapa yang bertanggungjawab meraih keuntungan 'rasuah' tersebut? "Satu lagi teori menurut mereka yang ditahan, jumlah peserta demonstrasi Bersih sebenarnya menjangkau lebih 3,500 orang tetapi sebaliknya yang diisytiharkan ditahan hanya lebih 1,000 orang," katanya. Tambahnya, beliau mahu pihak polis memberi penjelasan mengenai adakah benar sebanyak RM25 dibelanjakan untuk seorang peserta dan adakah jumlah yang ditahan melebihi dari jumlah yang diisytiharkan.-TVS | |
'Polis bengis macam nak makan saya' Posted: 16 Jul 2011 03:10 AM PDT Tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan. "Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja. "Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis. Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci". Menghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis". "(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendak makan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu. | |
Festival Cheng Ho Rintis Produk Makanan - TG Nik Aziz Posted: 15 Jul 2011 04:13 PM PDT Beliau berkata Kelantan yang mempunyai pelbagai produk makanan unik dan menarik yang memiliki potensi tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa khususnya negara berkenaan. Menurutnya, budu yang menjadi trade mark pada negeri ini tidak mustahil suatu hari nanti akan dipasarkan di luar negara. "Kalau boleh kita mahu satu hari nanti budu berada di Tembok Besar China," ujarnya ketika berucap merasmikan Ekspo Cheng Ho di sini petang semalam. Festival makanan itu berlangsung selama 10 hari bermula semalam bersebelahan Bazar Tok Guru dengan menempatkan 260 gerai termasuk dari Pulau Pinang, Kedah, China, Kemboja. Beliau seterusnya berharap selain produk makanan negara China diperkenalkan di negeri Kelantan, produk masakan tempatan juga diberikan peluang untuk diperkenalkan ke negara itu. Antara persembahan menarik ialah pertunjukan mi tarik yang dipersembahkan seorang chef dari Xinjiang, China, Abdullah Ma Yan Lu. Sementara itu, Pengerusi Induk KelCheff, Datuk Husam Musa, berkata orang ramai berpeluang membeli belah disitu menggunakan dinar dan dirham. Menurutnya, dirham mencapai pencapaian tertinggi kenaikannya sejak ianya dilancarkan tahun lalu dengan jumlah RM731 untuk satu dinar, walaupun minggu lalu terdapat sedikit penurunan. | |
NAJIB CAKAP CINA? KAH!KAH!KAH! Posted: 15 Jul 2011 04:07 PM PDT DEY MACHA!!! 很好笑咯!!!! 很可笑的备忘录... ... KAH! KAH! KAH! | |
PANAS!! Liow Tiong Lai rasuah Hospital Tung Shin RM2 Juta?? Posted: 15 Jul 2011 04:06 PM PDT Berita yang dipetik daripada Malaysia Chronicle sebentar tadi mengatakan bahawa bekas Menteri Kesihatan dan juga Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng mendapat bukti bahawa Menteri Kesihatan sekarang, Liow Tiong Lai "membayar" sejumlah RM2 JUTA kepada lembaga pengarah Hospital Tung Shin! Pendedahan ini dibuat susulan daripada penafian Liow sendiri Rabu lalu yang mendakwa pihak hospital dan kakitangannya tidak terkena tembakan gas pemedih mata dan air kimia yang sengaja dihalakan ke arah perkarangan hospital berkenaan. Jui Meng menambah, sekiranya benar maklumat yang disampaikannya itu, Liow sudah tidak ada maruah dan harga diri kerana sanggup menipu rakyat Malaysia terutamanya Tionghua yang masih terkesan dengan kejadian Sabtu lalu. Tetapi Liow menafikannya dan menambah, kedatangannya ke hospital berkenaan dan Hospital Bersalin Cina (Chinese Maternity Hospital), kedua-duanya terletak di Jalan Pudu berhampiran dengan Hentian Puduraya, adalah untuk memberi cek sebanyak RM2 juta yang dijanjikannya pada 12 Januari 2010 lalu. Jui Meng mencabar Tiong Lai supaya mengemukakan bukti kukuh termasuk rakaman video pada tarikh berkenaan untuk mengesahkan bahawa tiada rasuah diberikan kepada pentadbir kedua-dua hospital berkenaan. Ini bermakna satu lagi tamparan buat Kementerian Kesihatan yang imejnya sudah tercalar teruk akibat penafian demi penafian yang dilakukan hanya untuk menutup kekejaman polis menyembur air kimia dan menembak gas pemedih mata ke arah kawasan hospital. Sementara itu, Tiong Lai mengesyaki maklumat yang diperolehi Jui Meng (sumbangan terbaru RM2 juta) kepada kedua-dua hospital berkenaan didalangi oleh musuhnnya sendiri dalam MCA!! Lagi laporan lanjut menyusul JALAN PULANG Jui Meng slams Liow for cooking up stories to get off Tung Shin hook In hot soup after being caught trying to cover up for the police, Health Minister Liow Tiong Lai denied he paid RM2 million to the Tung Shin hospital board to get them to refute allegations that tear gas and acid-laced water had been fired into the facility's compound. Liow, who is also the MCA deputy president, even accused 'someone' of trying to pressure him into steeping down. But he was immediately rebuked for making up new "conspiracies" in order to get himself and his boss, MCA president Chua Soi Lek, off the hook. "Rather than cook up more conspiracies to save face, they should just admit the truth and that is, Liow and Chua Soi Lek and the police tried to hide the truth from the people," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle. Speculation has been swirling for the past few days and finally found its way into the Chinese press this morning, with many online reports accusing Liow and the hospital board for putting politics first rather the health of the people. This afternoon, Liow lambasted the reports, which he said were based on a 2010 event whereby he had allocated the amount to the Tung Shin hospital. "This is essentially nonsense, which is clearly intended to humiliate me and Tung Shin Hospital," Liow said in a statement. "The truth is I had gone to Tung Shn Hospital on Jan 12, 2010 to allocate RM2 million to them and also to Chinese Maternity Hospital." Face up to the fact and apologize But perhaps, Liow should blame himself the most because he totally ignored the wealth of available evidence in the form of the hundreds of eyewitnesses' accounts and video clips on You Tube. The visuals showed clearly the police had indeed discharged toxic material into the Tung Shin compound, which is against international convention. At a press conference held earlier this week, Liow even brushed off reporters who offered to show him the pictures and tapes. It was only after he was labelled a 'liar' by critics and Chua Soi Lek also slammed for trying to blame "camera angle" for the pictures, that they realized the amount of anger that they had stirred. Late last night, Liow announced he would set up a probe to be headed by the Ministry of Health secretary-general. But this was again seen as a ploy to appease public anger using the simplest but least sincere method. "At the end of the day, what can the MOH committee do? Censure the police, censure the Cabinet, censure Prime Minister Najib? Do you see the MOH and Liow doing that, so why waste time?" said Jui Meng. "The honourable thing for Liow and the police to do is to graciously admit the truth. There is no way for them to get past the avaliable evidence. They should straightaway apologise to Tung Shin, the staff and patients and to all Malaysians for their lies. | |
Bongkar, makcik Suriati boleh undi dua kali! Posted: 15 Jul 2011 03:59 PM PDT SEPERTI biasa, seperti pendedahan yang lepas-lepas di MiLo SuaM, satu lagi penyelewengan yang berlaku di dalam sistem daftar undi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR dibongkarkan. Kali ini melibatkan seorang makcik bernama Suriati Binti Mohd Saleh yang memegang kad pengenalan lama bernombor 1204652. Apa yang menariknya, makcik ini memiliki dua nombor kad pengenalan baru iaitu, 480613105880 dan 480513105568. Tambah menarik makcik ini memiliki dua alamat tempat tinggal iaitu di Kampung Melayu, Batu Arang Timur, Kuang, Selayang Selangor dan satu lagi di sebuah kilang papan beralamat KILANG PAPAN LOH HONG, Batu Arang Timur, Kuang, Selayang Selangor. Kilang papan siapalah agaknya yang jadi tempat tinggal makcik ni ye? Anda boleh mengesahkan sendiri kesahihan maklumat ini di website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR klik sini [daftar pemilih]. Ini membuktikan bahawa makcik Suriati ini boleh mengundi sebanyak dua kali. Sebab tulah rakyat Malaysia menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara tempoh hari. Sebab itulah juga salah satu tuntutan BERSIH ialah meminta SPR menggunakan dakwat kekal di jari agar orang seperti Makcik Suriati ini tidak boleh mengundi lebih dari sekali. Perhimpunan BERSIH 2.0 yang meminta pilihanraya yang bersih dan adil, diputar belitkan jadi perhimpunan haramlah, komunislah, kristianlah. Bengong! | |
Pakatan Bersih paparkan “1Malaysia” sebenar Posted: 15 Jul 2011 03:56 PM PDT KUALA TERENGGANU - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob berkata tarikh 9 Julai lalu wajar diingati sebagai tanda hari kemenangan bagi rakyat Malaysia yang berjaya merealisasikan slogan 'OneMalaysia' sebenarnya. Menurutnya Himpunan Aman BERSIH 2.0 Sabtu lalu memaparkan perpaduan berbilang kaum mengatasi kempen Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. "Tarikh 9 Julai, adalah tanda hari kemenangan bagi rakyat Malaysia. Itulah sebenarnya, OneMalaysia. 1Malaysia yang tidak dapat 'dinikmati' oleh Dato' Seri Najib Tun Razak. "Walau pun beliau (Najib) terpaksa terpekik-terlolong, bersyarah di seluruh negara dengan slogan 'Onemalaysia'. Tetapi yang berjayanya ialah kita pada hari tersebut," tegasnya pada Majlis Ceramah Pra-PRU Ke-13, di Kampung Padang Hiliran, Kuala Terengganu, 14 Julai lalu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata Bersih 1.0 yang dilaksanakan pada tahun 2007 tidak sama dengan Bersih 2.0 yang lalu. Katanya, berlaku suatu fenomena era baru dalam politik Malaysia terutama di kalangan anak-anak muda. "Bersih 1.0 tidak sama dengan Bersih 2.0 kerana pada tahun 2007, Bersih 1.0 saya berani katakan 95 peratus pesertanya adalah majoriti orang Melayu Islam sahaja. "Tetapi Bersih 2.0 adalah suatu fenomena dan senario yang jauh berbeza dan kita dapat lihat suatu kebangkitan. Berlaku suatu era baru dalam politik Malaysia khususnya anak-anak muda Malaysia. "Orang Cina, orang India, orang Melayu hingga kepada kumpulan-kumpulan etnik dari Sabah dan Sarawak datang untuk menyemarakkan perhimpunan Bersih 2.0 dengan satu tekad dan matlamat untuk kita mendesak supaya diadakan suatu sistem pilihan raya yang adil dan bersih dalam negara kita," jelasnya. Katanya, PAS akan terus menyokong perjuangan tuntutan Bersih 2.0 hingga menjadi satu kenyataan kepada rakyat Malaysia. Menurutnya, tidak ada istilah berputus-asa dalam perjuangan menuntut keadilan bersama Bersih 2.0 kerana tidak terkeluar dari lunas-lunas dan undang-undang. "Kita (PAS) akan terus berjuang untuk kita menjadikan tuntutan Bersih 2.0 itu satu kenyataan, Insya'Allah. Kami rakyat Malaysia, kami tidak akan putus-asa dan kami tetap akan berjuang kerana apa yang Bersih 2.0 tuntut, tidak pernah terkeluar dari lunas-lunas, undang-undang. "Apa yang Bersih 2.0 perjuangkan tidak pernah mencabar ketinggian Perlembagaan Negara dan apa yang Bersih 2.0 perjuangkan tidak pernah menderhaka titah Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong. "Kita akan terus mara, Insya'Allah. Kita hendak menumbangkan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang," ujarnya Salahuddin menggesa agar rakyat Terengganu berani membuat perubahan kerana dengan sistem pilihan raya yang bersih mampu menawan semula Wisma Darul Iman. -BO | |
Malang Rakyat Malaysia Dapat PM Macam Najib Posted: 15 Jul 2011 03:51 PM PDT Paling teruk apabila seorang daripada peserta himpunan itu meninggal dunia ketika melarikan diri dari asakan polis dan ia disifatkan Najib Razak sebagai tindakan ringan yang harus dikenakan ke atas rakyat kerana berhimpun menuntut sebuah pilihan raya adil dan bebas. Mengulas hal itu lagi, seorang mangsa keganasan polis pada hari kejadian , ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Najib cuba menafikan perkara yang sudah terbukti dan rakyat mampu menilainya. "Saya rasa banyak gambar-gambar yang jelas menunjukkan keadaan yang sebaliknya.. Keadaan macam saya ini tidaklah seteruk macam Mat Sabu yang sampai dirempuh oleh polis. " Lepas itu ada yang dalam video tu kita nampak kena pukul, yang berdarah-darah teruk,"kata Khalid yang mengimbas kembali kezaliman polis ketika menyuraikan himpunan aman di ibu negara 9 Julai lalu. Najib dalam satu temu bual dengan CNN berkata, polis menggunakan tindakan sewajarnya dalam usaha menyuraikan himpunan aman di ibu negara 9 Julai lalu. "Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik," kata Najib dalam temu bual itu. "Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum," tambah beliau lagi. Namun Khalid berpendapat, kenyataan Najib itu langsung tidak menggambarkan jawapan seorang pemimpin sebuah negara yang menuju status negara maju. " Saya rasa kalau di negara-negara yang lain kenyataan yang bodoh macam itu, rakyat sudah hukum dia,"kata Khalid lagi. "Dia menunjukkan satu sikap yang tak ambil endah hak rakyat... hak rakyat dia tahan, dia halang, menyusahkan orang dan sebagainya. Walaupun dia lepaskan selepas sejam atau dua jam, ia tetap merupakan satu ketidakadilan terhadap rakyat yang tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana yang dianggap sebagai kesalahan adalah berhimpun (secara aman) dan memang terbukti aman. (Mereka) berjalan dengan lancar dan aman sehinggalah bila bertemu dengan polis,"kata Khalid lagi. Dalam asakan polis ketika menyuraikan himpunan aman itu, kepala Khalid turut tercedera akibat tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis. Puluhan mengalami kecederaan dan 1,667 ditahan polis. Kerajaan pimpinan Najib sebelum ini dikritik media asing malah dibantah keras oleh masyarakat antarabangsa ekoran keganasan polis pada hari kejadian namun pentadbiran Najib menyokong tindakan polis berbuat demikian. "Reaksi dari peringkat antarabangsapun semakin jelas menunjukkan bahawa tndakan Najib terhadap rakyat ini pun tidak boleh diterima oleh mana-mana masyarakat atau negara yang bertamadun,"ujar beliau. Khalid juga menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang kebudak-budakkan dan tidak matang dalam berpolitik lantaran tindakannya memperlekeh-lekehkan kecederaan yang dialami Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. " Bagi dia sendiri (yang) tak pernah menghadapi kesusahan, tak pernah kena jentik, dia (pula) nak gelakkan Anwar kata Anwar buat lebih-lebih... itu saya rasa menunjukkan satu sikap yang kurang matang. Nampak cara dia buat itu buat orang naik meluat tengok dia,"tambah beliau lagi. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan