Khamis, 7 Julai 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ingat Budak Tahun 2 Dirogol di Tandas? Inilah Perogolnya!

Posted: 07 Jul 2011 07:30 AM PDT

Menangislah konon!

Saya petik:
[Mstar] KLANG: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya mabuk ketika merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dalam tandas sebuah sekolah dekat Sekinchan akhirnya dihukum 25 tahun penjara dengan 15 kali sebatan.

Sures Muniandy, 27 mengaku bersalah ke atas jenayah tersebut ketika dihadapkan di Mahkamah Seksyen di sini, Khamis.

Hakim Datuk Anita Harun mengarahkan hukuman penjara dijalankan bermula daripada tarikh tertuduh mula ditahan kerana mempunyai dua kesalahan jenayah sebelum ini.

Pemungut besi buruk itu didakwa melakukan jenayah di SRJK (C) Yoke Kuan, Sekinchan dekat Sabak Bernam lebih kurang pukul 9 malam pada 4 Jun.

Dia dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 376(2) (e) Akta Jenayah yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nizi Shazril Ithnin pada awalnya meminta hukuman lebih berat dikenakan kerana mangsa hanya berumur lapan tahun dan mengalami kecederaan.

Sures yang tidak diwakili peguam menangis apabila mendengar hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

Pada hari kejadian, mangsa menghadiri satu majlis perkahwinan di sekolah itu dan dirogol apabila dia pergi ke tandas seorang diri.

Abang ipar dan kakak kanak-kanak itu menunggunya di kantin tidak jauh dari tandas.

Tertuduh mengunci pintu daripada dalam dan merogol mangsa dan kemudian melarikan diri.

Abang ipar mangsa dengan bantuan orang awam menangkap tertuduh yang dijumpai di sebuah longkang 100 meter dari tempat kejadian.

Berita terdahulu di sini.

Umur 53 Tahun, Buas Lagi di Ranjang?

Posted: 07 Jul 2011 06:37 AM PDT

 
Saya petik:
[HM] ALOR GAJAH: Perbuatan seorang lelaki warga asing tidak ubah seperti haiwan apabila tergamak mendera isterinya setiap kali mahu melakukan hubungan seks termasuk menendang dan memukul mangsa dipercayai kerana cemburu, malah lebih mengejutkan, kekejaman suspek berlarutan sejak 24 tahun lalu.

Difahamkan, lelaki berusia 53 tahun berasal dari Pulau Rupat, Indonesia bekerja sebagai tukang rumah itu memukul isterinya setiap kali keinginannya ditolak dan perbuatannya itu turut disaksikan enam anak mereka berusia 11 hingga 24 tahun di rumah mereka di sebuah kampung di Simpang Ampat, di sini.

Perbuatan jahat suspek disembunyikannya daripada pengetahuan saudara-mara dan jiran itu terbongkar apabila dia ditangkap petang kelmarin, sekali gus mendedahkan dia sebenarnya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah sejak 13 tahun lalu.

Tangkapan terhadap suspek dilakukan kira-kira jam 6 petang oleh anggota polis yang menerima aduan daripada anak gadis mangsa berusia 17 tahun yang tidak tahan dengan perbuatan bapanya itu.

Mendedahkan sikap jijik bapa kandungnya gadis berkenaan mendakwa suspek seorang yang panas baran dan sering memukul ibunya yang berusia 52 tahun.

Anak keempat daripada enam beradik itu mendakwa dia sudah muak dengan perlakuan ganas bapanya yang sering menumbuk dan menyepak ibunya sejak dia kecil lagi. "Kami enam beradik tinggal serumah di rumah kecil Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Ruang yang sempit itu memudahkan kami melihat dan mendengar apa yang berlaku. Jeritan serta rintihan ibu minta dilepaskan daripada dikasari ayah yang kerap memukulnya membuatkan kami sedih mengenangkan nasib ibu," katanya ketika ditemui.

Katanya, dia nekad melaporkan perkara itu di Balai Polis Simpang Ampat, kelmarin, kerana sudah tidak tertahan lagi serta selepas dinasihat bapa angkatnya.

Katanya, kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin, dia terjaga dari tidur apabila terdengar ibunya menangis meminta tolong sambil ayahnya terus memukul dan mengugut untuk membunuh jika ibunya menjerit.


P/s: FUh!


[PANAS] Terminal Pudu Raya, Terminal Hentian Putra, Terminal Bas Jalan Pekeliling DITUTUP Sabtu Ini

Posted: 07 Jul 2011 04:54 AM PDT


Saya petik:
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Perkhidmatan bas di tiga terminal bas utama di sekitar Kuala Lumpur akan beroperasi sementara di terminal lain mulai awal Sabtu ini, menurut polis.

Perkhidmatan bas ekspres dari Pantai Timur di Terminal Hentian Putra dan bas SKS (dari Seremban) di Pudu Raya akan dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan pada Sabtu ini.

Perkhidmatan bas di Terminal Hentian Pudu Raya dan Terminal Hentian Jalan Pekeliling pula dipindahkan sementara ke Terminal Hentian Duta, Jalan Duta pada hari tersebut, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini.

Beliau berkata kerjasama semua pihak agar mematuhi arahan lalu lintas dan anggota trafik yang membuat kawalan di lokasi-lokasi berkenaan diperlukan.

P/s: Gila!!!

Polis Guna Mahkamah Sekat BERSIH, 91 Individu Dihalang Masuk KL

Posted: 07 Jul 2011 03:00 AM PDT



Polis Kuala Lumpur telah mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai. Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut -- daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan lapor Malaysia Kini.

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya -- Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.



P/s: Regim tahu perhimpunan Perkasa dan Pemuda UMCO tidak akan mendapat sokongan rakyat. Biarlah mereka terpekik terlolong sepanjang hari, sepanjang malam, mereka tetap gagal memperoleh sokongan rakyat. Namun, teriakan dan provokasi mereka bukanlah untuk menarik sokongan rakyat, tetapi untuk menjadi "alat" demi mengharamkan/menghalang BERSIH. 

Sewaktu BERSIH mahu mengadakan demontrasi di sekitar KL, Perkasa dan Pemuda UMCO turut menyatakan hasrat yang sama walaupun kedua-duanya pergerakan itu hakikatnya hanya mampu menarik sekitar 100 orang untuk menyertai demonstrasi mereka di jalanan. Namun, sokongan orang ramai bukanlah fokus mereka. Target mereka adalah untuk memastikan pihak berkuasa mempunyai alasan untuk menghalang BERSIH atas alasan pertembungan PATRIOT dan BERSIH akan menghuru-harakan negara/memburukkan imej negara dan sebagainya. Walhal, PATRIOT dan Perkasa boleh mengadakan perhimpunan pada hari yang lain. Mengapa perlu memilih 9 Julai, tidak 8 Julai (atau tarikh lain)? Bukankah itu suatu provokasi?

Kali ini, 91 nama dilarang memasuki KL pada 9 Julai ini termasuklah Berahim Katak dan Khairy. Pihak regim sudah tentu tidak akan menghalang pemimpin BERSIH sahaja kerana tindakan itu jelas menunjukkan sikap kuku besi mereka di mata dunia. Atas alasan itu, maka nama Berahim Ali dan Khairy serta beberapa nama lain turut dihalang bagi menunjukkan bahawa mereka adil dan saksama untuk menghalang perhimpuanan atas alasan yang sengaja direka-reka.  

Anda faham maksud saya? Itulah sebab Perkasa dan Pemuda UMCO terpekik terlolong menentang BERSIH. Bukannya apa, hanya semata-mata menjadi "alat" untuk mengacau dan menghalang BERSIH!

Pemimpin negara ini dengan bangga pernah mengatakan kepada pemimpin Asia Barat supaya meniru Malaysia dalam menangani protes rakyat. Nah, lihat sekarang! Apa beza Malaysia dengan Asia Barat?

P/s: Titah DYMM Seri Paduka Agong langsung tidak bernilai!


Kementerian Pelajaran Bekal Borang Pantau Guru, Pelajar Sertai BERSIH!

Posted: 07 Jul 2011 02:21 AM PDT


Semua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri diarah membekalkan butiran pegawai, guru dan kakitangannya yang mungin menyertai perhimpunan haram Sabtu ini lapor Malaysia Kini.
NONE 
Borang yang dinamakan 'Pemantauan Penglibatan Pegawai/Guru dalam Perhimpunan Haram atau Gerakan Yang Mengancam Keselamatan Negara' itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

Semua pengarah dikehendaki mengisi butiran mereka yang terlibat termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat institusi dan nombor telefonnya.

Adalah dipercayai borang itu disasarkan kepada kakitangannya yang bakal menyertai BERSIH 2.0.

Selepas diisi, semua borang mesti dikembalikan ke pejabat ketua pengarah pelajaran sama ada melalui faks atau emel.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud dalam pekelilingnya yang bertarikh 30 Jun melarang semua pegawai, guru, pensyarah dan pelajar daripada penyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

NONEPekeliling itu dialamatkan kepada semua pengarah bahagian, pengarah jabatan pelajaran negeri, pengarah institut pendidikan guru dan pengarah kolej matrikulasi.

Ia mendakwa BERSIH 2.0 akan mengadakan perhimpunan yang bertemakan "Walk for Democracy" yang bertujuan mendesak pilihan raya diadakan secara adil dan telus.

"Perhimpunan ini diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai perhimpunan haramyang boleh membawa kepada rusuhan, demonstrasi dan konflik dalaman. Selain daripada itu, perhimpunan ini juga boleh menggugat keselamatan dan kestabilan negara," kata Abd Ghafar.

"Sehubungan dengan itu adalah ditegaskan bahawa semua pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia serta pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru adalah dilarang menghadiri atau melibatkan diri dalam perhimpunan haram tersebut pada mana-mana tarikh atau tempat yang dianjurkan oleh pertubuhan tidak berdaftar BERSIH," katanya.

P/s: Regim BN semakin menggila!

[Kemas Kini] Talian TELEFON dan INTERNET Diganggu Sempena BERSIH 9 Julai?

Posted: 07 Jul 2011 01:30 AM PDT



Kurang 48 jam menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mendakwa mereka menerima maklumat bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu ini lapor Malaysia Kini.

Dalam kenyataan media hari ini, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata tindakan itu bagi membantutkan perhimpunan berkenaan akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat.

"BERSIH 2.0 bimbang dengan sumber risikan bahawa mungkin berlaku gangguan penuh atau sebahagian perkhidmatan Internet menjelang hujung minggu ini.

"BERSIH 2.0 ingin memberi amaran kepada kerajaan persekutuan jika akses rangkaian telefon mudah alih, Internet, perkhidmatan mobile 3G, laman web tertentu atau media sosial diganggu dalam apa cara, maka pihak berkuasa akan kelihatan tidak ada bezanya dengan diktator negara Asia Barat yang menggunakan tindakan seumpama itu tanpa sebarang kejayaan," katanya.

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 juga berkata segala tekanan, hambatan dan halangan tidak akan mematahkan semangat mereka untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu ini.

"Selepas itu, kami akan bersurai dengan aman," petik kenyataan itu.

Sekiranya lebih banyak halangan dikuatkuasakan, pihak berkuasa akan dilihat sebagai terdesak bagi menghalang pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.

Selepas IPTA, JPA Pula Halang Kakitangan Awam Sertai BERSIH

Posted: 07 Jul 2011 01:15 AM PDT


Tertekan dengan hasrat rakyat yang mahu meneruskan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling melarang penglibatan pegawai awam terbabit dengan perhimpunan "haram" atau gerakan yang mengancam keselamatan negara lapor Malaysia Kini.

Pekeliling bertarikh 30 Jun yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah, walau bagaimanapun tidak menamakan mana-mana perhimpunan.

Pada 9 Julai ini, tiga perhimpunan dirancang yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), PERKASA dan juga Pemuda Umno.

Abu Bakar, dalam pekeliling tiga halaman yang dialamatkan kepada semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan persekutuan dan setiausaha kerajaan negeri mengingatkan kakitangan awam supaya tidak terbabit secara aktif, menghadiri atau menggunakan peralatan pejabat untuk penganjuran mana-mana gerakan ataupun perhimpunan haram.

NONEKetua pengarah JPA mengingatkan kakitangan awam untuk mempertahankan prinsip 'neutrality' dan 'impartiality' dalam perkhidmatan awam dan memastikan mereka berkecuali terhadap mana-mana politik, kumpulan termasukan gerakan, fahaman dan parti politik.

Beliau juga menyingkap Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993 mengenai tindakan yang boleh dikenakan.

Bagaimanapun pekeliling Kementerian Pelajaran yang sama bertarikh 30 Jun yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar mahmud lebih tegas amarannya dan menamakan BERSIH 2.0 sebagai perhimpunan yang dilarang itu.

Pekeliling itu dialamatkan kepada semua pengarah bahagian, pengarah jabatan pelajaran negeri, pengarah institut pendidikan guru dan pengarah kolej matrikulasi.
 
Ia mendakwa BERSIH 2.0 akan mengadakan perhimpunan yang bertemakan "Walk for Democracy" yang bertujuan mendesak pilihan raya diadakan secara adil dan telus.

"Perhimpunan ini diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai perhimpunan haram yang boleh membawa kepada rusuhan, demonstrasi dan konflik dalaman. Selain daripada itu, perhimpunan ini juga boleh menggugat keselamatan dan kestabilan negara," kata Abd Ghafar.

NONE"Sehubungan dengan itu adalah ditegaskan bahawa semua pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia serta pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru adalah dilarang menghadiri atau melibatkan diri dalam perhimpunan haram tersebut pada mana-mana tarikh atau tempat yang dianjurkan oleh pertubuhan tidak berdaftar BERSIH," katanya.

Menurut beliau pekeliling itu bertujuan mengelakkan pegawai, kakitangan dan pelajar sekolah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru daripada dikenakan undang-undang kelak.

Salinan pekeliling itu juga diedarkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalannya Datuk Wee Ka Siong, dan Puad Zarkashi, serta pegawai kanan kementerian itu.

P/s: Regim BN semakin kecut!!!

Memo Naib Cancelor UiTM Larang Pelajar dan Kakitangan Sertai BERSIH

Posted: 07 Jul 2011 01:00 AM PDT

Kredit: Malaysia Wave
P/s: DYMM Seri Paduka Yang di-Petuan Agong tidak melarang BERSIH, profesor pro-BN ini melarang warga UiTM menyertai rakyat untuk menuntut keadilan dan pilihan raya yang bersih.

[Kemas kini] Drama Tebusan: 30 Murid, 3 Guru Tadika di Muar Selamat

Posted: 06 Jul 2011 11:41 PM PDT


Bernama melaporkan tiga guru dan kira-kira 30 murid tadika dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang dekat sini.

Laporan Bernama Online menyebut polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan lelaki itu mendakwa sudah mencederakan seorang budak dah mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan.

Sehingga pukul 12 tengah hari polis masih berusaha membebaskan tebusan itu.


P/s: Pihak polis perlu memantau aktiviti jenayah daripada memantau BERSIH yang mahu berhimpun dengan aman!

Kemas Kini:
[Mstar] MUAR: Drama tebusan yang mendebarkan penduduk sekitar Sungai Abong di sini berakhir apabila polis berjaya menyelamatkan 30 kanak-kanak tadika yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan tukul besi, awal pagi Khamis setelah melepaskan gas pemedih mata ke kawasan itu sebelum menyerbu masuk ke banglo itu.

Polis mengesahkan lelaki yang dipercayai kurang siuman itu ditembak.
Kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Turut diselamatkan ialah empat guru tadika terbabit....

Lelaki Amuk Meningggal Dunia

[Bernama] MUAR: Seorang lelaki, yang cedera ditembak polis semasa menjadikan 30 kanak-kanak dan empat guru sebagai tebusan di Taman Asuhan Serikids, Taman Cemerlang Sungai Abong, meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 9.15 malam ini, kata Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.


65% daripada 13440 Orang Sokong BERSIH 2.0

Posted: 06 Jul 2011 11:00 PM PDT

Undian yang dibuat oleh Sinar Harian. (Kredit: WarkahDaily)
P/s: Pening Regim BN!



[PANAS] Putrajaya BEKUKAN Permit Bas Sementara untuk Kurangkan Kehadiran di BERSIH 2.0

Posted: 06 Jul 2011 08:31 PM PDT


Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 7 Julai — Permit sementara bagi bas untuk membawa penumpang dari pelbagai kawasan di seluruh Semenanjung ke Lembah Klang khususnya ibu negara hujung minggu ini sudah dibekukan, dipercayai langkah terbaru bagi mengehadkan peserta Himpunan Bersih, Sabtu ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak mengeluarkan permit sementara bagi bas kilang dan sekolah membawa penumpang ke ibu negara hujung minggu ini, tetapi menekankan langkah itu semata-mata bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Langkah itu akan dikuatkuasakan mulai tengah malam esok, kata beliau.

Keputusan SPAD itu telah dimaklumkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu.

Sebelum ini permit sementara yang dikenali sebagai lesen perubahan sementara bagi bas sekolah dan kilang dikeluarkan oleh JPJ. Tetapi kini ia terletak di bawah SPAD.

Menurut Syed Hamid, SPAD mengambil tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang masalah lalu lintas di Lembah Klang khususnya di Kuala Lumpur.

"Kami tidak mencadangkan bahawa akan ada perhimpunan (Sabtu ini), cuma tidak mahu menambah masalah lalu lintas," katanya kepada The Malaysian Insider pagi ini.

"Lagi pun SPAD tidak nampak ada keperluan untuk mengeluarkan permit sementara sebab sekarang ini bukan cuti sekolah ataupun musim perayaan yang akan menambah pergerakan orang ramai," katanya.

Bagaimanapun Syed Hamid (gambar) berkata, operasi pengangkutan awam lain khususnya transit aliran ringan di ibu negara akan berjalan seperti biasa.

"Perkhidmatan LRT akan berjalan seperti tanpa gangguan, begitu juga perkhidmatan bas normal (antara ke dan dari Lembah Klang)... tiada perubahan, akan dikendalikan seperti biasa. Saya tidak menjangkakan sebarang masalah," katanya lagi.

Mengenai tindakan akan diambil jika ada pihak melanggar keputusan SPAD, Syed Hamid memberitahu, "rakyat kita ini adalah mereka yang bertanggungjawab, begitu juga operator bas... saya yakin mereka akan patuh (kepada keputusan dibuat)."

Perkhidmatan transit aliran ringan dan bas mengalami gangguan ketika perhimpunan anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan pada Ogos 2009.

"Oleh kerana SPAD sudah membuat keputusan, maka JPJ dan polis boleh mengambil tindakan, jika ada mana-mana bas yang membawa penumpang tanpa permit sementara, kita boleh menahan dan menyita bas-bas terbabit," jelas Solah.

Lazimnya permit sementara, untuk kegunaan hujung minggu, akan dikeluarkan seminggu sebelum perjalanan.

"Jadi, permit hujung minggu ini adalah bagi perjalanan 7 dan 8 Julai, hingga hujung minggu... keputusan ini membabitkan seluruh negara," kata Solah lagi.

Perkembangan terbaru ini, yang dilihat meneruskan suasana tegang, muncul selepas Kabinet yang bermesyuarat semalam memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 diadakan di Stadium Negara atau Stadium Merdeka.

Malah semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Bersih 2.0 masih merupakan sebuah badan yang telah diharamkan.

Bersih 2.0 memutuskan untuk mengadakan perhimpunan hanya di stadium ekoran pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa gabungan itu boleh berhimpun di stadium jika mahu.

Pihak polis pula telah memulakan sekatan jalan di pelbagai kawasan di Lembah Klang sejak pagi semalam.

Meskipun Bersih 2.0 menerima tawaran Najib tetapi pihak berkuasa menegaskan bahawa penganjur perlu memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

P/s: Saya tidak mahu tulis panjang-panjang. Perkataan terbaik untuk menjelaskan situasi Regim BN ialah "BACUL"

FB Anwar Ibrahim Digodam

Posted: 06 Jul 2011 08:16 PM PDT


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Laman facebook Ketua Umum KEADILAN merangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digodam kira- kira jam 12.45 tengah malam tadi.
Berikutan itu, muncul tulisan palsu  berkaitan penganjuran Himpunan Bersih 2.0 di laman sosial yang dilakukan penggodam dikenali sebagai 'LuvSec'.

Antara fitnah yang dilemparkan penggodam itu ialah:
"Salam semua, disini saya nak umumkan yang Perhimpunan Bersih akan ditangguh buat sementara waktu, ini kerana saya dan LuvSec dah plan nk pegi makan kenduri….sehubungan   dengan itu, kami plan nk pakai baju melayu warna ungu.. hihihihihi jgn mare~

Proses pemulihan sedang giat dijalankan.

Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan sebarang kenyataan dari penggodam berkenaan dan merujuk Keadilan Daily selaku laman portal berita rasmi KEADILAN.

Siapa yang "Kreatif" Melampau Bikin Molotov Coktail Guna BOTOL AIR MINERAL?

Posted: 06 Jul 2011 06:39 PM PDT


Inilah antara senjata yang ditemukan di beberapa lokasi di sekitar Sogo, Pertama, dan Wisma Bumi Raya. Kata polis, mereka konon-kononnya telah menemukan 44 molotov coktail, 23 bilah parang dan 48 baju BERSIH.

Sudahlah barang-barang itu dikatakan ditemukan bersama-sama dengan baju BERSIH, yang dapat diumpamakan merompak rumah kemudian tinggalkan kad pengelanalan di situ, molotov coktailnya pula guna BOTOL AIR MINERAL. 


Aduhai, kalau mahu bikin sandiwara, biarlah nampak "real"!


Tiada ulasan: