Rabu, 20 Julai 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Kumpulan2 dalam Islam ni saling tampung-menampung.

Posted: 20 Jul 2011 01:13 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Istilah ustaz sampul gua dapat dari tulisan MAZA berkenaan Dr Lo'lo. Topik Tabligh pula gua dapat dari Raff'z Ahmad.

Ustaz sampul ni adalah ustaz kategori duduk masjid jer. Pung pang pung pang guna air liur. Dapat bayaran. Tapi praktikal out. Contoh Azhar Idrus. Citer bab jihad, sirah hebat. Demo BERSIH pun tak turun. BERSIH bukan atas jenama PAS kalau dia tidak berparti pun. Tanya ustaz sampul, pernah dia hadiri program amal yang memerlukan peluh macam bersihkan pantai, atau kitar semula atau sebaran dakwah bentuk risalah. Ada?

Tabligh pula memisahkan komponen penting dalam perjuangan Islam. Iaitu mendapatkan kuasa politik Islam. PAS pula jemaah yang berbuat apa sahaja yang dibenarkan syura untuk mendapatkan kuasa politik Islam. Tapi gerakan dakwah tak sehebat Tabligh.

Gua pernah berada dalam masjid Sri Petaling. Azan sahaja, jemaah tahap antarabangsa berpusu2 solat. Orang niaga pun tinggal untuk rebut sunnah berjemaah. Kalau solat time ceramah / program PAS plak, time solat, hampir separuh masih tangguh. Dari Unit Amal sampai peniaga. Termasuklah peniaga macam gua. Nak gilir jaga gerai ma. Hua3...

Antara Tabligh dengan PAS, kedua2nya gagal menghidupkan ekonomi. Tak macam Al-Arqam. Ekonomi Al-Arqam sebelum diharamkan berjumlah 1 bilion semasa tahun ianya diharamkan. Tanpa meminjam bank konversional. Selain ekonomi tahap jemaah, ustaz sampul juga adalah yang berjaya dalam ekonomi. Tapi ekonomi untuk diri dan keluarga sendiri. Ustaz sampul kaya2 bai..

Namun, dari PAS, Tabligh, Rufaqa (Al-Arqam) dan ustaz Sampul, semuanya melengkapi keperluan umat Islam di satu2 tempat. Malaysia topik khasnya. Tapi ada satu lagi komponen keperluan yang perlu ditubuh dan disuburkan. Yakni kumpulan pendesak.

Sapa kata PAS Reform melengkapi keperluan umat Islam, angkat tangan. Wakakaka.


Minta2 2 ekor adik gua di UiTM tak dapat Anugerah Ibrahim Ali.

Posted: 20 Jul 2011 12:50 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Anugerah Ibrahim Ali untuk pelajar yang memberi sumbangan kepada Melayu? Ah.. hinanya....

Gua tak nak bercakap bab akidah kebangsaan atau Islam. Tapi nak cakap bab apa sumbangan Ibrahim Ali kepada Melayu? Gua boleh terima Anugerah Mahathir untuk Melayu walau dia India. Banyak jasa Mahathir pada Melayu walau banyak juga dosa dia pada Melayu. Gua boleh terima Anugerah Siti Hasmah. Itu kalau nak guna tokoh politiklah, walau cadangan Tuan Ibrahim lebih baik. Guna tokoh akedamik.

Apa pun, jikalah UiTM meluluskan Anugerah Ibrahim Ali ni, dan ditakdirkan Allah Pakatan Rakyat take over Malaysia, gua harap, Anugerah Ibrahim Ali dikekalkan. Tapi pelajar yang dicalonkan berhak menolak kalau dia nak tolak. Itu adalah sejarah. Sejarah hina dan memalukan yang perlu dihidupkan untuk sempadan dan tauladan.


Pandangan gua terhadap Tabligh.

Posted: 20 Jul 2011 12:00 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Tertarik dengan tulisan Raff'z Ahmad tentang Tabligh. Gua pun nak share. Pengalaman gua dengan Tabligh nih.

[1]

Gua kenal nama Tabligh ni masa kecik. Masa kecik gua selalu ikut abah gua ke surau. Takbir pertama dan tahayat akhir jer la. Takbir pertama gua ada, time imam baca Fatihah, gua dihasut Ayet dan Aboy Gemok Main tumbuk2, sorok2 songkok. Time tahayat akhir, gua ada balik. Tapi gua siap2 lap peluh dan cover nafas la. Sebab gua pernah kantoi dengan bapak gua dengan symptom tuh.

Ketika tu la gua kenal Tabligh. Dalam setahun ada la 4-5 kali jemaah Tabligh ni lepak kat surau kampung gua. Jemaah ni selalu bagi manisan macam kurma atau kekacang pada budak2.

Bila meningkat remaja, dalam sekolah menengah gitu, Tabligh menjadi satu kumpulan yang menakutkan. Sebab malas kena tazkirah. Gua catatkan satu peristiwa, ketika puluhan remaja bermain takraw, ternampak sekumpulan Tabligh berjalan kaki. Menuju ke gelanggang kami.

Kemudian, perjalanan kumpulan Tabligh tu terlindung di sebalik 'rumah api TNB'. Dan apabila mereka muncul melepasi rumah api TNB tu, mereka dapati puluhan remaja tadi ghaib. Gua terdengar salah seorang mereka berkata :

"Eh... tadi ramai..."

Gua dalam semak. Aboi Gemok dalam sungai. Ayet menyarap atas tebing. Begitulah zaman remaja gua berkenaan Tabligh.

[2]

Kemudian, ketika menganjak sedikit belia, gua berada di Politeknik Port Dickson. Jemaah Tabligh di situ dipimpin oleh seorang pensyarah yang paling mulia budi pekertinya. Di sinilah gua semakin rapat dengan jemaah Tabligh, walau pada hari pertama gua di asrama, gua pasang radio saluran Cina bagi mengelak Tabligh ziarah bilik ke bilik.

Nak kata hari2, tipu la gua. Tapi kerap juga la gua solat di surau. Pada satu hari, Khamis seingat gua, lepas Isyak, pensyarah itu meminta jemaah tidak pulang dulu. Ada makan2 katanya. Gua peduli apa, gua angkat kaki nak lambung, sekali kena tahan dengan 1 brader Tabligh. Dia kenal gua sebab gua budak Catur Fakulti Elektrikal.

Pendek citer duduk dengan dia. Makan dalam dulang. 1 dulang 4 orang! Hambek ngko. Kejutan budaya gua. Nasi berlauk telur goreng sambal dan kuah sayur air.

Gua basuh tangan, duduk dan gunakan jari membentuk / membahagi 4 kawasan dalam dulang. Brader tu bersabar dgn gua. Senyum jer dia. Then, time kawan2 Tabligh dia letak kuah, kuah itu mahu menurun ke area nasik gua. Gua tinggikan dulang area gua dengan letak tisu bawah dulang. Senyum jer team Tabligh dengan gua time tu. Haha.

[3]

Semakin hari dari hari itu, gua tidak lagi 'takut' dengan Tabligh. Gua mula bersifat pro. Ketika diajak keluar 3 hari, gua follow. Tapi gua hanya membuat kerja2 dapur. Gua tak follow team ajak ke surau sebab gua rasa tak layak. Gua tolak permintaan pensyarah untuk membaca kitab dan mengupas sebab gua ada sifat rasa tak layak. Gua just menjadi pemberi khidmat sahaja.

[4]

Semakin lama, semakin dewasa. Gua bercampur dengan pelbagai kumpulan Tabligh. Mereka juga seperti PAS yang mempunyai pelbagai tafsiran kepada nas dan dalil. Dari satu kumpulan Tabligh kampung gua yang diterajui Abang Ujang, gua simpulkan mereka menolak semua peraturan dunia. Sedangkan Allah memberikan kebenaran kepada hambanya membentuk peraturan dunia sesuai dengan keadaan mereka itu. Malah jika satu2 peraturan yang dikenakan pemerintah itu baik, dan dilanggar rakyat, maka rakyat itu berdosa.

Lampu isyarat merah mereka langgar dengan hujah peraturan dunia, jalan sehala mereka langgar atas hujah peraturan dunia, bonggol jalan mereka marah atas hujah peraturan dunia. Jika tiada peraturan dunia, manusia berpandukan pertaruan mengikut tafsiran sendiri. Dunia pada gua kelam-kabut.

Itu cerita suku dari puluhan jemaah Tabligh yang konsisten mengajak manusia ke rumah Allah.

Wallahualam.


Baju PAS Reform edisi ke 2.

Posted: 19 Jul 2011 11:18 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Benda alah ni semua adalah makhluk. Jenama dan sebagainya. Kalau sokong atas tajuk, beli atas tajuk dan pakai pun atas tajuk. Makhluk tidak sempurna.

PAS Reform adalah satu jenama yang mengajak semua manusia beriman kepada Allah semampu dan sebaik mungkin mengikut tahap masing2. Stendet la.. turun naik, tak konsisten. Tapi apa yang penting ialah akidah.

Jangan sesekali beriman atas jenama (PAS / UMNO). Jangan sesekali beriman atas tokoh makhluk (TGHA / TGNA). Jangan sesekali beriman atas kasta (Kepimpinan Ulama / Kepimpinan Profesional). Letakkan Allah melebihi ciptaanNYA. Letakkan sesuatu itu pada tempatnya.

Jika wujud keperluan gulingkan ulama untuk Allah, kita gulingkannya. Jika wujud keperluan gulingkan profesional untuk Allah, kita gulingkannya. Tiada yang lebih tinggi dalam hati kita semua kecuali Allah. Ini adalah akidah.

Kalau jenama PAS Reform sudah tidak relevan, dan lu berijtihad mahu memusnahkannya, silalah musnahkan mengikut lunas2 demokrasi. Termasuk mencabar gua berhujah. Gua janji tidak akan berlindung di belakang samseng, merampas peralatan atau lari masuk rumah. Ngeee...




Cara2 nak beli.

1. Gua guna baju ready made. Saiz ada M, L, XL dan XXL.

2. Tanya gua di email adukataruna2008@gmail.com atau Facebook AdukaTaruna tentang saiz atau apa sahaja.

3. Bank in RM25 (termasuk pos) ke Maybank No 155014038030. Atas nama Khairul Nizam Abd Ghani. Berikan bukti pembayaran dalam bentuk gambar slip, atau print screen slip. Dont worry. Gua bukan blogger Hadi Awang. Gua ada identiti. SB dan mahkamah pun ada rekod gua. Lu orang pun dah tahu setakat mana buruknya gua. Dan setakat mana baiknya gua. Gua takda cover2 line konon2nya makhluk paling mulia, suci, bertarbiyah dan sopan. Hua3.. Inilah gua seadanya.

4. Email sekali maklumat penghantaran. Nama, alamat dan no telefon. Gua akan sms status pembelian lu orang dari semasa ke semasa.


Tiada ulasan: